Anda di halaman 1dari 3

IBNU KHALDUN Teori-Teori Seni Menurut Pendangan Tokoh-Tokoh Islam Ibnu Khaldun adalah seorang tokoh pemikir Islam

yang unggul, terutama dalam bidang sosiologi dan falsafah. Tulisannya yang dikenali sebagai Muqaddimah atau 'Prolegomena' menjadi 'ibu kepada kesusasteraan falsafah sejarah dan sosiologi. (Estidotmy Utusan Malaysia, 2002). Ibnu Khaldun dilahirkan di Tunis, Tunisia pada 1 Ramadan tahun 732 Hijrah bersamaan dengan 27 Mei 1332. Nama penuh Ibnu Khaldun adalah Abdul Rahman Abu Zin Waliuddin ibn Muhammad ibnu Khaldun al-Maliki al-Hadrami. Khaldun adalah gelaran beliau sempena nama datuknya Khaldun daripada suku Hadrami. Nama asal beliau adalah Khalid. Perkataan 'Khaldun' itu sendiri bermaksud intelek, ulama, pemimpin dan pemikir. Dalam usia yang masih muda, beliau mampu menguasai pelbagai jenis ilmu seperti ilmu tafsir, hadis, fikah, maliki. Tauhid dan usul fikah. Ketika berusia 20 tahun, Ibnu Khaldun menulis sebuah buku yang diberi nama 'Lubab al-Nuhassal Fi Usul al-Dien'. Buku ini dianggap oleh para sarjana Arab ketika itu sebagai sebuah falsafah yang sangat berharga. Ibnu Khaldun meninggal dunia pada 26 Ramadan tahun 808 Hijrah, bersamaan 18 Mac 1406, ketika berusia 76 tahun. Beliau meninggal dunia tanpa mengalami sebarang penyakit dan kehilangan beliau adalah kerugian pada sumbangan pemikiran Islam. Ibnu Khaldun dimakamkan di Mesir pada zaman kerajaan Bani Uthmaniyah, di sekitar permakaman kaum - sufi di Bab al-Nassir (Ghazali Darusalam, 1988) Menurut Ibnu Khaldun seni itu suatu kebenaran, keindahan dan kebaikan. Di dalamnya juga terkandung ciri-ciri estetika, etika dan logika. Estetika mengandungi unsur-unsur kecantikan, baik susunannya, menarik komposisinya serta indah apabila sesuatu hasil karya itu dihasilkan. Etika pula merujuk kepada elemen-elemen akhlak atau moral yang membina manusia. Mana kala logika pula merujuk satu kebenaran yang hakiki. Menurut beliau lagi, pengetahuan dalam sejarah boleh membentuk kerangka kefahaman dalam seni. Pengetahuan dalam sejarah ini tidak dapat dipisahkan daripada kehidupan manusia pada zaman batu sejak kewujudan lukisan di Gua Altamira, Sepanyol. Bagi Ibnu Khaldun, kebenaran dalam kesenian haruslah berpaksikan Allah s.w.t. Dalam Islam, kesenian dicetuskan dengan niat mendapatkan keredaan Allah s.w.t. Seni dalam Islam adalah seni yang mementingkan nilai-nilai akidah, syarak dan akhlak. Kesenian Islam menjadikan al-Quran, al-Sunnah, ijmak dan qiyas sebagai sumbernya. Segala sesuatu yang indah itu adalah penyempurnaan dan penghayatan akidah. syarak dan akhlak. Dalam seni Khat misalnya, terkandung nilai kebenaran pada keesaan Allah. Seni khat Arab adalah anugerah daripada Allah s.a.w. kepada manusia. Keindahan ditafsirkan sebagai kecantikan, keelokan ataupun perihal yang menerangkan sesuatu yang indah. Perkataan indah itu sendiri dimengerti sebagai sesuatu yang cantik. bagus benar. elok dan molek. (Othman Mohd Yatim. 1989). Selain daripada nilai kebenaran, dalam seni khat juga terkandung nilai keindahan. Seni adalah sesuatu yang indah. Pada keseluruhannya seni dapat didefinisikan sebagai manifestasi daripada perasaan dan fikiran dalam berbagai-bagai cara dan bentuk. Seni wujud dalam bentuk sastera. lagu, tulisan. ukiran. seni bina dan Iain-Iain.

!" "

Sesungguhnya, masyarakat Islam menilai keindahan sebagai sesuatu yang sememangnya digalakkan seperti yang tercatat dalam hadis nabi, 'Sesungguhnya Allah itu Maha Indah dan Dia suka Kepada Keindahan.' (Hadis Muslim dalam Kitab al-Iman). Keindahan dalam segala bidang dan daripada segi kehidupan umat manusia adalah dituntut oleh agama. Dalam pelbagai kebudayaan. bidang yang banyak meneroka rasa keindahan manusia adalah kesenian yang sememangnya adalah bidang penciptaan bentuk-bentuk yang indah dan menyenangkan. Daripada aspek kebaikan pula. Allah menurunkan Islam untuk kebaikan dan keamanan bukan untuk kerosakan dan kemusnahan. Sehubungan itu, kesenian yang diciptakan atas nama seni Islam mestilah mengandungi nilai kebaikan dan nilai akhlak. Sedangkan kesenian yang tidak berbentuk Islam diciptakan untuk tujuan takbur, nak, menaikkan nafsu syahwat. merosakkan akidah, syarak dan akhlak. Contohnya, apabila masjid yang dihiasi indah dengan ukiran ataupun seni khat tetapi hanya sebagai perhiasan ataupun menunjuk-nunjuk tidak termasuk dalam kategori Islam, kerana ia menyimpang daripada nilai keislaman. Seni yang tidak mempunyai nilai-nilai akidah. syarak dan akhlak dikatakan seni yang tidak digalakkan oleh Allah s.w.t. Contohnya seni ukir patung, ia bukanlah hasil sent yang diharuskan oleh Islam kerana konsep pengukiran patung itu sendiri bercanggahan dengan akidah Islamiah. Begitu juga seni lukis yang menaikkan nafsu syahwat juga dilarang oleh Islam. Halimah Hassan (1984), menjelaskan Islam tidak menerima 'seni untuk seni' kerana ia mudah hanyut dalam penilaian dan sering melewati batas. Misalannya demi seni. Allah diimaginasikan sebagai manusia ataupun atas nama keindahan dan seni dilukis tubuh wanita cantik tanpa pakaian ataupun tarian-tarian yang mengghairahkan. Estetika pula membawa maksud kecantikan, baik susunannya dan keberkesanannya. Ia melibatkan psikologi manusia yang berkaitan dengan perasaan. Daripada sudut psikologi, keindahan itu dilihat sebagai sesuatu yang sesuai kepada pancaindera atau deria rasa. Akal bukan sahaja memiliki deria fikir dan kemahuan (nafsu), tetapi juga indera rasa. Keindahan itu bersifat ideal dan fakta. Sesuatu karya ataupun bahan yang dikatakan indah, keindahan itu tidak terletak pada karya ataupun bahan itu sendiri tetapi ia adalah suatu perasaan yang dihayati oleh manusia ketika meneliti karya ataupun bahan itu. Sifat-sifat keindahan yang lahir dapat menimbulkan rasa kesenangan atau kepuasan dalam din kita yang disebut estetika. Dalam menghayati estetika atau keindahan ini kita seolah-olah ditarik ke dalam objek keindahan itu menyebabkan timbul rasa persatuan yang penuh dengan objek itu dan juga rasa kebebasan dan kesempurnaan. (Dr. Othman Mohd. Yatim, 1989). Croce B. (1978), menjelaskan estetika sebagai institusi pemahaman pada sesuatu yang benar. Bidang estetik akan hanya dapat ditanggapi dengan lebih nyata apabila idea pengalaman dapat difahami dengan lebih luas. Jadi estetik tidak lagi boleh dianggap sebagai bidang eksklusif seni. Ia adalah daripada pengalaman rasa yang total dan sempurna. Dalam analisis fenomonologi. pengalaman estetika boleh membawa seseorang itu ke dasar hakikat sesuatu melalui intuisi. Dengan kata lain, konsep keindahan itu merujuk kepada rasa yang menggembirakan, menyenangkan, memuaskan, yang baik dan dihargai. Rasa yang menggembirakan atau menyenangkan ini akan wujud bila kita diketemukan dengan objek-objek yang indah, yang selalunya dikatakan mempunyai 'seni' malah dalam konteks kebudayaan, bidang yang berfungsi memenuhi kepuasan estetik manusia adalah bidang kesenian. Terdapat tiga aspek dalam teori estetika, iaitu formalistik yang berkaitan dengan asas seni reka, aspek ekspresi berkaitan dengan luahan perasaan dan aspek psikologi berkaitan dengan psikologi manusia dan psikologi seni. Apabila dilihat ketiga-tiga aspek ini, ia menerangkan keindahan yang berunsur mistik, emosional dan intelektual. Etika pula membawa kesenian dalam Islam kepada landasan syariat Allah s.w.t. iaitu seni yang tidak membawa mudarat dan kerosakan diharuskan. seni yang merosakkan dimakruhkan dan yang pasti membawa kepada mudarat dan kerosakan diharamkan. Dalam Islam, penggunaan lambang-lambang manusia dan benda-benda bernyawa adalah diharamkan. Dengan larangan itu tidak bermakna seni yang dihasilkan oleh seniman Islam tidak cantik atau tidak indah. malahan dengan adanya larangan itu membolehkan seniman-seniman Islam mencipta motif-motif Iain yang tidak kurang menariknya. Di antara motif-motif itu adalah geometri dan 'arabesque'. (Dr. Othman Mohd. Yatim. 1989).

#" "

Logika pula dikenali sebagai ilmu mantik, iaitu ilmu bagi menjaga fikiran daripada kesalahan dalam menyimpulkan pencarian yang boleh diketahui. Ia menggunakan hal-hal yang tersedia dan yang diketahui. Faedahnya adalah memperjelas perbezaan yang salah daripada yang benar berkenaan dengan hal-hal yang dikejar oleh pengkaji perihal segala yang ada berserta sifat tambahannya, supaya sampai kepada pembuktian kebenaran mengenai alam semesta dengan kemampuan maksimum akal fikiran. (Nurcholis Majid, 1992: 270). Dalam seni khat misalnya, bukan sahaja terkandung nilai kebenaran dan keindahan tetapi juga unsur logika pada keesaan Allah. Fungsi seni bersekali dengan akal supaya manusia menyedari keagungan Tuhan dan keunikan ciptaan-Nya. Kesimpulannya, dalam pembangunan seni, kerangka dasarnya mestilah menyeluruh dan meliputi aspek-aspek akhlak, iman, matlamat keagamaan dan falsafah kehidupan manusia. Seni mestilah adalah proses pendidikan yang bersifat positif mengikut kaca mata Islam, menggerakkan semangat, memimpin batin dan membangunkan akhlak masyarakat bukan membawa kemungkaran dan juga bukan sebagai perosak akhlak ummah. Semua aktiviti kesenian manusia mesti ditundukkan kepada tujuan terakhir (keredaan Allah dan ketakwaan) dan semua nilai mestilah ditundukkan dalam hubungan-Nya serta kesanggupan berserah diri. Seni juga seharusnya menjadi alat untuk ketakwaan. Ertinya, seni mestilah bersifat menyuruh berbuat kebaikan dan menegah kemungkaran.

$" "

Anda mungkin juga menyukai