Anda di halaman 1dari 4

-

Terjemahannya: HAJI DAN RAHSIANYA

Haji merupakan satu rukun daripada rukun Islam an salah satu kefardhuan yang besar. Ia adalah kemuliaan yang diturunkan oleh Allah kepada umat ini. Tujuannya adalah untuk menegakkan lagi keabdian kepada Allah yang esa, iaitu dengan ikhlas dalam mentaati dan mendekatkan diri kepadaNya, dan

membebaskan diri dari kegelapan manusia dan materialisme kepada cahaya iman terhadap pencipta. Firman Allah Taala yang bermaksud, Dan sempurnakanlah haji dan umrah kerana Allah.

Haji adalah suatu keadaan yang penuh dengan kebaikan dan keberkatan. Ia mendidik individu muslim supaya cinta dan menghayati syair-syair yang suci. Kecintaan ini dibina di atas keberkatan Islam yang kekal. Dan dibangkitkan dalam jiwa umat Islam semangat memuliakan agamanya dan keislamannya. Firman Allah yang bermaksud, Itulah orang yang mengagungkan syiar -syiar Allah, sesungguhnya ia daripada (golongan) yang tunduk hatinya.]

Dalam ibadat haji, umat Islam mendapat banyak kelebihan antaranya mempunyai akhlak yang baik. Ini adalah kerana mereka mengetahui bahwa Allah tidak sekali-kali mengampuni dosanya dan tidak sekali-kali menerima amalannya, sehinggalah ibadah hajinya diterima. Dan mereka tidak akan mendapat haji yang diterima melainkan apabila mereka tidak bercakap kotor, membuat perkara yang buruk, dan memuliakan adab-adab Islamiyah yang terpuji sepanjang mereka mengerjakan fardhu haji.Sabda Rasulullah s.a.w:Sesiapa yang mengerjakan haji dan mereka tidak bercakap kotor serta melakukan perkara-perkara buruk,maka dia akan keluar daripada dosa(yakni akan diampuni) sepertimana pada hari dia dilahirkan oleh ibunya

Disamping itu,haji juga merupakan satu perhimpunan tahunan ummat islam yang mengumpulkankelompok-kelompok ummat islam dari pelbagai bangsa dan bahasa.Ada diantara mereka yang berkulit putih serta hitam,ada yang rendah dan tinggi,ada dikalangan orang arab dan pelbagai bangsa-bangsa lain diselurih dunia.Kesemua mereka ini akan berpakaian seragam ,menuju satu matlamat., memperbaharui ketaatan kepada Islam dan menunaikan janji mereka dengan Allah Taala yang Maha Esa.Oleh itu mereka digelar satu ummat yang bersatu, bersaudara dan berpegang denmgan akidah Islamiyah.

Maka dengan ini,akan lahir dan tumbuh dihati mereka semangat persaudaraan Islamiyah,dan akan terpancar dari diri mereka semua semangat dan roh kasih sayang,serta memperkuatkan lagi kesatuan ummat islam serta memperkukuhkannya.

Apa yang lebih utama daripada tujuan ini yang mana para jemaah haji akan berusaha untuk melakukan ibadah haji yang merupakan sekolah yang bergemerlapan dalam satu musim yang penuh keberkatan dan kebajikan bagi selurih ummat Isalm.Maka akan dipertontonkan/ diperlihatkan pada mereka kemuliaan ,keimanan serta kekuatan persaudaraan dan kesatuan.Sebagaimana ia adalah merupakan lambing yang kekal dengan kewujudan Islam serta kemenangan yang besar terhadap alam ini.

Anda mungkin juga menyukai