Anda di halaman 1dari 7

1 UNIT 1

TEORI DAN PENGERTIAN SEJARAH

Hasil Pembelajaran
Pada akhir pembelajaran unit ini anda akan dapat: 1. Menjelaskan tentang teoriteori sejarah. 2. Menerangkan pengertian sejarah. 3. Menjelaskan peranan sejarah sebagai ilmu 4. Menjelaskan tentang kepentingan sejarah kepada manusia dan Negara

1.0

Definisi Teori

Labovitz dan Hagedorn mendefinisikan teori sebagai idea pemikiran teoritis yang dapat menentukan bagaimana dan mengapa pemboleh ubah-pemboleh ubah dan pernyataan mempunyai hubungan saling berkaitan. Perkataan teori memiliki maksud yang berbezabeza berdasarkan bidang-bidang ilmu. Secara umum, teori merupakan analisis hubungan antara satu fakta dengan fakta yang lain. Teori sosial berasal dari kesimpulan yang mungkin mengandungi kesalahan atau kesilapan, berbeza dengan teori sains yang memerlukan pembuktian amali. Neuman mendefiniskan teori adalah sebagai sebuah sistem yang menghubungkan perkara abstrak atau idea-idea yang ringkas dan mengorganisasikan pengetahuan tentang dunia sosial. Perlu diketahui bahwa teori berbeza dengan idealogi. Teori merupakan sebahagian dari ideologi, tetapi ideologi bukan teori. Contohnya adalah Aleniasi manusia adalah sebuah teori yang diungkapakan oleh Karl Marx, tetapi Marxis atau Komunisme secara keseluruhan adalah sebuah ideologi. 1.1 Teori Sejarah Menurut John Muli teori sejarah bertujuan bagaimana memahami dan menjelaskan pandangan-pandangan para sarjana tentang sejarah. Ia juga bertujuan menjelaskan tentang teori-teori yang dikembangan para ahli sejarah tentang perkembangan sejarah. Pandangan sejarah berasaskan pemerhatian terhadap peristiwa perjalanan sejarah yang khusus mengenai manusia. Manusia di dalam sejarah berfungsi dalam pelbagai aspek seperti sebagai subjek dan objek sejarah, pelaku sejarah, penulis sejarah dan manusia juga selaku peminat sejarah. Maka, menafsirkan sejarah, tidak lain daripada memikirkan diri manusia sendiri. Bagaimanakah manusia memandang dirinya sendiri? Ada dua pendapat yang asas, iaitu manusia bebas menentukan nasib sendiri (otonomi) atau manusia tidak bebas menentukan nasibnya kerana ditentukan oleh kekuatan di luar peribadinya. Kekuatan di luar

2 diri manusia pada umumnya dihubungkan dengan kepercayaan pada keadaan yang menentukan nasib manusia iaitu tuhan, alam sekitar, dan kekuatan X (tidak dikenal). Menurut Ibnu Khaldun (1332-1406 M) dalam Teori Progresif-Linear bahwa sejarah adalah berdasarkan pada kenyataan dan bertujuan agar manusia sedar tentang perubahan masyarakat. Menurut Ibnu Khaldun, bahwa seluruh peristiwa dalam sejarah kemanusiaan itu adalah suatu garis menaik dan meningkat ke arah kemajuan dan kesempurnaan. Pencetus teori progresif-linear ini memandang, bahwa sejarah berlangsung dalam suatu garis linear yang menuju ke arah progresif dan profeksi, dengan indikatornya adalah peristiwa/faktafakta sejarah sebagai hasil perbuatan manusia yang mengandung nilai-nilai kesejarahan. William H. Frederick mengemukakan tiga teori utama sejarah, iaitu: 1 Teori Putaran: yang mengatakan bahwa pola kejadian dan idea mengenai manusia terbatas sama sekali dan diulangi lagi pada selang waktu yang tertentu. 2 Teori Takdir: yang menganggap bahwa semua sebab-penyebab berasal dari ketentuan takdir . 3 Teori Kemajuan: yang berpusatkan kepada sebab-penyebab kejadian mengenai manusia, dan selanjutnya bahwa dengan berlakunya waktu, peradaban manusia dalam keseluruhan secara otomatik mengalami perubahan yang membawa kepada kebaikan. Tiga teori sejarah yang dikemukakan di atas sesuai dengan aliran atau konsep penglihatan sejarahwan yang berpengaruh dalam ilmu sejarah, iaitu : 1 2 Aliran yang memandang bahwa keseluruhan kejadian dalam sejarah itu semata-mata sebagai ulangan dari kejadian-kejadian yang dulu. Aliran yang menafsirkan segalah kejadian di dalam sejarah itu semata-mata sebagai kehendak tuhan, di mana manusia dalam panggung sejarah itu sekadar menjalankan peranan dalam proses menuju ke arah peningkatan nilai-nilai kemanusiaan. Aliran yang melihat bahawa seluruh kejadian-kejadian dalam sejarah kemanusiaan itu adalah sesuatu garis yang menaik dan meningkat kearah kemajuan dan kesempurnaan dan memandang sejarah sebagai garis linear dan garis lurus menuju ke arah yang lebih progresif.

1.2 Pengertian Sejarah Secara etimologi, kata sejarah berasal dari bahasa Arab syajarah (syajaratun) ertinya pohon/pokok. Syajaratun juga bermaksud salasilah, asal-usul, keturunan, riwayat, dan jika dibuat skema ia menyerupai pohon yang lengkap dengan cabang, ranting dan daun. Di dalam kata sejarah tersimpan makna pertumbuhan atau salasilah. Menurut Kamus Dewan: Sejarah ialah peristiwa yang benar-benar berlaku pada masa lampau. Dalam bahasa Inggeris: Sejarah disebut history, (berasal dari bahasa Yunani "historia") yang bererti apa yang diketahui dari hasil penyelidikan atau ilmu. Sejarah bererti peristiwa yang terjadi dalam masyarakat manusia di masa lampau. 1.2.1 Maksud sejarah Mengenai pengertian sejarah, Ibn Khaldun mengatakan: Pada hakikatnya sejarah (fann al-tarikh) adalah catatan tentang masyarakat manusia. Sejarah itu sendiri identik dengan peradaban dunia; tentang perubahan yang terjadi pada watak peradaban, seperti keliaran, keramah-tamahan, dan solidaritas atau ashabiyah; tentang revolusi dan pemberontakan oleh segolongan rakyat melawan golongan lain dengan akibat timbulnya kerajaan-kerajaan dan negara-negara dengan berbagai tingkatannya; tentang kegiatan dan kedudukan orang, baik untuk mencapai penghidupan-nya, maupun

3 dalam ilmu pengetahuan dan pertukangan; dan pada umumnya tentang segala perubahan yang terjadi dalam peradaban karena watak peradaban itu sendiri (Ibn Khaldun, 1986: 57). Menurut Ibn Khaldun sejarah bermaksud membincangkan tentang masyarakat manusia, atau peradaban manusia dan tentang perubahan-perubahan yang berlaku pada sifat-sifat masyarakat. Herodotus (Bapa Sejarah Dunia) menyatakan sejarah ialah penceritaan tentang tindakan manusia dan sebab mereka melakukannya. Mohd Yusoff Hashim pula menyatakan sejarah merupakan catatan atau pun rekod mengenai sesuatu peristiwa yang berlaku pada suatu masa yang lalu. Sejarah membawa kita mengenali jati diri atau asal-usul bangsa kita serta boleh menanamkan sifat cintakan bangsa dan setia kepada negara. Dari beberapa definisi yang dikemukakan oleh beberapa tokoh di atas dapat disimpulkan bahawa sejarah seperti berikut. 1. Sejarah iaitu ilmu yang menyelidik perkembangan peristiwa dan kejadian-kejadian di masa lampau. 2. Sejarah iaitu kejadian-kejadian, peristiwa-peristiwa yang berhubungan dengan manusia, iaitu berkaitan dengan perubahan yang jelas dalam kehidupan manusia. 3. Sejarah iaitu cerita yang tersusun secara sistematik (teratur dan rapi).

1.2.2 Ciri-ciri Sejarah Ciri-ciri sejarah dapat membantu merekonstruksi peristiwa yang telah berlaku. Melalui rekonstruksi, anda dapat membentuk gambaran sesuatu peristiwa masa lalu dengan mengumpulkan dan menjalinkan maklumat yang diperoleh daripada ciri-ciri sejarah. Ciri-ciri sejarah terbahagi kepada tiga iaitu; 1. Ciri yang pertama ialah sejarah berdasarkan kepada fakta yang tepat dan benar. Fakta atau maklumat sejarah bermaksud peristiwa tempat dan tarikh yang dapat dibuktikan kebenarannya berdasarkan sumber yang sahih. Fakta sejarah tidak boleh direka dan tokok tambah. Fakta sejarah juga perlu dipertangungjawabkan dari segi sumber dan kesahihannya. Contohnya; Penemuan arkeologi Kota Tampan, Perak membuktikan penempatan awal di negara kita bermula sejak 35,000 tahun dahulu. Pengisytiharan Putrajaya sebagai Wilayah Persekutuan pada 1 Februari 2001. Ciri kedua ialah sejarah merupakan perkara penting dan bermakna seperti mengingati tarikh lahir, tarikh sambutan hari kebangsaan, hari guru dan segala kejadian berkaitan dengannya adalah adalah sebahagian daripada sejarah. Setiap orang akan sentiasa mengingati tarikh kelahirannya kerana ia amat masyarakat dan negara. Kad pintar juga amat bermakna kepada kita kerana kad tersebut mengandungi maklumat pengenalan diri, lessen memandu, jenis darah, jenis penyakit yang dihidapi dan sebagainya. Ciri ketiga ialah sejarah berkaitan dengan sebab dan akibat. Sejarah juga menjelaskan mengapa sesuatu peristiwa itu berlaku dan kesan daripada peristiwa atau sebab dan akibat. Pengkaji sejarah perlu mengkaji perkara-perkara berikut untuk mengetahui sebab dan akibat sesuatu peristiwa yang merangkumi apa, siapa, bila, di mana, mengapa dan bagaimana peristiwa itu berlaku. Sebagai contoh: Kemasukan kaum imigran Cina dan India ke Tanah Melayu semasa zaman penjajahan British telah mewujudkan masyarakat majmuk di negara ini yang mempunyai budaya dan amalan sendiri Sejarah Sebagai Ilmu dan Kepentingannya Kepada Manusia dan Negara

2.

3.

1.2

1.2.1 Sejarah Sebagai Ilmu

4 Sejarah sebagai ilmu lahir pada awal abad ke-20. Ketika itu terjadi perdebatan ilmiah di antara sarjana tentang sejarah. Perdebatan ini terjadi di Jerman pertama kali, melibatkan para ahli falsafah dan sejarawan. Perkara yang diperdebatkan adalah apakah sejarah dapat digolongkan sebagai cabang ilmu pengetahuan atau merupakan sebuah seni. Ilmu sejarah sendiri sudah mula berkembang pada abad ke-19, seiring dengan perkembangan ilmu dan sains yang lainnya. Pengetahuan sejarah ini mencakupi keadaan atau situasi manusia pada suatu masa yang hidup dalam zaman sosial tertentu. Ilmu sejarah berusaha mencari hukum-hukum yang mengendalikan manusia dan kehidupannya dan juga mencari penyebab timbulnya perubahan-perubahan dalam kehidupan manusia. Sejarah sebagai cabang ilmu pengetahuan dibahas dan dibuktikan secara ilmiah. Untuk membuktikan keilmiahannya, dalam menganalisis sejarah, pelbagai standard dan metod ilmiah digunakan. Dengan demikian, kesahihan sejarah dapat dipertanggungjawabkan secara moral dan berilmu. Oleh itu, ketika mempelajari sesebuah objek sejarah maka harus dibuat metod ilmiah yang sistematik dengan tujuan memperoleh kebenaran sejarah. Sejarah sebagai ilmu adalah suatu susunan pengetahuan (a body of Knowledge) tentang peristiwa dan cerita yang terjadi dalam masyarakat manusia pada masa lampau yang disusun secara sistematik dan berdasarkan asas-asas, prosedur dan metod serta teknik ilmiah yang diakui oleh para pakar sejarah. Sejarah sebagai ilmu mempelajari sejarah sebagai kenyataan dan mengadakan penelitian serta pengkajian tentang peristiwa dan cerita sejarah. Sejarah sebagai ilmu juga menjelaskan pengetahuan tentang masa lalu yang berusaha menentukan dan mewariskan pengetahuan mengenai masa lalu suatu masyarakat tertentu. Ada beberapa ciri ketika sejarah dikategorikan sebagai ilmu iaitu; (a)Empiris Sejarah sangat berkaitan dengan pengalaman manusia. Pengalaman tersebut dirakam dalam dokumen dari peninggalan-peninggalan sejarah lainnya. Sumber-sumber tersebut kemudian diteliti oleh para sejarawan agar boleh dijadikan fakta. Fakta-fakta itulah yang kemudian diinterpretasikan dan dilakukan penulisan sejarah. (b)Memiliki Objek Setiap ilmu pengetahuan harus memiliki tujuan dan objekif atau sasaran yang jelas dan memiliki perbezaan dengan dengan ilmu yang lain. Sebagai mana umumnya ilmu-ilmu lain, yang menjadi objek dalam kajian sejarah adalah manusia dan masyarakat pada kurun waktu tertentu. (c) Memiliki Teori Ilmu pengetahuan sosial pada umumnya memiliki teori-teori tertentu. Sejarah mempunyai teori yang berisi yang mempunyai peraturan suatu ilmu. Seperti misalnya teori yang dikemukakan oleh Arnold Toynbee mengenai teori Challenge and Response. (d) Memiliki Metod Sejarah mempunyai metod tersendiri dalam melakukan pengamatan yang sistematik. Ini bertujuan untuk menghindari suatu pernyataan tidak disokong oleh bukti-bukti yang lemah maka pernyataan tersebut itu boleh ditolak. Dengan menggunanan metod sejarah yang tepat seorang sejarawan boleh meminimakan ralat dalam kajiannya. 1.2.2 Kepentingan Sejarah Kepada Manusia dan Negara 1. Sejarah boleh membentuk keperibadian sesebuah masyarakat supaya mengenali dan memahami bangsa serta mencintai negara. 2. Sejarah boleh menjadi iktibar dan panduan kepada kehidupan kita pada hari ini. 3. Peristiwa sejarah membolehkan kita melahirkan perasaan bangga terhadap kejayaan bangsa dan negara.

5 4. 5. Sejarah menjadi pendorong kepada rakyat untuk mencapai kemajuan dan kejayaan. Sejarah menjadi pengajaran kepada kita untuk menghargai dan menyanjung sumbangan pemimpin dan orang yang berjasa kepada negara

Sejarah adalah suatu unsur yang penting terhadap manusia, apatah lagi seluruh manusia mempunyai sejarah masing-masing, atau dalam kata lain sejarah adalah masa lalu seseorang manusia, tidak kira ia menerangkan kebaikan seseorang atau keburukan manusia itu. Semenjak kecil lagi kita diperkenalkan akan pelajaran sejarah, sama ada sejarah yang berkaitan dengan negara, agama, mahupun keturunan dan keluarga. Namun kita tidak dapat memastikan, apakah kepentingan sejarah terhadap menusia itu sendiri. Apa yang peliknya, manusia itu memang mempunyai minat yang tersendiri untuk menyelami sejarah, terutama tentang dirinya sendiri, kerana pasti ada sesuatu yang berguna kepada diri mereka selepas banyak pengalaman ditempuh sepanjang hidupnya, lalu berbangga dengan merasakan hidupnya penuh dengan harga diri. Selain itu, manusia cenderung untuk mengenal dirinya selepas menempuh kehidupan yang penuh pancaroba sama ada dipenuhi kenangan pahit atau kenangan manis. Malahan, dengan meneliti sejarah hidupnya, timbul kepuasan emosi yang dapat memacu masa depannya agar lebih gemilang. Ini berlaku kerana sejarah adalah suatu proses yang bersambung dan mempengaruhi satu sama lain, sama ada masa lalu, masa kini dan masa depannya..Semua ini adalah hasil usaha yang berterusan lalu menjadi pendorong kejayaan seseorang itu, atau natijah kejahatannya yang berterusan, menjadikannya menjalani hidup yang sengsara seperti hari ini. Kepentingan sejarah kepada manusia yang lain adalah sebagai sumber abstrak dan nyata, apa yang dikatakan sebagai abstrak itu kerana, adalah mustahil bagi manusia itu untuk menghidupkan kembali sejarah yang telah berlaku itu secara jasadnya. Maksudnya, manusia itu pernah melihat sesuatu peristiwa dan apabila mengingatkannya kembali, ia tidak dapat mengingat dan menghidupkan kembali keseluruhan peristiwa, bahkan adakalanya manusia itu gagal memahami peristiwa itu sewaktu mereka memerlukannya. Juga dikatakan sebagai sumber nyata bagi manusia itu, kerana manusia itu mampu membentuk dan menggambar kembali sesuatu peristiwa itu, walaupun bukan secara keseluruhannya. Ini bermaksud peristiwa itu pernah berlaku dan boleh digambarkan semula secara sekadar yang diingatinya. Natijah dari kajian sejarah sebagai sumber abstrak dan sumber nyata, dapatlah kita simpulkan bahawa tiada manusia yang tidak mempunyai masa lalunya dan adalah mustahil bagi manusia itu untuk melupakan sejarah yang telah dilaluinya, kecuali manusia itu hilang ingatan. Proses menyimpan dan mengingat ini tidak akan terputus, bahkan jika ia terputus seperti kejadian hilang ingatan, akan mewujudkan kepincangan terhadap manusia sekitar dan individu itu sendiri. Kepentingan sejarah terhadap manusia itu juga dapat dilihat pada hubungan sejarah dengan manusia itu sendiri. Hubungan sejarah dan manusia itu adalah keduanya saling perlu memerlukan, kerana kesedaran manusia itu tentang kepentingan pengalamannya yang lalu. Sejarah yang berkaitan dengan manusia juga berkait dengan agama dan ahli-ahli agama. Contohnya, ahli agama Tsamawi (agama langit) berkonsepkan bahawa hidup manusia ada permulaan dan pengakhiran yang terakhir, iaitu kiamat. Bahkan, kita juga sedar yang perjalanan sejarah sama ada manusia, mahupun dunia sedang bergerak menuju kematian dan kiamat, dan itu adalah pengakhiran sejarah selama ini. Kesannya, setiap manusia yang waras akan memandang masa depan yang cemerlang dengan merujuk sejarah lalunya, sama ada menebus kembali kehidupan yang lalu ke tempat yang lebih baik, atau mengekalkan kejayaannya dahulu.Namun, bukan mudah untuk menebus atau mengekalkan kejayaan kerana ia berdasarkan kesedaran insan, ditambah pengalaman dan kewarasan serta kekuatan azam dan citacitanya. Sejarah juga membuktikan bahawa ada yang gagal menebus kembali, bahkan menjadi gila dan bunuh diri atas kekesalan yang dihadapi.

Hubungan manusia dan sejarah juga dapat dijadikan sebagai petunjuk dengan melihat masa lalu, untuk melangkahi masa depan dengan penuh keyakinan dan kekuatan. Kesimpulan yang dapat diperhatikan ialah sejarah amat penting kerana ketiadaan masa lalu akan menyebabkan tiadanya juga masa kini dan hasilnya tiada masa depan. Seterusnya, kita melihat sejarah dan kepentingan dari sudut psikologi dan falsafah manusia itu sendiri. Orang-orang Barat dan sekular sangat menyanjung sejarah, sehingga ada yang menganggapnya sebagai falsafah dan agama. Tetapi, ini tidak dapat diterima oleh orang yang beragama Islam, kerana agama Islam tidak terpisah dengan kehidupan penganutnya,sedang orang sekular itu bukan sahaja memisahkan dirinya dengan agama, bahkan keyakinan terhadap Tuhannya sudah musnah, dan hanya bergantung pada nilai-nilai murni yang boleh berubah-ubah mengikut akal fikiran mereka sendiri. Kemudian, kita lihat sendiri tentang takrif sejarah iaitu, satu kumpulan masa lalu dan ilmu pengetahuan yang menerangkan tentang keadaan yang sedang berlaku. Sejarah bila dihayati, sama ada tentang diri, keluarga, masyarakat, dan negara serta dunia, akan menyebabkan kita sedar akan perkembangan diri dan persekitaran, serta kesan pergerakan dunia keatas kita.Orang barat juga menganggap sejarah sebagai suatu ilmu yang tidak boleh dikaitkan dengan kegunaannya, seperti ilmu sains gunaan. Maksudnya, pengkajian sejarah itu hanyalah untuk mencari atau mewujudkan kebenaran tanpa mempunyai motif yang lain,contohnya kepentingan sesutau pihak. Namun, ada juga dari kalangan orang barat sendiri yang menganggap ilmu sejarah itu sebagai omong kosong belaka, kerana bagi mereka peristiwa didalam sejarah itu boleh disalahgunakan dan menmbulkan bahaya didalam situasi politik dan struktur masyarakat. Asas anggapan mereka itu boleh diterima, kerana sudah terdapat banyak peristiwa yang berlaku dalam sejarah itu telah disalahgunakan,selewengkan dan dipalsukan, untuk mencapai tujuan tertentu bagi golongan yang berkepentingan tertentu. Akhirnya, dapat kita sedari bahawa sejarah bukan sahaja menyedarkan, menerang dan mengajar sahaja tetapi ia adalah sesuatu yang sedang bergerak bersama-sama kita, dan pelengkapnya, kita juga adalah manusia bersejarah dan bahan sejarah. Seterusnya, kita memasuki bahagian menenai kepentingan sejarah dan kaitannya dengan sesebuah negara. Sesebuah negara memerlukan sejarah untuk melaksana, melengkap dan melancarkan lagi kegiatannya. Ini kerana,Herodotus (Bapa Sejarah Dunia), mengatakan bahawa terdapat pengulangan atau kitaran, diantara sejarah semua tamadun dan negara secara bergantiganti, umpama roda. Setiap tamadun mempunyai persamaan dari segi kelahiran dan kewujudan, lalu melalui perkembangan dan zaman kemuncak kejayaan, yang akhirnya membawa kepada keruntuhan tamadun dan negara itu. Peristiwa yang berlaku berzamanzaman dahulu, akan berlaku lagi pada zaman atau generasi seterusnya, walaupun peristiwa yang berlaku adalah berbeza tetapi tahap-tahap perkembangan diantara tamadun adalah sama. Ini dapat dijadikan sebagai petunjuk, dan pengajaran serta iktibar bagi generasi seterusnya dalam memacu negara kearah yang lebih gemilang. Oleh itu, manusia perlulah belajar tentang sesuatu peristiwa dengan merujuk sejarah agar mendapat pengajaran. Ini kerana pertalian antara masa lalu dan kini adalah sangat jelas. Masa kini adalah hasil atau kesan dari gejala sama ada dari segi sains, ekonomi mahupun politik, yang akhirnya akan menjadi sebahagian dari sejarah negara itu. Jadi, tidak dapat tidak, ahli ekonomi dan politik negara itu tidak akan dapat melihat, selain sejarah sebagai sumber rujukan yang sangat berguna, untuk mencerminkan keadaan masa lalu, kini dan masa depan. Ketiga-tiga elemen itu tidak akan terpisah dan mencerminkan antara satu sama lain. Namun, tidak mustahil ia terpisah disebabkan revolusi dan pemberontakan, yang bertujuan untuk menyingkirkan sistem negara itu dan berbeza dari yang lalu, atau dengan kata lain, ingin mengubah sejarah negaranya. Tidak mustahil juga pemberontakan itu berlaku untuk menegakkan sistem yang lama, setelah sekian lama diseleweng oleh golongan tertentu. Berbagai pemberontakan dan revolusi telah berlaku didunia ini, Revolusi Perancis 1789, Revolusi Rusia 1917 dan Revolusi Iran 1980-an. Mereka memberontak untuk menegakkan apa yang dipandang sebagai adil dan sesuai bagi mereka. Sampai suatu masa, ada revolusi

7 yang diperjuangkan dahulu hancur disebabkan ketidaksesuaian dengan rakyat, dan ada pula yang diterima hingga muncul sistem yang lain, yang dipercayai mampu menyelamat dan membahagiakan manusia. Jadi perhubungan diantara masa-masa itu, mampu membawa manfaat dengan menjadikan masa kini adalah merujuk kepada masa lalu, untuk kepentingan masa depan. Sejarah juga amat penting didalam proses memilih kepimpinan, dimana sejarah sesebuah organisasi, dan sejarah kehidupan para pemimpinnya, serta sejarah kemampuan mereka membangun, mendidik, dan berkhidmat kepada masyarakat, dijadikan sandaran didalam membuat pemilihan pemimpin, demi memastikan negara selamat dan terpelihara dibawah naungan mereka. Oleh itu, dalam ayat yang lain, sejarah adalah jalan yang menjadi landasan dalam memeilih pemimpin yang jujur, berani, adil dan berkebolehan memimpin. Betapa besarnya peranan sejarah itu dalam sesebuah negara dan masyarakat, tetapi ramai yang tidak sedar. Ini kerana, pemimpin memaimkan peranan penting dalam memacu negara dan rakyat, agar tidak membawa negara kearah kehancuran dan kebinasaan negara itu. Contoh yang dapat dilihat ialah, negara Jerman dan pemimpinnya, Hitler yang membawa negara dan rakyat itu kearah perang dan kemusnahan yang memberi kesan sehingga hari ini. Kesalahan meletakkan pemimpin yang betul dan waras akan mengelakkan berlakunya berbagai bagai perkara yang tidak sepatutnya terjadi dari berlaku, seperti kepimpinan Jepun yang mengikut emosi tanpa pertimbangan, hingga negara itu diheret kepada perang dan mengakibatkan dua bandar utamanya hancur sama sekali. Demikianlah betapa berperanannya sejarah yang mempunyai berbagai kegunaan dan manfaat terhadap sesebuah negara dan bangsa, termasuk individu itu sendiri. Memang benarlah sejarah sebagai ilmu masa silam yang amat penting, kerana kesejahteraan mampu lahir hasil manusia menjadikannya sebagai teladan dan sempadan bagi individu, bangsa dan negara serta agama tercinta.

Anda mungkin juga menyukai