Anda di halaman 1dari 11

PERANAN WAQF DAN IBTIDA DALAM KHILAF QIRAAT MUTAWATIRAH:

KAJIAN KESAN PENTAFSIRAN.

BAB 1

PENDAHULUAN

1.1 PENGENALAN
Ilmu al-Waqf wa al-ibtida merupakan salah satu daripada cabang ilmu-ilmu al-Quran.
Kaitannya dengan al-Quran amat rapat kerana setiap individu yang membaca al-Quran pasti
memula dan memberhentikan bacaan pada tempat-tempat yang tertentu. Mengetahui dan
menguasai ilmu waqf dan ibitida ini menatijahkan kesempurnaan isi ayat atau sebaliknya. Qari
yang baik dapat menyampaikan ayat-ayat al-Quran sejajar dengan kehendak ayat itu diturunkan
manakala yang tidak mahir kadangkala mengalunkan ayat-ayat sehingga lari daripada maksud
asalnya. Tidak hairanlah sekiranya para ulama begitu menitikberatkan waqaf dan ibtida kerana
Rasulullah sendiri mengajarkan para sahabatnya bagaimana untuk membaca, memberhenti dan
memulakan kembali bacaan. Bahkan ketika turunnya al-Quran, Jibril turut mengajarkan kepada
baginda bagaimana membaca al-Quran dan tidak ketinggalan menunjukkan tempat-tempat yang
manakah sepatutnya bacaan itu diwaqafkan. Walau bagaimanapun praktikal wakaf dan ibtida
tidak berdiri sendirian malah seseorang qari memerlukan kedalaman ilmu-ilmu lain supaya ayatayat itu sempurna makna dan tidak lari daripada maksud yang sebenar. Di antara ilmu-ilmu
yang penting itu, terdapat dua ilmu serumpun yang cukup sinonim dengan waqaf dan ibtida
iaitu ilmu qiraat dan tafsir. Ini kerana qiraat adalah faktor yang besar pengaruhnya terhadap
icrab dan makna ayat yang sehingga memberi kesan terhadap waqaf dan ibtida. Perubahanperubahan ini pula ada kalanya memberi impak terhadap penafsiran kerana ianya melibatkan
stukrtur ayat yang menghasilkan penafsiran yang berbeza.
1.2 PERMASALAHAN KAJIAN
1

Ilmu Al-Waqf dan al-Ibtida merupakan suatu ilmu yang penting untuk diketahui. Sepertimana
hukum tajwid wajib dipelajari oleh orang yang ingin membaca al-Quran, begitulah kedudukan
ilmu al-waqf dan al-ibtida. Ilmu tajwid berperanan menjaga keelokan bacaan supaya menepati
bacaan yang diajar Jibril kepada Rasulullah saw serta memelihara daripada lahn jali1 dan khafi2,
manakala al-waqf dan al-ibtida menjaga maksudnya. Peraturan ini berasaskan firman Allah
supaya membaca al-Quran itu dengan tartil3 dan kata-kata daripada saidina Ali r.a bahawasanya
tartil itu ialah elok bacaan dan mengetahui tempat-tempat waqaf4. Ini kerana apabila cuai dalam
waqaf dan ibtida maka makna-makna ayat tidak dapat ditadabbur sedangkan isi-isi ayat itu
disarankan Allah untuk ditadabbur maknanya5. Imam al-Suyuti menyebutkan bahawa disunatkan
qiraah itu dengan tadabbur dan faham kerana ia adalah tujuan dan tuntutan utama al-Quran
diturunkan6. Dalam menyiapkan kajian disertasi ini penulis mendapati beberapa permasalahan
yang perlu untuk dikaji dan diberi perhatian berkenaan al-waqf dan al-ibtida iaitu hubungannya
dengan qiraat dan tafsir, dengan mengkaji kesan kepelbagaian qiraat terhadap waqaf dan
ibtida sekaligus melihat kesan keduanya kepada penafsiran.

1.2.1

Al-Wakf dan al-Ibtida dengan ilmu-ilmu lain.

i)

Ilmu al-Nahw (Nahwu).

Lahn Jali ialah kesalahan terhadap lafaz sama ada mengubah makna atau tidak. Kesalahan yang mengubah huruf
seperti perkataan dibaca dengan ( huruf dibaca dengan huruf ), Mucjam cUlum al-Quran, Ibrahim
Muhammad Jarami, Dar al-Salam Damsyik 2001.
2

Lahn Khafi ialah kesalahan yang diketahui oleh orang yang mahir dengan ilmu tajwid. Contoh kesalahan ialah
ghunnah yang melebihi had, bacaan tebal dibaca nipis dan sebaliknya. Mucjam cUlum al-Quran, Ibrahim
Muhammad Jarami, Dar al-Salam Damsyik 2001.
3

, al-Quran, al-Muddathir 73: 4.

, Al-Quran, al-Nahl 29:39.

Al-Itqan fi Ulum al-Quran, al-Suyuti, Dar Ibn Kathir Damsyik 1996 jil 1 ms 333.

Contohnya ialah firman Allah Taala7:

















Pada ayat di atas, waqf pada ( ) adalah waqaf Kafi sekiranya seseorang
qari bermaksud icrab nasab8 ( ) itu kesan daripada dhamir ( )dengan taqdir
ayat: () . Namun sekiranya nasab itu sebagai badal pada firman Allah (
) atau badal daripada ( )dalam firman Allah () , maka tidak menjadi
waqf

kafi kerana ayat selepasnya mempunyai hubungan makna dengan yang

sebelumnya. Kesannya pada penafsiran adalah jelas iaitu ( ) sekiranya


dimaksudkan sebagai nasab maf`ul bih membawa maksud makanlah binatang ternak itu
daripada lapan ekor (empat pasangan). Dan sekiranya ia adalah badal daripada ()
maka ianya bermaksud lapan ekor tersebut dijadikan Allah untuk tunggangan dan untuk
disembelih.
ii)

Ilmu al-Qiraat.

Al-Quran, al-An`aam, 6: 142-143

Nasab ialah kedudukan icrab sesuatu kalimah yang ditandakan baris atas untuk mufrad, alif dan nun untuk
muthanna, ya dan nun atau alif dan ta untuk jamak. Icrab ialah perubahan pada akhir kalimah kerana terdapat
awamil yang berbeza dalam kalimah tersebut sama ada lafaz atau taqdir. Muhammad Muhyiddin Abdul Hamid,
1989. Al-Tuhfat Al-Saniyyah, Maktabah al-Sunnah.

Contohnya ialah seperti firman Allah Taala9:



Dalam ayat di atas, wakaf pada perkataan ( ) adalah waqf kafi bagi
qiraat yang membaca perkataan (
( ( )iaitu huruf ain ( )berbaris atas, dan mim ()
berbaris mati) kerana itu adalah perkhabaran daripada Allah tentang ibu Maryam a.s.
Ianya boleh diputuskan kerana ianya tidak bersambung dengan kata-kata Maryam a.s.
Manakala qari yang membaca dengan dengan huruf ain berbaris mati dan huruf ta
berbaris dhammah tidak boleh berhenti pada kalimah ( )kerana ianya masih
bersambung dengan ayat sebelumnya iaitu pernyataan Maryam a.s.
Kesannya terhadap tafsir juga jelas, iaitu sekiranya dibaca dengan (
( )membawa
maksud perkhabaran ini menyatakan bahawa Allah mengetahui apa yang dikandungkan
oleh Maryam a.s dan menyatakan bukanlah lelaki itu seperti perempuan, dan perkhabaran
itu telah diputuskan oleh munajat Maryam a.s sebelumnya iaitu beliau telah melahirkan
anak perempuan (sedangkan beliau mahukan anak lelaki). Manakala sekiranya dibaca (
( ) (membawa maksud Maryam a.s mengetahui jantina yang telah dilahirkannya dan

dia menyatakan bukanlah lelaki itu seperti perempuan.

iii)

Ilmu Tafsir
Contohnya ialah sepertidalam firman Allah Taala10:

Al-Quran, Ali Imran, 3: 36

10

Al-Quran, al-Maidah 5: 6.


Dalam ayat di atas, sekiranya para mufassir mentafsirkan pengharaman adalah
selama-lamanya dan jangka masa kekeliruan mereka ialah selama empat puluh tahun
maka status waqf pada ( ) ialah tamm dan boleh ibtida terus dengan () .
Maka perkataan ( )yang mansub adalah zhorof dan amilnya ialah ()11.
Dan sekiranya mufassir mentafsirkan bahawa pengaharaman dan kekeliruan itu adalah
selama empat puluh tahun, maka perkataan ( )itu mansub dengan (), dan boleh
waqf pada () 12.

1.3 MATLAMAT KAJIAN


Matlamat kajian ini adalah untuk mengetahui peranan waqf dan ibtida terhadap qiraat dan
kesannya terhadap tafsir. Ini penting kerana pada kelainan qiraat itu sebahagian besarnya
melibatkan nahwu, yang memberi kesan terhadap makna perkataan tersebut sekaligus
memberi impak terhadap isi ayat. Hubungan tiga serumpun inilah yang menjadi tunjang
dalam pengkisahan dan hukum.

1.4 OBJEKTIF KAJIAN


Kajian ini dilaksanakan untuk mencapai objektif-objektif berikut:
i) Menonjolkan

peranan

waqf

dan

ibtida

dan

membuktikan

mempelajarinya.
ii) Mengkaji sejauh mana hubungan waqf dan ibtida dengan qiraat.

11

Al-Alusi, Ruh al-Maani

12

Asymuni, Manar al-Huda.

kepentingannya

iii) Menyatakan kesan waqf dan ibtida terhadap penafsiran ayat-ayat al-Quran.

1.5 KEPENTINGAN KAJIAN


Kepentingan kajian ini adalah seperti berikut:
i- Mengkaji faktor-faktor dalam qiraat yang membawa kepada perubahan status waqaf dan
ibtida dalam sesuatu ayat. Kadangkala suatu pernyataan dalam ayat al-Quran berubah
makna hanya dengan suatu pertukaran yang kecil seperti ta ( )facil kepada khitab.
ii- Menyemarakkan pengetahuan bahawa ilmu al-waqaf wa al-ibtida adalah suatu ilmu
yang penting terutamanya kepada pelajar pengajian Islam kerana sumber hukum Islam
bersumberkan wahyu ilahi yang padanya terdapat khilaf-khilaf qiraat.
iii- Mendedahkan kepada masyarakat khususnya umat Islam bahawasanya untuk memahami
al-Quran, ilmu-ilmu sokongan yang lain seperti nahwu bahasa Arab, tafsir dan qiraat
amatlah penting kerana dengan adanya ilmu-ilmu itu seseorang qari dapat mengetahui
maksud sesuatu ayat dan dapat melaksanakan waqaf dan ibtida dengan sempurna.

1.6 SKOP KAJIAN


Kajian ini hanya tertumpu kepada subjek waqaf dan ibtida dalam Qiraat Sabcah. Penulis akan
menjalankan kajian terhadap ayat-ayat yang mempunyai qiraat berbeza dalam surah al-Baqarah
dan Ali cImran, iaitu merangkumi ayat-ayat yang berubah maksudnya sehingga memberi kesan
terhadap penafsiran sehingga memberi kesan terhadap hukum dan seterusnya waqaf dan ibtida.
1.7 HIPOTESIS KAJIAN
a. Waqaf dan ibtida yang diamalkan hingga ke hari ini pada asasnya diajarkan oleh Jibril
a.s dan Rasulullah s.a.w dan diteruskan hinga ke hari ini oleh ulamak dan qurra.

b. Huraian dan tafsiran ayat al-Quran didapati berbeza-beza dalam tafsir adalah kerana
adakalanya meraikan wajah-wajah qiraat yang memberi kesan terhadap penceritaan dan
hukum.
c. Pengetahuan yang luas terhadap ilmu-ilmu berkaitan al-Quran seperti Nahwu Bahasa
Arab, Tafsir dan Qiraat mempengaruhi mahattah waqaf dan ibtida seseorang yang
membaca al-Quran.

1.8 DEFINISI OPERASI KAJIAN


a. Al-Waqf ialah perlakuan berhenti dalam pebacaan al-Quran. Seseorang qari yang
membaca al-Quran tidak akan mampu membaca tanpa berhenti dan tidak mengambil
nafas. Sebahagian ulama berpegang bahawa al-waqf ialah berhenti untuk mengambil
nafas seterusnya meneruskan bacaan, manakala al-Qathc ialah berhenti dan tidak
menyambung bacaan. Waqf yang baik ialah dengan berhenti di tempat yang sepatutnya,
iaitu setelah selesai apa yang dikhabarkan oleh ayat tersebut.
b. Al-Ibtida ialah memulakan kembali pembacaan al-Quran setelah berhenti. Ibtida yang
baik ialah dapat memulakan subjek dengan baik sehingga dapat difahami dengan
sempurna.
c. Peranan ialah pekerjaan atau tugas. Iaitu tugas waqf dan Ibtida ialah menjaga makna
ayat supaya tidak selari dengan apa yang telah diturunkan oleh Allah.
d. Al-Qiraat ialah ilmu yang membicarakan tentang cara-cara (kaifiyyat) sebutan
perkataan-perkataan dalam al-Quran dan perlaksanaan cara-cara tersebut (tariq al-ada)
sama-ada yang disepakati mahu pun yang diperselisihkan serta menyandarkan setiap cara
tersebut kepada individu yang membawa atau meriwayatkannya.
e. Qiraat Sabcah: Istilah ini diterjemahkan sebagai Qiraat Tujuh. Ia merujuk kepada cara
bacaan al-Quran yang bersumberkan kepada tujuh orang Imam Qiraat, iaitu Nfi, Ibn
Kathir, Ab Amr, Ibn mir, sim, Hamzah dan al-Kisi. Pemilihan ketujuh-tujuh
orang imam dilakukan oleh Ab Bakr ibn Mujhid pada kurun keempat hijrah.
7

f. Qurra ialah jamc qari, merujuk kepada sekumpulan atau imam-imam qiraat yang ramai
jumlahnya.
g. Usul al-Qiraat ialah suatu peraturan dalam bacaan qiraat yang dapat diaplikasikan secara
keseluruhan al-Quran daripada awal hingga akhir. Contohnya ialah seperti peraturan
kadar mad, dan bacaan idgham kabir yang khusus kepada imam tertentu di kalangan
qurra.
h. Farsy al-Huruf ialah suatu peraturan yang dipakai diamplikasi oleh imam-imam qiraat
melibatkan kalimah atau tempat tertentu sahaja dalam al-Quran, berlainan dengan usul
al-qiraat.
i. Penafsiran ialah penjelasan dan huraian. Penafsiran membolehkan setiap kalimah
diketahui maknanya dengan lebih sempurna.
j. Badal adalah suatu kalimah yang berfungsi sebagai ganti sesuatu perkataan yang lain
sebelumnya dalam icrab.
k. Al-Idgham al-Kabir ialah bacaan dua huruf menjadi seakan satu huruf bersabdu
contohnya ialah ( )pada satu kalimah, dan ( ) pada dua kalimah. Imam yang
membacanya ialah al-Susi, perawi imam Abu cAmr al-Basri.
l. Al-Mad wa al-Qasr dalam ilmu qiraat ialah suatu bab dalam menerangkan manhaj qurra
pada menentukan kadar panjang dan pendak kadar mad.
m. Saktah ialah perbuatan menahan nafas dengan kadar dua harkat pada tempat-tempat yang
dibolehkan saktah padanya, seperti ( ),13()14 dan () 15.
n. Al-Wasl atau wasal ialah bacaan sambung, berlawanan dengan al-sakt (menahan nafas)
dan al-qathc (memutuskan bacaan).

13

Al-Quran, 36:52.

14

Al-Quran, 18:1.

15

Al-Quran, 75:27.

o. Ibdal al-Hamz ialah bacaan yang membuang huruf hamzah dan dibaca seolah-olah tiada
huruf hamzah contohnya ialah (), dibaca dengan ( )sahaja. Qurra yang
membaca dengan badal ialah Warsy, al-Susi, Abu Jacfar serta Hamzah dan Hisyam
ketika waqaf.
p. Al-Qasr ialah kadar mad yang dibaca pendek sekadar dua harakat, contohnya ialah mad
asli.
q. Al-Tawassut ialah kadar mad yang dibaca dengan sederhana. Terdapat di kalangan
qurra membaca sederhana dengan kadar empat harakat sahaja, dan terdapat juga yang
menggunakan empat dan lima harakat dalam mad Muttasil dan Munfasil.
r. Al-Mad ialah kadar mad yang dibaca panjang. Ada kalanya ia dimaksudkan sebagai
lawan kepada al-Qasr, dan ada kalanya ia memberi makna isybac, iaitu enam harakat.
s. Sukun ialah huruf yang mati dan tiada berharakat, lawan kepada mutaharik (berharakat).
t. Harakat ialah baris huruf yang menghasilkan bunyinya. Terdiri daripada fathah (baris
atas), kasrah (baris bawah) dan dhammah (baris depan) terdapat juga harakat-harakat ini
dalam bentuk tanwin (berbunyi nun).
u. Syaddah ialah sabdu, iaitu satu huruf yang bertanda mewakili dua huruf.
v. Wajah ialah suatu istilah yang digunakan untuk menunjukkan kalimah itu mempunyai
beberapa atau banyak wajah. wajah qiraat memberi makna boleh memilih mana-mana
wajah untuk dibaca dan boleh meninggalkan wajah yang lain.
w. Bina Majhul ialah sesuatu kalimah diberi harakah yang tiada terdapat facilnya,
dinamakana juga ma lam yusamma faciluhu.
x. Wazan ialah timbangan. Ianya merujuk kepada kalimah-kalimah arab, bagaimanakah
kalimah itu terbina. Contohnya ialah seperti wazan ( ) dan (
).
y. Mutacddi ialah kategori perbuatan yang boleh sampai kepada mafculnya dengan tanpa
perantaraan huruf jar atau perantara huruf li al-tacaddiah.
9

z. Lazim ialah kategori perbuatan yang tidak sampai kepada mafculnya melainkan dengan
perantaraan huruf jar atau perantara huruf li al-tacaddiah.
aa.

Sighah ialah merujuk kepada lafaz dan bentuk kalimah seperti sighah mufrad,

amar, jamc dan lain-lain lagi,

1.9 METODOLOGI KAJIAN


1.9.1

Bentuk Penyelidikan

Kajian ini adalah berbentuk kepustakaan sepenuhya atau dinamakan arm chair research. Segala
data dan maklumat mengenai kajian diambil dan dirujuk pada bahan-bahan bercetak termasuk
artikel-artikel yang terdapat dalam laman sesawang di internet. Penulis menjadikan kitab Manar
al-Huda oleh Asymuni sebagai asas dalam kajian ini.

1.9.2

Bahan atau Sumber Maklumat

Maklumat untuk kajian ini diperolehi daripada sumber-sumber premier iaitu kitab-kitab ilmu alWaqf dan al-Ibtida seperti Manar al-Huda oleh Asymuni, kitab tafsir seperti al-Bayan oleh alQurthubi dan kitab-kitab skunder berbahasa arab dalam ilmu yang berkaitan dengan al-Qiraat
serta disertasi terdahulu yang berkaitan dengan kajian ini.

1.9.3

Metode Komparatif

Dalam kajian ini, metode yang disebutkan ini turut digunakan bertujuan untuk membuat
perbandingan terhadap metode-metode yang digunakan oleh penulis kitab-kitab waqf dan ibtida
dan ulamak-ulamak yang menulis kitab-kitab tafsir.
1.9.4

Metode Penganalisaan Data

Setelah segala maklumat dan data diperolehi, kajian seterusnya ialah menganalisis maklumat dan
data-data tersebut agar semuanya dapat difahami dan digunakan, seterusnya ulasan secara
10

deskriptif terhadap data perbahasan yang diperolehi melalui kajian keperpustakaan. Ianya
bertujuan untuk membina pendekatan baru serta menguatkan lagi kajian sebenar melalui
maklumat yang sedia ada.

1.10

KAJIAN TERDAHULU

Berdasarkan maklumat dan bahan-bahan di perpustakaan beberapa kajian berkenaan al-Waqf dan
al-Ibtida telah ditemui antaranya ialah:
i- Jalaluddin al-Suyuti, 1996. Al-Itqan fi cUlum al-Quran bab al-Waqf dan al-Ibtida.
Dalam bab ini pengarang menyebutkan kitab-kitab yang sedia ada beserta pengarangpengarangnya, seterusnya menyatakan kedudukan ilmu ini di sisi sahabat dan ulama.
Pengarang juga menyebutkan pembahagian waqf dan ibtida , mazhab-mazhab qurra
dalam waqf dan ibtida dan menyebutkan sedikit tentang kesan qiraat, nahwu dan tafsir
terhadap status waqf dan ibtida.
ii- Abdul Karim Ibrahim Audh Salih, 2006. Al-Waqf wa al-Ibtida wa Silatuhuma bi alMacna fi al-Quran al-Karim. Beliau menyebutkan secara terperinci berkenaan ilmu ini
seperti pembahagian waqf , takrif setiap waqf, kesan dan kaitan ilmu lain terhadap waqf
ibtida serta perbandingan tanda-tanda waqf dalam beberapa mushaf.
iii- Shaharuddin bin Pangilun, 2005. Kemahiran Waqf dan Ibtida : Kajian Terhadap Guruguru al-Quran di Daerah Kuala Langat, Selangor Darul Ehsan. Kajian ini menyebutkan
tentang kepentingan, tujuan dan pembahagian waqf dan ibtida serta menguji sedalam
mana ilmu ini dipelajari dan bagaimanakah ianya dipraktikkan.
iv- Muhammad Fairuz A.Adi, 2010. Jurnal Pendidikan dan Penyelidikan Qiraat KUIS, AlQiraat dan Kaitannya Dengan Waqaf dan Ibtida. Kajian ini menyebutkan hubungan
antara qiraat dengan waqf dan ibtida serta menghuraikan kesannya terhadap tafsiran
ayat al-Quran secara ringkas. Penulis menyatakan bahawa ilmu waqf dan ibtida juga
penting dalam mengistinbat hukum.

11