Anda di halaman 1dari 2

Kuah Yong Tau Fu - Resepi asal oleh Kak Minami Myresipi Bahan-bahanya 10 tangkai cili kering gula melaka

atau gula merah bijan goreng gula (kalau kurang manis) 1 s.k garam 3 cm belacan 300 ml air 1 sudu besar minyak 1 1/2 s.b tepung jagung dibancuh dgn 50 ml air sedikit ajinomoto Cara-caranya membuat kuah yong tau fu 1. Masukkan minyak dalam kuali. Goreng cili kering sehingga garing dengan api yang kecil. 2. setelah garing, angkat dan blend cili kering dgn sedikit air. 3. panaskan air bersama gula melaka. Masukkan cili yang telah dikisar tadi dan juga belacan. 4. setelah mendidih, masukkan bancuhan tepung jagung untuk memekatkan kuah. 5. masukkan garam, ajinomoto dan gula (jika gula melaka kurang manis). 6. masukkan bijan goreng dan siap untuk dihidang bersama chikuwa, kanikama dan lainlain. Tips-tips tambahan dari ros@jintanmanis.com 1. Pastikan menggunakan api yang kecil, dan jangan sesekali guna api yang kuat untuk menggoreng cili kering. 2. Sentiasa di kacau selalu cili kering yang sedang digoreng, dan jangan goreng cili terlalu perang atau jangan dibiar sampai cili menjadi hitam. kalau cili terlalu perang atau gelap warnanye, kuah yong tau fu akan menjadi pahit. 3. Belacan yang digunakan kalau boleh bakar sedikit, baru di kisar dengan bahan yang lain. 4. Air gula merah perlu ditapis dahulu dan pastikan gula merah mendidih dan larut sempurna.

5. Tambah kan 1 atau 2 sudu kecil MINYAK BIJAN dalam kuah supaya kuah menjadi wangi dan membuatkan kuah menjadi lebih sedap. 6. Kuah jangan terlalu cair, biarkan pekat sedikit kerana bila kita campurkan bahanbahan sampingan yong tau fu yang telah direbus, kuah akan menjadi cair sedikit, kerana bahan yang telah direbus akan mengandungi air. 7. Apabila kuah yong tau fu telah dicampur dengan bahan rebusan, topping sekali lagi yong tau fu dengan baki bijan goreng, supaya nampak lebih sedap dan menyelerakan. Cara ros membuat Yong Tau Fu 1. Goreng cili kering seketika, angkat dan ketepikan, rebus gula merah bersama sedikit air, pastikan gula merah betul-betul larut. 2.Setelah gula merah mendidih angkat dan tapiskan, kemudian masukkan cili kering yang siap digoreng tadi bersama air gula melaka serta belacan di dalam blender, blender hancur. 3. Curahkan bahan yang di kisar tadi di dalam kuali yang berisi minyak bekas gorengan cili kering tadi, masak hingga mendidih, masukkan pula bijan goreng, kacau sebati, sesuaikan rasa, masukkan garam. 4. Untuk pekatkan kuah, masukkan bancuhan tepung jagung atau tepung kanji kentang ( katakuriko) , kacau sebati, angkat dan sedia untuk dicampur dengan bahan-bahan lain yang sedia direbus, Selamat Mencuba. Sedap dimakan panas-panas. Bahan-bahan sampingan bagi yong tau fu ialah, sosej, jejari ketam, kek ikan, bebola ikan, kangkung, tahu goreng dan lain-lain mengikut selera masing-masing, nak beli yang siap dicampur semua ni sekali pun ade jual dah, tinggal rebus je.: )