Anda di halaman 1dari 1

4.

0 PENUTUP

Kesimpulannya, isu pemerataan kekayaan ekonomi merupakan isu yang sangat penting dalam konteks hubungan etnik di Malaysia. Aspek ekonomi dan etnisiti tidak dapat dipisahkan lagi. Dengan itu, kerajaan melaksanakan beberapa dasar sebagai pembendung kepada masalah yang timbul dalam pembangunan ekonomi pada hari ini. Sepertimana yang dinyatakan sebelumnya, perlaksanaan Dasar Ekonomi Baru (DEB) dalam tempoh 20 tahun yang lalu boleh dikatakan telah membantu mengurangkan jurang antara kaum etnik dan bentuk ketidaksetaraan yang terdapat dalam ekonomi masyarakat Malaysia. Ringkasnya, walaupun beberapa kemajuan telah dicapai kea rah mewujudkan masyarakat yang adil di Negara ini dalam tempoh DEB, tetapi usaha haruslah diteruskan supaya dapat menjamin wujudnya keadilan ekonomi di Negara ini apabila ia mencapai taraf Negara maju pada tahun 2020.Oleh itu, di dalam sebuah Negara majmuk seperti Malaysia, kita memang tidak dapat memperkatakan tentang keadilan ekonomi tanpa memberi perhatian kepada soal perbezaan antara etnik yang masih terus wujud. Faktor sejarah, budaya dan ekonomi khususnya tidak diketepikan begitu sahaja. Masalah ini adalah nyata, sensitive dan berkemungkinan mengugat kestabilan ekonomi negara sekiranya tidak diatasi dengan bijaksana. Oleh yang demikian, kita harus berani menerima hakikat dengan ikhlas bahawa masalah perkauman mesti diselesaikan dengan terbuka tanpa ada kepincangan atau tragedi yang sebelumnya telah terjadi justeru hendaklah diambil iktibar daripada peristiwa yang berlaku. Oleh itu, wajarlah kita memikirkan bersama langkah-langkah yang sesuai untuk dilaksanakan supaya maltamat murni tercapai disamping menyedari betapa pentingnya persoalanpersoalan pembangunan ekonomi dan keadilan social dalam hubungan etnik di Malaysia.

Anda mungkin juga menyukai