Anda di halaman 1dari 9

2013

KEMAHIRAN TUMPUAN DALAM SAINS


(BBR 36903)

NAMA : NORHAYA BT JAMIL UNIT : SAINS SEKSYEN 1 NO MATRIK :DB10030

PENGENALAN
Pekan Parit jawa adalah sebuah pekan yang terletak di Daerah Muar Johor. Pekan ini terletak lebih kurang 17 kilometer dari Bandar Muar dan lebih kurang 35 kilometer dari Bandar Batu Pahat. Terletak diantara laluan dua bandar ini, Pekan Parit Jawa telah lama didiami oleh penduduk. Majoriti penduduk setempat terdiri daripada kaum Melayu, Cina dan sebilangan kecil penduduk India. Masyarakat disini kebanyakannya terdiri daripada golongan berpendapatan sederhana dengan menjalankan aktiviti menjana pendapatan sendiri. Sebagian daripadanya berkerja sebagai nelayaan dan petani. Manakala sebahagian yang lain berkerja sebagai peniaga, sektor perkilangan, swasta dan juga bekerja sebagai kakitangan kerajaan. Kemudahan awam yang terdapat di pekan ini secara amnya adalah mencukupi dengan adanya perkhidmatan klinik kesihatan dan pergigian, sekolah rendah dan menengah, bank-bank dan kedai-kedai. Terdapat sebuah pantai yang berada lebih kurang satu kilometer dari Pekan Parit Jawa. Pantai ini dikenali dengan nama Pantai Leka. Ia merupakan sebuah pantai paya bakau. Diberi nama kerana suasananya yang mengasyikkan terutama sekali sewaktu senja menjelang yang menyebabkan pengunjung leka dengan suasana disini. Terdapat sebuah jeti dimana para nelayan menempatkan sampan mereka. Pantai ini berada di laluan Selat Melaka yang juga merupakan laluan kapal-kapal dagangan. Pantai paya bakau ini diliputi lapisan lumpur dan didiami tumbuhtumbuhan bakau serta menjadi habitat semulajadi spesies hidupan laut. Pantai ini amat terkenal dengan fungsinya sebagai tapak konservasi beberapa spesies unggas yang terancam yang kebanyakannya adalah spesies yang bermigrasi dari satu kawasan ke kawasan yang lain. Diantara speseis unggas yang amat terkenal disini adalah Burung Botak atau nama saintifiknya Leptoptilos javanicus. Burung botak hitam amat sering ditemui di Pantai Leka terutama ketika musim hijrah diantara bulan Oktober ke bulan Mac. Burung ini mempunyai kaki yang panjang serta

paruh yang besar dan panjang. Saiznya lebih besar berbanding Burung Bangau. Ia juga diberi gelaran Lesser adjutant . Adjutant merupakan gelaran tentera bagi seseorang yang mengetuai perbarisan. Gelaran ini diberi kepada Burung Botak kerana cara berjalan atau langkahnya yang menyerupai lagak seorang tentera yang sedang berbaris. Selain berfungsi sebagai tempat teduhan spesies unggas yang istimewa, Pantai Leka juga merupakan sumber rezeki bagi penduduk setempat. Sebilangan penduduk yang menjadi nelayan akan turun ke laut mencari hasil tangkapan dan pulang untuk dijual terus di Pasar Awam Parit Jawa secara terus. Hasil tangkapan segar ini juga turut dijual terus kepada pembeli terdiri daripada pengusaha gerai masakan yang menghidangkan juadah dengan menggunakan ikan-ikan yang segar. Diantara masakan yang amat dikenali disini ialah Asam Pedas. Ikan-ikan yang dugunakan merupakan ikan segar dari laut menjadikan hidangan yang dimasak amat sedap dan menyelerakan. Suasana yang menarik di pantai ini juga menjadikannya salah satu destinasi pelancongan utama di Muar dimana terdapat rumah-rumah tumpangan dan chalet dibina dikawasan ini.

KAEDAH DAN BAHAN


Semasa menjalankan tugasan ini, saya telah menetapkan beberapa kaedah yang akan digunapakai disepanjang tugasan dibuat. Pertamanya saya telah membuat tinjauan ke kawasan yang akan dijadikan lokasi kajian. Sebelum pemilihan tempat dibuat, beberapa faktor seperti pembolehubah malar dan pembolehubah manipulasi telah diambil kira bagi mendapatkan hasil yang diingini. Seterusnya saya juga telah menggunakan kaedah pemerhatian. Kedah ini amat penting dan digunakan semasa tinjaun tempat dibuat sehinggalah analisis keputusan dilaksanakan. Kaedah ini membolehkan saya memilih lokasi yang sesuai, mengumpul maklumat disekeliling kawanan kajian serta mencari perbezaan pada keputusan yang diperoleh. Bagi merekod data atau dapatan kajian saya, saya telah

menggunakan kedah fotografi. Berdasarkan kaedah ini, gambar yang diambil dalah keputusan yang saya perolehi dengan membabitkan persamaan dan perbezaan dalam keputusan tersebut. Sepanjang tugasan ini dbuat, beberapa perlatan telah digunakan untuk mendapatkan data dan menyiapkan tugasan. Peralatan-peralatan tersebut adalah : 1. Komputer riba 2. Kamera 3. Buku nota dan pen 4. Bluetooth USB Saya telah menggunakan kamera daripada felefon pintar dari jenis Samsung Galaxy S3 GT-19300 dengan kemapuan kamera 8 megapixel. Selain itu saya juga menggunakan bluettoth USB ntuk memindahkan gambar yang diambil dari kamera ke komputer riba. Buku nota dan pen pula digunakan untuk mencatat maklumat ketika tinjauan dibuat di kawasan kajian.

KEPUTUSAN/DAPATAN KAJIAN

Gambar (i)

i.

Tajuk

: Air Surut di Pantai Leka : 28 November 2013 : Jeti Pantai Leka Parit Jawa Muar : 7.55 pagi : Cerah : Samsung Galaxy S3 GT-19300 : Kamera Utama (belakang), 8 Mega Pixel, auto focus, zero shutter lag

a) Tarikh foto diambil b) Lokasi foto diambil c) Masa d) Cuaca e) Jenis kamera/telefon f) Spesifikasi kamera

Gambar (ii)

ii.

Tajuk

: Air Pasang di Pantai Leka : 28 November 2013 : Jeti Pantai Leka Parit Jawa Muar : 6.45 petang : Mendung dan hujan renyairenyai : Samsung Galaxy S3 GT : Kamera Utama (belakang), Mega Pixel, auto focus, zero shutter lag

g) Tarikh foto diambil h) Lokasi foto diambil i) Masa j) Cuaca k) Jenis kamera/telefon l) Spesifikasi kamera

HURAIAN
Kedua-dua gambar gambar (i) dan gambar (ii) telah diambil di lokasi yang sama iaitu di tepi Jeti Pantai Leka Parit Jawa Muar. Selain itu sudut gambar diambil juga adalah sama iaitu menghadap pancangpancang kayu yang merupakan tinggalan jeti lama disitu. Masa gambar diambil pula adalah berbeza iaitu gambar (i) diambail pada waktu pagi pada pukul 7.55 pagi manakala gambar (ii) pula diambi pada waktu petang iaitu pada pukul 6.45 minit petang. Cuaca ketika kedua-dua gambar diambil adalah berbeza dimana gambar (i) diambil pada waktu pagi yang cerah dan menghasilkan gambar yang lebih jelas, manakala gambar (ii) pula diambil pada waktu petang yang mendung dan hujan turun renyai-renyai menghasilkan gambar yang agak kelam. Berdasarkan kedua-dua gambar tersebut, perbezaan pada aras air laut adalah menjadi perkara utama yang hendak dipaparkan dan akan dibincangkan didalam tugasan ini. Paras air laut pada gambar (i) adalah rendah manakala paras air laut adalah sedikit tinggi pada gambar (ii). Perbezaan ini adalah disebabkan fenomena pasang surut laut diamana semasa surut, paras air laut adalah rendah manakala ketika air pasang, paras air laut meningkat. Semasa air laut surut, paras air rendah dan menampakkan permukaan dataran pantai yang berlumpur. Banyak hidupan yang mendiami habitat di tepi pantai seperti ikan belacak dan ular keluar dipermukaan lumpur. Kebanyakan unggas seperti Burung Botakdan bangau juga kelihatan. Selain itu hidupan mamalia seperti monyet juga turut aktif mencari makanan ketika air laut surut. Walaubagaimanapun berdasarkan tinjauan ketika air pasang bermula, air sudah memenuhi datan berlumpur dan kebanyakan unggas tidak lagi mencari makanan di kawasan berlumpur kerana sudahpun dilitupi air laut.

PERBINCANGAN
Fenomena pasang surut air laut bermaksud kejadian naik dan turunnya paras laut yang disebabkan oleh kesan putaran bumi dan tarikan graviti oleh bulan dan matahari. Tarikan graviti matahari dan bulan boleh memberi kesan kepada bendalir di bumi iaitu air laut. Bumi berputar mengelilingi paksinya sendiri dalam masa 24 jam. Tarika graviti bulan keatas air laut ketika putaran ini menyebabkan kawasan yang hampir dengan bulan mengalami air pasang. Dalam pada masa yang sama bulan turut berputar mengelilingi bumi. Suatu-suatu kawasan boleh mengalami dua kali pasang dan dua kali surut setiap hari dimana satu pasang dan surut dikira sebagai setengah hari atau dinamakan sebagai semi-diurnal. Fenomena ini boleh digambarkan dengan melihat rajah berikut :

Rajah 1 : Gambaran kejadian pasang surut air laut disebabkan tarikan graviti bulan (Sumber : Oceonography : An Invitation to Marine Sciences, Tom Garrison)

Paras air laur semasa air pasang boleh menjadi lebih tinggi berbanding biasa sekiranya kedudukan bulan, bumi dan matahari berada dalam keadaan sebaris kerana tarikan graviti daripada kedua-dua bulan dan matahari keatas air laut. Fenomena air pasang maksimum ini digelar Pasang perbani manakala apabila bulan, matahari dan bumi berada pada sudut tegak pasang anak dengan paras air yang lebih rendah berlaku.

RUJUKAN
1. Tom Gorrison (2010), Oceanography: An Invitation to Marine Sciences.: An Invitation to Marine Science, Brook/Cole Concage learning, Belmont USA. 2. Pengertian Pasang Surut Air Laut : http://bukukita1.blogspot.com/2012/12/pengertian-pasang-surutair-laut.html diambil pada 25 November 2013. 3. Parit Jawa . . a heaven for the lesser adjutant : http://www.ecologyasia.com/html-loc/parit-jawa.html diambil pada 23 November 2013. 4. Lam Li, Parit Jawa Johors haven for bird watchers. The Star online, Jumaat 19 Julai 2002. 5. Tide English Wikipedia : http://en.wikipedia.org/wiki/Tide diambil pada 27 November 2013.

Anda mungkin juga menyukai