Anda di halaman 1dari 49

Riwayat Hidup Imam abu Daud

Riwayat Hidup Imam Abu Daud


BIODATA
Imam Abu Daud nama lengkapnya ialah Sulaiman bin al-Asy'as bin Ishaq bin Basyir bin Syidad bin 'Amr al-Azdi as-Sijistani. seorang imam ahli hadis yang sangat teliti, tokoh terkemuka para ahli hadis setelah dua imam hadis Bukhari dan Muslim serta pengarang kitab Sunan. Beliau dilahirkan pada tahun 202 H/817 M di Sijistan.

Sebelum mencapai usia dewasa, beliau telah mempersiapkan dirinya untuk


mengadakan perlawatan, mengelilingi berbagai negeri. Beliau belajar hadis daripada para ulama yang dijumpainya di Hijaz, Syam, Mesir, Irak, Jazirah, Sagar, Khurasan dan negeri-negeri lain.

Lawatannya ke pelbagai negeri ini membantu beliau untuk memperoleh pengetahuan luas tentang hadis, kemudian hadis - hadis yang diperolehnya itu disaring dan hasil penyaringannya ditulis di dalam kitab As-Sunan.

Kitab Sunan karyanya itu diperlihatkannya kepada tokoh ulama hadis, Ahmad bin Hanbal. Dengan bangga Imam Ahmad memujinya sebagai kitab yang sangat indah dan baik.

Kemudian Imam Abu Dad menetap di Basrah atas permintaan gabenor setempat yang menghendaki supaya Basrah menjadi "Kaabah" bagi para ilmuwan dan peminat hadis.

Akhlak dan Sifat-sifatnya yang Terpuji


Mengamalkan ilmunya dan mencapai darjat tinggi dalam ibadah, kesucian diri, warak dan kesolehannya.

Memandang Tinggi Kedudukan Ilmu dan Ulama.

Sambungan Akhlak dan Sifat-sifatnya yang Terpuji


Sifat-sifat Abu Dawud ini telah diungkapkan oleh sebahagian ulama yang menyatakan:

Imam Abu Daud menyerupai Ahmad bin Hanbal dalam perilakunya, ketenangan jiwa dan kehebatan pandangannya serta

keperibadiannya. Ahmad dalam sifat-sifat ini menyerupai Waki', Waki menyerupai Sufyan as-Sauri, Sufyan menyerupai Mansur, Mansur menyerupai Ibrahim an-Nakha'i, Ibrahim menyerupai 'Alqamah dan ia menyerupai Ibn Mas'ud. Sedangkan Ibn Mas'ud sendiri mencontohi Nabi SAW dalam sifat-sifat tersebut.

Sambungan Akhlak dan Sifat-sifatnya yang Terpuji Mempunyai falsafah sendiri dalam cara berpakaian Seseorang yang melihatnya bertanya tentang kepelikan ini, ia menjawab: "Lengan baju yang lebar ini digunakan untuk membawa kitab-kitab, sedang yang satunya lagi tidak diperlukan. Jadi, kalau dibuat lebar, hanyalah berlebih-lebihan.

Sambungan Akhlak dan Sifat-sifatnya yang Terpuji

Salah

seorang

perawi

hadis

Nabi

Muhammad

(S.A.W).

Seorang imam ahli hadis yang sangat teliti

Tokoh terkemuka para ahli hadis setelah dua imam hadis Bukhari dan Muslim serta pengarang kitab

Sunan

Pendidikan Imam abu daud


Penulis kitab Sunan Abi Daud, salah satu kitab yang dikategorikan di dalam enam kitab Hadis yang utama yang termasuk kitab Sahih al-Bukhari dan Sahih Muslim. Sejak kecilnya Imam Abu Daud sudah mencintai ilmu dan para ulama, bergaul dengan mereka untuk dapat menimba ilmunya. Belum lagi mencapai usia dewasa, beliau telah mempersiapkan dirinya untuk mengadakan lawatan, mengelilingi berbagai negeri. Pernah mengembara ke Iraq, Mesir, Syria, Arab Saudi, Khurasan, Nisabur dan bayak lagi untuk mengumpulkan Hadis Rasulullah S.A.W

Sambungan Pendidikan Imam abu daud.


Imam Abu Daud mengunjungi Baghdad berkalikali untuk mengajar hadis dan fiqh.

Kemudian Imam Abu Dawud menetap di Basrah

atas

permintaan

gabenor

setempat

yang

menghendaki supaya Basrah menjadi "Kabah" bagi para ilmuwan dan peminat hadith.

AL-QANABIY

SULAIMAN BIN HARB

IMAN AHMAD BIN HANBAL

ABU AMR ADHDHARIRI

GURU
ZUHAIR BIN HARB ABU WALID ATHTHAYALISI

AD-DARIMI

ABDULLAH BIN RAJA

Murid-muridnya (Para Ulama yang Mewarisi Hadisnya)


Ulama-ulama yang mewarisi hadithnya dan mengambil ilmunya, antaranya:
Abu 'Isa at-Tirmidzi,

1.

2. Abu Abdur Rahman an-Nasa'i, 3. putranya sendiri Abu Bakar bin Abu Dawud, 4. Abu Awanah,

5. Abu Sa'id al-A'rabi,


6. Abu Ali al-Lu'lu'i,

7. Abu Bakar bin Dassah, 8. Abu Salim Muhammad bin Sa'id al-Jaldawi dan lain-lain.

SUMBANGAN
Kebanyakkan Hadis yang beliau kumpul daripada tempat lain lebih bertumpu kepada Hadis Hukum

Jumlah Hadis yang berjaya dikumpulkan oleh

Imam Abu Daud adalah sebanyak 500,000 Hadis.

Daripada jumlah itu, sebanyak 4800 Hadis

telah beliau pilih untuk dimasukkan dalam


kitab Sunannya.

Imam Abu Daud telah menulis lebih kurang

21 kitab termasuk Sunan Abi Daud.

Menurut Imam Abu Daud, semua Hadis yang


dimasukkan dalam kitab Sunannya adalah sahih kecuali jika beliau menyatakan sebaliknya. Namun, bukan semua Hadis beliau sahih kerana ada ulama seperti Ibn Hajar al-

Asqalani berpendapat bahawa ada juga


Hadis yang lemah di dalam Sunan Abi Daud.

Kitab karangan Abu Dawud


1. Kitab as-Sunan 9. Ahbarul Khawarij 2. Kitab al-Marasil

8 Ibtidaul Wahyu

Kitab
7. AnNasikh Wal Mansukh 6. Fada'ilul Amal 5. Kitab az-Zuhud

3. Dalailun Nubuwah

4. Kitab al-Qadar

Kitab Sunan Abu Dawud


Penyusunan kitab Sunan Abu daud berdasarkan bab bab fiqh yang dimulai dengan bab al taharah dan diakhiri

bab al adab.
Didalamnya hanya memuat hadis hadis yang marfu yakni bersumber dari nabi Muhammad s.a.w. dan hadis yang mawquf , maqtu tidak dimuat.

Jumlah Hadith Sunan Abu Dawud


Di atas telah disebutkan bahawa isi Sunan Abu Daud itu memuat hadis sebanyak 4800 buah hadis. Namun sebahagian ulama ada yang menghitungnya sebanyak 5274 buah hadis. Perbezaan jumlah ini disebabkan bahawa sebahagian orang yang

menghitungnya memandang sebuah hadis yang diulang-ulang sebagai satu hadith,


namun yang lain menganggapnya sebagai dua hadis atau lebih.

Dua jalan periwayatan hadis atau lebih ini telah dikenal di kalangan ahli hadis. Imam Abu Daud membahagikan kitab Sunannya menjadi beberapa kitab, dan tiaptiap kitab dibagi pula ke dalam beberapa bab. Jumlah kitab sebanyak 35 buah, di antaranya ada 3 kitab yang tidak dibagi ke dalam bab-bab. Sedangkan jumlah bab sebanyak 1,871 buah bab. Sumber: Kitab Hadith Shahih yang Enam, Muhammad Muhammad Abu Syuhbah.

Wafatnya
Setelah hidup penuh dengan kegiatan ilmu, mengumpulkan dan

menyebarluaskan hadis, Imam Abu Dawud wafat di Basrah, tempat


tinggal atas permintaan Amir sebagaimana yang telah diceritakan. la wafat tanggal 16 Syawal 275 H. Semoga Allah sentiasa melimpahkan rahmat dan redaNya kepadanya.

Riwayat Hidup Imam at-Tirmizi

Nama dan kelahirannya:

Imam al-Hafiz Abu Isa Muhammad bin Isa bin


Saurah bin Musa bin ad-Dahhak as-Sulami

at-Tirmizi, salah seorang ahli hadis kenamaan,


dan pengarang berbagai kitab yang masyhur, lahir di kota Tirmiz (uzbekistan).

Perkembangan dan lawatannya :

Semenjak kecil, Imam Tirmizi sudah gemar mempelajari ilmu dan mencari hadis. Untuk keperluan inilah beliau mengembara ke pelbagai negeri: Hijaz, Irak, Khurasan dan lain-lain. Dalam perlawatannya itu ia banyak mengunjungi ulama-ulama besar dan guru-guru hadis untuk mendengar hadis yang dihafal dan dicatatnya dengan baik di perjalanan atau ketika tiba di suatu tempat. Ia tidak pernah dengan menyia-nyiakan seorang kesempatan di tanpa menggunakannya menuju Makkah. guru perjalanan

Wafat:

Setelah menjalani perjalanan panjang untuk belajar, mencatat, berdiskusi dan tukar pikiran serta mengarang, ia pada akhir kehidupannya mendapat musibah kebutaan, dan beberapa tahun lamanya beliau hidup dalam keadaan seperti inilah akhirnya Imam Tirmizi meninggal dunia. Beliau wafat di Tirmiz

pada malam Isnin 13 Rejab tahun 279 H (8


Oktober 892) dalam usia 70 tahun.

Guru-gurunya:
Beliau belajar dan meriwayatkan hadis daripada ulama-ulama kenamaan. Di antaranya adalah Imam Bukhari, kepadanya ia mempelajari hadis dan fiqh. Juga beliau belajar kepada Imam Muslim dan Abu Daud. Bahkan Imam Tirmizi belajar pula hadis dari sebagian guru mereka.

Guru lainnya ialah Qutaibah bin Saudi Arabiaid, Ishaq bin Musa, Mahmud bin Gailan. Said bin Abdur Rahman, Muhammad bin Basysyar, Ali bin Hajar, Ahmad bin Muni, Muhammad bin alMusanna dan lain-lain.

Murid-muridnya:
Hadits-hadits dan ilmu-ilmunya dipelajari dan

diriwayatkan oleh banyak ulama. Di antaranya ialah Makhul ibnul-Fadl, Muhammad binMahmud Anbar, Hammad bin Syakir, Ai-bd bin Muhammad an-

Nasfiyyun, al-Haisam bin Kulaib asy-Syasyi, Ahmad bin


Yusuf an-Nasafi, Abul-Abbas Muhammad bin Mahbud al-Mahbubi, yang meriwayatkan kitab Al-Jami

daripadanya, dan lain-lain.

Imam Tirmizi, di samping dikenal sebagai ahli dan penghafal hadits yang mengetahui kelemahan-kelemahan dan perawiperawinya, ia juga dikenal sebagai ahli fiqh yang mewakili wawasan dan pandangan luas. Barang siapa mempelajari kitab Jaminya ia akan mendapatkan ketinggian ilmu dan

kedalaman penguasaannya terhadap berbagai mazhab fiqh.


Kajian-kajiannya mengenai persoalan fiqh mencerminkan dirinya sebagai ulama yang sangat berpengalaman dan

mengerti betul duduk permasalahan yang sebenarnya.

Kitab Al-Jami, terkenal dengan sebutan Sunan at-Tirmidzi

Kitab Al-Asma walKuna

Kitab At-Tarikh

Kitab Az-Zuhd

Kitab Asy-Syamail anNabawiyyah

Sekilas tentang Al-Jami


Kitab ini adalah salah satu kitab karya Imam Tirmizi terbesar dan paling banyak manfaatnya. Ia tergolong

dalam salah satu "Kutubus Sittah" (Enam Kitab Pokok


Bidang Hadits) dan ensiklopedia hadis terkenal. AlJami ini terkenal dengan nama Jami Tirmizi, dinisbatkan kepada penulisnya, yang juga terkenal dengan nama Sunan Tirmizi. Namun nama pertamalah yang popular.

Riwayat hidup Imam Malik & Imam Ahmad

Riwayat hidup imam Malik


Nama sebenarnya ialah Malik bin Anas bin Abu Amar Al-Asbahi. Beliau dilahirkan di Madinah pada 93 hijrah. Beliau berasal daripada

keturunan Arab yang terhormat dan dimuliakan oleh masyarakat.


Datuk beliau ialah sahabat Rasullah. Ibu beliau Al-Aliah bte Syuraik. Ada riwayat yang menyebut bahawa beliau berada dalam

kandungan ibunya lebih kurang 2 tahun.


Beliau wafat pada tahun 179 hijrah ketika berumur 86 tahun dan meninggalkan 3 orang putera dan seorang puteri. Beliau adalah pengasas mazhab Maliki.

Sifat Peribadi
Beliau mempunyai kecerdasan akal fikiran

yang tinggi. Beliau menghafaz Al-Quran ketika


masih kecil.

Imam Malik juga memiliki akhlak yang mulia,


bersopan-santun, suka pakai pakaian yang

mahal dan bersih serta bau-bauan yang


harum.

Imam Malik suka bergaul dengan semua lapisan masyarakat dan sangat benci pada perbuatan mencela sesama manusia

dan sangat menghormati kepada hadis-hadis Rasullah s.a.w.


Beliau merupakan seorang hartawan yang dermawan, menggunakan hartanya untuk menolong golongan yang

susah.
Merupakan seorang ulama yang warak, taat dan patuh kepada Allah serta kuat beribadat pada waktu malam. Beliau tabah menghadapi segala ujian yang menimpanya.

Latar belakang Pendidikan


Beliau banyak menimba ilmu pengetahuan di Madinah

kerana pada masa itu Kota Madinah menjadi pusat


pengajian ilmu, khususnya ilmu agama.

Beliau dapat mengingati 29 hadis daripada 30 buah hadis


setelah mendengar gurunya menyampaikan hadis

tersebut secara lisan.

Beliau telah belajar daripada 900 orang guru, sebahagiannya terdiri daripada ulama. Beliau pernah menuntut dengan ulama

yang terkenal. Antaranya:


*Ahli fikah - Rabilah b. Abd. Rahman. *Ahli hadis - Imam Nafi Maula Ibn Umar.

*Imam Ibnu Syaibah Azzuhri.


Berkat kerajinan dan usaha beliau dalam menuntut

ilmu,akhirnya Imam Malik muncul sebagai salah seorang ulama fikah yang terbesar dan unggul di seluruh Madinah.

Keistimewaan Imam Malik


Seorang yang kuat beribadat di waktu malam serta membaca Al-Quran kitab yang mengandungi hadis Menghafaz Al-Quran dan hadis sejak dari kecil. Beliau sangat berani mempertahankan fatwanya

walaupun dihadapan seorang gabenor dan musuh


Islam.

Sumbangan
Kitab yang termasyhur ialah "Al-Muwatta" iaitu kitab yang mengandungi hadis-hadis dan hukum.

Kitab-kitab karangan ulama-ulama Mazhab Imam Malik seperti:


*Al-muhtasar Al-Kabir *Al-Muhktasr Al-Ausat *Kitab Al-usul *Ahkamul Quran Mazhab Maliki berkembang di Morocco, Algeria,Tunisia, Iraq dan Palestin.

SEKILAS MENGENAI AL-MUWATTA


Sebuah kitab yang menggabungkan ilmu hadis dan ilmu fiqh.

Sejarah penulisan kitab ini bermula apabila Khalifah Abu


Jaafar al-Mansur telah meminta Imam Malik menghasilkan sebuah kitab supaya boleh dijadikan sebagai rujukan. Peristiwa itu berlaku ketika musim haji. Penghasilan kitab ini dilakukan selama 40 tahun. Beliau menghabiskan masa usia 40 tahunnya dengan mengumpul serta menyaring hadis-hadis yang diterima daripada guru-gurunya.

Beliau telah menghafal 100,000 hadis dan


daripada hadis tersebut setelah diteliti, hanya 10 000 hadis yang diakui sah. Setelah itu, Imam Malik menyaring lagi sehingga hanya tinggal lagi 5000 hadis yang benar-benar diterimanya

sebagai hadis dari Rasulullah s.a.w. Akhirnya, cuma tinggal 1720 hadis yang

dimuatkan dalam kitab Al-Muwattak setelah


beliau menyaring hadis lagi.

Daripada 1720 buah hadis tersebut, dapatlah dibahagikan kepada 4 bahagian iaitu: 600 hadis marfu )) 613 hadis mauquf )) 285 hadis maqtu )) 222 hadis mursal ))

Riwayat Hidup Imam Ahmad


Nama sebenar beliau ialah Abu Abdullah Ahmad b. Muhammad b. Hanbal b. Hilal As-Syaiban

Beliau berketurunan Nabi sebelah nenek yang


bernama Nazar b. Maad b. Adnan.

Beliau dilahirkan pada 164 hijrah bersamaan


780 masihi.

Seorang ahli sunnah yang terbesar, Soleh dan Zuhud dianggap (Mujaddid) bagi abad ke 3 hijrah. Beliau meninggal dunia pada 241 hijrah bersamaan 855 masihi ketika berusia 77 tahun. Merupakan pengasas Mazhab Hambali.

Sifat Peribadi
Sangat taat kepada gurunya dan tidak suka bercakap banyak.

Mempunyai daya ingatan yang kuat sehingga dapat menghafal


hadis lebih banyak daripada orang lain. Suka memaafkan kesalahan orang lain.

Telah

dipenjara

dan

didera

kerana

enggan

mengakui

pendapat Muktazilah bahawa Al-Quran adalah makhluk Allah. Beliau berjiwa besar, Zuhud dan tidak terpengaruh dengan kemewahan hidup.

Keistimewaan Imam Ahmad


Berminat dengan pelbagai ilmu pengetahuan seperti hadis, fikah dan ilmu Al-Kalam. Digelar Al-Hakam kerana dapat menghafaz lebih daripada 700 000 hadis. Kuat beribadat dan pernah bersembahyang 300

rakaat semalaman dan seminggu sekali khatam


Al-Quran.

Sumbangan
Karangan beliau yang termasyhur ialah kitabnya Al-Musnad. Menghasilkan tafsir Al-Quran, kitab An-Nasikh Wal Mansuh,

Taatur Rasul, Al-manasik Al-kabir, Wal manasik al-Saghir.


Mazhab Imam Ahmad iaitu mazhab Hanbali berkembang di Baghdad, Mesir dan Syria. Menyebarkan fahaman Ahli Sunnah Wal Jamaah.

Fatwa sahabat dianggap penting selepas Al-Quran dan AsSunnah selepas itu barulah Kias.

Sekian, terima kasih