Anda di halaman 1dari 7

PERKEMBANGAN KURIKULUM PENDIDIKAN SENI Kurikulum pendidikan seni dihasilkan dengan tujuan yang tertentu.

Tujuan tersebut berkait rapat dengan perkara-perkara yang memudahkan ataupun menghalang perubahan kurikulum tersebut. Faktor-faktor yang mempengaruhi perubahan kurikulum boleh dibahagikan kepada tiga iaitu transmisi budaya, adaptasi persekitaran dan pembangunan personaliti. Transmisi budaya dalam kurikulum pendidikan seni sangat berkait rapat. Sehubungan itu UNESCO (2006), dalam Road Map for Arts Education menggarapkan supaya peranan pendidikan seni adalah untuk mewujudkan kesedaran budaya. Adaptasi dengan persekitaran pula penting kerana manusia sebagai organisme tidak boleh berkembang melainkan jika ia dapat menyesuaikan diri. Walau bagaimanapun, isu yang kritikal adalah sama ada penyesuaian berlaku dengan kaedah yang betul. Kaedah yang digunakan akan membantu untuk memperkembangkan personaliti dan potensi pelajar (Efland, Freedman dan Stuhr, 1996), menggariskan tujuh anjakan paradigma dalam kurikulum pendidikan seni iaitu akademik, unsur-unsur, reka bentuk, ekspresi, kreatif diri, seni dalam kehidupan seharian, seni sebagai satu disiplin dan pascamoden. Dalam bab ini penulis akan hanya membincangkan perkembangan pendidikan seni secara ringkas banyak teori yang pelbagai dan bertindih muncul dari segi kemanusiaan (Broudy, 1985,. Efland et.al, 1996, Erickson, 1995) dan kognitif (Gardner,1999) terdapat juga pandangan supaya pendidikan seni diserapkan dalam pendidikan lain. Dobbs (1979), melihat perkembangan pendidikan seni dan faktorfaktor yang mempengaruhinya. Kita perlu juga melihat keperluan-keperluan semasa dan melihat kembali bentuk dan corak kurikulum pada sesuatu masa sehingga pada masa kini, kurikulum pendidikan seni untuk menyokong keperluan masyarakat. Pendidikan seni mengambil kira keupayaan pencapaian teknologi maklumat dalam konteks skala globalisasi. Pendidikan seni dalam konteks perkembangan pendidikan di Malaysia, karya seni visual adalah merupakan rekod pencapaian manusia kerana ia merupakan manifestasi nilai dan kepercayaan manusia yang diilhamkan dan dijelmakan melalui karya seni atau pun bentuk-bentuk seni. Penelitian yang kritikal terhadap bentuk-bentuk seni yang ada di sekeliling kita boleh mendorong kita untuk lebih memahami budaya silam, budaya kini dan akan datang. Dengan lain perkataan, ia membuat kita menilai atau mendorong untuk membuat refleksi tentang nilai dan kepercayaan yang bertali arus dengan perkembangan dan kemajuan sesuatu masa kita harus bertanya melalui kesedaran itu ke manakah arah hidup kita inilah sebahagian daripada contoh nilai pendidikan yang boleh disumbangkan oleh pendidikan seni.

PENDIDIKAN SENI DALAM KONTEKS SISTEM PENDIDIKAN KEBANGSAAN Mata pelajaran pendidikan seni bukanlah semata-mata bermatlamat untuk melahirkan semua pelajar sebagai pelukis atau pereka. Keyakinan untuk mewujudkan warga negara yang berbudaya khususnya individu yang imaginatif, kreatif, berdaya reka, berpengetahuan dan peka terhadap ciri-ciri estetika dijadikan landasan pembentukan dan perlaksanaan mata pelajaran pendidikan seni di sekolah. Dalam konteks bersepadu mata pelajaran pendidikan seni bertujuan membolehkan pelajar menyedari memahami dan menghargai peranan seni sebagai satu keperluan dalam urusan hidup hubungannya dengan kejadian alam. Kaitannya dengan perkembangan sains dan teknologi, aplikasi seni dalam industri rekaan dan pembuatan sumbangannya dalam bidang keusahawanan dan ekonomi negara, peluangnya dalam kerjaya serta kesannya terhadap budaya kebangsaan, bidang komunikasi, rekreasi alam persekitaran dan kehidupan sehari-hari. Satu sukatan pelajaran pendidikan seni visual yang mantap dan bersifat global telah sedia untuk mencanai pelajar-pelajar menuju ke arah matlamat yang telah ditetapkan. ( Rujuk Sukatan Pelajaran Pendidikan Seni Visual untuk Sekolah Menengah 2000 dan Sukatan Pelajaran Pendidikan Seni Visual STPM 2000). Walaupun pada hakikatnya banyak lagi yang boleh diperbaiki selaras dengan perkembangan dan isu-isu semasa contohnya seperti kurikulum berlandaskan kepada budaya tempatan yang kaya dengan nilai-nilai seni yang lahir daripada kepelbagaian budaya yang terdapat di Malaysia Falsafah pendidikan kebangsaan ada menyebut tentang usaha yang berterusan ke arah memperkembangkan bakat dan potensi individu secara menyeluruh segala kebolehan pelajar yang ada tidak patut disia-siakan. Ini bermakna peranan pendidikan seni untuk pembentukan individu yang seimbang dan bersepadu perlu menjadi fokus. Ini adalah kerana penglibatan di dalam kegiatan seni bukan sahaja menyentuh perasaan estetika dan daya kreatif seseorang melalui penajaman daya intuisi persepsi dan konsepsinya, malah boleh mewujudkan rasa kepuasan dan kesedaran terhadap bakat dan kemampuan diri di dalam bidang seni.Sifat-sifat tersebut akan menjadikan individu lebih sensitif, bersikap sederhana dan mampu mengamalkan pertimbangan kesenian dan kesempurnaan dalam mengendalikan kehidupannya. Dasar pendidikan negara dan perancangan kurikulum dasar pendidikan negara menggariskan tujahan-tujahan yang dapat dijadikan landasan bagi meletakkan pendidikan sebagai wadah untuk pembangunan insan mengikut Akta Pelajaran 1961. Dasar Pelajaran Persekutuan yang asasnya diisytiharkan dalam Ordinan 1957 adalah untuk membentuk satu sistem pelajaran kebangsaan yang

akan memenuhi keperluan-keperluan negara dan menggalakkan pertumbuhan kebudayaan sosial ekonomi dan politik. Dalam konteks negara Malaysia yang berbagai kaum dan agama, Dasar Pendidikan Negara merupakan suatu yang dapat menggerakkan semua golongan masyarakat ke arah perpaduan melalui sistem pendidikan yang sama dan hala tuju yang seiring. Pendemokrasian pendidikan memastikan hak setiap individu dalam masyarakat terjamin. Dengan menerima nilai dan ilmu yang sama dan semangat perpaduan boleh dipupuk. Dasar Pendidikan Negara juga menggariskan keperluan guna tenaga yang tinggi dalam era teknologi dan maklumat selari dengan perkembangan semasa dalam jangka panjang juga dpk memegang hasrat untuk melahirkan warganegara yang berdisiplin. Kesemua kehendak dasar ini didokong oleh Falsafah Pendidikan Kebangsaan yang digarap dengan begitu kemas untuk memperjelas setiap aspek yang perlu dipraktikkan oleh pendidik dalam konteks perkembangan universal. Setiap individu mewakili budaya adat, etnik, latar belakang keluarga, kepercayaan dan kelas sosioekonomi yang berbeza, membentuk suatu adunan yang menarik, sekiranya dapat dilakukan dengan teliti peri pentingnya budaya, dalam konteks menyatupadukan masyarakat, memberi kita suatu pandangan yang luas dan menarik mengenali fungsi budaya dalam pendidikan. Matlamat global pendidikan adalah untuk mempertingkat pengetahuan kemahiran dan sikap yang membenarkan seseorang individu melihat dunia sebagai sebuah komuniti di samping menghargai dan mengapresiasi budaya dan warisan bangsa. Hubungan antara pendidikan dan kehidupan melibatkan penggubalan kurikulum yang dapat menyediakan pengalaman secara amnya pendidikan didokong oleh 10 prinsip iaitu sebagai : asas pengetahuan pembelajaran sepanjang hayat pembelajaran koperatif pembelajaran kajian sosial ekonomi teknologi pembelajaran kritikal dan kreatif pembelajaran pelbagai adat dan budaya dan pembelajaran moral

Justeru penyediaan perancangan kurikulum yang komprehensif harus digubal ke arah merealisasi pendidikan yang dapat menjamin pembentukan individu yang dapat menyumbang ke arah pembangunan negara dan bangsa.

PENDIDIKAN SENI DI MALAYSIA Negara kita sangat kaya dengan kesenian. Ini jelas dapat dilihat menerusi artifak-artifak yang diperturunkan oleh nenek moyang kita sejak dari zaman keagungan kerajaan Melayu Melaka dahulu. Lihatlah betapa indahnya pakaian tradisional kita bukannya sejenis, malahan terdapat kepelbagaiannya yang disesuaikan dengan taraf dan kedudukan pemakainya keindahan dan kehalusan yang terdapat pada kraf tradisional jelas memaparkan kepakaran serta ketinggian aras pemikiran tukang-tukang atau pandai Melayu. Di dalam arus kemodenan dan akibat dibelenggu oleh penjajah, kadang kala kita lupa akan warisan pusaka kita. Sebenarnya pembelajaran pendidikan seni secara formal seharusnya mempunyai falsafah dan identiti kebangsaan sesuai dengan aspirasi negara bangsa dan nilai-nilai tempatan. Akta Pelajaran tahun 1961, juga mempunyai inspirasi untuk menggalakkan pertumbuhan budaya dan sosial. Memanglah akta ini kurang jelas memperkatakan tentang keperluan dan peranan seni tampak tetapi sekali gus secara am ianya merangkumi semua bidang yang tergolong dalam erti kata kebudayaan Seni tampak adalah merupakan jiwa dan rupa sesuatu budaya dan bangsa (Syed Ahmad Jamal, 1992). Mungkin kerana konsep dan falsafahnya tidak begitu jelas unsur-unsur yang berkaitan dengan budaya khususnya yang berkait dengan seni tampak ini kurang mendapat perhatian khusus. Ini meninggalkan kesan kepada pembentuk kurikulum pendidikan seni pada masa itu kurikulum yang sama digunakan sehingga penghujung tahun 1970-an. Kurikulum sekolah rendah yang telah diperbaharui konsep dan falsafahnya, sementara untuk sekolah menengah kurikulum baru telah digubal dan pendidikan seni telah banyak menerima perubahan khususnya dari segi isi kandungan, struktur pelajarannya. Apa yang jelas pada saya ialah kaedah yang diamalkan di dalam pembelajaran pendidikan seni di sekolah-sekolah sejak merdeka ialah mengamalkan kaedah yang tidak berstruktur yang dikenali sebagai the laissez-faire method dan kaedah autokratik, (Michael, 1983) Matlamat guru menggunakan kaedah laissezfaire ini ialah menggalakkan pembelajaran dan perkembangan secara semula jadi menerusi pengetahuan seni. Media kemahiran pertukangan, ekspresi individu, kepekaan pengamatan dan estetik dan mengamalkan sikap yang baik murid-murid diandaikan mempunyai motivasi kendiri dan mempunyai kebebasan total dalam menentukan segalanya. Guru hanya sekadar membimbing kaedah ini mempunyai kelemahan iaitu arah pembelajaran tidak dapat ditentukan dan banyak lagi metodologi-metodologi di bilik darjah seperti rangsangan had masa kepimpinan dan lain-lain lagi diketepikan.

Sementara kaedah autokratik lebih menunjukkan pengajaran secara memberi penerangan dan maklumat perancangan setiap langkah yang perlu murid-murid lakukan. Guru lebih menumpukan aspek-aspek formalistik yang berkaitan dengan konsep-konsep asas seni. Biasanya idea-idea dikawal begitu juga dengan penggunaan media pengurusan. Kerja-kerja seni dan tahap-tahap perkembangan dikawal oleh guru pada murid-murid motivasinya adalah kerana bimbang dengan kegagalan atau takut tidak mencapai tahap yang guru kehendaki. Kaedah ini sebenarnya berkesan pada kegiatan yang bertujuan untuk meningkatkan kemahiran seperti proses serta prosedur penggunaan alat dan bahan tetapi adalah lebih berkesan jika proses pembelajaran untuk pendidikan seni ini dilakukan dengan kaedah kreatif yang bercapah kerana dengan cara ini pembentukan konsep-kendiri murid-murid lebih baik.(Stanly Madeja,1967 dalam Micheal (1983), Apakah konsep dan matlamat pendidikan seni untuk sekolah menengah pada waktu ini ? Ke manakah arah tujuan pembelajarannya ? Agak sukar untuk menjawab soalan-soalan ini kerana apa yang tertera secara bertulis dalam bentuk dokumen rasmi dari sejak merdeka hingga kini hanyalah sukatan pelajaran seni lukis dan pertukangan dokumen-dokumen lain. Jika ada pun sangat sukar untuk dimiliki oleh seseorang pendidik. Sukatan pelajarannya begitu fleksibel dan memberi peluang kepada guru-guru memilih arah manakah yang sesuai dengan alam persekitarannya. Ke manakah arah dan tujuan pembelajaran dan apakah bentuk dan kandungan pembelajaran adalah tertakluk kepada guru yang mengajarnya. Yang nyata adalah kebanyakan guru lebih menumpukan jenis-jenis kegiatan melukis, menggambar, mereka dan mencorak. Untuk tujuan lulus peperiksaan sementara meniru adalah suatu kesalahan. Kerja-kerja kraf jarang-jarang diamalkan itu pun bergantung kepada keupayaan guru walaupun banyak tajuk-tajuk kegiatan kraf terdapat di dalam sukatan pelajaran tersebut berdasarkan sukatan pelajaran yang ada itu. Sejauh manakah tercapainya matlamat untuk pertumbuhan dan perkembangan kebudayaan seperti yang digariskan di dalam Akta Pelajaran 1961.Isu inilah yang perlu dipertikai, persoalan tentang apakah matlamat pembelajaran pendidikan seni dan adakah ianya penting dalam arus pembangunan negara sekarang serta jika ia penting mampukah ia berfungsi untuk memberi erti akan keperluannya itu. Ini semua perlu diperjelas, meninjau Laporan Kabinet 1979, sekali lagi pendidikan seni diletakkan sebagai satu mata pelajaran tidak dijelaskan secara eksplisit, tetapi pendidikan seni telah diterima sebagai salah satu daripada mata

pelajaran di sekolah-sekolah, perlulah bergerak selari ke arah matlamat pendidikan kebangsaan. Kini, setelah beberapa pindaan dilakukan, sukatan pelajaran pendidikan seni KSSM telah pun memperlihatkan kemantapannya, arah dan konsepnya juga begitu jelas. Ini adalah bersesuaian dengan keperluan semasa sebagai sebuah negara yang membangun dengan kemajuan sosioekonomi yang semakin pesat dan kehidupan yang semakin kompleks. Pendidikan seni boleh memberi sumbangan yang besar. Pendidikan seni kini bukanlah sekadar untuk pengayaan, ia juga perlu dianggap sebagai kemahiran asas setaraf dengan kemahiran menulis, membaca dan mengira. Peri mustahaknya tiga kemahiran itu kerana ianya melambangkan sistem yang membolehkan manusia berkongsi pengalaman dengan menguasai lambang-lambang tersebut. Segala bentuk ilmu dapat dinikmati bersama masyarakat. Kita mengambil berat kanak-kanak yang gagal menguasai sistem ini. Kegagalan menguasainya bererti ketinggalanlah mereka di dalam menikmati bersama arus perkembangan budaya kita. Pendidikan seni juga adalah lambang sistem, dengannya membolehkan manusia berkongsi pengalaman. Kegagalan menguasainya samalah seperti gagal menguasai kemahiran membaca dan mengira. Kegagalan menguasai kemahiran seni tampak ini, tersekatlah satu keupayaan seseorang itu untuk memahami diri dan alam sekelilingnya. Jika kita yakin akan sumbangan pendidikan seni ini boleh membantu perkembangan seseorang kanakkanak itu, seharusnyalah berupaya meningkatkan potensi kanak-kanak untuk mentafsir dan berkongsi pengalaman serta saling memahami di antara satu dengan yang lain Sumbangan pendidikan seni kepada masyarakat di abad ke-21 sebagai sebuah wadah untuk menjana ilmu pendidikan seni khusus dalam aspek yang berkaitan dengan ilmu dan kemahiran. Ia mampu menyediakan ruang untuk meningkatkan kualiti insan. Lansing (1969) berpendapat bahawa menerusi pelajaran pendidikan seni, ketiga-tiga domain pelajar perlu dipenuhi iaitu domain kognitif, afektif dan psikomotor. Pelajaran ini perlu memberikan ilmu yang berkaitan dengan prosedur ilmu sejarah, seni ilmu tentang estetika, ilmu tentang gubahan dan ilmu yang berkaitan dengan seni dalam kehidupan. Sementara itu, dalam domain afektif pula, guru perlu membangunkan nilai dan peribadi insan yang menyentuh aspek-aspek pengukuhan, keyakinan diri dalam kalangan pelajar. Di samping itu, pelajar perlu diberi latihan untuk meningkatkan kemahirannya psikomotor dalam penggunaan peralatan dan bahan. Sementara Laura Chapman (1978) dan Efland (1989) pula mencadangkan pelajaran pendidikan seni harus boleh memberi latihan kepada pelajar untuk membuat ekspresi seni dan bertindak balas dengan meningkatkan keupayaan

individu sebagai seorang penggiat atau sebagai seorang peminat seni peka kepada warisan seni yang ditinggalkan dan berupaya melihat hubungan dan peranan seni dalam masyarakatnya. Hasil daripada kajian sekumpulan pakar pendidikan seni yang dibantu oleh Yayasan Getty, kurikulum pendidikan seni berasaskan disiplin telah diperkenalkan menekankan kepada empat disiplin ilmu iaitu disiplin yang berkaitan sejarah seni estetika kritikan dan menghasilkan produk seni

Keempat-empat disiplin itu diajar secara bersepadu dalam konteks perkembangan kurikulum pendidikan seni di negara kita. Pembentukan kurikulum sejak kurikulum baru sekolah menengah KSSM diperkenalkan pada tahun 1988. Sepanjang tempoh diperkenalkan, perubahan yang berlaku pada tahun 2001 pada sukatan pelajaran KSSM dan STPM sedikit sebanyak terpengaruh dengan perubahan-perubahan yang berlaku di arena antarabangsa dari segi struktur kandungannya. Perubahan yang dilakukan adalah bertujuan untuk peningkatan mutu kandungan kurikulum yang sedia ada.