Anda di halaman 1dari 10

Bacaan Mekanis BACAAN MEKANIS (BERSUARA)

Membaca bersuara sering juga memakai nama-nama yang berbeza seperti membaca mekanis, membaca oral, membaca ulat dan membaca nyaring. Walau apapun nama yang digunakan, membaca mekanis ini merupakan satu aktiviti membaca yang disuarakan dengan jelas untuk menangkap dan memahamkan informasi, fikiran dan perasaan seseorang pengarang. Bacaan mekanis adalah bacaan bersuara yang menyuarakan tulisan dengan sebutan yang jelas dan terang, dengan intonasi dan irama mengikut gaya membaca yang betul dengan menggerakkan alat-alat pertuturan. Orang yang membaca harus mempunyai kemampuan untuk memaknakan apa sahaja yang tersirat dalam bahan-bahan yang dibaca. Lazimnya, ia harus memiliki kecepatan mata yang tinggi serta pandangan mata yang jauh. Ia juga harus boleh mengelompokkan kata-kata dengan baik dan tepat agar jelas maknanya bagi para pendengar.

Bacaan mekanis mempunyai beberapa tujuan; (a) Membolehkan murid-murid membaca dengan cekap dan pantas dengan sebutan dan intonasi yang betul dan jelas. (b) Membolehkan murid-murid membaca dengan irama membaca yang betul. (c) Mengembangkan atau mempelajari unsur bahasa seperti tatabahasa,
1

kosa kata dan juga apabila menggunakan kamus. (d) Membolehkan murid-murid tahu menggunakan tanda-tanda baca serta tahu pula berhenti pada tempat-tempat berhenti yang betul. (e) Dapat menggunakan kemahiran bahasa dalam mata-mata pelajaran yang lain. (f) Untuk membolehkan murid-murid mencapai kemahiran dan kecekapan membaca bersuara. (g) Dapat mengenal pasti laras bahasa yang pelbagai. (h) Menikmati unsur estetik dalam bahan bacaan. (i) Dapat mengulas isi yang terdapat dalam bahan bacaan.

*sumber tidak diketahui nama penulis.

RUJUKAN Ab. Rahman Ab. Rashid. 1997. Pengajian Melayu 1 Diploma Perguruan Malaysia. Balakong, Selangor; Longman Malaysia Amdun Husain. 2005. Kamus Pelajar Terbitan Khas KBSM. Kuala Lumpur; Dewan Bahasa dan Pustaka Dewan Bahasa dan Pustaka. 1992. Siri Panduan Guru KBSR Asas Kemahiran Berbahasa KBSR. Kuala Lumpur; Dewan Bahasa dan Pustaka

BACAAN MENTALIS / AKALIAH (KEFAHAMAN)


Membaca senyap atau membaca dalam hati (silent reading) ialah kegiatan membaca yang melibatkan ingatan visual (visual memory) dan pengaktifan mata dan ingatan. Tujuan utama membaca jenis ini adalah untuk memperoleh informasi dan pemahaman. Membaca mentalis ialah kunci bagi segala ilmu pengetahuan. Membaca mentalis merupakan aktiviti membaca yang dapat menguasai sebahagian besar hidup kita. Dibandingkan dengan membaca nyaring, dapat dilakukan di mana-mana sahaja. Ketika kegiatan membaca dilakukan, orang lain tidak terganggu. Dalam kehidupan yang sebenar, setiap anggota masyarakat membaca bahan-bahan yang sesuai dengan selera dan pilihan masing-masing. Ini dilakukan tanpa paksaan daripada mana-mana pihak. Membaca secara perseorangan menuntut selera masingmasing dan ini disebut sebagai personalized reading. Pengajaran membaca seperti ini merupakan satu falsafah pengajaran yang melibatkan satu pendekatan terhadap organisasi kelas. Berdasarkan konsep bahawa setiap kanak-kanak harus mencari, memilih, melangkah dan maju sendiri, program membaca perseorangan adalah satu strategi yang amat menarik. Hal ini dipercayai dapat memenuhi keperluan individu tersebut secara berkesan. Biasanya, membaca dalam hati atau membaca senyap ini melibatkan dua jenis bacaan, iaitu membaca intensif dan membaca ekstensif. Kedua-duanya mempunyai ciri-ciri yang tersendiri. Oleh itu, bacaan mentalis ialah bacaan yang disuarakan dalam hati atau menukarkan isi bacaan kepada maknanya tanpa mengeluarkan suara. Kelajuan bacaan mentalis lebih pantas daripada bacaan mekanis kerana beberapa perkara yang dilakukan dalam bacaan mekanis seperti nada suara, sebutan yang jelas dan sebagainya tidak diperlukan dalam bacaan mentalis. Bacaan mentalis ini dijalankan sesudah murid-murid mencapai kemahiran dan kecekapan bacaan mekanis.

Tujuan (a) Untuk melatih murid-murid supaya boleh membaca dengan sendiri. (b) Untuk melatih murid-murid supaya boleh membaca dan memahami apa yang dibacanya, (c) Untuk melatih murid-murid membaca senyap dengan pantas. (d) Dapat menggunakan kemahiran membaca senyap untuk mendapatkan pengetahuan. (e) Dapat menggunakan kemahiran membaca mentalis untuk hiburan.

Aktiviti bacaan mentalis (a) Bacaan ini adalah bacaan untuk kefahaman. (b) Bahan-bahan yang diajar mestilah berperingkat-peringkat daripada bahan-bahan yang sedikit dan senang kepada bahan-bahan yang banyak dan susah. (c) Guru memberi dan menentukan bahan bacaan. Semasa pelajaran dijalankan guru membantu dan memandu murid-murid yang lemah. (d) Guru bersoal jawab dan membincangkan perkataan dan rangkai kata yang susa

BACAAN INTENSIF (MENDALAM)


Bacaan intensif adalah bacaan yang pada asasnya bertujuan memperkembangkan kebolehan dalam meneliti, memaham dan mentafsir apa sahaja yang dibaca dengan tepat. Di samping itu ia memberi tekanan kepada kajian-kajian terhadap ciri-ciri tatabahasa, meneliti pembentukan dan penggunaan perkataan, serta pemakaian bahasa itu dalam konteks dan situasi yang berlainan. Latihan-latihan bacaan intensif biasanya memerlukan bimbingan dan bantuan penuh daripada guru-guru terutama dalam menghadapi dan menyelesaikan masalah yang dihadapi oleh murid-murid. Bacaan intensif melibatkan telaah isi dan pandangan terperinci sesuatu bahan bacaan. Biasanya, ia dilakukan berdasarkan petikan yang pendek-pendek untuk mengkaji polapola kalimat, latihan kosa kata, telaah kata, diskusi umum dan sebagainya. Teks bacaan yang benar-benar sesuai sahaja yang digunakan, iaitu yang dipilih secara berhati-hati dengan mengambil kira bentuk dan isinya. Dua perkara yang dilibatkan dengan bacaan intensif ini adalah membaca telaah isi dan membaca telaah bahasa. Dalam membaca telaah isi ini, membaca teliti, membaca pemahaman, membaca kritis dan membaca idea adalah ditekankan. Sementara dalam membaca telaah bahasa, aspek-aspek yang menyangkut bahasa ditegaskan. Setelah murid-murid memperolehi asas yang kukuh dalam kemahiran membaca, mereka hendaklah dilatih untuk membaca dengan lebih mendalam dan meluas. Mereka bukan hanya setakat boleh membaca kuat, menyebut perkataan-perkataan dengan jelas dan tepat, menggunakan intonasi, gaya dan tekanan yang betul, tetapi mereka juga harus boleh memaham dengan baik apa sahaja yang dibaca. Untuk mencapai maksud ini latihan bacaan intensif boleh dilaksanakan. Bacaan intensif adalah bacaan yang pada asasnya bertujuan memperkembangkan kebolehan dalam meneliti, memaham dan mentafsir apa sahaja yang dibaca dengan tepat. Di samping itu, ia memberi tekanan kepada kajian terhadap ciri-ciri tatabahasa, meneliti pembentukan dan penggunaan perkataan, serta pemakaian bahasa itu dalam konteks dan situasi yang berlainan. Latihan-latihan bacaan intensif biasanya

memerlukan bimbingan dan bantuan penuh daripada guru-guru terutama dalam menghadapi dan menyelesaikan masalah yang dihadapi oleh murid-murid. Konsep (a) Ia merupakan satu kegiatan membaca yang dikaitkan dengan usaha melanjutkan lagi perkembangan pembelajaran bahasa pelajar di bawah pimpinan guru. (b) Ia memberi asas untuk pengajar memberi penjelasan atau keterangan mengenai struktur yang sukar dan juga memberi asas untuk memperkembangkan perbendaharaan kata. (c) Ia dikaitkan dengan aktiviti mengkaji ciri-ciri tatabahasa iaitu susunan kata dalam ayat dan pengertian menurut kamus yang ditemui oleh pelajar dalam bacaannya. (d) Ia mengembangkan lagi usaha mengawal penggunaan bahasa dalam pertuturan dan tulisan. (e) Gerak laju dan kelainan latihan adalah dianggap amat penting.

Tujuan (a) Untuk membolehkan kanak-kanak membaca dengan baik. Betul dari segi sebutan, intonasi, lancer dan tahu menggunakan tanda-tanda bacaan dengan baik. (b) Untuk mengembangkan kebolehan mentafsir apa yang tertulis dalam bacaan itu dengan mengkaji susunan kata dalam ayat dan pengertian dalam kamus. (c) Membaca secara senyap dengan kepantasan yang sewajarnya. (d) Menilai atau mengulas isi-isi yang diperolehi daripada bahan-bahan yang dibaca. (e) Mengesan, memaham dan menikmati unsure-unsur estetik dalam bahasa. (f) Mengenalpasti laras bahasa yang berbagai-bagai. (g) Membuat rumusan atau kesimpulan daripada apa yang dibaca dan sebagainya.
6

Aktiviti bacaan intensif (a) Bahan-bahan bacaan intensif ini bolehlah dibincangkan bersama oleh pelajar-pelajar dalam kelas, kadang-kadang dianalisa dan seterusnya dijadikan asas untuk latihanlatihan menulis. (b) Pelajar-pelajar patut dibenarkan menggunakan kamus atau sebuah buku teks rujukan tatabahasa. (c) Aktiviti dalam kelas hendaklah ditukar setiap hari. Hari pertama misalnya, mengkaji perkataan dengan menggunakan imbuhan, hari kedua latihan perkamusan, hari ketiga latihan meneka maksud mengikut konteks, hari keempat membaca dengan laju dan sebagainya. (d) Soalan-soalan untuk bahan Bacaan Intensif boleh dipelbagaikan iaitu bentuk objektif, bentuk salah betul, bentuk lisan ataupun bentuk jawapan bertulis. (e) Segala kajian harus dibuat secara mendalam. IPS MEMBACA PANTAS. TIPS MEMBACA PANTAS.

Jika anda mahu membaca pantas,anda memerlukan kemahiran.Membaca pantas akan banyak membantu seseorang terutama sekali pelajar,guru,wartawan, pencinta buku,editor dan lain-lain.

Membaca pantas banyak menjimatkan masa kita.Jumlah buku,majalah,laman web dan pelbagai jenis bahan bacaan yang wujud di dunia ini terlalu banyak. Dalam setahun,mungkin anda mampu membaca 5 buah buku sahaja,namun dengan kemahiran pantas membaca,anda berjaya membaca 12 buah buku setahun. Ini membuktikan kemahiran pantas membaca adalah penting. Jika anda mahu membaca pantas,anda memerlukan kemahiran.Tanpa
7

kemahiran,aktiviti senaman mata pun tidak diketahui.Begitulah pentingnya kemahiran.

Antara tips membaca pantas ialah:

1.Tumpukan pembacaan. Manusia mempunyai dua telinga,satu hati dan satu otak.Walaupun mempunyai dua telinga,manusia tidak mampu mendengar dua perkara berlainan yang diucapkan oleh dua orang.Ini disebabkan manusia hanya mempunyai satu hati dan satu otak yang mampu menerima hanya satu perkara sahaja. Jika anda mahu membaca,anda perlu mengelakkan gangguan.Jika membaca dan radio atau tv terpasang,kemungkinan tumpuan pembacaan akan hilang.Ini menyebabkan anda gagal membaca pantas. Gangguan lain ialah masalah,tekanan,rindu,bebanan,kepanasan,kesejukan, manusia yang berada di sekeliling dan lain-lain.Segala gangguan yang muncul akan menjejaskan tumpuan pembacaan.Ini akan menyebabkan anda gagal membaca dengan pantas.

2.Menyusun rangkap perkataan. Anda perlu bijak menyusun rangkap perkataan dengan bijak.Sebagai contoh: Peraduan ini terbuka kepada semua warganegara Malaysia yang berumur 21 tahun dan ke atas. Ayat perlu disusun ialah: Peraduan ini, terbuka kepada semua warganegara Malaysia, yang berumur 21 tahun ke atas. Apabila anda menyusun rangkap jumlah setiap perkataan dengan betul dan telah diformatkan dalam otak anda,anda akan berjaya membaca dengan pantas.

3.Membaca perkataan yang lebih penting. Dalam satu ayat,tidak semua perkataan adalah penting.Sebagai contoh:
8

Peraduan ini terbuka kepada semua warganegara Malaysia yang berumur 21 tahun ke atas. Perkataan yang penting ialah peraduan,warganegara,21,ke atas. 13 perkataan yang wujud dalam ayat tersebut hanya mempunyai lima perkataan penting. Walaupun hanya membaca 5 perkataan sahaja,anda akan faham maksud ayat tersebut.

4.Tahu perkataan selepasnya. Apabila anda sentiasa membaca buku,majalah,internet dan lain-lain,anda akan tahu cara penggunaan sesuatu perkataan.Jika anda faham tentang penggunaan perkataan dalam sesebuah jenis buku dan majalah,anda akan tahu menjangka perkataan selepas sesuatu perkataan. Sebagai contoh: Pada masa kini,pelbagai gegala.. Apabila anda melihat perkataan gegala,anda tahu perkataan selep asnya ialah negatif.Ini menunjukkan anda tahu dan faham dengan jenis tulisan yang anda biasa baca.

5.Akal dan hati bersatu. Jika anda membaca,hati dan akal perlu bersatu.Kebanyakan pembaca,mereka membaca buku dan otaknya difokuskan kepada pembacaan tetapi hatinya berada di tempat lain.Ini akan mendatangkan masalah.Bukan sahaja anda tidak berjaya membaca dengan pantas,malah menyebabkan anda tidak faham dengan cepat.

6.Otak dan mata perlu rehat secukupnya. Jika mata atau otak anda penat,anda tidak akan dapat membaca dengan pantas.Otak dan mata berhubung dan bergantung antara satu dengan yang lain. Justeru,anda perlu memberikan kerehatan kepada otak dan mata secukupnya. Cara memberi kerehatan ialah berhenti membaca setiap 30 minit dan berehatlah selama 5 minit tanpa apa-apa aktiviti.
9

10

Anda mungkin juga menyukai