Anda di halaman 1dari 8

1.0 PENGENALAN Manusia sebagai makhluk sosial tidak dapat hidup sendiri.

Mereka perlu hidup berkelompok dan saling bergantung antara satu sama lain. Kehidupan ini memerlukan saling memahami oleh kerana itu alat komunikasi memainkan peranan penting. Bahasa sebagai alat menyampaikan pesanan dan alat untuk mereka saling mengerti dalam kehidupan bersama, bergerak dan mempertahankan diri dalam kehidupan. Dengan itu dapat dikatakan bahawa bahasa itu timbul setelah adanya kehidupan manusia itu sendiri. Bahasa juga suatu alat pada manusia untuk menyatakan tanggapannya terhadap alam sekitar atau peristiwaperistiwa yang dialami secara individual atau secara bersama-sama.

Menurut beberapa pendapat dari ahli sejarah dan purbakala sejak beberapa juta tahun yang lalu terdapat kehadiran makhluk yang mirip manusia (hominoid). Makhluk ini dikatakan telah maju dan sudah mengalami pertumbuhan kehidupan yang sempurna. Sekitar dua juta tahun lalu, hominoid telah mampu membuat dan menggunakan peralatan kasar dari batu. Kebudayaan telah wujud sejak 2 juta tahun yang lalu. Dengan adanya kebudayaan ini dapat dikatakan bahawa sudah ada bahasa. Oleh kerana tidak ada data-data yang tertulis mengenai bagaimana timbulnya bahasa manusia dahulu kala, maka timbul berbagai teori mengenai hal itu.

Dalam kertas kerja ini pula pengkaji akan memfokuskan kepada teori-teori yang disebutkan oleh Gorys Geraf (1984) dalam buku beliau bertajuk Lingusitik Bandingan Historis tentang Awal Mula Timbulnya Bahasa. Dalam bidang linguistik kajian mengenai
1

awal mula timbulnya bahasa itu dikenali sebagai Linguistik Bandingan Historis. Kajian ini mempersoalkan bahasa dengan waktu dan perubahan-perubahan unsur bahasa yang terjadi dalam waktu tersebut. Berbalik kepada fokus kajian, teori-teori dapat dibandingkan berdasarkan hubungan teori-teori tersebut dalam memperjelaskan kemunculan bahasa manusia.

2.0 SKOP KAJIAN Kajian kertas kerja ini akan melihat secara ringkas mengenai teori-teori yang saling berhubung dan saling menolak pendapat masing-masing dalam memperjelaskan awal kemunculan bahasa manusia. Teori-teori yang diterangkan pula merupakan teori-teori tradisional yang didukung dengan penerangan yang rasional dalam setiap teori.

Teori-teori yang diperolehi merupakan teori yang didapati dari buku Linguistik Bandingan Historis yang dibuat oleh Gorys Geraf (1984). Sebanyak sebelas teori yang ada menjelaskan mengenai awal kemunculan bahasa manusia. Namun skop kajian ini akan dihadkan kepada tiga teori sahaja bersama hubungan ketiganya serta perbandingan antara ketiganya dalam memperjelaskan awal mula timbulnya bahasa. teori-teori yang akan disentuh ialah Teori Onomatopetik atau Ekoik oleh J.G. Herder, Teori Interjeksi atau Teori Seruan oleh Ethienne Bonnet, William Dwight Whitney dan Teori Isyarat oleh Wilhelm Wundt.

3.0 TEORI-TEORI TENTANG AWAL MULA TIMBULNYA BAHASA Perbahasan mengenai asal usul bahasa tidak pernah dipecahkan oleh orangorang Yunani Kuno. Walaupun begitu, hasil mereka telah memberi perangsang dan perhatian kepada orang-orang kemudian untuk terus mengkaji. Oleh kerana kekurangan bukti-bukti yang konkrit atau kukuh, maka persoalan ini hanya akan dapat dijawab secara ilmiah. Dengan cara mendapatkan hipothesis yang hampir kepada kebenaran sahaja. Pada masa ini terdapat sebanyak sebelas hipothesis atau teori-teori yang terpenting dalam memperjelaskan kemunculan bahasa manusia. Dalam kertas kerja ini akan menyentuh tiga teori terpenting sahaja iaitu Teori Onomatopetik, Teori Interjeksi dan Teori Isyarat.

Mengenai Teori Onomatopetik ia dikenali juga sebagai Teori Tiruan atau Ekoik. Teori ini diasaskan oleh J.G Herder dengan didukung oleh Darwin dan Whitney. Teori ini menyatakan bahawa setiap objek atau benda itu diberi nama sesuai dengan bunyi-bunyi yang dihasilkan. Manusia primitif belum mempunyai bahasa oleh itu mereka cuba meniru bunyi-bunyi binatang dan bunyi-bunyi peristiwa alam seperti bunyi ayam kok-kok-kok lalu menjadi berkokok dan kambing embek-bek-bek lalu menjadi mengembek, ini antara contoh nama perbuatan dari bunyi yang ditiru. Ada juga nama benda yang dihasilkan dari meniru bunyi seperti bunyi cak-cak-cakmenjadi cicak, gong dari bunyi gong-gong-gong dan bunyi gak- gak-gak dari burung gagak. Teori tiruan ini menganggap bahawa bahasa timbul kerana mula-mula manusia mendengar bunyi-bunyi dari alam lalu menirunya dan lama kelamaan mereka menjadikanya sebagai bahasa. teori ini dipanggil juga sebagai Teori bow-wow.
3

Teori kedua ialah Teori Interjeksi dikenali juga sebagai teori Pooh-pooh atau teori seruan. Teori ini telah diasaskan oleh beberapa orang ahli falsasfah antaranya Ethienne Bonnet dan William Dwight Whitney. Teori ini mengatakan bahawa bahasa itu timbul berhubung erat dengan seruan dari manusia. Bahasa seruan ini bermaksud kata-kata yang keluar dari mulut manusia secara spontan untuk mengekspresikan perasaan dan emosi mereka. perasaan itu seperti marah, sedih, sakit, ketawa, menjerit dan menangis. Bunyibunyi yang dihasilkan secara spontan itu pula seperti cis, ah, wah, aduh, oh, hei dan seterusnya. Menurut Whitney teori ini berhubung kait dengan teori Onomatopetik dengan menyatakan bahawa perasaan takut, gembira dan sebagainya manusia akan mengucapkan ujaran tersebut yang kemudiannya ditiru oleh manusia lainnya. ujaran-ujaran itu pula dikenali sebagai interjeksi atau kata seru. Kata seru tidak diterima dalam satu kelas kata. Oleh kerana kata seru ini merupakan satu kata yang lengkap dalam menyatakan seluruh perasaan ia kini berkembang dan digunakan oleh masyarakat dalam menyatakan perasaan dan emosi. Dari perkembangan bunyi-bunyi ini kemudian baru menjadi bahasa sekarang.

Teori ketiga pula ialah Teori Isyarat. Teori ini dikenali juga sebagai teori Gerakgeri atau Gesture Theory. Teori yang diasaskan oleh Wilhelm Wundt ini menyatakan bahawa teori ini merupakan bahasa orang-orang yang primitif. Bahasa isyarat timbul dari emosi dan gerakan-gerakan ekspresi yang tidak disedari. Dengan gerak-geri tangan, mata, kepala, jari, badan sebagainya manusia yang dibantu dengan gerakan mimetic (gerakan ekspresif) wajah seseorang baru dapat saling berhubungan. Salah satu contoh bahasa isyarat yang dipakai
4

oleh suku Indian di Amerika Utara sewaktu sedang berkomunikasi dengan suku-suku yang tidak sama bahasa dengan suku mereka.

4.0 PERBANDINGAN TEORI Melihat dari ketiga-tiga teori tersebut iaitu teori Onomatopetik, Teori Interjeksi dan Teori Isyarat pada dasarnya tidak bertentangan malahan saling melengkapi antara satu sama lain. Namun teori-teori ini tidak boleh dikatakan sebagai teori yang utuh kerana terdapat kekurangan setiap satunya. Perkara ini juga ada dibangkitkan oleh ahli-ahli falsafah lainnya.

Teori Tiruan atau Onomatopetik telah ditolak dengan alasan teori ini tidak logik. Pada pendapat saya sebagai manusia yang sudah ada kebudayaan dan berbahasa malahan manusia mempunyai akal fikiran yang lebih tinggi tidak akan sekadar meniru bunyi dari makhluk yang lebih rendah. Kelemahan teori ini dapat dilihat dari segi hubungan sosial. Teori ini tidak bertitik tolak dari faktor-faktor sosial tetapi hanya melihatkan hubungan manusia dengan binatang dan benda tidak kepada hubungan manusia sesama manusia. Apatah lagi kata-kata onomatopia memiliki jumlah yang sedikit dibanding dengan kata-kata bukan onomatopia. Bagaimana pula bagi benda dan binatang yang tidak mengeluarkan bunyi atau tidak bergerak? Seperti jam, meja, rumah, bulan, cacing, ikan dan banyak lagi.

Manakala bagi Teori Interjeksi mendapat tentangan dari Sapir ini kerana bagi pendapat beliau interjeksi tidak bersifat simbolik dan ia tidak menyatakan emosi. Akan
5

tetapi ia hanya merupakan luahan emosi yang bersifat spontan. Teori ini kurang menyakinkan kerana ia tidak mementingkan bahasa sebagai gejala sosial. Kata-kata seruan sangat sedikit jumlahnya iaitu lebih sedikit dari kata-kata onomatopia. Interjeksi tidak digunakan untuk menyatakan sesuatu kepada orang lain.

Bagi Teori Isyarat pula didapati banyak kelemahan dalam pegangan teori ini. Ini kerana di dalam gelap gerak geri ini tidak akan dapat dilihat. Bahasa isyarat juga tidak mampu untuk menyatakan suatu yang rumit. Oleh itu lambat laun dari bahasa gerak geri ini maka berkembanglah menjadi bahasa yang bersuara seperti yang dituturkan sekarang. Perlu dijelaskan bahasa gerak geri hanya merupakan tanda. Memang bahasa merupakan tanda-tanda tetapi ia wujud dengan bunyi-bunyi yang bermacam-macam. Teori Isyarat tidak mampu memberikan jawapan yang memuaskan tentang asal usul timbulnya bahasa.

Menurut pendapat Condillac dan Rousseau (1986:58) menyatakan bahawa bahasa berpangkal pada mulanya pada isyarat-isyarat deitik dan imitatif, serta bunyi-bunyi alamiah. Akan tetapi sejak isyarat-isyarat ini tidak memenuhi syarat sebagai alat komunikasi maka sistem tanda bunyi dalam bahasa menjadi dominan. Urutan bunyi-bunyi ini secara semantik berhubungan dengan apa yang ada dengan fenomena dan kemampuan berfikir yang bertambah maju. Codillac mengatakan bahawa waktu dalam kata kerja dan sebenarnya pada mulanya dinyatakan dengan isyarat. Kemudian diganti dengan kata kerja itu sendiri. Rosseau menyatakan perubahan ini berlangsung dengan bebas, dari isyarat ke satu kontak sosial.
6

5.0 KESIMPULAN Dari teori-teori tersebut dapat dilihat serba sedikit mengenai sejarah bermulanya bahasa. Setiap teori ini pula tidak saling menolak malahan saling melengkapi antara satu sama lain dalam memperjelaskan timbulnya bahasa. setiap bahasa itu dikatakan bermula dari bunyi-bunyi benda atau binatang yang diberikan nama ke atasnya. Kesimpulanya, teoriteori ini memainkan peranan penting dalam memberikan kefahaman mengenai asas perkembangan bahasa dari yang sangat sederhana kepada bahasa yang sangat maju pada masa kini.

BIBLIOGRAFI Geraf. G. (1984). Linguistik Bandingan Historis. Gramedia. Jakarta.

Abdullah Hassan. Dr. (1983). Rencana Linguistik. Dewan Bahasa dan Pustaka. Kuala Lumpur.

Jos Daniel Parera. (1986). Kajian Lingusitik Umum Historis Komaparatif dan Tipologi Struktural. Penerbit Erlangga.

http://www.geschool.net/736133/blog/post/asal-mula-bahasa

http://intan.blog.ugm.ac.id/2012/10/19/teori-asal-mula-bahasa/

Anda mungkin juga menyukai