Anda di halaman 1dari 15

FAKULTI PENDIDIKAN DAN SAINS SOSIAL DIPLOMA PENDIDIKAN (PENGAJIAN PRASEKOLAH) SEMESTER OGOS 2013 (4/13/34) ETD 1253

TEKNOLOGI PENDIDIKAN LATIHAN 2

NAMA PENSYARAH: ENCIK MOHD. LAZIM BIN HAMID

NAMA:

CYNTHIA BINTI SAINEH

NO MATRIK:3111023912 KOHORT 14 GROUP 1

1. PERANTI INPUT

Peranti input adalah sebarang peranti perkakasan yang digunakan untuk menghantar data ke komputer. Tanpa peranti input, sesebuah komputer hanya bertindak seperti televisyen iaitu hanya memaparkan maklumat sahaja dan tidak membenarkan pengguna berinteraksi dengannya.Ia digunakan untuk membawa input dalam bentuk digital ke memori utama, pemprosesan serta sebagai output.Terdapat pelbagai peranti input untuk kegunaan teks, grafik, audio dan video. Ia boleh dikategorikan mengikut klasifikasi bahan yang diinputkan :

Peranti Penunjuk Peranti penunjuk yang pertama ialah tetikus.Peranti ini pertama kali dikenalkan oleh Macintosh. Penggunaan mouse berkembang setelah Windows muncul dengan tampilan berbasis GUI (Graphical User Interface), iaitu Windows 3.1. Yang kedua ialah Trackball iaitu bola pengesan,Fungsi trackball sama dengan mouse. Perbedaannya jika pada mouse untuk menggerakkan penunjuk layer diperlukan pergeseran mouse, tetapi pasa trackball cukup dengan memutar bola kearah yang dikehendaki. Banyak diterapkan pada komputer laptop. Lebih cepat kotor yang ditimbulkan oleh minyak dari tangan pemakai. Seterusnya ialah Pointing Stick Disebut juga stylus, merupakan penunjuk yang berwujud seperti karet penghapus pada pensil, yang biasanya terletak pada laptop. Selain itu,Touch pad Merupakan peranti penunjuk yang berupa tempat datar yang berguna untuk menggeser penunjuk/crusor pada layar monitor dengan cara menggeser tangan diatasnya.Untuk melakukan klik biasanya ada tombol yang terletak di dekatnya atau cukup dengan mengetuk touchpad tersebut.Touch Screen (Layar Penuh) adalah peranti penunjuk berupa monitor yang telah dibuat sangat peka sehingga memungkinkan pemakai untuk menunjuk dan menyentuh suatu gambar dilayar secara langsung yang berguna untuk mengaktifkan suatu perintah.Joy Stick Biasanya digunakan untuk mengendalikan aplikasi permainan (game) Prinsip kerjanya sama dengan mouse, hanya penggerak penunjuk layar menggunakan berupa tongkat kecil Peranti Pengimbas

Data seperti teks dan grafik boleh juga dimasukkan ke dalam sesebuah sistem komputer melalui penggunaan pengimbas. Kaedah ini lebih pantas berbanding dengan proses menaip atau melukis semula sesuatu bahan yang sedia ada. Peranti pengimbas juga merujuk kepada alat yang berupaya menterjemahkan imej, teks, aksara atau nombor, lukisan dan gambar foto dalam bentuk tradisional kepada bentuk digital yang difahami oleh komputer. Terdapat beberapa jenis peranti pengimbas seperti.

Pengimbas imej digunakan dalam menterjemahkan sumber dari helaian kertas sama ada sumber dalam bentuk teks, grafik, gambar foto atau lakaran kepada bentuk digital. Terdapat 4 jenis pengimbas imej yang utama dan setiap satu mempunyai ciri-ciri serta keistimewaan yang tersendiri. Pengimbas rata (flatbed scanner) Pengimbas ini berfungsi hampir sama seperti mesin salinan pendua tetapi ia menghasilkan salinan digital untuk kegunaan komputer berbanding salinan kertas tradisional oleh mesin salinan pendua. Pengimbas ini mampu mengimport keseluruhan muka surat dalam satu masa dan menghasilkan yang jelas sepertimana salinan asal. Pengimbas tangan (Hand-Held scanner) Pengimbas tangan merupakan peranti pengimbas bolehubah yang kecil, murah dan mudah digunakan. Ia amat sesuai digunakan untuk mengimport imej yang kecil seperti tandatangan, logo dan sebagainya. Pengimbas tangan kurang mendapat sambutan memandangkan pengimbas tangan dengan kualiti kerja yang jauh lebih baik. Pengimbas helaian ( Sheet-fed Scanner) Pengimbas helaian menghasilkan hasil imbasan yang lebih tepat dan jelas berbanding dengan pengimbas tangan dan harganya lebih murah berbanding dengan pengimbas rata. Kelemahannya ia cuma hanya boleh digunakan untuk mengimbas sekeping kertas sahaja dan tidak boleh melakukan proses imbasan bagi helaian kertas yang tebal ataupun sumber dalam bentuk buku Peranti Pengenal Suara Peranti pengenal suara(Voice recognition) suatu peranti yang memahami suara anda dan kemudiannya menggerakkan komputer. Pada masa kini, kosnya adalah tinggi dan ianya hanya

dapat memahami beberapa perkataan sahaja.Memerlukan perisian seperti dragon naturally speaking, IBM Via Voice: simpley speaking. Modem Atau Kad Rangkaian Modem atau Kad Rangkaian.merupakan satu peranti yang digunakan oleh komputer untuk berkomunikasi di dalam rangkaian. Ia bertindak sebagai antara muka fizikal atau penyambung di antara komputer anda dengan kabel rangkaian. Antara muka rangkaian ini ada yang berbentuk kad dan ada yang berupa komponen dalam papan induk komputer. Masukan data boleh dilaksanakan terus dari komputer yang berada di lokasi yang berbeza melalui modem atau kad rangkaian.

2. PERANTI PEMPROSESAN Paparan Sistem atau Paparan Induk Papan litar paling besar dan paling utama dalam sesebuah sistem komputer. Merupakan pusat yang menghubungi dan menjadi tapak bagi Unit Kawalan Pusat atau Pemprosesan Mikro (CPU), BIOS, ingatan utama (memory), storan antara muka, liang bersiri dan liang selari (serial dan parallel port), slot tambahan, dan pelbagai pengawal yang diperlukan bagi mengawal peranti utama seperti skrin paparan, papan kekunci dan pemancu. Paparan Litar Sokongan Papan litar tambahan yang ditambah di papan induk. Berperanan menambah keupayaan dan kecanggihan sesebuah sistem komputer. Antara papan litar sokongan ialah kad video, kad pemancu grafik dan kad audio. Unit Pemprosesan Pusat Merupakan otak bagi sesebuah komputer. Berperanan menterjemah data input kepada maklumat output yang lebih bermakna. CPU juga berperanan melaksana dan mengawal keseluruhan operasi komputer. CPU mempunyai tiga komponen utama iaitu unit kawalan, unit arithmetik dan pendaftar.

3. PERANTI INGATAN Ingatan Utama Komputer memerlukan bahagian ingatan untuk mengingati data serta menyimpan smentara arahan dan tugas yang perlu dilaksanakan. CPU akan merujuk kepada bahagian ingatan untuk mendapat data serta memastikan semua tugas dilaksanakan. Ingatan utama berperanan memegang data atau set arahan sebelum, semasa dan selepas ianya diproses. Ingatan utama memegang set arahan atau data selama mungkin selagi ianya diperlukan dalam sesuatu proses atau program. Sebaik saja selesai set arahan atau data tersebut akan dipadamkan. Ingatan Capaian Rawak (RAM) Ingatan capaian rawak atau random access memory (RAM) ialah sejenis bentuk storan data komputer. Lazimnya ia merupakan gabungan beberapa litar bersepadu di atas satu modul. Modul ingatan ini kemudian dimasukkan ke slot RAM di atas papan induk. Kegunaan utama RAM adalah untuk menyimpan maklumat-maklumat sementara yang sedang digunakan oleh aplikasiaplikasi yang sedang berjalan. Oleh itu, RAM hanyalah ingatan sementara dan akan terpadam apabila komputer ditutup berbanding dengan cakera keras atau cakera optik yang mempunyai ingatan secara kekal. RAM digunakan kerana ingatan (memory) sementara tersebut boleh dicapai dengan rawak dangan kadar yang lebih pantas. Oleh itu, lebih besar ruang (diukur dengan Bait) dan kelajuan (diukur dengan Hertz) sesuatu RAM sangat mempengaruhi potensi sesebuah komputer. Antara kebaikan RAM ialah pengendalian aplikasi yang lebih lancar dan juga mempunyai kadar perpindahan data yang lebih tinggi berbanding dengan cakera keras. Kos pembuatan RAM juga rendah dan bersifat PnP plug and play dimana modul memori boleh terus digunakan selepas dipasang Ingatan Baca Sahaja (ROM) Ingatan baca sahaja atau read-only memory (ROM) merupakan sejenis ingatan komputer yang bersifat baca sahaja (read-only). Ini bermaksud kandungannya tidak boleh diubah (dengan senang). Oleh itu ROM biasanya digunakan dalam pengedaran perisian tegar (firmware), iaitu perisian yang berkait rapat dengan perkakasan, dan kurang kemungkinan memerlukan peningkatan. ROM semikonduktor moden biasanya berbentuk paket IC, iaitu "cip komputer",

dan tidak dapat dibezakan sekali pandang dengan cip lain seperti RAM kecuali dengan melihat teks tercetak pada cip tersebut. "ROM" dalam erti sebenarnya cuma boleh dibaca, tetapi semua ROM perlu membolehkan data ditulis ke dalamnya sekurang-kurangnya sekali, sama ada semasa pembuatan awal di kilang atau dalam satu peringkat yang dipanggil "pemprograman". Sesetengah ROM boleh dipadam dan diprogram semula beberapa kali, namun ia masih tetap dirujuk sebagi "baca sahaja" kerana proses pemprograman semula itu agak jarang, dan memerlukan kandungannya dipadam penuh dan ditulis semula, bukannya penulisan atau pemadaman bit atau perkataan yang kerap seperti RAM. Secara umumnya, ingatan baca sahaja atau ROM adalah jenis ingatan yang tidak meruap, bermaksud kandungan data yang disimpan di dalam ROM dapat dikekalkan apabila bekalan kuasa dimatikan, berbeza dengan kandungan data di dalam RAM yang akan hilang apabila bekalan kuasa dimatikan.

4. PERANTI KELUARAN (OUTPUT) Monitor monitor komputer adalah salah satu jenis soft-copy device, kerana keluarannya adalah

merupakan rangkaian elektronik, dalam hal ini berupa gambar yang tampil di layar monitor. Gambar yang tampil adalah hasil pemrosesan data ataupun informasi masukan. Monitor memiliki berbagai ukuran layar seperti layaknya sebuah television. Ukuran monitor memiliki tingkat resolusi yang berbeza. Resolusi ini lah yang akan menentukan ketajaman gambar yang dapat ditampilkan pada layar monitor. Jenis-jenis monitor saat ini sudah sangat beragam, mulai dari bentuk yang besar dengan layar cembung, sampai dengan bentuk yang tipis dengan layar datar (flat). Komputer bimbit seperti notebook atau leptop dan netbook mempunyai skrin paparan rata atau flat-panel display dalam kategori matrik aktif atau matrik pasif. Matrik pasif lebih murah, kurang terang,sukar dibaca dikenali sebagai paparan Double Super Twisted Nematic. Matrik aktif lebih mahal, warna dan gambar berkualiti dikenali sebagai thin-film transistor.

Skrin paparan teknologi baru mempunyai LED yang lebih rata menghasilkan kualiti paparan yang lebih tajam dan jelas dengan resolusi yang lebih tinggi. PC sekarang juga menggunakan paparan LCD. Printer Printer merupakan sebuah perangkat keras yang dihubungkan pada komputer yang berfungsi untuk menghasilan cetakan baik berupa tulisan ataupun gambar dari komputer pada media kertas atau yang sejenisnya. Jenis printer ada tiga macam, iaitu jenis Printer Dot metrix, printer Ink jet, dan printer Laser jet. Pemplot atau plotter menukar maklumat kepada bentuk grafik seperti graf, peta, carta dan lukisan terutama lukisan kejuruteraan. Audio Selain dari berfungsi sebagai salah satu sumber masukan yang semakin popular audio juga berperanan sebagai keluaran. Output dalam bentuk video wujud dalam bentuk muzik, suara dan kesan bunyi. Bagi mengeluarkan bunyi, sistem komputer memerlukan kad audio dan peti suara.

5. PERANTI STORAN Data atau arahan yang ingin dilaksanakan oleh sesebuah sistem komputer akan disimpan buat sementara waktu didalam ingatan utama yang juga dikenali sebagai storan primer. Storan jenis tidak kekal dan akan hilang jika komputer dimatikan atau berlaku sebarang gangguan. Oleh yang demikian sejenis storan yang mampu menyimpan data secara kekal diperlukan. Storan jenis ini dinamakan storan sekunder atau storan kedua. Cakera Liut ( Floppy Disk) Cakera liut, juga dikenali sebagai floppy atau disket (nama yang dipilih agar menyerupai perkataan "kaset"), adalah biasa pada 1980-an dan 1990-an, digunakan oleh komputer peribadi dan komputer rumah ("PC") seperti Apple II, Macintosh,Commodore 64, Amiga, dan IBM PC untuk mengedar perisian, memindahkan data antara komputer, dan menyimpan salinan (backup) kecil. Sebelum cakera keras menjadi popular bagi komputer peribadi, cakera liut

seringkali menjadi pilihan bagi menyimpan sistem operasi komputer, perisian aplikasi, dan data lain. Banyak komputer rumah mempunyai OS utama (kernel (sains komputer)) disimpan secara kekal dalam cip ROM (on-board), tetapi menyimpan sistem operasi cakera dalam cakera liut, sama ada ia sistem proprietari, CP/M, atau kemudiannya, DOS Pemacu cakera liut (floppy disk drive) merupakan alat yang paling mudah untuk menyimpan maklumat yang banyak. Dengan menggunakan pemacu cakera yang dilengkapkan kepada komputer, ia boleh menyimpan dan mengeluarkan semula maklumat secara cepat dan mudah. Terdapat beberapa pengeluar jenama pemacu cakera seperti Teac, Mitsubishi dan Epson. Pemacu cakera dan peralatannya biasanya diletakkan dalam satu kotak logam yang mempunyai saiz 3.38 inci x 5.87 inci x 8.00 inci. Beratnya lebih kurang 2 kilo. Pemacu cakera jenis baru adalah lebih kecil dan ringan. Sekarang terdapat cakera mikroliut (micro floppy disk) jenis 3.5 inci yang lebih menarik rekabentuknya. Sarung cakera liut 3.5 inci ini adalah diperbuat daripada plastik keras yang tidak boleh dilentur. Pemacu cakera liut ini boleh berputar dengan kelajuan 300 pusingan setiap minit untuk menulis dan membaca data daripada cakera liut. Cakera liut ini diperbuat daripada bahan "mylar" yang mempunyai lapisan oksida yang bermagnet di bahagian luar. Semasa di kilang, cakera daripada "polyster" yang tebalnya 0.003 inci akan dilapiskan kedua-dua permukaannya dengan oksid besi (iron oxide) yang tebalnya 0.0001 inci. Bahagian dalam sarung plastik ini mempunyai lapisan bahan kain (fabric material) yang bertujuan untuk membenarkan cakera berpusing secara licin. Cakera ini dikenali sebagai cakera liut atau "floppy disk" kerana ia nipis dan boleh dilentur. Cakera Keras ( Hard Disk) IBM memperkenalkan cakera keras pertama dalam tahun 1957 dengan kapasiti storan 5 MB dan saiznya dua kali ganda sais peti sejuk ketika itu. Dari masa ke semasa saiz fizikal cakera keras semakin mengecil dan akhirnya pada awal tahun 80an menjadi 5 inci dan pada masa ini mempunyai saiz diameter 3 inci. Kapasiti storan turut meningkat sehingga lebih dari 4 Gigabait pada tahun 1998. Pada tahun 2001 kapasiti storannya meningkat sehingga lebih daripada 30 GB dan meningkat kepada 100 GB menjelang hingga 500 GB. Cakera Bolehubah (Removable Disk)

Sejenis storan yang wujud hasil gabungan teknologi cakera keras dan cakera liut.mempunyai kepantasan lebih daripada cakera liut ( tetapi tidak sepantas cakera keras) dan kadar storan di antara 100 MB hingga beberapa gigabait. Sesuai bagi menyimpan fail yang besar seperti fail multimedia dan data-data yang penting sebagai salinan kedua. Terdapat dua jenis cakera bolehubah yang popular pada masa ini iaitu pemacu jenis DAT ( Digital Audio Tape) dan pemacu jenis Katrij. Cakera Optik/ Cakera Padat Peranti storan optik memberikan satu alternatif untuk keperluan menyimpan data yang banyak. Peranti ini menggunakan prinsip cahaya, dan bukan prinsip magnetik untuk menyimpan data. Corak pembalikan cahaya laser pada permukaan cakera menunjukkan data yang ditulis/dibaca. Semasa perekodan, cahaya laser berkuasa tinggi digunakan untuk membentuk lekukan (pit) pada cakera. Cakera optik juga menggunakan skema sistem perduaan. Setiap lekukan itu

menggambarkan data 0 dan tanpa lekukan menggambarkan data 1. Semasa pembacaan data pada cakera optik, cahaya laser berkuasa rendah disuluh kepada permukaan cakera dan pembalikan cahaya laser bergantung kepada lekukan yang ada pada permukaan. Jika terdapat lekukan, pembalikan cahaya laser tersebar dan tidak akan dapat dikesan oleh pengesan cahaya dan ini menggambarkan keadaan 0. Jika tidak terdapat lekukan atau permukaannya rata (land), pembalikan cahaya terdokus dan dikesan oleh pengesan cahaya dan ini menggambarkan keadaan 1.Terdapat pelbagai teknologi cakera optik yang digunakan dengan komputer iaitu Cakera CD-ROM iaitu cakera padat- ingatan baca sahaja. Cakera CDR iaitu cakera padat- bleh rakam. Cakera CD-RW iaitu cakera padat- boleh rakam semula. Seterusnya DVD iaitu cakera digital serbaboleh.

PERISIAN KOMPUTER
Perisian adalah arahan-arahan lengkap dalam bentuk aturcara dan prosedur yang mengawal, mengurus dan menyokong sistem komputer serta aktiviti-aktiviti pemprosesan maklumat.Selain itu perisian juga ialah aturcara komputer yang mentadbir operasi sesuatu komputer. Jenis

perisian komputer dibahagikan kepada tiga kategori utama iaitu Perisian sistem pengoperasian, Perisian utiliti dan Perisian aplikasi

1. PERISIAN SISTEM PENGOPERASIAN Setiap sistem komputer sama ada besar atau kecil mempunyai sistem pengoperasian dan setiap sistem pengoperasian mempunyai tiga fungsi asas iaitu menguruskan sumber, membekalkan antara muka dan menjalankan aplikasi. Sumber yang diuruskan sistem pengoperasian termasuklah tetikus,pencetak, papan kekunci, peranti storan dan ingatan. Antara muka pengguna dibekalkan oleh sistem pengoperasian apabila sistem membolehkan pengguna berinteraksi denganatur cara aplikasi dan perkakasan melalui antara muka pengguna. Sistem pengoperasian memuatkan dan menjalankan aplikasi seperti pemproses kata. Sistem pengoperasian atau operating system (OS) adalah set program-program yang dipasang dalam cakera keras. Tanpa OS, sesebuah komputer langsung tidak berguna atau tidak beroperasi.Antara tugasan OS ialah mengawal, menyelaras dan mengkoordinasi perkakasan. Selain itu, menyediakan antara muka pengguna dan terkakhir membolehkan program aplikasi dipasang untuk kegunaan pengguna Fungsi sistem Pengoperasian Antara fungsi sistem pengoperasian ialah Menghidupkan dan mematikan komputer. Ia akan bertugas sebaik sahaja suiz komputer dihidupkan. Setelah selesai pengguna menggunakan computer ia perlu ditutup dengan arahan shutdown. Selain itu Menyediakan antaramuka pengguna Sistem pengoperasian membenarkan pengguna untuk mencapai dan mengarah sistem computer menerusi antaramuka yang tersedia. Menerusi antaramuka pengguna boleh memasukkan data dan arahan. Terdapat 3 jenis antaramuka pengguna ,Pacuan perintah,Pacuan menu,Antaramuka bergrafik. Mengurus data dan perisian lain Sistem pengoperasian berfungsi untuk menguruskan data dan perisian lain yang disimpan dalam cakera keras. Sistem pengoperasian akan menguruskan perjalanan data dari komponen input kepada output dan dari storan sekunder ke ingatan utama. Ciri-ciri sistem pengoperasian ialah ciri pelbagai pengguna (multi user). Ciri pelbagai pemprosesan ( multiprocessing) dan ciri pelbagai tugas (multiasking). Terdapat beberapa jenis sistem pengoperasian dan pemilihannya bergantung kepada jenis pemproses dan jenama

sesebuah komputer.Pada masa sekarang terdapat empat jenis sistem pengoperasian yang popular. Windows ialah Sistem pengoperasian berasaskan antaramuka grafik yang menjadikan ia lebih cepat dan mudah digunakan. Bermula dengan Windows 95, Windows menampilkan ciri-ciri menarik seperti antaramuka grafik, penugasan berbilang, multimedia, rangkaian dan lain-lain kelibihan. Versi terkini ialah Windows 2000. Windows NT merupakan sistem pengoperasian yang berkuasa, dan membenarkan penugasan berbilang, dan ramai pengguna (multiuser) yang biasanya digunakan sebagai pelayan bagi rangkaian komputer. UNIX dan LINUX kedua-duanya adalah sistem pengoperasian platform independent yang canggih dan dipercayai.Mac OS X Sistem pengoperasian khusus bagi sistem komputer Macintosh yang menyediakan antaramuka grafik yang baru, dan kemudahan penugasan berbilang dan multimedia yang canggih.

2. PERISIAN UTILITI Perisian utiliti adalah sistem software yang direka untuk membantu menganalisis, menyediakan, membaiki atau memulihkan komputer dari sebarang masalah yang terdapat didalam perisan atau perkakasan komputer.Perisian utiliti dicipta pelbagai jenis dan sentiasa diperbaharui penggunaannya mengikut tahun-tahun yang datang,ini kerana program komputer semakin canggih dan perlu dilindungi dari sebarang masalah yang berkaitan sistem komputer.Perisian utiliti biasanya menumpukan pada bagaimana infrastruktur komputer (termasuk peranti keras komputer, sistem operasi, perisian aplikasi dan simpanan data) beroperasi. Kerana fokus ini, utiliti sering agak teknikal dan disasarkan pada orang dengan tingkat lanjutan pengetahuan komputer berbeza dengan perisian aplikasi, yang membolehkan pengguna untuk melakukan halhal seperti membuat dokumen teks, bermain game, mendengar muzik atau melihat laman web.Antara contoh perisian utiliti yang terdapat dibawah ini adalah tune up,avast anti virus,ccleaner,back-up dan winzip,pengenalan bagi tune up adalah perisian utiliti yang menggunakan pelbagai tool bagi menjalankan program pemulihan data antara ialah disk clean up,defragment,analyz data dan pelbagai lagi kegunaan yang bertujuan membaik pulih fail dan data.Fungsi tune up pula ialah membantu menyusun semula fail-fail yang terdapat didalam setiap partition dan membersihkan data yang rosak atau mengesan kerosakan pada harddisk.Pengenalan mengenai avast anti virus ialah mengesan virus.

Antara fungsi perisian utiliti ialah menyusun fail-fail yang terdapat didalam cakera keras bagi memudahkan pencarian data. Selain itu boleh mengimbas kandungan cakera keras untuk mencari fail atau kawasan yang rosak dalam beberapa cara, atau telah tidak disimpan dengan betul, dan menghapuskan mereka untuk cakera keras yang lebih cekap beroperasi. Boleh mencari fail yang tidak perlu untuk operasi komputer, atau mengambil jumlah yang agak besar ruang. Pembersih cakera membantu pengguna untuk memutuskan apa yang perlu memadam apabila cakera keras mereka adalah penuh dan boleh membahagikan pemacu individu kepada pelbagai pemacu logik, setiap dengan sistem fail sendiri yang boleh dipasang oleh sistem operasi dan dianggap sebagai pemacu individu. Contoh-contoh perisian utiliti ialah pengurusan ingatan, anti-virus, diagnostik sistem, salinan pendua, pemulihan atau keselamatan data dan ruang, pemadatan data dan ruang storan dan penyusunan cakera.

3. PERISIAN APLIKASI Definisi Perisian aplikasi merupakan program yang direka untuk memudahkan membantu pengguna dalam melakukan tugas seharian seperti menaip, mengira atau membuat grafik Perisian juga membolehkan pengguna membaca dan berinteraksi dengan teks, imej dan maklumat lain di laman web semasa melayari internet.

Jenis perisian aplikasi ialah Perisian pemprosesan perkataan perisian hamparan elektronik Perisian pangkalan data Perisian grafik dan ilustras Pengarangan multimedia Persembahan multimedia Bahasa penganturcaraan Telekomunikasi

Permainan Pendidikan/ Tutorial

CONTOH JENIS PERISIAN APLIKASI Pemprosesan Perkataan (Word Processing) Perisian yang boleh melakukan tugas seperti sunting dokumen, cari dan ganti, cantum e-mel, kaki dan kepala dokumen, nota kaki, fungsi matematik, penjana indeks, penjana kandungan dan import/eksport dokumen. Kegunaan dalam bidang perniagaan seperti menyediakan maklumat dalam bentuk dokumen seperti memo, laporan, surat menyurat, minit mesyuarat dll yang perlu ditaip. Kegunaan awam seperti menaip tugasan, surat, jurnal, log wayang gambar dll. Kelebihan perisian ialah mencipta dokumen dan menyunting semula. Mencetak teks bersama grafik seperti surat, notis, kertas kerja dan lain-lain.Menyimpan memo atau dokumen yang telah ditaip ke dalam cakera dan mencipta di lain masa, mengubahnya, mencetak semula dll dengannya. Contoh: Microsoft Word, Lotus AMI Pro, Star Office Writer, Corel WordPerfect dan TexMaker

Hamparan Elektronik (Spreadsheet)

Perisian ini membolehkan pengiraan dilakukan dengan pantas dan tepat kerana ia berkeupayaan melakukan pengiraan secara automatik pada lajur dan baris apabila nombor-nombor ditukar. Kegunaan dalam bidang perniagaan seperti boleh melakukan pengiraan automatik, boleh menganalisa dan merancang perniagaan serta berupaya menterjemah data ke dalam bentuk grafik/data.Kegunaan awam seperti dapat menyimpan data belanjawan persendirian yang melibatkan pengiraan yang kompleks dan dapat menghasilkan output samada dalam bentuk elektronik ataupun bentuk cetakan.Kelebihan perisian ialah mencipta, menyimpan, memadam atau mengedit rekod, menyusun dan menyisih rekod, membuat pengiraan matematik, statistik, kewangan dan kejuruteraan berdasarkan formula dan memaparkan maklumat dalam bentuk jadual dan carta - Contoh: Microsoft Excel, Lotus 123 dan FoxPro

Pangkalan Data

Pangkalan data adalah satu set fail yang berkait secara logik, disusun untuk mempermudahkan capaian oleh satu atau lebih aturcara pergunaan dan untuk meminimumkan lewahan data. Konsep ini tidak bermakna bahawa semua data yang berkaitan dengan perniagaan syarikat mesti terkandung dalam pangkalan data tunggal, tetapi semua rekod dalam pengkalan data sepatutnya ada kaitan dan data lewah perlu diminimumkan. Umumnya pengguna bagi sesuatu sistem pengurusan pangkalan data mencapai pangkalan data melalui bahasa pertanyaan khas atau melalui aturcara penggunaan yang ditulis dalam bahasa paras tinggi seperti COBOL, FOTRAN, atau C. Aturcara penggunaan adalah ditulis dengan cara yang sama seperti ia mncapai satu fail diskret.Bezanya apabila menggunakan DBMS yang dirujuk sebagai sistem pemprosesan pangkalan data. Sistem pemprosesan pangkalan data bertindak sebagai penghubung antara aturcara pengguna dan pangkalan data itu sendiri. Pada asasnya, sistem pengurusan pangkalan data itu sendiri . Pada asasnya, sistem pemprosesan pangkalan data mengandungi satu siri aturcara yang menterjemahkan permintaan daripada pengguna atau daripada aturcara pengguna ke dalam arahan arahan yang perlu untuk mencapai, menambah, menukar atau menghapus rekod atau butir data daripada pengkalan data. Jadi, satu aturcara penggunaan hanya perlu masukkan satu suruhan untuk mencapai unsur data yang dikehendaki. Cara sebenar mencari dan mencapai unsur data boleh dilaksanakan dengan aturcara pemprosesan pangkalan data. Struktur hubungan menyusun data dalam jadual dua matra. Jadual ini menawarkan banyak kelenturan dan darjah keselamatan data yang tinggi. Ia menggunakan sedikt ingatan atau storan sekunder, secara relatif. Proses mencipta jadual ini adalah lama.Kesimpulanya, Aplikasi pangkalan Data adalah satu set fail yang disusun secara logik untuk memudahkan capaian data oleh satu aturcara pengguna. Ia juga dikenali DBMS(Database Management System) . Contoh Pangkalan Data (seperti MS Access, dBASE, SQL server, Oracle,Fevelation)

Grafik dan Illustrasi Komputer hari ini berkemampuan menghasilkan semua jenis graf dan carta dalam hitam putih dan warna dengan menggunakan aturcara grafik. Tambahan pula, bahantara ini tidak terhad lagi kepada kertas. Revolusi tampak sedang mengambil tempat dalam perniagaan di Amerika.Di sini komputer digunakan unutk mencipta tampak seperti overhead dan slaid, daripada konsep hingga penyempurnaannya. Nilai grafik komputer yang penting adalah anda dapat melihat dengan serta- merta perhubungan tampak yang melibatkan beberapa maklumat Setelah bentangan halaman induk dan reka bentuk selesai, ianya boleh diisi dengan grafik dan diikuti dengan teks. Grafik boleh diimpot sama ada ke dalam bentangan halaman anda atau dicipta terus pada halaman dengan bantuan perisian gubahan halaman. Setelah dimasukkan, grafik boleh dikecilkan atau digerakkan jika perlu.Kesimpulanya, Sistem aplikasi jenis grafik membolehkan kita menukar data menjadi rajah dan menyunting grafik. Cth. Contoh Grafik (seperti CorelDraw, MsPaint, MS Power Point, Adobe Photoshop)

Anda mungkin juga menyukai