Anda di halaman 1dari 14

PENULISAN KRITIS

Sila baca beberapa petikan mengenai visual thinking yang diberikan. Sila pilih salah satu dari tiga definisi pemikiran visual ( visual thinking ) dari literatur yang di paparkan. Contoh;

Bincangkan pendapat tersebut dalam bentuk esei pendek sebanyak 500 patah perkataan (minimum).

Pemikiran

visual

merupakan

satu

corak

pemikiran

yang dirangsang

melalui

pemerhatian ke atas sesuatu visual. Murid-murid akan membuat apresiasi (tafsiran) masing-masing terhadap gambaran yang diberikan kepada mereka berdasarkan apa yang mereka ketahui dan lalui. Pemikiran visual membenarkan pelajar untuk meneroka maklumat atau mesej yang ingin disampaikan mengikut perspektif pemikiran masingmasing. Semasa proses apresiasi, peranan guru sangat penting dalam mencorak pemikiran murid. Guru perlu berusaha untuk meningkatkan daya kreativiti murid dengan memupuk pemikiran visual menerusi galakkan dan melazimkan murid dengan apresiasi terhadap karya-karya lain yang bersesuaian. Guru tidak boleh sama sekali memberi kritikan negatif kepada murid. Kritikan negatif akan menurunkan motivasi dan melemahkan emosi murid.

Pemikiran visual adalah proses menggunakan minda untuk mencari makna dan pemahaman terhadap sesuatu, menerokai pelbagai kemungkinan idea atau ciptaan dan membuat pertimbangan yang wajar, bagi membuat keputusan dan menyelesaikan masalah dan seterusnya membuat refleksi dan metakognisi terhadap proses yang dialami. Pemikiran visual adalah fenomena biasa dalam pemikiran proses visual menggunakan bahagian otak yang emosi dan kreatif untuk menguruskan maklumat dengan satu cara yang intuitif dan serentak. Adalah pendekatan untuk memahami, menghasilkan, dan berkomunikasi. Koleksi visual berdasarkan konsep dan kaedah seperti visualisasi maklumat, peta minda persembahan visual dan lain-lain.

Salah satu cara pembelajaran yang terbaik ialah melalui seni. Kemahiran berfikir secara abstrak dan kemahiran kreatif boleh dirangsang melalui mata pelajaran seni. Hidup pada hari ini terlalu banyak maklumat. Amat mustahil untuk kita memperoleh dan menyimpan semua info atau maklumat. Seni berbeza kerana ia bersifat abstrak. Kadangkala apabila kita melihat lukisan sahaja, kita akan berasa tenang. Jelas kepada kita, seni sebagai ekspresi diri.

Hakikatnya Seni bersifat subjektif , dan bukan semua guru boleh mengajar seni. Ia tidak bersifat fakta malahan terdapat guru-guru yang tidak kreatif dan tiada kemahiran dalam seni dipaksa mengajar seni. Ini memberi kesan yang amat buruk kepada anak-anak didiknya Disebabkan seni itu sifatnya abstrak maka tiada istilah tentang lukisan yang betul atau yang salah. Jawapan boleh diberi berdasar kreativiti dan pengalaman seseorang individu menginterpretasi tentang lukisan itu sendiri. Seni bnayak memberi manfaat kepada para pelajar. Ia tidak boleh diukur secara objektif. Patricia James (1999), menyatakan pelajar belajar kemahiran kreatif dan kritis melalui seni ini. Seni dianggap sebagai terjemahan metafora dan ekspresi emosi sama juga seperti sastera dalam bentuk tulisan. Untuk mendapat kemahiran dalam seni, seseorang perlu berani bermain dengan pengetahuan, pengalaman dan perasaan. James dalam Ideas in Practice (1999), menyatakan seni mengasah bakat kreativiti dan kemahiran kritikal. Kini kreativiti boleh diajar dalam bilik darjah. Realitinya seni mempunyai tujuan dan proses yang terkandung di dalamnya tiada kesudahan. Justeru guru perlu kreatif untuk mengcungkil bakat dan potensi pelajar. Pendekata seni membantu individu dalam aspek-aspek tertentu. Selain dari itu keaslian dan pemikiran yang tajam dilabelkan sebagai gifted child (individu yang berbakat/berpotensi). Adalah menjadi satu kesukaran untuk mengajar individu yang gifted kerana mereka mudah dan cepat berasa bosan. Ini kerana gifted child boleh belajar proses idea-idea yang lebih kompleks dan berupaya mengolahnya dengan menggunakan konsep tersendiri. (dipetik dari Education of Gifted). Hasil seni dan produk seni sebenarnya hasil dari pengumpulan idea, emosi, perasaan dan dibantu dengan ilmu-ilmu lain maka tercipta hasil seni yang dibanggakan. Justeru seni amat penting dalam kehidupan mereka dan merupakan sebahagian dari kehidupan. Cuma menjadi persoalan apabila pendedahan seni itu tidak diperjelaskan secara langsung kepada masyarakat. Perlakuan negatif dari pengamal menyebab seni diperlekehkan. Sedangkan seni sebagai agen perubahan masyarakat dan bukan hanya untuk golongan lemah sahaja. (pelajar lemah) Matlamat Pendidikan Seni dalam Falsafah Pendidikan Kebangsaan untuk melahirkan warganegara yang berbudaya dalam kehidupan, imaginatif, kreatif, intelek, inovatif dan afektif terhadap ciri-ciri estetika agar diamalkan untuk pembinaan insan yang seimbang dan harmonis. Dalam banyak perkara, matlamat Lansing yang paling hampir dengan matlamat KPM iaitu melahirkan individu yang berimaginatif,

kreatif dan berpengetahuan di samping boleh menggunakan pengetahuan seni dalam kehidupan seharian (seni sebagai cara hidup). Seni dapat membentuk jiwa dan peribadi manusia. Ia boleh dianggap salah satu unsur yang dapat melahirkan individu yang seimbang dari segi rohani dan jasmani. Peranan Pendidikan Seni yang berteraskan seni adalah bertujuan melahirkan seseorang indivdu yang bersifat kreatif, inovatif, berimaginatif, berketrampilan serta menguasai teknologi dalam menghasilkan citarasa dalam penciptaan bahkan mampu melahirkan pelajar yang sempurna dari segi jasmani, emosi, rohani dan intelek. Di samping memahami nilai-nilai estetika dan faham akan norma-norma kebudayaan yang berteraskan kebudayaan kebangsaan. Pengajaran Pendidikan Seni Visual visual amat sesuai juga untuk diterapkan dengan pendekatan humanistik. Pelopor yang terkenal seperti Abraham Maslow dan Carl Rogers berpendapat bahawa seseorang itu berfikir melalui interpretasi individu dengan pengalaman atau kejadian luar. Dengan kata lain ia adalah hasil kesedaran penyempurnaan kendiri dan tidak terkongkong oleh persekitaran luar dan bebas. Oleh itu, pelajar adalah berhak untuk mengeluarkan idea dan kreativitinya berlandaskan kepada konsep dan pengalaman yang diterima dan dilalui dalam hidupnya. Ini tentunya memberi cabaran yang hebat kepada pelajar kerana mengadaptasikan proses pengalamannya ke bentuk visual dan juga pernyataan karya. Melalui proses tertentu , mereka harus boleh memberi keyakinan kepada penganalisis dan pengkritik akan keberkesanan mesej yang ingin disampaikan. Apa yang dilihat dalam pendekatan humanistik ini setiap individu pelajar mempunyai pengalaman tersendiri yang tidak dapat difahami oleh orang lain. Oleh itu, pembelajaran ini adalah melalui proses kebebasan kepada pelajar untuk membuat penilaian kendiri di mana mereka mesti berada dalam keadaan tenang dan tidak tegang semasa belajar. Justeru itu Maslow ada mengatakan bahawa keperluan psikologi perlu dalam hidup manusia sebagai keperluan asas sebelum dia mencapai peringkat akhir yang akan mencapai kecemerlangan diri.

Pendidikan seni visual memberi peluang kepada murid untuk berinteraksi dan meningkatkan keupayaan bersosial selain meningkatkan keyakinan diri. Aktiviti pendidikan seni visual memberikan peluang kepada murid untuk saling hormat-menghormati dan menjadi landasan 13
PERKEMBANGAN SENI KANAK-KANAK(HBAE1203) 790616035703

untuk memupuk perasaan toleransi. Mata pelajaran seni juga menganjurkan semangat bekerjasama didalam aktiviti berkumpulan yang dibentuk. Pendidikan seni visual dapat memenuhi keinginan dan fitrah kanak-kanak. Mereka dapat meluahkan perasaan dan emosi mereka melalui lukisan. Kanak-kanak terlalu unik sehingga melahirkan ramai pengkaji lukisan kanak-kanak. Sebagai orang dewasa kita hendaklah sentiasa menggalakkan dan memberi sokongan kepada mereka agar kreativiti yang ada pada mereka akan terus digilap sehingga berjaya. Strengths of Visual Thinking

Visual-spatial thinkers excel at: using images and pictures knowing where they are in space eg driving, parking, going places without directions getting the whole idea at once and then filling in the parts working with complex issues bringing together a range of disparate ideas abstract mathematical concepts visual spelling working with computers using intuition creative problem solving memory for places, events, people geometry, physics, graphics using metaphors verbal images three dimensional thinking seeing patterns visualising rhythm, melody and harmonies

Ssuautu yang menarik dan indah mungkin tidak bermakna apa tetapi sebaliknya sesuautu yang berseerabut seperti kepala otak aku la ni mungkin membawa seribu macam persoalan yang mungkin. Penterjemahan disebalik sesebuah lukisan boleh membawa makna yang berbeza sekiranya dinilai oleh indidu yang berbeza. Ini kerana Murid-murid akan membuat apresiasi (tafsiran) masing-masing terhadap gambaran yang diberikan kepada mereka berdasarkan apa yang mereka ketahui dan lalui

1.1 KANAK-KANAK DAN SENI VISUAL Bilakah kali terakhir anda melukis? Apakah bentuk lukisan yang anda hasilkan? Siapakah yang mempengaruhi dan memberikan galakan kepada anda untuk melukis? Penterjemahan disebalik sesebuah lukisan boleh membawa makna yang berbeza

sekiranya dinilai oleh indidu yang berbeza. Ini kerana Murid-murid akan membuat apresiasi (tafsiran) masing-masing terhadap gambaran yang diberikan kepada mereka berdasarkan apa yang mereka ketahui dan laluiKanak-kanak dilahirkan dengan mempunyai sifat yang dinamik serta berkembang mengikut fitrah semula jadi proses tumbesaran mereka. Hasil kerja seni visual yang dihasilkan berfungsi sebagai alat komunikasi dan merupakan refleksi pemikiran kanak-kanak. Refleksi ini menurut Koster (2001), akan terus berkembang bersama kanak-kanak sehingga ia membesar. Penghasilan karya terutama lukisan oleh kanak-kanak mempunyai interpretasi yang berbeza dengan karya yang dihasilkan oleh orang dewasa. Bagi orang dewasa, seni visual sering dikaitkan dengan kecantikan dan kesempurnaan, namun bagi kanakkanak hasil karya yang dihasilkan bersifat luahan dan ekspresif (Lowenfeld, 1975). Kebanyakan pengkaji seni kanak-kanak menganggap hasil karya seni sebagai satu kaedah menarik untuk melihat cara berfikir dan menyelami perasaan selain melihat dan menguji keupayaan perkembangan kognitif mereka. Karya seni kanak-kanak adalah bersifat peribadi dan tersendiri. Bertitik-tolak daripada faktor inilah pengetahuan asas mengenai lukisan yang dihasilkan oleh kanak-kanak penting bagi guru pendidikan seni visual sebelum kanak-kanak didedahkan dengan pelbagai aktiviti. Kesemua

pengetahuan yang merangkumi umur, tahap kanak-kanak serta kemampuan mereka perlu difahami supaya guru-guru pendidikan seni visual berupaya merancang aktiviti yang sesuai dengan mengikut tahap yang sesuai.

b) Kemukakan sintesis dari definisi-definisi berkenaan dalam konteks pengajaran dan pembelajaran komputer.

i. Pemikiran visual merupakan satu corak pemikiran yang dirangsang melalui pemerhatian ke atas sesuatu visual ii. Pelajar akan membuat tafsiran masing-masing terhadap gambaran yang diberikan kepada mereka berdasarkan apa yang mereka ketahui dan lalui. iii. Mesej-mesej yang disampaikan oleh visual tersebut akan cuba ditafsirkan oleh pelajar dan lazimnya mesej-mesej yang disampaikan tidak sama dengan apa yang pelajar fahami.

iv. Pemikiran visual membenarkan pelajar untuk meneroka maklumat atau mesej yang ingin disampaikan mengikut perspektif pemikiran masing-masing v. Pengajar mampu meningkatkan daya kreativiti pelajar dengan memupuk pemikiran visual dengan menggalakkan dan membiasakan pelajar dengan paparan-paparan grafikal yang bersesuaian Contohnya, sebelum pelajar memulakan sesuatu projek perisian komputer, pengajar akan menunjukkan contoh-contoh projek yang berjaya kepada para pelajar. Pengajar akan membuat demontrasi bagaimana menggunakan setiap satu contoh-contoh projek tersebut secara rambang. Melalui demontrasi contohcontoh projek ini akan membantu pelajar untuk menyiapkn projek masing-masing.

Pelajar secara tidak sedar diajak untuk mengembangkan kreativiti yang ada di samping pengetahuan dan pengalaman yang mereka miliki. Pelajar akan memikirkan cara-cara yang sesuai untuk membangunkan projek tersebut, antara muka, membayangkan interaksi dan tindakan pengguna, reka bentuk dan sebagainya. Semua ini berlaku secara aktif dalam pemikiran setiap pelajar.

c) Kemukakan contoh

Aktiviti 1 : - Dapatkan tiga definisi pemikiran visual (visual thinking) dari literatur. Pemikiran visual adalah proses menggunakan minda untuk mencari makna dan pemahaman terhadap sesuatu, menerokai pelbagai kemungkinan idea atau ciptaan dan membuat pertimbangan yang wajar, bagi membuat keputusan dan menyelesaikan masalah dan seterusnya membuat refleksi dan metakognisi terhadap proses yang dialami. Pemikiran visual adalah fenomena biasa dalam pemikiran proses visual menggunakan bahagian otak yang emosi dan kreatif untuk menguruskan maklumat dalam satu cara intuitif dan serentak.

Adalah pendekatan untuk memahami, menghasilkan, dan berkomunikasi. Koleksi visual berdasarkan konsep dan metod seperti visualisasi maklumat, peta minda dan persembahan visual (apa yang dipelajari dari filem dan komik) - Kemukakan sintesis dari definisi-definisi berkenaan dalam konteks pengajaran dan pembelajarankomputer. Berfikir dalam gambar adalah satu daripada perbuatan bukan lisan seperti kinestatik, muzikal dan pemikiran matematikal. Pemikiran yang pelbagai dan cara pembelajaran termasuklah visual, kinestatik, muzikal, matematik dan gaya pemikiran verbal adalah sebahagian daripada latihan yang digunakan oleh guru pada masa sekarang. Pemikiran visual dan pelajar visual adalah tidak sinonim, mereka berfikir dalam gambaran yang telah diketahui umum sebagai lebih baik dalam pembelajaran visual. Manakala, pembelajaran dan gaya pemikiran adalah berbeza mengikut pemikiran setiap individu. Pemikiran visual amat penting dalam proses pengajaran dan pembelajaran kerana ia merangkumi semua aspek yang diperlukan untuk meransang minda pelajar untuk menggunakan semua deria mereka untuk memudahkan mereka memahami apa yang dipelajari. - Kemukakan contoh. Dengan menggunakan pemikiran visual dalam pengajaran dan pembelajaran subjek komputer, pelajar dapat melihat secara visual apa yang dipelajari dan mereka akan lebih memahami apa yang ingin disampaikan oleh guru.
James dalam Ideas in Practice (1999), menyatakan seni mengasah bakat kreativiti dan kemahiran kritikal. Kini kreativiti boleh diajar dalam bilik darjah. Realitinya seni mempunyai tujuan dan proses yang terkandung di dalamnya tiada kesudahan. Justeru guru perlu kreatif untuk mengcungkil bakat dan potensi pelajar. Pendekata seni membantu individu dalam aspekaspek tertentu. Selain dari itu keaslian dan pemikiran yang tajam yang dilabel sebagai gifted child (individu yang berbakat/berpotensi). Adalah menjadi satu kesukaran untuk mengajar individu yang gifted kerana mereka mudah dan cepat berasa bosan. Ini kerana gifted child boleh belajar proses idea-idea yang lebih kompleks dan berupaya mengolahnya dengan menggunakan konsep tersendiri. (dipetik dari Education of Gifted). Hasil seni dan produk seni sebenarnya hasil dari pengumpulan idea, emosi, perasaan dan dibantu dengan ilmu-ilmu lain

maka tercipta hasil seni yang dibanggakan. Justeru seni amat penting dalam kehidupan mereka dan merupakan sebahagian dari kehidupan. Cuma menjadi persoalan apabila pendedahan seni itu tidak diperjelaskan secara langsung kepada masyarakat. Perlakuan negatif dari pengamal menyebab seni diperlekehkan. Sedangkan seni sebagai agen perubahan masyarakat dan bukan hanya untuk golongan lemah sahaja.

i.

Menurut Zhukovskiy V.I. & Pivovarov D.V. (2008)

Pemikiran visual merupakan salah satu bentuk pemikiran yang tidak verbal (hasil buah fikiran yang tidak mampu ditakrifkan dengan tepat melalui kata-kata) yang membolehkan seseorang individu melihat sesuatu yang berbentuk abstrak dan kemudiannya menjadi suatu terjemahan yang bersifat ilmiah.
Aspek pemikiran visual merupakan sesuatu yang mampu dan boleh dijadikan sebagai landasan dalam proses pengajaran dan pembelajaran seseorang individu ataupun murid-murid. Pemikiran visual merupakan satu corak pemikiran yang dirangsang melalui pemerhatian ke atas sesuatu visual yang diberikan kepada seseorang murid. Seterusnya, mereka akan membuat apresiasi atau tafsiran masing-masing terhadap gambaran yang diberikan kepada mereka berdasarkan apa yang mereka ketahui dan lalui yang juga dikenali sebagai pengetahuan sedia ada dalam diri mereka. Menurut Zhukovskiy V.I. & Pivovarov D.V. (2008), menyatakan bahawa pemikiran visual merupakan salah satu bentuk pemikiran yang tidak verbal (hasil buah fikiran yang tidak mampu ditakrifkan dengan tepat melalui kata-kata) yang membolehkan seseorang individu melihat sesuatu yang berbentuk abstrak dan kemudiannya menjadi suatu terjemahan yang bersifat ilmiah. Pendedahan awal terhadap pemikiran visual ini sejak dari peringkat sekolah rendah lagi mampu melahirkan insan yang sentiasa proaktif dalam meneroka idea-idea baru yang disandarkan kepada pengalaman mereka yang lalu.

Pemikiran visual mengajak dan membenarkan murid untuk meneroka maklumatmaklumat atau mesej yang ingin disampaikan mengikut perspektif pemikiran mereka yang tersendiri dan unik bagi setiap individu. Sepanjang proses atau aktiviti apresiasi, para guru perlu menjalankan peranan penting mereka dalam usaha mencorak dan membentuk pemikiran murid. Guru perlu berusaha untuk meningkatkan daya kreativiti murid dengan memupuk pemikiran visual menerusi galakkan dan melazimkan murid dengan apresiasi terhadap karyakarya lain yang bersesuaian. Guru tidak boleh sama sekali memberi kritikan negatif kepada murid kerana kritikan jenis ini mampu meruntuhkan semangat dan menyebabkan minat seseorang kanak-kanak tersebut dalam meneroka sesuatu yang baru menjadi terhalang serta sekaligus menurunkan motivasi dan melemahkan emosi murid-murid terbabit. Murid-murid atau kanak-kanak pada peringkat awal cenderung untuk menggambarkan sesuatu melalui lukisan yang mereka hasilkan. Mereka juga sering melahirkan rasa hati mereka melalui lukisan seperti

luahan kegembiraan, menyatakan kesedihan, berkongsi keperitan hidup, mempamerkan semangat yang membara dan sebagainya sekiranya kita mampu menilai lukisan anak didik kita dengan sewajarnya.

Hasil kerja seni visual yang dihasilkan berfungsi sebagai alat komunikasi dan merupakan refleksi pemikiran kanak-kanak. Refleksi ini menurut Koster (2001), akan terus berkembang bersama kanak-kanak sehingga ia membesar. Penghasilan karya terutama lukisan oleh kanak-kanak mempunyai interpretasi yang berbeza dengan karya yang dihasilkan oleh orang dewasa. Bagi orang dewasa, seni visual sering dikaitkan dengan kecantikan dan kesempurnaan, namun bagi kanak-kanak hasil karya yang dihasilkan bersifat luahan dan ekspresif (Lowenfeld, 1975). Kebanyakan pengkaji seni kanak-kanak menganggap hasil karya seni sebagai satu kaedah menarik untuk melihat cara berfikir dan menyelami perasaan selain melihat dan menguji keupayaan perkembangan kognitif mereka. Karya seni kanak-kanak adalah bersifat peribadi dan tersendiri. Bertitik-tolak daripada faktor inilah, pengetahuan asas mengenai sesebuah lukisan yang dihasilkan oleh kanak-kanak adalah aspek penting bagi semua guru dan tidak hanya tertumpu kepada guru pendidikan seni visual sebelum kanakkanak terbabit didedahkan dengan pelbagai aktiviti yang lain.

Kesemua pengetahuan yang merangkumi umur, tahap kanak-kanak serta kemampuan mereka perlu difahami supaya para guru berupaya merancang aktiviti yang sesuai dengan mengikut tahap yang ada pada murid-murid mereka. Kanak-kanak juga perlu dididik untuk melihat dan menilai sesuatu bahan visual ke arah yang lebih positif bagi membentu pemikiran visual yang bersih dan bersifat ilmiah. Sesuatu hasil visual yang hodoh atau comot tidak semestinya mempunyai nilai yang rendah, sebaliknya sekiranya dinilai dan ditafsir secara ilmiah serta dikaitkan dengan aspek kemanusiaan boleh memberikan kesedaran mengenai aspek hidup manusia yang penuh dengan liku dan pancaroba.

ii.

Sword L.K. (2005)

mendefinisikan pemikiran visual menggunakan gambar, warna, unsur -unsur abstrak, gambarajah dan sebagainya. Maklumat yang saling berkaitan akan diperolehi daripada pemerhatian ke atas sesuatu gambar atau visual.
Pemikiran visual melibatkan penggunaan gambar, warna, diagram dan sebagainya. Mereka yang mengamalkan konsep pemikiran visual menjadi lebih kreatif dan mampu melihat sesuatu gambaran melalui bentuk visual berbanding bentuk-bentuk ayat dengan lebih baik melalui proses imaginasi dalam minda mereka. Menurut Sword L.K. (2005), pemikiran visual menggunakan gambar, warna, unsur-unsur abstrak, gambarajah dan sebagainya. Maklumat yang saling berkaitan akan diperolehi daripada pemerhatian ke atas sesuatu gambar atau visual. Pemikiran visual adalah proses menggunakan minda untuk mencari makna dan pemahaman terhadap sesuatu, menerokai pelbagai kemungkinan idea atau ciptaan dan membuat pertimbangan yang wajar, bagi membuat keputusan dan menyelesaikan masalah dan seterusnya membuat refleksi dan metakognisi terhadap proses yang dialami. Pemikiran visual adalah fenomena biasa dan bentuk pemikiran proses visual adalah melalui menggunakan bahagian otak yang emosi dan kreatif untuk menguruskan maklumat dengan satu cara yang intuitif dan serentak. Pendekatannya adalah untuk memahami, menghasilkan, dan

berkomunikasi. Koleksi visual berdasarkan konsep dan kaedah seperti visualisasi maklumat, peta minda persembahan visual dan lain-lain.

Kanak-kanak yang didedahkan dengan pemikiran visual akan menjadi lebih kreatif dan cekap dalam mentafsir maklumat-maklumat yang dipamerkan dalam bentuk visual seperti peta minda berbanding dengan susunan maklumat dalam bentuk ayat dalam proses pembelajaran mereka dan salah satu cara pembelajaran atau pendekatannya yang terbaik ialah melalui seni. Kemahiran berfikir secara abstrak dan kemahiran kreatif boleh dirangsang melalui mata pelajaran seni ataupun pengabungjalinan unsur seni dengan matapelajaran yang lain. kehidupan pada hari ini mengandungi terlalu banyak maklumat. Adalah amat mustahil untuk kita memperoleh dan menyimpan semua info atau maklumat yang diperolehi dengan begitu sahaja. Seni berbeza kerana ia bersifat abstrak. Kadangkala apabila kita melihat lukisan sahaja, kita akan berasa tenang. Jelas kepada kita seni mampu bertindak sebagai ekspresi diri melalui

makna dan penyampaian yang cuba disampaikan dalam bentuk visual yang dipenuhi dengan keindahan warna-warna serta mampu dikaitan dengan aspek kehidupan manusia itu sendiri.

Penterjemahan disebalik sesebuah lukisan boleh membawa makna yang berbeza sekiranya dinilai oleh individu yang berbeza. Ini kerana murid-murid akan membuat apresiasi (tafsiran) masing-masing terhadap gambaran yang diberikan kepada mereka berdasarkan apa yang mereka ketahui dan juga dikaitkan dengan proses-proses yang telah mereka lalui lalui sebagai asas untuk menterjemahkan makna disebalik sesuatu visual. Kanak-kanak dilahirkan dengan mempunyai sifat yang dinamik serta berkembang mengikut fitrah semula jadi proses tumbesaran mereka. Konsep pemikiran visual membenarkan murid-murid untuk meneroka maklumat atau mesej yang ingin disampaikan mengikut perspektif pemikiran masing-masing. Para guru mampu meningkatkan daya kreativiti pelajar dengan merangsang dan memupuk pemikiran visual dengan menggalakkan dan membiasakan murid-murid dengan paparanpaparan grafik yang bersesuaian sebagai contoh, sebelum memulakan sesuatu pengajaran para guru boleh menunjukkan contoh-contoh yang berbentuk gambarajah, gambar-gambar atau peta minda kepada murid-murid mereka. Murid secara tidak sedar diajak untuk

mengembangkan kreativiti yang ada di samping pengetahuan dan pengalaman yang mereka miliki. James dalam Ideas in Practice (1999), menyatakan seni mengasah bakat kreativiti dan kemahiran kritikal. Kini kreativiti boleh diajar dalam bilik darjah. Realitinya seni mempunyai tujuan dan proses yang terkandung di dalamnya tiada kesudahan. Justeru guru perlu kreatif untuk mengcungkil bakat dan potensi pelajar. Pendekata seni dengan dibantu oleh konsep pemikiran visual mampu membantu individu dalam aspek-aspek tertentu. Selain dari itu keaslian dan pemikiran yang tajam yang dilabel sebagai gifted child (individu yang berbakat/berpotensi). Adalah menjadi satu kesukaran untuk mengajar individu yang gifted kerana mereka mudah dan cepat berasa bosan. Ini kerana gifted child boleh belajar proses idea-idea yang lebih kompleks dan berupaya mengolahnya dengan menggunakan konsep tersendiri. (dipetik dari Education of Gifted). Mereka boleh didedahkan dengan pemikiran visual dan dimotivasikan untuk melihat sesuautu dari sudut yang lebih luas sebagaimana yang terkandung dalam pemikiran visual ini.

iii.

Mike Bradshaw (2002) membuat takrifan

pemikiran visual dari perspektif pembelajaran lukisan yang meletakkan definisi pemikiran visual ialah satu proses mengambil konsep visual menjadi hasil berbentuk fizikal dan terjemahannya melalui lukisan.
Menurut Mike Bradshaw, definisi pemikiran visual dari perspektif pembelajaran lukisan yang meletakkan definisi pemikiran visual ialah satu proses mengambil konsep visual menjadi hasil berbentuk fizikal dan terjemahannya melalui lukisan. Pemikiran visual merupakan satu corak pemikiran yang dirangsang melalui pemerhatian ke atas sesuatu visual. Pelajar-pelajar akan membuat apresiasi (tafsiran) masing-masing terhadap gambaran yang diberikan kepada mereka berdasarkan apa yang mereka ketahui dan lalui. Pemikiran visual membenarkan pelajar untuk meneroka maklumat atau mesej yang ingin disampaikan mengikut perspektif pemikiran masing-masing. Semasa proses apresiasi, peranan guru sangat penting dalam mencorak pemikiran pelajar. Guru perlu berusaha untuk meningkatkan daya kreativiti pelajar dengan memupuk pemikiran visual menerusi galakkan dan melazimkan pelajar dengan apresiasi terhadap karya-karya lain yang bersesuaian. Guru tidak boleh sama sekali memberi kritikan negatif kepada pelajar. Kritikan negatif akan menurunkan motivasi dan melemahkan emosi pelajar.

Dalam teori model 4 Kuadran otak, Ned Hermann (1986) telah membahagikan otak manusia menjadi empat kuadran pilihan berfikir iaitu Belahan Otak Kiri (A), Sistem Kiri (B),Sistem Kanan (C), dan Belahan Otak Kanan (D). Setiap kuadran memiliki pilihan berfikir(thinking preferences) yang berbeza. Cara fikir Kuandran D adalah untuk pemikiran visual, menyeluruh, intuisi, inovatif, konseptual, dan imaginatif. Penyelidikan di kedua-dua teori pendidikan dan psikologi kognitif memberitahu kita bahawa belajar visual adalah salah satu kaedah yang sangat baik untuk mengajar pelajar dari segala usia cara berfikir dan cara belajar. Strategi pembelajaran visual seperti grafik organizer, diagram, garis besar dan lebih banyak digunakan di ruang kelas di seluruh negeri. Strategi ini membantu pelajar atau semua usia agar lebih baik dalam menguruskan tujuan belajar dan mencapai kejayaan akademik.

Pelajar diwajibkan untuk menilai dan mentafsir maklumat daripada pelbagai sumber, menggabungkan pengetahuan baru dengan apa yang telah mereka pelajari, dan meningkatkan

kemahiran menulis dan berfikir secara kritis, alat belajar visual yang membantu pelajar memenuhi permintaan tersebut. Berpasangan dengan kapasiti otak untuk gambar, strategi pembelajaran visual membantu pelajar lebih memahami dan menyimpan maklumat. Ini adalah kerana manusia menggunakan pemikiran visual untuk menggambarkan atau mengimaginasikan sesebuah masalah di dalam fikiran mereka atau menvisualisasikan apa sebenarnya yang berlaku dalam lingkungan batasan yang tertentu. Berfikir secara visual membenarkan manusia melihat masa hadapan melalui imaginasi dan kemungkinan apa yang akan berlaku. Pengajaran dan pembelajaran visual pula adalah rentetan dan perkembangandaripada pemikiran visual iaitu mengajar dan belajar sesuatu melalui penggunaan visual.

Menurut Fredette (1893), kemahiran berfikir secara visual ini adalah lebih kepada bakat seni yang besar. Pemikiran visual boleh di anggap sebagai satu binaan serupa dalam konsep membanding, mengenalpasti, dan mendefinisikan bakat seni yang terdapat dalam diri seseorang pelajar. Kenyataan ini merupakan pendapat Chetelat(1981), Lowenfeld(1947) dan Haroutonian(1995). Terdapat beberapa perkara yang sering diberikan perhatian oleh guru ketika berada didalam suasana bilik darjah. Contohnya, seorang kanak-kanak yang mempunyai daya pemikiran visual yang tinggi sudah tentu akan dapat mentafsir maklumat visual dengan mudah berbanding rakan-rakan mereka yang mempunyai pemikiran visual yang rendah. Kanakkanak yang mempunyai bakat dalam bahagian seni berkeupayaan dengan mudah untuk mentafsir makna dan juga carta-carta yang terdapat dalam seni. Di samping itu, cara lain untuk melibatkan kanak-kanak dalam kemahiran visual ialah dengan menggalakkan mereka belajar mengenai konsep-konsep abstrak berkaitan seni. Walaubagaimanapun menurut Norman Rockwell, penghasilan kerja seni yang sesuai untuk pemikiran visual seperti penghasilan kerja berbentuk naratif termasuk bahan- bahan bercerita dapat menarik minat kanak-kanak.