Jelajahi eBook
Kategori
Jelajahi Buku audio
Kategori
Jelajahi Majalah
Kategori
Jelajahi Dokumen
Kategori
KPF3012 PERKEMBANGAN PENDIDIKAN DI MALAYSIA: FALSAFAH DAN DASAR Matlamat pendidikan: Aplikasi domain objektif kognitif, afektif dan psikomotor dalam kurikulum dan pengajaran.
NUR SAKINAH BINTI ISMAIL D20111049178 910328015402 1 SESI 2013/2014 B EN. ZAINI BIN ABDULLAH
ISI KANDUNGAN
NO.
1.0 2.0
KANDUNGAN
Pengenalan Falsafah Pendidikan Kebangsaan Teori Taksonomi Bloom Dan Taksonomi Krathwohl
3.1 Domain Objektif Kognitif, Domain Afektif, Dan Domain Psikomotor
MUKA SURAT
2 2-6
3.0
6-15
4.0
16-17
5.0 6.0
17-18 19
1.0
PENGENALAN
Kurikulum sekolah di Malaysia bertujuan memperkembangkan potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu daripada aspek intelek, rohani, emosi dan jasmani berteraskan penyataan Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK). Selaras dengan itu Falsafah Pendidikan Kebangsaan telah dijadikan garis panduan untuk memperbaiki dan memantapkan sistem pendidikan negara. Kompetensi adalah kemampuan untuk melaksanakan sesuatu tugas yang mencakupi aspek pengetahuan, keterampilan dan sikap yang didasarkan kepada pengalaman dan pembelajaran yang dilakukan (Roe, 2001). Menurut Mulder (2001), kompetensi adalah terdiri daripada sekelompok ilmu pengetahuan, kognitif, interaktif, afektif, keupayaan psikomotor serta sikap dan nilai dalam melaksanakan tugas atau
menyelesaikan sesuatu masalah. Kompetensi adalah pengetahuan, keterampilan dan kemampuan yang dikuasai oleh seseorang yang telah menjadi sebahagian dirinya sehingga dapat melakukan perilaku-perilaku kognitif, afektif dan psikomotor dengan sebaik-baiknya (McAshan, 1979). Kemahiran psikomotor merupakan salah satu komponen yang terdapat di dalam meningkatkan kompetensi seseorang individu. Psikomotor adalah perkembangan kemahiran di mana ia berkenaan dengan aktiviti fizikal.
2.0
bersepadu ke arah melahirkan insan yang baik, berdasarkan kepercayaan, keyakinan serta kepatuhan kepada Tuhan. Ini bermakna Falsafah Pendidikan Kebangsaan berhasrat untuk melahirkan insan yang berpegang teguh kepada agama. Berpandukan Falsafah Pendidikan Kebangsaan, matlamat pendidikan ialah ke arah melahirkan insan yang baik dan sempurna. Insan yang baik ini secara automatik menjadi warganegara Malaysia yang baik. Mereka ini hendaklah memiliki serta menghayati ciri-ciri yang berikut: 1. Percaya kepada Tuhan 2. Berilmu pengetahuan 3. Berakhlak mulia 4. Bertanggungjawab kepada diri, masyarakat, agama, dan negara 5. Berbakti dan memberi sumbangan kepada masyarakat dan negara 6. Memiliki sahsiah yang seimbang dan sepadu Falsafah pendidikan ini juga bertujuan mencapai matlamat-matlamat yang berikut: 1. Memperkembang Potensi Individu. Potensi ialah bakat dan kebolehan yang dimiliki oleh seseorang sejak dia dilahirkan. Bakat dan kebolehan ini meliputi aspek-aspek intelek, rohani, emosi, dan jasmani yang merupakan anugerah Tuhan. Bakat-bakat ini perlu dicungkil, diperkembang dan dipertingkat secara berterusan.
2. Menyeluruh dan Bersepadu. Kesemua bakat dan kebolehan yang ada pada diri individu hendaklah dikembangkan secara optimum. Pengembangan itu pula hendaklah dilakukan secara tergabung dan saling berkaitan antara satu sama lain. 3. Insan yang Seimbang dan Harmonis Manusia memiliki sahsiah yang sepadu apabila semua potensi dirinya dikembangkan secara selaras, menyeluruh, dan harmonis. Ia menjadi insan yang senantiasa bersyukur, bersedia menerima segala ujian
dan cabaran hidup serta senantiasa berikhtiar untuk mengatasi segala masalah yang dihadapi dengan tenang. Oleh itu, ia dapat menikmati ketenteraman dan ketenangan jiwa. Keseimbangan dan kesejahteraan yang dimiliki bukan sahaja bermanfaat kepada dirinya, malahan hal itu tercermin dalam hubungannya dengan orang lain, persekitaran, dan juga Maha Pencipta. Perhubungan-perhubungan ini tidak terhad kepada negaranya sahaja, malah menjangkau ke peringkat dunia atau antarabangsa. a) Unsur Intelek Unsur Intelek mengandungi aspek-aspek yang berikut: i. ii. iii. iv. Hikmah, iaitu yang boleh membawa kepada kebenaran Daya fikir yang kreatif dan inovatif Daya fikir yang logik dan analitis Ilmu yang bermanfaat
b) Unsur Rohani dan Emosi Unsur-unsur rohani dan emosi merangkumi aspek-aspek yang berikut: i. ii. iii. iv. v. vi. Keyakinan terhadap Tuhan Kepercayaan beragama Kemantapan jiwa Penghayatan nilai-nilai murni dan norma masyarakat Berbudi pekerti mulia Berbakti dan berkorban
c) Unsur Jasmani Ciri-ciri unsur jasmani adalah: i. ii. Kecergasan fizikal dan kesihatan diri Dapat menggunakan anggota dan tenaga fizikal sendiri untuk berdikari dan hidup bermasyarakat
4. Kepercayaan dan Kepatuhan kepada Tuhan Usaha-usaha ke arah ini dapat melahirkan individu yang yakin bahawa manusia dan alam tidak akan terjadi secara sendiri tetapi ada penciptanya. Keyakinan ini pula menguatkan kepercayaan bahawa hukumhukum alam merupakan hukum-hukum Tuhan. Manusia dianjurkan mengkaji fenomena alam dan juga dituntut memikul amanah dan
5. Masyarakat Malaysia yang Berilmu Pengetahuan Memiliki Sikap Suka Membaca serta Cinta akan Ilmu Pengetahuan Manusia yang memiliki sifat-sifat ini akan menggunakan ilmu tersebut untuk manfaat dirinya sendiri dan orang lain. Ini bermakna setiap individu mesti berusaha untuk menghayati prinsip pendidikan sepanjang hayat. 6. Rakyat Malaysia yang Berakhlak Mulia Masyarakat Malaysia yang baik budi pekertinya memiliki tingkah laku yang sopan, berdisiplin, dan bersepadu. Sifat-sifat mulia ini terbentuk daripada kesedaran dan keinsafan yang wujud pada diri setiap rakyat. Sifatsifat mulia ini juga mesti berteraskan ilmu, keyakinan, dan amalan.
7. Rakyat Malaysia yang Bertanggungjawab Masyarakat Malaysia yang berpegang teguh kepada amanah dan mempunyai tanggungjawab yang tinggi terhadap Tuhan, bangsa, dan negara. Masyarakat ini ialah masyarakat yang produktif, bertanggungjawab melaksanakan tugasnya dengan cekap, bersih, dan amanah. 8. Rakyat Malaysia yang Berkeupayaan Menikmati Kesejahteraan Diri. Masyarakat Malaysia yang memiliki jiwa yang damai dan tenteram. Ini membolehkan setiap individu memperkembang dan memanfaat seluruh potensi dirinya bagi memenuhi keperluan sendiri, keluarga, masyarakat, agama, dan negara. 9. Rakyat Malaysia yang Dapat Memberi Sumbangan Masyarakat Malaysia yang terlatih dalam pelbagai kemahiran bagi melahirkan tenaga manusia yang produktif, berinisiatif, dan berinovasi untuk mentadbir alam. Masyarakat ini mampu menggunakan teknologi dengan cekap bagi mempertimbang daya pengeluaran ke arah pembangunan negara.
10. Keharmonian dan Kemakmuran Masyarakat dan Negara Masyarakat Malaysia yang mengamalkan sikap toleransi antara satu sama lain, bekerjasama, hormat-menghormati, dan mencapai perpaduan kaum. Dengan adanya perpaduan, muncul keadaan yang aman, tenteram, dan stabil. Suasana yang sihat dan positif membantu dan menjamin perkembangan ekonomi dan kemajuan dalam semua bidang kehidupan.
Falsafah Pendidikan Kebangsaan adalah teras kepada sistem pendidikan di negara ini. Falsafah ini digubal atas kesedaran bahawa negara mesti mempunyai hala tuju dan matlamat yang benar dan tepat dalam sistem dan rancangan pendidikannya. Selaras dengan Rukun Negara, falsafah pendidikan ini turut menekankan prinsip kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan. Malah keseluruhan Falsafah Pendidikan Kebangsaan adalah berpaksikan ketuhanan. Falsafah pendidikan ini dimanifestasikan dalam diri insan yang memiliki ciriciri yang baik, seimbang, dan harmonis. Dalam konteks yang lebih luas, insan yang baik, seimbang, dan harmonis mencerminkan individu yang berilmu pengetahuan, luhur, dan mulia dari segi rohani, sihat dan bersih dari segi mental dan fizikal, serta dapat berbakti kepada agama, bangsa, dan negara.
3.0
BLOOM
DAN
TAKSONOMI
Taksonomi bloom mula diperkenalkan oleh Benjamin Bloom pada tahun 1956. Taksonomi bloom mengkategorikan kemahiran dan objektif yang ingin dicapai oleh pelajar kepada 3 domain iaitu kognitif, afektif dan psikomotor. Manakala Teori Taksonomi Krathwohl pula diasaskan oleh David R. Krathwohl. Bidang ini merupakan bidang berhubung dengan perasaan, emosi dan sikap. Krathwohl berpendapat, guru harus berkebolehan menggunakan unsur afektif untuk
mewujudkan satu suasana pembelajaran yang baik. Beliau turut berpendapat bahawa pembelajaran dapat dijalankan dengan berkesan adanya murid yang dapat membentuk sikap positif.
3.1
Domain
Objektif
Kognitif,
Domain
Afektif,
Dan
Domain
Psikomotor:
a) Domain Objektif Kognitif Kemahiran kognitif merupakan domain taksonomi yang digunakan untuk mengukur kemahiran intelektual berdasarkan satu hierarki kognitif yang disusun dari aras rendah hingga ke aras tinggi iaitu aras pengetahuan,
pemahaman, aplikasi, analisis, sintesis dan penilaian. Taksonomi ini diperkenalkan pada pendidikan. tahun 1956 oleh Benjamin S. Bloom untuk tujuan
1. Aras Pengetahuan Pengetahuan merupakan aras yang paling rendah dalam domain kognitif. Aras ini melibatkan murid untuk mengingat kembali pengetahuan antaranya seperti pengetahuan khusus. Pengetahuan ini berkait dengan simbol-simbol khusus iaitu perkataan dan bukan perkataan. Jenis-jenis pengetahuan antaranya ialah pengetahuan tentang pengkelasan dan pembahagian. Pengetahuan berkenaan ada kaitannya dengan kelas. Set, pembahagian dan penyusunan yang dianggap penting di dalam sesuatu bidang kajian, tujuan, hujah atau masalah. Jenis pengetahuan yang kedua ialah pengetahuan tentang kriteria. Pengetahuan ini berkaitan dengan cara bagaimana fakta, prinsip dan perlakuan diuji atau dinilai. Seterusnya ialah pengetahuan tentang konvensyen. Pengetahuan ini berkaitan dengan cara-cara lazim mengendalikan dan mengemukan idea dan fenomena.
Jenis pengetahuan yang terakhir ialah pengetahuan tentang kaedah. Pengetahuan berkenaan berkait dengan kaedah penyelidikan, teknik dan aturcara yang digunakan dalam sesuatu bidang kajian dan juga digunakan dalam merisik sesuatu masalah dan fenomena. 2. Aras Kefahaman Kefahaman ialah kebolehan untuk mengubah kefahaman daripada satu bentuk kepada bentuk yang lain. Kefahaman dibahagikan kepada tiga kemahiran kognitif iaitu penterjemahan, interpretasi dan ekstrapolasi. Peringkat penterjemahan Kebolehan untuk menyatakan sesuatu konsep yang diketahui dengan menggunakan perkataan atau simbol. Contohnya seperti membaca al-quran dan membaca skor muzik. Kefahaman sedemikian bermaksud kefahaman daripada ketelitian dan ketepatan sesuatu perhubungan itu dirumuskan atau diubah perantaraan perhubungan itu ke dalam perantaraan yang lain. Peringkat interpretasi ( pentafsiran) Kebolehan menghubungkaitkan bahagian-bahagian dalam suatu set komunikasi dan menyatakan dalam bentuk lain (verbal atau grafik) dengan
mengekalkan makna set komunikasi itu. Malah berfungsi menerangkan atau meringkaskan sesuatu perhubungan. Contohnya graf, carta, peta, jadual, kartun ke bentuk verbal dan sebaliknya. Peringkat ekstrapolasi Kemahiran yang melibatkan interpretasi tetapi ianya melampaui maklumat yang terdapat dalam set komunikasi berkenaan. Kemahiran ini menghasilkan
ramalan, inferens atau anggaran berdasarkan pemerhatian, pengalaman, coral, trenda atau suatu urutan berkala. Kefahaman begini melanjutkan aliran perkembangan atau kecenderungan lebih daripada data yang diberi untuk menentukan implikasinya, akibatnya kesannya dan sebagainya bersesuaian dengan keadaan yang dihuraikan di dalam perhubungan sosial asal itu.
3. Aplikasi Aplikasi ialah kebolehan menggunakan maklumat dalam situasi yang baru. Penggunaan idea-idea ini mungkin di dalam situasi semasa atau situasi tertentu. Kebolehan ini merupakan kemampuan menggunakan petua-petua, kaedah-kaedah, konsep-konsep, prinsip-prinsip dalam situasi yang baru dan berlainan daripada yang telah dipelajari. Peringkat ini sangat memerlukan kefahaman yang lebih tinggi dan mendalam. Objektif umum yang digunakan dalam aplikasi ialah menyelesaikan masalah matematik, membina carta dan graf serta menjalankan tunjuk ajar kaedah dan prosedur yang betul. Aplikasi juga turut menggunakan hukum dan teori dalam kehidupan seharian. 4. Analisis Analisis ialah kebolehan memisahkan suatu set komunikasi kepada elemen atau bahagian-bahagiannya sehingga suatu bentuk pertalian antara elemen-elemen atau bahagian-bahagian yang membina set komunikasi itu dapat dilihat dengan jelas. Dengan kata lain, analisa mencerakin sesuatu perhubungan kepada elemenelemennya atau bahagian-bahagiannya sehingga susunan idea-idea di dalamnya menjadi jelas dan nyata. Bloom bersama rakan-rakannya membahagikan kemahiran menganalisis kepada tiga peringkat, iaitu analisis elemen, analisis perkaitan dan analisis organisasi elemen ialah : Analisa Elemen Analisis elemen ialah kemahiran mengenalpasti perkara pokok yang terdapat dalam suatu set komunikasi, seperti anggapan, pandangan sifat, fungsi, nilai dan sebagainya. Analisa ini adalah mengenai elemen-elemen yang dimasukkan di dalam sesuatu perhubungan. Analisa Perkaitan Analisa perkaitan ialah kemahiran memperlihatkan saling kaitan elemen atau bahagian-bahagian dalam suatu set komunikasi seperti antara perkaitan
K P F 3 0 1 2 F A L S A F A H D A N D A S A R | 10
hipotesis dengan pemerhatian, anggapan dengan hujah, sebab dengan akibat dan sebagainya. Analisa Organisasi Analisa organisasi ialah kemahiran mengenalpasti susunan yang sistematik, perkaitan mengikut urutan, struktur dan sebagainya yang mengorganisasikan suatu set komunikasi. Analisa cara ini menekankan organisasi, susunan bersistem dan struktur yang menyatukan perhubungan itu. Ini meliputi asas, susunan yang perlu dan ciri-ciri yang mewujudkan perhubungan itu sebagai satu unit. 5. Sintesis Sintesis ialah kemahiran yang menggabungkan elemen-elemen dan bahagianbahagian untuk membentuk suatu set komunikasi. Ianya melibatkan menyusun dan menggabungkan sesuatu untuk membentuk suatu proses struktur
persembahan atau corak yang tidak jelas sebelumnya. Berbanding dengan aras kebolehan kognitif sebelumnya, kemahiran mengsintesis lebih bersifat pemikiran mencapah dan kreatif di mana jawapan atau persembahan pelajar agak bebas dan unik. Kebolehan ini diperlihatkan dalam karya-karya baru, rancangan- rancangan penyelidikan dan skim mengatur mengatur maklumat. Kebolehan pada peringkat sintesis ini memerlukan tingkah laku yang kreatif untuk membentuk satu corak atau struktur daripada unsur-unsur yang lama. Jenis-jenis sintesis: Penghasilan suatu perhubungan yang unggul Perhubungan yang unggul bermaksud menghasilkan suatu perhubungan di mana seseorang itu cuba menyampaikan idea, perasaan atau pengalamannya kepada seseorang. Penghasilan satu pelan atau mencadangkan satu set tindakan Sintesis ini bermaksud menghasilkan satu pelan kerja atau mencadangkan satu pelan tindakan. Penghasilan satu set hubungan mujarad Ini bermaksud menghasilkan satu set hubungan mujarad sama ada untuk mengkelas atau menerangkan sesuatu data atau fenomena atau menghasilkan satu set cadangan daripada cadangan asas atau daripada simbol-simbol.
K P F 3 0 1 2 F A L S A F A H D A N D A S A R | 11
6. Penilaian Penilaian ialah kemahiran intelek yang paling tinggi dalam Taksonomi Bloom. Penilaian ialah kebolehan membuat pertimbangan dengan menggunakan kaedah dan kaedah yang piawai untuk menentukan kesesuaian, ketepatan, kecekapan, keberkesanan tentang sesuatu nilai, makna, pendapat, penyelesaian, prosedur, produk dan sebagainya. Bloom dan rakan-rakannya membahagikan penilaian
kebolehan untuk membuat penialaian kepada 2 peringkat iaitu berdasarkan eviden dalaman dan penilaian berdasarkan eviden. b) Domain Afektif
Bidang ini ialah mengenai perasaan, emosi, dan perkara-perkara yang kurang nyata dalam sesuatu mata pelajaran. Perasaan murid yang suka, atau benci akan sesuatu mata pelajaran amat penting dalam pengajaran guru. Bidang ini tidak dititikberatkan di sekolah. Dengan itu, guru harus memupuk perasaan suka dan minat dalam kalangan murid dalam mata pelajaran yang diajarnya. Perasaan afektif seperti suka dan minat adalah lebih kekal dan mendalam kesannya daripada kebolehan kognitif. Selain daripada perasaan suka dan minat, domain afektif ini meliputi berbagai-bagai perasaan yang menuju ke peringkat yang paling tinggi, iaitu perwatakan. Domain afektif melibatkan aspek-aspek kerohanian dan penekan kepada pertumbuhan dan perkembangan sikap, perasaan, emosi dan nilai yang wujud pada diri seseorang khususnya pelajar. Dalam proses pembelajaran yang berasaskan domain afaktif ini pelajar menerima input yang berupa nilai-nilai tertentu, pengembangan dari segi perasaan emosi dan sikap serta elemen kerohanian lain yang menjadi sebahagian daripada pertumbuhan diri.
K P F 3 0 1 2 F A L S A F A H D A N D A S A R | 12
DOMAIN AFEKTIF
1. Penerimaan Penerimaan merujuk kepada kesediaan pelajar untuk mengikuti fenomena tertentu atau rangsangan (aktiviti-aktiviti bilik darjah, buku teks, muzik, dan lainlain). Dari segi pengajaran, penerimaan dikaitkan dengan perolehan penguasaan, dan penarikan minat. Kesan pembelajaran dalam bidang ini melibatkan kesedaran yang paling rendah bagi pihak pelajar. Penerimaan merupakan peringkat paling rendah bagi hasil-hasil pembelajaran dalam domain afektif.
2. Tindak Balas Tindak balas merujuk kepada penyertaan yang aktif bagi pihak pelajar. Pada peringkat ini, seseorang pelajar tidak hanya mengikuti sesuatu fenomena tertentu tetapi dia juga memberikan tindak balas dengan cara tertentu. Kesan pembelajaran dalam bidang ini boleh mementingkan kewujudan tanda-tanda tindak balas (membaca bahan-bahan), kesediaan memberi tindak balas (secara sukarela membaca lebih untuk tugasan), atau kepuasan dalam tindak balas (membaca untuk keseronokan). Peringkat yang paling tinggi bagi kategori ini meliputi objektifobjektif pengajaran yang biasanya dikelaskan di bawah minat bagi mengurangkan tekanan dan menambahkan keseronokan melalui aktiviti-aktiviti tertentu.
K P F 3 0 1 2 F A L S A F A H D A N D A S A R | 13
3. Penilaian Penilaian adalah berkaitan dengan sesuatu yang berguna atau nilai yang dirasai atau diberikan oleh pelajar terhadap objek-objek tertentu, fenomena, atau tingkah laku. Ia meliputi tahap yang paling mudah dalam penerimaan sesuatu nilai (keinginan untuk membaiki kemahiran-kemahiran kumpulan) kepada tahap yang lebih kompleks, iaitu tahap komitmen. Penilaian adalah berasaskan pembatinan atau penghayatan sesuatu set nilai tetapi gambarannya ialah nilai yang ditunjukkan melalui tingkah laku pelajar. Kesan pembelajaran dalam bidang ini adalah berkaitan dengan tingkah laku yang lebih konsisten dan stabil bagi menjadikan sesuatu nilai lebih jelas ditunjukkan. Objektif-objektif pengajaran yang biasanya dikelaskan di bawah sikap dan apresiasi terbentuk dalam kategori ini.
4. Organisasi Organisasi adalah berkenaan dengan menyusun semula nilai-nilai yang berbeza, mengatasi konflik, dan membina secara konsisten sistem nilai. Penekanan perlu diberikan untuk membanding, menghubung, dan membuat sintesis nilai. Kesan pembelajaran adalah berkaitan dengan pengkonsepan sesuatu nilai (memastikan tanggungjawab setiap individu untuk membaiki atau meningkatkan hubungan kemanusiaan) atau penyusunan sesuatu sistem nilai. Objektif pengajaran adalah mengembangkan suatu falsafah hidup dalam kalangan pelajar.
5. Pengalaman Pada peringkat domain afektif ini, seseorang mempunyai satu sistem nilai yang boleh mengawal tingkah lakunya dalam jangka masa yang agak lama sehingga ia dapat mengembangkan satu ciri gaya hidup. Oleh itu, tingkah laku ini adalah pervasif, konsisten, dan boleh diramalkan. Kesan pembelajaran pada peringkat ini meliputi satu bidang aktiviti yang luas, tetapi penekanan utamanya adalah kepada perlakuan yang seragam atau ciri-ciri pelajar. Objektif-objektif pengajaran adalah berkaitan dengan corak penyesuaian umum pelajar (peribadi, sosial, dan emosi).
K P F 3 0 1 2 F A L S A F A H D A N D A S A R | 14
c)
Domain Psikomotor Kemahiran psikomotor merupakan salah satu komponen yang terdapat di dalam meningkatkan kompetensi seseorang individu. Psikomotor adalah
Domain Psikomotor
Persepsi
Set
Gerakan Terbimbing
Mekanisme
1. Persepsi Ia adalah proses menjadikan seseorang itu mengetahui atau sedar tentang objek , kualiti dan hubungan-hubungan melalui alat-alat deria. Hal ini melibatkan tiga perkara iaitu ransangan deria, pemilihan tanda saran,dan terjemahan.
2. Set Set adalah satu kesediaan untuk sesuatu jenis tingkah laku atau pengalaman. Set ini terbahagi kepada 3 bahagian iaitu set mental, set fizikal dan set emosional.
3. Gerakan Terbimbing Ia adalah satu langkah permulaan dalam membentuk kemahiran. Tindak balas terbimbing adalah tindakan pelakuan seseorang individu yang nyata bawah bimbingan seorang tenaga pengajar. Ada dua kategori yang berhubung dengan perkara ini iaitu meniru dan cuba dan ralat.
K P F 3 0 1 2 F A L S A F A H D A N D A S A R | 15
4. Mekanisme Tindak balas yang telah dipelajari menjadi habitat. Ia melibatkan beberapa tindak balas dalam melaksanakan tugas itu. Kebolehan-kebolehan digabungkan untuk mendapatkan kemahiran itu.
5. Gerak Balas Nyata yang Kompleks Pada peringkat ini, seseorang itu boleh melakukan satu tindakan motor yang dianggap kompleks kerana satu kadar kemahiran yang tinggi telah pun dicapai. Ada dua kategori lain yang berkaitan dengan perkara ini iaitu ketetapan ketidakpastian (tindakan itu dilakukan tanpa ragu-ragu untuk mendapatkan satu gambaran rangkaian tugasan) dan pelakuan automatic ( seseorang boleh melakukan satu koordinasi kemahiran motor dan mengerjakannya dengan mudah sekali).
4.0
kepada perkembangan nilai-nilai dan penglahiran perasaaan. Domain afektif berkaitan dengan penerimaan gerak balas, penilaian, organisasi, dan pencirian atau perwatakan. Objektif afektif yang paling rendah melibatkan pelajar menerima rangsangan dan memberi gerak balas kepada rangsangan ini. Satu corak objektif yang lebih tinggi memerlukan pelajar-pelajar terlibat dengan proses penilaian. Kemudian pada tahap yang lebih tinggi, pelajar dikehendaki mencari jawapan atau penyelasaian yang menunjukkan tindak balas kepada pengkosepan setiap nilai, dan dikehendaki menyusun nilai-nilai kepada
K P F 3 0 1 2 F A L S A F A H D A N D A S A R | 16
sistem yang akan mencorakkan perwatakan atau tingkah laku mereka, iaitu tingkah laku moral dan nilai. Pengajaran dan pembelajaran nilai merupakan komponen afektif dalam Taksonomi Pendidikan (Bloom, 1969). Domain afektif ini memberikan tumpuan kepada unsur-unsur kesedaran, sensitiviti, sikap, perhatian, pendapat, pertimbangan, emosi, pendirian, dan sebagainya. Corak pengajaran ini juga bertujuan
mengembangkan pemikiran moral dan aspek-aspek kemanusiaan pada para pelajar supaya akan terbentuk suatu kualiti kemanusiaan yang tinggi dalam kalangan pelajar. Kemahiran-kemahiran afektif seperti nilai, sikap atau tingkah laku tertentu boleh diajar dengan menggunakan domain kognitif yang terdapat pada kandungan suatu mata pelajaran terutamanya pengetahuan. Pengetahuan-pengetahuan biasa terdiri daripada idea, konsep, fakta, dan prinsip. Umpamanya dalam pendidikan sejarah, pengetahuan sejarah dalam bentuk afektif fakta-fakta dengan cara sejarah boleh
mengembangkan
kemahiran-kemahiran
menekankan
pertimbangan nilai. Kesan positif daripada pembelajaran nilai ini membolehkan para pelajar menilai peristiwa-peristiwa, kesan-kesan perkembangan sejarah yang berkehendakkan pelajar menggunakan pemikiran moral untuk membuat pentafsiran dan penilaian. Subahan (1988) menjelaskan hubungan antara domain kognitif dengan domain afektif tidak terasing kerana proses pendidikan melibatkan pengajaran individu yang bersepadu secara menyeluruh; tindak-tanduk individu itu bergantung pada pemikiran dan perasaan. Oleh yang demikian, pengajaran satu komponen objektif akan juga merangkumi pengajaran komponen lain. Komponen kognitif bagi sesuatu mata pelajaran biasanya mempunyai nilai-nilai instrinsik, iaitu pengetahuanpengetahuan yang berharga atau bernilai yang boleh memberikan kesedaran dan penghayatan terhadap apa yang dipelajari. Ia juga berkaitan dengan berbagai-bagai dimensi nilai yang memberi wawasan dan makna kepada kehidupan manusia. Kemahiran afektif boleh diajar walaupun pengajaran afektif adalah suatu bidang yang sukar. Selain mempunyai unsur kognitif dan afektif, penglibatan emosi dan komitmen peribadi juga diperlukan. Pengaruh sosiobudaya dilihat berperanan menentukan sasaran afektif yang berkesan. Menurut Etemi (2011), hasil pembelajaran adalah hasil gabungan antara pengetahuan, kemahiran, keupayaan, sikap dan pemahaman seseorang individu dalam sesuatu kursus atau program. Berdasarkan kajian yang dijalankan, hasil pembelajaran dapat menentukan tingkah
K P F 3 0 1 2 F A L S A F A H D A N D A S A R | 17
laku seseorang pelajar selepas satu pengalaman pembelajaran. Antara kepentingan hasil pembelajaran adalah dapat menyediakan satu tanda aras objektif bagi penilaian pengajian sebelumnya, membantu membimbing dan mengelolakan pengajar dan pelajar serta dapat melihat sejauh mana kedalaman pemahaman pelajar dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Dalam menentukan sesuatu hasil pembelajaran yang perlu dicapai oleh pelajar, tiga perkara utama yang perlu dipertimbangkan iaitu pengetahuan (domain kognitif), kemahiran (domain psikomotor) dan sikap (domain afektif). Hal ini sejajar dengan pendapat dari Carraciao & Englander (2004) yang menyatakan bahawa tiga komponen yang terdapat dalam sesuatu penilaian kompetensi adalah pengetahuan, sikap dan kemahiran yang menurut teori Taksonomi Bloom (1956), ianya dikategorikan dalam domain kognitif, domain afektif dan juga domain psikomotor. Oleh yang demikian, jelas menunjukkan bahawa ketiga-tiga aspek ini adalah komponen penting yang saling memerlukan dalam menilai sesuatu tahap kompetensi. Sebagai contoh, sekiranya seseorang pelajar hanya memiliki pengetahuan iaitu kognitif maka pelajar tersebut masih belum memiliki kompetensi kerana aspek afektif dan psikomotor masih belum dimiliki. Ketiga-tiga domain hasil pembelajaran ini memainkan peranan yang sangat penting dalam meningkatkan tahap kompetensi di kalangan pelajar. Gabungan ketiga-tiga komponen utama ini haruslah dimiliki serta diamalkan dalam melaksanakan sesuatu pekerjaan atau tugasan.
5.0
KESIMPULAN
Falsafah Pendidikan Kebangsaan memberi tumpuan kepada perkembangan potensi murid secara menyeluruh dan seimbang. Falsafah ini juga menggambarkan hasrat untuk mewujudkan satu sistem pendidikan kebangsaan yang bermutu tinggi dan bertaraf dunia. Justeru, usaha daripada semua golongan pendidikan harus berfokus ke arah merealisasikan kehendak negara ini. Sebagai seorang pendidik yang melaksanakan Dasar Pendidikan Kebangsaan pada peringkat sekolah, guru harus sentiasa berusaha meningkatkan taraf professional dan mengaplikasikan pengetahuan dan kemahiran mereka untuk merancang dan menjalankan aktiviti pengajaran dan pembelajaran yang boleh memanfaatkan murid. Kualiti murid yang dihasilkan oleh institusi pendidikan kita menjadi petunjuk kepada kejayaan atau kegagalan
K P F 3 0 1 2 F A L S A F A H D A N D A S A R | 18
pendidikan kebangsaan. Oleh itu, usaha yang padu harus dijayakan supaya dapat memurnikan hasrat Falsafah Pendidikan Kebangsaan ini iaitu melahirkan individu yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi, jasmani.
K P F 3 0 1 2 F A L S A F A H D A N D A S A R | 19
6,0
BIBLIOGRAFI
Assubel, D.P., Novak, J. D. & Hanesian, H. (1978). Educational psychology: A cognitive view. New York: Holt, Rinehart and Winston. Bloom, B.S. (1956). Taxonomy of Educational Objectives, the classification of educational goals Handbook I: Cognitive Domain. New York : McKay. Chapman (2006). Blooms Taxonomy Learning Domains. (Tidak diterbitkan) http://www.businessballs.com/bloomstaxonomyoflearningdomains.htm Ee, A. M (1997). Psikologi Pendidikan II (Semester II). Shah Alam: Fajar Bakti Sdn. Bhd. Idris, N. (2010). Penyelidikan Dalam Pendidikan. Kuala Lumpur : Mc Graw Hill. Ibrahim, Y. & Awang, A.H. (2008). Pembangunan Modal Insan. Edisi 1. Bangi : Universiti Kebangsaan Malaysia. Junus, A. (1992). Taksonomi Objektif Pendidikan. Buku Pedoman 1: Domain Kognitif. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. Kementerian Pendidikan Malaysia. (2000). Dasar Pembangunan Pendidikan 20012010. Kuala Lumpur.Kementerian Pendidikan Malaysia. Kementerian Pelajaran Malaysia (2001). Pembangunan Pendidikan 2001-2010 : Perancangan bersepadu Penjana Kecemerlangan Pendidikan. Kuala Lumpur: Kementerian Pendidikan Malaysia Konting, M. M. (2005). Kaedah Penyelidikan Pendidikan. Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka. Tahir,N. (2010). Teori dan Proses Pembelajaran. Dicapai pada Oktober 1, 2013, dari http://amaljaya.com/guru/2010/08/11/teori-dan-proses-pembelajaran-3/