Anda di halaman 1dari 6

SALWA BINTI BACHOK

DB100020

KEMAHIRAN TUMPUAN DALAM SAINS (BBR36903) TUGASAN INDIVIDU

TAJUK : A PICTURES WORTH A THOUSAND WORDS FROM IMAGE TO DETAILED NARRATIVE

DISEDIAKAN OLEH : SALWA BINTI BACHOK DB100020 SAINS SEKSYEN 1

UNTUK PERHATIAN : EN GHAZALLY BIN SPAHAT

1 | BBR36903

KEMAHIRAN TUMPUAN DALAM SAINS

SALWA BINTI BACHOK

DB100020

Tarikh foto diambil Waktu foto diambil Lokasi foto diambil Jenis telefon bimbit Spesifikasi foto

: 22 November 2013 : 6.28 petang : Taman Permainan KanakKanak Bandar Baru Kangkar Pulai, Johor. : Sony Xperia P : Saiz - 1.86 MB (1,953,933.00 bytes) Jenis fail - JPG File Resolusi 1836H X 3264W

Tarikh foto diambil Waktu foto diambil Lokasi foto diambil Jenis telefon bimbit Spesifikasi foto

: 22 November 2013 : 6.29 petang : Taman Permainan KanakKanak Bandar Baru Kangkar Pulai, Johor. : Sony Xperia P : Saiz - 2.00 MB (2,101,426.00 bytes) Jenis fail - JPG File Resolusi 1836H X 3264W

2 | BBR36903

KEMAHIRAN TUMPUAN DALAM SAINS

SALWA BINTI BACHOK

DB100020

Tarikh foto diambil Waktu foto diambil Lokasi foto diambil Jenis telefon bimbit Spesifikasi foto

: 21 November 2013 : 8.48 malam : Tutti Frutti Aeon Taman Universiti, Johor. : Sony Xperia P : Saiz - 1.18 MB (1,242,961.00 bytes) Jenis fail - JPG File Resolusi 1836H X 3264W

Tarikh foto diambil Waktu foto diambil Lokasi foto diambil Jenis telefon bimbit Spesifikasi foto

: 21 November 2013 : 8.48 petang : Tutti Frutti Aeon Taman Universiti, Johor. : Sony Xperia P : Saiz - 1.18 MB (1,239,970.00 bytes) Jenis fail - JPG File Resolusi 1836H X 3264W

3 | BBR36903

KEMAHIRAN TUMPUAN DALAM SAINS

SALWA BINTI BACHOK

DB100020

TEMPAT KEGEMARAN ANAK ANAK Saya memilih foto dari dua tempat yang berbeza kerana ia merupakan tempat kegemaran anak anak saya. Foto pertama diambil di Taman Permainan Kanak kanak Bandar Baru Kangkar Pulai iaitu kawasan tempat tinggal kami. Kami sering membawa anak anak ke taman ini pada waktu petang. Selain daripada memberi peluang kepada anak anak kami beriadah dengan bermain permainan yang disediakan di sini, kami turut mengambil peluang ini untuk meluangkan masa dengan anak anak kami. Udara di kawasan ini sangat segar dan nyaman kerana jauh dari kawasan bandar membuatkan kami berasa sangat selesa untuk beriadah di sini. Sistem aliran udara di sini juga sangat baik kerana tiada kesan kesan pencemaran seperti di kawasan bandar bandar yang berhampiran dengan kawasan ini. Kami tidak berasa risau untuk membenarkan anak anak kami bermain di taman permainan ini kerana mereka tidak akan terdedah dengan bahaya kesan pencemaran. Anak anak kami bebas untuk menghirup udara yang segar di sini. Taman permainan ini bukan hanya mempunyai permainan untuk kanak kanak seperti buaian, jongkang jongket dan gelongsor sahaja malah ini turut dilengkapi dengan alat senaman di tempat khas untuk orang dewasa bersenam. Terdapat juga trek bersimen untuk berjoging sepanjang kawasan ini. Ini memberi peluang kepada ibu bapa bersenam sambil memantau keselematan anak anak dan menunggu anak anak bermain di kawasan permainan kanak kanak. Alat senaman yang disediakan sangat mesra pengguna kerana ia dilengkapi dengan arahan penggunaan dan langkah langkah keselamatan. Di zaman ibu bapa masa kini yang sentiasa sibuk bekerja, tempat seperti ini sangat sesuai kepada kita semua kerana selain daripada membenarkan anak anak bermain di tempat yang betul, kita juga dapat menyihatkan badan dan mengeluarkan peluh dengan bersenam dan berjoging di kawasan yang sama. Dengan menghirup udara yang segar dan mengeluarkan peluh dengan bersenam, badan kita akan lebih sihat dan otak juga akan lebih cerdas kerana mendapat oksigen yang diperlukan oleh badan dengan secukupnya.

4 | BBR36903

KEMAHIRAN TUMPUAN DALAM SAINS

SALWA BINTI BACHOK

DB100020

Foto kedua pula diambil di Tutti Frutti Aeon Taman Universiti, Johor. Tempat ini juga menjadi kegemaran anak anak kerana ia menyajikan ais krim dalam bentuk yogurt yang mempunyai pelbagai perisa. Ais krim seperti ini memang menjadi pilihan dan kegemaran kanak kanak. Di sini kita bukan sahaja boleh memilih ais krim yogurt kegemaran kita, malah kita juga boleh memilih buah buahan dan bijiran yang ingin dicampur ke dalam ais krim yogurt tadi. Sebagai topping kepada ais krim yogurt tadi, kita diberi pilihan sos perisa coklat, perisa strawberi dan perisa karamel. Kita bebas memilih apa jua perisa dan jenis buah buahan serta bijiran untuk olahan ais krim kegemaran kita. Secara umumnya, kita sering dimomokkan bahawa ais krim tidak baik untuk kesihatan kerana ia tinggi dengan kandungan gula dan kolestrol yang boleh menyebabkan kegemukan dan boleh merosakkan gigi namun mengikut fakta saintifik, ais krim sangat baik kerana tindakan mengunyah ais krim bagi kanak kanak sebenarnya ia dapat menguatkan gigi mereka. Selain daripada itu, ais krim yang bersifat sejuk itu boleh mengembalikan sifat pelupa yang keterlaluan. Zat yang terdapat di dalam ais krim itu juga dikatakan boleh memulihkan pesakit insomnia iaitu penyakit sukar tidur. Sedikit info tentang perkaitan pesakit insomnia dan ais krim ialah ais krim yang bersifat sejuk dapat menenangkan pesakit yang sukar tidur dan akhirnya mereka dapat tidur. Ini kerana orang yang tidur dalam udara yang sejuk dan berselimut untuk memanaskan tubuhnya adalah kombinasi yang baik untuk menjaga kesihatan secara menyeluruh dalam jangka masa pendek apatah lagi jangka panjang. Udara panas lebih memudahkan penyebaran
penyakit berjangkit kerana bakteria lebih agresif dan cepat membiak dalam cuaca begini.

Yogurt atau susu masam merupakan sejenis makanan yang kaya dengan sumber protein, kalsium, potassium, mineral dan vitamin untuk manfaat luaran dan dalaman tubuh badan. Yogurt juga mengandungi probiotik atau bakteria baik yang dapat menghapuskan bakteria jahat. Dengan adanya bantuan daripada pengambilan makanan-makanan yang mengandungi probiotik, ia dapat membantu mengurangkan masalah tersebut dengan penambahan bakteria baik di dalam usus. Probiotik juga memainkan peranan penting untuk mengawal paras gula dan juga berat badan bagi ibu-ibu mengandung.

5 | BBR36903

KEMAHIRAN TUMPUAN DALAM SAINS

SALWA BINTI BACHOK

DB100020

Ia bukan sahaja baik untuk sistem penghadaman malah boleh dijadikan sebagai krim semulajadi yang bebas daripada bahan kimia. Kajian juga telah membuktikan bahawa pengambilan yogurt dapat mengurangkan risiko tekanan darah tinggi. Yogurt dapat membantu memberi keseimbangan dalam kitaran usus manusia atau bertindak secara langsung pada penghadaman dan sistem imunisasi (ketahanan) badan. Asas yogurt adalah susu dan amalan makan atau minum yogurt membekalkan protein dan khasiat yang diperlukan tubuh, seperti kalsium, vitamin D, vitamin B2, vitamin B12, potasium dan magnesium. Oleh kerana ais krim dan yogurt ini terbukti mempunyai kebaikan, oleh kerana itulah ia sering menjadi tempat pilihan dan menjadi kegemaran kami sekeluarga.

6 | BBR36903

KEMAHIRAN TUMPUAN DALAM SAINS