Anda di halaman 1dari 1

Anda dikehendaki menjawap kedua-dua soalan.

1) Berikut adalah urusniaga Perniagaan SiTanggang pengusaha barang-barang elektrik dan elektronik di Parit Buntar, Perak. Mei 1 Memulakan perniagaan dengan sebuah kenderaan RM 45 000, tunai di bank RM 80 000 dan tunai di tangan RM 500. 2 Membeli pelbagai barang elektrik bernilai RM 18 000 dari Bertangkup Trading. 3 Membeli sebuah komputer RM 5 000 daripada Muslihat Comm utk kegunaan perniagaan. 5 Menjual barang elektrik bernilai RM 1 200 kepada Tembakul Trading. 6 Membeli barang-barang elektrik bernilai RM 6 000 daripada Jebat Partners. 8 Menjual barang elektrik bernilai RM 200 dan terima cek. 9 Mengambil sebuah televisyen bernilai RM 550 untuk digunakan di rumah. 10 Membeli sebuah printer bernilai RM 600 daripada Segaraga Technology. 12 Menjual barang-barang elektrik RM 600 kepada Jalanda Enterprise 14 Membeli perabot dan rak pameran bernilai RM 3 890 daripada Wahib Furnitures. 15 Pulangkan barang RM 300 kepada Bertangkup Trading kerana salah jenama. 16 Pemilik membawa masuk sebuah mesin fotostat jenama Yabedabedoo berkos RM 1 200 utk kegunaan perniagaan. 17 Terima barang RM 400 daripada Tembakul Trading kerana rosak. 20 Menjual barang-barang elektrik RM 4 865 kepada Nilampura Trading. 22 Pemilik mengambil barang RM 300 untuk dijadikan sebagai bahan pemeran di Shah Hypermarket. 24 Memulangkan barangan rosak RM 140 kepada Jebat Partners. 28 Pemilik menderma sebuah televisyen RM 1000 kepada rumah kebajikan Pak Malau. 29 Jalanda Enterprise memulangkan barang RM 120 kerana tersilap hantar. 31 Pemilik membawa masuk satu set sofa bernilai RM 800 ke dalam perniagaan. Anda dikehendaki merekod urusniaga di atas ke dalam Jurnal yang bersesuaian(25m) 2) Perniagaan Nyonya Mansor menyimpan Buku Tunai Runcit mengikut sistem panjar. Baki Buku Tunai Runcit pada 1 Februari 2013 ialah RM 40.Urusniaga yang berlaku sepanjang bulan Februari adalah seperti berikut 1 Terima wang tunai daripada Ketua Juruwang sebagai bayaran balik tunai yang telah dibelanjakan dalam bulan Januari RM 260 4 Sampul surat 8 5 Pewangi Pejabat 24 7 Alas Meja Staf 28 11 Minuman mesyuarat 40 12 Suratkhabar dan Majalah 35 15 Perabot baru pejabat 450 16 Pen dan Kertas 15 19 Gula dan Kopi pejabat 18 22 Belanja membaiki hawa dingin pejabat 50 24 Fail dan kertas karbon 19 26 Gaji kerani pejabat 350 27 Bunga meja pejabat 14 Anda dikehendaki menyediakan Buku Tunai Runcit sehingga 1 Mac 2013 dengan menunjukkan lajur analisis Alat tulis, Belanja Pejabat dan Minuman(20m)

Anda mungkin juga menyukai