Anda di halaman 1dari 2

SEMINAR KEUSAHAWANAN

Fakulti Pengurusan Teknologi dan Perniagaan telah menganjurkan satu program yang mewajibkan semua pelajar yang mengambil subjek keusahawanan (BPK 20802) pada semester ini untuk menghadirinya. Program tersebut dinamakan seminar keusahawanan. Pelajar yang diwajibkan bukan sahaja dari Fakulti Pengurusan Teknologi dan Perniagaan tetapi juga pelajar dari Fakulti Kejuruteraan Awam dan Alam Sekitar. Program seminar tersebut berlangsung selama 8 jam bermula dari jam 8.30 pagi sehingga 5 petang. Program ini juga bertempat di Dewan TII, UTHM. Hal ini kerana dewan tersebut mampu menampung jumlah pelajar dari Fakulti Kejuruteraan Awam dan Fakulti Pengurusan Teknologi. Program ini bermula pada jam 8.30 pagi dimana pelajar perlu melakukan sesi pendaftaran dan mengambil tempat masing-masing. Pada jam 8.45 pagi program perasmian berlangsung. Pada jam 9 pagi semua ahli diberikan minum pagi dan di beri masa untuk bersarapan selama setengah jam. Tepat jam 9.30 pagi ceramah dan forum keusahawanan bermula. Ceramah dan forum keusahawanan ini terbahagi kepada 2 sesi. Pada sesi pagi ianya membincangkan 3 topik utama iaitu topic satu adalah Dasar Keusahawanan IPTA yang dibincangkan oleh wakil Kementerian Pendidikan Malaysia. Topik yang kedua adalah pengkongsian pengalaman daripada usahawan yang Berjaya iaitu pengusaha beras Faiza. Wakil dari syarikat Faiza telah hadir dan berkongsi sedikit sebanyak ilmu dan pengalaman bagaimana syarikat Faiza berkembang dan Berjaya. Topik yang terakhir pada sesi pagi adalah juga perkongsian pengalaman usahawanan yang Berjaya tetapi daripada alumni UTHM. Kemudian, sesi yang terakhir adalah sesi dialog daripada pelajar yang ingin bertanyakan sebarang pertanyaan kepada penceraman jemputan. Forum bagi sesi pagi berakhir pada jam 12.30 dan ahli diberikan makanan tengah hari.

Bagi menyampaikan ceramah dan forum keusahawanan ini beberapa penceramah telah dijemput antaranya ialah En. Mohd Nzirul Abd Majid, En. Mohd Ismail b Mohd, Tuan Hj Ahmad bin Abd Rahman, Dr. Wan Fauziah B Wan Yusuf dan En. Farizul Amin b Anuar. Ceramah dan Forum sesi petang bersambung pada jam 2 petang. Pada sesi petang beberapa penceramah dari syarikat yang terkemuka berkongsi pengalaman mereka dalam mengendalikan usahawan syarikat mereka. Ceramah pertama bermula dengan penceramah dari SME Corperation, Ceramah kedua daripada penceramah Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani. dan ceramah yang terakhir dari penceramah dari PUNB. Kemudian sesi petang di akhiri dengan sesi dialog daripada ahli. Pada sesi petang juga penceramah dari Majlis Amanah Raya (MARA) iaitu Ahmad Nazirul B Abd Majid telah memperkenalkan serba sedikit fungsi MARA yang berperanan untuk membangunkan usahawan terutama pelajar IPTA dan IPTS yang berdaya maju, berdaya tahan dan berdaya saing selaras dengan matlamat. Program Keusahawanan MARA. Selain itu MARA menyediakan kemudahan khidmat nasihat perniagaan bagi mengukuh dan meningkatkan keupayaan usahawan dan perniagaan. Daripada keseluruhan seminar yang dianjurkan ini, objektif utama yang dapat dicapai adalah untuk mendedahkan pelajar tentang pekerjaan yang terdapat dalam pelbagai sector perniagaan dan sekaligus menarik minat pelajar untuk menceburkan diri dalan sector perniagaan. Antara objektif lain adalah meningkatkan kesedaran keusahawanan serta keboleh pasaran mahasiswa dalam pelbagai sector. Selain itu, bagi melahirkan mahasiswa yang matap dari segi pengetahuan dan pengenalan mengenai alam perniagaan berbanding pekerjaan Pemilihan terhadap bidang keusahawanan yang kita mahu ceburi juga perlu diteliti. Penyelidikan perlu dilakukan sebelum menetukan bidang tersebut. kita tidak boleh hanya memilih bidang secara ikut-ikutan sahaja hanya melihat kejayaan orang lain dalam bidang tersebut tanpa mengetahui selok belok bidang tersebut.

Anda mungkin juga menyukai