Anda di halaman 1dari 8

1.

Ayam Masak Stim Rendah Kalori

Assalamualaikum.. Halo readers! Have you had your SHAKE today??? Ayam Stim low calories. haha. Adakah tajuk entri resepi kalori aku kali ni over? yea la. sikit2 kalori, sikit2 kalori. sampai resepi pun letak jugak nama kalori. Motif sangat kan. Maklumlah... "coach" herbalife lah katakan. tapi time over obsess makanan, tak hengat pun pasal kalori bagai. NGeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeee~ Resepi ni actually untuk Ikan sebenarnya. tapi, ikan dengan ayam lebih kurang jea kan. Ini resepi mama aku. Bagi aku, resepi sempoi macam ni sangat sedap dan berkhasiat sebab ada banyak halia. so, aku nak share lah dengan uolls yea. sharing is caring kannnnn... RESEPI AYAM MASAK STIM RENDAH KALORI: 1) Ayam 2) Halia + bawang putih + garam - semua benda ni aku tumbuk lumat dan gaul pada ayam 3) Sos Tiram - juga digaul pada ayam secukup rasa -----> perap ayam sekejap 4) Serai (diketuk), Halia dan bawang besar [aku guna bawang merah sebab bawang besar tak de (T_T) ] di mayang 5) Sebiji Limau nipis (ambik airnya) + beberapa ketul asam masin (terpulang) 6) Semua bahan pada no.4 dan no.5 tadi ditabur atas ayam yang diperap. kemudian KUKUS sampai masak. 7) SIAP!

Selamat mencuba! TQ for reading! k Bai

2.

Resepi Ayam Kukus ( Simple dan sedap)

Seekor ayam muda (di bersihkan dan jangan dipotong) 2 inci halia 4 ulas bawang putih 1 sudu garam * bahan-bahan ini di tumbuk dan di gaulkan dengan ayam kemudian dikukus selama lebih kurang 40minit 1 jam (ikut saiz ayam). Cara penyediaan, boleh di potong-potong atau di hidangkan tanpa dipotong. terpulanglah kpd anda!! Sos 6 biji cili merah 6 biji cili padi ( ikut suka, kalau nak lebih pedas boleh tambah cili ) 2 ulas bawang putih 1 biji buah tomato 1/2 inci halia 1 sudu garam 4 sudu gula 4 sudu cuka makan 1 cawan air masak 2 sudu sos ikan ( jika suka, tetapi jika letak sos ikan lebih sedap ) ** Semua bahan-bahan di kisar dalam blender hingga lumat. Sesuaikan rasanya dan boleh dihidangkan. Salad Timun Tomato Daun salad *** Semua bahan di potong dan di hias di atas pinggan. Kuah sup. Air kukusan ayam ( air yang di gunakan untuk mengukus ayam di gunakan sebagai sup) 1 batang Serai ( masukkan serai semasa nak kukus ayam tadi , bau akan keluar sangat wangi dan menyelerakan) Sedikit bawang goreng air limau nipis/kasturi sedikit serbuk perasa ( jika suka) daun sup/daun bawang ** Air kukusan bersama serai tadi di perisakan dengan garam, perasa, jus limau nipis dan ditaburkan dengan bawang goreng dan daun sup. Dah siap bolehlah di hidangkan *** Ayam kukus ni boleh di makan dengan nasi ayam atau nasi biasa Saya makan ngan nasi putih biasa jerrrr..

3.

Resepi Nasi Ayam Hainan

RESEPI NASI AYAM HAINAN Pengenalan Resepi Nasi Ayam Hainan merupakan sejenis makanan sedap yang disambut hangat di kalangan masyarakat Cina dan merupakan makanan Cina yang seringkali dikaitkan dengan makanan Malaysia atau Singapura. Selain itu, makanan ini juga boleh ditemui di negara berjiran iaitu Thailand dan juga di wilayah Hainan, China. Nasi Ayam Hainan ialah hidangan menu yang berasal dari negara Cina, maka asal-usulnya juga berada di Cina. Nasi Ayam Hainan yang dinamakan sedemikian kerana asal-usulnya dalam makanan Hainan dan pengamalannya oleh populasi orang Cina seberang laut bersuku Hainan dalam kawasan Nanyang, versi makanan ini yang didapati di Malaysia/ Singapura telah menggabungkan unsur-unsur masakan Hainan dan Kantonis ditambah lagi dengan citarasa pemakanan di Asia Tenggara. Hidangan Nasi Ayam yang terkini adalah versi yang telah mengalami proses pengubahsuaian mengikut selera masyarakat di negara masing-masing. Kelazatan sebenar Nasi Ayam Hainan ini terletak pada cara dan proses penyediaan stok ayam, iaitu air rebusan ayam segar. Hidangan ini sekali lagi bertukar semasa orang Melayu telah minat memasak Nasi Ayam Hainan. Resepi masakan sentiasa berubah mengikut peredaran masa. Resepi yang diubah perlu disukai ramai dan mempunyai nilai-nilai kesenian kulnari, mudah, berzat dan sesuai untuk semua golongan. Hidangan Nasi Ayam Hainan ini biasanya dihidangkan dengan sup kosong, pencicah-pencicah sos seperti cili, halia dan kicap. Hirisan tomato dan timun juga dihidangkan untuk gizi seimbang. Maka hidangan "Nasi Ayam Hainan" adalah satu hidangan yang amat baik dari segi nutrisi dan juga kelazatan. Resepi Nasi Ayam Hainan Bahan-Bahan untuk Ayam Hainan (5-6 orang) 1 ekor ayam 3 biji bawang putih dicincang halus atau dicampur 1/2 buku halia saiz sederhana (dipotong nipis) 1 kiub pati ayam maggi Sedikit garam Bahan-Bahan untuk Nasi Ayam Hainan 3 mug beras (mug standard tinggi adalah 4 inci.) 4 mug air 2 inci halia (diketuk) 4 ulas bawang putih (diketuk) 2 sudu besar majerin 3 ketul kuib ayam 2 helai daun pandan

Bahan-Bahan untuk Sambal 1 biji capcicum merah (boleh digantikan dengan lada merah) 2 biji bawang putih 1/2 biji bawang besar 3/4 buku halia saiz sederhana 1 sudu kecil minyak bijan 1 sudu besar gula 2 sudu besar sos cili maggi atau sos cili thai 1 sudu besar cuka makan Bahan-Bahan untuk Kicap 2 sudu besar sos tiram 2 sudu besar sos cili 2 sudu besar sos tomato 3 sudu besar kicap manis 5 sudu besar air rebusan ayam 1 sudu besar gula

Bahan-Bahan untuk Sup 1/2 bahagian air rebusan ayam tadi 1/2 bahagian bahan tumis nasi ayam Daun sup Lobak merah 1 sup bunjut Secubit garam Bahan-Bahan Sampingan untuk Hiasan 1 batang timun (dihiris) 2 biji buah tomato (dihiris) Salad (dihiris) Bawang goreng (ditabur di atas nasi dan di dalam sup) Minyak bijan (ditabur ke atas ayam yang telah dipotong) Cara-Cara untuk Menyediakan Nasi Hainan 1. Masakkan air sebanyak 4 mug bersama dengan 3 kuib ayam. 2. Beras dibasuh dan ditoskan sehingga kering. 3. Panaskan periuk dan cairkan majerin. 4. Masukkan bawang putih dan halia. 5. Apabila sudah naik wangi, masukkan beras dan goreng beras bersama marjerin tadi kira-kira 8 minit. 6. Kemudian alihkan beras tadi ke dalam periuk nasi. 7. Curahkan air yang sudah mendidih ke dalam periuk nasi. 8. Masukkan daun pandan dan biarkan ia tanak sehingga masak. 9. Leraikan dengan garfu setelah nasi masak.

Cara-Cara untuk Menyediakan Ayam Hainan 1. Mula-mula letaklan seekor ayam dalam periuk dan masukkan air. 2. Biarkan ayam tenggelam, masukkan juga bawang putih dan halia. 3. Kemudian masukkan garam secukup rasa dan kiub pati ayam, rebus ayam sehingga masak lebih kurang 1/2 jam. 4. Angkat ayam dan ketepikan dahulu. 5. Selepas itu, bakarkan ayam tersebut dalam ketuhar sekejap lagi sehingga masak. 6. Potongkan ayam tersebut semasa ingin makan dengan nasi. 7. Letakkan sedikit kicap cair dan renjiskan sedikit minyak bijan di atas ayam tersebut. 8. Jangan membuangkan baki air ayam sebab boleh digunakan untuk memasak sup. Cara-Cara untuk Menyediakan Sambal 1. Kisarkan semua bahan. 2. Masakkan semua bahan di dalam kuali dengan api sederhana sehingga kuah sos tersebut telah pekat dan sedia untuk digunakan. Cara-Cara untuk Menyediakan Kicap 1. Campurkan semua bahan dan masak di dalam periuk sehingga mendidih. Tips: Letakkan serbuk limau nipis dapat memberikan rasa limau yang segar kepada sos cili. Sos cili tersebut tidak perlu dimasak dan boleh tahan selama 1 minggu jika disimpan di dalam peti sejuk. Batang ketumbar akan memberikan aroma yg wangi sekali tanpa membuat sos berwarna hijau. Cara-Cara untuk Menyediakan Sup Ayam 1. Masakkan sup ayam di dalam periuk lain sehingga mendidih. 2. Masukkan separuh bahagian bahan tumis nasi ayam tadi. 3. Perasakan garamya dengan segera. 4. Akhir sekali masukkan pula daun sup dan tutupkan api. Di Malaysia, pelbagai cara masakan yang berbeza-beza telah digunakan untuk menghidangkan Nasi Ayam Hainan di kalangan pelbagai kaum etnik. Berbagai-bagai cara masakan nasi ayam telah menjadikan hidangan ini sentiasa berubah mengikut citarasa penggemar hidangan Nasi Ayam Hainan. Dengan mengikut kaedah tradisional Hainam, daging ayam disediakan dengan cara merebus seluruh seekor ayam dalam pati tulang ayam dan mengguna semula air rebusan berbanyak kali dan hanya mengisi semula dengan air jika diperlukan, segalanya adalah menurut citarasa orang Cina terhadap penghasilan "pati asal". Pati ini tidak digunakan untuk menyediakan nasi, sebaliknya melibatkan pati ayam yang dihasilkan khususnya untuk tujuan tersebut, maka menghasilkan nasi yang berminyak dan berperisa yang kadang-kadang digelar sebagai "nasi minyak". Selain daripada itu, sesetengah tukang masak meletakkan bahan-bahan

hiasan yang istimewa ke dalam nasi dengan mengikut kreativiti masingmasing. Mereka juga meniru gaya penyediaan nasi lemak dengan membubuh santan kelapa ke dalam nasi tersebut.

4.

Ayam Rebus Kicap

Bahan-bahan

1) Ayam (1/2 ekor) 2) Bawang putih (2 ulas) 3) Cili padi (4 biji) 4) Halia (2 inci) 5) Tepung jagung (1 sudu kecil) 6) Minyak bijan (1/2 sudu kecil) 7) Air (1/2 cawan) 8) Kicap pekat (1/2 cawan) 9) Gula (sedikit) 10) Garam

Cara Memasak

Didihkan air, masukkan halia, garam & ayam. Tutup periuk. Biar mendidih hingga ayam masak. Proses ini mengambil masa agak lama.

Sementara itu buat sosnya : Potong halus cili padi. Ketuk dan cincang halus bawang putih. Tumis bawang putih hingga wangi. Masukkan kicap pekat, minyak bijan, dan sedikit air. Masukkan tepung jagung yang dicairkan dengan sedikit air. Kacau sebentar dan masukkan cili padi dan gula.

Apabila ayam masak, toskan airnya dan tuang sos tadi ke atas ayam.

5.

Ayam Rebus Cili Padi..

Salam... Resepi ni sangat mudah...mungkin ada yang pernah ter'buat' resepi macam gini....oh...yati memang biasa..masak2..terbuat resepi baru....hii..hi..tambah tu tambah ni...kadang sedap...selalu gak tak sedap....jawabnya...kucing la makan..tak pun...ada dlm plastik sampah.... Tapi yang ini..adam suka..sedap katanya...adam ni sangat pemilih..dan cerewet....pasal makan..dia tak akan makan..makanan yang lain dari kebiasaan...faris pulak..dia..adventurous...berani mencuba yang baru dan nampak sedap...tapi semlm faris tak cuba masakan mama la pulak..dia lebih tertarik pada bihun goreng singapore yang mama masak pagi tu...... ini ayam rebus cili padi....senang sgt2..kalau kat rumah tak de bawang pun jadik.....eemm..menjadi la..sedap...untuk anak2 kecil yg suka sup...tapi kena kurang kan cili padi nya...cili tu..utk rasa sikit...

bahan2nya... ..ayam... ..kentang.. ..lobak merah.. ..serai.. ..halia.. ..air secukupnya.. ..kiub ayam knorr.. ..cili padi / cili hijau (kalau tak nak pedas) ..garam dan gula/ cik aji... * semua ikut byk mana ayam ..macam yati ni..kalau ayam dlm 5 ketul..kecik..serai sebatang, lobak setengah btg...kentang sebiji...cili padi 3 bj..halia dalam 2cm gitu...

cara2.. ..isi periuk dgn air...panaskan atas dapur...masukkan kiub...halia..kentang, lobak...then ayam...serai, cili padi ..biar mendidih...last sekali masuk kan garam, gula sikit dan cik aji...(yati dah terbiasa guna..)..jangan lupa rasa ye... ** petua...mesti rasa masakan anda sebelum tutup api...cukup ke garam nya...pedas ke tidak..etc...yg penting mesti rasa masakan anda...

Anda mungkin juga menyukai