Bab 6

Anda mungkin juga menyukai

Anda di halaman 1dari 4

BAB 6 KESIMPULAN

Kesimpulan yang dapat di buat di sini ialah latihan industri ini adalah satu perkara yang penting kerana ia dapat melatih kemahiran yang telah dipelajari oleh pelajar sepanjang pembelajaran di dewan kuliah di mana ia dapat diaplikasikan dengan berkesan. Latihan industri ini juga merupakan satu cabang untuk membina keyakinan diri dan kendiri para pelajar bagi menghadapi alam pekerjaan sebenar yang bakal ditempuhi pada masa akan datang.

Sepanjang tempoh menjalani Latihan Industri di Bank Kerjasama Rakyat Batu Pahat, pelbagai aktiviti dan tugasan telah di dedahkan secara tidak langsung, saya juga telah mengetahui setiap tanggungjawab dan peranan yang ada di dalam organisasi ini. Pendedahan kepada alam pekerjaan yang sebenar adalah lebih baik untuk di kaitkan dengan pelajar melalui Latihan Industri ini terutamanya untuk membuka minda dan pemikiran agar lebih matang dalam menyelesaikan masalah yang bakal

91

timbul dalam situasi kerja yang sebenar kelak. Hal ini akan dapat meningkatkan lagi keupayaan pelajar berfikir jauh, berdikari dan belajar bertindak secara rasional serta lebih berdisplin agar dapat melahirkan hasil kerja yang kreatif, kreatis dan berkualiti.

Hal ini kerana latihan industri ini telah memberi pendedahan yang sewajarnya tentang selok belok pekerjaan demi menyiapkan diri pelajar dalam suasana pekerjaan kelak. Di samping itu, ia juga telah membolehkan saya mengetahui segala kegunaan yang ada pada bidang Kewangan dan Perbankan Islam untuk di kaitkan dengan tugasan dan urusan yang telah di buat semasa berada di Bank Kerjasama Rakyat Batu Pahat.

Cara berkomunikasi yang baik akan menyumbang ke dalam perubahan diri saya terutamanya apabila berada di dunia pekerjaan kelak. Sistem berkomunikasi yang sopan dan tertib apabila bertemu pelanggan adalah penting bagi merapatkan siaturrahim dan jalinan yang baik serta harmoni. Di samping itu, perasaan kekok dan tidak selesa yang ada di dalam diri ini adalah perkara normal apabila berada di tempat baru terutamanya dari segi kerja, tempat kerja dan pengaulan. Oleh itu, sikap positif perlu di ambil dan lamakelamaan, keadaan akan menjadi biasa dan penumpuan terhadap kerja yang di lakukan akan menjadi lebih lagi. Hal ini boleh di tangani jika kita banyak bertanya dan mempunyai perasaan ingin tahu yang tinggi terhadap syarikat.

Kebiasaanya, setiap pekerjaan yang di lakukan mempunyai risikonya yang tersendiri sama ada di luar pejabat atau semasa berada di dalam pejabat. Maka, keselamatan semasa bekerja perlu dititikberatkan agar sebarang kemalangan terhadap

92

diri dan harta benda dapat dielakkan sepertimana yang di ajar menerusi subjek Occupation Safety and Health (OSH).

Sambil itu, sifat berkerjasama turut dapat di tanamkan dan sikap toleransi sesama sendiri dapat di amalkan bagi membolehkan saya mendapat pencapaian dalam bidang pekerjaan yang diceburi.

Akhir sekali, keyakinan dalam diri akan melahirkan satu semangat untuk bekerja secara amanah, jujur dan bertanggungjawab. Oleh yang sedemikian, praktikal dan teori hasil kesinambungan apa yang di pelajari semasa latihan industri ini sedikit sebanyak memberi kebaikan kepada diri saya sendiri. Usaha dan pencapaian setiap pelajar hanya dapat di lakukan dengan adanya pengalaman dan jatuh tumbang seseorang itu agar dapat menyesuaikan diri dalam apa sahaja bidang pekerjaan yang bakal di ceburi pada masa akan datang.

Sesungguhnya setiap pengalaman itu tidak boleh di beli dengan wang ringgit

93

94

Anda mungkin juga menyukai