Anda di halaman 1dari 8

UNIVERSITI TUN HUSSEIN ONN MALAYSIA FAKULTI PENDIDIKAN TEKNIKAL BBR 36903

KEMAHIRAN TUMPUAN DALAM SAINS TUGASAN 1

NAME MATRIK NO. NO IC TEL.NO KURSUS

: TAN WEE WEE : DB100679 : 830421-01-5933 : 018-9053686 : PROGRAM PENSISWAZAHAN GURU (PPG) AMBILAN MAC 2011 ELEKTIF SAINS SEKSYEN 1

PENSYARAH

: En Ghazally Spahat

LOKASI : TANGKAK TARIKH : 3-11-2013 MASA : 7.45 PM KAMERA : Panasonic Lumix DMC-FS62 NAMA : Kepentingan Kekeluargaan F-STOP : f/5.2 EXPOSURE TIME : 1/60 sec SPEED : ISO-400 DIMENSIONS : 1:2.8-5.9/5.5-22 IMAGE QUALITY : 10 megapixels

Kepentingan Kekeluargaan Di Kalangan Masyarakat Faktor persekitaran yang mempengaruhi pembentukan dan perkembangan personaliti seseorang merangkumi keadaan keluarga, sekolah , rakan sebaya, masyarakat dan pengalamannya. Sesungguhnya pembentukan dan perkembangan personaliti seseorang bermula dengan keluarga. Keadaan rumah yang harmonis dan perhubungan ibu bapa dengan anak-anak mereka erat dan mesra akan menggalakkan perkembangan personaliti yang positif. Sebaliknya, suasana rumah yang tegang atau kucar-kacir akan menggalakkan perkembangan personaliti yang negatif. Pada halnya, hubungan kekeluargaan terutama di kawasan bandar tidak begitu erat jika berbanding dengan keluarga yang tinggal di kawasan pedalaman. Pada zaman yang serba moden ini kita sering mendengar dan terbaca di muka akhbar tentang permasalahan dan isu seperti keruntuhan masyarakat . Misalnya, kes penderaan kanak-kanak pebuangan anak luar nikah, kes penceraian dan sebagainya.Hal ini disebabkan oleh ibu bapa tidak rapat dengan anak-anak mereka kerana jarang meluangkan masa bersama mereka. Tambahan pula, kanak-kanak yang berasal dari keluarga yang bercerai. Tahukah anda, konflik dan pergeseran pendapat antara anda dan pasangan anda jika tidak dibendung serta diambil tindakan terhadapnya dari awal, ianya bakal mengundang kesan buruk dan padah di kemudian hari dan mendatangkan kesan buruk kepada anak-anak? Permasalahan sosial kini menjadi suatu isu yang serius dalam negara. Berbagai ragam krisis akhlak dan moral kini terus menular dan merebak dalam masyarakat kita khasnya di kalangan remaja. Daripada kes bohsia, hamil luar nikah yang diikuti dengan pembuangan zuriat di dalam tong sampah, penderaan, gengsterisme dan vandalisme, rogol, sumbang mahram, ketagihan dadah dan sebagainya. Dengan perkataan mudah, adakah kita sebagai ibu dan bapa telah tidak melaksanakan tanggungjawab keibubapaan dengan sebaik yang mungkin? Tidak boleh dinafikan , kehidupan yang serba moden turut merenggangkan lagi hubungan kekeluargaan. Sebenarnya, kita dapat memastikan gejala sosial tidak mempengaruhi masyarakat terutamanya dalam kalangan remaja apabila eratnya ikatan kekeluargaan dalam hidup mereka. Remaja yang kurang perasaan kekeluargaan dan kasih sayang akan mudah terjebak dengan budaya kuning seperti merokok dan melepak di pusat beli-belah kerana mereka tidak mempunyai panduan hidup yang jelas. Lantaran itu,mereka memberontak dengan melakukan perkara yang tidak sihat untuk mendapat perhatian orang ramai. Selaras dengan itu,ibu bapa perlu memupuk perasaan kekeluargaan terhadap anak-anak mereka sejak kecil lagi.

Berikutlah menunjukkan konsep kendiri negatif anak anda. Sahsiah tidak seimbang dan mempunyai kompleks rendah diri. Pasif dan tidak suka bergaul atau bekerjasama dengan orang lain. Kurang berkeyakinan terhadap diri sendiri dan tidak berani mencuba. Mempunyai perasaan curiga, prasangka dan tidak percaya orang lain serta diri sendiri. Sentiasa menunjuk wajah muram dan masam muka. Terlalu sentitif terhadap teguran dan kritikan daripada orang lain terutama ahli keluarga. Bersifat penakut, pemalu dan tidak sudi bertanggungjawab. Tidak suka bergaul dengan orang lain dan tidak diterima oleh orang lain. Mengalami lebih banyak kali kegagalan daripada kejayaan. Kadang-kadang dikritik dan dimarahi oelh ahli keluaraga, guru , murid sedarjah dan ahli masyarakat. Tidak suka mendengar atau menerima pendapat orang lain. Sukar bersosialisasi dengan orang lain dan sentiasa menjauhkan diri daripada khalayak ramai. Terdapat beberapa cara yang efektif untuk menandangi masalah-masalah kekeluargaan yang dinyatakan. Misalnya, komunikasi memainkan peranan yang amat penting di dalam sesebuah hubungan. Ia bagaikan tunggak keluarga. Komunikasi yang baik antara satu sama lain dapat mengelakkan sebarang salah faham dan secara tidak langsung, dapat mengukuhkan hubungan. Kini, bukan para ibu bapa sahaja yang tidak dapat meluangkan masa untuk anak- anak, malah anak juga sibuk dengan tanggungjawab di sekolah. Seterusnya, sesebuah keluarga juga harus mengutamakan untuk makan bersama. Dengan cara inilah, setiap ahli keluarga dapat berkongsi tentang apa yang mereka lalui pada hari itu dan ini dapat mengeratkan lagi hubungan. Keluarga yang selalunya tidak makan bersama, akan menjadi lebih renggang kerana ada suatu keruntuhan dari segi komunikasi. Selain itu, melalui aktiviti percutian keluarga , ahli-ahli keluarga dapat membebaskan diri mereka daripada tekanan-tekanan harian seperti tekanan ditempat bekerja dan sekolah. Ibu bapa juga haruslah mengambil kesempatan ini untuk berinteraksi bersama anak-anak mereka mengenai keadaan mereka di sekolah. Ibu bapa juga boleh menanyakan tentang perkembangan pelajaran anak-anak mereka di sekolah. Percutian keluarga ini juga mampu mengeratkan hubungan

silaturahim di kalangan ahli keluarga. Semasa bercuti, ibu bapa dan anak-anak bolehlah lebih memahami diantara satu sama lain semasa meluangkan masa bersama. Aktiviti-aktiviti yang dilakukan semasa percutian keluarga seperti berkayak, berkhemah, membeli-belah serta melancong dapat membina suasana yang aman,gembira dan selesa sesama ahli keluarga. Dengan ini, anak-anak serta ibu bapa akan berasa lebih terbuka untuk berbincang mengenai keadaan keluarga mereka. Sekiranya, anda tidak dapat meluangkan masa yang masa yang untuk bercuti , anda boleh merancang aktiviti keluarga pada hujung minggu. Ia mungkin aktiviti di luar seperti berkelah, menunggang basikal, berjoging, berkebun atau aktiviti dalaman seperti bermain boling, berkaraoke atau menonton wayang bersama keluarga. Yang penting, ibu dan bapa harus mengikati bahawa kepimpinan melalui teladan. Ibu bapa sebagai pengemudi bahtera rumah tangga haruslah sentiasa mengekalkan kemesraan tali percintaan mereka. Ibu bapa perlu diingatkan bahawa watak dan peribadi anak-anak di masa hadapan banyak bergantung kepada darah keturunan dan pendidikan yang diterimanya hari ini.Pasangan suami isteri perlu ingat bahawa perceraian antara mereka merupakan racun yang sangat berbisa bagi jiwa anak-anak. Namun begitu, pendidikan jiwa yang merupakan pendidikan utama dan penting, hanya dapat dilakukan oleh ibu yang merupakan insan yang paling dekat dengan anak-anak. Pendidikan jiwa inilah yang akan menghasilkan akhlak yang tinggi dan satu kehidupan yang indah. Dalam konteks pendidikan anak-anak, memang tepat dikatakan bahawa ibu adalah sekolah yang pertama bagi anak-anak. Ibulah yang merupakan pendidik rohani atau jiwa yang utama. Pertumbuhan emosi atau tekanan jiwa memainkan peranan yang penting untuk lebih terpengaruh dari pemikiran kerana perubahan fizikal memberi keperluan kekuatan diri. Kegagalan kanak-kanak tersebut dalam merealisasikan kemandiriannya menyebabkannya ia akan berkurangnya keyakinan kepada orang lain. Anak-anak akan bersifat malu dan merasa serba kekurangan.terhadap dirinya dan kurang yakin dengan kemampuannya. Sekiranya, keluarga anda sentiasa berada dalam keadaan bahagia, ahli keluarga turut akan berkonsep kendiri yang positif seperti yang berikut: Mempunyai personality yang harmonis dan seimbang. Bersifat tenang dan penuh ketabahan apabila menghadapi cabaran.

Menikmati lebih banyak kejayaan daripada kegagalan. Bersikap bertimbang rasa serta pandangan terbuka. Mempunyai pandangan positif terhadap diri sendiri. Merasa bangga diri sendiri dan berani mencuba. Mudah bersosialisasi dengan orang lain. Mudah diterima oleh orang lain. Sedia menerima teguran , kritikan dan pendapat orang lain. Mempunyai penuh keyakinan diri sendiri. Optimistik dan sentiasa riang dan gembira dalam apa-apa situasi. Sentiasa menerima pujian, kasih sayang, pertolongan dan perhatian daripada keluarganya, guru, rakan sebaya dan ahli masyarakat.

Oleh itu, amat penting bagi masyarakat kita didedahkan dengan manfaat-manfaat mewujudkan perasaan kekeluargaan. Kadar jenayah di negara kita dapat dikurangkan dengan drastik. Kebanyakan kajian membuktikan pencetus utama penjenayah melakukan kesalahan undangundang seperti membunuh dan merogol adalah disebabkan masalah kekeluargaan. Mereka hilang pertimbangan sehingga melakukan jenayah kerana tertekan dan cuba mencari jalan penyelesaian bagi masalah mereka. Ketiadaan keluarga untuk menjadi tempat mereka meluahkan masalah menjurus isu ini berlaku. Sehubungan dengan itu, pelbagai program bercorak kekeluargaan seperti Hari Bersama Keluarga perlu dilaksanakan oleh kerajaan untuk mengeratkan lagi hubungan kekeluargaan. Secara tidak langsung, negara kita akan sentiasa dalam keadaan aman dan damai apabila masalah gejala sosial dan kadar jenayah berkurangan. Negara yang harmoni dan tiada masalah dalaman mahupun luaran mampu melahirkan masyarakat yang tinggi nilai kekeluargaan. Hal ini demikian kerana,mereka bebas melakukan pelbagai aktiviti bersama keluarga tanpa memikirkan masalah-masalah yang menimpa negara mereka. Oleh sebab itu,semua pihak perlu bekerjasama menjaga keamanan negara. Kesimpulannya, kerjasama antara ahli keluarga amat penting untuk mengeratkan hubungan. Masa bukan lagi penyebab atau alasan di mana seseorang itu tidak dapat meluangkan masa buat keluarga. Bak kata pepatah, hendak seribu daya, tak mahu seribu dalih. Dengan itu, hubungan

kekeluargaan dapat dirapatkan semula jika semua memberikan keutamaan pada keluarga masingmasing.

Rujukan 1. Nik Azis Nik Pa, (2002). Keluarga Berdaya Maju, Kuala Lumpur: Penerbit Universiti Malaya. 2. Leha @ Zaleha Muhamat, (2005). Wanita: Model Ibu Mithali, Kertas Kerja Seminar Wanita 3. Awang Had Salleh, (1996). Masyarakat Melayu Dalam Pendidikan Dan Sosiobudaya, Jurnal Pemikir, Julai-September, Kuala Lumpur: Utusan Pub 4. http://kandadinda.com.my/index.php?option=com_content&view=article&id=54:caramengeratkan-hubungan-kekeluargaan&catid=37:kekeluargaan&Itemid=84 5. http://puncacerai.com/ 6. http://dwnmasyarakat.dbp.my/?p=1712