Anda di halaman 1dari 22

FAKULTI PENDIDIKAN DAN BAHASA

HBAE 2103 CORAK DAN REKAAN

NAMA NO. MATRIK NO. KP E-MAIL

: : : :

SITI KHADIJAH ABDULLAH 760628136168001 760628136168 suna@oum.edu.my

PUSAT PEMBELAJARAN NAMA TUTOR MASA TUTORIAL

: PPW SARAWAK : KAMRI BIN HJ HIP

: 12:40 - 2:40 PETANG

Isi Kandungan

Halaman

1.0

Pengenalan

1-2 34

2.0

Isi Kandungan

2.1 2.2 2.3

Domain kognitif dalam Pendidikan Seni visual Domain psikomotor dalam Pendidikan Seni Visual Domain afektif dalam Pendidikan seni Visual

5-7 8 - 10 11 12

3.0

Kesimpulan

13

4.0

Lampiran

14 - 16

Rujukan

1.0

Pengenalan

Karya seni visual adalah merupakan rekod pencapaian manusia, kerana ia merupakan manifestasi nilai dan kepercayan manusia yang diilham dan dijelmakan melalui karya seni . Penelitian yang kritikal terhadap bentuk-bentuk seni yang ada di sekeliling kita boleh mendorong kita untuk lebih memahami budaya silam, budaya kini dan akan datang. Dengan lain perkataan ia membuat kita menilai atau mendorong untuk membuat refleksi tentang nilai dan kepercayaan yang bertali arus dengan perkembangan dan kemajuan sesuatu masa.

Setiap guru Pendidikan Seni Visual yang telah melalui latihan profesional sewajarnya menguasai beberapa disiplin ilmu untuk disampaikannya di sekolah kelak melalui jalur pendidikan. Seseorang itu tidak mungkin dianggap guru seni yang cemerlang sekiranya dia tidak menguasai pengetahuan tentang seni dengan baik. Namun begitu, hal ini bukanlah bermakna seseorang yang menguasai ilmu seni dengan baik dapat menjadi guru seni yang cemerlang. Segalanya bergantung kepada kebolehan seseorang guru itu menguasai seni mengajar . Dengan itu sukatan pelajaran Pendidikan seni haruslah menjadi kamus kepada setiap guru yang mengajar untuk memastikan mereka tidak terkeluar dari landasan mengajar.

Matlamat mata pelajaran Pendidikan Seni Visual sekolah rendah adalah untuk melahirkan insan yang harmonis, kritis, kreatif dan produktif menerusi pemupukan asas seni visual. Kandungan kurikulum berupaya membantu murid meningkatkan rasa kesyukuran

terhadap Tuhan, menghargai keindahan alam persekitaran, keindahan seni dan warisan bangsa serta dapat menyumbang ke arah pembangunan diri, keluarga, masyarakat dan negara, selaras dengan hasrat Falsafah Pendidikan Kebangsaan. Sukatan Pendidikan Seni Visual bertujuan memberi peluang kepada murid memupuk minat, memperkembang keperibadian, memberi kesedaran dan kepekaan terhadap nilai-nilai kesenian dan alam sekitar serta kaitannya dengan mata pelajaran lain. Memang tidak dapat dinafikan murid di sekolah rendah pada keseluruhannya adalah kreatif, ekspresif dan aktif. Pendidikan Seni Visual memainkan peranan memperkembang sifat-sifat ini melalui persepsi visual, imaginasi dan daya pemikiran. Kegiatan pemikiran, penerokaan dan reka bentuk dalam pelbagai jenis seni visual akan membolehkan mereka menyatakan idea dan ekspresi diri.

HBAE2103 : Corak dan rekaan 760628136168001


Pengalaman ini penting kerana ia membantu murid membina keyakinan diri, membuat penilaian dan mengenali cita rasanya sendiri.

Guru perlu menggalakkan murid untuk membuat pemerhatian secara aktif yang merangkumi kesedaran pemerhatian keseluruhan, berfokus dan terperinci yang mana dapat menajamkan persepsi murid. Selain memperkembangkan deria penglihatan ia juga melibatkan pancaindera lain melalui kajian perbandingan. Kajian seperti ini membantu perkembangan emosi dan imaginasi. Pemahaman tentang asas seni visual juga turut diperkembangkan melalui kegiatan pemerhatian ini. Murid akan dilatih membuat pemerhatian terhadap objek alam dan objek buatan manusia. Kegiatan-kegiatan ini akan membantu menyelaraskan idea, imaginasi dan alam fantasinya ke arah perkembangan persepsi dan pemikiran abstrak. Guru juga perlu menggalakkan murid membuat penerokaan dan percubaan dalam mempelbagaikan kegiatan kreatif dengan menggunakan alat dan bahan. Proses ini akan memperkembangkan aspek psikomotor dan kemahiran asas seni visual berhubung dengan manipulasi alat dan bahan serta teknik-teknik mudah. Proses pembelajaran ini amat penting kerana ia memberi peluang kepada murid belajar secara tidak langsung. Selain itu, apresiasi

seni visual turut memberi pengalaman kepada murid mengenali aspek pengetahuan seni visual dan kegunaannya dalam pelbagai kegiatan kehidupan dari segi keindahan dan fungsi. Guru harus melibatkan murid dalam kajian perbandingan dan menyatakan apa yang dilihat dari aspek seni melalui hasil kerja. Pernyataan tentang hasil kerja ini boleh dibuat dalam pelbagai cara seperti lisan, cerita, lakonan, nyanyian, karangan dan puisi. Selain diberi pengalaman membuat apresiasi seni visual secara mudah, guru juga harus memupuk nilai menyayangi dan persekitaran dan kehidupan menghargai segala aspek yang wujud dalam memulihara alam

mereka. Ini termasuklah memelihara dan

sekitar, nilai patriotisme, nilai kebersihan dan kepekaan. Dengan ini murid akan dapat membuat pertimbangan yang sewajarnya bila berdepan dengan semua keadaan.

HBAE2103 : Corak dan rekaan 760628136168001


2.0 Isi Kandungan

Mata pelajaran pendidikan seni bukanlah semata-mata bermatlamat untuk melahirkan semua pelajar sebagai pelukis atau pereka. Keyakinan untuk mewujudkan warga negara yang berbudaya khususnya individu yang imaginatif, kreatif, berdaya reka, berpengetahuan dan peka terhadap ciri-ciri estetika dijadikan landasan pembentukan dan perlaksanaan mata pelajaran pendidikan seni di sekolah. Dalam konteks bersepadu, mata pelajaran pendidikan seni bertujuan membolehkan pelajar menyedari, memahami dan menghargai peranan seni sebagai satu keperluan dalam urusan hidup, hubungannya dengan kejadian alam, kaitannya dengan perkembangan sains dan teknologi, aplikasi seni dalam industri rekaan dan pembuatan, sumbangannya dalam bidang keusahawanan dan ekonomi negara, peluangnya dalam kerjaya serta kesannya terhadap budaya kebangsaan, bidang komunikasi, rekreasi, alam persekitaran dan kehidupan sehari-hari.

Satu sukatan pelajaran pendidikan seni visual yang mantap dan bersifat global telah sedia untuk mencanai pelajar-pelajar menuju ke arah matlamat yang telah ditetapkan. Walaupun pada hakikatnya banyak lagi yang boleh diperbaiki selaras dengan perkembangan dan isu-isu semasa. Contohnya seperti kurikulum berlandaskan kepada budaya tempatan yang kaya dengan nilai-nilai seni yang lahir daripada kepelbagaian budaya yang terdapat di Malaysia. Falsafah Pendidikan Kebangsaan ada menyebut tentang usaha yang berterusan ke arah memperkembangkan bakat dan potensi individu secara menyeluruh. Segala kebolehan pelajar yang ada tidak patut disia-siakan. Ini bermakna peranan pendidikan seni untuk pembentukan individu yang seimbang dan bersepadu perlu menjadi fokus. Ini adalah kerana penglibatan di dalam kegiatan seni bukan sahaja menyentuh perasaan, estetika dan daya kreatif seseorang melalui penajaman daya intuisi, persepsi dan konsepsinya, malah boleh mewujudkan rasa kepuasan dan kesedaran terhadap bakat dan kemampuan diri di dalam bidang seni. Sifat-sifat tersebut akan menjadikan individu lebih sensitif, bersikap sederhana dan mampu mengamalkan pertimbangan kesenian dan kesempurnaan dalam mengendalikan kehidupannya.

Kurikulum Pendidikan Seni Visual merupakan satu disiplin yang merentas kurikulum dan boleh dikatakan sebagai asas kepada mata pelajaran lain. Pendidikan Seni Visual memberi peluang kepada murid memupuk minat, memperkembang keperibadian, memberi kesedaran

HBAE2103 : Corak dan rekaan 760628136168001


dan kepekaan terhadap nilai-nilai kesenian dan alam sekitar serta kaitannya dengan mata pelajaran lain. Pelajar yang didedahkan dengan Pendidikan Seni Visual berasa lebih senang dan yakin apabila berdepan dengan tugasan dalam mata pelajaran lain terutamanya yang melibatkan kemahiran berfikir secara kreatif dan kritis.

Pendidikan Seni Visual (PSV) menjadi asas alat bantu mengajar yang baik melalui penampilan grafik yang efisyen, pemilihan warna harmoni,dan reka bentuk maujud yang cantik. Kefahaman menerusi visual tentunya lebih mudah daripada penghafalan fakta menerusi catatan berjela. Bukankah peta minda yang digrafikkan secara mudah lebih berkesan untuk menyatakan sesuatu konsep atau penerangan yang sukar? Prinsip dalam Pendidikan Seni Visual berupaya memenuhi tuntutan dalam masalah ini. Pendidikan Seni Visual menjadi subjek penting untuk mewujudkan kreativiti bagi melahirkan insan yang celik seni dan berbudaya di kalangan pelajar.

Bagi mengajar PSV dengan berkesan dan berjaya, guru harus mengetahui beberapa domain penting yang mana wajib untuk diberi tumpuan. Sememangnya tidak dapat disangkal lagi bahawa domain kognitif, psikomotor, afektif dalam Pendidikan Seni Visual memainkan peranan yang besar sekali dalam menjayakan matlamat dan objektif kurikulum Pendidikan Seni Visual. Berdasarkan kepada domain- domain ini, kita akan membincangkan secara terperinci dan membuat perkaitan secara komprehensif dengan matlamat dan objektif kurikulum Pendidikan Seni Visual sekolah rendah. Di samping itu, disertakan contoh- contoh gambar semasa proses kerja dalam pelbagai bidang kegiatan dalam pendidikan seni visual menyokong kajian yang akan saya utarakan.

HBAE2103 : Corak dan rekaan 760628136168001


2.1 Domain Psikomotor dalam Pendidikan Seni Visual

Domain psikomotor dalam Pendidikan Seni Visual adalah merujuk kepada keterampilan dan kemampuan seseorang kanak- kanak itu bertindak setelah menerima pengalaman belajar. Dalam mata pelajaran pendidikan seni visual, kanak- kanak diajar untuk mengawal dan melatih psikomotor mereka dalam menghasilkan karya seni. Ini dapat kita lihat dalam aktiviti seni dalam bidang yang diajar seperti aktiviti melukis, menganyam, membentuk dan membuat binaan, membuat corak dan pelbagai lagi. Disinilah guru yang berkesan harus memainkan peranannya. Guru perlu membimbing murid :

Memilih dan mendapatkan benda-benda untuk dijadikan bahan bagi menghasilkan gubahan seni Mengolah ,mengubahsuai dan menggunakan bahan Melatih kebiasaan untuk mencipta dengan teratur dan memberi perhatian secara terperinci terhadap tersebut

Melukis mengikut sifat semulajadi sesuatu benda Memilih serta menyesuaikan warna untuk tujuan tertentu
Mengenal dan membezakan pelbagai bentuk asas Menyesuaikanjenis garisan dalammenghasilkan sesuatu ciptaan

HBAE2103 : Corak dan rekaan 760628136168001

Mengenal jenis corak di persekitaran Membezakan jenis corak tertentu Membuat penerokaan motif dan eksperimentasi dan warna dalam mencorak Menggunakan beraneka jenis bahan dan alat untuk membuat corak Membuat penerokaan dan eksperimentasi motif dan warna dalam mencorak Mengatur corak Mempunyaipengamatan yang tajam dan meningkatkandaya koordinasi mata dan tangan yang baik untuk menghasilkan karya seni

i.

HBAE2103 : Corak dan rekaan 760628136168001

Aktiviti- aktiviti

seni dalam ke empat- empat bidang banyak menggunakan

psikomotor dalam penghasilan seni. Kita ambil contoh aktiviti membuat kolaj buah tembikai diatas.. Melukis pada kertas lukisan dan menampal manik dengan susunan yang teratur dan warna yang pelbagai adalah menunjukkan perkembangan Psikomotor yang positif. Menurut Ibrahim Hassan (2001) Pendidikan Seni Visual sekolah rendah memupuk pertumbuhan kemahiran dalam pergerakan atau gerak balas yang boleh terbentuk melalui aktiviti pengajaran dan pembelajaran, meningkatkan kualiti koordinasi antara mata, tangan, otot dan mental. Domain Psikomotor ini adalah selaras dengan matlamat Pendidikan Seni Visual ke arah pembangunan diri dan objektif Pendidikan Seni Visual yang keempat iaitu menggunakan pelbagai kemahiran, media, teknik dan teknologi untuk mereka cipta barangan kraf dan produk seni visual yang berkualiti. Kemahiran psikomotor yang ditunjukkan dalam gambar diatas jelas terbukti menunjukkan perkembangan kecergasan, bersedia menjalankan amalan menggunakan masa lapang secara berfaedah, memperolehi kemahiran-kemahiran asas praktik dalam kehidupan seharian dan mempunyai asas kemahiran vokasional.

HBAE2103 : Corak dan rekaan 760628136168001

2.2

Domain Kognitif dalam Pendidikan Seni Visual Dalam Pendidikan Seni Visual, domain kognitif ini sebenarnya mempunyai hubungan

dengan kemampuan seseorang murid itu berfikir termasuk kemampuan memahami, menghafal, mengaplikasi dan menganalsis. Menurut Taksonomi Bloom (Sax 1980),

kemampuan kognitif adalah kemampuan berfikir secara hirarki yang terdiri dari pengetahuan, pemahaman, aplikasi, analisis, sintesis dan evaluasi. Penghasilan lukisan oleh murid- murid di sekolah rendah mempunyai interpretasi yang berbeza dengan yang dihasilkan oleh orang dewasa. Guru berperanan besar dalam membimbing dan memberi tunjuk ajar bagaiman cara yang betul untuk meluahkan perasaan melalui seni. Ini kerana bagi mereka, hasil seni yang dihasilkan lebih berupa kepada hasil luahan dan expresif. Di sekolah rendah, hasil seni yang dihasilkan oleh kanak- kanak dapat digunakan untuk melihat bagaimana caranya mereka berfikir dan mereka selain melihat dan menyelami perasaan

menguji keupayaan perkembangan kognitif mereka. Antara

kemahiran yang perlu diberi perhatian oleh guru dalam domain ini termasuklah :

harmoni

penegasan

imbangan

kontras

Menyedari prinsip seni reka seperti imbangan, harmoni, kadar banding, penegasan, kepelbagaian, kesatuan, kontras dalam penghasilan corak.

HBAE2103 : Corak dan rekaan 760628136168001

Sumber :http://senivisual1.blogspot.com/2010/02/jalinan.html Memahami dan menyedari corak di alam sekitar Menyedari adanya corak tertentu pada sesuatu bahan Menyedari adaanya pelbagai jalinan dalam membuat corak

Menyedari adanya corak dalam peralatan kegunaan seharian

Meningkatkan daya kreativiti dalam aktiviti membuat corak dan rekaan Memahami konsep penyusunan motif dalam mencorak Memperkukuhkan cita rasa terhadap unsur-unsur seni dalam rekaan yang baik Menyedari adanya perkaitan antara warna dan rekaan corak Menyedari dan mennghargai keadaan persekitaran dalam suasana seni dan kaitannya dengan kehidupan mereka Menyedari pertalian cirri- ciri seni yang terdapat dalam alam sekitar dan menghasilkan karya yang berharmoni dan bermakna Memberi pertimbangan estetika terhadap karya seni

HBAE2103 : Corak dan rekaan 760628136168001

Jika kita lihat contoh aktiviti dalam membentuk dan membuat binaan iaitu aktiviti membina kad ucapan, jelas menunjukkan bahawa murid- murid dapat mengaplikasikan apa yang telah difahami dalam menghasilkan kad ucapan dengan mewarna kad tersebut. Disinilah peranan guru membantu murid agar mampu berfikir tentang proses kerja seterusnya sehinggalah terhasilnya sebuah kad ucapan yang indah dan kreatif berdasarkan kemampuan kognitif mereka sendiri. Ini menunjukkan bahawa peranan guru membantu dalam membimbing aktiviti- aktiviti seni yang tersusun dan terancang dapat melahirkan murid yang mempunyai keupayaan menyelesaikan masalah. Selain daripada itu, mereka juga akan mampu untuk membuat penilaian dan bijak membuat keputusan. Perkembangan domain kognitif dalam proses kerja murid dalam menghasilkan karya seni adalah selaras dengan matlamat membentuk generasi Malaysia yang imaginatif, inovatif dan inventif. Dengan penghasilan karya- karya seni, murid dapat menghargai keindahan alam sekitar, rasa kesyukuran kepada Tuhan di atas seni yang dihasilkan dan meningkatkan keindahan seni yang dapat menyumbang kepada pembangunan diri seperti yang dinyatakan dalam objektif kurikulum pendidikan seni visual sekolah rendah yang ketiga iaitu meningkatkan pengetahuan, daya kreativiti, inovasi, disiplin serta kemahiran dalam bidang seni visual yang dapat diamalkan dalam kehidupan dan kerjaya.

10

HBAE2103 : Corak dan rekaan 760628136168001


2.3 Domain Afektif dalam Pendidikan Seni Visual

Domain afektif merupakan sesuatu yang berkaitan dengan sikap dan nilai. Dalam Pendidikan Seni Visual, aspek afektif ini mencakupi perasaan, minat, sikap, emosi dan nilai. Dalam penghasilan karya, murid di sekolah rendah tidak kira peringkat umur akan mempunyai perasaan terhadap sesuatu yang ingin dihasilkan. Minat akan menjadi fokus utama jenis karya yang bakal dihasilkan. Manakala emosi pula banyak mempengaruhi semasa proses kerja karya tersebut dan nilai yang dapat ditunjukkan adalah nilai menghargai warisan, sahsiah yang baik dan rasa kesyukuran. Ini jelas menunjukkan bahawa domain afektif ini menekankan kepada kepentingan emosi dan perasaan. Justeru itu, seseorang murid yang mempunyai domain afektif yang tinggi dalam Pendidikan Seni Visual akan dapat dilihat menerusi berbagai tingkah laku. Antaranya adalah seperti, pemerhatian murid tersebut terhadap mata pelajaran Pendidikan Seni Visual, disiplinnya dalam menyediakan bahan seni yang diperlukan, mempunyai motivasi yang tinggi terhadap mata pelajaran seni dan penghargaan terhadap alam sekitar dan kesyukuran ditunjukkan dalam karya yang dihasilkan. Guru yang berkesan haruslah memberikan motivasi dan bimbingan agar apa yang ingin disampaikan oleh murid melalui aktiviti seninya tercapai. Fokus utama murid-murid dalam aktiviti- aktiviti seni adalah meluahkan perasaan dalam karya dan memiliki motivasi yang sangat tinggi sehingga tumpuan diberikan seratus peratus terhadap karya yang ingin dihasilkan. Ini mempunyai perkaitan dengan matlamat Pendidikan

11

HBAE2103 : Corak dan rekaan 760628136168001


Seni Visual iaitu menghargai keindahan seni dan objektif kurikulum Pendidikan Seni Visual menunjukkan penghargaan terhadap keindahan dan menjadikan bidang seni visual sebagai prospek kerjaya. .Antara kemahiran yang diterapkan dalam domain ini yang perlu perhatian dan bimbingan guru termasuklah:

Mengenaldan membuat corakcorak tradisional yang mudah. Mengenal, mengolah, mengubahsuai dan menggunakan unsur-unsur tradisional Mengenal dan membuat corak yang mempunyai unsure tradisional pada alat kegunaan harian Mengenal dan membuat pelbagai corak yang berunsurkan pelbagai corak kraf tradisional Menghargai, mengembangkan dan mengekalkan unsure-unsur kebudayaan kebangsaan

12

HBAE2103 : Corak dan rekaan 760628136168001


3.0 Kesimpulan

Kesimpulannya, sukatan pelajaran PSV merupakan suatu sukatan yang terperinci yang mana dapat melahirkan insan yang harmonis, kritis, kreatif dan produktif menerusi pemupukan asas seni visual. Kandungan kurikulum berupaya membantu murid meningkatkan rasa

kesyukuran terhadap Tuhan, menghargai keindahan alam persekitaran, keindahan seni dan warisan bangsa serta dapat menyumbang ke arah pembangunan diri, keluarga, masyarakat dan Negara. PSV dapat membantu perkembangan menyeluruh dan seimbang bagi setiap pelajar dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani selari dengan Falsafah Pendidikan Negara. PSV dapat mendorong pelajar melaku pemerhatian secara aktif, interaksi yang kritis dan kreatif dengan alat bahan-bahan, apresiasi seni visual secara mudah dan menghargai nilai baik dalam semua aspek kehidupan dalam bidang menggambar, membuat rekaan dan corak, membentuk dan membuat binaan dan mengenal kraf tradisional.

PSV juga dapat memberikan satu lagi teknik pengajaran kepada guru-guru di sekolah bagi mewujudkan idea-idea kreatif para pelajarnya. Melalui PSV guru dapat mengenal pasti punca yang dapat mendorong dan merangsang pelajar memahami isi pengajaran. PSV adalah satu bentuk pengajaran yang menyeronokkan dan memberikan peluang kepada pelajar menunjukkan bakat dan daya kreativiti mereka. Ini mendorong pelaja r supaya lebih bermotivasi, mempunyai keyakinan diri yang tinggi, lebih mudah berkarya dan mempunyai sikap positif terhadap aktiviti PSV. Dengan begitu, pelajar dapat meluahkan idea dan perasaan dalam aktiviti PSV yang dijalankan. Jelasnya, usaha yang berterusan perlu dijalankan untuk memupuk kreativiti di kalangan pelajar. Kejayaan usaha ini banyak bergantung kepada guru. Guru yang berkesan pastinya dapat merealisasikan matlamat yang diinginkan dalam sukatan pelajaran PSV selaras dengan kehendak Falsafah Pendidikan Kebangsaan.

(2774 patah perkataan)

13

HBAE2103 : Corak dan rekaan 760628136168001


4.0 Lampiran

Sumber: http://elbeegan.blogspot.com/2012_11_01_archive.html

Sumber: http://ening.wordpress.com/2008/01/27/noor-arfa/

14

HBAE2103 : Corak dan rekaan 760628136168001

Sumber : http://www.fiezaradzi.com/hadiah-untuk-suami/

Sumber : http://epkhas.ses.usm.my/lesson-plan/membuat-kolaj-buah-tembikai

15

HBAE2103 : Corak dan rekaan 760628136168001

Sumber:http://rolda73panitiapsv.blogspot.com/search/label/hasil%20kerja%20murid%20KSSR%20tahun%201

16

HBAE2103 : Corak dan rekaan 760628136168001


Rujukan Buku

Focus Goal. (2010). Pendidikan Seni Visual SPM, Kathleen Chee, Selangor : Penerbitan Pelangi.

Hassan Mohd Ghazali. (2007). Pendidikan Seni Visual Tingkatan 4 dan Tingkatan 5. Kuala Lumpur: Creative Enterprise Sdn Bhd Noraini Tahir et. al. (2007). Perkembangan Kognitif dan Pembelajaran Kanak-kanak.. Kuala Lumpur: Meteor Doc. Sdn. Bhd.

Maswan, D. S. (2010). HBAE 1203 Perkembangan Seni dan Kanak-kanak. Open University Malaysia . Bukit Mertajam, Pulau Pinang, Malaysia: Open University Malaysia.

Open University Malaysia, (2007). Modul HBAE 1203 : Perkembangan Seni Kanak-kanak. Selangor Darul Ehsan : Meteor Doc. Sdn. Bhd.

Open University Malaysia. (2008). Modul HBEF 1403 : Seni Dalam Pendidikan. Selangor Darul Ehsan : Meteor Doc. Sdn. Bhd.

Open University Malaysia. (2010). Modul HBAE 1103 : Pengenalan Pendidikan Seni Visual. Selangor Darul Ehsan : Meteor Doc. Sdn. Bhd.

Sumber Internet

Apa itu jalinan diakses pada 20.10.2013 di:


http://senivisual1.blogspot.com/2010/02/jalinan.html

Ciri-ciri guru berkesan diakses pada 20.10.2013 di:


http://nadiayaya1.blogspot.com/2013/03/ciri-ciri-guru-yang-berkesan.html

17

HBAE2103 : Corak dan rekaan 760628136168001


Hasil kerja murid KSSR diakses pada 16.10.2013 di:

http://rolda73panitiapsv.blogspot.com/search/label/hasil%20kerja%20murid%20KSSR%20tah un%201

Karnival Seni diakses pada 20.10.2013 di:


http://elbeegan.blogspot.com/2012_11_01_archive.html

Membuat kolaj buah tembikai diakses pada 22.10.2013 di :


http://epkhas.ses.usm.my/lesson-plan/membuat-kolaj-buah-tembikai

Mohamad Haziq Bin Abdul Haris. Peranan Guru Pendidikan Seni Visual. Diakses pada 10.10.2013 di : http://www.scribd.com/doc/53016778/Peranan-Guru-Psv

Muliyadi Mahamood. (2009). Pendekatan Sejarah Dan Kritikan Seni Visual. Diakses pada 11.10.2013 di : http://hadi-artgallery.blogspot.com/2009/08/pendekatan-sejarah-dan-kritikan-seni.html
Sukatan Pelajaran Pendidikan Seni Visual Sekolah Rendah di akses pada : 17.10.2013 di: https://www.google.com.my/search?q=sukatan+pelajaran+pendidikan+seni+visual+sekolah+re ndah&rlz=1C1CHMO_enMY526MY526&oq=sukATAN+&aqs=chrome.2.69i57j0j69i59j0l2j 69i60.6104j0j4&sourceid=chrome&espv=210&es_sm=93&ie=UTF-8

Topik 1 Perkembangan Seni Kanak-Kanak diakses pada 05.10.2013 di : http://imann9969.blogspot.com/2009/05/hbae1203-perkembangan-seni-dan-kanak.html

18

HBAE2103 : Corak dan rekaan 760628136168001