Anda di halaman 1dari 3

SOALAN LAZIM : KOLEJ POLY-TECH MARA

A. S1. J1. S2. J2. PENGAMBILAN & PENEMPATAN PELAJAR Berapa kalikah pengambilan pelajar dibuat setahun? 2 kali setahun iaitu pengambilan sesi Disember/Januari dan sesi Julai Bagaimanakah cara untuk memohon ke KPTM? Pemohon boleh memohon melalui 4 cara : Secara atas talian di laman web rasmi KPTM (www.kptm.edu.my) Menggunakan borang permohonan kolej Memohon semasa pendaftaran terbuka yang akan diadakan oleh pihak kolej. Datang sendiri ke kolej-kolej cawangan berdekatan. Apakah bidang yang ditawarkan oleh KPTM? KPTM menawarkan bidang : Pengurusan Perniagaan dan Perakaunan Hospitaliti dan Pelancongan Komunikasi dan Bahasa Sains Komputer dan Teknologi Maklumat Sains dan Sains Kesihatan Kejuruteraan Apakah syarat kelayakan untuk mengikuti pengajian di KPTM? Syarat kelayakan dan maklumat program, boleh diperolehi di laman web rasmi KPTM di www.kptm.edu.my * Syarat-syarat dan maklumat program yang ditawarkan adalah tertakluk kepada pindaan dari masa kesemasa. S5. J5. S6. J6. Bilakah saya boleh menyemak status permohonan saya samada berjaya atau gagal? 1 hingga 2 minggu selepas tarikh permohonan dibuat. Bolehkah saya mendaftar sedangkan saya tidak mengesahkan penerimaan tawaran pada tarikh yang ditetapkan seperti yang dikehendaki dalam surat tawaran. Pendaftaran tanpa pengesahan penerimaan tawaran tertakluk kepada budi bicara pihak pengurusan kolej.

S3. J3.

S4. J4.

B. S1. J1. S2.

PENDAFTARAN PELAJAR BARU Bolehkah saya tidak mengikuti program orientasi untuk pelajar-pelajar baru? Tidak boleh. Orientasi untuk pelajar-pelajar baru adalah wajib. Bolehkah saya mendaftar jika kelayakan sebenar saya tidak memenuhi syarat kemasukan?

J2. S3. J3.

Tidak boleh. Tawaran dengan sendirinya akan terbatal sekiranya anda tidak menepati syarat kemasukan ke KPTM. Saya belum menjalani pemeriksaan kesihatan. Bolehkah saya mendaftar? Boleh. Tetapi anda perlu menyempurnakan pemeriksaan ini dalam masa 2 minggu dari tarikh pendaftaran. Walau bagaimana pun Pihak KPTM berhak menarik balik tawaran sekiranya hasil pemeriksaan kesihatan anda didapati tidak sihat. Apakah kesannya jika saya tidak melapor diri pada tarikh pendaftaran yang telah ditetapkan? Tawaran akan terbatal. Apakah pakaian yang sesuai semasa pendaftaran? Pakaian ke kuliah seperti yang dinyatakan dalam buku panduan pelajar baru. Bolehkah saya membuat pertukaran program atau kolej setelah melapor diri? Boleh. Walaubagaimanapun bergantung kepada syarat kelayakan untuk program tersebut dan kekosongan tempat serta atas kelulusan pihak kolej. Jika saya tidak melapor diri di kolej, adakah wang pengesahan penerimaan tawaran dikembalikan? Tidak. KEBAJIKAN, KEMUDAHAN DISEDIAKAN Bolehkah saya memohon pinjaman MARA bagi membiayai pengajian di KPTM? Boleh. Bergantung kepada kursus serta syarat yang telah ditetapkan oleh pihak MARA. Ia juga bergantung kepada kelulusan oleh pihak MARA. * Syarat-syarat dan program yang ditaja adalah tertakluk kepada pindaan dari masa kesemasa yang boleh diperolehi dari Bahagian Penganjuran Pelajaran MARA. Bagaimana jika saya tidak memenuhi syarat kelayakan untuk Pinjaman MARA ? Pelajar boleh memohon pinjaman dari pihak lain seperti Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN). Adakah saya layak tinggal di asrama? Ya. Semua pelajar baru diwajibkan tinggal di asrama. Semua pelajar tahun 1 (semester 1 & 2 ) diberi kemudahan tinggal di asrama. Lain-lain pelajar bergantung kepada kekosongan dan syarat yang ditetapkan. Adakah penginapan di asrama dikenakan bayaran? Ya. Sewa penginapan adalah tanggungan pelajar. Adakah makan minum pelajar disediakan oleh kolej? Tidak. Walau bagaimana pun, terdapat kemudahan kafeteria di setiap kolej. Adakah pelajar baru boleh membawa kenderaan sendiri?

S4. J4. S5. J5. S6. J6.

S7. J7. C. S1. J1.

S2. J2.

S3. J3.

S4. J4. S5. J5. S6.

J6.

Boleh. Namun begitu perlu mendapat kelulusan pihak kolej untuk penggunaan di dalam kampus. PROGRAM PENGAJIAN Kemanakah halatuju pelajar yang tamat pengajian? Pelajar boleh memohon pekerjaan di sektor awam dan swasta. Pelajar juga boleh menyambung pengajian ke IPTA dan IPTS Adakah kesemua program pengajian di KPTM mendapat pengiktirafan JPA? Kesemua program yang telah cukup tempoh pengajian telah mendapat akreditasi MQA dan pengiktirafan JPA. Kursus-kursus baru adalah dalam proses untuk mendapatkannya. Sekiranya saya menyambung pengajian ke peringkat ijazah, di IPTA/IPTS, adakah IPTA/IPTS tersebut akan memberi pemindahan kredit? Bergantung kepada IPTA/IPTS serta program ijazah yang diikuti dan juga gred subjek berkaitan yang diperolehi semasa di KPTM.

D. S1. J1.

S2. J2.

S3. J3.

Anda mungkin juga menyukai