Anda di halaman 1dari 2

REFLEKSI Saya telah menerima tugasan ini daripada pensyarah saya iaitu Encik Rusli Bin Mahmood, bagi

subjek Pendekatan Pengajaran Literasi dan Numerasi. Menerusi tugasan ini, saya perlu menyiapkan dan melaksanakannya secara berkumpulan. Semua ahli kumpulan sangat membantu dan bekerjasama dalam menyiapkan tugasan ini. Kami menjayakan tugasan ini bersama-sama dengan penuh harapan yang tinggi untuk berjaya. Subjek ini sangat membantu saya dan rakan-rakan untuk mengajar kelak. Ilmu pengetahuan yang kami dapat sangat membantu dalam tugasan yang diberikan kepada kami. Sementara itu, ilmu yang diberikan juga dapat menambahkan pengetahuan saya dalam merancang pengajaran kelak. Ilmu ini sangat mudah difahami jika dipraktikkan selalu kerana disekeling kita semua menggunakan bahasa melayu untuk berkomunikasi. Pensyarah kami banyak membantu dalam memberikan tunjuk cara bagaimana melaksanakan tugasan ini. Selain itu, semasa menjalankan tugasan yang diberikan, kekuatan kumpulan kami ialah kami bersungguh-sungguh apabila melaksanakan tugasan. Kami yakin dengan apa yang kami buat. Tanpa bimbingan dan panduan daripada pensyarah, ia sudah tentu menyukarkan kami untuk menjalankan dan menjayakan tugasan yang berikan ini. Selain itu, kami terpaksa mengharungi pelbagai dugaan untuk menjayakan tugasan ini. Salah satunya ialah, pendrive kami diserang virus dan menyebabkan semua maklumat tidak boleh diakses. Manakala kelemahan kumpulan kami pula, ialah kami membuat tugasan yang berikan pada saat-saat akhir menghantar tugasan. Pada ketika itu saya dan kumpulan bertungkus lumus untuk menyiapkan tugasan yang tertangguh. Sebaliknya, setiap tugasan yang diberikan mestilah dilaksanakan awal supaya tidak terburuburu. Prinsip inilah yang perlu kami pegang untuk tidak mengulangi perkara yang sama kembali. Dengan apa yang telah terjadi, kami sekumpulan selepas ini akan lebih mengambil perhatian dan tidak akan membuat tugasan pada saat akhir lagi. Sebagai bakal guru tidak sepatutnya terjadi perkara sebegini kerana seperti sedia maklum seorang pendidik adalah seorang yang rajin dalam tugasannya dan seorang yang tidak suka menangguhkan kerja. Tambahan lagi, untuk menjadi seorang guru yang berkualiti kita mestilah bersikap berani untuk tampil ke hadapan dan berhadapan dengan pelbagai karenah murid-murid. Akhir sekali, setiap kelemahan dan kekurangan yang dikesan memerlukan penambahbaikan bagi meningkatkan kualiti tugasan pada masa akan datang. Berdasarkan kelemahan dan kekurangan yang didapati, ia dapat membantu saya untuk mengubah cara pelaksaan tugasan

yang lebih berkesan lagi dan memberi pengajaran kepada saya. Semua tugasan ini telah saya dan kumpulan menjayakannya dengan usaha gigih dan semangat yang tinggi. Saya mengucapkan ribuan terima kasih kepada pensyarah kerana telah memberikan tunjuk ajar yang berguna kepada saya dan rakan-rakan. Semoga ilmu yang baik ini dapat saya manfaatkan untuk menjadi guru yang berguna apabila saya berada di sekolah nanti. Akhir kata, segala yang baik itu datangnya dari Allah dan yang buruk itu dari kelemahan saya sendiri. Wassalam.