Anda di halaman 1dari 8

Bolehkah murid-murid sekolah rendah digalakkan mengguna kalkulator dalam penyelesaian matematik?

Bincangkan
Reply Print Mark as Read

850112035410 | 11. Nov 2013, 11:04

Soalan C
Bolehkah murid-murid sekolah rendah digalakkan mengguna kalkulator dalam penyelesaian matematik? Bincangkan Penyelesaian masalah adalah elemen yang penting dalam kurikulum Matematik di mana ia wujud dalam tiga cara yang berbeza iaitu kandungan, kebolehan dan pendekatan pembelajaran. Selama ini dalam wacana intelektual menyatakan penyelesaian masalah telah dibangunkan menjadi prosedur algoritma yang mudah. Oleh itu, penyelesaian masalah telah diajar dalam kurikulum Matematik sejak daripada peringkat sekolah rendah. Model penyelesaian masalah yang biasa digunakan ialah model empat langkah algoritma, yang diterangkan seperti berikut: 1. Memahami masalah; 2. Menentukan cara penyelesaian; 3.Melaksanakan penyelesaian; dan 4. Menyemak jawapan. Dalam menyelesaikan sesuatu masalah, satu atau lebih strategi boleh digunakan untuk mendapatkan penyelesaian. Beberapa strategi penyelesaian masalah yang biasa digunakan ialah: 1. Permudahkan masalah; 2. Kaedah cuba jaya; 3. Melukis gambar rajah; 4. Mengenal pasti pola dan urutan; 5. Membina jadual, carta atau senarai yang sistematik; 6. Simulasi; 7. Membuat analogi; dan 8. Bekerja ke belakang. Kemajuan sains dan teknologi telah membawa satu makna baru dalam kehidupan manusia masa kini. Dengan perkembangan yang pesat dalam bidang elektronik, berbagai ciptaan baru telah dihasilkan termasuklah mesin pengira atau kalkulator. Pada suatu ketika ( 1984 - 1989 ), cadangan menggunakan kalkulator agak hebat dibincangkan. Isu penggunaan kalkulator ini telah disiarkan dalam satu artikal Berita Matematik ( Septembr,1984) yang diterbitkan oleh Pusat Perkembangan Kurikulum. Akan tetapi, isu kalkulator itu telah menjadi lenyap. Seperti yang dinyatakan oleh Hillary Shuad ( 1992 ), ramai orang dewasa sama ada guru, ibubapa atau pihak kementerian yang menggunakan kalkulator hampir setiap hari dalam kerja mereka, masih berasa satu keraguan untuk menyokong penggunaan kalkulator di sekolah. Antara perkara - perkara yang dikhuatiri oleh mereka adalah seperti berikut: Murid yang menggunakan kalkulator akan menjadi malas kerana mereka tidak perlu berfikir. murid yang menggunakan kalkulator mungkin tidak pandai menjalani algoritma yang biasa yang melibatkan empat operasi, seterusnya mereka mungkin kurang faham dengan konsep asas nombor. Memang tidak boleh dinafikan bahawa setiap sesuatu perubahan baru diperkenalkan akan mengakibatkan beberapa masalah.

Akan tetapi terdapat beberapa rencana yang membincangkan isu kalkulator serta menyokong dan menggalakkan penggunaan kalkulator di sekolah - sekolah pada tahun ( 1984 - 1989 ) oleh (Palanisamy, 1984; Lim 1986; Zaleha Ismail danMaizah Hura Ahmad, 1989), hasil dapatan mereka adalah seperti berikut: didapati pelajar mempunyai sikap yang positif terhadap matematik dengan penggunaan kalkulator dan penggunaan buku sifir. didapati pelajar boleh menyelesaikan masalah matematik dengan lebih cepat menggunakan kalkulator jika dibandingkan dengan penggunaan buku sifir atau congak. Telah banyak kajian yang menunjukkan bahawa penggunaan kalkulator akan menukar sikap pelajar terhadap matematik dan juga meningkatkan keyakinan diri mereka serta minat terhadap matematik. Secara umum, penggunaan kalkulator mempunyai fungsi yang boleh disimpulkan seperti berikut : memberi motivasi terhadap pembelajaran matematik secara mendalam dan berterusan; membekalkan pelajar cara yang lebih mudah dan berkesan untuk membuat penyelesaian masalah; membenarkan soalan yang lebih mencabar dan mendalam yang memerlukan diberikan kepada pelajar pada peringkat yanglebih awal; pelajar berpeluang membuat penerokaan dan aplikasi yang lebih mendalam tentang topik - topik yang berkaitan; membolehkan pelajar mensintesis jawapan melalui ramalan berdasarkan pola - pola yang diperhatikan; menggalakkan murid menguasai saiz dan nilai nombor ( bijak nombor ). Kesimpulannya, isu yang mungkin timbul berkenaan penggunaan kalkulator ialah pelajar tidak akan dapat mengira secara manual, mencongak dan terlalu bergantung kepada kalkulator sekiranya kita membenarkan penggunaannya seawal sekolah rendah. Tidak semua pelajar yang boleh mencongak dan mengira secara manual terutamanya apabila melibatkan pendaraban dan pembahagian. Berdasarkan fungsi dan kebaikan seperti di atas sudah cukup untuk menggalakkan penggunaan kalkulator dalam matematik sekolah rendah sekiranya penggunaan kalkulator diberi perhatian di mana pelajar harus menguasai kemahiran asas matamatik seperti sifir, aritmetik asas dan penyelesai masalah.
Reply Print Mark as Read

670417065030 | 12. Nov 2013, 16:40

C)
Teknologi merupakan saranan yang penting untuk mengajar dan belajar matematik secara efektif,teknologi memperluaskan matematik yang dapat diajarkan dan meningkatkan belajar murid. Teknologi dalam konteks matematik sekolah merujuk terutama pada semua jenis kalkulator dan komputer,termasuk akses ke internet dan sumber-sumber yang tersedia untuk digunakan dengan menggunakan peringkat tersebut. Pendidik matematik telah lama memahami manfaat kalkulator dalam belajar matematik.Sejak 1976,NCTM telah mempublisasikan bermacam-macam artikel,buku-buku dan penyata

posisi,semuanya mengarankan penggunaan kalkulator secara regular dalam pengajaran matematik pada semua kelas. Sayangnya pengguna kalkulator setiap hari di masyarakat dan juga dukungan professional untuk penggunaan kalkulator di sekolah kerana mendapat sambutan di masyarakat kelas matematik, terutama pada tingkat sekolah dasar. Hambatan penggunaan kalkulator telah berkurang tetapi tidak hilang. Sesetengah daripada mereka yang tidak setuju dengan gerakan perubahan dalam pengajaran matematik. Sering memandang pengunaan kalkulator sebagai pembuat bodoh kurikulum. Pandangan mereka sering mempengaruhi orang lain yang menginginkan yang terbaik bagi anakanaknya. Orang lain harus belajar bahawa pemakaian kalkulator dan komputer dibutuhkan oleh pelajar dalam memecahkan soalan kalkulator selalu menghitungkan sesuai dengan input yang masuk. Kalkulator tidak dapat menganti pemahaman. Keuntungan penggunaan kalkulator Kalkulator berperanan dalam mempelajari matematik. Dalam bahagian ini difokuskan pada kalkulator sederhana. Perbahasan tentang kalkulator untuk membuat grafik akan menyusul. Kalkulator dapat digunakan untuk mengembangkan konsep.Kalkulator bias bererti lebih daripada sekadar alat untuk menghitung.Kalkulator juga dapat digunakan secara efektif untuk mengembangkan konsep. Adding It Up: Helping Children Learn Matamatics (NRC 2001) memuat beberapa penelitian jangka panjang yang lebih menunjukkan bahawa pelajar 4-6 yang menggunakan kalkulator meningkatkan pemikiran konsepnya. Kalkulator dapat digunakan untuk Drill. Kalkulator adalah alat yang sangat baik untuk drill yang tidak memerlukan komputer atau piranti lunak,kalkulator T1-10 dan T1-15 sekarang mempunyai penyelesaian soal yang sudah terprogram yang memungkinkan pelajar untuk dapat belajar fakta-fakta perhitungan, mengembangkan daftar fakta yang berkait dan menguji kesamaan atau ketidaksamaan ekspresi aritmetika pada kedua sisi dari symbol hubungannya. Kalkulator meningkatkan pemecahan soal. Beberapa penelitian telah menunjukkan bahawa penggunan kalkulator memperbaiki kemampuan pemecahan soal dari pelajar pada segala tingkatan untuk semua kelas. Mekanisme perhitungan kadang dapat memecah perhatian pelajar dari problem yang mereka kerjakan. Sambil memahami erti dan operasi, pelajar harus diperkenalkan dengan soal nyata dengan bilangan-bilangan yang realities. Bilangannya mungkin di atas kemampuan mereka untuk menghitung, tetapi kalkulator membuat soal nyata ini dapat diselesaikan. Kalkulator menghemat waktu. Perhitungan dengan tangan akan memakan waktu, terutama untuk pelajar usia dini yang belum mengembangkan penguasaan teknik-teknik perhitungan, mengapa waktu harus dihabiskan oleh pelajar untuk mengumlahkan bilangan-bilangan untuk mencari keliling dari sebuah polygon? Mengapa perhitungan rata-rata, mencari percentage, mengubah bentuk pecahan ke bentuk decimal atau memecahkan beberapa soalan dengan metodepensil dan kertas ketika kemampuan berhitung bukan merupakan tujuan dari pelajaran? Kalkulator banyak digunakan di kehidupan harian. Pada masa kini, hamper setiap orang menggunakan kalkulator dalam kehidupan harian untuk melakukan perhitungan kecuali anak-anak sekolah.Pelajar harus diajar bagaimana untuk menggunakan kalkulator, sebagai alat yang efektif yang mudah ditemukan dan juga belajar untuk menguji kebenaran dengan kalkulator apabila diperlukan. Ramai orang dewasa tidak mempelajari bagaimana untuk menggunakan sifat-sifat otomatik dari kalkulator dan tidak dilatih mengenali dari kesalahan besar yang dapat ditimbulkan oleh penggunaan kalkulator. Penggunaan kalkulator secara efektif adalah sebuah keterampilan yang penting. Keterampilan ini paling baik dipelajari dengan cara

menggunakan kalkulator secara teratur dan penuh erti. Pendapat yang berbeza untuk penggunaan kalkulator sebahagian besar adalah kerana salah pengertian. Setiap saranan penggunaan kalkulator pasti menjelaskan kepada orang ramai bahawa penggunaan fakta-fakta dasar, keterampilan perhitungan mental, tetap menjadi tujuan penting dalam kalkulator.. Secara keseluruhannya, penelitian telah menunjukkan bahawa keberadaan kalkulator tidak membawa pengaruh negatif pada kemampuan tradisional. Kalkulator harus ada di dalam saku atau pada meja pelajar pada setiap waktu. Keuntungan daripada penggunaan kalkulator dalam matematik memang jelas kebaikan dalam pemakaian kalkulator adalah: 1 Kalkulator tidak membahayakan . setiap pengguna dapat menyelenggarakan kegiatan atau memberikan tugas dimana kalkulator diberi batasan. Keberadaan dari kalkulator tidak mengembang dari pengembangan dasar. 2 banyak eksplorasi mengesankan yang terjadi secara spontan dalam suasana penyelesaian soal akan lebih berkembang dengan menggunakan kalkulator. 3 pelajar harus belajar untuk membuat pilihan bijak tentang menggunakan kalkulator untuk perhitungan yang menglelahkan dan untuk berhitung dalam hati untuk perhitungan sederhana dan penaksiran. Pelajar belajar ini hanya dengan membuat pilihan secara indipendan dan regular.
Reply Print Mark as Read

770521115198 | 15. Nov 2013, 08:36 Edited on: 15. Nov 2013, 09:07 - by 770521115198

C)
Soalan c Bolehkah murid-murid sekolah rendah digalakkan mengguna kalkulator dalam penyelesaian matematik? Bincangkan Pada pendapat saya, saya sangat menyokong murid-murid sekolah rendah menggunakan kalkulator dalam penyelesaian matematik. Ini kerana dengan menggunakan kalkulator,murid-murid berpeluang membuat penerokaan dan aplikasi yang lebih mendalam tentang topik-topik berkaitan dengan pengiraan matematik. Dalam satu kajian yang telah dijalankan di luar negara oleh Cockcroft pada awal tahun 1982,telah melaporkan bahawa penggunaan kalkulator di sekolah rendah tidak akan menjejaskan kemampuan murid membuat pengiraan secara congak atau bertulis. Ini adalah kerana kalkulator tidak akan membantu seseorang yang tidak tahu memilih operasi yang sesuai. Mereka mesti dahulu mampu berfikir dalam menentukan operasi yang digunakaN.Tambahan pula kanakkanak yang menggunakan kalkulator akan dapat belajar konsep matematik seperti perpuluhan dan nombor negatif pada peringkat awal daripada mereka yang mengikuti kurikulum matematik biasa tanpa diperkenalkan dengan kalkulator. Selain itu,pengalaman kanak-kanak mengenai nilai tempat dan sifir juga turut diperluaskan. Antara kebaikan penggunaan kalkulator di sekolah ialah :

1) Murid-murid yang menggunakan kalkulator mencapai prestasi yang lebih baik daripada pelajar yang tidak menggunakan kalkulator semasa membuat soalan pengiraan. 2) Murid-murid yang menggunakan kalkulator lebih berjaya menyelesaikan soalan yang mana nombor dan operasi yang diberi adalah mengikut susunan dan tidak perlu menyusun semula.(reodering). 3) Penggunaan kalkulator dapat mewujudkan suasana pembelajaran yang menyeronokkan dan memberi keyakinan diri pada kanak-kanak kerana penggunaan kalkulator merupakan cara pembelajaran yang berbeza dengan apa yang biasa mereka lakukan. Kebanyakkan kanak-kanak menyatakan mereka seronok menggunakan kalkulator denagan alasan mereka boleh membuat apa sahaja dengan kalkulator, membantu belajar nombor, boleh menambah dengan banyak dan membantu kerja melibatkan nombor. 4) Mewujudkan kurikulum yang lebih terbuka di mana pembelajaran memberi peluang untuk kanakkanak mengembangkan idea dengan lebih bernas. Ini kerana kalkulator membolehkan kanak-kanak mengira nombor sehingga angka yang lebih besar daripada angka juta dan bilion yang jauh daripada pengalaman asal mereka di mana dengan ini memudahkan mereka berhadapan dengan masyarakat sekeliling. 3) Penggunaan kalkulator dapat mewujudkan suasana pembelajaran yang menyeronokkan dan memberi keyakinan diri pada kanak-kanak kerana penggunaan kalkulator merupakan cara pembelajaran yang berbeza dengan apa yang biasa mereka lakukan. Kebanyakkan kanak-kanak menyatakan mereka seronok menggunakan kalkulator denagan alasan mereka boleh membuat apa sahaja dengan kalkulator, membantu belajar nombor, boleh menambah dengan banyak dan membantu kerja melibatkan nombor. 4) Mewujudkan kurikulum yang lebih terbuka di mana pembelajaran memberi peluang untuk kanakkanak mengembangkan idea dengan lebih bernas. Ini kerana kalkulator membolehkan kanak-kanak mengira nombor sehingga angka yang lebih besar daripada angka juta dan bilion yang jauh daripada pengalaman asal mereka di mana dengan ini memudahkan mereka berhadapan dengan masyarakat sekeliling. 5) Kalkulator juga mewujudkan cara yang pelbagai untuk mendapat maklumat dan ini menambahkan lagi pengalaman kanak-kanak. Malah kalkulator juga mampu memperkenalkan nombor negatif dan nombor perpuluhan kepada kanak-kanak. 6) Menambahkan kandungan kurikulum yang mana kalkulator menawar cara pembelajaran yang berbeza. Kalkulator juga boleh memperkenalkan simbol, menerangkan konsep dengan mencari pelbagai strategi untuk menyelesaikan masalah. 7) Kalkulator juga mampu meneguhkan sesuatu konsep yang telah diajar kepada kanak-kanak seperti menggunakan 'number sense' atau bekerja dengan cara yang berbeza. 8)Penggunaan kalkulator juga mampu menggalakkan kreativiti dan aktiviti penerokaan ke atas nombor di kalangan kanak-kanak. Ini menggalakkan idea-idea yang kreatif untuk menyelesaikan sesuatu masalah seperti 1+24=25, 3+22=25, 26-1=25 dan sebagainya. Ringkasnya penggunaan kalkulator ini sebenarnya lebih menekankan kepada satu corak pembelajaran yang mampu

meningkatkan pengiraan secara mental di samping mampu untuk menerangkan atau menjelaskan sesuatu konsep asas pengiraan khususnya bagi kanak-kanak tahap rendah. Kesimpulannya,penggunaan kalkulator dapat memberi motivasi kepada murid-murid terhadap pembelajaran matematik secara mendalam dan berterusan. Penggunaan kalkulator akan menambahkan peluang kepada guru-guru untuk memberi celik akal dalam matematik. Satu usaha patut dilakukan ke arah memaksimunkan perhubungan di antara fizikal(kertas, pensel atau kalkulator) dan mental khususnya dalam pendidikan matematik sekolah rendah melalui persembahan bilik darjah yang efisien dan berkesan
Reply Print Mark as Read

791127035491 | 15. Nov 2013, 15:20

C)
Penggunaan kalkulator untuk sekolah menengah telah diaplikasi dalam sukatan pelajaran matemaik. Namun penggunaan di peringkat sekolah rendah masih belum menampakkan bunga-bunga akan dilaksanakan. Megapa? Adakah kita menganggap pelajar sekolah rendah tidak mampu menggunakan kalkulator dengan cara yang betul? Adakah kita bimbang perkembangan mereka akan terbantut Cuba kita renung dan teliti era perubahan pendidikan di seluruh dunia masa kini, masa bergerak pantas, manusia sentiasa mengejar masa, setiap persoalan dan pertanyaan diperlukan dengan jawapan dengan kadar segera hatta menerima wang baki dari peniaga. Jadi mengapa perlu kita biarkan pelajar kita mengira secara manual. Terlalu banyak alat-alat moden yang boleh membantu mereka menyelesaikan masalah matematik mereka dengan cepat, tepat dan jimat.

Rasionalnya, apa yang boleh dikatakan, sekarang ini ialah penyelidikan yang dijalankan mengenai kesan kalkulator ke atas sisitem pendidikan di Malaysia maupun di Negara-nega maju belumlah dikatakan menyeluruh, tetapi tidak dapat disangkal bahwa terdapat bukti-bukti kukuh yang menunjukkan bahawa murid-murid yang menggunakan kalkulator adalah lebih bermotivasi dan menunjukkan pencapaian yang lebih baik dan memberangsangkan daripada mereka yang tidak menggunakannya. Pemerhatian-pemerhatian yang menyeluruh juga menyokong penggunaan kalkulator dalam bilik darjah. Maka, mengapa kita masih mengamalkan kemahiran mengajar yang ketinggalan zaman kepada pelajar kita? Terdapat kajian yang menunjukkan pelajar takut terhadap matematik akibat daripada penggunaan algoritma kertas-pensil yang panjang lebar dan memerlukan banyak langkah dan peraturan yang harus diikuti, misalnya dalam operasi pendaraban dan pembahagian. Telah banyak kajian yang menunjukkan bahawa penggunaan kalkulator akan menukar sikap pelajar terhadap matematik dan juga meningkatkan keyakinan diri mereka serta minat terhadap matematik.

Reply Print Mark as Read

800403035343 | 16. Nov 2013, 08:10

Soalan C
Terdapat beberapa rencana yang membincangkan isu kalkulator serta menyokong dan menggalakkan penggunaan kalkulator di sekolah - sekolah pada tahun ( 1984 - 1989 ) oleh (Palanisamy, 1984; Lim 1986; Zaleha Ismail danMaizah Hura Ahmad, 1989), tiada kajian empirikal dijalankan ke atas sampel pelajar di malaysia. Keadaan ini berlaku kerana kalkulator masih belum dibenarkan penggunaannya oleh murid sekolah rendah. Penggunaan kalkulator hanya dibenarkan pada peringkat matrikulasi atau Tingkatan Enam ke atas. Walaubagaimanapun, satu kajian telah dijalankan oleh para pendidik ( Abu Osman Md. Taib dan rakan - rakan ) di UKM untuk meninjau kesan kalkulator terhadap sikap dan kebolehan pelajar kursus matrikulasi dalam pelajaran matematik. hasil dapatan mereka adalah seperti berikut: didapati pelajar mempunyai sikap yang positif terhadap matematik dengan penggunaan kalkulator dan penggunaan buku sifir. didapati pelajar boleh menyelesaikan masalah matematik dengan lebih cepat menggunakan kalkulator jika dibandingkan dengan penggunaan buku sifir atau congak. Hasil kajian tempatan ini masih belum dapat mengurangkan atau meyakinkan beberapa pihak yang terlibat tentang penggunaan kalkulator di sekolah tetapi hasil kajian luar negeri sudah sedikit membatasi keraguan ini. Apa yang boleh dikatakan sekarang ini ialah penyelidikan yang dijalankan mengenai kesan kalkulator ke atas sistem pendidikan di Malaysia mahupun di negara - negara maju belumlah boleh dikatakan menyeluruh, tetapi tidak dapat disangkal bahawa terdapat bukti - bukti hidup yang menunjukkan bahawa murid - murid yang menggunakan kalkulator adalah lebih bermotivasi dan menunjukkan pencapaian yang lebih memberangsangkan daripada mereka yang tidak menggunakannya. Pemerhatian - pemerhatian yang menyeluruh juga menyokong penggunaan kalkulator dalam bilik darjah. Maka, mengapa kita masih mengamalkan kemahiran mengajar yang ketinggalan zaman kepada pelajar kita? Terdapat kajian yang menunjukkan pelajar takut terhadap matematik akibat daripada penggunaan algoritma kertas-pensel yang panjang lebar dan memerlukan banyak langkah dan peraturan yang harus diikuti, misalnya dalam operasi pendaraban dan pembahagian. Telah banyak kajian yang menunjukkan bahawa penggunaan kalkulator akan menukar sikap pelajar terhadap matematik dan juga meningkatkan keyakinan diri mereka serta minat terhadap matematik.Secara umum, penggunaan kalkulator mempunyai fungsi yang boleh disimpulkan seperti berikut : memberi motivasi terhadap pembelajaran matematik secara mendalam dan berterusan; membekalkan pelajar cara yang lebih mudah dan berkesan untuk membuat penyelesaian masalah; membenarkan soalan yang lebih mencabar dan mendalam yang memerlukan diberikan kepada pelajar pada peringkat yanglebih awal; pelajar berpeluang membuat penerokaan dan aplikasi yang lebih mendalam tentang topik - topik yang berkaitan; membolehkan pelajar mensintesis jawapan melalui ramalan berdasarkan pola - pola yang diperhatikan; menggalakkan murid menguasai saiz dan nilai nombor ( bijak nombor ).

Berdasarkan fungsi dan kebaikan seperti di atas sudah cukup untuk menggalakkan penggunaan kalkulator dalam matematik sekolah rendah. Biasanya pelajar terutama pelajar yang lambat mengalami kesukaran semasa menyelesaikan soalan matematik yang melibatkan penggunaan ayat, bukan kerana mereka tidak faham atau tidak tahu membuat transformasi, tetapi kerana mereka bermasalah dalam menjalankan algoritma operasi itu. Dengan menggunakan kalkulator, pelajar boleh menumpukan perhatian kepada aplikasi konsep dan penyelesaian masalah. Mereka tidak akan diganggu oleh kesukaran membuat kiraan yang panjang lebar. Soalan yang lebih mencabar dan realistik juga boleh diberikan. Ini secara tidak langsung akan menjadi pembelajaran matematik lebih bermakna dan seronok. Sebenarnya, banyak masalah hanya memerlukan anggaran jawapan dan bukan jawapan tepat. Oleh itu pelajar harus diajar cara membezakan dan menentukan kaedah yang paling berkesan untuk menyelesaikan sesuatu masalah yang diberi, sama ada memerlukan hanya anggaran, pengiraan congak, penggunaan algoritma kertas-pensel ataupun kalkulator. Contohnya, kemahiran mengganggar adalah satu kemahiran yang paling berkuasa sekali dalam kehidupan seharian kita. Setelaj membeli barang barang di pasarraya, kita boleh menggangggar sama ada kiraan bil oleh juru wang betul atau tidak. Seseorang pelajar yang mahir membuat anggaran akan cepat mengecam kesilapan kiraan seperti " 223 + 489 = 1099 " kerana 200 + 400 tidak mungkin menjadi 1000. Oleh itu, pelajar digalakkan membuat anggaran sebelum mengira. Setelah mendapatkan jawapan yang betul dengan kalkulator, galakkan pelajar menaakul sama ada jawapan yang didapati itu munasabah atau tidak Ini akan menyebabkan motivasi belajar matematik di kalangan pelajar akan terus meningkat. Kesimpulannya, penggunaan kalkulator akan menambahkan peluang kepada guru - guru untuk memberi celik - akal dalam matematik. Satu usaha patut dilakukan ke arah memaksimumkan perhubungan di antara fizikal ( kertas dan pensil atau kalkulator ) dan mental khususnya dalam pendidikan matematik sekolah rendah melalui persembahan bilik darjah yang lebih efisien dan berkesan. Sejarah telah menampakkan seribu macam perubahan yang menunjukkan bahawa teknologi lama akan diambil alih oleh teknologi terkini. Contohnya, lampu pam telah digantikan oleh lampu elektrik, komputer menggantikan mesin taip. Adakah kalkulator tidak boleh menggantikan buku sifir atau algoritma atas kertas? Tidak dinafikan mungkin timbul beberapa buah fikiran yang bercanggah untuk menggunakan kalkulator dalam matematik di sekolah rendah tetapi sesuatu yang berfaedah dan mempunyai potensi untuk meningkatkan penguasaan matematik dikalangan pelajar tidak harus diketepikan.

Anda mungkin juga menyukai