Anda di halaman 1dari 6

Kertas kerja Program Keceriaan Bilik Tayang SKSU

PROGRAM KECERIAAN BILIK TAYANG SEKOLAH KEBANGSAAN SELAYANG UTAMA, 68100 BATU CAVES, SELANGOR.

1.0

TAJUK PROGRAM 1.1

Program Keceriaan Bilik Tayang

2.0

TEMPOH PELAKSANAAN 2.1 Tarikh

: Februari hingga Mei 2012

3.0

PENDAHULUAN

Bilik tayang merupakan salah satu badan sekolah yang bergabung dengan perpustakaan di bawah pusat sumber Sekolah Kebangsaan Selayang Utama. Oleh sebab itu, wajarlah kiranya Bilik Tayang dimartabatkan sebagai pusat untuk mendapatkan kemudahan alat pandang dengar. Sehubungan itu, Jawatankuasa Pengurusan Pusat Sumber SK Selayang Utama merancang program naik taraf bilik tayang seperti meningkatkan kemudahan dan bahan sedia ada, memperbaiki kerosakan, menukar imej bilik, supaya dapat menambah keberkesanan fungsinya, memberikan keselesaan kepada para penggunanya selain memperbaiki keceriaan bagi menarik minat guru dan pelajar mengunjungi seterusnya memanfaatkan segala peralatan yang disediakan.

4.0

MATLAMAT PROJEK 4.1 4.2 4.3 4.4 4.5

Mewujudkan suasana pembelajaran yang kondusif dan ceria kepada seluruh warga sekolah Menarik minat guru dan murid menggunakan kemudahan yang disediakan. Menyebar, memapar dan meletakkan peralatan di dalam satu tempat di mana media sebagai perantaraan dalam memberi informasi kepada murid Mempertingkatkan peranan bilik tayang sebagai pusat pengendaliaan segala alat pandang dengar Melahirkan warga sekolah yang berpengetahuan dalam bidang penggunaan IT

Kertas kerja Program Keceriaan Bilik Tayang SKSU

5.0

OBJEKTIF

Adalah diharapkan setelah selesai proses keceriaan bilik tayang ini akan dapat : 5.1 Menyediakan ruang bilik yang kemas dan seragam untuk proses pengajaran dan pembelajaran Menyediakan alat pandang dengar yang boleh digunakan untuk semua aktiviti pengajaran dan pembelajaran di sekolah Mewujudkan persekitaran berilmu kepada seluruh warga sekolah Menjadikan bilik tayang sebagai tempat untuk membuat penghasilan BBM dan rujukan dalam pengajaran dan pembelajaran guru dan murid

5.2

5.3 5.4

6.0

AHLI JAWATANKUASA Penasihat : Pn. Hamidah Binti Ismail Guru Besar : Pn. Hjh. Azizah Binti Basri Penolong Kanan Kurikulum : Pn. Noor Hazlinda Binti Abdul Karim : Pn. Che Noorihan Binti Ludin : En. Razami Bin Ramli En. Rosnizam Bin Mohd Pekerja Swasta Pengawas PSS

Pengerusi

Penyelaras Projek Setiausaha Ahli Jawatankuasa

7.0

SASARAN 7.1 Semua warga sekolah

Kertas kerja Program Keceriaan Bilik Tayang SKSU

8.0

PELAKSANAAN 8.1 Majlis Gotong Royong 8.1.1 8.1.2 8.1.3

Membersihkan bilik dengan kerjasama pekerja swasta. Mengenalpasti alat-alat pandang dengar yang masih berfungsi. Mendapatkan sumbangan daripada pihak-pihak tertentu bagi menaik taraf bilik yang sedia ada.

8.2

Pengisian 8.2.1 8.2.2 8.2.3 8.2.4 Alat-alat pandang dengar diuruskan oleh guru teknikal (bagi mengenalpasti samada alatan tersebut masih berfungsi atau tidak) Kebersihan ruang diuruskan oleh pekerja swasta dan Pengawas PSS. Keceriaan diurus dan dilaksanakan oleh AJK yang dilantik. Buku Rekod Penggunaan disediakan untuk semua pengunjung.

8.3

Peralatan yang diperlukan 8.3.1 8.3.2 8.3.3 8.3.4 8.3.5 8.3.6 8.3.7 8.3.8 8.3.9 Cat ( 7 liter)- 2 warna Cat pelaka Tikar getah Kain alas meja & skirting Kain & skirting softboard Karpet (bilik kecil) Polistrin putih Kad board hitam Wayar sambungan - 2 tong - 4 botol - 1 gulung - 30 meter - 8 meter - 10 meter - 3 keping - 5 keping - 2 buah - 1 buah - 1 buah

8.3.10 Peti kecemasan 8.3.11 Tombol pintu

Kertas kerja Program Keceriaan Bilik Tayang SKSU

9.0

ANGGARAN BELANJAWAN

BAHAN BAHAN 1. Cat 2. Cat Pelaka 3. Tikar getah 4. Kain alas & skirting meja 5. Kain softboard 6. Karpet 7.Polistrin putih (2 cm) 8. Kad board hitam 9. Wayar Sambungan 10. Peti kecemasan 11. Tombol pintu JUMLAH

KUANTITI

SUMBER KEWANGAN PSS PSS PSS PSS PSS PSS PSS PSS PSS PSS PSS

ANGGARAN HARGA RM 70.00 RM 24.00 RM 120.00 RM120.00 RM 32.00 RM120.00 RM 24.00 RM 20.00 RM 60.00 RM 30.00 RM 60.00 RM680.00

CATATAN

RM35 x 2 tong RM6 x 4 botol RM120 x 1 gulung RM4 x 30 meter RM4 x 8 meter RM12 x 10 meter RM8 x 3 keping RM4 x 5 keping RM30 x 2 buah RM30 x 1 kotak RM60 x 1 buah

sedia ada sedia ada mohon beli sendiri mohon beli sendiri mohon beli sendiri mohon beli sendiri

10.0

JUSTIFIKASI Pelaksanaan program keceriaan adalah amat penting bagi menyediakan ruang yang selesa dan menarik kepada warga sekolah dalam proses mendapat maklumat dan pengetahuan selain di perpustakaan dan di bilik darjah. Semoga kemudahan yang disediakan nanti akan dapat memupuk semangat belajar dan meningkatkan lebih pemahaman dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Adalah menjadi tanggungjawab dan keazaman pihak sekolah untuk melihat kejayaan bagi seluruh warga sekolah.
4

Kertas kerja Program Keceriaan Bilik Tayang SKSU

11.0

PENUTUP Semoga bilik tayang yang disediakan akan menjadi tempat yang menyeronokkan dan digunakan secara maksimum oleh seluruh warga sekolah bagi memperoleh maklumat dan pengetahuan. Semoga usaha menaik taraf bilik tayang sekolah ini berjaya direalisasikan dan mendapat respon positif serta menggalakkan daripada warga sekolah. Akhir sekali adalah diharapkan program keceriaan ini akan dapat mencapai matlamatnya.

Disediakan oleh,

Disemak oleh,

Disahkan oleh,

.......................................... ( Pn. Noor Hazlinda Abd Karim ) Penyelaras Bilik Tayang SK Selayang Utama.

................................... ( Pn. Normala Dollah ) Guru P&M SK Selayang Utama.

.................................. ( Pn. Hamidah Bt Ismail) Guru Besar, SK Selayang Utama

Kertas kerja Program Keceriaan Bilik Tayang SKSU