Anda di halaman 1dari 6

3.

JENIS{ENIS KOMUNIKASI

Pada dasarnya komunikasi digunakan untuk mencipta atau meningkatkan


keaktifan hubungan antara manusia atau kelompok. Komunikasi boleh dibahagikan kepada dua (2) kelompok iaitu komunikasi verbal iaitu komunikasi lisan melalui pertuturan dan percakapan dan juga komunikasi non-verbal iaitu komunikasi bukan
lisan seperti gerak badan dan reaksi wajah.

3.1
3.1.1

KOMUNTKAST VERBAL (LTSAN) DEFINTSI

Komunikasi verbal (lisan) boleh didefinisikan sebagai proses komunikasi yang melibatkan maklumbalas menggunakan percakapan untuk menyampaikan maklumat
lengkap kepada penerima.

3.1.2 ASPEK KOMUNIKASI VERBAL


Komunikasi verbal ataupun lisan mencakupi beberapa aspek dan disiplin ilmu yang
penting iaitu
;

. Vocabulary (perbendaharaan kata)


Komunikasi tidak akan efektif (berkesan) sekiranya disampaikan dengan kata-kata

yang tidak dapat difahami kerana kekurangan kosa kata. Kerana itu kosa kata
menjadi sesuatu yang penting dalam berkomunikasi dengan individu !ain. 2. Racing (kecepatan) Komunikasi akan lebih efektif dan berjaya apabila kelajuan berbicara dapat diaturkan dengan baik, tidak terlalu cepat dan tidak terlalu lambat. 3. lntonasi suara

Akan mempengaruhi erti pesanan secara dramatik sehingga pesanan akan menjadi

lain ertinya apabila diucapkan dengan intonasi suara yang berbeza. lntonasi suara
yang tidak konstekstual merupakan masalah dalam komunikasi.

4. Humor (lawak)

Dapat meningkatkan kehidupan yang bahagia. Dungan (1989), telah menulis dalam

tulisannya bahawa ketawa dapat membantu menghilangkan stress. Ketawa


mempunyai hubungan fizik dan psikologi dan haruslah diingat bahawa lawak jenaka adalah merupakan satu-satunya selingan dalam komunikasi. 5. Singkat dan jelas

Komunikasi berkesan disampaikan secara singkat dan jelas, terus kepada pokok
permasalahan sehinggakan mudah untuk difahami.

6. Timing (masa) Masa merupakan sesuatu yang harus dijaga sewaktu berkomunikasi. lni kerana
ianya dapat menyediakan ruangan yang cukup untuk berucap dengan padat, ringkas
dan jelas.

3.{.3

JENIS KOMUNIKASI VERBAL

Terdapat beberapa jenis komudikasi lisan yang dapat diamalkan iaitu

1. Perbincangan

laitu proses perbincangan yang bertujuan untuk penyelesaian masalah


mengenalpasti kelemahan yang ada dalam diri. 2. Ucapan

dan

Proses penyampaian melalui lisan seperti ceramah, pidato, pembacaan laporan


bertulis di hadapan sekumpulan pendengar dan sebagainya, 3. Pembentangan

Terdapat lima (5) jenis pembentangan iaitu pembentangan slaid, LCD, pita rakaman
telekonferens dan juga grafik. Melalui slaid adalah melalui negatif filem yang diambil dengan kamera 35 mm. manakala paparan LCD pula ialah paparan pada skrin sama

ada warna hitam ataupun putih yang dicetak di atas kertas telus. Pita rakaman pula

merakam suara tanpa sebarang soal jawab. Grafik iaitu penggunaan bentuk termudah seperti carta dalam pembentangan dan juga telekonferens iaitu siaran
langsung.

3,2

KOMUNIKASI NON.VERBAL

3.2.1 DEFINISI
Komunikasi non-verbal adalah proses komunikasi dimana pesanan disampaikan

tanpa menggunakan kata-kata. Contoh komunikasi non-verbal ialah menggunakan


gerak isyarat, bahasa tubuh, ekspresi wajah dan pandangan mata, penggunaan objek seperti pakaian, potongan rambut, dan sebagainya, simbol-simbol, serta cara berbicara
seperti intonasi, penekanan, kualiti suara, gaya emosi, dan gaya berbicara.

Ahli dalam bidang komunikasi non-verbal biasanya menggunakan definisi "tidak menggunakan kata" dengan ketat, dan tidak menyamakan komunikasi non-verbal dengan komunikasi non-lisan. Contohnya, bahasa isyarat dan tulisan tidak dianggap

sebagai komunikasi non-verbal kerana menggunakan kata, sedangkan intonasi dan gaya berbicara tergolong sebagai komunikasi non-verbal. Komunikasi non-verbal juga
berbeza dengan komunikasi ba'wah sedar, yang dapat wujud dalam bentuk komunikasi verbal ataupun nonverbal

3.2.2

PRINSTP

Prinsipprinsip komunikasi seperti fungsi dan definisi komunikasi mempunyai


huraian yang berbagai sesuai dengan konsep yang dikembangkan oleh setiap pakar.

lstilah prinsip oleh William B. Gudykunst disebut sebagai jumlah komunikasi. Larry
A.Samovar dan Richard E.Porter menyebutnya sifat komunikasi. Deddy Mulyana, Ph.D

membuat istilah baru iaitu prinsip-prinsip komunikasi. Terdapat 12 prinsip komunikasi

yang dikatakan sebagai penyebaran lebih jauh dari definisi dan hakikat komunikasi
iaitu:

Prinsip 1 : Komunikasi adalah suatu proses simbolik


Komunikasi adalah sesuatu yang bersifat dinamis dan tidak berakhir pada suatu titik, tetapi terus berlanjutan.

Prinsip 2 : Setiap perilaku mempunyai potensi komunikasi


Setiap orang tidak bebas dari berkomunikasi, ketika orang tersebut tidak bermaksud
berbicara sesuatu, tetapi difahami oleh orang lain maka orang tersebut sudah terlibat

dalam proses berkomunikasi. Gerak tubuh, ekspresi wajah (komunikasi non verbal)
seseorang dapat difahami oleh orang lain.

Prinsip 3 : Komunikasi mempunyai dimensi isi dan hubungan


Setiap pesanan komunikasi mempunyai dimensi isi dimana dari dimensi isi tersebut

kita dapat menjangkakan dimensi hubungan yang ada diantara pihak-pihak yang melakukan proses komunikasi. Percakapan diantara dua orang sahabat dan
mahasiswa di kelas berbeza memilikidimensi isi percakapan yang berbeza.

Prinsip 4 : Komunikasi itu berlangsung dalam keadaan tidka sengaja


Setiap tindakan komunikasi yang dilakukan oleh seseorang boleh terjadi bermula dari kesengajaan yang tidak dirancangkan (apa saja yang akan dikatakan atau apa saja

yang akan dilakukan secara terperinci), sampai pada tindakan komunikasi yang betulbetul disengaiakan.

Prinsip 5 : Komunikasi terjadi dalam konteks ruang dan waktu


Pesanan komunikasi yang dikirimkan oleh pihak penutur yang baik secara verbal

mahupun non-verbal disesuaikan dengan tempat, dimana proses komunikasi itu berlangsung, kepada siapa pesanan
berlangsung.

itu dikirimkan dan bila komunikasi itu

Prinsip 6 : Komunikasi melibatkan jangkaan pihak terlibat Tidak dapat dibayangkan jika orang melakukan tindakan komunikasi di luar norma

yang berlaku di masyarakat. Jika kita tersenyum maka kita dapat menjangkakan bahawa pihak penerima akan membalas dengan senyuman, jika kita menyapa
seseorang maka orang tersebut akan membalas sapaan kita. Jangkaan seperti itu
akan membuat seseorang menjadi tenang dalam melakukan proses komunikasi.

Prinsip 7 : Komunikasi itu bersifat sistemik


Dalam diri setiap orang, terdapat sifat dalaman yang dipengaruhi oleh latar belakang budaya, nilai, adat, pengalaman dan pendidikan. Bagalmana seseorang berkomunikasi dipengaruhi oleh hal dalaman tersebut. Hal dalaman seperti lingkungan keluarga dan

lingkungan dimana dia bersosial mempengaruhi bagaimana dia melakukan tindakan


komunikasi.

Prinsip 8 : Semakin sama latar belakang sosial semakin efektiflah komunikasi


Jika dua orang melakukan komunikasi berasal dari kaum yang sama, pendidikan yang sama, maka ada kecenderungan dua pihak tersebut mempunyai bahan yang sama

untuk saling diperkatakan Kedua pihak mempunyai makna yang sama terhadap
simbol-simbol yang saling dipertukarkan.

Prinsip 9 : Komunikasi bersifat nonsekuensial


Proses komunikasi bersifat di iialam suatu ruang lingkup iaitu tidak berlangsung satu

arah. Melibatkan respon atau tanggapan sebagai bukti bahawa pesanan yang
dikirimkan itu diterima dan difahami.

Prinsip 10 : Komunikasi bersifat dinamis


Proses komunikasi ialah suatu proses yang dinamis dan luwes. Terdapat proses saling memberi dan menerima informasi diantara pihak-pihak yang melakukan komunikasi.

Prinsip

{{

: Komunikasi tidak boleh ditarik balik

Setiap orang yang melakukan proses komunikasi tidak dapat mengawal kesan yang

bakal timbulkan oleh perkataan yang dikeluarkan. Kata-kata tidak dapat ditarik kembali, jika seseorang sudah berkata menyakiti orang lain, maka kesan sakit hati
tidak akan hilang begitu saja pada diri orang itu.

Prinsip {2 : Komunikasi alat menyelesaikan masalah secara menyeluruh

Komunikasi bukan satu-satunya penawar mujarab yang dapat digunakan untuk


menyelesaikan masalah.

3.2.3 JENIS KOMUNTKASI NON-VERBAL


1. Ekspresiwajah

Wajah merupakan sumber yang kaya dengan komunikasi, kerana ekspresi wajah
merupakan cerminan keadaan emosi seseorang. 2. Pandangan mata

Merupakan isyarat itmiah untuk berkomunikasi. Dengan mengadakan pandangan

mata sewaktu berinterakasi atau soal jawab bererti orang tersebut terlibat dan
menghargai teman bicaranya dengan kemahuan untuk memperhatikan bukan
sekadar mendengar sahaja. 3. Sentuhan

Adalah bentuk komunikasi personal iaitu sentuhan lebih bersifat spontan daripada komunikasi verbal. Beberapa informasi seperti perhatian yang sungguh-sungguh,
emosional, kasih sayang atau simpati dapat dilakukan melalui sentuhan.

4. Kedudukan tubuh dan gaya berjalan

Cara seseorang berialan, duduk, berdiri dan bergerak memperlihatkan ekspresi


dirinya. Kedudukan tubuh dan gaya berjalan merefleksikan emosi, konsep diri, dan
tingkat kesihatannya. 5. Suara

Rintihan, menarik nafas panjang, tangisan juga salah satu ungkapan perasaan

dan pimikiran seseorang yang dapat dijadikan komunikasi. Apabila digabungkan


dengan semua bentuk komunikasi non-verbal yang lain sampai desis atau suara
dapat menjadi pesan yang sangat jelas. 6. Gerak isyarat Untuk mempertegaskan pembicaraan. Menggunakan isyarat sebagai bahagian dari

komunikasi seperti menghentak kaki atau mengerakkan tangan selama berbicara


menunjukkan seseorang dalam keadaan gemuruh
usaha untuk menghilangkan gemuruh.

dan

bingung atau sebagai

Anda mungkin juga menyukai