Anda di halaman 1dari 15

PENULISAN ESEI Inovasi Dan Perubahan Dalam Sistem Pendidikan Sektor industri pendidikan di Malaysia sedang berubah secara

dinamis dan mengalami banyak perubahan dan pembaharuan menjelang abad ke-21. Matlamat menjadikan Malaysia sebagai pusat kecemerlangan pendidikan di rantau asia dan juga di peringkat antarabangsa pada abad ke 21 memerlukan negara meningkatkan kecemerlangan imej dan kualiti pendidikannya ke taraf dunia atau memperolehi status "World Class Education". Sedar akan hakikat itu, kerajaan Malaysia khususnya Kementerian Pelajaran Malaysia telah mengambil satu langkah positif ke arah pembangunan pendidikan dengan memperkenalkan inovasi dan perubahan dalam sisitem pendidikan. Usaha kerajaan ini adalah bertujuan untuk meningkatkan kualiti pembelajaran dan penilaian ke arah yang lebih berfokus dan holistik.

Senario masa depan dalam pendidikan amat bergantung kepada proses pengajaran dan pembelajan yang berkesan. Kecemerlangan dalam pendidikan memanglah menjadi harapan dan matlamat kita. Bagi mencapai kecemerlangan semestinya tidak boleh lari dari peranan yang dimainkan oleh guru. Guru merupakan agen utama untuk mencapai kecemerlangan dalam pendidikan. Dalam konteks hari ini, suatu perubahan dalam proses pengajaran dan pembelajaran yang lebih kreatif dan inovatif perlu dicerna. Guru perlu membebaskan diri daripada pemikiran lama yang membelenggu mereka dalam kaedah pengajaran seperti kaedah chalk and talk sudah kerana ia semakin tidak relevan lagi buat masa kini.

Arus perubahan yang berlaku di negara kita menjadikan proses mendidik pelajarpelajar bertambah kompleks. Justeru, matlamat utama pendidikan masa kini ialah membentuk generasi muda yang mampu menangani cabaran pesat perubahan pembangunan. Pada masa yang sama para pendidik juga harus membantu pelajarpelajar supaya dapat mengimbangi kesejahteraan mental dan emosi yang boleh menjurus kepada pembentukan tingkah laku yang sihat. Matlamat ini boleh dicapai jika

guru-guru hari ini sedar akan segala perubahan yang berlaku dan tahu bahawa perubahan ini memerlukan penyesuaian dari berbagai aspek termasuk tanggungjawab, beban tugas, penambahan pengetahuan yang harus dipertingkatkan, serta peranan yang harus dimainkan. Yang pastinya, perubahan yang berlaku hasil daripada cabaran pesat pembangunan membawa lebih banyak cabaran yang boleh menggugat keupayaan seorang guru untuk bertugas sebagai pendidik yang berkesan. Oleh itu sebagai bakal pendidik anak bangsa di masa hadapan, pelbagai persediaan perlu dilakukan bagi merealisasikan hasrat kerajaan ini.

Persediaan

pertama

yang

dilakukan

ialah

dengan

merancang

strategi

pengajaran dan pembelajaran yang inovatif. Strategi pengajaran dan pembelajaran yang inovatif ini antaranya termasuklah memperkasakan kemahiran pengajaran dan pembelajaran berasaskan projek dan juga pengajaran dan pembelajaran berasaskan maslah. Kedua-dua strategi pengajaran ini mempunyai kekeyatan yang tersendiri dalam membentuk potensi murid-murid dan pembinaan modal insan.

Pengajaran berasaskan projek merupakan suatu kaedah pengajaran yang menekankan kajian dalam bentuk projek sebagai cara murid memperolehi ilmu. Kaedah ini menekankan pembelajaran kendiri serta amalan penerokaan oleh murid. Kementerian Pelajaran Malaysia melalui "Handbook- Project Based Learning" menekankan kaedah ini sebagai strategi pembelajaran yang membawa pelajar mempelopori ilmu keluar daripada tradisi bilik darjah lama yang memfokuskan guru sebagai pemberi ilmu. Sebagai contoh, berdasarkan topik yang diberikan oleh guru, murid-murid akan menggunakan kaedah inkuiri penemuan bagi menyelesaikan masalah yang di hadapi. Kaedah ini melibatkan penerokaan ilmu melalui pemerhatian serta kajian di lapangan atau dunia sebenar. Kaedah ini juga dapat memberi kualiti pemerolehan ilmu yang tinggi bagi pelajar melalui penglibatan yang aktif. Oleh itu, sebagai seorang guru, penguasaan kemahiran ini dan juga pengaplikasian dalam merancang aktiviti yang baik perlu di buat bagi memastikan strategi ini berjaya diterapkan dalam diri pelajar.

Seterusnya,

penguasaan

pembelajaran

berasaskan

masalah

merupakan

alternatif yang lebih menarik berbanding pembelajaran tradisional. Diperkukuhkan lagi apabila pengajaran berasaskan masalah ini merupakan pendekatan yang efektif dalam meningkatkan kualiti pembelajaran, menggalakkan penglibatan aktif,bekerjasama, maklum balas yang cepat terhadap proses pembelajaran, pemahaman yang mendalam terhadap matapelajaran dan juga merujuk kepada kesesuaian pembelajaran murid melalui pembelajaran kendiri. Disebabkan murid tidak diberikan isi kandungan, pembelajaran akan menjadi aktif apabila meneroka dan menemui maklumat yang yang diperlukan untuk menyelesaikan masalah. Guru akan bertindak selaku fasilitator dan bukan sumber penyelesaian masalah. Dalam penagajaran dan pembelajaran ini, saya seharusnya menyiapkan diri untuk membina kemahiran dalam menarik minat murid untuk menyertai aktiviti yang dijalankan.

Selain strategi pengajaran dan pembelajaran yang inovatif, penggunaan teknologi dalam pengajaran turut dibangkitkan dalam inovasi dan perubahan dalam pendidikan. Sebagai seorang bakal guru yang memiliki ijazah dalam bidang pendidikan, kami telah didedahkan dengan kemahiran tekonologi sepanjang kami berada dalam latihan perguruan. Malahan kami juga telah mengikuti kursus Pengajaran Bahasa Melayu berbantukan komputer selama satu semester. Tujuan utama pendedahan teknologi ini ialah bagi memastikan kami sebagai seorang bakal guru mampu bersaing untuk menghasilkan modal insan yang dapat menjana ekonomi negara berdasarkan permintaan yang tinggi terhadap generasi celik IT. Menurut Noriati A. Rashid., et all. (2010) perkembangan teknologi yang begitu pantas menghasilkan perubahan demi perubahan yang tidak sempat dijangka pemikiran. Oleh itu, kami perlu menyiapkan diri untuk sentiasa mengikuti perkembangan teknologi bagi memudahkan pengaplikasian di sekolah kelak.

Penggunaan teknologi dalam pengajaran berlaku dalam pelbagai bentuk antaranya penubuhan sekolah bestari. Sekolah Bestari adalah berkonsepkan penggunaan teknologi maklumat sebagai penggerak kepada pembestarian dalam

persekolahan. Sekolah Bestari merupakan institusi yang menggunakan teknologi maklumat secara meluas bagi meningkatkan keberkesanan pengajaran serta sistem pengurusan sekolah. Sebagai seorang bakal guru, persediaan telah saya buat dengan menyediakan pembelajaran yang sistematik dari segi amalan pengajaran dan pembelajaran serta pengurusan dalam bilik darjah melalui penggunaan teknologi terkini. Hal ini membantu pelajar menghadapi zaman maklumat yang melengkapkan mereka dengan pembelajaran sepanjang hayat. Pembelajaran sepanjang hayat ini meliputi kemahiran generik yang membolehkan pelajar memperoleh, menganalisis, menilai, mentafsir, menyampai maklumat serta menyebarkannya.

Pembelajaran berasaskan laman sesawang merupakan salah satu cara pembelajaran berasaskan elektronik yang menjadi satu inovasi utama dalam sistem pendidikan. Pembelajaran seperti ini merupakan satu pembeljaran atas talian yang menggunakan gabungan streaming video, persembahan power point, penerangan audio dan perisian lain. Sebagai bakal guru Bahasa Melayu, persediaan dalam meningkatkan kemahiran pengajaran beasaskan laman sesawang adalah dengan menggunakan laman sesawang interaktif seperti di laman web tutor dan juga berdasarkan perkongsian maklumat oleh pengguna internet yang lain. Melalui penggunaan laman sesawang ini, guru bukan sahaja dapat mempelbagaikan bahan pengajaran sekaligus dapat menarik minat murid sewaktu belajar tanpa terikat hanya kepada penggunaan buku teks sahaja.

Pembelajaran elektronik (e-learning) adalah satu istilah yang merujuk kepada pembelajaran yang menggunakan komputer dan internet. Pembelajaran ini melibatkan semua jenis pembelajaran yang dicapai melalui internet, jaringan computer, CD ROM, televisyen interaktif atau siaran melalui satelit. Penggunaan e-learning ini juga dapat mengenalpasti kelemahan sesorang pelajar berdasarkan proses pencarian sumber maklumat serta latihan yang diberikan. Oleh itu, guru dapat membuat penilaian terhadap pelajar dalam mata pelajaran yang diajari.

Bagi mempersiapkan diri ke arah menjadi guru yang berkesan, pelbagai aplikasi teknologi boleh digunakan secara meluas dalam pelbagai aktiviti proses pengajaran dan pembelajaran. Selain itu, saya juga perlu merancanag penggunaan teknologi dengan sebaiknya supaya faedah yang maksimum diperolehi daripada bahan tersebut.

Selain penggunaan teknologi dalam pendidikan, perkembangan persekitaran pembelajaran juga memainkan peranan yang penting dalam inovasi dan perubahan dalam pendidikan. Setiap individu mempunyai gaya pembelajaran yang berbeza mengikut minat dan kecenderungan tersendiri. Namun begitu, sistem pendidikan sedia ada tidak berupaya menyediakan persekitaran pembelajaran mengikut kehendak dikenali sebagai

setiap individu. Justeru itu, satu persekitaran pembelajaran yang

Personalised Learning Environment (PLE) telah diperkenalkan untuk mengatasi masalah ini. Menurut Miligan (2006), konsep yang digunakan dalam PLE ialah pendekatan berpusatkan perkhidmatan yang membenarkan setiap individu pelajar memilih sendiri persekitaran pembelajaran yang mereka perlukan. Kenyataan ini disokong oleh Attwell (2007), yang menyatakan PLE membenarkan pelajar menyusun dan membangunkan sendiri persekitaran pembelajaran yang sesuai dengan gaya pembelajaran mereka. Oleh itu, sebagai seorang guru pelatih, saya akan pastikan bahawa pembelajaran akan berlaku dengan lebih efektif kerana pelajar dapat belajar mengikut kehendak dan kecenderungan mereka.

Bagi menguatkan lagi inovasi dan perubahan dalam pendidikan reformasi telah dijalankan iaitu dengan menfokuskan penaksiran pembelajaran bagi menjadikan pengajaran lebih berkesan. Sebagai seorang guru, persediaan perlu diambil dengan mengetahui beberapa ciri penaksiran pembelajaran dalam bilik darjah antaranya berpusatkan pelajar, arahan guru, manfaat bersama, formatif, berasaskan konteks pembelajaran yang spesifik, berterusan serta berakar umbi amalan pengajaran yang baik. Terdapat empat jenis penaksiran iaitu penaksiran prestasi, penaksiran portfolio, penaksiran kendiri dan juga penaksiran berasaskan komputer.

Penaksiran prestasi merupakan penaksiran yang menilai keupayaan pelajar dalam melakukan sesuatu atau menggunakan sesuatu kemahiran dalam menghasilkan sesuatu lebih kreatif dan baru. Penaksiran ini dibuat melalui pemerhatian, pencerapan serta hasil produk. Berdasarkan penilaian prestasi ini, saya berupaya untuk merancang pengajaran berdasarkan kecenderungan dan keupayaan pelajar. Penaksiran portfolio pula ialah penaksiran yang melihat satu bentuk bukti perkembangan pembelajaran pelajar melalui pengumpulan bahan pembelajaran, aktiviti proses pembelajaran, hasil kerja, produk reka cipta serta sebagainya dalam satu fail.oleh itu, perancangan portfolio yang lengkap dan sistematik amat perlu bagi memudahkan penaksiran dijalankan oleh guru.

Penaksiran kendiri pula ialah penaksiran yang melibatkan pelajar menilai diri sendiri berdasarkan apa yang telah dipelajari dan bagaimana dia mempelajarinya. Dalam penaksiran ini, guru bertanggungjawab untuk menggalakkan pelajar memantau perkembangan dan kemajuan diri berdasarkan objektif atau hasil pembelajaran. Oleh itu, bagi mengaplikasikan penaksiran ini, guru perlu memberitahu objektif yang telah ditetapkan kepada pelajar. Jenis penaksiran yang terakhir pula ialah penaksiran berasaskan komputer. Penaksiran ini merupakan penaksiran yang disediakan, ditadbirkan dan disemak oleh komputer. Terdapat perisian yang telah disediakan khas untuk penaksiran ini dan tugas guru hanyalah memasukkan aktiviti atau item yang hendak diuji ke dalam program tersebut. Oleh itu, guru perlu meyiapkan tugasan yang bersesuaian agar pengaplikasian penaksiran berasaskan komputer ini tidak hanyalah sia-sia sahaja.

Inovasi dan perubahan dalam pendidikan juga melibatkan pengurusan pendidikan. Pengurusan pendidikan ini melibatkan peranan guru mata pelajaran dalam merancang, mengelola, mengarah dan mengawal aktiviti pengajaran dan pembelajaran dengan sebaiknya. Beberapa perkara penting yang dititikberatkan dalam perancangan pengajaran iaitu hasil pembelajaran dan fokus, isi kandungan pelajaran, set induksi, perkembangan pengajaran dan pembelajaran. Menurut Mohamad Johdi Hj. Salleh

(2007), ciri-ciri guru efektif ialah guru yang dapat menentukan objektif pengajaran dan pembelajaran dengan jelas dan saksama berasaskan tahap pencapaian murid. Penilaian, rumusan, tugasan dan refleksi. sesi pengajaran dan pembelajaran yang baik perlulah dirancang dengan sebaiknya mengikut sukatan yang telah ditetapkan. Berdasarkan perancangan ini, guru boleh memilih aktiviti yang bersesuai dengan aras murid mereka agar setiap aktiviti yang dijalankan bersesuaian dengan tahap dan kemahiran murid-murid. Selepas menjalankan aktiviti, guru juga sering melihat semula sesi pengajaran dan pembelajaran dengan membuat rumusan refleksi agar mereka mengenalpasti kekeuatan dan kelemahan pengajaran mereka. Aspek ini sangat penting supaya kemahiran murid sentiasa dipantau dan membolehkan murid dibimbing dengan berdasarkan tahap dan kemahiran mereka.

Selain itu, saya juga perlu membuat persediaan sebagai pengurus persekitaran bilik darjah dari segi susunan perabot, suhu, pencahayaan, keceriaan dan tempat simpanan peralatan agar keselamatan fizikal murid dalam bilik darjah dapat dipelihara. Bilik darjah yang dibina dalam keadaan kondusif mampu melahirkan keseronokan dan semangat dalam diri murid. Sekiranya bilik darjah tidak bersih, susun atur tidak kemas dan terdedah dengan bahaya mengakibatkan sesi pengajaran dan pembelajaran boleh terganggu. Oleh itu, kebanyakan guru telah mengambil inisiatif untuk mewujudkan suasana kelas yang kondusif dengan menghias bilik darjah agar menjadi lebih ceria.

Selain persekitaran fizikal, guru-guru juga turut berperanan menguruskan persekitaran psikososial bilik darjah dengan memastikan persekitaran pembelajaran adalah mesra, tempat yang mampu membina keyakinan diri murid, mewujudkan perasaan diterima tanpa syarat dan saling hormat-menghormati dalam kalangan muridmurid. Peranan guru bagi situasi ini ialah dengan melayan mesra tanpa membezabezakan muridnya. Segelintir murid akan berasa terpinggir dan malu sewaktu proses pengajaran dan pembelajaran berlangsung akibat tidak mendapat layanan oleh guru. Manakala menurut Ee Ah Meng (1995), peranan guru sebagai pengurus bilik darjah dan pembelajaran adalah begitu rumit. Ini kerana, guru perlu mewujudkan suasana yang

penuh kemesraan dan kasih sayang di dalam bilik darjah. Seorang murid memerlukan kasih sayang dan perhatian. Seseorang guru yang cekap pengajarannya tetapi tidak berupaya menunjukkan kemesraan dan kasih sayang masih tidak dapat memenangi hati murid-muridnya. Perkara seperti ini boleh mangakibatkan keciciran dalam pembelajaran. Kejayaan seseorang guru sebagai pengurus di bilik darjah tidak sematamata dinilai daripada aspek kemahiran dan teknik pengajaran dan pembelajaran semata-mata, tetapi kualiti peribadi dan sahsiah diri juga menjadi tarikan kepada muridmurid. Sebagai seorang guru yang bijak, kita perlulah merancang strategi dan kaedah yang sesuai bagi mewujudkan hubungan yang mesra dan membolehkan murid selesa untuk berinteraksi dengan kita.

Guru yang bijak mengurus pembelajaran pelajarnya akan memastikan pelajar berada dalam keadaan bersedia sebelum memulakan sesuatu pengajaran. Unsur paksaan yang negatif kepada murid akan menyebabkan murid hilang minat untuk terus belajar dan berkemungkinan masalah ponteng akan berlaku. Kenyataan ini disokong oleh Teori yang dikeluarkan oleh Thorndike. Menurut Hukum Kesediaan Belajar Thorndike di dalam Ilmu Pendidikan untuk KPLI, Mok Soon Sang (2007) menyatakan bahawa keadaan dalaman individu yang bersedia dan berupaya untuk mempelajari sesuatu dengan tujuan memperoleh pengalaman pembelajaran yang baru. Antara Hukum Kesediaan yang dikemukakan oleh beliau ialah seperti yang tersenarai di bawah :

Apabila seseorang individu bersedia untuk melakukan sesuatu tindakan dan berjaya melakukannya, maka tindakan ini akan membawa kepuasan kepadanya.

Apabila seseorang individu belum bersedia untuk melakukan sesuatu tindakan, tetapi tidak dapat melakukannya,maka individu itu akan merasa kecewa.

Apabila seseorang individu belum bersedia untuk melakukan sesuatu, tetapi dipaksa melakukannya,tindakan paksaan itu pula menimbulkan perasaan duka citanya.

Selain dari menjadi seorang tenaga pengajar, demi inovasi dan perubahan dalam pendidikan guru juga sering dikaitkan sebagai seorang penyelidik yang berusaha untuk memperbaiki amalan pengajarannya dan juga pembelajaran murid-murid. Guru kini sering digalakkan untuk menerapkan budaya penyelidikan bagi memahami persekitaran pembelajarannya bagi meningkatkan lagi kualiti amalan keguruannya sama ada secara individu mahupun secara berkumpulan. Menurut Noriati., et. All. (2010), peranan guru sebagai penyelidik adalah nyata apabila aktiviti harian guru dicatat atau didokumentasikan secara nyata atau formal dan melibatkan diri dalam proses memperbaiki amalan pengajaran dan pencapaian murid. Peranan guru sebagai penyelidik dapat dilihat apabila mereka dapat memperkembangkan profesionalisme keguruan mereka. Sebagai contoh, guru pelatih yang ditempatkan di Institut Pendidikan Guru turut diberi pendedahan awal berkaitan dengan kajian tindakan. Berdasarkan pendedahan awal ini guru-guru mampu untuk menghasilkan kajian tindakan yang berupaya mengembangkan kemampuan guru sebagai peneroka pengetahuan yang professional selain dapat membantu guru lain menyelesaikan masalah pembelajaran.

Guru memainkan peranan yang penting dalam pelaksanaan inovasi dan perubahan dalam pendidikan. Transfromasi dalam kurikulum meruapakn salah satu strategi terpenting dalam memastikan pelaksanaan ini berjaya. Tanpa penglibatan guru secara aktif, matlamat kurikulum yang dirancang sukar untuk dicapai. Secara umumnya, penglibatan guru dalam proses pelaksanaan inovasi kurikulum di sekolah adalah berbeza-beza di samping pelbagai cabaran serta rintangan dalam

melaksanakannya secara berkesan. Kurikulum sekolah di Malaysia telah mengalami beberapa siri perubahan demi menjamin keberkesanan sistem pendidikan yang digunakan kepada generasi muda. Bermula daripada KBSR dan KBSM, kini sistem pendidikan telah berubah kepada wajah baru iatu KSSR dan KSSM. Justeru, sebagai seorang guru pelatih yang bakal ditempatkan di sekolah kelak kami perlulah bersedia untuk menjalankan kesemua sisitem yang telah ditetapkan.

Kesimpulannya, segala inovasi dalam kurikulum dan kokurikulum dalam sistem pendidikan dan pembelajaran negara mampu melahirkan pelajar yang berdaya saing di peringkat antarabangsa sekiranya diaplikasikan dengan sebaiknya. Oleh itu, sebagai seorang guru wajarlah kita mempunyai daya saing untuk meningkatkan diri dalam penguasaan holistik tentang strategi pengajaran dan pembelajaran, teknologi maklumat dan juga perkembangan pembelajaran pelajar agar generasi muda ini dapat mengembangkan minda menuju ke arah modal insan yang berguna di masa hadapan.

SOALAN 3 - PENULISAN REFELEKSI Secara individu anda dikehendaki menulis satu refleksi tentang bagaimana anda mengurus tekanan emosi yang dihadapi semasa belajar di Institut Pendidikan Guru Kampus di Malaysia. Tekanan emosi adalah antara penyakit dalaman yang banyak dihidapi manusia zaman ini. Sebagai seorang pelajar, tekanan emosi merupakan perkara normal bagi saya. Mohd yunos Mohd Noor (1984) menyatakan bahawa suasana di pusat pengajian awam menyebabkan mahasisiwa kerap mengalami tekanan kerana mereka sering terdedah kepada keadaan bimbang, was-was dan hilang kawalan. Beban kerja dan tugasan seharian merupakan salah satu punca tekanan emosi berlaku. Ada yang mampu mengawal dengan baik dan ada yang gagal, menyebabkan kesan negatif terhadap kesihatan, tingkah laku dan psikologi.sekiranya tekanan emosi ini tidak dirawat dengan sebaiknya maka dikhuatiri boleh mengakibatkan kesan yang negatif kepada diri dan persekitaran seperti berkeadaan murung sehingga mencapai kesan negatif seperti membunuh diri. Oleh yang demikian, bagi memastikan mental saya sentiasa sihat dan positif bebarapa kaedah dan cara telah saya aplikasikan bagi mengurus tekanan emosi dengan berkesan. Antara kaedah yang saya gunakan untuk mengurus tekanan emosi ialah dengan beriadah, memberi ganjaran kepada diri sendiri, memotivasikan diri, menjalankan khidmat kebajikan dan masyarakat, berjenaka, menenangkan diri, penulisan dan juga dengan mendalami ilmu agama. Riadah merupakan satu aktiviti keperluan di dalam hidup manusia. Melalui aktiviti yang dijalankan, saya dapat membentuk badan yang sihat, fizikal yang mantap dan pernafasan yang lebih baik selain peluh-peluh di badan dapat dikeluarkan. Apabila beriadah, saya akan menjadi lebih segar dan cergas. Aktiviti riadah yang sering saya jalankan ialah seperti berjoging dan bermain permainan bersama rakan seperti bola baling, berbasikal dan bermain badminton. Melalui aktiviti ini, selain dapat

mengurangkan tekanan yang saya hadapi saya juga dapat meraptkan hubungan sesama rakan.

Selain beriadah, saya juga mengamalkan sikap memberi penghargaan kepada diri sendiri. Penghargaan ini diberi apabila setiap tindakan baik atau kesedihan di alami maka saya sendiri akan memberi penghargaan kepada diri. Apabila saya menghadapi tekanan emosi, saya akan membeli sesuatu yang saya inginkan dan seterusnya menghadiahkannya kepada diri. Melalui kaedah ini, saya dapat menggembirakan hati selain emosi saya sedikit sebanyak dapat diurus. Selain memberi penghargaan dalam bentuk material, saya juga memberi penghargaan kepada diri dengan kata-kata semangat. Ganjaran diri ini dilakukan dengan menyatakan bahawa saya juga mempunyai bakat dan potensi yang cemerlang. Sehubungan itu, tekanan emosi yang saya hadapi sedikit demi sedikit akan luntur apabila keyakinan dapat diwujudkan. Kaedah lain yang saya lakukan ialah dengan memotivasikan diri. Motivasi diri dibentuk melalui percakapan diri yang membawa maksud saya bercakap didalam diri dengan menggunkan komunikasi intrapersonal. Antara kata-kata yang sering saya tanamkan dala diri ialah saya pasti boleh seperti orang lain. Setiap kejayaan pasti ada rahsia yang tersendiri. Oleh itu, melalui kemahiran pendidikan yang saya ada maka saya juga dapat lakukannya sebagaiman orang lain berjaya melakukannya. Terapi motivasi diri ini sedikit sebanyak membina semangat dalam diri serta menguangkan tekanan emosi dalam aspek beban tugas kerja. Kaedah seterusnya yang telah saya gunakan ialah dengan melibatkan diri dalam kerja-kerja kemasyarakatan dan berbentuk kebajikan. Melalui aktiviti-aktiviti yang dijalankan, saya dapat bersama-sama membina kumpulan masyarakat yang bahagia dengan cara menghulurkan bantuan kepada yang memerlukan. Sumbagan yang saya berikan membawa implikasi yang positif kepada diri dan persekitaran. Hal ini dapat dibuktikan apabila kerja-kerja amal yang dijalankan sedikit sebanyak memberi pengajaran kepada saya bahawa lebih ramai lagi yang memerlukan bantuan dan menghadapi masalah daripada apa yang saya alami. Jenaka merupakan perkara yang sering saya lakukan apabila menghadapi tekanan emosi. Terapi ini sangat berkesan kerana lumrah sifat manusia ialah gemar untuk berjenaka bagi melepaskan tekanan yang dihadapi dengan menyelitkan unsureunsur agama, budaya dan nilai masyarakat.

Setiap pelajar perlukan ketenagan diri bagi hal-hal tertentu begitu juga dengan saya. Ketenangan merupakan satu perkara yang perlu dicari dan ia tidak hadir dengan sendriri. Saya sering mencari ketenagan apabila tekanan emosi yang dihadapi berada pada tahap yang tinggi dan sukar untuk dikawal. Apabila tekanan emosi berlaku, saya akan mencari satu tempat yang jauh dari kebisingan serta jauh daripada orang ramai dan seterusnya saya akan menjerit dengan sekuat hati bagi membebaskan ketegangan yang terkumpul dalam diri. Walaupun melalui cara ini masalah yang dihadapi tidak dapat diselesaikan namun kaedah ini dapat mengurangkan tekanan emosi yang saya hadapi. Kaedah lain yang saya gunakan ialah melalui penulisan. Aktiviti penulisan ialah seperti menulis sajak, cerpen, novel, puisi dan sebagainya. Walaupun penulisan yang telah saya bina tidak sehebat penulis professional namun melalui penulisan ini saya dapat meluahkan perkara yang terpendam dalam diri. Kaedah penulisan seperti ini sememangnya membawa erti yang besar iaitu membina bakat dan potensi diri. Oleh itu, saya dapat mengurus tekanan emosi dalam corak yang lebih baik. Kaedah terakhir yang saya gunakan ilah dengan mendekatkan diri kepada pencta seluruh alam Allah S.W.T. Al-Quran memberi panduan kepada kita bagaimana menghadapi situasi seperti ini. Setiap perkara yang berlaku adalah ketentuan dari Allah S.W.T. Firman Allah yang bermaksud: Dan sung guh akan kami berikan cubaan kepadamu, dengan sedikit ketakutan, kelaparan, kekurangan harta, jiwa dan buah-buahan dan berikanlah berita gembira kepada orang yang sabar. (Surah Al-Baqarah, ayat 155) Berdasarkan ayat di atas, saya mempelajari sesuatu perkara bahawa kita tidak seharusnya menangisi atau menyesali apa yang yang telah berlaku. Kita tidak diberi pengetahuan apa yang akan berlaku. Namun, kita boleh merancang, berusaha dan berdoa serta bertawakal.

Secara keseluruhannya, pemahaman tentang tress yang sering menghantui diri adalah amat penting. Oleh itu sebagai seorang pelajar, saya haruslah mengurus tekanan emosi ini dengan sebaiknya mengikut kaewdah dan cara yang betul agar tekanan ini tidak memberi kesan yang buruk kepada diri dan persekitaran saya.

RUJUKAN

Attwell, G. (2007), Personal Learning Environment The Future of eLearning? eLearning Papers. Available at www.elearning papers.eu

Meng, E. A. (1995). Murid dan proses pembelajaran : asas pendidikan 2. Shah Alam: Fajar Bakti.

Mohd. Azaini (2004). Siri III teknologi Maklumat. Skudai Johor . Universiti Tekonologi Malaysia.

Mohd Johdi bin Hj. Salleh. (2007). Guru Efektif dan Peranan Guru dalam Mencapai Objektif Persekolahan Sekolah Rendah: Perspektif Guru Besar. Seminar Penyelidikan Pendidikan Institut Perguruan Batu Lintang

Mok. S. S. (2008). Psikologi pendidikan untuk pengajaran dan pembelajaran . Puchong Selangor. Penerbitan Multimedia Sdn. Bhd.

Miligan, C. (2006), The Road to the Personal Learning Environment? Available at http://zope.cetis.ac.uk/members/ple/resources/colinmilligan.pdf

Noriati A. Rashid.,Boon Pong Ying.,Wong Kiet Wah (2010). Asas kepimpinan dan perkembangan professional guru. Selangor Darul Ehsan : Oxford Fajar.

Sufean Hussin. (2004) Pentadbiran dalam pembangunan pendidikan . Pts professionals Publishing Sdn Bhd

Anda mungkin juga menyukai