Anda di halaman 1dari 7

PANDUAN PELAKSANAANSYARATPERUBAHAN

HARGA DI DALAM KONTRAK-KONTRAK


BINAAN BANGUNAN
PANDUAN PELAKSANAAN SYARAT PERUBAHAN HARGA
DI DALAM KONTRAK-KONTRAK BINAAN BANGUNAN

1.0 Tuiuan

Panduan ini bertujuan untuk memaklumkan mengenai pelaksanaan Syarat-syarat Perubahan


Harga dalam kontrak-kontrak binaan bangunan dan pindaan tahun asas indeks kos bangunan.

2.0 Latarbeiakang

2.1 Pelaksanaan perubahan harga untuk kerja-kerja binaan bangunan adalah berasaskan indeks kos
bangunan yang diterbitkan oleh Jabatan Perangkaan. Tahun asas yang dipakai bagi perkiraan
indeks kos bangunan ini ialah Januari 1980. Bagi mempertingkatkan dan memperkemaskan
pembayaran perubahan harga dalam kontrak-kontrak binaan bangunan Kerajaan, tahun asas
perkiraan Indeks Kos Bangunan telah dipinda kepada Januari, 1991.

3.0 Cara Pelaksanaan

3.1 Syarat Perubahan Harga

(4 Pelaksanaan perubahan harga untuk kerja-kerja binaan bangunan adalah berasaskan


kepada Indeks Kos Bangunan yang diterbitkan oleh Jabatan Perangkaan. Jabatan
perangkaan akan menghantar Siaran Khas ini kepada semua Agensi Kerajaan yang
memerlukannya. Sebanyak lima belas (15) jenis bahan binaan telah diambilkira bagi
menyediakan Indeks Kos Bangunan tersebut. Bahan binaan ini merupakan jumlah
kesemua bahan utama yang digunakan di dalam pembinaan sesuatu bangunan seperti
berikut:-

9 Simen
ii) Besi keluli
iii) Batu baur
iv) Pasir
V> Batu-bata
vi) Kayu
vii) Bahan bumbung
viii) Bahan siling
ix) Keratan keluli dan logam
4 Bahan kerja paip dan bekalan air
xi> Jubin lantai dan dinding
xii) Lengkapan kebersihan
xiii) Lengkapan pintu tingkap
xiv) Kaca
XV> Cat

-l-
(b) Indeks kos Bangunan yang diterbitkan adalah mengikut kawasan-kawasan tertentu di
Semenanjung Malaysia, Sabah dan Sarawak. Indeks Kos Bangunan (IKB) yang telah
disediakan adalah berdasarkan harga bahan-bahan pada tahun asas iaitu Januari 1991.
Ini bermakna IKB pada Januari 1991 = 100.

Cc) Oleh kerana jumlah bahan binaan yang digunakan adalah berlainan antara satu jenis
bangunan dengan bangunan yang lain, Indeks Kos Bangunan digubal dan dikehrarkan
mengikut kategori-kategori bangunan seperti berikut:-

9 Bangunan Konkrit Tetulang (RC.) Satu Tingkat


ii) Bangunan Konkrit Tetulang (R-C) Dua Hingga Empat Tingkat Berhumbung
Rata (Flat Roof)
iii) Ban unan Konkrit Tetulang Dua Hingga Empat Tingkat Berbumbung Curam
(PitAed Roof)
iv) Ban unan Konkrit Tetulang (RC) Lima Tingkat Ke Atas
(Unfuk Kediaman)
4 Ban unan Konkrit Tetulang CRC.) Lima Tingkat Ke Atas
(Unfuk Pejabat)
4 Bangunan Kayu
vii) Cerucuk Kayu (Timber Piling)
viii) Cerucuk Konkrit Tetulang (R-C. Piling)

(c-0 Faktor Perolehan (recovery factor) adalah peratusan nilai harga bahan-bahan yang
dinyatakan di perenggan 3.1(a) di atas di datam Nilai Kerja Yang Tertakluk kepada
Syarat-syarat Perubahan Harga. Jumlah harga lima belas jenis bahan-bahan binaan ini
dianggarkan sebanyak 57 hingga 60 peratus dari nilai kerja-kerja pembina (bui2der’s work
excludingpreliminatiesies), bergantung kepada kategori bangunan yang berkenaan. Jumlah
harga kesemua bahan-bahan ini termasuk lain-lain bahan yang kecil nilainya dan kos
penggunaan jentera adalah purata 60 peratus dari nilai kerja-kerja pembina bagi semua
kategori bangunan. Oleh itu Faktor Perolehan bagi semua kategori bangunan adalah
ditetapkan pada 0.60.

3.2 Kontrak Yang Uiliputi

(a> Semua jenis kont.rak binaan bangunan yang dibiayai di bawah peruntukan Persekutuan
hendaklah mengandungi Syarat-syarat Perubahan Harga bahan-bahan binaan kecuali
kontrak bagi kerja-kerja membaiki, mengubahsuai dan meroboh bangunan sedia ada. ,

(9 Walau bagaimanapun Syarat-syarat Perubahan Harga adalah terpakai untuk kontrak bagi
kerja-kerja membaiki, mengubahsuai dan meroboh jika ia melibatkan kerja samhungan
kepada bangunan sedia ada yang menyerupai bangunan sedia ada itu iaitu lengkap
dengan asas, dinding dan bumbung dan nilai kerja sambungan itu merupakan sebahagian
besar (melebihi 50%) daripada jumlah nilai keseluruhan kerja-kerja yang termasuk di
bawah kontrak tersebut.

3.3 Untuk melaksanakan pemakaian Syarat-syarat Perubahan Harga,


Agensi-age& Kerajaan hendaklah memastikan tindakan-tindakan berikut diambil:

Go Syarat-syarat Khas mengenai perubahan harga seperti di Lampiran A hendaklah


dimasukkan ke dalam Dokumen Tender.

-2-
09 Senarai Kategori Bangunan dan Indeks Asas seperti yang ditunjukkan di ‘Appendix A-l’
hendaklah dimasukkan ke dalam Dokumen Tender. Indeks Asas bagi setiap kategori
bangunan yang berkenaan hendaklah dipetik dari Siaran Khas Jabatan Perangkaan bagi
bulan tender ditutup dan hanya perlu diisi dalam borang ini sebelum dokumen kontrak
ditandatangani.

cc> Semasa menyediakan dokumen tender, kategori bangunan yang akan dijadikan sebagai
asas perkiraan bagi setiap bangunan yang terdapat di dalam tender berkenaan hendaklah
ditentukan terlebih dahulu menggunakan format seperti di Lampiran B. Format ini
hendaklah dijadikan sebahagian dari dokumen kontrak.

(4 Bangunan-bangunan yang tidak dapat ditentukan kategorinya yang mungkin mempunyai


timbangan bahan-bahan binaan yang tersendiri hendaklah dikategorikan di bawah
kategori yang berhampiran sekali dengannya berdasarkan timbangan atau ‘weightage’
bahan-bahan binaan yang digunakan.

3.4 Perkiraan Menentukan Perubahan Harga

(a> Apabila membuat perkiraan perubahan harga dalam sesuatu bayaran kemajuan kerja
langkah-langkah berikut hendaklah dipatuhi:-

9 Lengkapkan format seperti yang ditunjukkan di Lampiran C.

ii) Pilih Indeks Kos Bangunan semasa yang sesuai daripada Siaran Khas Jabatan
Perangkaan dan muatkan di bawah ruangan indeks semasa.

iii) Dapatkan jumlah perubahan harga dengan menggunakan rumusan seperti


berikut:- :

L = FxK

K - Gx{J-H)
H

di mana L = Jumlah perubahan harga yang akan ditambah atau ditolak ke atas
bayaran kemajuan
I;= Nilai kerja yang tertakluk kepada perubahan harga bagi bulan
berkenaan
K = Faktor Perubahan (Fluctuation Factor)
G= Faktor Perolehan (Recovery Factor)
J = Indeks Kos Bangunan pada bulan berkenaan
H = Indeks Kos Bangunan Asas pada bulan tender d&up

(b) Jumlah kerja Pembina yang diambilkira untuk bayaran perubahan harga adalah tidak
termasuk perkara-perkara berikut:-

9 Wang Kos Prima (Prime Cost Sum) sama ada dilaksanakan oleh kontraktor utama
atau Subkontraktor Yang Dinamakan.

ii) Keuntungan dan layanan ke atas wang kos prima.

iii) Wang Peruntukan Sementara (Provisional Sums)

-3-
.

iv) Kerja-kerja pakar yang dipelawa secara ‘Package Deal’. Di mana kerja pakar
seperti kerja-kerja Elektrik dan Mekanikal dimasukkan di dalam kontrak utama
dan tidak secara peruntukan Wang Kos Prima, nilai kerja pakar tersebut tidak
boleh diambilkira.

(9 Jika Indeks Kos Bangunan semasa yang berkaitan. belum diterbitkan lagi pada hari
Perakuan Bayaran Interim dikeluarkan; atau jika jumlah amaun bagi mana-mana bulan
pembayaran interim (tidak termasuk jumlah untuk perubahan harga seperti yang terdapat
dalam syarat khas ini) adalah tidak cukup atau kurang bagi perakuan interim dibuat,
maka perubahan harga bagi bulan tersebut perlu ditambah atau ditolak dari jumlah
amaun yang kena bayar dalam perakuan interim pada bulan seterusnya, apabila kesemua
Indeks Kos Bangunan bagi setiap kategori Bangunan telah diterbitkan di dalam Siaran
Khas atau apabila jumlah amaun bagi bulan perakuampenilaian interim adalah cukup
bagi mengeluarkan Perakuan tersebut bagi kes-kes yang berkenaan.

(d) Kerja-kerja luar (External Works) untuk kontrak bangunan hendaklah dibayar perubahan
harga berdasarkan purata faktor perubahan bagi kategori-kategori bangunan yang
terdapat di dalam kontrak berkenaan. Misalnya, jika sesuatu kontrak itu mengandungi
tiga kategori bangunan, bayaran perubahan harga bagi kerja-kerja luar hendaklah dikira
mengikut rumusan di bawah ini:-

Bayaran Perubahan = Purata Faktor Perubahan


Harga bagi Kerja-kerja Luar x nilai bagi Keq’a-kerja luar untuk bulan berkenaan
(value of external work for the month)

= /f(l) -I- f(2) + f(3)1 x nilai kerja-keja luar untuk


3 bulan berkenaan

Jika kontrak itu mengandungi hanya satu kategori bangunan sahaja maka nilai kerja-kerja
luar pada tiap-tiap bulan bolehlah disatukan dengan nilai kerja pembina untuk perkiraan
perubahan harga pada tiap-tiap bulan.

(e> Dalam membuat perkiraan, kesemua angka-angka Faktor Perubahan (Fluctuation Factor)
hendaklah dikira sehingga empat titik perpuluhan (fourdecimalplaces), dan semua angka
pengiraan lain sehingga dua titik perpuluhan (two decimalplaces).

(9 Semua Pejabat JKB hendaklah mempastikan bagi setiap Kontrak yang mengandungi
peruntukan syarat perubahan harga, nilai kemajuan kerja bulanan untuk kontrak itu
disediakan pada tiap-tiap bulan dan direkodkan, tidak kira sama ada bayaran kemajuan
untuknya akan dibuat atau tidak. Ini adalah perlu oleh kerana nilai kerja bulanan itu
akan menjadi asas bagi menentukan bayaran perubahan harga dalam bulan yang
berkenaan.

id Bayaran yang dibuat bagi kenaikan harga ini tidak dianggap sebagai bayaran bagi
perubahan kerja. Oleh yang demikian bagi membolehkan pembayaran ini dibuat Pejabat
JKB hendaklah memperuntukkan suatu jumlah bagi meliputi perkara ini di dalam
Cabutan Butir-butir Yang Ditawarkan berdasarkan kenaikan yang dijangkakan bagi
indeks kos bangunan berkenaan seperti yang dikeluarkan oleh Jabatan Perangkaan atau
5% daripada nilai kerja pembina.

(h) Bayaran Perubahan Harga Bagi Baki Bayaran Setelah Kerja Siap.
Ada kemungkinan berlaku di mana kemajuan kerja tidak dapat dinilai dengan begitu
tepat dan setelah bayaran dibuat bagi bulan dalam mana kerja disiapkan, masih ada baki
bayaran yang perlu dibuat sebelum atau/dan apabila membuat bayaran akhir atas
kontrak. Faktor Perubahan Harea bagi baki bayaran ini bolehlah dikira mengikut nisbah
(ratio of) Jumlah Perubahan Harpa yang telah dikira bagi semua bayaran kemajuan yang

-4-
lepas (M’) dan Jumlah Bavaran Kemaiuan Yanp Leuas (E’) (tidak termasuk ‘P.C. &
Provisional Sums’) setelah ditolak nilai untuk ‘pendahuluan’ dan kerja-kerja yang
berasaskan kadar harga yang dipersetujui. Maka nilai penambahan/pengurangan harga
bagi baki bayaran tersebut bolehlah dikira mengikut rumusan:-

L’= F’xi$
E

di mana;

L’ = Nilai PenambahanlPengurangan bagi baki pembayaran


.
F’ = Nilai baki pembayaran (tidak termasuk niiai Le ‘P.C.’ dan ‘Provisional
Sums’) setelah ditolak nilaipendahuluan dan kadar harga yangdipersetujui

M’= Jumlah penambahanlpengurangan sehingga dan termasuk yang dikira bagi


semua bayaran kemajuan yang telah dibuat

E’#= Jumlahpembayaran yang telah dibuat (tidak termasuk P-C. dan ‘Brovisional
Sums ‘) setelah ditolak nilai pendahuluan dan kadar harga yang dipersetujui

3.5 Tempoh Kontrak Yang Diliputi Oleh Syarat Ini

(a> Syarat perubahan harga ini berkuatkuasa sepanjang tempoh kontrak termasuk sebarang
lanjutan masa yang telah diluluskan di bawah sesuatu Kontrak berkenaan.

(b) Bagi kerja-kerja yang dijalankan di luar tempoh kontrak yang diluluskan, maka
peruntukan perenggan 3(b)(ii) kepada Lampiran A hendaklah dipatuhi.

3.6 Kontrak-kontrak Baru Yang Akan Dipanggil Tender Selepas Kuatkuasa Panduan Ini

(4 Penyediaan Dokumen Tender hendaklah mengambilkira tatacara yang dinyatakan dalam


perenggan 3.3 di atas. Indeks Kos Bangunan yang dipakai hendaklah Indeks berasaskan
tahun asas Januari, 1991 (IKB Januari 1991 =lOO) yang di keluarkan oleh Jabatan
Perangkaan.

3.7 Kontrak-kontrzk Yang Sedang Berjalan Pada Tarikh Kuatkuasa Panduan Ini

Bagi kontrak-kontrak yang sedang berjalan yang mana kontrak telah ditandatangani
berdasarkan Indeks Kos Bangunan lama (XI3 Januari 1980 = 100) pada tar&h kuatkuasa
panduan ini, pelarasan hendaklah dibuat supaya IKB baru (Januari 1991 = 100) bagi
bulan semasa diasaskan semula bagi mendapatkan IKB Iama (IKB Januari 1980 = 100)
bagi bulan semasa.

w Pelarasan untuk mendapatkan IKB lama (IKB Januari = 1980) bagi bulan semasa
hendaklah dibuat dengan mendarabkan Faktor Pelarasan dengan IKB baru (IKB Januari
1991 = 100) bagi bulan semasa. Faktor Pelarasan ini adalah berbeza mengikut kategori
bangunan dan kawasan. Faktor Pelarasan adalah dikira dengan membahagikan IKB lama
(Januari 1980 = 100) bagi bulan Disember 1994 dengan IKB bar-u (Januari 1991 = 100)
bagi bulan Disember 1994 bagi kawasan dan kategori bangunan yang sama. Jadual
Faktor Peiarasan adalah seperti di Lampiran D.

-5-
Rumusan pelarasan adalah seperti berikut:-

jIl,i = FP x jIb,i

di mana:

jIl,i = Indeks Kos Bangunan lama (Januan’ 1980 = 100) kategori bangunan jenis
j bagi bulan ke i

jIb,i = Indeks kos Bangunan baru (Januari 1991 = 100) kategori bangunan jenti
j bagi bulan ke i

FP = Faktor Pelarasan

Cuntoh perkiraan IKB Lama (Januari 1980 = 100) dengan menggunakan IKB Baru
(Januari 1991 = 100) bagi bulan semasa adalah seperti di Lampiran E.

IKB lama (Januari 1980 = 100) bagi bulan semasa ini hendaklah menjadi Indeks Semasa
(Current Index) seperti di ruangan J dalam Lampiran C.

-6-

Anda mungkin juga menyukai