Anda di halaman 1dari 8

A Pictures Worth A Thousand Words

LOKASI: RUMAH
TARIKH: 20 NOV 2013
MASA : 10.30 A.M SPESIFIKASI HANDPHONE: SMART PHONE- SAMSUNG GALAXY GRAND TAJUK/ MESSAGE: EVOLUSI TELEVISYEN KUALITI FOTO: BAIK, 8 MP, 3264x2448 pixels, autofocus, LED flash SPEED: HSDPA, 21 Mbps; HSUPA, 5.76 Mbps

BBR 36903

KEMAHIRAN TUMPUAN DALAM SAINS

Page 1

Pendahuluan:
Menurut kamus dewan edisi keempat, televisyen ialah penyiaran (pemancaran) gambar hidup (gambar bergerak) berserta bunyi menerusi kabel atau udara pada skrin atau kaca peti televisyen. Televisyen merupakan salah satu media elektronik yang amat berpengaruh dan hampir di setiap rumah mempunyai sekurang-ada zaman sains dan teknologi ini, pelbagai jenis media elektronik yang canggih telah dihasilkan. Perkembangan media elektronik ini telah menyenangkan kehidupan masyarakat kita dengan memiliki kehidupan yang lebih mewah dan selesa. Sebagai contoh, perkembangan media elektronik telah menghasilkan televisyen yang bertambah saiznya. Ini dapat membuktikan betapa kemakmuran dan kejayaan manusia dari segi media elektronik dan mementingkan hiburan. Selain membawa kebaikan, televisyen juga membawa keburukan kepada penontonnya secara langsung mahupun tidak.

BBR 36903

KEMAHIRAN TUMPUAN DALAM SAINS

Page 2

Pemikiran Dan Perasaan Terhadap Televisyen Lama Dan Televisyen Moden

Televisyen (TV) merupakan salah satu media elektronik yang amat berpengaruh dan hampir di setiap rumah mempunyai sekurang-kurangnya sebuah televisyen.

Menurut kamus, televisyen adalah sebuah alat penangkap siaran bergambar. Televisyen berasal dari kata tele (jauh) dan vision (tampak), jadi televisyen bermakna tampak atau dapat dilihat dari jauh. Televisyen adalah sistem penghantaran dan penerimaan visual dan audio dalam suatu jarak tertentu melalui gelombang radio. Secara sederhana kita dapat mendefinisikan televisyen sebagai media massa yang memaparkan siaran berupa gambar dan suara dari jarak jauh.

TV merupakan alat untuk menyampaikan ilmu pengetahuan tentang dunia dan perkembangan terkini macam berita di dalam dan luar Negara, kita boleh perolehi dalam masa yang amat singkat. Dengan hadirnya televisyen dunia seakan semakin sempit. Pelbagai berita criminal, politik, sosial dan budaya dari dalam mahupun luar negeri boleh sampai ke masyarakat dengan mudah.

Televisyen saat ini seakan menjadi guru elektronik yang mengatur dan mengarahkan serta mewujudkan budaya massa baru Tayangan program televisyen seperti realiti show, infotainment, sinetron, filem bahkan iklan sekalipun turut serta mengatur dan menukar life style di masyarakat. secara tidak langsung maklumat itu dapat meningkatkan intelektual masyarakat sehingga mampu meningkatkan potensi sumber manusia itu sendiri. Televisyen juga sebagai media maklumat, pengetahuan dan pendidikan.

BBR 36903

KEMAHIRAN TUMPUAN DALAM SAINS

Page 3

Selain memberi maklumat, televisyen juga boleh bermanfaat sebagai sarana edukasi bagi penonton khususnya para pelajar dan anak-anak yang sedang dalam tahap perkembangan. Acara kuiz, program bimbingan rohani, talk show pendidikan atau bidang pengetahuan lain sangat berguna bagi masyarakat kita. bagi sebahagian orang yang mempunyai pola belajar audio visual, menonton televisyen boleh dijadikan sebagai alternatif pembelajaran. Bagi negara membangun, hampir 90 peratus penduduk mengenal dan memanfaatkan televisyen sebagai alat hiburan, maklumat dan sebagainya. Televisyen tidak menyekat diri hanya untuk penggunaan kalangan tertentu saja namun telah menjangkau pengguna dari semua kalangan masyarakat tak terkecuali remaja dan anakanak. Kehadiran program-program televisyen yang menghibur sangat diperlukan untuk melepas stress setelah seharian bekerja atau belajar. Sekurang-kurangnya hiburan itu dapat me-refresh otak dari permasalahan-permasalahan yang terjadi dalam sehari. Dengan adanya televisyen, kebersamaan itu boleh diwujudkan dengan menonton program hiburan televisyen yang 'sihat' secara bersama. Peti televisyen yang mula dicipta sekitar tahun 1900 dan diperkenalkan di negara kita pada tahun 1963, sudah menjadi salah satu alat penerima komunikasi utama dalam rumah, perniagaan dan institusi. Siaran TV mula-mulanya dirakam dan dipancarkan dalam bentuk isyarat analog, tetapi kebelakangan ini penyiar awam mahupun swasta kian beralih ke teknologi televisyen digital. Dalam masa itu, penggunaan komputer dan internet masih belum begitu popular dan menyebabkan TV merupakan alat hiburan yang penting dalam kehidupan pada masa itu. . Kehidupan sosial masyarakat yang semula tradisional berubah cepat menjadi moden akibat pemodenan yang dibawa oleh televisyen. Menurut bapa saya, pada tahun 1960-an,penduduk tempatan beralih mencari hiburan menonton televisyen . Ianya mudah kerana wayang sudah ada di dalam rumah sendiri tanpa bersusah payah ke panggung wayang lagi. Bapa saya di darjah 2 sekolah rendah. Pada mulanya sudah tentu tidak banyak rancangan tempatan disiarkan kecuali siaran warta berita yang disiarkan ada jam 8 malam setiap malam. Bapa aku masih
BBR 36903 KEMAHIRAN TUMPUAN DALAM SAINS Page 4

menjadi penunggu setia menonton siaraan itu. Kalau tak ada siaran apa-apa, bapa akan menonton kotak rajah di kaca tv sambil mendengar lagu background dimainkan.

Pada masa itu, tak ramai orang memiliki televisyen ketika itu. Jiran bapa kerap bertandang menumpang untuk menonton. Aktiviti bapa dan jiran ke panggung wayang menurun sedikit akibat menonton televisyen, walau pun masa itu masih hitam putih.. Pendek kata, televisyen telah menjadi hiburan penting dan seakan menjadi magnet untuk penduduk pada masa itu dan membantu mereka mengisi masa lapang mereka secara berfaedah. Akan tetapi, terlalu sering menonton televisyen menyebabkan kinektisitas berkurang sehingga mengakibatkan kegemukan. Selain itu kualiti kerja kita juga turun. Rancangan yang disiarkan juga akan membawa kesan buruk seperti menyebabkan mereka hilang tumpuan dalam pembelajaran. Ini berlaku apabila ketika kanak-kanak tersebut menyiapkan kerja sekolah, TV dibiarkan terpasang, oleh yang demikian, tumpuan kepada pembelajaran terganggu. Untuk mengelakkan hal sebegini, Misalannya dalam seminggu anak-anak dibenarkan menonton 4 hari seminggu. Dalam 4 hari tersebut cuma rancangan-rancangan tertentu sahaja. Ini hendaklah dipraktis sejak anak-anak masih kecil lagi. Ibu bapa mestilah berkorban untuk kebaikan anak-anak. Kurangkan masa menonton, beri contoh yang baik kepada anak-anak. Selain itu, rancangan yang tidak sesuai untuk kanak-kanak dan juga remaja seperti adegan seks, banyak memberi kesan buruk kepada dua golongan ini. Pada masa kini tidak mustahil kanak-kanak yang masih di sekolah rendah boleh membuat aksi seperti bercium. Ini adalah pengaruh dari TV. Kita hendaklah pandai dalam memilihkan program-program yang hendak ditonton. Fikirkan kebaikan dan keburukan dan juga kesan-kesannya. Kesan bukan dalam jangka masa pendek sahaja tetapi juga dalam jangka masa panjang.

BBR 36903

KEMAHIRAN TUMPUAN DALAM SAINS

Page 5

Sekarang, mari kita lihat evolusi perkembangan televisyen. Di peringkat awal pembangunannya, operasi peranti berbentuk segi empat tepat itu dijalankan menerusi gabungan teknologi optik, mekanik dan juga elektronik untuk rakaman serta paparan imej visual. Tahun demi tahun, peranti elektronik itu telah mengalami proses revolusi yang cukup memberansangkan dengan peranan yang semakin diperluas. Reka bentuk televisyen terus berkembang dari tahun ke tahun untuk memenuhi minat dan permintaan seketika. televisyen hari ini bukan sahaja menyajikan program hiburan kepada para penonton malah turut menjadi gerbang maklumat berita dan juga informasi. Kualiti televisyen yang ditawarkan mahupun juga setingkat atau bahkan lebih dan menawarkan pelbagai ciri-ciri tambahan untuk mencapai kualiti penglihatan. Reka bentuk televisyen yang kelihatan usang juga ditinggalkan dan digantikan dengan reka bentuk yang lebih ringan, lebih menarik, lebih nipis, lebih moden serta lebih hemat tenaga. Contohnya evolusi dari televisyen lama yang berpeti besar dan tebal berkembang kepada menggunakan pelbagai teknologi paparan seperti CRT, LCD, Plasma, DLP, dan OLED. Sesetengah projektor yang dipasang penala juga dianggap sebagai televisyen. Melihat keperluan itu, banyak syarikat teknologi telah tampil memperkenalkan pelbagai model televisyen kategori panel rata seperti plasma, Liquid crystal display (LCD) lightemitting diode (LED) dan terbaru LED 3D.

Bukan setakat itu, televisyen juga telah dijadikan sebagai salah satu platform paparan untuk aktiviti seperti akses Internet, permainan video, capaian televisyen dalam talian dan sebagainya. Untuk menyokong kepelbagaian operasi tersebut, pembangunan
peranti televisyen secara teknikalnya dilengkapi sokongan teknologi moden dan canggih. Ini bermaksud, dalam usaha menghasilkan program televisyen yang bermutu, peranti televisyen itu sendiri mestilah tersedia bersama spesifikasi dan perisian terkini. Ia merangkumi tawaran pengalaman terbaik daripada segi kualiti paparan, sistem audio, binaan luar, penjimatan kuasa dan perkhidmatan lain yang ditawarkan.

BBR 36903

KEMAHIRAN TUMPUAN DALAM SAINS

Page 6

Teknologi paparan televisyen moden bermula sekitar tahun 1980-an menerusi pengenalan teknologi tiub sinar katod (CRT). Ia merupakan teknologi skrin pendarfluor yang menggunakan kaca bervakum untuk menghasilkan pancaran cahaya.

Pendek kata, televisyen boleh dikategorikan sebagai medium pelaksanaan operasi multimedia yang interaktif dan berteknologi tinggi.

BBR 36903

KEMAHIRAN TUMPUAN DALAM SAINS

Page 7

Lampiran:

Website yang upload:http://www.scribd.com/doc/187933082/Pemikiran-TVLama-Dan-TV-Moden

BBR 36903

KEMAHIRAN TUMPUAN DALAM SAINS

Page 8

Anda mungkin juga menyukai