Anda di halaman 1dari 10

TEKNIK LOMPAT KIJANG

Prepared by, MOHD ZABRI BIN ASHIM ROZIYANNA BINTI RAHIM EDDONA MAJAKUI

FASA LOMPAT KIJANG Lompat kijang boleh dibahagikan kepada lima fasa seperti berikut:1) fasa penujuan 2) fasa meloncat ( hop) 3) fasa melangkah ( step) 4) fasa melompat (jump) 5) fasa pendaratan

Fasa Penujuan Tujuan fasa ini adalah untuk menghasilkan

kelajuan mendatar yang maksimum bagi


tiga fasa berikutnya. Biasanya sebanyak 12-16 langkah adalah

mencukupi untuk
pelompat peringkat sederhana. Tegakkan badan bila menghampiri papan lonjak.

Fasa meloncat ( hop) Fasa lompatan pertama ialah lakuan meloncat (hop), iaitu melompat dan mendarat pada kaki yang

sama.
Kaki yang terkuat sekali hendaklah digunakan pada fasa ini.

Semasa menghampiri papan lonjakan, pelompat


itu tidak seharusnya mengurangkan kelajuan untuk melonjak tetapi menggunakan kelajuan yang telah di perolehi itu untuk meloncat seberapa jauh yang boleh.

Pendaratan kaki lonjak pada papan itu diawali oleh tumit dan diikuti oleh hujung kaki.

Setelah keseluruhan tapak kaki menyentuh bumi,


lonjakan dilakukan dengan mengangkat tumit terlebih dahulu diikuti oleh tolakan kuat dari hujung kaki sehingga kaki itu terkedang lurus ke depan Setelah melepasi papan lonjakan, kaki melonjak

itu digerakkan ke depan dalam keadaan bengkok.

Fasa Melangkah (Step)

Tapak kaki kiri ditolak sehingga kaki itu terkedang lurus. Pada
masa yang sama lutut kaki kanan dibawa tinggi ke depan. Kedua-dua tangan diayun dengan kuat ke belakang untuk

menggerakkan badan ke atas dan ke hadapan.


Semasa berada di udara (iaitu fasa penerbangan), kaki kanan yang berada di hadapan, diayun sedikit ke belakang (bengkok pada lutut) dan kaki kiri di gerak ke depan supaya berada di bawah badan.

Kedudukan kaki terbuka (split) ini dikekalkan seberapa lama yang boleh. Sebelum mendarat, kaki kanan dibawa ke depan dan ianya menyentuh bumi. Semasa berat badan dipindahkan ke depan, kaki kanan sebenarnya menyentuh bumi sambil ia bergerak ke arah belakang. Ketika kaki kanan

memijak bumi ianya dibengkokkan pada


pergelangan kaki dan lutut. Kedua-dua tangan berada di belakang.

Fasa melompat (jump)


Kaki bebas, iaitu kaki kiri diayun kuat ke depan ( bengkok pada lutut). Kaki lonjak menolak dengan kuat disertai oleh ayunan tangan. Seterusnya teknik penerbangan lompat jauh seperti gaya bunting atau sail boleh digunakan semasa berada di udara.

Fasa pendaratan. Kedua-dua kaki dan tangan diluruskan ke

depan, badan condong ke depan untuk


mendarat. Apabila tumit kaki mencecah pasir, kedua-dua lutut dengan segera dibengkokkan dan ayunan kedua-dua tangan

diteruskan sampai ke depan.

Anda mungkin juga menyukai