Anda di halaman 1dari 135

i

ii

KEBERKESANAN PROGRAM KITAR SEMULA KAJIAN KES: TAMAN PERLING, JOHOR BAHRU

NURSHAHIDA BINTI OMRAN

Laporan projek ini dikemukakan sebagai memenuhi sebahagian daripada syarat penganugerahan Ijazah Sarjana Muda Kejuruteraan Awam Alam Sekitar

Fakulti Kejuruteraan Awam Univeristi Teknologi Malaysia

NOVEMBER 2005

iii

iv

DEDIKASI

Bismillahirrahmanirrahim......

Ya Allah.... Wahai Tuhan yang maha mengetahui ....Ajarkanlah kami apa yang kami jahil, ingatkanlah kami apa yang kami lupa, tunjukkanlah kami jalan-jalan yang selamat, lepaskanlah kami dari kegelapan kepada cahaya, jauhkanlah kami daripada segala kekejian samada nyata daripadanya mahupun yang tersembunyi.

Ya Allah .... Terangilah hatiku ini dengan cahaya petunjukMu, sebagaimana Engkau terangi bumi dengan cahaya matahariMu selama-lamanya dengan rahmatMu wahai Tuhan yang maha pengasih.

Amin ......

Khas buat ayahanda Ir. Omran bin Hj. Ab. Hamid, bonda Che Fatimah binti Embong, kakanda Dr. Nurliana binti Omran, sahabat yang dikasihi Ghazaly bin Bakar, penasihat akademik Puan Azmahani binti Abd. Aziz, penyelia projek sarjana muda Puan Normala binti Hashim juga rakan-rakan seperjuangan yang sentiasa diingati ......

PENGHARGAAN

Sabda Rasulullah SAW: "Barang siapa yang menempuh suatu jalan untuk menuntut ilmu maka Allah akan memudahkan jalannya untuk menuju syurga. Dan para malaikat meletakkan naungan sayapnya para orang menuntut ilmu itu kerana sangat rela apa yang dilakukannya. Bahawasanya para ulama adalah pewaris para nabi dan sesungguhnya para nabi itu tidak mewariskan dirham maupun dinar, akan tetapi yang diwariskan adalah ilmu. Oleh sebab itu, barang siapa mengambil ilmu tersebut, sungguh ia telah mengambil kebajikan teramat banyak." (HR. Attirmidzi, Abu Daud).

Saya ingin merakamkan ribuan terima kasih dan penghargaan ikhlas kepada penyelia projek, Puan Normala binti Hashim diatas segala tunjuk ajar dan bimbingan yang telah diberikan sepanjang proses kajian projek ini.

Terima kasih juga diucapkan buat kakitangan Majlis Perbandaran Johor Bahru Tengah (MPJBT), pegawai 3R Southern Waste Management Sdn. Bhd. En Zanial Mohd Salleh, kakitangan Alam Flora Sdn. Bhd. dan penduduk kawasan Taman Perling, Johor Bahru diatas kerjasama dan luangan masa yang diberikan bagi membantu menjayakan kajian ini.

Tidak lupa juga kepada kedua ibu dan bapa saya kerana turut memberikan dorongan dan membantu dalam menjayakan dan kajian ini dan memahami akan tugas saya. Juga buat rakan-rakan seperjuangan yang memberikan sokongan dan tidak kira terlibat secara langsung atau tidak langsung bagi proses penyiapan projek ini. Jasa anda semua tidak sama sekali saya lupakan dan semoga Allah memberkati hidup anda semua dengan hidayahnya. Terima kasih.....

vi

ABSTRAK

Pengurusan sisa pejal pada masa kini semakin meruncing di negara kita. Dijangkakan hayat bagi tapak pelupusan yang sedia ada hanyalah dua tahun bergantung kepada jumlah sisa yang dijanakan. Beberapa tahun lalu Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan telah memutuskan untuk melancarkan program kitar semula di seluruh negara sebagai jalan alternatif memanjangkan hayat tapak pelupusan. Penguatkuasa tempatan juga melakukan usaha untuk memastikan masyarakat dididik dan diberitahu berkenaan dengan penjagaan alam sekitar. Oleh itu, kajian di kawasan Taman Perling, dibawah penguatkuasaan Majlis Perbandaran Johor Bahru Tengah (MPJBT), diadakan bagi mengukur tahap kesedaran masyarakat. Kajian ini penting bagi mengetahui masalah sebenar yang dihadapi oleh masyarakat dan dengan itu, ianya akan membantu dalam memajukan program yang telah dibina dan membantu memperbaiki sistem pengurusan kitar semula. Data bagi kajian literatur diperolehi daripada pengumpulan data kajian yang lepas dan berkunjung ke pihak-pihak yang terlibat. Data bagi analisis didapati daripada borang kaji selidik dan temubual dengan orang ramai. Data itu kemudiannnya dianalisa menggunakan Satisfied Package for Science Statistics (SPSS) dan tujuannya ialah untuk mendapatkan pandangan serta pendapat penduduk terhadap pengurusan sisa pejal dan kitar semula di kawasan kajian. Kajian menunjukkan pengurusan sisa di Taman Perling adalah baik. Walaubagaimanapun, pengurusannya masih perlu diperbaiki bagi mengatasi masalah yang sedia ada. Terdapat hubungan signifikan diantara kesedaran masyarakat dan latar belakang meraka, berdasarkan keputusan Korelasi Bivariate dan ujian-T (T-test). Bagi kitar semula kertas dan plastik, terdapat hubungan dengan bangsa dan jenis rumah responden, kitar semula aluminium dengan jangka masa menetap dan kitar semula kaca dengan umur responden. Secara keseluruhannya, responden yang telah berkahwin lebih prihatin dan berkeinginan untuk mengitar semula bahan buangan mereka.

vii

ABSTRACT

Nowadays, solid waste management has become a critical problem in our country. The existing landfill age is estimated only between one to two years depending on the amount of waste disposed. Few years ago the Ministry of Housing and Local Government have decided to launch a recycling program through the country as an alternative way to prolong the lifespan of the waste disposed sites. The Local Authority is also making an effort to ensure that peoples are being thought on awareness of the environment. In conjunction with that, a research was carried out in Taman Perling residence, under the Majlis Perbandaran Johor Bahru Tengah authority, to gauge the public awareness. This study is important to know the real problems faced by the public, so that it will help in developing an engineered program and help to improve the management system of recycling. Data for literature reviews are collected by gathering information from past years studies and visit the related organization. Data for analysis are collected by questionnaire and interviews on public opinion. Then the data will be analyzed using SPSS (Satisfied Package for Science Statistic) and purpose of the questionnaires was to gather the views and opinions of the public regarding municipal solid waste management and recycling program in the area. The study shows that waste management in Taman Perling is fairly good. However, the managements still need to be polish and increase to overcome the problems occurred. As for the recycling part, there is a significant relation between public awareness and their background based on the Bivariate Correlation and the T-Test results. For paper and plastic recycling, there is a significant relationship with respondents racial and types of dwelling, recycle aluminum with length of stay and glass with respondents age. Overall, married male and female respondents are more aware of recycling their waste.

viii

ISI KANDUNGAN

BAB

PERKARA

MUKA SURAT

HALAMAN PENGESAHAN HALAMAN JUDUL HALAMAN PENGAKUAN HALAMAN DEDIKASI HALAMAN PENGHARGAAN ABSTRAK ABSTRACT ISI KANDUNGAN HALAMAN SENARAI JADUAL HALAMAN SENARAI RAJAH HALAMAN SENARAI CARTA

i ii iii iv v vi vii viii xii xiv xv

BAB 1

PENDAHULUAN

1.1 1.2 1.3 1.4 1.5 1.6 1.7 1.8

Pengenalan Definisi Kenyataan Masalah Matlamat kajian Objektif kajian Skop kajian Kepentingan dan kebaikan kajian Kawasan kajian

1 4 5 9 10 10 11 11

ix BAB II KAJIAN LITERATUR

2.1 2.2 2.3 2.4

Pengenalan Teori yang digunakan Pengurursan Sisa Pejal Punca Utama dan Penjanaan Sisa Pejal 2.4.1 2.4.2 Kawasan penjanaan sisa pejal Pengelasan sisa pejal

12 14 15 17 17 20 25 28 29 29 30 31 32 33 33

2.5

Proses Pemungutan sisa pejal 2.5.1 2.5.2 Kaedah pemungutan Penglibatan pihak berkuasa

2.6

Proses penyimpanan sisa pejal 2.6.1 2.6.2 Sistem Bekas Pegun Sistem Bekas Punggah

2.7

Proses pengasingan Sisa Pejal 2.7.1 2.7.2 Pengasingan Sebelum Pelupusan Pengasingan dikilang pemprosesan 2.7.3 Pengasingan ditapak pelupusan

33 34 35 35 36 37 40 43 45 48 51 52 54

2.8 2.9

Kaedah Pengasingan Proses Pelupusan Sisa Pejal 2.9.1 2.9.2 2.9.3 Pengurangan Isipadu Pemprosesan Di Tapak Kaedah Pelupusan

2.10 2.11 2.12

Nilai Pasaran Bahan Kitar Semula Pengurusan Sisa Pejal Oleh SWM Kitar Semula 2.12.1 Kertas 2.12.2 Kaca 2.12.3 Aluminium 2.12.4 Plastik

x 2.13 Penglibatan Komuniti dalam Program Kitar Semula 2.14 Tahap Pendidikan Komuniti Terhadap Kempen 2.15 2.16 Pendapat Umum Kempen kesedaran 58 59 57 56

BAB III

METODOLOGI KAJIAN

3.1 3.2

Pengenalan Kaedah Pendekatan Kajian 3.2.1 Pemerhatian dan pengumpulan Maklumat atau data 3.2.2 Proses Pengumpulan Dan Penganalisian Data

60 61 62

62

BAB IV

ANALISIS DAN KEPUTUSAN

4.1 4.2

Pendahuluan Analisis Latar Belakang Responden 4.2.1 Analisis Latar Belakang Responden Perempuan 4.2.2

64 65 66

Analisis Latar Belakang Responden Lelaki 71 77 78 83

4.3 4.4 4.5

Analisis Sumber Maklumat Kitar Semula Analisis Kesedaran Kitar Semula Analisis Penglibatan Aktiviti Kitar Semula Diantara Jantina

4.6

Analisis Jenis Bahan Kitar Semula dan Hubungannya Dengan Latar Belakang Responden 4.6.1

82

Analisis Kitar Semula Kertas Dengan Latar 84 Belakang Responden

xi 4.6.2 Analisis Kitar semula Aluminium Dengan Latar Belakang Responden 4.6.3 Analisis Kitar Semula Plastik Dengan Latar Belakang Responden 4.6.4 Analisis Kitar Semula Kaca Dengan Latar Belakang Responden 4.7 Analisis Umur Dan Minat Untuk menyertai Program Kitar Semula 4.8 Analisis Bilangan Responden dan Tempat Mereka Kitar Semula 4.9 Analisis Tong Kitar Semula Di Kawasan Kajian Taman Perling 93 92 90 89 87 85

BAB V

KESIMPULAN DAN CADANGAN

5.1 5.2

Kesimpulan Cadangan 5.2.1 Perundangan 5.2.2 Pengurusan 5.2.3 Pendidikan 5.2.4 Promosi Dan Pengiklanan

95 99 100 100 101 102

RUJUKAN LAMPIRAN

104 106

xii SENARAI JADUAL

NO JADUAL

TAJUK

MUKA SURAT

1.1

Anggaran Penjanaan Sisa Pejal Bagi Beberapa Buah Negara Membangun

1.2

Anggaran Janaan Sisa Pejal Bagi Beberapa Bandar Utama Di Malaysia

2.1

Kriteria Yang Mempengaruhi Sumber Penghasilan Sisa Pejal

16

2.2 2.3 2.4 2.5 2.6

Pengelasan Jenis Sisa Pejal Bandaran (Refuse) Senarai Model dan Kapasiti Tong Sampah Harga Barangan Yang Boleh Dikitar Semula Harga Pasaran Sisa Pejal Perbandingan Harga Terkini Barangan Kitar Semula Dalam Kawasan MPJBT

24 30 41 41 42

2.7 2.8

Komposisi Sisa Pejal Bandaran Bahan Yang Boleh Dikitar Semula dan Kaedah Penyediaanya

44 47

2.9 2.10 2.11 2.12 2.13 3.1 4.1

Jenis Kertas Yang Boleh Dikitar Semula (2002) Jenis Kertas Yang Boleh Dikitar Semula (2003) Bahan Logam Yang Boleh Dikitar Semula Klasifikasi Dan Penggunaan Plastik Jenis Plastik Yang Boleh Dikitar Semula Jadual Perancangan Kajian

49 50 53 54 55 61

Taburan Bilangan Responden Mengikut Pekerjaan 80 Terhadap Bahan Yang Dikitar Semula

4.2

Taburan Bilangan Responden Mengikut Tahap Pendidikan Terhadap Bahan Yang Dikitar Semula

80

4.3

Taburan Bilangan Responden Mengikut Umur

81

xiii Terhadap Bahan Yang Dikitar Semula 4.4 Taburan Bilangan Responden Mengikut Jenis Rumah Terhadap Bahan Yang Dikitar Semula 4.5 Ujian-t Perbezaan Penglibatan Aktiviti Kitar Semula Diantara Jantina 4.6 Bilangan Responden Mengikut Kekerapan Mengitar Semula 4.7 Korelasi Koeffisien ( r ) Bagi Latar Belakang Responden Dengan Kitar Semula Kertas 4.8 Nilai-nilai Keertian Bagi Bangsa Dan Kitar Semula Kertas 4.9 Korelasi Koeffisien ( r ) Bagi Latar Belakang Responden Dengan Kitar Semula Aluminium 4.10 Nilai-nilai Keertian Bagi Jangka Masa Menetap Dan Kitar semula Aluminium 4.11 Korelasi Koeffisien ( r ) Bagi Latar Belakang Responden Dengan Kitar Semula Plastik 4.12 Nilai-nilai Keertian Bagi Bangsa dan Jenis Rumah 88 Dengan Kitar Semula Plastik 4.13 Korelasi Koeffisien ( r ) bagi Latar Belakang Responden Dengan Kitar Semula Kaca 4.14 Nilai-nilai Keertian Bagi Umur dan Kitar Semula Kaca 4.15 (a) Koeffisien Korelasi Bagi Umur Dan Aktiviti Kitar semula Yang Minat Dijalankan 4.15 (b) Nilai-nilai Keertian Bagi Umur Dan Aktiviti Kitar Semula Yang Minat Dijalankan 4.16 Senarai Lokasi Tong Kitar Semula Di Sekitar Taman Perling 94 92 91 90 89 87 86 85 85 84 82 82 81

xiv

SENARAI RAJAH

NO RAJAH

TAJUK

MUKA SURAT

2.1

Aliran Proses Pemungutan Sampah Oleh Southern Waste Management

27

2.2

Pintu Masuk Pusat Kitar Semula dan Stesen Pemindahan Sisa Pejal di Jalan Taruka Larkin

27

2.3

Salah Satu Sistem Kenderaan Pemampat Yang Digunakan Di Malaysia

29

2.4 2.5

Pelupusan Menggunakan Kaedah Kawasan Sistem Pelupusan Kaedah Kawasan Sedang Dijalankan

37 38

2.6 2.7 2.8

Sistem Pelupusan Kaedah Perparitan Diagram Sistem Pelupusan Kaedah Perparitan Aliran Bahan dan Penjanaan Sisa Pejal Dalam Masyarakat

39 39 45

2.9 2.10

Proses Mengitar Semula Salah Satu Tong dan Kaedah Yang Digunakan Pengumpulan Kertas Sebelum Dikitar Semula

47 50

2.11

Pameran Dan Jualan Hasil Kertas yang Telah Dikitar Semula Sempena TV3 Sure Heboh 2004

51

2.12 2.13

Jenis-jenis Botol Yang Boleh Dikitar Semula Proses Pengumpulan Tin-tin Aluminium Sebelum Dikitar Semula

52 53

2.14

Pengumpulan Botol-botol Plastik Untuk Dikitar Semula di Beijing, China

55

xv

SENARAI CARTA

CARTA

TAJUK

MUKA SURAT

4.1 4.2 4.3

Peratus Responden Perempuan Mengikut Umur Peratus Responden Perempuan Mengikut Bangsa Bilangan Responden Perempuan Mengikut Tahap Pendidikan

66 67 68

4.4 4.5

Bilangan Responden Perempuan Mengikut Pekerjaan Bilangan Responden Perempuan Mengikut Pandapatan Bulanan

68 69

4.6 4.7

Bilangan Responden Perempuan Mengikut Masa Menetap Di Kawasan Kajian Bilangan Responden Perempuan Mengikut Kategori Rumah dan Tahap Pemilikan

70 70

4.8 4.9 4.10

Peratus Dan Bilangan Responden Lelaki Mengikut Umur

71

Peratus Dan Bilangan Responden Lelaki Mengikut Bangsa 72 Peratus Dan Bilangan Responden Lelaki Mengikut Tahap Pendidikan 73

4.11

Peratus Dan Bilangan Responden Lelaki Mengikut Pekerjaan

73

4.12

Peratus Dan Bilangan Responden Lelaki Mengikut Pendapatan Bulanan

74

4.13

Peratus Dan Bilangan Responden Lelaki Mengikut Agama Dan Taraf Perkahwinan

75

4.14

Bilangan Responden Lelaki Mengikut Kategori Rumah, Tahap Pemilikan Dan Jangka Masa Menetap

76

4.15

Bilangan Responden Perempuan Mengikut Sumber Maklumat Kitar Semula dan Pengetahuan Terhadap Pelancaran Kitar Semula

77

xvi 4.16 Bilangan Responden Lelaki Mengikut Sumber Maklumat Kitar Semula dan Pengetahuan Terhadap Pelancaran Kitar Semula 4.17 Bilangan Responden Lelaki Dan Perempuan Mengikut Aktiviti Kitar Semula 4.18 Bilangan Responden Mengikut Sebab Mereka Kitar Semula 4.19 Bilangan Responden Mengikut Tempat Mereka Kitar Semula 4.20 Bilangan Responden Terhadap Tong Kitar Semula Yang Terdapat Di Taman Perling 94 92 79 79 78

BAB 1

PENDAHULUAN

1.1

Pengenalan

Malaysia merupakan salah satu negara yang semakin meningkat maju dan salah satu daripada negara dunia ketiga yang sedang berkembang pesat dari segi industri, ekonomi dan pembangunan. Pertambahan penduduk yang menjadi salah satu faktor utama perkembangan ini dari sehari ke sehari telah menjadi satu fenomena dimana ianya telah menyebabkan jumlah penjanaan sisa pejal dari setiap premis atau kawasan juga turut meningkat. Kawasan atau premis ini termasuklah kawasan perindustrian atau perkilangan, kawasan perumahan atau taman-taman perumahan, kedai-kedai, restoran dan sebagainya. Dengan bertambahnya jumlah penjanaan sisa pejal, ini akan mengakibatkan ruang di tapak pelupusan sampah dinegara ini terhad dan tidak mencukupi. Dianggarkan setiap orang menghasilkan sampah lebih kurang 0.7 kg dalam masa sehari. Dengan jumlah sebanyak itu, menjadikan jumlah keseluruhan sisa pejal yang dihasilkan di kawasan Majlis Perbandaran Johor Bahru adalah lebih kurang 143 500 kg sehari. Dalam masa satu tahun, jumlah sisa pejal yang dihasilkan oleh penduduk di kawasan Majlis Perbandaran Johor Bahru adalah sebanyak 51 660 tan.

2 Kombinasi daripada pertumbuhan penduduk dan pembangunan yang sedang pesat membangun serta kemajuan dan teknologi yang semakin canggih pada masa kini, telah mewujudkan bidang penciptaan bagi menghasilkan barang-barang baru untuk kemudahan manusia. Peningkatan yang ketara ini telah banyak mengubah gaya hidup manusia terutama sekali penduduk di Malaysia dan menjadi faktor penggalak kepada penghasilan sisa pejal [Zuraida Zulkifli, 1998]. Penggunaan bahan daripada kertas, plastik, botol, tin aluminium dan sebagainya kian meningkat dan bahan-bahan ini adalah bahan yang boleh dikitar semula. Ini sekaligus menambahkan lagi kuantiti sisa yang perlu dijana dan dihantarkan ke tapak pelupusan. Malah, sisa yang terdiri daripada bahan-bahan tersebut adakalanya dibuat daripada bahan yang tidak mudah reput. Dianggarkan dalam satu tahun jumlah sisa pejal yang terhasil kira-kira sebanyak 2.7 tan [Era Hijau, 1997]. Oleh itu masyarakat seharusnya sedar bahawa bahan buangan mereka sebenarnya adalah terdiri daripada bahan yang boleh dikitar semula. Dengan mengitar semula, kita dapat menjimatkan kos pelupusan sisa pejal dan dapat mengurangkan penggunaan bahan mentah baru untuk menghasilkan bahanbahan tersebut. Tenaga juga dapat dijimatkan dengan mengitar semula bahan-bahan tersebut. Kos yang tinggi bagi mengurus dan mengendalikan pelupusan sisa pejal perlu diberi perhatian terutamanya dengan kerjasama daripada pihak berkuasa tempatan dan pihak swasta.

Pelupusan sisa pejal yang tidak teratur dan tidak mengikut prosedur yang ditetapkan akan menyumbang kepada beberapa penyakit yang berkaitan dengan sisa pejal. Pelupusan sisa pejal yang kurang sempurna adalah lebih membahayakan kesihatan kerana sekurang-kurangnya 22 penyakit manusia adalah berpunca daripada sisa pejal. [Noraini Jaafar,1994] . Pembiakan nyamuk, lalat dan tikus di tempat pelupusan sisa pejal akan menyebabkan penyakit daripada haiwan berkenaan yang bebas berkeliaran tersebar kepada manusia. Pengaliran air sampah ke dalam tanah juga akan menyebabkan air bumi tercemar dan seterusnya mengalir ke bekalan air mentah.

3 Di Johor Bahru, selain daripada majlis perbandaran, syarikat swasa turut memainkan peranan bagi memudahkan kerja-kerja pengumpulan dan pengutipan sampah di setiap tempat yang ditetapkan mengikut perjanjian yang dipersetujui oleh kedua-dua belah pihak. Southern Waste Management (SWM) dan Alam Flora adalah merupakan dua syarikat yang diberikan kontrak bagi menguruskan sisa pejal dan tapak pelupusan serta pengasingan dan guna semula.

Program kitar semula adalah dibawah Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan yang dilancarkan pada awal tahun 1990 dan berterusan sehingga sekarang bertujuan untuk menyedarkan orang ramai tentang kepentingan kitar semula dan kebaikan kitar semula. Pihak Berkuasa Tempatan telah melaksanakan program ini di kawasan masing-masing dan membelanjakan antara 40 hingga 70 peratus daripada hasil kutipan tahunan mereka untuk menguruskan sampah [Berita Harian, 2 April 2001]. Sebagai langkah untuk mengurangkan sisa pejal dan memperkenalkan kitar semula di Johor Bahru, kerajaan negeri telah melancarkan kempen kitar semula pada Mac 2000 untuk seluruh negeri Johor bagi menunjukkan betapa pentingnya kitar semula dan perlunya penglibatan setiap peringkat mesyarakat dalam menjayakan program kitar semula.

Bagi program kitar semula diperingkat Majlis Perbandaran Johor Bahru Tengah (MPJBT) pula, ianya dilancarkan oleh Menteri Besar Johor YAB Dato Hj Abdul Ghani Othman pada 18 Mac 2001 yang lalu, bertempat di Giant Hypermarket, Plentong. Dalam program tersebut, pihak MPJBT dan Southern Waste Management (SWM) telah dipertanggungjawabkan untuk menguruskan kempen/program dan juga merancang aktiviti yang berterusan bagi memastikan kejayaan kempen kitar semula [Laporan Aktiviti Program Kitar Semula MPJBT, 2004].

4 1.2 Definisi

Menurut Kamus Dewan Edisi Kedua cetakan Dewan Bahasa dan Pustaka yang disusun oleh Dr Teuku Iskandar terbitan tahun 1984, maksud keberkesanan ditafsirkan sebagai sesuatu tindakan yang diambil itu dapat dilihat daripada hasil yang diperolehi sesudahnya. Dengan erti kata lain keberkesanan bermaksud tahap pencapaian yang dicapai daripada sesuatu benda atau perkara yang dibuat.

Manakala program pula dinyatakan dalam Kamus Dewan Edisi Kedua, DBP sebagai rancangan yang menentukan dasar-dasar yang akan dijalankan.

Kamus Dewan Edisi Kedua cetakan Dewan Bahasa dan Pustaka yang disusun oleh Dr Teuku Iskandar terbitan tahun 1984 menyatakan bahawa kitar semula ditakrifkan sebagai memperolehi atau mendapatkan semula bahan buangan seperti kaca, plastik, kertas, aluminium atau sebagainya yang mana ia kemudiannya dikumpul, diasingkan dan diproses semula kepada produk asal atau produk baru yang lain. Dalam maksud lain, kitar semula merupakan satu proses yang memaksimumkan penggunaan sisa pejal dan juga menjimatkan tenaga. Pendek kata, kitar semula dapat menjimatkan kos, tenaga sekaligus mengurangkan penggunaan bahan baru. Ini dapat mengurangkan penggunaan tanah yang tinggi sebagai tapak pelupusan serta penggunaan bahan asli bagi mendapatkan barangan tertentu.

Bagi sisa pejal pula, ianya lebih diketahui sebagai benda yang tidak berubah bentuk dan ditinggalkan setelah digunakan, dipakai, dimakan atau sebagainya. Dalam konteks kajian ini, sisa pejal yang dimaksudkan adalah bahan buangan manusia seperti kertas, plastik, kayu, tin, besi dan kaca. Walaupun ia dianggap tidak bernilai bagi sesetengah pihak namun ia perlu diuruskan dengan baik agar tidak mencemarkan persekitaran. Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) mentakrifkan sisa pejal sebagai sesuatu yang pemiliknya tidak memerlukan lagi pada sebarang masa dan tempat serta tidak mempunyai nilai yang tinggi di pasaran [Zuraida Zulkifli, 1998].

5 Maka dengan itu, daripada keseluruhan maksud diatas dapat kita simpulkan bahawa kajian ini adalah untuk mengetahui sejauh manakah keberkesanan dan hasil yang diperolehi daripada rancangan untuk menghasilkan semula bahan-bahan yang telah ditinggalkan atau dibuang untuk dipakai semula.

1.3 Kenyataan Masalah

Kitar semula merupakan satu proses yang bertujuan untuk meminimumkan penjanaan dan pembuangan sisa pejal yang semakin meningkat dengan cara mengguna semula bahan buangan yang mempunyai nilai tinggi untuk dikitar semula seterusnya dapat memelihara alam sekitar daripada pencemaran bahan-bahan buangan. Ini berpotensi membawa faedah yang tinggi dari segi ekonomi dan pemuliharaan alam sekitar.

Daripada hasil kajian yang dijalankan, masalah yang sering berkait rapat dengan penjanaan sisa pejal adalah masalah penempatan bahan buangan di tapak pelupusan. Ini adalah kerana kapasiti untuk tapak pelupusan adalah terhad dan dengan mengamalkan kitar semula, tapak pembuangan juga dapat diminimumkan kerana ruang untuk tempat pelupusan sangat terhad pada masa sekarang kerana kebanyakan tapak digunakan untuk kemajuan. Muatan untuk tapak pelupusan kebiasaannya memerlukan sekurang-kurangnya 20 hingga 150 ekar tanah bagi menampung sisa pejal yang dibuang, bergantung kepada lokasi dan jumlah penjanaan yang dihasilkan [Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan].

Kitar semula juga sebenarnya berkait rapat dengan alam sekitar kerana bahanbahan yang digunakan untuk membuat kertas, tin aluminium, botol kaca dan plastik diperolehi daripada penebangan pokok, peleburan logam, kaca dan sebagainya. Selain daripada masalah kekurangan tapak pelupusan, isu pemeliharaan dan pemuliharaan

6 alam sekitar juga dikaitkan dengan masalah penjanaan sisa pejal. Sebagai contoh, jika pokok-pokok ditebang secara berleluasa tanpa kawalan, ia akan mengakibatkan kesan buruk seperti tanah runtuh, banjir kilat, pemanasan bumi dan kesan rumah hijau. Dalam masa seminit 100 ekar hutan ditebang [Inspektor Arrow, TV3]. Di Amerika Syarikat, kira-kira 500 000 batang pokok dari satu kawasan hutan diperlukan bagi membekalkan akhbar kepada penduduknya setiap hari. [Era Hijau, 1996].

Pencemaran alam sekitar dan kepupusan habitat flora dan fauna juga akan berlaku. Pencemaran alam sekitar yang dimaksudkan akan terjadi termasuklah pencemaran air, udara dan tanah. Sebagai contoh, kebanyakan kawasan tanah yang terdapat di negara kita merupakan kawasan tadahan air. Sekiranya kita tidak mula mengambil tindakan sewajarnya dengan mengitar semula, tidak mustahil pada suatu hari nanti kawasan tersebut akan digunakan sebagai tapak pelupusan sampah dan seterusnya air larut lesap (leachate) toksik akan mencemari air minuman kita semua [Risalah Hari Kitar Semula Kebangsaan].

Kitar semula juga dapat menjimatkan penggunaan tenaga, kos dan bahan mentah di tahap paling minimum jika dibandingkan dengan penghasilan semula bahan baru menggunakan bahan mentah, iaitu: Bahan mentah + Tenaga x 4 = Bahan baru Manakala, Kitar semula + Tenaga x 1 = Bahan baru [Inspektor Arrow,TV3]. Ini secara tidak langsung akan menjimatkan ekonomi negara. Sebagai contoh, dengan mengitar semula sebiji botol kaca berupaya menjimatkan tenaga bagi menyalakan mentol yang berkuasa 100 watt selama 4 jam. Selain daripada itu juga, ia dapat menurunkan suhu lebur untuk kaca baru dengan penjimatan sehingga 32% tenaga yang diperlukan untuk pengeluaran kaca [Era Hijau, 1996].

7 Daripada bahan yang dikitar semula, 3.7% adalah kaca dimana ia adalah bahan yang paling tinggi penggunaannya dan mudah untuk dikitar semula. Bagi kertas dan plastik pula, pengurangan penggunaannya dapat dilakukan dengan mudah jika kita sebagai pelanggan di gerai-gerai minuman dan makanan membantu dalam memainkan peranan meminimakan penggunaan bahan tersebut. Jika kita tidak membungkus air minuman atau makanan, sebaliknya hanya minum dan makan di situ sahaja menggunakan cawan dan pinggan yang telah disediakan, kita secara tidak langsung telah membantu dalam proses kitar semula dalam mengurangkan penggunaan kertas dan plastik disamping peniaga berkenaan dapat menjimatkan kos perniagaannya. Tin aluminium lebih banyak digunakan iaitu 2/3 daripada tin minuman ringan kerana nilai kitar semula tin aluminium adalah sangat tinggi dan sangat popular dikitar semula selepas kertas dan kaca [Inspektor Arrow, TV3].

Berdasarkan Jadual 1.1, anggaran penjanaan sisa pejal bagi beberapa buah negara membangun telah dibuat oleh pihak Southern Waste Management pada tahun 2000 telah menunjukkan bahawa New York, USA menjanakan sisa pejal paling banyak, iaitu 1.8 kg seorang dalam sehari. Ini kemungkinan disebabkan oleh New York merupakan bandar besar yang pesat membangun dan dipenuhi dengan aktiviti perindustrian yang rancak. Ini diikuti pula dengan Rome, Tokyo, Paris dan Hong Kong dengan masing-masing 1.8, 1.71, 1.61 dan 1.5 kg seorang dalam sehari. Ini juga disebabkan oleh kepesatan pembangunan dan aktiviti perindustrian yang rancak di bandar tersebut, yang juga merupakan bandar yang popular dengan aktiviti pelancongan. Negara yang paling sedikit menjanakan sisa pejal mengikut Jadual 1.1 adalah Manila, Filipina. Ini berikutan Manila merupakan sebuah kepulauan kecil dan tidak banyak perindustrian yang dijalankan disana. Pembangunan juga tidak pesat membangun. Jadual 1.2 pula menunjukkan anggaran penjanaan sisa pejal bagi beberapa bandar utama di Malaysia. Ianya menunjukkan trend yang sama, dimana bandar-bandar utama yang pesat membangun dengan jumlah bilangan penduduk yang ramai menjanakan sisa pejal yang paling banyak. Bandar utama yang paling banyak menjanakan sisa pejal ialah Kuala Lumpur dann diikuti oleh Johor Bahru dengan anggaran sisa yang terjana 1.75 dan 1.60 kg seorang dalam sehari.

8 Jadual 1.1: Anggaran Penjanaan Sisa Pejal Bagi Beberapa Buah Negara Membangun Negara Jumlah sisa yang terjana (kg/orang/hari)

Lahore, Pakistan Tunis, Tunisia Manila, Filipina Bandung, Indonesia Calcutta, India New York, USA Tokyo, Jepun Paris, Perancis Hamburg, Jerman Barat Rome, Italy Hong Kong

0.7 0.65 0.6 0.66 0.61 1.8 1.61 1.52 1.43 1.71 1.5

Sumber: SWM Corporate Communications Department, 2000

1.4 Matlamat Kajian

Matlamat kajian ialah untuk mengetahui sejauh mana keberkesanan program kitar semula yang dilaksanakan di kawasan kajian dalam konteks usaha untuk mengurangkan penjanaan serta pelupusan sisa pejal melalui maklum balas semasa daripada penduduk melalui kempen yang dijalankan oleh Pihak Berkuasa Tempatan agar usaha-usaha mengurang, mengguna semula dan mengitar semula ( 3M ) dapat diaplikasikan dan diamalkan dalam kehidupan seharian. Kajian ini juga untuk mengetahui sejauh mana pengetahuan dan kesedaran penduduk tentang adanya Program Kitar Semula yang telah dilancarkan pada tahun 2001 ini.

9 Jadual 1.2: Anggaran janaan sisa pejal bagi beberapa Bandar utama di Malaysia Bandar Bilangan Penduduk Anggaran Pihak Berkuasa (Matrik tan) Sisa Yang Terjana (kg/orang/hari)

Kuala Lumpur Johor Bahru Alor Setar Kota Bharu Melaka Tengah Seremban Kuantan Kinta Perlis Pulau Pinang Kota Kinabalu Kuching Petaling Jaya Klang Gombak Kuala Terengganu

1 150 000 750 000 325 000 371 000 297 000 265 000 255 000 628 000 184 000 1 065 000 208 000 368 000 633 000 407 000 353 000 275 000

2 500 1 300 350 210 151 192 141 369 123 778 146 258 930 580 480 165

1.75 1.60 0.90 0.63 0.52 0.81 0.57 1.20 0.67 0.73 0.70 0.70 1.47 1.43 1.36 0.60

Sumber: Southern Waste Management Sdn Bhd, 2004

10 1.5 Objektif Kajian

Objektif bagi kajian ini adalah :

a) Menilai tahap kefahaman masyarakat tentang kitar semula dan kesedaran masyarakat terhadap program ini. b) Memperkenalkan serta menyebarkan program ini kepada masyarakat. c) Menilai minat dan tahap sokongan masyarakat terhadap program ini. d) Menilai sejauh manakah keberkesanan program kitar semula dalam pelbagai aspek.

1.6 Skop Kajian

Skop kajian yang dijalankan merangkumi beberapa aspek iaitu kesedaran program, pelaksanaannya, tahap pendidikan, kehidupan sosial, penglibatan serta pendapat masyarakat terhadap program kitar semula yang dijalankan oleh Pihak Berkuasa Tempatan. Ianya bertujuan untuk menilai keberkesanan serta kemampuan program yang dilaksanakan di kawasan Taman Perling melalui kajian soal selidik dan mendapatkan serba sedikit maklumat daripada pegawai 3R - SWM dan juga Alam Flora. Ianya juga menilai peranan orang ramai untuk menjayakan program kitar semula dengan mengadakan kaji selidik di pasaraya, pusat kitar semula dan juga pusat beli semula yang berdekatan dalam kawasan kajian, dalam usaha mengurangkan penjanaan sisa pejal.

11 1.7 Kepentingan dan Kebaikan Kajian

Kajian ini penting bagi menilai sejauh manakah keberkesanan program kitar semula yang telah diperkenalkan selama enam tahun ini dan mengkaji sejauh manakah peranan masyarakat setempat dalam menjayakannya. Kajian ini juga bertujuan untuk bekerjasama dengan Pihak Berkuasa Tempatan dalam menjayakan program kitar semula dengan berkerjasama dalam menjayakan kajian ini.

12

BAB II

KAJIAN LITERATUR

2.1 Pengenalan

Kajian literatur yang dijalankan adalah bertujuan untuk mengetahui dengan lebih banyak lagi maklumat dan fakta yang akan membantu dalam kajian yang dibuat berdasarkan kepada penyelidikan yang telah dilakukan. Ianya juga sedikit sebanyak membantu dalam penghasilan laporan dan juga mengenalpasti kaedah yang perlu dilakukan bagi melaksanakan kajian. Ini bertujuan untuk mengetahui dengan lebih terperinci dan khusus mengenai kitaran yang berlaku dalam proses kitar semula terutama sekali pengurusannya, komposisi sisa yang terjana, analisis-analisis yang dibuat, pemprosesan, jentera-jentera yang terlibat dan juga jumlah tong kitar semula yang telah ditempatkan di sekitar kawasan kajian bagi mengetahui keberkesanan program kitar semula yang telah dilancarkan. Pendek kata, kajian literatur adalah bertujuan bagi memantapkan lagi kajian yang dijalankan.

Sisa pejal merupakan bahan buangan berbentuk pepejal sepenuhnya atau separa pepejal yang terhasil daripada aktiviti seharian manusia. Bahan buangan tersebut merupakan bahan yang tidak diperlukan atau tidak dapat digunakan lagi. Sebagai contoh, sisa bandaran semakin meningkat akibat perkembangan sains dan teknologi

13 yang telah menjurus kepada penciptaan barangan baru yang lebih kompleks dengan tujuan untuk memudahkan kegiatan seharian manusia.

Selain daripada itu, pertambahan sisa pejal yang perlu dilupuskan dari masa ke semasa memerlukan pengawasan bagi mengelakkan masalah yang timbul akibat lebihan sisa ini. Ini menimbulkan kesukaran bagi pihak Majlis Perbandaran ataupun Bandaraya dalam mengatasi peningkatan sisa yang semakin bertambah dan juga menyukarkan pihak pengurusan dalam memantau keadaan di tapak pelupusan. Kebanyakan masalah ini berpunca daripada sistem pengurusan sisa yang kurang efektif dan berkesan. Maka dengan itu, pihak kerajaan telah mengambil langkah menswastakan pengurusan bagi pengurusan sisa pejal.

Melalui hasil kajian yang dibuat, kitar semula telahpun dijalankan oleh negaranegara maju terlebih dahulu dan telah mendapat sambutan yang baik daripada semua penduduk negara tersebut. Jepun sebagai contohnya, telah memperkenalkan program kitar semula kepada penduduk negaranya dan telah berjaya mengurangkan sisa pejal yang dihasilkan sebanyak 20%. Semua ini adalah kerana kesedaran dan rasa tanggungjawab rakyat negara itu terhadap kepentingan kitar semula. [Risalah SWM, 2003]. Negara-negara maju yang lain yang juga turut bersama-sama menjayakan kitar semula termasuklah Britain, Australia, Kanada, Amerika, Switzerland, Denmark, German, Netherlands, Finland dan lain-lain negara [Inspektor Arrow, TV3]. Kejayaan yang diraih oleh negara-negara di rantau ini telah meyakinkan pihak pengurusan MBJB untuk mempraktikkan program ini selaras dengan kehendak kerajaan yang telah melancarkan program ini untuk dijayakan bersama oleh semua pihak. Bagi memastikan program kitar semula berjaya, pengetahuan tentang pengurusan sisa pejal adalah perlu dan penghasilannya memerlukan pengurusan yang mantap. Pengurusan sisa pejal mengandungi empat ciri yang penting iaitu penjanaan, penyimpanan, pemungutan dan pelupusan.

14 2.2 Teori yang digunakan

Beberapa orang pengkaji telah membuat kajian mengenai kitar semula dan menjalankan penilaian terhadap populasi di suatu tempat mengenai kemampuan dan kejayaan mereka dalam melaksanakan program kitar semula. Mereka juga membuat kajian bagi melihat sejauh mana kitar semula berperanan dalam kehidupan masyarakat setempat dan sejauh mana masyarakat mengamalkannya bagi mengurangi sisa pejal yang dihasilkan.

Sebagai contoh, melalui kajian yang dihasilkan oleh Mohd Fathi Yassir (2001) dengan penulisannya yang berjudul Kitar Semula Bahan Buangan Berdasarkan Kertas Kajian Kes: Taman Universiti, merumuskan bahawa populasi melaksanakan kitar semula dan menyokong sepenuhnya program kitar semula. Kajian yang dijalankan oleh Zuraida Zulkifli (1998) pula, yang telah menghasilkan Projek Sarjana Muda yang berjudul Kitaran Semula Sisa Pejal Di UTM - Satu Kajian Kemungkinan, telah melakukan kaedah soal selidik dan temubual bagi mendapatkan maklum balas dan data mengenai kajian tersebut. Hasil daripada soal selidik dan temubual tersebut, jawapan positif telah diperolehi dan data yang dicatatkan juga menunjukkan peningkatan kesedaran populasi terhadap kepentingan kitar semula. Begitu juga yang dilakukan oleh Paizol Paiman yang telah menghasilkan projek yang berjudul Potensi Kaedah Kitar Semula Dan Guna Semula Sisa Pejal Kajian Kes Kampus UTM Skudai pada tahun 1997 dan juga projek yang dihasilkan oleh Harminderjeet Kaur a/p Kuldip Singh bagi tajuk Pengurangan Sisa Secara Guna Semula Dan Kitar Semula Kajian Kes Di Petaling Jaya pada tahun 1995.

Maka dengan itu, dalam mengetahui keberkesanan program kitar semula ini bagi kajian yang dijalankan pada kali ini, kaedah temubual dan soal selidik juga dilakukan disekitar kawasan kajian.

15 2.3 Pengurusan Sisa Pejal

Sisa pejal adalah merupakan bahan buangan pepejal yang terdiri daripada campuran pelbagai jenis bahan seperti kertas, plastik, botol, besi, kayu dan sebagainya atau lebih dikenali sebagai sampah. Ianya bermaksud bahan atau barangan yang tidak diperlukan dan digunakan lagi dan seterusnya dibuang. Kitar semula dapat mengurangkan sampah kerana tidak semua bahan yang dibuang itu tidak boleh digunakan lagi kerana terdapat barangan atau bahan yang masih digunakan semula dalam penghasilan bahan baru dan masih boleh dimanfaatkan.

Pertambahan sisa pejal pada masa kini telah menyebabkan Pihak Berkuasa Tempatan terpaksa memikirkan cara yang lebih berkesan bagi menangani masalah timbunan sampah di tapak pelupusan. Oleh itu, satu sistem pengurusan sisa pejal yang berkesan telah diperkenalkan dan operasi pengurusan yang profesional juga dicari supaya masalah penjanaan sisa pejal yang semakin meruncing ini dapat diatasi. Salah satu cara yang dilakukan ialah dengan menswastakan pengurusan sisa pejal untuk dijalankan oleh pihak yang dilantik khusus untuk mengendalikan pengurusan sisa pejal. Ini adalah kerana badan kerajaan, melalui majlis perbandaran tidak mampu menguruskan sisa pejal secara bersendirian dan dengan itulah beberapa syarikat swasta telah dilantik bagi melicinkan pengurusan bahan buangan berkenaan. Mereka bertanggungjawab dalam kerja-kerja pemungutan, penyimpanan dan melupuskan sisa pejal yang dihasilkan oleh sesebuah kawasan. Melalui kaedah pengurusan yang mantap dan berkesan, sisa pejal dari seluruh tempat dapat diuruskan dengan baik dan sedikit sebanyak masalah yang timbul akibat daripada sisa pejal dapat dikurangkan.

Pengurusan sisa pejal secara amnya mempunyai beberapa elemen penting seperti penjanaan sisa, penyimpanan di tapak, kutipan, kerja-kerja mengalih dan mengangkut, pemprosesan dan kitar semula serta pemprosesan. Walaubagaimanapun, hanya empat elemen sahaja yang digunakan dinegara kita iaitu penjanaan, penyimpanan, pemungutan dan juga pelupusan. Namun begitu, dalam usaha untuk mengurangkan pelupusan sisa pejal di tapak, kaedah kitar semula merupakan satu

16 kaedah yang dikatakan dapat membantu dari segi mencapai matlamat mengurangkan kuantiti sisa pejal yang perlu dilupuskan di tapak pelupusan.

Jadual 2.1: Kriteria yang mempengaruhi sumber penghasilan sisa pejal Sumber Kawasan Kediaman Jenis Sumber Rumah murah, rumah berkembar, banglo sederhana, banglo apartmen Perdagangan Gudang, restoran, pasar, bangunan pejabat, hotel, bangunan perkhidmatan Bandar Gudang, restoran, pasar, bangunan pejabat, hotel, bangunan perkhidmatan Industri Pembinaan, industri berat, jentera kimia, perlombongan, reactor kuasa Kawasan Lapang Lorong, taman, lebuh raya, taman rekreasi Loji Rawatan Air, air sisa, industri, proses rawatan Kawasan Pertanian Bendang, lading, kawasan ternakan Sisa rawatan, sisa hasil daripada pembinaan Sisa makanan, sisa tanaman dan sisa tani Sisa terpilih, sampah Sisa makanan, sampah, habuk, sisa kemasan dan binaan, sisa terpilih Sisa makanan, sampah, habuk, sisa kemasan dan binaan, sisa terpilih Sisa makanan, sampah, habuk, sisa kemasan dan binaan, sisa terpilih Jenis sisa yang terhasil Sisa makanan, sampah, habuk, sisa terpilih

Sumber: Institute Of Solid Wastes Of American Public Works Association, 1990

17 2.4 Punca Utama Dan Penjanaan Sisa Pejal

Sisa pejal berpunca daripada beberapa kawasan yang dikenalpasti menghasilkan sejumlah pembuangan sisa pejal dalam kuantiti yang banyak, mengikut jumlah populasi atau penduduk setempat. Penjanaan sisa pejal secara langsung bergantung kepada penggunaan tanah dan lokasi yang dikenalpasti sebagai tapak pelupusan sisa pejal. Kuantiti sisa pejal yang terhasil adalah saling berkait rapat dengan kepadatan penduduk dan aktiviti seharian mereka, dan ini kebiasaannya tidak terjadi di kawasan luar bandar yang jumlah penduduknya tidak terlalu padat dan aktiviti yang tidak begitu sibuk.

Dalam menentukan perancangan sesuatu sistem sisa pejal terutama sekali kaedah kutipan dan pelupusan sisa yang lebih berkesan, data komposisi sisa pejal serta kuantiti yang dijana perlu diperoleh terlebih dahulu bagi menentukan perjalanan kerja-kerja pengurusan sisa pejal dari segi kos pengurusan dan masa yang diperlukan. Penjanaan sisa yang banyak akan menyebabkan pertambahan kos pengurusan dan menyebabkan jangka hayat sesebuah tapak pelupusan itu menjadi pendek. Oleh itu, dengan mengitar semula bahan sisa berkenaan, dapatlah menyelesaikan masalah longgokan sisa pejal yang terjana di tapak pelupusan.

2.4.1 Kawasan Penjanaan Sisa Pejal

Penjanaan sisa pejal pada kebiasaannya bergantung kepada tahap penggunaan tanah dan juga pengezonan sesebuah kawasan. Selalunya kebanjiran sisa pejal terutama sekali sisa bandaran di tapak pelupusan adalah seringkali berkait dengan jumlah kepadatan penduduk dan kepelbagaian aktiviti penduduk yang kebanyakannya tidak terkawal berbanding dengan kehidupan di desa dan di kawasan pedalaman.

18 Melalui kajian dan hasil penelitian yang dijalankan, terdapat enam punca utama penjanaan sisa pejal yang telah dikenalpasti untuk dikategorikan kepada beberapa kawasan dan kawasan yang dikenalpasti menjadi penyumbang kepada peningkatan sisa pejal adalah seperti berikut:

a) Kawasan Kediaman

Kawasan kediaman merangkumi kawasan rumah-rumah kediaman di kawasan kediaman atau taman, pangsapuri, flat, kondominium, asrama, setinggan dan sebagainya yang meliputi kawasan tempat tinggal penduduk. Sisa yang kebiasaannya dihasilkan adalah merupakan bahan lebihan makanan, buangan isi rumah, sampah sarap seperti daun-daun, debu-debu, dahan-dahan pokok, suratkabar dan sebagainya yang terdiri daripada buangan kering atau basah.

b) Kawasan Perindustrian atau Perdagangan

Meliputi kawasan yang mempunyai kilang, gudang penyimpanan, tekstil dan pusat pemprosesan bahan untuk tujuan perkilangan, bengkel kereta dan sebagainya. Sisa pejal yang terjana adalah pada kebiasaannya besi, kotak, kayu, plastik dan lain-lain.

c) Kawasan Perniagaan

Kawasan perniagaan ini meliputi premis-premis perniagaan seperti warung, restoran, kedai-kedai, pasaraya, pusat membeli-belah, bangunan pejabat dan juga gerai-gerai. Sisa yang biasanya dihasilkan seperti kertas, platik, sisa makanan, buangan basah dan kering, sampah-sarap dan sebagainya.

19 d) Kawasan Pertanian

Kawasan pertanian adalah seperti kawasan penanaman sayur, buahbuahan, ladang-ladang kelapa sawit, getah dan kawasan ternakan haiwan. Kawasan ini melibatkan aktiviti pertanian dan penternakan haiwan seperti pembajaan, penyiraman, pemberian makanan, pembajakan dan sebagainya. Sisa yang terhasil kebiasaannya buangan pertanian, baja, poko-pokok kering, kayu-kayuan, tumbuh-tumbuhan mati, kotak dan sebagainya.

e) Kawasan Pusat Perawatan

Meliputi kawasan pusat penyelidikan, hospital, poliklinik, klinik kerajaan dan swasta dan juga kawasan pengolahan serta perawatan air yang mana kawasan banyak membuang sisa merbahaya sama ada dalam bentuk pejal atau cecair.

f) Kawasan Terbuka

Kawasan ini meliputi kawasan dimana manusia menjalankan aktiviti riadah dan aktiviti sampingan seperti kawasan taman-taman rekreasi, kawasan persekitaran bandaraya, tapak perkhemahan dan juga kawasan perkelahan. Selain daripada itu, kawasan jalanraya, lebuhraya dan lorong-lorong juga dinyatakan sebagai kawasan terbuka yang mana terdapat juga hasil sisa yang dihasilkan.

20 2.4.2 Pengelasan Sisa Pejal

Sisa pejal dikategorikan sebagai bahan buangan daripada jenis bukan cecair dan gas yang dibuang oleh isi rumah, perdagangan, industri, pembinaan, institusi, rekreasi, pertanian serta daripada aktiviti perlombongan. Sisa-sisa ini boleh dikelaskan kepada beberapa kategori mengikut kelas dan pengasingan, berdasarkan jenis dan campuran bahan yang dibuang. Ianya berbentuk pepejal dan ada diantaranya yang sukar untuk dilupuskan hasil daripada pembuangan kawasan yang telah dinyatakan. Sisa pejal dikelaskan kepada beberapa kategori seperti berikut:

a) Sisa Makanan

Sisa makanan merupakan sisa ataupun saki baki daripada makanan, sayuran yang telah rosak dan busuk, sisa pengurusan rumah tangga dan dari restoran. Sisa makanan dikatakan berpotensi untuk menjadi rosak dan reput dalam tempoh masa yang singkat dan seterusnya menghasilkan bau yang kurang menyenangkan. Kebiasaannya, kawasan kediaman, restoran, kafeteria serta kedai-kedai yang menjual bahan makanan menjana sisa jenis ini [Era Hijau, 1999].

b) Sampah Sarap

Sampah sarap pula merupakan sisa pejal yang boleh dikategorikan kepada dua, iaitu sampah yang boleh terbakar atau tidak boleh terbakar. Sampah yang boleh terbakar terdiri daripada kayu, kertas, perabot, plastik, tekstil getah dan sebagainya. Manakala bagi jenis yang tidak terbakar pula termasuklah tin, kaca, aluminium, logam dan lain-lain. Kawasan perumahan, rekreasi dan kawasan yang seumpamanya biasanya penyumbang besar sisa jenis ini [Era Hijau, 1997].

21 c) Debu- debu Dan Sisa Pembakaran

Sisa jenis ini merupakan bahan-bahan yang tertinggal hasil daripada aktiviti pembakaran kayu, arang batu, sampah sarap dan sebagainya. Kebiasaannya, debu dan sisa pembakaran ini mengandungi zarah-zarah yang halus, bahan berdebu, arang kayu dan sejumlah bahan bakar serta zarah-zarahnya [Era Hijau, 1999].

d) Bahan Buangan Industri Dan Perdagangan

Bahan buangan industri dan perdagangan ini kebiasaannya terdiri daripada bahan serpihan, sampah sarap, debu dan terdiri daripada sisa berbahaya. Sisa-sisa ini terjana akibat daripada aktiviti perkilangan, dari loji-loji penapisan, penjanaan kuasa dan dari loji-loji pemprosesan. Bahan buangan sisa industri adalah terdiri daripada kotak-kotak besar, lebihan gulungan kain, kayu, bekas simpanan bahan mentah, serpihan bahan, lebihan bahan, tong-tong besar dan sebagainya yang mana sebahagian daripadanya adalah berbahaya [Era Hijau, 1999].

e) Kenderaan Lama Yang Telah Ditinggalkan

Kebiasaannya terdapat di kawasan bengkel membaiki kenderaan dan adakalanya di dalam semak samun di tepi jalan yang selalunya sukar untuk dilupuskan dan amat menyakitkan mata yang memandang. Bangkai kenderaan adalah terdiri daripada sisa yang boleh terbakar dan tidak mudah terbakar [Era Hijau, 1999].

f) Bahan Buangan Pembinaan

Ianya merupakan bahan buangan yang terhasil daripada kerja-kerja pembinaan, pengubahsuaian dan pembaikan bangunan ataupun infrastruktur yang lain. Sisa jenis ini termasuklah sisa daripada runtuhan bangunan serta pelbagai bahan buangan yang berlebihan dan tidak digunakan dalam kerja-kerja

22 pembinaan. Sisa-sisa pembinaan terdiri daripada sisa yang boleh terbakar seperti kayu, papan, kertas bungkusan dan sebagainya serta sisa jenis yang tidak boleh terbakar contohnya seperti konkrit, kepingan keluli, asbestos, paku, bitumen, simen, besi dan sebagainya [Era Hijau, 1999].

g) Enapcemar

Sisa jenis ini terhasil daripada aktiviti-aktiviti pembersihan air. Penapisan yang dilakukan akan menyekat pepejal terampai untuk diasingkan dan dibuang. Kebiasaannya, sisa yang terhasil terdiri daripada bahan-bahan organik yang mudah reput. Kawasan loji pembersihan air dan kolam pengoksidaan banyak menghasilkan sisa daripada jenis ini [Era Hijau, 1999].

h) Bahan Buangan Berbahaya

Bahan buangan berbahaya biasanya terdiri daripada sisa-sisa toksid dan bahan kimia yang terhasil daripada aktiviti perindustrian yang banyak terlibat dalam penghasilan bahan-bahan kimia serta dari hospital dan pusat kesihatan yang mana banyak menjana sisa jenis klinikal. Sisa jenis ini memerlukan rawatan dan pengurusan yang rapi dan teliti bagi mengelakkan perkara-perkaa yang tidak diingini daripada berlaku serta tidak mencemarkan alam sekitar [Era Hijau, 1999].

i) Sisa Buangan Pertanian

Sisa jenis ini biasanya dijana di kawasan pertanian seperti kebun, ladang ternakan, taman, sawah dan sebagainya. Bahan organik dan kimia kebanyakkannya boleh didapati di kawasan ini hasil daripada pembuangan bekas yang berisi racun serangga, baja dan sebagainya. Selain daripada itu, hasil tanaman yang buruk dan busuk serta najis haiwan juga merupakan sisa yang terjana di kawasan ini tetapi sisa jenis ini mudah reput kerana terdiri daripada

23 bahan-bahan organik. Selain daripada itu, bangkai haiwan yang sudah mati juga termasuk dalam kategori ini.

j) Sisa Buangan Terbuka

Sampah sarap yang berasal daripada kawasan terbuka seperti taman permainan, rekreasi, jalan raya, kawasan sekeliling, buangan yang ditinggalkan seperti rangka kenderaan, katil lama, almari kayu dan sebagainya. Sisa buangan ini juga termasuklah sisa sampah sarap yang berterbangan daripada kawasankawasan berhampiran yang biasanya terdiri daripada kertas, plastik, kain-kain atau lain-lain bahan buangan yang mudah terbang ditiup angin.

2.5 Proses Pemungutan Sisa Pejal

Pemungutan sisa pejal merupakan salah satu operasi penting dalam kerja-kerja pengurusan sisa pejal di sesebuah kawasan. Kebiasaannya kos operasi pemungutan yang perlu ditanggung oleh sesebuah pihak adalah lebih tinggi berbanding dengan menjalankan aktiviti-aktiviti lain kerana ia sangat rumit dan setiap kawasan penjanaan harus dipastikan diurus dengan sempurna. Sisa pejal yang dijana setiap hari akan bertambah jika tidak dipungut dan ini akan mendatangkan masalah kepada kedua-dua belah pihak dari segi kos dan masalah kesihatan. Kawasan bandar biasanya bermasalah kerana kepadatan penduduk berbanding luar bandar. Kekerapan proses pemungutan bergantung kepada penjanaan sisa pejal yang dihasilkan di mana ia akan dipungut setiap hari jika kuantiti yang dihasilkan adalah tinggi. Seringkali masalah pemungutan sampah ini dikaitkan dengan pelbagai penyakit yang timbul, tetapi masalah ini lebih kritikal disebabkan oleh peningkatan kos pengurusan termasuk pengangkutan dan pengambilan buruh bagi menampung kerja-kerja terutamanya semasa pemungutan dan pelupusan sampah.

24 Jadual 2.2: Pengelasan Jenis Sisa Pejal Perbandaran (Refuse) Jenis Sisa Dapur Komposisi Sisa daripada penyediaan, penyimpanan, masakan dan hidangan makanan. Sampah Sarap Sisa mudah terbakar: Kertas, kotak, dahan kayu, perabot kayu dan seumpamanya Sisa tidak mudah terbakar: Logam, tin, perabot besi, kaca, bahan-bahan mineral Debu Sisa daripada pembakaran untuk masakan dan juga pembakaran untuk pelupusan sampah. Sisa kaki lima Dedaun, Lumpur, bahan sisa lain yang terdapat di dalam tong sampah. Sisa pembinaan Sisa kayu, paip, bahan pembinaan yang lain. Sisa runtuhan Papan, batu-bata, paip dan bahan-bahan binaan yang lain hasil daripada runtuhan struktur bangunan Sisa terpilih Bahan letupan, sisa patologi, bahan radioaktif Kawasan rumah, hospital, hotel, kedai, pasar, kawasan perindustrian Sisa loji rawatan Sisa daripada tangki septik, bahan pepejal dan kumbahan loji rawatan Sumber: Institute For Solid Waste Of American Public Works Association, 1970 Loji rawatan, tangli septik Kawasan pembinaan, pengubahsuaian rumah Kawasan runtuhan untuk membina struktur bangunan yang baru Kaki lima, lorong, tapak sewaan dan denai Kawasan perumahan, restoran, kedai pasar Sumber

25 2.5 Proses Pemungutan Sisa Pejal

Pemungutan sisa pejal merupakan salah satu operasi penting dalam kerja-kerja pengurusan sisa pejal di sesebuah kawasan. Kebiasaannya kos operasi pemungutan yang perlu ditanggung oleh sesebuah pihak adalah lebih tinggi berbanding dengan menjalankan aktiviti-aktiviti lain kerana ia sangat rumit dan setiap kawasan penjanaan harus dipastikan diurus dengan sempurna. Sisa pejal yang dijana setiap hari akan bertambah jika tidak dipungut dan ini akan mendatangkan masalah kepada kedua-dua belah pihak dari segi kos dan masalah kesihatan. Kawasan bandar biasanya bermasalah kerana kepadatan penduduk berbanding luar bandar. Kekerapan proses pemungutan bergantung kepada penjanaan sisa pejal yang dihasilkan di mana ia akan dipungut setiap hari jika kuantiti yang dihasilkan adalah tinggi. Seringkali masalah pemungutan sampah ini dikaitkan dengan pelbagai penyakit yang timbul, tetapi masalah ini lebih kritikal disebabkan oleh peningkatan kos pengurusan termasuk pengangkutan dan pengambilan buruh bagi menampung kerja-kerja terutamanya semasa pemungutan dan pelupusan sampah.

Proses pemungutan sampah di bandar pada masa kini lebih kompleks dan agak sukar untuk dilaksanakan akibat daripada penjanaan sisa pejal yang tidak teratur terutamanya di kawasan perumahan dan kawasan yang lebih komersil. Akibat daripada penjanaan sisa yang tidak teratur inilah yang menyukarkan pihak yang berwajib untuk menjalankan kerja-kerja pemungutan sampah. Kerja-kerja pemungutan sampah ini kebiasaannya dilakukan oleh pihak yang telah dilantik oleh Pihak Berkuasa Tempatan mengikut kawasan. Bagi kawasan pentadbiran Majlis Bandaraya Johor Bahru, sistem pengurusan sisa pejal ini telah diswastakan kepada Southern Waste Management (SWM).

Kelengkapan peralatan dan khidmat buruh yang mencukupi adalah sangat penting dalam mempertingkatkan kecekapan sistem pengurusan dan pemungutan sisa pejal. Beberapa faktor memainkan peranan penting dalam menentukan kejayaan sistem pemungutan sisa pejal di sesebuah kawasan. Antaranya ialah:

26 1. Kekerapan kerja-kerja pemungutan 2. Jenis khidmat pemungutan yang disediakan 3. Jenis sistem pemungutan, peralatan dan jumlah tenaga kerja yang digunakan 4. Analisa sistem pemungutan

5. Memperkenalkan teknik terbaru dalam operasi pemungutan sisa pejal

Di negara ini, kerja-kerja pemungutan yang dilakukan adalah bergantung kepada jumah sisa pejal yang terjana di sesebuah kawasan. Kebiasaannya, kerja-kerja pemungutan dilakukan setiap hari bagi kawasan yang mempunyai kepadatan penduduk yang tinggi terutama sekali di kawasan bandar dimana banyak sisa pejal yang terjana. Bagi kawasan yang mempunyai kepadatan penduduk yang kurang seperti di desa dan juga di kawasan pedalaman, kerja-kerja pemungutan dilakukan setiap dua hari atau bergantung kepada jumlah sisa pejal yang terjana. Rajah 2.1 menunjukkan aliran proses pemungutan sampah yang dijalankan oleh pihak Southern Waste Management, yang bermula dengan kutipan sampah dari kawasan perumahan. Kemudian lori yang mengutip sampah akan ke stesen pemindahan, dimana sampahsampah yang dikutip akan diletakkan dalam kumpulan, sehinggalah ianya dipindahkan ke lori pemindahan yang lebih besar dan dihantar ke tapak pelupusan.

27

Kutipan sampah dari kawasan perumahan

Pembuangan di kawasan pelupusan

Lori kutipan menuju ke stesen pemindahan

Lori pemindahan mengangkut sampah ke tapak pelupusan

Di kawasan Stesen Pemindahan

Sampah di pindahkan ke lori besar

Rajah 2.1: Aliran proses pemungutan sampah oleh Southern Waste Management Sumber: Seminar On Waste Recycling (Zanial Mohd. Salleh 3R Asisstant)

Rajah 2.2: Pintu masuk Pusat Kitar Semula dan Stesen Pemindahan Sisa Pejal di Jalan Taruka Larkin, Johor Bahru.

28 2.5.1 Kaedah Pemungutan

Kaedah pemungutan yang digunakan untuk sistem bekas pegun menggunakan dua kaedah sistem kenderaan iaitu:

a) Sistem Kenderaan Secara Manual

Sistem ini adalah sepenuhnya menggunakan tenaga manusia atau tenaga buruh untuk kerja pemungutan yang dijalankan. Sampah yang telah dibungkus akan diangkat dan dicampakkan ke dalam lori tanpa bantuan sebarang mesin pengangkat. Sistem jenis ini digunakan bagi memungut sampah-sampah daripada tong-tong yang kecil dan hanya sesuai untuk sisa pejal yang bersaiz kecil dan sederhana. Malah ia juga digunakan bagi memungut sampah yang terkumpul sama ada daripada kerja-kerja lanskap ataupun pembersihan kawasan yang terdiri daripada daun-dun kering yang telah diikat di dalam beg plastik hitam. Kebiasaannya, lori jenis terbuka digunakan bagi memungut sampah-sampah tersebut. Namun, sistem ini kurang efektif kerana berupaya memungut sampah yang sedikit dan memerlukan jumlah jarak perjalanan yang jauh.

b) Sistem Kenderaan Pemampat

Sistem ini menggabungkan antara tenaga mausia dan jentera mekanikal untuk operasi pemungutan dijalankan. Tenaga manusia adalah untuk mengangkat tongtong yang bersaiz kecil dan berisi sisa pejal ke dalam lori sebelum ianya dimampatkan dan disimpan ke dalam perut lori. Manakala bekas yang lebih besar saiznya akan ditolak menghampiri lori pemampat oleh pekerja sebelum ianya diangkat secara sistem hidraulik ke dalam pemampat. Bekas yang telah dikosongkan akan diletakkan kembali ke tempat asal untuk dipenuhi. Kerja-kerja pemungutan menggunakan lori tersebut diteruskan sehinggalah kapasiti muatan lori tersebut telah dipenuhi dan kemudiannya dibawa terus ke tapak pelupusan. Operasi menggunakan jentera jenis pemampat ini adalah lebih efisyen kerana

29 muatan yang boleh dibawanya adalah tinggi dan memerlukan tenaga buruh yang sedikit sahaja.

Rajah 2.3: Gambar Salah Satu Sistem Kenderaan Pemampat Yang Digunakan Di Malaysia

2.5.2 Penglibatan Pihak Berkuasa

Dalam proses pemungutan ini, Pihak Berkuasa Tempatan pada kebiasaannya kerja-kerja pemungutan sampah ini kebiasaannya dilakukan oleh pihak yang telah dilantik oleh Pihak Berkuasa Tempatan mengikut kawasan. Bagi kawasan pentadbiran Majlis Bandaraya Johor Bahru, sistem pengurusan sisa pejal ini telah diswastakan kepada Southern Waste Management (SWM).

2.6 Proses Penyimpanan Sisa Pejal

Penyimpanan sisa pejal yang baik akan memudahkan kerja-kerja pihak yang terbabit ketika proses pemungutan dilakukan. Bagi kawasan perumahan, sisa pejal dibungkus di dalam beg plastik hitam sebelum dimasukkan ke dalam tong sampah. Namun, pengasingan perlulah dilakukan terlebih dahulu agar memudahkan kerjakerja pihak terbabit untuk mengasingkan sisa yang akan dilupuskan dengan sisa yang akan dikitar semula. Bagi kawasan komersil, tong-tong sampah pelbagai saiz disediakan bertujuan untuk mengumpulkan kapasiti sisa sama ada banyak ataupun sedikit.

30

Untuk kawasan yang luas, tong yang lebih besar diperlukan dan disediakan terutamanya di pasar-pasar awam, kawasan kilang dan juga kawasan rumah pangsa dimana sisa yang dijana adalah terlalu banyak dan besar. Bagi tong kitar semula, ianya disediakan dalam tiga jenis tong yang berlainan warna dan kegunaan bagi memudahkan kerja-kerja pengasingan dilakukan. Kebiasaannya, tong-tong kitar semula ini ditempatkan di kawasan yang menjadi tumpuan awam kerana kawasan ini banyak menjana bahan-bahan yang boleh dikitar semula. Terdapat pelbagai jenis bekas penyimpanan sementara disediakan oleh pihak yang terbabit untuk kegunaan penduduk. Diantaranya ialah Wheelie Bir HDPE, Rear End Loader HDPE, Rel Bin, Rear End Loader metal, RoRo Bin dan RoRo Bin. Kapasiti bagi setiap model tong sampah adalah seperti yang ditunjukkan dalam Jadual 2.3.

Jadual 2.3: Senarai Model dan Kapasiti Tong Sampah MODEL Wheelie Bir HDPE Rear End Loader HDPE Rel Bin Rear End Loader metal RoRo Bin RoRo Bin KAPASITI (liter) 80 - 240 660 600 - 1200 1 500 11 000 22 000

Sumber: Southern Waste Management Presentation

Penyimpanan sisa pejal yang biasa digunakan adalah sistem bekas pegun dan system bekas punggah.

2.6.1 Sistem Bekas Pegun

Sistem jenis ini digunakan secara meluas di negara ini terutama sekali di kawasan-kawasan kediaman, asrama dan kawasan lain yang melibatkan jumlah penjanaan sisa pejal yang tidak banyak. Bekas-bekas yang digunakan kebiasaannya

31 adalah bersaiz kecil dimana ia berfungsi sebagai tempat penyimpanan sementara sebelum kerja-kerja pemungutan dilakukan oleh pihak yang terbabit dan terus dihantar ke tapak pelupusan. Saiz yang biasa digunakan adalah berukuran di antara 1.4 hingga 2.4 m3 bergantung kepada kawasan yang akan diletakkan. Ia lazimnya diletakkan berhampiran kawasan perumahan seperti rumah pangsa, flat dan kondominium serta di sekolah. Bekas pegun yang biasa digunakan mengikut model keluaran pihak Southern Waste Management ialah Wheelie Bin HDPE, Rear End Loader HDPE dan Rear End Loader.

2.6.2 Sistem Bekas Punggah

Sistem ini digunakan untuk menampung jumlah sisa pejal yang lebih banyak dan besar daripada yang ditampung oleh sistem bekas pegun. Ia biasanya berukuran 11 hingga 22 m3 dengan sisa pejal yang dihasilkan dari kawasan industri, perdagangan dan perniagaan. Pada kebiasaannya ia diletakkan di suatu kawasan yang strategik dan berdekatan dengan kawasan penjanaan yang luas, tidak menjejaskan aktiviti seharian dan mudah untuk kerja pemungutan dijalankan. Model yang biasa digunakan adalah Ro-Ro Bin dan trak pemindahan untuk membawa semua sampah dan sisa pejal ke tapak pelupusan. Sistem jenis ini amat menjimatkan masa serta tidak memerlukan banyak tenaga kerja.

Bagi sistem ini, terdapat dua kaedah digunakan, iaitu:

a. Cara Lazim

Bagi kaedah ini, proses pemungutan sisa pejal dilaksanakan dengan mengangkut bekas yang dipenuhi dengan sisa pejal untuk dibawa terus ke tapak pelupusan untuk dilupuskan. Selepas ianya dikosongkan, bekas tersebut dibawa kembali ke lokasi asalnya dimana ia diambil. Kenderaan pengangkutnya akan meneruskan perjalanan

32 bagi membawa bekas yang lain. Kenderaan yang digunakan bagi operasi jenis ini kebiasaannya pergi dan kembali ke stor tanpa membawa bekas bersamanya.

b. Cara Tukar Bekas

Dalam perlaksanaan kaedah ini, kenderaan pemungut akan membawa bekas yang kosong ke tempat pengumpulan untuk digantikan dengan bekas yang telah dipenuhi. Bekas yang kosong tersebut ditinggalkan manakala bekas yang penuh dengan sisa pejal akan dibawa ke tapak pelupusan untuk dibuang. Bekas tersebut dibawa untuk operasi yang sama tetapi di tempat yang berlainan. Operasi sebegini akan berpanjangan sehinggalah kesemua bekas telah ditukar dan sehinggalah ke tempat pengumpulan yang terakhir.

2.7 Proses Pengasingan Sisa Pejal

Proses pengasingan sisa pejal kebiasaannya dilakukan secara manual iaitu dengan menggunakan tenaga buruh yang ada. Pengasingan perlu dijalankan bagi memudahkan aktiviti pemungutan dan juga untuk pemulihan sumber. Di samping itu, ia juga bertujuan untuk kemudahan kerja pengurusan sisa pejal mengikut kategori dan jenisnya. Pada kebiasaannya, pengasingan dilakukan untuk bahan-bahan seperti plastik, kaca, kertas, tin aluminium dan sisa makanan. Kerja pengasingan ini sebenarnya boleh dilakukan dengan pelbagai cara walaupun begitu, cara manual tetap digunakan.

33 2.7.1 Pengasingan Sebelum Pelupusan

Pada kebiasaannya, pengguna sendiri akan melakukan kerja-kerja pengasingan sebelum proses pelupusan. Para pengguna akan mengasingkan sisa yang dihasilkan mengikut jenis ke dalam bekas yang berasingan. Sisa-sisa ini kemudiannya akan dipungut oleh pihak yang bertanggungjawab dan dihantar ke tempat yang mengendalikan sisa pejal untuk tujuan kitar semula atau ke tapak pelupusan.

Kaedah sebegini mungkin nampak mudah dan di ambil ringan oleh sesetengah pihak, tetapi ianya masih belum dapat dilaksanakan dengan sepenuhnya kerana kurangnya sikap perihatin dan rasa tanggungjawab oleh para pengguna. Ini mungkin timbul disebabkan oleh sifat kurangnya perihatin pengguna terhadap alam sekitar.

2.7.2 Pengasingan Di Kilang Pemprosesan

Pengasingan sisa pejal di kilang pemprosesan dilakukan dengan memisahkan bahan-bahan buangan tersebut mengikut sifat yang terdapat pada bahan tersebut. Salah satu cara yang dilakukan ialah dengan melalui kaedah pencincangan. Kerjakerja ini dilakukan bertujuan untuk memisahkan sisa pejal tersebut kepada bentuk yang lebih kecil. Pengisar tukul tegak atau jenis mendatar kebiasaannya digunakan bagi proses pencincangan ini.

2.7.3 Pengasingan Di Tapak Pelupusan

Bagi kerja-kerja ditapak pula, pengasingan akan dilakukan oleh tenaga buruh atau pekerja-pekerja yang telah dipertanggungjawabkan dalam menjalankan kerja ini. Ia dilakukan secara manual sama ada dengan menggunakan bakul atau guni sebagai bekas bagi mengisi bahan buangan yang boleh dikitar semula. Bahan-bahan tersebut kemudiannya dijual kepada orang tengah atau pihak industri yang terlibat dalam program kitar semula.

34 2.8 Kaedah Pengasingan

Dengan mengasingkan sisa pejal ini dengan lebih awal, secara tidak langsung berupaya untuk mengurangkan kuantiti sisa pejal di tapak pelupusan. Kaedah yang digunakan kebiasaannya bergantung kepada jenis sisa yang hendak diproses. Terdapat tiga kaedah yang utama yang dipraktikkan:

i.

Kaedah Pengasingan Secara Pengeringan Dan Penyahairan

Kaedah ini digunakan bagi mengurangkan kandungan lembapan yang terdapat di dalam setiap jenis sisa yang terkumpul. Ianya bertujuan untuk pemulihan tenaga dan pembakaran bagi mengurangkan berat sisa pejal. Proses pengeringan olakan, pengeringan dan radiasi akan dilakukan terhadap sisa pejal biasanya dipraktikkan.

ii.

Kaedah Pengasingan Komponen Secara Mekanikal

Kaedah ini digunakan untuk mengasingkan bahan-bahan yang boleh dibaik pulih. Tenaga yang digunakan untuk proses pengasingan ini diperolehi daripada teknik pemprosesan yang telah dijalankan sebelum ini. Peralatan yang digunakan adalah bergantung kepada jenis sisa yang hendak diproses.

iii.

Kaedah Pengasingan Secara Magnetik Dan Elektro-Mekanikal

Dalam proses kaedah ini, pengasingan dilakukan bertujuan untuk memisahkan bahan-bahan yang mengandungi logam sebelum diproses. Teknik pengasingan ini dilakukan secara meluas terutamanya dalam bidang pembuatan logam. Peralatan yang digunakan adalah bergantung kepada jenis sisa yang akan diproses.

35 2.9 Proses Pelupusan Sisa Pejal

Sisa pejal yang telah dipungut akan dibawa ke tapak pelupusan untuk dilupuskan. Tapak pelupusan biasanya terletak jauh dari kawasan penempatan penduduk supaya tidak mendatangkan masalah pencemaran dan rasa tidak selesa kepada penduduk. Sisa pejal yang hendak dilupuskan perlu menjalani beberapa proses terlebih dahulu supaya ia lebih mudah dilupuskan.

2.9.1 Pengurangan Isipadu

Untuk memanjangkan jangka hayat tapak pelupusan, kaedah pengurangan isipadu digunakan. Kaedah ini mempunyai tiga proses iaitu:

a) Kaedah Penunuan

Kaedah ini akan dapat mengurangkan isipadu sisa pejal tetapi ia menghasilkan abu kerana sisa yang dihasilkan akan terbakar dan zarah-zarah akan berpecah. Kos bagi kaedah ini tinggi dan ia dalam masa yang sama mencemarkan udara kerana terdapat asap yang terhasil.

b) Kaedah Percincangan

Bagi kaedah ini sisa pejal akan diubah bentuk menjadi cebisan-cebisan yang kecil dan lebih mudah dilupuskan. Kaedah ini sedikit sebanyak dapat mengurangkan masalah pencemaran bau dan kerja-kerja pelupusan lebih mudah dilaksanakan.

36 c) Kaedah Pirolisis

Pembakaran akan dilakukan tanpa menggunakan gas oksigen dalam kaedah ini. Ia menghasilkan isipadu gas yang perlu dirawat pada kuantiti isipadu yang kecil. Sisa pejal akan melalui zon pengeringan sebelum ke zon pirolisis.

2.9.2 Pemprosesan Di Tapak

Di tapak, sisa pejal perlu diuruskan dengan sempurna supaya ruang yang terdapat mencukupi untuk menampung jumlah sisa pejal yang dihasilkan. Ini penting dalam penjimatan ruang bagi melupuskan sisa pejal. Proses di tapak juga melibatkan pengasingan untuk tujuan kitar semula di mana sisa pejal yang boleh dikitar semula dikumpulkan dan diasingkan. Ini melibatkan penggunaan tenaga manusia untuk memilih dan mengasingkan sisa pejal yang boleh dikitar semula.

Pelupusan sisa pejal melalui proses pemadatan dan penutupan sisa menggunakan tanah yang diratakan setelah sisa berkenaan dipadatkan. Ini penting kerana jika sisa dan tanah tersebut tidak dipadatkan dengan sempurna ia akan menggunakan ruang yang banyak dan haiwan seperti tikus dan burung gagak akan berkeliaran untuk mencari makanan di tapak pelupusan.

Sisa yang terkumpul setelah proses pengasingan berlaku akan diletakkan di suatu kawasan yang terkawal. Jentera seperti jentolak dan pemadat digunakan untuk menolak sisa pejal dan meratakannya sebelum kerja pemadatan dilakukan. Setelah itu tanah digunakan untuk mengambus atau menimbus sisa pejal berkenaan.

37 2.9.3 Kaedah Pelupusan

Kaedah yang biasa digunakan dalam proses pelupusan sisa pejal:

a) Kaedah Kawasan

Kaedah ini sesuai digunakan di kawasan yang struktur tanahnya rendah dan rata. Sisa pejal diratakan dan dipadatkan. Benteng tanah dibina disekeliling tapak pelupusan dengan kecerunan yang pada kebiasaannya 1:3 dan pada ketebalan antara satu hingga dua kaki. Lapisan tanah merah dijadikan penutup dengan ketebalan 15 hingga 30 cm. Sisa pejal yang telah ditutupi tanah dikenali sebagai sel dan pembinaan sel baru di sebelah sel lama bertujuan mengambus sisa pejal. Sel bertingkat akan dibina apabila tingkat sel di bawah dipenuhi.

Rajah 2.4: Pelupusan Menggunakan Kaedah Kawasan

38

Rajah 2.5: Sistem Pelupusan Kaedah Kawasan Sedang Dijalankan

b) Kaedah Perparitan

Untuk kaedah ini parit digali dan tanah yang digali digunakan sebagai penutup untuk menimbus kembali sisa pejal. Kawasan yang telah digali mempunyai saiz keluasan antara 30 hingga 120 m panjang dan lebar 5 hingga 8 m dengan kedalaman antara 1 hingga 2 m. Hamparan sisa pejal pada kecerunan 1:3 dan dipadatkan pada kedalaman 1 hingga 2 kaki. Ketebalan penutup adalah pada 15 hingga 30 cm dan kawasan yang mempunyai air tanah adalah sesuai bagi mengelakkan resipan air larut lesap ke permukaan tanah atau dari tapak pelupusan.

39

Rajah 2.6: Sistem Pelupusan Kaedah Perparitan

Rajah 2.7: Diagram Sistem Pelupusan Kaedah Perparitan

c) Kaedah Ruang

Kaedah ini adalah yang paling praktikal kerana ia merupakan gabungan kaedah lain dan digunakan di kebanyakkan tapak pelupusan. Sisa pejal yang dihantar akan ditempatkan di antara kawasan yang dipisahkan oleh tebing-tebing dan dipadatkan di dalam satu ruang. Dengan kaedah ini masalah pelarutan air larut lesap ke dalam tanah dapat dikurangkan.

40 2.10 Nilai Pasaran Bahan Kitar Semula

Nilai pasaran bagi bahan-bahan buangan yang boleh dikitar semula semakin berharga pada masa kini. Ini adalah langkah baik kerajaan untuk menggalakkan masyarakat dalam melibatkan diri dalam menjayakan program kitar semula. Ini terbukti dengan hasil penjualan bagi bahan tersebut yang semakin meningkat akibat meningkatnya tahap kesedaran orang ramai terhadap pentingnya kitar semula bahan buangan dan menjaga keseimbangan alam sekitar. Pengendali pusat kitar semula menawarkan harga yang berpatutan bagi setiap bahan yang dikitar semula. Bahanbahan tersebut mempunyai nilai yang baik dan berpatutan dengan kuantiti yang dijual kepada pengusaha pusat kitar semula. Bahan-bahan yang dikumpul akan dihantar ke kilang pemprosesan bahan kitar semula. Walaubagaimanapun, tiada penetapan harga bagi barangan tersebut tetapi anggaran nilai bagi barangan tersebut boleh didapati.

Peningkatan bahan untuk kitar semula adalah ditahap yang baik kerana masyarakat sudah mula dapat menerima proses kitar semula disamping dapat menambah pendapatan sambilan hasil daripada penjualan bahan-bahan tersebut. Terdapat juga sesetengah individu menjalankan perniagaan secara kecil-kecilan dengan membuat kutipan dari rumah ke rumah seperti membeli botol, besi buruk, surat khabar lama dan sebagainya iaitu bahan yang boleh dikitar semula. Ada juga individu yang berjaya menjalankan perniagaan ini sehingga dapat mengubah taraf hidupnya. Semua ini merupakan salah satu cara kempen yang dijalankan bagi menggalakkan penglibatan masyarakat dalam program kitar semula. Jadual 2.4, Jadual 2.5 dan Jadual 2.6 menunjukkan harga barangan dan perbandingan harga barangan yang boleh dikitar semula mengikut jenis dan dalam kawasan Majlis Perbandaran Johor Bahru Tengah (MPJBT).

41 Jadual 2.4 : Harga Barangan Yang Boleh Dikitar Semula Bahan Harga Belian (RM/kg) Harga Jualan (RM/kg) Keuntungan (RM/kg)

Surat Khabar Kertas Putih Kertas Komputer Kadbod Tin Aluminium Sisa Aluminium Besi Gred A Besi Gred B Besi Gred C Tembaga Bateri Botol Arak Campuran Botol Plastik

0.09 0.35 0.49 0.37 1.52 1.82 0.33 0.27 0.20 4.71 0.30 0.08 0.03 0.23

0.15 0.44 0.71 0.30 1.98 2.13 0.46 0.35 0.26 5.11 0.46 0.15 0.12 0.46

0.06 0.09 0.23 0.15 0.30 0.30 0.12 0.08 0.06 0.40 0.15 0.08 0.08 0.23

Sumber: Seminar On Waste Recycling Habani Helmi (2002)

Jadual 2.5: Harga Pasaran Sisa Pejal Bahan 1992 Harga Pasaran (RM/kg) 1994 1997

Kertas Kaca Plastic Aluminium

0.10 0.10 0.20 1.50

0.10 0.18 0.15 1.50

0.15 0.15 0.13 1.50

Sumber: Berita Harian (2002)

42 Jadual 2.6: Perbandingan Harga Terkini Barangan Yang Boleh Dikitar Semula Dalam Kawasan MPJBT Bahan / Produk Harga Pasaran (RM/kg) 2002 Surat Khabar, Majalah Kadbod, Kotak, Kertas Minyak (Kertas Perang) Kertas Komputer, Kertas Putih & Hitam (A4, A3, A1) Kedua-dua penuh atau telah koyak Kertas Campuran k) Buku-buku, Komik, Sampul Surat l) Surat Buangan, Kertas berwarna dsb 0.10 0.10 0.28 0.20 0.20 0.20 2004 0.16 0.16

Tin Aluminium Tin Minuman Ringan/ Bergas Tin Keluli m) Tin Makanan (sardin) n) Tin Minuman (Milo), Tin Susu Botol dan bekas kaca o) Bekas Makanan p) Botol Minuman Plastik Lembut (Pet Plastic) q) Botol Air Mineral

1.80

2.60

0.10

0.10

0.05

0.05

0.20

0.10

43 r) Botol Minuman Ringan/Bergas Plastik Campuran s) Bekas Shampu, Pencuci, Makanan t) Tupperware, Pelbagai produk Plastik Sumber: Mohd Razmi (2002) dan Southern Waste Management (2004) 0.20 0.10

2.11 Pengurusan Sisa Pejal Oleh SWM

Majlis Perbandaran Johor Bahru Tengah (MPJBT) adalah dipertanggungjawabkan sepenuhnya dalam pengurusan sisa pejal dalam kawasan pentadbirannya. Southern Waste Management (SWM) pula merupakan kontraktor yang dilantik oleh MPJBT untuk hal-hal pengurusan sisa pejal yang telah berkuat kuasa pada 1 November 1997 dan meliputi semua peringkat pengurusan.

Sisa pejal yang dipungut akan dihantar terus ke Stesen Pemindahan Sisa Pepejal Taruka yang terletak di Larkin sebelum ianya dihantar ke tapak pelupusan yang terletak di Ulu Tiram. Tapak pelupusan ini menggunakan kaedah pelupusan sanitari iaitu cara kambus tanah. Kaedah ini adalah sesuai di mana sisa pejal yang termampat akan ditutup dengan tanah dan pengalas lapisan sel dan paip udara dibina bagi mengawal pelarutan air lesap dan pengeluaran gas beracun ke udara. Tapak pelupusan ini meliputi kawasan seluas 36 ekar. Kajian yang dibuat menunjukkan lebih 80 peratus kawasan ini telah dipenuhi. ( Zanial Mohd. Salleh 3R Asisstant, SWM ). Jadual 2.7 menunjukkan komposisi sisa pejal bandaran yang menunjukkan kertas adalah sisa paling berat.

44 Sebagai langkah awal sebuah tapak pelupusan baru dikenal pasti bagi menggantikan tapak pelupusan yang sedia ada iaitu tapak pelupusan di Seelong yang terletak di kawasan Senai.

Jadual 2.7:Komposisi Sisa Pejal Bandaran Komponen Kadar Peratus Berat (%) Kadar Biasa

Sisa makanan Kertas Kadbod Plastik Barangan Tekstil Getah Barangan Kulit Sisa Taman Kayu Bahan Organik Kaca Tin Logam Besi Logam Bukan Besi Debu dan Seumpamanya

6-26 15-45 3-15 2-8 0-4 0-2 0-2 0-20 1-4 0-5 4-16 2-8 1-4 0-1 0-10

14 34 7 5 2 0.5 0.5 12 2 2 8 6 2 1 4

Sumber: Institute For Solid Waste Of American Public Works Association, 1970

45

Bahan Mentah
Bahan Sisa Tempat Tinggal

Pengeluaran

Proses Kitar Semula

Pengeluaran Peringkat Kedua

Pengguna

Pelupusan Aliran Bahan Biasa Aliran Bahan Mentah Rajah 2.8: Aliran Bahan Dan Penjanaan Sisa Pejal Dalam Masyarakat Sumber: C.Clayton, 1973

2.12 Kitar Semula

Kitar semula merupakan proses di mana bahan yang boleh digunakan kembali seperti kertas, kaca, aluminium dan plastik dikitar semula bertujuan untuk menjimatkan tenaga dalam penghasilan bahan baru disamping mengurangkan penggunaan ruang untuk tujuan pelupusan. Kitar semula diperkenalkan bertujuan untuk menggalakkan masyarakat memainkan peranan masing-masing dalam proses kitar semula iaitu dengan mengitar semula bahan-bahan berkenaan kerana masalah pembuangan bahan yang boleh dikitar semula adalah tinggi.

Terdapat pelbagai keuntungan dan faedah yang diperolehi dengan mengitar semula. Dengan mengitar semula, kita dapat menjimatkan sumber semulajadi. Ini

46 adalah kerana ia memerlukan 15 hingga 20 batang pokok dan 1500 liter minyak untuk menjadikan satu tan kertas. Ini bermakna kertas yang diperlukan untuk menghasilkan surat khabar yang dibaca setiap hari dalam masa setahun bagi seorang dapat menyelamatkan sebatang pokok. Manakala mengitar semula satu tan gelas pula boleh menghasilkan 3000 botol dan bekas kaca. Ia juga dapat menggantikan 1.2 tan bahan mentah seperti pasir, abu soda dan batu kapur.

Selain daripada itu, kitar semula juga dapat menjimatkan tenaga. Ini terbukti apabila mengitar semula satu bekas kaca dpat menjimatkan tenaga yang cukup untuk menyalakan mentol 100 Watt dalam jangka masa 4 jam. Tenaga yang diperlukan untuk menghasilkan tin aluminium daripada bahan kitar semula pula adalah 5% daripada tenaga yang diperlukan untuk menghasilkan tin yang sama daripada bahan mentah. Mengitar semula kertas pula hanya memerlukan kurang 60% tenaga daripada menghasilkan kertas daripada balak pokok. Dengan kitar semula juga kita dapat membantu dalam menyelamatkan alam sekitar. Ini kerana menghasilkan kertas kitar semula menjadikan 75% kurangnya pencemaran udara dan 35% kurang pencemaran air yang menghasilkan kertas daripada bahan gentian mentah.

Pelajar sekolah dan institusi pengajian tinggi didedahkan terlebih dahulu mengenai kitar semula dengan harapan setelah mereka tamat pengajian kelak mereka akan sedar akan pentingnya kitar semula dalam kehidupan seharian kerana telah dilatih terlebih awal. Kurangnya penglibatan masyarakat merupakan antara faktor yang menggagalkan program kitar semula walaupun mereka tahu akan kepentingannya.

47

NIAT

KITAR SEMULA

HASIL

LAKU

Rajah 2.9: Proses Mengitar Semula

Jadual 2.8: Bahan Yang Boleh Dikitar Semula dan Kaedah Penyediaannya Bahan Kertas Contoh Surat Khabar Majalah Kotak Kadbod Kertas Fotostat Buku-buku Latihan Penyediaan Kitar Semula Ikat semua kertas dalam bentuk bundle untuk memudahkan proses mengangkat dan penyimpanan Jangan tinggalkan bersama kertas bersalut plastik, tisu atau kertas fax Jangan tinggalkan bersama kertas basah atau bersalut tanah Plastik Botol Air Botol Minyak Masak Bekas Ais Krim Botol Shampu dan Mampatkan botol dan bekas yang kosong Jangan tinggalkan

48 Pencuci Bag Plastik Beli-belah Plastik Makanan Putih Bekas Minuman Tin Aluminium Tin Minuman Bergas bersama bekas makanan dan bungkusan Styrofoam Tin yang kosong dimampatkan dan di kumpulkan kedalam satu plastik Kaca Botol Minuman Botol Sos Botol dikosongkan dan segala penutup dibuang Bersih dan keringkan botol Sumber: 3R Recycling Kit, SWM (2003)

2.12.1 Kitar Semula Kertas

Penghasilan sisa pejal yang melibatkan kertas adalah bahan buangan yang paling banyak sekali dibuang khususnya oleh suri rumah, pelajar sekolah dan institusi pengajian, peniaga dan sebagainya. Kebanyakan peniaga masih lagi menggunakan kertas sebagai pembungkus untuk menjalankan perniagaan masing-masing disamping penggunaan kotak-kotak yang bersaiz besar. Pembuangan kertas yang terpakai seperti pembalut hadiah, kertas putih, tisu, pembalut makanan dan sebagainya menjadikan sampah daripada bahan berkenaan semakin banyak berbanding majalah, surat khabar, buku yang boleh dikumpul kemudian dijual untuk tujuan kitar semula.

Kitar semula kertas dapat mengurangkan penggunaan air sebanyak 60%, penjimatan tenaga sebanyak 70% dan pengurangan bahan cemar sebanyak 50%

49 berbanding dengan memproses kayu untuk dijadikan kertas. [Razmi Omar, 2002]. Kertas yang dikumpul di pusat pengumpulan akan dihantar semula kekilang pemprosesan untuk dijadikan kertas kembali. Proses penghancuran kertas akan dijalankan dan air akan dicampurkan sebelum ia menjadi kertas semula dalam gulungan kertas yang besar sebelum dipotong mengikut saiz yang dikehendaki. Kertas yang dihasilkan melalui proses kitar semula adalah sama kualitinya dengan kertas yang dihasilkan melalui penebangan pokok baru di hutan.

Kitar semula kertas dapat mengurangkan penebangan pokok dan penerokaan hutan secara berleluasa disamping penjimatan tenaga. Tidak semua kertas boleh dikitar semula kerana kertas yang bercampur dengan bahan lain seperti plastik, lilin dan gam tidak boleh dikitar semula. [Era Hijau Kelluaran 3, 1996]. Jenis kertas yang boleh dikitar semula adalah seperti yang ditunjukkan dalam Jadual 2.9 dan Jadual 2.10.

Jadual 2.9: Jenis Kertas Yang Boleh Dikitar Semula (2002) Gred 1 Janis Kertas Campuran Kandungan Campuran kertas pelbagai kualiti seperti jenis pembungkus dan serat. 2 Surat Khabar Bailed, kertas yang tidak melebihi 5% kertas lain 38 Buku Lejar Warna Berasingan Kepingan bercetak dan tidak bercetak, warna hirisan kayu dan pemotongan warna, kertas bermutu tinggi, penulisan dan kertas lain yang mempunyai kandungan setara serat dan penyendat. 40 Buku Lejar Putih Berasingan Kepingan bercertak atau tidak bercetak, kertas potong dan potongan sulfit putih, penulisan dan kertas lain yang mempunyai kandungan serat. Sumber: Razmi Omar (2002)

50

Jadual 2.10: Jenis Kertas Yang Boleh Dikitar Semula (2003) Bahan Cara Pengurangan Surat Khabar - Kongsi - Dapatkan segala berita daripada televisyen ataupun media elektronik - Guna untuk pembungkusan - Berkongsi untuk haiwan - Gulung menjadi satu gulungan kertas yang besar - Surat Khabar dan sebagainya - surat khabar kosong - Letakkan di pusat kitar semula atau dibuangkan kedalam tong kitar semula yang berdekatan Kad Bod - Gunakan saiz yang kecil Kertas Bergred Tinggi - Cetak pada kedua-dua belah muka - Gunakan untuk pembungkusan - Gunakan duadua belah muka - Dikosongkan dan dileperkan - Boleh dikitar semula - Pusat Kitar Semula - Mana-mana Pusat 3R - 40-50% sisa yang dihasilkan ialah kertas Buku Telefon - Telefon pusat 3R yang berdekatan Sumber: 3R Recycling Kit, SWM (2003) - Dikisarkan dan dibuang - Telefon Pusat 3R yang berdekatan - Penduduk Malaysia menggunak an 280,000 tan surat khabar setahun Guna Semula Apa/Bagaimana Dimana Kenapa

Rajah 2.10: Salah Satu Tong Dan Kaedah Yang Digunakan Untuk Pengumpulan Kertas Sebelum Dikitar Semula

51

Rajah 2.11: Pameran dan jualan hasil kertas yang telah dikitar semula sempena TV3 Sure Heboh 2004 di Dataran Bandaraya, Johor Bahru.

2.12.2 Kitar Semula Kaca

Sisa kaca merupakan bahan yang paling mudah untuk dikitar semula kerana nilai kitar semula kaca adalah tinggi. Kebanyakkan sisa kaca adalah terdiri daripada botol-botol minuman yang telah digunakan. Daripada sisa pejal yang dihasilkan 3.7% adalah bahan berasaskan kaca. Kitar semula kaca dapat mengurangkan penggunaan air sebanyak 50%, bahan buangan perlombongan sebanyak 79% dan penggunaan udara sebanyak 14%. Penggunaan bahan api juga dapat dikurangkan kerana kaca yang dikitar semula melebur pada yang lebih rendah berbanding bahan mentah yang baru untuk menghasilkan kaca.

Sisa kaca terutamanya botol dikumpulkan dan dihantar ke pusat kitar semula dan dihancurkan sebelum dilebur pada suhu yang tertentu untuk penghasilan bahan kaca yang baru. Proses daripada kaca kepada kaca berlaku di sini juga untuk penghasilan bahan kaca yang baru. Penghasilan bahan kaca yang dikitar semula adalah sama kualitinya dengan bahan yang baru.

52 Botol yang digunakan sebenarnya boleh digunakan semula tanpa membuangnya. Botol yang telah digunakan boleh dibasuh dengan bersih dan dijadikan bekas simpanan makanan. Dengan cara ini, penggunaan botol dapat dikurangkan dan sekaligus dapat menjimatkan ruang tanah bagi proses pelupusan. Selain daripada itu, botol juga bolehlah dibeli hanya apabila diperlukan sahaja.

Rajah 2.12: Jenis-jenis botol kaca yang boleh dikitar semula

2.12.3 Kitar Semula Aluminium

Aluminium merupakan logam yang boleh dikitar semula dan mempunyai nilai kitar semula yang tinggi. Kebanyakan tin minuman diperbuat daripada aluminium iaitu merangkumi 2/3 daripada minuman ringan yang dijual. Logam ini diperolehi daripada aktiviti kegiatan melombong yang dijalankan dikuari-kuari. Jika ianya berterusan, ini bermakna sumber berkenaan akan habis dilombong bagi tujuan mendapatkan logam aluminium. Tetapi jika dengan mengitar semula, kegiatan melombong dapat dikurangkan sekaligus kawasan perlombongan baru tidak akan diterokai. Kitar semula aluminium dapat mengurangkan penggunaan tenaga disamping menjimatkan penggunaan bahan baru.

Tin-tin aluminium yang dikumpulkan akan dimampatkan dalam bentuk blok kemudian dileburkan semula menjadi cecair. Cecair aluminium ini akan dibentuk semula menjadi tin dalam pelbagai bentuk dan saiz. Proses peleburan hanya

53 memerlukan 5% tenaga bagi tin aluminium yang dikitar semula berbanding dengan peleburan bahan yang baru. Untuk kitar semula aluminium ia lebih popular kerana mendapat sambutan daripada masyarakat khusus golongan remaja yang gemar mengumpul tin aluminium untuk dijual. Pengumpulan tin aluminium lebih mudah untuk dijalankan kerana ianya mudah didapati berbanding bahan kitar semula yang lain. Proses kitar semula benar-benar menjimatkan penggunaan bahan baru dan tenaga disamping menyelamatkan alam sekitar.

Jadual 2.11: Bahan Logam Yang Boleh Dikitar Semula Bahan Cara Pengurangan Aluminium - Kurangkan penggunaan tin minuman Guna Semula Bersihkan dan guna semula - Bersihkan dan dileperkan/ dimampatkan - Pusat - Boleh Apa/Bagaimana Dimana Kenapa

pembuangan dikitar 3R semula menjadi tin baru

Bahan Logam Lain

- Sewa / Pinjam

- Beli daripada pengitar semula logam

- Hantar ke pengitar semula logam / pusat pembuangan

Sumber: 3R Recycling Kit, SWM (2003)

Rajah 2.13: Proses Pengumpulan Tin-tin Aluminium Sebelum Dikitar Semula

54

2.12.4 Kitar Semula Plastik

Plastik merupakan bahan yang sukar dan mengambil masa untuk dilupuskan. Ia terdiri daripada campuran karbon, hidrogen dan unsur-unsur bukan logam yang lain yang memakan masa yang lama untuk reput. Mengitar semula plastik agak rumit kerana ia menggunakan proses kitaran haba yang memerlukan kos yang agak tinggi. Walaubagaimanapun, plastik tetap dikitar semula kerana ianya bahan yang sukar untuk dilupuskan disamping ia juga dapat mengurangkan penggunaan bahan api dan tenaga.

Plastik yang paling banyak dikitar semula adalah terdiri daripada jenis yang digunakan sebagai bekas makanan dan botol minuman sejuk berkarbonat iaitu Polyethylene Terephthalate (PETE/1) dan plastik yang digunakan sebagai botol susu dan botol bahan pencuci iaitu high-density polyethylene (HDPE/2). Kedua-dua jenis ini adalah daripada jenis termoplastik.

Jadual 2.12: Klasifikasi Dan Penggunaan Plastik Jenis Bahan Mentah Polyethylene Terephthalate Kod SPI 1-PETE Kegunaan Asal Bekas makanan dan botol minuman sejuk berkarbonat High-Density Polyethylene Vinyl/ Polyvinyl Chloride 2-HDPE 3-PVC Botol susu dan botol bahan pencuci Paip dan bekas barangan makanan di rumah Low-Density Polyethlene 4-LDPE Pembungkus nipis dan lain-lain bahan filem Polypropylene 5-PP Peti mengisi barang, kotak simpanan barang, penutup dan petanda Polystrene Resin dan pelbagai lapisan 6-PS 7-lain-lain Cawan dan bekas makanan Plastik bercampur

55 Sumber: Safri Abdul Hadi (1997)

Jadual 2.13: Jenis Plastik Yang Boleh Dikitar Semula Bahan Cara Guna Apa/Bagaimana Dimana Kenapa

Pengurangan Semula Beg Plastik - Bawa beg sendiri dari rumah - Plastik sampah dirumah - Beg plastic anjal - Tong kitar - Ia memerlukan semula 10 hingga 20 tahun untuk dilupuskan Styrofoam - Gunakan kertas atau bungkusan yang mudah dilupuskan Sumber: 3R Recycling Kit, SWM (2003) - Simpan dan duna semula -Bersihkan - Peningkatan bahan buangan Polystyrene

Rajah 2.14: Pengumpulan botol-botol plastik untuk dikitar semula di Beijing, China

56 2.13 Penglibatan Komuniti Dalam Program Kitar Semula

Negara ini masih kekurangan persatuan-persatuan yang sepenuhnya memperjuangkan program mencintai alam sekitar. Oleh yang demikian tidak hairanlah penduduk di negara ini kurang terlibat dalam program kitar semula ini. Walaupun begitu, penglibatan pihak persendirian umumnya individu-individu yang banyak menjalankan kegiatan dan aktiviti sukarela, sedikit sebanyak membantu mengembangkan lagi kempen kitar semula yang dilancarkan ini terutama sekali kepada mereka yang tinggal di kawasan luar bandar dan juga di pedalaman. Ini dapat membantu Pihak Berkuasa Tempatan menyampaikan mesej mengenai kitar semula dengan lebih berkesan dan jelas.

Aktiviti-aktiviti yang dijalankan oleh pihak ini pada masa sekarang seringkali diselitkan dengan kerja-kerja pemungutan bahan-bahan kitar semula yang dibawa oleh ahli persatuan. Untuk menarik perhatian dan minat lebih banyak lagi, mereka memberikan ganjaran kepada barangan yang dibawa sama ada dalam bentuk barang keperluan harian ataupun wang ringgit. Kutipan yang dibuat itu kemudiannya dijual kepada pemborong yang mana wang yang terkumpul itu dimasukkan ke dalam tabung persatuan bagi membiayai perjalanan aktiviti persatuan.

Selain mengumpulkan bahan-bahan yang boleh dikitar semula, barangan yang tidak diperlukan juga banyak dibaiki semula dan dikumpulkan oleh pelbagai persatuan dan komuniti sama ada untuk dijual ataupun bagi memungut derma untuk mengisi tabung badan-badan kebajikan yang tertentu. Wang yang diperolehi itu juga boleh didermakan kepada mereka yang lebih memerlukan di samping untuk memperbaiki kemudahan awam yang rosak.

57 2.14 Tahap Pendidikan Komuniti Terhadap Kempen

Pendidikan pada peringkat awal merupakan titik permulaan yang amat baik bagi membentuk sikap masyarakat yang perihatin dan cinta terhdap alam sekitar. Kesedaran terhadap pemuliharaan alam sekitar telah lama dididik di sekolah, namun, tahap keperihatinan untuk bertindak masih kurang jelas dan masih berada pada tahap yang rendah. [Recycling Bulletin, Februari 2001]. Oleh yang demikian, dalam menjayakan kempen kesedaran terhadap kitar semula ini, pihak yang terbabit dan yang bertanggungjawab terutamanya pihak sekolah dan ibu bapa perlu mengambil sikap mengambil berat, prihatin dan inisiatif untuk memberikan pengetahuan dan pendidikan mengenai kitar semula.

Orang ramai khususnya para pelajar berpeluang mengetahui dengan lebih mendalam lagi mengenai proses pengurusan sisa pejal dan konsep amalan kitar semula melalui kempen yang lebih giat dan aktif di sekolah-sekolah serta penyediaan Pusat Pendidikan Alam Sekitar seperti yang dilakukan oleh pihak Southern Waste Management [Interim News, SWM]. Penggunaan tong kitar semula dengan betul merupakan latihan awal kepada kempen kitar semula dan ianya perlu diajar kepada pelajar sekolah rendah agar mereka tahu akan kegunaan dan manfaat tong kitar semula yang disediakan dalam warna dan kegunaan yang berbeza.

Selain daripada itu, penganjuran seminar berkenaan kitar semula juga dapat membantu dalam menyalurkan maklumat kepada umum tentang prospek kitar semula terhadap alam sekitar dan ekonomi. Di samping itu, program yang diadakan tersebut juga perlu disediakan maklumat yang terperinci mengenai soal pemeliharaan alam sekitar dan pada masa yang sama membolehkan pihak industri mencapai sebahagian piawai ISO 14000 dalam aspek pengurusan alam sekitar [Interim News, SWM].

Untuk menjadikan kempen ini lebih menarik dan dapat menarik penuh minat umum, pertandingan rekacipta barangan dengan menggunakan bahan kitar semula, mencipta lagu yang bertemakan kitar semula atau alam sekitar, penulisan esei,

58 pertandingan kutipan dan membuat kertas kitar semula juga dapat membantu dalam menimbulkan minat umum terhadap kempen terutamanya para pelajar dimana ianya sekaligus dapat meningkatkan daya kreativiti mereka disamping menerapkan semangat cintakan alam sekitar [Recycling Bulletin, Julai 2001].

2.15 Pendapat Umum

Masih ramai masyarakat yang berpendapat bahawa kempen mengenai kitar semula ini perlu dipertingkatkan lagi, terutamanya di kawasan pentadbiran Pihak Berkuasa Tempatan masing-masing. Selain daripada itu, kurangnya tempat khas untuk menjayakan kempen ini juga menyebabkan orang ramai masih belum faham akan pentingnya kempen kitar semula ini [Harian Metro, 22 Mac 2001]. Ramai yang berpendapat bahawa selain kempen-kempen yang dijalankan di media, kempen yang dilaksanakan oleh Pihak Berkuasa Tempatan lebih banyak ditumpukan dibandar. Penduduk di desa atau kawasan pedalaman juga memerlukan penerangan yang lebih jelas tentang kebaikan dan kepentingan kitar semula ini.

Daripada kajian yang dilakukan, peratus yang menggunakan kaedah kitar semula adalah tinggi berbanding mereka yang tidak pernah mengamalkannya. [Paizol Paiman, 1997]. Namun ianya masih belum mencukupi bagi mencapai hasrat kerajaan untuk mewujudkan masyarakat yang cintakan alam sekitar. Para penduduk meminta Pihak Berkuasa Tempatan memperbanyakkan lagi kempen kesedaran serta menambah bilangan tong kitar semula di kawasan tumpuan awam yang lebih banyak menjana sisa pejal.

59 2.16 Kempen Kesedaran

Kempen kitar semula ini pernah dilancarkan oleh Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan pada tahun 1993 [Berita Harian, 2 April 2001]. Namun pada masa itu masyarakat masih belum sedar betapa pentingnya kitar semula dalam kehidupan seharian. Oleh itu, buat kali kedua kempen ini dilancarkan sekali lagi secara besar-besaran dan lebih agresif yang bertemakan Fikir Dahulu Sebelum Buang. Pihak kementerian pula akan mengadakan kempen secara besar-besaran melalui media masa dan berharap agar usaha yang dilakukan dapat meningkatkan tabiat mengurangkan pembuangan sampah dan meningkatkan semangat kitar semula di kalangan masyarakat. Namun, kempen tersebut tidak boleh dilakukan secara paksaan melalui penguatkuasaan undang-undang untuk memastikan usaha yang di jalankan itu berhasil [Berita Harian, 20 Februari 2001].

Pihak kerajaan sekarang giat menjalankan kempen-kempen dengan menambahkan lagi kekerapan publisiti sama ada melalui radio atau televisyen dengan lebih kerap melalui mesej-mesej tertentu agar orang ramai lebih memahami konsep kitar semula. Selain dari itu, pertubuhan-pertubuhan sukarela juga banyak mengadakan kempen yang dijalankan sendiri bagi menyebarkan pemahaman terhadap kempen kitar semula. Mereka banyak membantu pihak berwajib yang terlibat dengan kitar semula dengan bersama-sama mengadakan kempen dan menjalankan kutipan.

60

BAB III

METODOLOGI KAJIAN

3.1 Pengenalan

Maklumat yang didapati adalah daripada kawasan kajian iaitu Taman Perling, di bawah pentadbiran Majlis Perbandaran Johor Bahru Tengah. Maklumat yang dikehendaki adalah berdasarkan pendapat orang ramai mengenai keberkesanan program kitar semula di kawasan mereka. Kebanyakan penduduk atau komuniti tertumpu di sini kerana faktor ekonomi yang amat memberangsangkan dan berkembang pesat. Dengan itu, borang soal selidik akan digunakan untuk mendapatkan maklumat berkenaan dengan keberkesanan program kitar semula di kawasan kajian disamping pengetahuan dan kefahaman mengenai kitar semula.

Jadual 3.1 menunjukkan perancangan dalam menjalankan Projek Sarjana Muda ini, bagi memastikan kajian yang dijalankan berjalan dengan lancar dan dapat disiapkan dalam masa yang telah ditetapkan. Secara keseluruhannya, kajian ini akan memerlukan masa selama dua semester untuk disipkan seperti dinyatakan dalam jadual dibawah. Ini termasuklah Pra-Projek Sarjana Muda dan Projek Sarjana Muda.

61 Jadual 3.1: Jadual Perancangan Kajian Tahun Bulan Aktiviti Kajian Literatur Kajian Metodologi Borang soal selidik , pencarian maklumat dan sesi temu bual Analisis data dan keputusan Penulisan penuh projek * Bahagian yang berwarna mewakili aktiviti yang dijalankan mengikut bulan 11 2004 12 1 2 3 4 2005 5 6 7 8 9

3.2 Kaedah Pendekatan Kajian

Kajian berkenaan kitar semula telahpun dikaji sebelum ini oleh beberapa para pengkaji lain dengan menggunakan beberapa kaedah pendekatan. Untuk kajian ini, pendekatan yang digunakan adalah seperti berikut:

a) Pemerhatian dan pengumpulan maklumat serta data b) Proses penganalisisan data c) Kajian literatur d) Cadangan serta pendapat

62 3.2.1 Pemerhatian dan pengumpulan maklumat serta data

Kaedah pemerhatian dilakukan bagi mengetahui bagaimana keadaan tempat kajian dan lokasi tong-tong kitar semula yang sesuai bagi tujuan mendapatkan maklumat dan data. Juga bagi mengetahui sejauh manakah ia berfungsi dan digunakan oleh orang ramai dalam menjayakan program kitar semula. Borang soal selidik yang akan diedarkan juga perlu untuk mendapat maklum balas daripada orang ramai tentang keberkesanan kitar semula di samping tinjauan ke pusat kitar semula yang berhampiran, di dalam kawasan kajian. Semua ini adalah berdasarkan objektif dan matlamat kajian iaitu bagi mengetahui keberkesanan proses dan program kitar semula.

Lokasi tong-tong kitar semula yang ditempatkan adalah seperti di stesen-stesen minyak, sekolah dan pasaraya. Setiap tong yang diletakkan mempunyai tiga jenis warna iaitu biru untuk kertas, perang untuk kaca dan jingga untuk aluminium dan plastik. Kesemua tong berkenaan akan dipungut mengikut jadual yang telah ditetapkan oleh Pihak Berkuasa Tempatan atau pihak yang telah dipertanggungjawabkan.

3.2.2

Proses Pengumpulan Dan Penganalisisan Data

Maklumat dan data diperolehi daripada pihak yang bertanggungjawab dalam menjalankan proses kitar semula dan pusat pengumpulan yang menjalankan proses pengumpulan sisa pejal yang boleh dikitar semula. Semua data yang diperolehi adalah secara terus ke tempat berkenaan dengan menemubual kakitangan yang ditugaskan dalam program kitar semula ini. Ini dilakukan dengan mengajukan beberapa soalan yang berkaitan untuk mendapatkan data yang dikehendaki. Temubual telah dilaksanakan dengan pihak penduduk tempatan, kakitangan Majlis Perbandaran Johor Bahru Tengah (MPJBT) dan kakitangan Southern Waste Management Sdn. Bhd. (SWM).

63 Lawatan ke pusat pengumpulan sementara di Jalan Taruka juga perlu dibuat bagi mengetahui sejauh mana keberkesanan program yang dilakukan berdasarkan kepada longgokan bahan yang boleh dikitar semula. Selain daripada itu, lawatan ke Pusat Pendidikan Alam Sekitar yang terletak dikawasan Larkin juga sedikit sebanyak dapat membantu dalam menjalankan kajian ini. Ini adalah kerana pusat tersebut dapat mendidik orang awam serta para pelajar mengenai kepentingan program kitar semula.

Selain daripada itu, temubual dibuat dan maklumat juga diperolehi daripada Alam Flora Sdn. Bhd. Cawangan Kajang bagi membandingkan organisasi, cara pentadbiran dan pengurusan dalam pengurusan sisa pejal dan proses kitar semula. Semua kaedah yang digunakan bertujuan untuk mendapatkan data yang dikehendaki.

64

BAB 1V

ANALISIS DAN KEPUTUSAN

4.1 Pendahuluan

Bab ini membincangkan, menganalisis dan melihat hasil kajian daripada 100 data yang telah diperolehi daripada borang soal selidik seperti yang dilampirkan di dalam lampiran. Analisis yang dilakukan ini bertujuan untuk mendapatkan data masalah, penyelesaian dan juga cadangan dalam menangani masalah yang mungkin timbul dalam pengurusan kitar semula di kawasan Taman Perling, Johor Bahru. Soal selidik telahpun dijalankan ke atas 100 responden secara rawak di Perling Mall, dimana pusat tumpuan membeli-belah bagi pemduduk Taman Perling. Dalam 100 responden yang terlibat, 50 responden adalah lelaki dan 50 lagi adalah perempuan bagi menunjukkan perbezaan tahap kitar semula dari segi jantina.

65 Antara perkara yang dilihat dan dianalisis dalam kajian ini, yang merangkumi aspek penting termasuklah:

1. Kajian latar belakang responden yang disoal selidik 2. Tinjauan kesedaran responden terhadap program kitar semula yang dijalankan di sekitar tempat, tahap penggunaan tong-tong kitar semula oleh responden dan cara mereka mendapatkan maklumat berkenaan kitar semula. 3. Tinjauan terhadap jumlah dan jenis bahan yang dikitar semula dan hubungannya dengan latar belakang responden.

4.2 Analisis Latar Belakang Responden

Kajian yang dijalankan ini melibatkan 100 sampel daripada responden. Bilangan lelaki dan perempuan yang telah disoal selidik seimbang, iaitu 50 bagi lelaki dan 50 lagi bagi perempuan, yang terdiri daripada pelbagai bangsa dan agama. Seperti yang dinyatakan sebelum ini, kawasan kajian meliputi Taman Perling, Johor Bahru dan data kajian yang dikumpul tertumpu kepada kawasan tumpuan penduduk, iaitu di Perling Mall. Dalam kajian yang dijalankan ini beberapa aspek akan dianalisis, termasuklah bangsa, agama, peringkat umur, status, peringkat pendapatan bulanan, tahap pendidikan dan pekerjaan. Semasa kajian dilakukan, temuramah telah dilakukan secara tidak langsung terhadap responden untuk mendapatkan pendapat serta cadangan dalam melancarkan lagi program kitar semula.

66 4.2.1 Analisis Latar Belakang Responden Perempuan

Seramai 50 responden perempuan yang telah membantu dalam menjayakan kajian ini. Daripada 50 orang responden perempuan yang terlibat, 36% adalah berumur antara 35-55 tahun, 34% berumur antara 26-35 tahun, 16% berumur antara 21-25 tahun, 10% berumur antara 15-20 tahun dan 4% berumur 55 tahun keatas. Ini menunjukkan responden perempuan dalam umur pertengahan lebih prihatin dan memberikan kerjasama dalam menjayakan kajian Kitar Semula ini. Ini berkemungkinan mereka lebih berminat dan lebih cenderung untuk turut serta dalam menjayakan program kitar semula. Carta 4.1 menunjukkan peratus responden perempuan mengikut umur.

Umur
15-20 21-25 4.0% 36.0% 34.0% 16.0% 26-35 35-55 55 above

Carta 4.1: Peratus Responden Perempuan Mengikut Umur

Carta 4.2 pula menunjukkan peratus responden perempuan yang memberikan kerjasama mengikut bangsa. Sebanyak 64% daripada mereka adalah berbangsa Melayu, 16% berbangsa Cina, 16% berbangsa Cina, 2% adalah campuran atau peranakan dan akhir sekali 2% lain-lain bangsa. Ini menunjukkan golongan majoriti adalah bangsa Melayu yang memberikan kerjasama dan berminat dalam menjayakan kajian ini.

67

Bangsa
malay
2.0% 16.0%

chinese indian mixed others

16.0% 64.0%

Carta 4.2: Peratus Responden Perempuan Mengikut Bangsa

Carta 4.3, 4.4 dan 4.5 pula menunjukkan tahap pendidikan, pekerjaan dan pendapatan bulanan responden perempuan. Carta 4.3 menunjukkan bahawa respoden yang bertaraf pendidikan sekolah menengah paling ramai memberikan kerjasama, diikuti dengan kolej atau diploma, universiti dan akhir sekali lain-lain. Carta 4.4 pula, menunjukkan responden dalam golongan lain-lain pekerjaan paling ramai, iaitu seramai 13 orang yang memberikan kerjasama. Ini berkemungkinan bahawa ramai responden suri rumah yang lebih cenderung untuk melibatkan diri dalam program kitar semula, kerana mereka lebih mengetahui berkenaan sisa pejal yang dihasilkan dirumah. Carta 4.5 pula menunjukkan pendapatan bulanan responden perempuan dan yang tertinggi ialah lingkungan pendapatan bulanan RM501-1500 dan RM1501-2000.

68

25

Bilangan

20 15
24

10 5 0
high schools college/diploma university/degree others

11

10 5

Tahap Pendidikan

Carta 4.3: Bilangan Responden Perempuan Mengikut Tahap Pendidikan

14 12 10

Bilangan

8 6 4 2 0
professional academicians business government officer self employed students others

13 11 9 6 3 3 5

Pekerjaan

Carta 4.4: Bilangan Responden Perempuan Mengikut Pekerjaan

69

20

15

Bilangan

10
16 16

5
6 2

10

0 RM0-300 RM301-500 RM501-1500 RM1501-2000 above RM2000

Pendapatan Bulanan

Carta 4.5: Bilangan Responden Perempuan Mengikut Pendapatan Bulanan

Carta 4.6 dan 4.7 menunjukkan jangka masa menetap, kategori rumah dan tahap pemilikan responden yang terlibat. Kebanyakkan responden yang terlibat telah menetap di sekitar Taman Perling lebih dari 5 tahun, iaitu seramai 26 orang, diikuti dengan 12 orang yang kurang dari setahun, 9 orang 3 - 5 tahun, 2 orang 2 - 3 tahun dan akhir sekali seorang 1-2 tahun. Ini menunjukkan bahawa penduduk yang sudah lama menetap di Taman Perling mengambil berat akan kebersihan dan pengurusan sisa kitar semula di kawasan rumah mereka. Berdasarkan Carta 4.7, responden yang paling ramai adalah responden yang memiliki sendiri rumah yang mereka diami, iaitu seramai 28 orang dan 18 daripadanya menetap di rumah sebuah atau banglo.

70

30 25
26

Bilangan

20 15 10 5 0 less than 1 year


1

12 9

1-2 years

2-3 years

3-5 years

more than 5 years

Masa Menetap
Carta 4.6: Bilangan Responden Perempuan Mengikut Masa Menetap Di Kawasan Kajian

Kategori Rumah
single/bungalow kampung house/village multi family/flat/apartment/condomi nium

Lain-lain

Tahap Pemilikan

Sewa

15

Beli/Milik

5 5 18

Carta 4.7: Bilangan Responden Perempuan Mengikut Kategori Rumah dan Tahap Pemilikan

71 4.2.2 Analisis Latar Belakang Responden Lelaki

Carta 4.8 dan 4.9 menunjukkan peratus dan bilangan repsonden lelaki yang memberikan kerjasama mengikut umur dan bangsa. Berdasarkan Carta 4.8, bilangan dan peratus responden lelaki yang paling ramai ialah dalam lingkungan umur 35-55 tahun dengan bilangan 20 orang (40%) dan diikuti dengan peringkat umur antara 26-35 tahun dengan bilangan 15 orang (30%) . Ini menunjukkan responden lelaki yang terlibat berkemungkinan membeli-belah bersama keluarga semasa kajian dijalankan di Perling Mall dan mereka yang memberikan kerjasama adalah kebanyakkannya sudahpun berkeluarga dan lebih prihatin terhadap kajian keberkesanan kitar semula ini. Carta 4.9 pula menunjukkan bangsa Melayu lebih ramai yang memberikan respon berbanding dengan bangsa-bangsa lain, iaitu 30 orang (60%), diikuti dengan bangsa India dengan bilangan 10 orang (20%).

Umur
3 6.0% 3 6.0% 9 18.0% 20 40.0% 15-20 21-25 26-35 35-55 55 above

15 30.0%

Carta 4.8: Peratus Dan Bilangan Responden Lelaki Mengikut Umur

72

Bangsa
4.0% 4.0% 2 2 20.0% 10 malay chinese indian mixed others 60.0% 30

12.0% 6

Carta 4.9: Peratus Dan Bilangan Responden Lelaki Mengikut Bangsa

Carta 4.10, 4.11 dan 4.12 pula menunjukkan responden lelaki yang terlibat mengikut tahap pendidikan, pekerjaan dan pendapatan bulanan. Menurut Carta 4.10, responden yang bertahap pendidikan kolej atau diploma adalah tertinggi, diikuti pula dengan tahap pendidikan univerisiti dan sekolah menengah. Carta 4.11 pula menunjukkan bahawa responden lelaki dalam lingkungan professional adalah tertinggi dengan 24%, diikuti dengan ahli perniagaan dan lain-lain dengan peratus yang sama, iaitu 20%. Berdasarkan carta 4.12 pula, kebanyakkan responden berpendapatan bulanan lebih daripada RM2000, dengan peratus 48% iaitu seramai 24 orang.

73

15

12

Bilangan

9 15 30.0% 6 11 22.0% 13 26.0%

5 10.0%

6 12.0%

0
high schools college/diploma university/degree graduate/postgraduate others

Tahap Pendidikan

Carta 4.10: Peratus Dan Bilangan Responden Lelaki Mengikut Tahap Pendidikan

12 10

Bilangan

8 6 4 2 0
professional academicians business government officer self employed

12 24.0%

10 20.0%

7 14.0% 3 6.0% 3 6.0% 2 4.0%


retired students

10 20.0%

3 6.0%

others

Pekerjaan

Carta 4.11: Peratus Dan Bilangan Responden Lelaki Mengikut Pekerjaan

74

25 20

Bilangan

15 10 5 0 12 24.0% 24 48.0%

5 10.0% RM0-300

3 6.0% RM301-500

6 12.0% RM501-1500

RM1501-2000

above RM2000

Pendapatan Bulanan

Carta 4.12: Peratus Dan Bilangan Responden Lelaki Mengikut Pendapatan Bulanan

Carta 4.13 dibawah menunjukkan bilangan responden lelaki mengikut agama dan taraf perkahwinan. Berdasarkan carta, responden lelaki yang telah berkahwin dan beragama Islam adalah paling ramai, iaitu dengan bilangan 21 orang responden. Diikuti dengan responden bujang beragama Islam, responden bujang beragama Kristian dan responden bujang beragama Hindu. Ini menunjukkan bahawa lelaki yang sudah berkeluarga lebih prihatin dan berkeinginan membantu dalam memperbaiki sistem pengurusan bahan kitar semula.

75

Agama

Lain-lain

muslim christian budhism hinduism others

1 2

Taraf Perkahwinan

Berkahwin

3 1 1

21

6 8

Bujang

Carta 4.13: Peratus Dan Bilangan Responden Lelaki Mengikut Agama Dan Taraf Perkahwinan

Carta 4.14 menunjukkan peratus dan bilangan responden lelaki mengikut kategori rumah, tahap pemilikan dan jangka masa menetap. Berdasarkan carta, responden yang paling ramai adalah responden yang terdiri daripada responden yang menetap dirumah sebuah atau banglo, mempunyai tahap milikan sendiri dan sudah menetap lebih dari 5 tahun, dengan bilangan 11 orang. Ini diikuti pula dengan responden yang menetap dirumah kampung, mempunyai tahap milikan sendiri dan juga sudah menetap lebih dari 5 tahun, dengan bilangan 6 orang. Ini dapat disimpulkan bahawa mereka yang menetap lebih dari 5 tahun dan mempunyai tahap pemilikan rumah sendiri lebih mengambil berat dalam pengurusan sisa kitar semula dan alam sekitar mereka.

76

Tahap Pemilikan Beli/Milik Sewa Lain-lain


multi family/flat/apartment/condomini um

Masa Menetap
less than 1 year 1-2 years 2-3 years 3-5 years more than 5 years

3 2 3 3 1 1 5 2

Kategori Perumahan

kampung house/village

single/bungalow

4 1 4

11

Carta 4.14: Peratus Dan Bilangan Responden Lelaki Mengikut Kategori Rumah, Tahap Pemilikan dan Jangka Masa Menetap

77 4.3 Analisis Sumber Maklumat Mengenai Kitar Semula Carta 4.15 dan 4.16 menunjukkan bilangan responden berdasarkan pengetahuan mereka berkenaan dengan perasmian kitar semula oleh kerajaan dan juga sumber maklumat kitar semula responden. Berdasarkan Carta 4.15, responden perempuan lebih tertumpu kepada televisyen sebagai sumber bagi mereka untuk mengetahui maklumat berkenaan kitar semula, iaitu seramai 24 orang. Carta 4.16 pula menunjukkan bahawa hampir separuh responden lelaki juga memilih televisyen sebagai sumber maklumat program kitar semula. Ini berkemungkinan kerana televisyen merupakan satu alternatif yang mudah, efisyen dan berkesan dalam penyampaian maklumat. Daripada kedua-dua carta ini, dapat dilihat hanya 10 orang daripada 100 orang responden yang tidak tahu berkenaan perasmian program kitar semula oleh kerajaan. Ini menunjukkan 90% responden yang terlibat adalah responden yang mengambil tahu tentang program kitar semula di kawasan mereka.

Sumber Maklumat Kitar Semula


television newspaper radio internet friends all/others

Tidak Tahu

Perasmian Kitar Semula Oleh Kerajaan

14

Ya

22

4 1 3 2

Carta 4.15: Bilangan Responden Perempuan Mengikut Sumber Maklumat Kitar Semula dan Pengetahuan Terhadap Pelancaran Kitar Semula Oleh Kerajaan

78

Sumber Maklumat Kitar Semula television newspaper radio internet friends all/others

Pelancaran Kitar Semula Oleh Kerajaan

Tidak Tahu Tahu

17

18

Carta 4.16: Bilangan Responden Lelaki Mengikut Sumber Maklumat Kitar Semula dan Pengetahuan Terhadap Pelancaran Kitar Semula Oleh Kerajaan

4.4 Analisis Kesedaran Kitar Semula

Carta 4.17 pula menunjukkan bilangan responden yang mengitar semula bahan buangan mereka. Carta dibawah menunjukkan majoriti responden ada mengitar semula bahan buangan mereka, walaupun responden dalam lingkungan kadang-kadang adalah seramai 38 orang bagi lelaki dan 36 orang bagi perempuan. Hanya 5 orang responden daripada 100 orang responden yang langsung tidak mengitar semula. Ini manunjukkan bahawa 95% responden yang terlibat adalah responden yang mempunyai rasa tanggungjawab untuk mengitar semula. Carta 4.18 menunjukkan bilangan responden mengikut mengapa mereka mengitar semula. Berdasarkan carta, hanya 30 orang responden yang merasakan bahawa kitar semula adalah satu tanggungjawab. Manakala 43 orang responden merasakan ianya satu perkara yang sepatutnya dilakukan. Hanya 5 orang responden yang mengitar semula kerana tong dan pusat pengumpulan kitar semula berada berdekatan kawasan kediaman responden.

79

Adakah Anda Kitar Semula Ya


2.5 2.0 1.5 1.0 0.5 40 30 20 10 0 10 20 30 40 40 30 20 10 0 11 38
2

Kadang-kadang

Tidak
2.5

Jantina

11

36

2.0

Jantina

1.5 1.0 0.5

Carta 4.17: Bilangan Responden Lelaki dan Perempuan Mengikut Aktiviti Kitar Semula

50

Bilangan

40 30 20
30 43

10 0
Tanggungjawab
7 8 5 7

Terpaksa

Tak Pasti

Sepatutnya dilakukan

Tong dan Pusat pengumpulan

Dorongan

Kenapa Anda Kitar Semula

Carta 4.18: Bilangan Responden Mengikut Sebab Mereka Kitar Semula

80

Jadual 4.1: Taburan Bilangan Responden Mengikut Pekerjaan Terhadap Jenis-jenis Bahan Yang Di kitar Semula
glass always occupation professional academicians business government officer self employed retired students others 4 4 4 21 2 2 11 8 2 8 21 8 someti mes 4 never 4 6 13 2 1 always plastic someti mes 4 2 8 9 4 2 4 4 8 13 2 4 4 8 6 5 never 4 4 aluminium always 4 6 6 1 14 4 4 1 12 6 2 6 13 6 20 someti mes 4 never always 2 2 13 9 1 paper someti mes 2 4 8 8 4 2 6 1 4 5 never 4

Jadual 4.2: Taburan Bilangan Responden Mengikut Tahap Pendidikan Terhadap Jenis-jenis Bahan Yang Di kitar Semula
glass always 3 someti mes 9 9 12 2 1 5 7 4 never 28 16 9 always 7 7 6 plastic someti mes 8 13 9 2 5 4 never 25 5 6 aluminium always 8 11 4 someti mes 8 10 15 2 3 10 4 never 24 4 2 always 21 19 9 paper someti mes 10 6 12 2 5 4 never 9

education level

high schools college/diploma university/degree graduate/postgraduate others

81

Jadual 4.3: Taburan Bilangan Responden Mengikut Umur Terhadap Jenis-jenis Bahan Yang Di kitar Semula
glass someti mes 4 18 4 12 3 plastic someti mes 4 14 10 17 11 5 aluminium someti always never mes 8 5 10 8 4 18 13 3 8 4 18 2 paper someti mes 3 4 8 15 5

always age 15-20 21-25 26-35 35-55 55 above

never 8 13 14 23 2

always

never 8 13 1 18

always 10 23 20

never 5 3 1 4

Jadual 4.4: Taburan Bilangan Responden Mengikut Jenis Rumah Terhadap Jenis-jenis Bahan Yang Di kitar Semula
glass someti mes 15 4 4 18 plastic someti always mes 4 18 4 16 4 15 aluminium someti always mes never 4 22 14 8 11 2 14 9 17 paper someti mes 20 7 8

always category of dwellings single/bungalow kampung house/village multi family/flat/apartment/con dominium

never 25 15 20

never 18 11 11

always 20 8 25

never 4 9

82 4.5 Analisis Penglibatan Aktiviti Kitar Semula Diantara Jantina

Jadual 4.5: Ujian t Perbezaan Penglibatan Aktiviti Kitar Semula Diantara Jantina Jantina Lelaki Perempuan n 50 50 Min 1.240 1.200 SD 0.4314 0.4041 t 0.479 p 0.633

Berdasarkan Jadual 4.5 menunjukkan hasil analisis ujian-t (Independent). Didapati min bagi lelaki dan perempuan ialah 1.24 dan 1.20 dengan sisihan piawai 0.431 dan 0.404. Varian dua kumpulan tersebut adalah sama dan perbezaan min antara lelaki (1.24) dan perempuan (1.20) menunjukkan tiada perbezaan ketara dari segi penglibatan aktiviti kitar semula. Kesimpulannya, tidak terdapat perbezaan signifikan min skor penglibatan aktiviti kitar semula diantara lelaki dan perempuan.

4.6 Analisis Jenis Bahan Kitar Semula dan Hubungannya Dengan Latar Belakang Responden Jadual 4.6: Bilangan Responden Mengikut Kekerapan Kitar Semula
Kitar Semula Kertas Cumulative Percent 53,0 87,0 100,0

Valid

always sometimes never Total

Frequency 53 34 13 100

Percent 53,0 34,0 13,0 100,0

Valid Percent 53,0 34,0 13,0 100,0

Kitar Semula Aluminium Cumulative Percent 23,0 60,0 100,0

Valid

always sometimes never Total

Frequency 23 37 40 100

Percent 23,0 37,0 40,0 100,0

Valid Percent 23,0 37,0 40,0 100,0

83

Kitar Semula Plastik Cumulative Percent 24,0 60,0 100,0

Valid

always sometimes never Total

Frequency 24 36 40 100

Percent 24,0 36,0 40,0 100,0

Valid Percent 24,0 36,0 40,0 100,0

Kitar Semula Kaca Cumulative Percent 4,0 41,0 100,0

Valid

always sometimes never Total

Frequency 4 37 59 100

Percent 4,0 37,0 59,0 100,0

Valid Percent 4,0 37,0 59,0 100,0

Empat Jadual 4.6 diatas menunjukkan kekerapan responden untuk mengitar semula mengikut jenis bahan. Didapati bahawa kertas merupakan bahan buangan yang paling kerap dikitar semula, iaitu 53 peratus kerap dan diikuti pula dengan plastik dengan 24 peratus dan aluminium dengan 23 peratus. Ini mungkin kerana kertas, terutamanya surat khabar dibeli pada setiap hari dan kebanyakannya dikitar semula melalui cara beli-balik oleh pihak swasta dari rumah ke rumah.

84 4.6.1 Analisis Kitar Semula Kertas Dengan Latar Belakang Responden

Analisis Bivariate dilakukan bagi mendapatkan korelasi koeffisien bagi setiap pembolehubah. Jadual 4.6 menunjukkan korelasi koeffisien ( r ) bagi latar belakang responden dengan kitar semula kertas.

Jadual 4.7: Korelasi Koeffisien ( r ) Bagi Latar Belakang Responden Dengan Kitar Semula Kertas Pembolehubah Umur Bangsa Tahap Pendidikan Taraf Perkahwinan Jangka Masa Menetap Jenis Rumah ** Signifikasi pada aras p<0.01 * Signifikasi pada aras p<0.05 Kolerasi Pearson ( r ) -0.180 0.288** 0.129 -0.160 0.021 0.082 Signifikan 0.074 0.004 0.202 0.112 0.837 0.419

Daripada jadual ini, didapati nilai r bagi pembolehubah bangsa adalah positif dan paling hampir dengan 1.0, ini bermaksud pembolehubah ini mempunyai korelasi positif yang kuat. Paras signifikan bagi pembolehubah ini menunjukkan 0.004 (kecil daripada 0.05 dan 0.01), maka paras signifikan ini sangat tinggi. Ini bermakna terdapat korelasi yang sangat kuat antara bangsa dengan kitar semula kertas.

Seterusnya untuk mengetahui sejauh manakah pengaruh parameter yang dianalisa terhadap kitar semula kertas, analisis linear regression dilaksanakan. Jadual 4.7 menunjukkan koefisien (B) dan nilai signifikan bagi pembolehubah yang terdapat hubungan pengaruh.

85 Jadual 4.8: Nilai-nilai Signifikan bagi Bangsa Dan Kitar Semula Kertas B 1.269 0.194 0.288 t 9.719 2.975 p 0.004

Pemalar Bangsa

Setelah dibuktikan wujudnya hubungan pengaruh antara bangsa dan kitar semula kertas, maka dapatlah dibuat persamaan linear untuk tujuan unjuran, iaitu:

Kertas = 1.269 + 0.194 (Bangsa) Persamaan ini menunjukkan hubungan positif.

4.6.2 Analisis Kitar semula Aluminium Dengan Latar Belakang Responden

Analisis Bivariate dilakukan bagi mendapatkan korelasi koeffisien bagi setiap pembolehubah. Jadual 4.8 menunjukkan Korelasi Koeffisien ( r ) bagi latar belakang responden dengan kitar semula kertas.

Jadual 4.9: Korelasi Koeffisien ( r ) Bagi Latar Belakang Responden Dengan Kitar Semula Aluminium Pembolehubah Umur Bangsa Tahap Pendidikan Taraf Perkahwinan Jangka Masa Menetap Jenis Rumah Kolerasi Pearson ( r ) -0.095 0.146 0.078 -0.122 0.167 -0.065 Signifikan 0.001 0.007 0.000 0.000 0.046 0.346

86 ** Signifikasi pada aras p<0.01 * Signifikasi pada aras p<0.05

Daripada jadual 4.8, didapati nilai r bagi pembolehubah umur, bangsa, tahap pendidikan, taraf perkahwinan dan jangka masa menetap mempunyai korelasi positif dan negatif yang kuat. Paras signifikan bagi pembolehubah ini menunjukkan kecil daripada 0.05 (keyakinan pada 95%).

Seterusnya untuk mengetahui sejauh manakah pengaruh parameter yang dianalisa terhadap kitar semula aluminium, analisis Linear Regression dilaksanakan. Jadual 4.9 menunjukkan Koefisien (B) dan nilai signifikan bagi pembolehubah yang terdapat hubungan pengaruh yang paling kuat.

Jadual 4.10: Nilai-nilai Signifikan bagi Jangka Masa Menetap Dan Kitar Semula Aluminium B 1.984 0.122 0.255 t 5.031 2.238 p 0.028

Pemalar Jangka Masa Menetap

Setelah dibuktikan wujudnya hubungan pengaruh antara jangka masa menetap dengan kitar semula aluminium. Maka diperolehi persamaan linear untuk tujuan unjuran: Aluminium = 1.984 + 0.122 (Jangka Masa Menetap)

87 4.6.3 Analisis Kitar semula Plastik Dengan Latar Belakang Responden

Analisis Bivariate dilakukan bagi mendapatkan korelasi koeffisien bagi setiap pembolehubah. Jadual 4.10 menunjukkan Korelasi Koeffisien ( r ) bagi latar belakang responden dengan kitar semula plastik.

Jadual 4.11: Korelasi Koeffisien ( r ) Bagi Latar Belakang Responden Dengan Kitar Semula Plastik Pembolehubah Umur Bangsa Tahap Pendidikan Taraf Perkahwinan Jangka Masa Menetap Jenis Rumah ** Signifikasi pada aras p<0.01 * Signifikasi pada aras p<0.05 Kolerasi Pearson ( r ) -0.292** 0.323** -0.206** -0.255* -0.205* -0.276** Signifikan 0.003 0.001 0.039 0.010 0.040 0.005

Daripada jadual 4.10, didapati nilai r bagi pembolehubah adalah positif dan negatif, ini bermaksud pembolehubah ini mempunyai hubungan korelasi positif dan negatif, dengan paras signifikan yang menunjukkan nilai kecil daripada 0.01 (keyakinan pada 99%) dan 0.05 (keyakinan pada 95%). Maka paras signifikan ini sangat tinggi. Ini bermakna terdapat korelasi yang sangat kuat antara kesemua pembolehubah dengan kitar semula plastik.

88 Seterusnya untuk mengetahui sejauh manakah pengaruh parameter yang dianalisa terhadap kitar semula plastik, analisis Linear Regression dilaksanakan. Jadual 4.11 menunjukkan Koefisien (B) dan nilai signifikan bagi pembolehubah yang terdapat hubungan pengaruh.

Jadual 4.12: Nilai-nilai Signifikan bagi Bangsa dan Jenis Rumah Dan Kitar Semula Plastik B 3.497 0.155 -0.297 0.207 -0.340 t 8.271 2.124 -3.705 p 0.036 0.000

Pemalar Bangsa Jenis Rumah

Setelah dibuktikan, wujudnya hubungan pengaruh antara jenis rumah dan bangsa dengan kitar semula aluminium. Maka diperolehi persamaan linear untuk tujuan unjuran:

Plastik = 3.497 0.297 (Jenis Rumah)

Plastik = 3.497 + 0.155 (Bangsa)

Hubungan kitar semula plastik dan jenis rumah menunjukkan hubungan negatif dimana ia menggambarkan bahawa semakin banyak jenis rumah yang mewah (banglo atau rumah sebuah), semakin berkurangan jumlah plastik yang dikitar semula. Manakala hubungan bagi bangsa dan kitar semula plastik pula menunjukkan hubungan positif, yang bermaksud bahawa semakin tinggi bilangan sesuatu bangsa, semakin meningkatlah jumlah plastik yang dikitar semula.

89

4.6.4 Analisis Kitar semula Kaca Dengan Latar Belakang Responden

Analisis Bivariate dilakukan bagi mendapatkan korelasi koeffisien bagi setiap pembolehubah. Jadual 4.12 menunjukkan Korelasi Koeffisien ( r ) bagi latar belakang responden dengan kitar semula kaca.

Jadual 4.13: Korelasi Koeffisien ( r ) Bagi Latar Belakang Responden Dengan Kitar Semula Kaca Pembolehubah Umur Bangsa Tahap Pendidikan Taraf Perkahwinan Jangka Masa Menetap Jenis Rumah ** Signifikasi pada aras p<0.01 * Signifikasi pada aras p<0.05 Kolerasi Pearson ( r ) -0.260** -0.051 -0.152 -0.337** -0.191 -0.187 Signifikan 0.009 0.617 0.131 0.001 0.057 0.062

Daripada jadual 4.12, didapati nilai r bagi pembolehubah umur dan taraf perkahwinan adalah paling hampir dengan 1.0, tetapi pembolehubah ini mempunyai korelasi negatif. Paras signifikan bagi pembolehubah ini menunjukkan kecil daripada 0.01 (keyakinan pada 99%), maka paras signifikan ini sangat tinggi. Ini bermakna terdapat korelasi yang sangat kuat antara umur dengan kitar semula kaca.

Seterusnya untuk mengetahui sejauh manakah pengaruh parameter yang dianalisa terhadap kitar semula kaca, analisis linear regression dilaksanakan. Jadual 4.13

90 menunjukkan koefisien (B) dan nilai signifikan bagi pembolehubah yang terdapat hubungan pengaruh.

Jadual 4.14: Nilai-nilai Signifikan bagi Umur Dan Kitar Semula Kaca B 3.009 -0.146 -0.260 t 16.657 -2.670 p 0.009

Pemalar Umur

Setelah dibuktikan wujudnya hubungan pengaruh antara umur dengan kitar semula kaca. Maka diperolehi persamaan linear untuk tujuan unjuran:

Kaca = 3.009 0.146 (Umur)

Hubungan kitar semula kaca dan umur menunjukkan hubungan negatif dimana ia menggambarkan bahawa semakin meningkat umur responden, semakin berkurangan jumlah kaca yang dikitar semula.

4.7 Analisis Umur Dan Minat Untuk Menyertai Program Kitar Semula

Jadual 4.12 (a) dibawah menunjukkan koefisien korelasi (r) antara parameter umur dengan keinginan untuk aktif dalam program kitar semula. Berdasarkan jadual, didapati bahawa semua nila r yang diperolehi bernilai negatif, iaitu berkadar songsang dan menunjukkan bahawa keinginan untuk melibatkan diri dalam program kitar semula adalah rendah apabila umur seseorang semakin meningkat. Dapat disimpulkan bahawa golongan muda lebih cenderung dan minat untuk menjayakan program kitar semula ini. Berkemungkinan juga golongan yang telah lanjut usia kurang minat untuk aktif bergiat dalam program ini akibat daripada faktor usia dan juga tahap kesihatan yang tidak membenarkan.

91

Jadual 4.15 (a): Koefisien Korelasi Bagi Umur Dan Aktiviti Kitar Semula Yang Minat Dijalankan

Umur

Mengitar Semula

Kempen Kitar Semula

Pengenalan Tong Kitar Semula Di rumah Kitar Semula Di Rumah

Pengasingan Bahan Kitar Semula

Umur

1.000

-0.089

-0.078

-0.489**

-0.431**

-0.075

** Signifikan pada tahap 0.01 (keyakinan pada 99%)

Bagi membuktikan sejauh mana pengaruh parameter-parameter yang dianalisa terhadap umur, nilai paras signifikan perlu dirujuk. Berdasarkan jadual 4.12 (b) dibawah, hanya terdapat satu nilai positif yang paling hampir dengan 1.0 dengan paras signifikan kurang daripada 0.05 (keyakinan pada 95%), iaitu keinginan untuk mengitar semula sahaja. Oleh itu, faktor umur mempengaruhi keinginan untuk mengitar semula sahaja.

Berdasarkan jadual 4.12 (b), terbukti wujudnya kaitan antara umur dan parameter yang dikaji. Oleh itu, dapat diterbitkan persamaan linear yang bertujuan untuk menunjukkan unjuran bagi kaitan tersebut:

UMUR = 4.043 + 0.441 (KS)

Dimana; KS = Kitar Semula

92 Jadual 4.15 (b): Nilai-nilai Signifikan Bagi Umur Dan Aktiviti Kitar Semula Yang Minat Dijalankan 0.212 -0.157 -0.430

Pemalar Mengitar Semula Kempen Kitar Semula Pengenalan Kitar Semula Di rumah Tong Kitar Semula Di Rumah Pengasingan Bahan Kitar Semula

B 4.043 0.441 -0.389 -0.598

t 10.724 2.043 -1.572 -4.360

Signifikan 0.044 0.119 0.000

-0.447

-0.339

-3.265

0.002

0.178

0.146

1.493

0.139

4.8 Analisis Bilangan Responden dan Tempat Mereka Kitar Semula

28 39

Tempat Kitar Semula recycling bins collection centre buy back centre house collection

31

Carta 4.19: Bilangan Responden Mengikut Tempat Mereka Kitar Semula

93 Carta 4.19 menunjukkan perkaitan bilangan responden dan temapt mereka mengitar semula bahan buangan mereka. Berdasarkan carta ini, 39 orang lebih suka mengitar semula barangan kitar semula mereka di tong-tong kitar semula yang terdapat disekitar kawasan mereka. Manakala 31 orang pula menghantar barangan buangan mereka di Pusat Pengumpulan Kitar Semula yang berdekatan dengan kawasan mereka. Ini diikuti pula dengan 28 orang yang hanya menunggu barangan kitar semula mereka dikutip dari rumah ke rumah oleh pihak yang bertanggungjawab. Boleh dikatakan disini bahawa kebanyakkan responden berkemungkinan tidak mendapat maklumat berkenaan Pusat Beli Semula yang terdapat dikawasan mereka kerana hanya 2 orang sahaja yang menghantar barangan kitar semula ke Pusat Beli Semula.

4.9 Analisis Tong Kitar Semula Di Kawasan Kajian Taman Perling

Berdasarkan Jadual 4.13, dapat dilihat lokasi-lokasi tong kitar semula, bilangan set dan jenis lokasi premis di kawasan kajian, iaitu Taman Perling, Johor Bahru. Terdapat 9 set tong kitar semula ditempatkan di sekolah-sekolah di sekitar Taman Perling, 1 set di pasaraya Perling Mall dan 3 set di stesen minyak. Ini dapat dilihat bahawa tidak terdapat tong kitar semula yang diletakkan dikawasan perumahan atau premis kediaman yang mana hasil buangan barangan kitar semula terjana adalah lebih banyak berbanding dengan premis yang lain, terutamanya sekolah. Berkemungkinan inilah punca kenapa majoriti responden tidak tahu dan tidak pasti sama ada tong kitar semula di Taman Perling digunakan pada setiap masa atau tidak. Ini dapat dilihat berdasarkan Carta 4.20 dimana 66 daripada responden yang terlibat tidak tahu atau tidak pasti sama ada tong dikawasan kajian digunakan atau tidak.

94 Jadual 4.16: Senarai Lokasi Tong Kitar Semula Di sekitar Taman Perling (1 set/4 unit) Bil 1 2 3 4 5 6 7 8 9 10 11 12 13 Majlis Bandaran MPJBT MPJBT MPJBT MPJBT MPJBT MPJBT MPJBT MPJBT MPJBT MPJBT MPJBT MPJBT MPJBT Premis Sek Agama Sri Perling 2 Sek Keb Sri Perling 2 Sek Keb Taman Perling Sek Men Keb Sri Perling 2 Sek Men Sri Perling Sek Men Taman Perling Sek Men Taman Perling 2 SRJK Cina Taman Perling Sek Men Perling Perling Mall BP Taman Perling SHELL Taman Perling SHELL Taman Perling (Hadapan) Bil Set Jenis Premis 1 1 1 1 1 1 1 1 1 1 1 1 1 Sekolah Sekolah Sekolah Sekolah Sekolah Sekolah Sekolah Sekolah Sekolah Pasaraya Stesen Minyak Stesen Minyak Stesen Minyak

JUMLAH

13 set

52 Unit

30

Penggunaan Tong Kitar Semula full not full not sure/dont know

66

Carta 4.20: Bilangan Responden Terhadap Tong Kitar Semula Yang Terdapat Di Taman Perling, Johor Bahru

95

BAB V

KESIMPULAN DAN CADANGAN

5.1 Kesimpulan

Berpandukan kepada keputusan yang diperolehi daripada analisis kajian ini, didapati bahawa banyak kesimpulan dapat dihasilkan, sama ada dari segi positif dan negatif. Ini termasuklah dari segi aspek kesedaran dan kerjasama orang awam dalam menjayakan program kitar semula yang dilancarkan oleh pihak kerajaan. Walaupun program kitar semula ini telahpun dilancarkan oleh Menteri Besar Johor YAB Dato Hj. Abdul Ghani Othman pada 18 Mac 2001 yang lalu, didapati bahawa masih terdapat majoriti orang awam yang tidak sedar akan kepentingannya dan beranggapan bahawa program kitar semula tidak memberikan kepentingan dan pulangan kepada mereka. Terdapat juga orang awam yang tahu akan kepentingan kitar semula, tetapi tidak mengendahkannya dan menganggap bahawa terdapat pihak yang akan menguruskannya. Ini dapat dilihat dengan ketara apabila terdapat tong yang telah disalahguna sebagai tempat membuang sampah dan memasukkan api puntung rokok. Selain daripada itu, hampir semua tong bercampur dengan sampah lain dan tidak ada yang mengasingkan secara total. Oleh itu, objektif pertama kajian, iaitu menilai tahap kesedaran masyarakat terhadap program ini, boleh dikatakan bahawa tahap kesedaran

96 masyarakat terhadap program masih ditahap yang rendah jika dibandingkan dengan negara-negara lain.

Objektif kedua pula adalah untuk memperkenalkan serta menyebarkan program ini kepada masyarakat. Ini dilakukan semasa proses temu bual dan soal selidik dijalankan di Perling Mall, dengan membantu pihak Southern Waste Management (SWM) menyebarkan flyers dan juga pamplet berkenaan dengan program kitar semula. Melalui proses ini, orang awam serba sedikit akan mendapat informasi tentang apa itu kitar semula, kepentingan kitar semula, akibat tidak mengitar semula, bagaimana kitar semula, dimana untuk kitar semula, barangan yang boleh kitar semula, informasi terkini berkenaan dengan aktiviti kitar semula, pusat-pusat kitar semula yang berdekatan dan juga fakta yang penting berkenaan dengan kitar semula.

Objektif kajian ini juga adalah untuk menilai minat dan tahap sokongan masyarakat terhadap program ini. Berdasarkan penilaian yang telahpun dibuat, boleh dikatakan bahawa:

1. Terdapat ramai diantara mereka yang berminat untuk mengitar semula, tetapi sikap malas dan komplikasi dalam proses mengitar semula (pengasingan, pembersihan dan sebagainya) menyebabkan mereka mengambil keputusan untuk tidak mengitar semula bahan-bahan buangan di rumah mereka. 2. Kurangnya pendidikan dan pengetahuan dari segi pengenalan kitar semula di rumah juga menyebabkan masyarakat kurang minat dan tidak memberikan sokongan terhadap program. 3. Tidak mendapat sokongan yang menyeluruh daripada golongan professional dan korporat dalam menjayakan program kitar semula , terutamanya dari segi pembiayaan kempen, pengurusan dan perjalanan program. 4. Daripada penilaian terhadap responden yang terlibat, mereka tidak berminat untuk mengitar semula kerana tong-tong yang dibekalkan diletakkan jauh daripada kawasan perumahan dan mereka merasakan pihak yang bertanggungjawab tidak mengutamakan bahan buangan daripada kawasan

97 perumahan walaupun majoriti bahan buangan yang terhasil adalah daripada kawasan perumahan.

Kajian ini juga bertujuan untuk menilai tahap perlaksanaan dan aktiviti program kitar semula di kawasan kajian. Didapati bahawa tahap perlaksanaan dan aktiviti program kitar semula di kawasan kajian masih ditahap sederhana dan tidak banyak aktiviti yang menarik dijalankan bagi menarik minat masyarakat setempat untuk turut mengitar semula bahan buangan daripada rumah mereka kerana:

1. Walaupun pihak SWM telah menetapkan bahawa terdapat pusat kitar semula bergerak di sekitar Perling Mall dimana ianya sepatutnya beroperasi pada setiap Sabtu jam 2.00 petang hingga malam, tetapi pihak SWM sendiri tidak mengikut jadual yang mereka sendiri tetapkan kerana semasa kajian soal selidik dan pemerhatian dijalankan pada hari dan waktu yang sama, tiada pusat kitar semula bergerak beroperasi di kawasan berkenaan. Ini menunjukkan tahap perlaksanaan program kitar semula oleh pihak yang bertanggungjawab di kawasan kajian adalah sangat rendah. 2. Sikap orang awam yang lebih senang mengumpul bahan yang boleh dikitar semula di rumah dan menunggu pihak yang berkuasa datang dari rumah ke rumah untuk memungutnya. 3. Kekurangan tong kitar semula di tempat kajian terutamanya dikawasan perumahan, menyebabkan orang awam kurang mahir menggunakannya terutamanya daripada golongan tua. 4. Pembuangan tong kitar semula hanya terhad kepada 4 jenis item yang umum sahaja. 5. Orang awam lebih gemar menggunakan tong sampah biasa daripada tong kitar semula kerana semua jenis sampah boleh dibuang ke dalam tong sampah biasa dan tong tersebut boleh didapati di mana-mana sahaja. 6. Kurangnya penyelenggaraan berkala daripada pihak yang bertanggungjawab juga menjadi satu faktor kerana tong kitar semula selalunya mempunyai masalah tidak boleh dibuka atau tersangkut.

98 Antara program dan aktiviti yang dijalankan oleh pihak MPJBT dan SWM sepanjang tahun 2004 yang lalu, berdasarkan Laporan Aktiviti Program Kitar Semula Majlis Perbandaran Johor Bahru Tengah Tahun 2004 ialah

1. Pemantauan di lokasi-lokasi sedia ada dan mengenal pasti masalah-masalah yang timbul dan mengatasinya. 2. Pihak SWM telah mengadakan ceramah, demonstrasi dan pameran di sekolahsekolah rendah dan menengah . 3. Hebahan juga dijalankan melalui media cetak, pengedaran risalah, poster dan juga radio disampaikan untuk memastikan keberkesanan dan kesedaran orang awam tentang Program Kitar Semula. 4. Menganjurkan Program Gerak Tumpu dibawah Majlis Program Kitar Semula dan dijadikan satu agenda penting dalam mendapatkan kerjasama dan penglibatan orang awam. 5. Pelancaran Kitar Semula di peringkat MPJBT melibatkan Jabatan-jabatan sedia ada yang dilancarkan pada 19 Ogos 2004 dan dirasmikan oleh Tuan Yang Dipertua. 6. Majlis sebagai ejen kitar semula akan mencari dan memungut bahan-bahan kitar semula di taman-taman melalui Unit Kitar Semula Majlis yang telah dilaksanakan awal Oktober 2004.

Penilaian sejauh manakah keberkesanan program kitar semula dalam pelbagai aspek juga merupakan salah satu objektif bagi kajian ini. Program kitar semula yang diperhatikan dikawasan kajian adalah tidak efisyen dan tidak memberikan kesan yang mendalam kepada masyarakat setempat. Antara faktor-faktor yang mempengaruhinya ialah:

1. Sikap orang ramai yang menyerahkan tanggungjawab tersebut sepenuhnya kepada pihak kerajaan walaupun sebenarnya ia merupakan tanggungjawab bersama.

99 2. Sambutan program yang kurang memuaskan memandangkan masih ramai diantara masyarakat yang memandang remeh terhadap program tersebut. 3. Kesukaran untuk meyakinkan masyarakat bahawa sampah atau bahan buangan mempunyai nilai. 4. Sikap masyarakat yang terlalu mengharapkan pulangan atau intensif daripada pihak bertanggungjawab.

Dalam kajian ini, tahap kefahaman masyarakat tentang kitar semula juga dikaji dan didapati bahawa tahap kefahaman masyarakat adalah pada tahap sederhana. Ini adalah kerana masih terdapat masyarakat yang tidak sedar akan kepentingan kitar semula bagi menangani masalah kekurangan tapak pelupusan sisa pejal. Selain daripada itu, terdapat juga tong-tong kitar semula disalah guna contoh seperti ianya dijadikan tempat membuang sampah dan memasukkan puntung rokok. Hampir kesemua tongtong kitar semula yang diperhatikan dikawasan kajian juga bercampur dengan sampah lain dan tidak ada yang mengasingkannya secara total.

5.2 Cadangan

Berdasarkan kesimpulan kajian, beberapa cadangan telah difikirkan dan dirujuk bagi membantu menjayakan program kitar semula dan meningkatkan kesedaran juga minat orang ramai terhadap kitar semula. Cadangan yang dikemukakan meliputi empat aspek, iaitu:

a. Perundangan b. Pengurusan c. Pendidikan d. Promosi dan pengiklanan

100 5.2.1 Perundangan

Melalui perundangan, cadangan yang dikemukakan ialah:

1. Penguatkuasaan undang-undang tertentu bagi menghadkan penghasilan barangan baru selain daripada barangan hasil kitar semula. 2. Penguatkuasaan undang-undang tertentu bagi menghadkan penghasilan sisa pejal bagi setiap premis atau keluarga. 3. Penguatkuasaan undang-undang tertentu agar setiap premis atau rumah mengasingkan bahan buangan yang dihasilkan.

5.2.2 Pengurusan

Melalui pengurusan, cadangan yang dikemukakan ialah:

1. Menambahkan lagi bilangan tong-tong kitar semula dan menempatkan tong-tong kitar semula di kawasan premis kediaman, dimana majoriti barangan buangan dihasilkan. Ia juga akan menyedarkan masyarakat bahawa kitar semula merupakan sebahagian daripada hidup mereka. 2. Pemungutan secara berkala yang lebih kerap bagi mengelakkan tong-tong kitar semula terlalu penuh, menyebabkan ia tidak boleh dibuka dan tersangkut. 3. Pusat kitar semula yang telah disediakan hendaklah disediakan dengan satu tong sampah biasa untuk sisa pejal yang tidak boleh dikitar semula. 4. Pemeriksaan dan penyelenggaraan secara berkala dan kerap supaya pusat atau tong tidak berlaku vandalisma dan kerosakan. 5. Setiap premis kediaman dibekalkan beg-beg plastik kitar semula secara percuma dan mengadakan kutipan bahan-bahan kitar semula dari rumah ke rumah,

101 terutamanya rumah pangsa, teres, berkembar dan banglo seminggu sekali, mengikut jadual.

Sebagai contoh seperti yang dilakukan oleh Alam Flora Sdn. Bhd., dimana setiap premis kediaman di Putrajaya dibekalkan beg-beg plastik kitar semula secara percuma berwarna biru dan jingga, terutamanya kawasan Presint 8, 9, 10, 11 dan 16 (Lihat Lampiran 8). Selain daripada itu, sebagai contoh Kerajaan Tempatan dan Japan International Co-operation Agency (JICA) juga menjalankan projek percubaan di Pulau Pinang, Miri dan Subang Jaya. Sasaran utama ialah meliputi kawasan seluas 161 km persegi, De Palma Condominium, Subang jaya dimana setiap minggu para peserta program akan dibekalkan dengan tiga beg plastik berlainan warna- untuk kertas, plastik dan aluminium, dan kaca. Setiap beg plastik yang dibekalkan (merah, oren dan putih) akan dilabelkan dengan nombor premis kediaman yang terlibat.

6. Bagi premis bertingkat (pangsa), sediakan Sangkar Kitar Semula pada setiap blok dimana penghuni premis boleh memasukkan beg-beg plastik bahan kitar semula kedalam sangkar tersebut untuk kutipan pihak bertanggungjawab secara berkala. 7. Menjalankan Pusat Kitar Semula Tetap dan Pusat Kitar Semula Bergerak secara terus-menerus dan lebih serius.

5.2.3 Pendidikan

Melalui pendidikan, cadangan yang dikemukakan ialah:

1. Memberikan pendidikan awal kepada kanak-kanak supaya ianya menjadi ikutan dan dorongan kepada mereka apabila dewasa kelak.

102 2. Kurikulum sekolah, terutamanya sekolah rendah boleh digubal supaya matapelajaran yang berkaitan dengan pengurusan sisa pejal dan kitar semula dapat diselitkan. Melalui cara ini, pelajar dapat memahami dengan awal isu-isu yang berkaitan dengan alam sekitar seperti kepentingan dan mengapa kitar semula. 3. Program pendidikan yang melibatkan ceramah, pameran, demonstrasi dan pertandingan haruslah dikreatifkan lagi dan digiatkan terutamanya disekolahsekolah untuk menarik minat pelajar. 4. Pihak SWM juga boleh mengambil beberapa sekolah sebagai anak angkat supaya aktiviti kitar semula dapat dijalankan dengan lebih berjaya kerana pengguna lebih dekat dengan pihak yang bertanggungjawab. Sekolah yang dijadikan anak angkat ini juga boleh dijadikan rujukan kepada sekolah-sekolah lain bagi program kitar semula.

5.2.4 Promosi dan pengiklanan

Melalui promosi dan pengiklanan, cadangan yang dikemukakan ialah:

1. Kerjasama daripada pihak media diperlukan bagi menjamin segala maklumat yang disiarkan diterima oleh kumpulan sasaran yang ditentukan, terutamanya dari segi aktiviti dan promosi kitar semula. 2. Maklumat bukan sahaja disampaikan dalam bentuk media cetak malahan melalui media elektronik, termasuklah televisyen, radio dan internet juga. 3. Risalah atau pemberitahuan yang diterbitkan oleh Bahagian Perhubungan Korporat SWM haruslah diperbanyakkan dan diedarkan kepada masyarakat sama ada melalui penghantaran rumah ke rumah, selit didalam risalah akhbar atau pengedaran di pasaraya-pasaraya yang menjadi tumpuan masyarakat. 4. Penampalan poster-poster kitar semula yang kreatif di kawasan strategik bagi menarik perhatian orang ramai.

103 5. Mengadakan pertandingan pengumpulan bahan kitar semula terberat secara mingguan atau terkumpul agar ianya dapat menarik minat masyarakat. 6. Bekerjasama dengan Jawatankuasa Kejiranan Setempat atau media elektronik agar keuntungan atau insentif yang diperolehi daripada hasil barangan kitar semula dapat disumbangkan kepada tabung kebajikan. Sebagai contoh seperti yang dilakukan di Bandar Bukit Damansara, dimana hasil yang diperolehi disumbangkan kepada tabung kebajikan kejiranan (lihat Lampiran 6).

104

RUJUKAN

1. Prof Dr Tan Poo Chang (2000), Seminar On Community Participation In Waste Reduction In Malaysia, Department of Applied Statistics, Faculty of Economics and Administration, University Malaya.

2. Alam Flora (2005), Flora 11, Issue Jan 2005 KDN PP12577/5/2005

3. Southern Waste Management (2002), Fresh Friend, Southern Waste Management Recycling Brochure.

4. Tan Meng Leng (1996), Era Hijau, Third Issue: Introduction to Recycling Program, Beriat Publishing Sdn. Bhd.

5. Dr Teuku Iskandar (1984), Kamus Dewan, Dewan Bahasa Dan Pustaka

6. Sharifah Rafizah Sted Hussien, Interim News Vol. 2/2000; Program Pendidikan Kitar Semula dan Pusat Pendidikan Alam Sekitar, SWM Corporate Communications Department.

7. Harminderjeet Kaur a/p Kuldip Singh, Pengurusan Sisa Pejal Secara Guna Semula Dan Kitar Semula Kajian Kes Petaling Jaya, Fakulti Kejuruteraan Awam.

105 8. Muhd Habani Helmi Abu Bakar (2002), Keberkesanan Dan Pendapat Orang Ramai Mengenai Program Kitar Semula Di Johor Bahru, Kajian Kes Majlis Bandaraya Johor Bahru, Fakulti Kejuruteraan Awam.

9. Peterson, Charles (1989), What Does Waste Reduction Mean? Waste Age, January

10. U.S Environmental Protection Agency, 1991

LAMPIRAN

LAMPIRAN 5: CONTOH RESIT YANG DIGUNAKAN OLEH ALAM FLORA SDN BHD DI BUY BACK CENTRE, PRESINT 8 PUTRAJAYA

LAMPIRAN 6: CONTOH FLYERS YANG DIGUNAKAN OLEH ALAM FLORA SDN BHD DI KAWASAN BANDAR BUKIT DAMANSARA

LAMPIRAN 7: CONTOH PAMPLET YANG DIGUNAKAN OLEH ALAM FLORA SDN BHD

LAMPIRAN 8: CONTOH PAMPLET YANG DIGUNAKAN OLEH ALAM FLORA SDN BHD DI PUTRAJAYA BESERTA JADUAL

LAMPIRAN 9: PLASTIK BEG YANG DIGUNAKAN OLEH ALAM FLORA SDN BHD DI PUTRAJAYA.

LAMPIRAN 10
Name/ Name: _______________________________________Phone/ Tel.: ________ Date/ Tarikh: _______________________________________Time/ Masa: ________ Location/ Lokasi: _____________________________________ Questionnaires/ Soal-selidik: A. Demographics/ Latar belakang: A1. Gender/ Jantina: Male/ Lelaki Female/ Perempuan A2. Age/ Umur: 15-20 21-25 26-35 35-55 Above 55/55 ke atas A3. Racial/ Keturunan: Malay/Melayu Chinese/Cina Indian/India Mixed/Peranakan Others/Lain-lain A4. Education/Pendidikan: High school/ Sekolah menengah College/ Kolej/Diploma University/ Universiti / Degree/ Ijazah Sarjana Muda Graduate/ Post graduate/ Lepasan Ijazah Others/ Lain-lain A5. Maritial Status/ Taraf Perkahwinan: Single/ Belum berkahwin Married/ Berkahwin Others/ Lain-lain A6. Religion/ Agama: Muslim/ Islam Christian/ Kristian Budhism/ Bhudda Hinduism/ Hindu Others/ Lain-lain A7. Occupation/ Pekerjaan: Professional/ Profesional Academicians/ Pendidikan/ Pensyarah Business/ corporate/ usahawan Government officers/ pegawai kerajaan

Self employed/ bekerja sendiri Retired/ pencen Students/ pelajar Others/ lain-lain

A8. Income levels/ tahap pendapatan (per month/sebulan) RM 0-300 RM 301-500 RM 501-1500 RM 1501-2000 Above RM 2000/ RM 2000 ke atas A9. Address location/ Lokasi alamat:

A10. Length of stay/ Jangkamasa menetap: 1 year or less/ 1 tahun atau kurang 1-2 years/ tahun 2-3 years/ tahun 3-5 years/ tahun 5 or more/ lebih 5 tahun A11. Category of dwelling units/ kategori rumah: Single / Banglo/ Rumah Sebuah/Taman Perumahan Kampung House/ Village/ Rumah Kampung Multi Family/ Rumah Flat/ Apartment/ Condominium A12. Ownership/ tahap milikan: Own/ Sendiri/ Beli Rent/ Sewa Others/ lain-lain (menumpang, bersama keluarga dll) B. Environmental concerns/ Kesedaran Terhadap Alam-sekitar B1. Adakah anda mengetahui pelancaran kempen kitar semula yang sedang dijalankan oleh kerajaan? Ya Tidak

B2. Jika ya, bagaimana anda mengetahuinya? TV Suratkhabar Radio Internet Kawan Lain-lain

B3. Adakah anda tahu apakah barangan yang boleh dikitar semula? Tahu Tidak tahu Tidak pasti B4. Adakah anda tahu akan kewujudan tong kitar semula di kawasan anda? Ya Tidak

B4. Adakah anda kitar semula barangan anda? B5. Kenapa? Susah dan Cerewet Tidak tahu dimana dan bagaimana Tidak memberi kepentingan Terlalu malas Ya, setiap masa Kadang-kadang Tidak

B6. Kenapakah anda mengitar semula barangan anda? Tanggungjawab Terpaksa Tidak pasti Satu perkara yang sepatutnya dilakukan Tong Kitar Semula dan Pusat Pengumpulan berdekatan dengan rumah Dorongan Majikan/Keluarga/ Seisi Rumah C. Perlaksanaan Masyarakat Dalam Kitar Semula C1. Jika kempen Kitar Semula dijalankan untuk tujuan kebajikan diadakan di sekitar tempat tinggal anda, adakah anda akan melibatkan diri? Ya Tidak

C2. Apa barangan yang selalu dikitar semula? Kertas Aluminium Plastik Kaca ( ( ( ( ) Kerap ) Kerap ) Kerap ) Kerap ( ( ( ( ) Jarang-jarang ) Jarang-jarang ) Jarang-jarang ) Jarang-jarang ( ( ( ( ) Tidak pernah ) Tidak pernah ) Tidak pernah ) Tidak pernah

C3. Dimanakah selalunya anda kitar semula barangan anda? Tong Kitar Semula (Tong 3 Warna) Pusat Pengumpulan Pusat Beli Semula Kutipan dari Rumah ke Rumah

C4. Perlukah kitar semula diperkenalkan dari rumah-kerumah? Perlu Tidak perlu Tidak pasti C5. Adakah anda setuju jika setiap rumah dibekalkan tong kitar semulanya sendiri? Setuju Tidak setuju Tidak pasti D. Keberkesanan Program Kitar Semula D1. Adakah tong kitar semula dikawasan anda digunakan? Penuh Tidak penuh Tidak pasti / tidak mengambil tahu D2. Pernahkah anda mengasingkan sampah anda untuk dikitar semula? Pernah Tidak pernah Kadang-kadang D3. Tahukah anda mengenai 3M (Mengurangkan, Mengguna semula dan Mengitar semula) ? Tahu Tidak tahu Tidak pasti D4. Tahukah anda kenapa kita digalakkan supaya mengitar semula? Tahu Tidak tahu Tidak pasti D5. Mengitar semula dapat menyelamatkan alam sekitar dan menjimatkan penggunaan bahan baru dan tenaga. Adakah anda bersetuju dengan pernyataan ini? Setuju Tidak setuju Tidak pasti Terima kasih kerana sudi meluangkan masa dan bekerjasama dalam menjayakan kajian ini. Kerjasama dan sokongan anda amatlah dihargai.

LAMPIRAN 11

Pengumpulan Kotak Di Belakang Perling Mall, Taman Perling

Tong Kitar Semula Di Perling Mall, Taman Perling

Sampah Campuran Yang Diletakkan Di Luar Tong Kitar Semula

Tong Kitar Semula Yang Terdapat Di Stesyen Minyak SHELL, Taman Perling

Tong Kitar Semula Yang Terdapat Di Stesyen Minyak BP, Taman Perling

Tong Kitar Semula Di Kawasan Taman Perling