Anda di halaman 1dari 4

CHOCOLATE ECLAIR by : Puteri Manja 130 gm tepung gandum - diayak 300 ml air - ita letak 150 ml air dan

150 ml susu segar 100 gm butter 4 biji telur - di kocok secubit garam secubit gula - ita tambah Sediakan tray, gris tray dengan butter Panaskan oven pada suhu 200 C Satukan air dan butterr ke dalam periuk dan masak atas api yang kecil sehingga butter dan air larut Biarkan hingga air hampir mendidih Kecilkan api dan masukkan tepung bersama garam dan gula Kacau cepat-cepat sehingga ia bergentel-gentel Teruskan mengacau sehingga ia menjadi doh yang lembut dan tidak melekat di periuk. Matikan api dan biarkan adunan sejuk. Setelah sejuk, masukkan telur sebutir-demi sebutir dan terus memukul dengan kelajuan sederhana sehingga menjadi adunan yang lembut dan berkilat. Masukkan nozel dalam piping bag. Ita guna nozel bulat besar duik syiling 5 sen. Masukkan adunan dalam piping bag. Paipkan atas tray yang dah di gris dengan butter. Garis- gariskan dengan lidi atas adunan tadi. Bakar dalam oven pada suhu 200 C selama 25 minit Ita bakar pada rak paling bawah dengan api bawah sahaja selama 25 minit. Kemudia ita tukar pada api atas bawah dan bakar lagi selama 10 minit Ita guna suhu 180C Setelah masak, susun atas redai dan biarkan eclair benar2 sejuk TOPING COKLAT 100 gm coklat masakan Cairkan coklat masakan secara double boiler Kemudia celupkan permukaan atas eclair Biarkan atas redai sehingga coklat mengeras.

CHOLOLATE FILLING 100 ml Whipping Cream 1 sudu kecil Gelatine 50 ml air 70 gm coklat masakan 1 biji putih telur 1 sudu besar gula castor

Masukkan gelatin dalam air dan biarkan ia terendam dan larut dengan sendirinya. Masak coklat masakan secara double boiler sehingga coklat mencair Setelah coklat cair masukkan gelatin kedalam coklat yang masih panas dan gaul rata Ketepikan Pukul putih telur hingga kembang Tambahkan gula dan pukul lagi hingga menjadi berkilat dan bertanduk Bila terbalik kan mangkuk ia tak jatuh Pukul pula Whipping Cream hingga kembang dan bertanduk Kemudian satukan bahan telur dan coklat ke dalam whipping cream Gaul rata dengan kaedah kaup balik secara perlahan-lahan Jangan kuat-kuat nanti adunan cair pulak! Setelah siap masukkan dalam piping bag dan gunakan nozel yang kecil Simpan sebentar dalam peti ais dalam 10-15 minit jangan lama nanti ia beku Kemudian buat lubang pada hujung eclair Cocokan nozel dalam lubang dan paipkan filling coklat tadi

CREAM PUFF by : Yani 100ml air 45g butter-suhu bilik, potong 1cm 60g tepung gandum- diayak 2 biji telur(100g)

Mula-mula, panaskan oven pada suhu 200C. Alaskan dulang oven(oven plate) dengan aluminium foil kemudian sapukan minyak ke atasnya. Kalau guna loyang kuih tak payah alas kertas aluminium, terus aje sapukan butter Masukkan telur ke dalam mangkuk. Pukul biar telur kuning dan telur putih bercampur. Tepung gandum di ayak

Masukkan air dan butter ke dalam periuk. Masak dengan api sederhana kemudian kuatkan sehinggalah mendidih. Bila dah mendidih tutupkan api.

1. Masukkan tepung dan kacau cepat-cepat. 2. Panaskan semula adunan dengan api sederhana sehingga nampak kepingan nipis terbentuk. Kemudian padamkan api. 3. Masukkan telur, kacau cepat-cepat 4. Inilah hasilnya setelah dicampurkan dengan telur.

Masukkan adunan ke dalam piping bag. Gunakan nozel 1 cm. Kalau tak de potong aje bucu plastik anggaran 1 cm Pipe kan ke atas dulang

Tekan bahagian tanduk yang terhasil supaya cream puff nampak cantik. Spray permukaan cream puff dengan air. Bakar dalam oven pada suhu 200c selama 15 minit. Kemudian turunkan suhu kepada 180c dan bakar selama 25 minit. Kalau nak nampak lagi perang biarkan cream puff di dalam oven beberapa minit sebelum dikeluarkan. Sejukkan cream puff sebelum dimasukkan cream custard.

CREAM CUSTARD 1 sudu besar tepung 1 sudu besar tepung jagung 4 sudu besar gula 200ml (1 cup) susu segar 1 biji telur (L size) 1 sudu besar mentega 1 sudu teh esen vanila - ita tambah sedikit pewarna kuning - ita tambah Masukkan tepung, tepung jagung dan gula ke dalam mangkuk. Masukkan 1-2 sudu besar susu. Kacau rata jangan ada yang berketul2 Masukkan telur dan kacau lagi. Kemudian masukkan susu yang selebihnya dan kacau. Wrapping mangkuk dan masukkan ke dalam microwave. Guna suhu yang tinggi. Masak sehingga pekat. Setiap 1 minit lebih bawa keluar dari microwave dan kacau. Ulang sehingga pekat. Bila dah siap, masukkan butter dan kacau rata. Adunan ini boleh juga di masak atas dapur dgn api yg sederhana. Adunan hendaklah dikacau untuk mendapatkan cream custard yg licin.

Anda mungkin juga menyukai