Anda di halaman 1dari 4

NAMA: AZLAN BIN MISLI NO.

MATRIX: YA 2012-2139

Soalan : Zaman Prasejarah di Laos

Laos adalah sebahagian daripada Negara di asia tenggara di mana bersebelahan dengan Negara Myanmar, Vietnam, kemboja dan Thailand. Laos beriklim tropika dan dipengaruhi oleh musim angin barat laut dan barat daya di mana hampir sama dengan Malaysia, Bandar terbesar di Laos adalah Vientiane yang merupakan ibu negeri Laos. Antara Bandar- Bandar lain juga seperti Luang Prabang, Sabannakhet dan Pakse. Dalam sejarah Laos ,Negara ini pernah terlibat dengan Perang Vietnam dan Perang Saudara selama

beberapa tahun. Awal sejarah Laos didominasi oleh Kerajaan Nanzaho dan kemudian pada abad ke 14 oleh kerajaan Lan xang hingga abad ke 18. Pada abad ke 19 Prancis menguasai Laos dengan menggabungkan Indochina. Setelah perang dunia II dibawah Penjajahan Jepun Laos telah mencapai Kemerdekaan Pada tahun 1949 dibawah Pemerintahaan Raja Sisavang vong.

Terdapat beberapa aspek yang mempengaruhi

Zaman Prasejarah Laos seperti

Pengaruh India, Pengaruh Islam serta Pengaruh Imprialisme Barat. Bukti- bukti Zaman Prasejarah Laos menunjukkan Lembah Sungai Mekong dan Banjaran korat telah dihuni selama 10000 tahun dahulu dimana ciri batuan seramik yang berlapis ditemui lebih awal daripada tempat lain di dunia. Terdapat beberapa kelompok etnik seperti thai kadai dan hmong mien daripada keluarga linguistik , Austro yang dipengaruhi oleh budaya diaspora dari cina selatan dan timur Tibet.

Peta Linguistik di Cina selatan, barat India utara dan asia tenggara menunjukkan bahawa migrasi ke laos dan Thailand bermula dari lembah-lembah sungai iaitu dari sungai merah (yuan jiang) di cina selatan dan Vietnam ke sungai Brhmaputra di assam dan timur laut india. Bukti Antropologi linguistik menunjukkan bahawa migrasi bangsa austro thai di cina selatan dan Vietnam utara bermula ke selatan dan ke barat pada abad ke 8 masihi. Kelompok- kelompok ini membentuk pemerintahan sendiri bersesuaian dengan sistem pemerintahan adat mereka. Meuangs adalah daerah yang diperintah oleh seorang meuang jao dimana kedudukannya adalah secara turun temurun. Daerah-daerah dibina di sekitar lembah sungai dan dikembangkan kepada jajahan kecil yang dikenali sebagai monthon. Gabunag

jajahan awal terbesar dikembangkan diwilayah dien bien phu di Vietnam. Sikhotabong yang terletak berhampiran lao dari Mekong besebelahan thakaek kini merupakan salah satu monthons pertama yang ditemui.

Pada tahun 30an, ahli geologi barat dari prancis bernama josue heilman hoffet menemui bukti- bukti fosil dan molekul air buaya dan kura- kura di wilayah ban tangvai timur savannakhet. Penemuan dinosaurs juga ditemui dan kini dipamerkan di Muzium dinosaurs di savannakhet yang ditemui pada sebuah gua dihouaphanh provinsi di Laos utara timur yang diukur antara 50000 hingga 30000 tahun dahulu. Penemuan batu dan tenggkorak di lembah sungai Mekong membuktikan terdapat penempatan manusia semenjak 40000 tahun sebelum masihi. Pengkaji arkeologi tidak menunjukkan bukti Prasejarah Laos mungkin bermula pada zaman Neolitik.

Penemuan artifak perkuburan manusia berisi tulang manusia, batu dan seramik ditemui dihouaphanh, luang namtha dan xieng khoung yang berasal dari 1000 hingga 500 sebelum masihi. Terdapat juga perkuburan kuno di dataran jars laos dimana terdapat beribu botol besar yang berukir. Pengkaji arkeologi percaya bahan- bahan pembuat ukiran batu menggunakan besi, alat- alat batu disekitar tahun ke 4 sm. Dimana dipercayai mereka berketurunan besi. Beberapa bahan makam ditemui dengan tulang manusia dalam tampayan batu yang besar dan ditutup dengan batu yang diukir bermotif kucing, manusiakatakbintang atau angka. Beberapa barang perkuburan lain ditemui betul kuno yang membuktikan bahawa dataran perabadan jars terlibat dengan perdagangan luar laos iaitu cina, india dan masyarakat sekitarnya. Dataran jars kaya dengan garam dan dipercayai komiditi ini antara bahan dagangan yang dipasarkan pada waktu itu.

Persaingan perebutan takhta memuncak pada tahun 1637 ketika itu soulinga- vongsa iaitu salah seorang daripada calon yang telah mengalahkan pesaingnya. Beliau dapat merebut kuasa tersebut, selain itu beliau telah membuktikan bahawa dirinya seorang yang berwibawa dan diperlukan untuk mentadbir negeri-negeri lain. Selama 55 tahun pemerintahannya, bukan sahaja keamanan negeri berjaya dibentuk akan tetapi hubungan diplomatik antara Negaranegara jiran dapat diwujudkan. Pemerintahannya yang kuat telah memberi kesan yang positif bagi pandangan pedagang dan Negara jiran loas.

Sebuah catatan yang jelas mengenai suatu kunjungan ke Vientiane sewaktu pemerintahannya telah sampai ke laos daripada penulisan seorang pedagang belanda bernama van vuysthof pada tahun 1641. Kunjungan diterima baik oleh raja di Pagoda thatluong dengan pertunjukkan tarian pertarungan memakai tombak sambil menunggang kuda, setelah itu seorang pedagang eropah lain bernama piednontese Jesuit father Giovanni-maria leria, yang tiba di vientiene setelah kunjungan vanvuysthof beliau juga menyebarkan agama kristian di Negari tersebut. Pendeta-pendeta Buddha menentang rancangan pedagang eropah tersebut untuk tinggal di situ untuk selama 5 tahun, penyebaran agama kristian menjadi lebih kukuh setelah rancangan mengahwinkan puteri nang ken chan dikahwinkan dengan henry mouhot seorang penyelidik eropah yang tidak Berjaya dan memaksa raja menyerah apabila satu serangan dibuat bagi merebut negeri tersebut. Pengaruh kristian kini dapat dilihat dalam muzik patung,lukisan, ukiran emas dan perak, ukiran menganyam dan menenun.

Pengaruh islam di laos bermula melalui daripada pedagang cina dari Yunnan. Para saudagar cina ini bukan hanya membawa barang dagangan ke laos namun juga ke Negara jiran iaitu Thailand dan Burma bagi masyarakat laos dan Thailand, para pedagang cina ini dikenali sebagai chin haw. Antara arkeologi yang di tinggalkan beberapa kelompok kecil muslim yang tinggal didataran tinggi dan bukit dan terdapat masjid yang terletak di nam phui masjid ini dibina dengan pengaruh neo- moghul dengan cirri khas berupa menara gaya oriental, antara ukiran lain pada masjid ialah tulisan tulisan dalam bahasa arab, tamil,lao, urdu dan inggeris. Selain komoniti muslim cina terdapat juga tamil dari selatan india. Muslim india selatan ini Berjaya mendominasi masjid di Vientiane.

Penemuan Batu dan Tengkorak di utara Laos dari Sungai Mekong Laos-Belgia Lembah Survei Arkeologi pada tahun 1998 hingga 1999, membuktikan wujudnya Manusia sejak 40000 SM. Pada tahun 1353, Negara Laos ditadbir oleh kalangan pemimpin Khmer daripada Angkor dan seterusnya pentadbirannya diterajui oleh Sukhothai, Pangeran Fa Ngoum dai thailand menjadikan kerajaan Laos atau pada masa itu dipanggil "lane Xang", sebagai negara yang paling berkuasa dan berpengaruh. Perluasan wilayah Laos pada ketika itu sama dengan peluasan wilayah Thailand utara manakala Ibukota pertama negara Laos adalah Luang Prabang. Raja Fa Ngoum menjadikan ajaran Budha sebagai agama rasmi. Pada abad ke 15 orang Vietnam menduduki Kerajaan Lao dan Luang Prabang untuk sementara waktu dan Pada abad ke 16, Vieng Chan (Vientiane) telah dikembangkan sebagai sebuah ibukota yang sama dengan kerajaan Lao.

Burma yang memiliki kekuatan paling dominan di Asia Tenggara pada abad ke 16 telah memperluaskan pengaruhnya sehingga ke daerah Vieng Chan. Namun demikian pada tahun 1563, Raja Setthathirat telah menjadikan Vieng Chan sebagai ibukota rasminya Laos.Pada tahun 1575, Bangsa Birma menduduki Vieng Chan selama 7 tahun.Setelah kerajaan Lao berkembang dan telah menyatukan Luang Prabang dan Vieng Chan pada tahun 1591 dibawah pemerintahan Raja Nokeo Koumane.Pada tahun 1700, Laos telah dibahagikan kepada 3 kerajaan iaitu: Luang Prabang, Vieng Chan dan Champassak selatan.Setelah ibukota Siamese iaitu Ayutthaya ditakluk oleh tentara Birma pada tahun 1767, Laos kembali jatuh dibawah pemerintahan orang Birma dalam beberapa tahun kemudian kerajaan Siam bertambah kuat sehingga Laos kembali ditaklukinya.

Agama Islam telah masuk ke Laos melalui para pedagang Cina dari Yunnan. Para saudagar Cina ini bukan hanya membawa barang-barang dagangannya ke Laos akan tetapi para saudagar cina juga membawa barang daganganya ke Negara- Negara jirannya seperti Thailand dan Birma. Masyarakat Laos dan Thailand turut ,menamakan para pedagang asal Cina ini sebagai Chin Haw. Pada tahun 1868, setelah menguasai Vietnam Selatan sebagai daerah jajahan dan mengembalikan Kamboja menjadi daerah perlindungan Perancis, Perancis mengirimkan sebuah ekspedisi awal ke Laos untuk menyelidiki rute perdagangan sungai Mekong ke Cina. Pada tahun 1886, Perancis mendapat kebenaran daripada Siam untuk memperluaskan pemerintahannya di Laos dengan menempatkan wakil konsulat di Luang Prabang.

Rujukan Wapedia.2010.Islam di Laos.Al Kayyis Center_ Islam di Laos.htmd.htm.[diakses pada tanggal 2 Desember 2010]. Wapedia.2010.Laos.http://www.culturalprofiles.net/laos/directories/laos_cultural_profile/1059.html[diakses pada tanggal 3 Desember 2010]. Wikipedia.2010.laos.http://www.huongviettravel.com/Laos/news/37/LaosHistory/172/bookin g.html[diakses pada 2 Desember 2010].