Anda di halaman 1dari 4

TEKS UCAPAN YDP PIBG SKTP SEMPENA SAMBUTAN HARI GURU 2009

PERINGKAT SKTP PADA 18HB MEI, 2009.

1. RASULULLAH S.A.W. BERSABDA YANG BERMAKSUD :-

“JADIKANLAH DIRIMU ORANG YANG BERILMU, ATAU


ORANG YANG MENUNTUT ILMU, ATAU ORANG YANG
SELALU MENDENGAR PENGAJARAN, ATAU ORANG
YANG MENCINTAI TIGA GOLONGAN ITU DAN
JANGANLAH ENGKAU MENJADI DARIPADA
GOLONGAN KELIMA, YANG DENGAN SEBABNYA
ENGKAU AKAN BINASA” (HADIS RIWAYAT AL-
BAZZAR).

2. TERLEBIH DAHULU, MARILAH KITA MENGUCAPKAN RASA KESYUKURAN


KITA YANG TIDAK TERHINGGA KEPADA ALLAH SWT, KERANA DENGAN
IZIN DAN KURNIANYA TELAH DAPAT KITA BERKUMPUL DIPAGI INI UNTUK
SEKALI LAGI MENYAMBUT DAN MERAIKAN SAMBUTAN HARI GURU
PERINGKAT SEKOLAH KEBANGSAAN TAMAN PERMATA BAGI TAHUN
2009 INI.

3. TERIMA KASIH SAYA UCAPKAN KEPADA AJK PELAKSANA KERANA TELAH


MENGUNDANG SAYA UNTUK BERUCAP RINGKAS DI MAJLIS INI DAN SAYA
BERHARAP AGAR SEMUA PROGRAM/AKTIVITI YANG TELAH
DIRANCANGKAN UNTUK HARI INI AKAN BERJALAN DENGAN
SELAMATNYA. SAYA JUGA MENGUCAPKAN TERIMA KASIH KEPADA
GURU-GURU YANG TELAH SUDI MENJADI AJK PIBG SESI 2009/2010 INI.
WALAUBAGAIMANAPUN, BAGI PIHAK PIBG, SAYA INGIN MEMOHON
MAAF KERANA TIDAK DAPAT MENYUMBANG KEPADA BADAN GURU
SEPERTI MANA TAHUN-TAHUN LEPAS MEMANDANGKAN KEADAAN
KEWANGAN PIBG YANG AMAT KRITIKAL. INSYAALLAH JIKA KEADAAN
KEWANGAN BERTAMBAH BAIK, PIBG AKAN PERTIMBANGKAN
SUMBANGAN INI.
4. SELAKU YDP PIBG DAN MEWAKILI PIBG SEKOLAH, SAYA INGIN
MERAKAMKAN SETINGGI TAHNIAH KEPADA SEMUA GURU-GURU
SEKOLAH KEBANGSAAN TAMAN PERMATA BERSEMPENA DENGAN
SAMBUTAN HARI GURU TAHUN 2009 INI. PIBG MENGUCAPKAN TERIMA
KASIH DAN AMAT MENGHARGAI SEGALA SUMBANGAN, KOMITMEN DAN
PENGORBANAN SETIAP GURU SEKOLAH INI DIDALAM USAHA MEREKA
UNTUK MEMBIMBING DAN MENDIDIK ANAK BANGSA UNTUK MENJADI
INSAN YANG BERGUNA KEPADA AGAMA, BANGSA, DAN NEGARA.
SESUAI DENGAN TEMA SAMBUTAN HARI GURU TAHUN INI “GURU
PEMBINA NEGARA BANGSA”. SEBAGAI CONTOH, SAYA SEDAR
SEBAHAGIAN BESAR GURU-GURU TERPAKSA BERADA DI SEKOLAH
HAMPIR SETIAP HARI SABTU UNTUK MENJALANKAN AKTIVITI-AKTIVITI
YANG DIRANCANGKAN DAN SEMOGA SEGALA PENGORBANAN GURU-
GURU INI AKAN MENJADI SATU AMAL SOLEH YANG AKAN MEMBERIKAN
PAHALA YANG BERTERUSAN DAN BERKEKALAN, INSYAALLAH. FIRMAN
ALLAH DALAH SURAH AL-MUZAMMIL AYAT 20 YANG BERMAKSUD :-

“DAN INGATLAH, APA JUGA KEBAIKAN YANG KAMU


KERJAKAN SEBAGAI BEKALAN UNTUK DIRI KAMU,
TENTULAH KAMU AKAN MENDAPAT BALASANNYA
PADA SISI ALLAH, SEBAGAI BALASAN YANG SEBAIK-
BAIKNYA DAN YANG AMAT BESAR PAHALANYA”.

5. SEMPENA DENGAN HARI GURU TAHUN 2009 INI, SAYA INGIN


MENYARANKAN AGAR GURU-GURU SENTIASA BERTEKAD UNTUK
MEMPERBAIKI DAN MENINGKATKAN KEMAHIRAN DAN ILMU BUKAN
SAHAJA DARI ASPEK PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN (P&P) TETAPI
JUGA UNTUK MENANGANI ATAU MENGHADAPI KESULITAN YANG TIMBUL
DARI KERENAH SEBAHAGIAN KECIL IBUBAPA. DIZAMAN YANG SUDAH
BERUBAH INI, ADA IBUBAPA YANG TIDAK MAHU ANAK MEREKA DIJENTIK
SEKALIPUN DAN ADA JUGA YANG DATANG KESEKOLAH DENGAN
MEMARAHI GURU-GURU DIATAS TINDAKAN GURU-GURU KEATAS ANAK
MEREKA. INI SEMUA AKAN MENYUKARKAN LAGI TUGAS YANG PERLU
DIJALANKAN OLEH GURU-GURU DAN PIBG MENGHARAPKAN AGAR
SEGALA TINDAKAN YANG DIAMBIL OLEH GURU-GURU MESTILAH
DENGAN PENUH BERHEMAH DAN BERDASARKAN KEPADA GARIS
PANDUAN YANG TELAH DITETAPKAN.

6. SAYA INGIN MENGAMBIL KESEMPATAN INI UNTUK MENGUCAPKAN


SELAMAT BERTUGAS KHASNYA KEPADA GURU-GURU BARU DI SEKOLAH
INI, WALAUPUN UCAPAN INI AGAK TERLEWAT SIKIT, SAYA TELAH
DIFAHAMKAN GURU-GURU BARU TELAH RAMAI BERTUGAS DISEKOLAH
INI PADA TAHUN INI DAN SAYA BERHARAP MEREKA AKAN BEKERJASAMA
DENGAN GURU-GURU YANG SEDIA ADA UNTUK MEMBERIKAN KHIDMAT
YANG TERBAIK. GANDINGAN GURU-GURU LAMA DAN BARU, MAKTAB
DAN UNIVERSITI, DIPLOMA DAN IJAZAH, SISWAZAH DAN BUKAN
SISWAZAH SERTA KAKITANGAN YANG ADA DISEKOLAH INI MESTILAH
DIGEMBELINGKAN UNTUK MEMBAWA SEKOLAH INI KETAHAP
PENCAPAIAN YANG TERTINGGI. NASIHAT SAYA IALAH WALAU SETINGGI
MANA SEKALI PUN KELAYAKAN KITA, ATAU KEPANDAIAN KITA, KITA
MESTILAH MEMPUNYAI SIKAP “HUMILITY”, HORMAT MENGHORMATI,
BEKERJA SECARA BERPASUKAN, YANG LAMA DENGAN
PENGALAMANNYA, YANG MUDA DENGAN TENAGANYA, KETEPIKAN YANG
NEGATIF, TUMPUKAN KEPADA YANG POSITIF, INSYAALLAH KEJAYAAN
AKAN MENANTI UNTUK GURU-GURU DAN MURID-MURID SEKOLAH INI.

7. SELAIN DARI ITU, PIBG INGIN MENGUCAPKAN TAHNIAH KEPADA GURU


BESAR SEKOLAH, PUAN NORAINI DIN KERANA TELAH BERJAYA
MENAMATKAN KURSUS SKIM PENGSISWAZAHAN GURU BESAR SELAMA
HAMPIR 3½ TAHUN DENGAN JAYANYA. SEMUGA SEGALA USAHA
PENGORBANAN DAN KEJAYAAN BELIAU AKAN MENJADI SATU INSPIRASI
SERTA PEDOMAN KEPADA GURU-GURU SERTA MURID-MURID SEKOLAH
UNTUK SENTIASA MENCARI ILMU DAN MENINGKATKAN PENCAPAIAN
KHUSUSNYA DIDALAM BIDANG AKADEMIK.

8. KEPADA MURID-MURID SEK. KEB. TAMAN PERMATA SEKALIAN, SAYA


MENASIHATI ANDA SEMUA SUPAYA TERUS MENGHORMATI GURU-GURU
KAMU YANG TELAH BANYAK BERJASA, BERBAKTI DAN MENCURAHKAN
ILMU PENGETAHUAN KEPADA KAMU SEMUA. GURU-GURU KAMU
BOLEHLAH DIIBARATKAN SEBAGAI IBUBAPA KAMU YANG KEDUA YANG
BERUPAYA UNTUK MENCORAKKAN MASA DEPAN KAMU. PATUHILAH
ARAHAN MEREKA DAN AMALKANLAH TUNJUK AJAR MEREKA UNTUK
KAMU JADIKAN PANDUAN DI MASA HADAPAN.

9. AKHIR KATA, SAYA SUDAHI UCAPAN SAYA INI DENGAN


WABILLAHITAUFIK, WALHIDAYAH, ASSALAMUALAIKUM WBT..........

...........................
(MUHAMMAD ISA BIN OTHMAN)
YDP, PIBG, SKTP 2009.