Anda di halaman 1dari 22

OUMM3203

791006086129002

FAKULTI PENDIDIKAN DAN BAHASA

MEI 2013

OUMM 3203

PROFESSIONAL ETHICS

NO. MATRIKULASI

: 791006086129002

NO. KAD PENGNENALAN : 791006-08-6129 NO. TELEFON E-MEL : +6019-9502457 : nazrinayan@oum.edu.my

PUSAT PEMBELAJARAN

: PUSAT PEMBELAJARAN PAHANG

OUMM3203

791006086129002

ISI KANDUNGAN

BIL 1. 2. 3. 4. 5. PENDAHULUAN

PERKARA

MUKA SURAT 3 4 7 8

DEFINISI RASUAH PUNCA BELAKUNYA RASUAH KEADAAN YANG MENCETUSKAN RASUAH KESAN-KESAN RASUAH ANALISIS DARI SUDUT EKONOMI ANALISIS UNDANG DARI SUDUT UNDANG-

6.

LANGKAH-LANGKAH RASUAH

PENCEGAHAN

14

7. 8.

TEORI-TEORI DALAM ETIKA KESIMPULAN

15 19

9.

RUJUKAN

21

OUMM3203

791006086129002

PENDAHULUAN Rasuah ialah penyakit sosial yang boleh mencemarkan imej sesebuah negara dan rakyatnya . sebagaimana pelacuran yang disifatkan sebagai kerjaya tertua sejak wujudnya peradaban manusia , perbuatan rasuah juga telah wujud sekian lama , malah semakin menjadi amalan biasa. Apa apa pun amalan biasa terutama yang buruk , seharusnya tidak menjadi amalan yang berterusan sehingga sukar dibendung dan dibanteras . Rasuah jika diterima sebagai amalan biasa, akan membawa kehancuran kepada seluruh masyarakat , bangsa dan negara seperti yang berlaku dalam sejarah tamadun besar dunia. Kita terpaksa mengakui bahawa Malaysia juga tidak terkecuali dalam fenomena ini . Walaupun gejala ini belum begitu berleluasa, kesedaran seluruh masyarakat amat diperlukan , terutama dalam suasana pertumbuhan ekonomi yang kian pesat . Rasuah jika tidak dikawal dan diperangi habis habisan dari awal lagi akan memberi kesan buruk terhadap sistem pentadbiran negara . Penyakit ini juga akan turut menggugat kestabilan sosial negara . Apatah lagi ketika kerajaan sedang mencanangkan program pembangunan perindustrian yang bertujuan menjadikan Malaysia sebuah negara maju. Gejala ini akan menjejaskan keyakinan orang ramai terutama pelabur asing terhadap kecekapan dan keberkesanan sistem perundangan serta birokrasi negara ini . Rasuah juga tidak boleh dimulakan kerana akan berlarutan dan ketagihan . Setelah sebati dengannya, maka wabak berbahaya ini merebak menjangkiti orang lain pula . Rasuah menyebabkan seseorang menjual prinsip , maruah dan harga diri . Masyarakat yang mengamalkan rasuah akan bertindak di luar batasan dan peraturan yang telah ditetapkan . Sesungguhnya masyarakat yang kehilangan nilai amanah akan ditimpa krisis kepercayaan . Oleh itu , semua pihak perlu menjauhi sifat tamak yang boleh menyebabkan perbuatan rasuah serta mengelakkan diri daripada berbelanja melebihi pendapatan . Berikutan semakin seriusnya usaha menangani gejala ini , rakyat sangat berharap tiada sesiapa akan terkecuali daripada tindakan undang undang . Martabat atau parti politik bukan payung yang melindungi sesiapa daripada penghakiman dan hukuman. Kita yakin bahawa hukuman yang setimpal boleh menerbitkan perilaku baik seseorang . Sehubungan itu , dalam memerangi gejala ini , semua pihak perlulah bertindak secara menyeluruh dan berterusan . Jika kita sepakat melakukannya , tiada sebab kita akan gagal

OUMM3203

791006086129002

DEFINISI RASUAH

Menurut Transparency International rasuah ialah perilaku di jabatan-jabatan atau pejabat-pejabat awam, termasuklah para politikus dan pegawai-pegawai, yang secara tidak wajar dan tidak sah /menurut undang-undang, mengayakan diri atau memperkaya kerabatnya (keluarga dan sahabat handai), dengan menyalahgunakan kuasa dan kepercayaan awam yang diberi kepada mereka.Gejala rasuah merupakan satu jenayah atau kesalahan undang-undang di mana seseorang itu mendapat kebebasan, kontrak perniagaan atau keistimewaan dari pihak berkuasa atau syarikat tertentu selepas menyogokkan pihak terbabit dengan wang, hadiah atau pemberian yang lain kepada pihak terbabit. Rasuah juga merupakan satu tindakan pemerasan yang dilakukan oleh seseorang dengan tujuan untuk mendapatkan pertolongan dan faedah dirinya sendiri. Ini kerana apabila melalui prosedur-prosedur biasa, dia tidak akan memperoleh apa-apa yang dikehendakinya itu. Secara amnya rasuah bermakna kuasa yang telah diberikan kepadanya disalahgunakan dan bertindak untuk kebaikan diri sendiri dan bersikap pilih kasih dalam tindakannya.

Rasuah menurut bahasa Latin berasal daripada perkataan curroptio iaitu daripada kata kerja corrumpere yang membawa maksud busuk, rosak, menggoyahkan, memutar belit, dan menyogok. Dalam bahasa Arab perkataan rasuh bermaksud al-risywah. Di dalam alQuran, rasuah digolongkan dalam kata umum batil, iaitu meliputi juga perkataan jenayah lain seperti merompak, menipu dan memeras ugut. Secara keseluruhannya rasuah merupakan satu perilaku yang sangat terkutuk dan dibenci bukan sahaja oleh agama malah kemanusiann sekalipun. Di negara ini, dari segi undang-undang semua perkataan memberi dan menerima suapan adalah sebahagian daripada perbuatan dan kesalahan jenayah rasuah. Rasuah juga boleh ditakrifkan seperti berikut:-

Wang, derma, alang, pinjaman, fee, hadiah, cagaran berharga, harta atau kepentingan mengenai harta, iaitu apa-apa jenis harta, sama ada alih atau tak alih, atau apa-apa manfaat seumpama itu yang lain;
4

OUMM3203

791006086129002

Apa-apa jawatan, kebesaran, pekerjaan, kontrak pekerjaan atau perkhidmatan, dan apa-apa perjanjian untuk memberikan pekerjaan atau memberikan perkhidmatan atas apa-apa sifat;

Apa-apa bayaran, pelepasan, penunaian atau penyelesaian apa-apa pinjaman, obligasi atau liabiliti lain, sama ada keseluruhannya atau sebahagian daripadanya; Apa-apa jenis balasan berharga, apa-apa diskaun, komisen, rebat, bonus, potongan atau peratusan; Apa-apa perbuatan menahan diri daripada menuntut apa-apa wang atau nilai wang atau benda berharga; Apa-apa jenis perkhidmatan atau pertolongan lain, seperti perlindungan daripada apaapa penalti atau ketidakupayaan yang dikenakan atau yang dikhuatiri atau daripada apa-apa tindakan atau prosiding yang bersifat tatatertib, sivil atau jenayah, sama ada atau tidak sudah dimulakan, dan termasuk penggunaan atau menahan diri daripada menggunakan apa-apa hak atau apa-apa kuasa atau kewajipan rasmi;

Biasanya, rasuah dijadikan sebagai salah satu jalan pintas seseorang untuk mengecapi kehidupan mewah atau dengan erti kata lain mahu menjadi kaya dalam masa singkat. Kebiasaannya orang yang melakukan budaya ini tidak memikirkan kesan buruk yang akan terjadi, sebaliknya mereka hanya memikirkan keuntungan kepada diri mereka. Sebagai umat Islam, keredhaan dan keberkatan daripada Allah SWT harus dititikberatkan dalam apa juga urusan. Islam sangat melarang umatnya daripada mengamalkan budaya ini. Seperti mana sabda Rasulullah SAW yang bermaksud:

Daripada Abu Hurairah RA. ia telah berkata: Rasulullah SAW telah mengutuk orang yang suka memberi rasuah dan orang yang suka menerima rasuah dalam soal hukum- menghukum.

Perbuatan rasuah ini adalah perbuatan yang sangat keji dan berdosa. Mereka yang terjebak dalam budaya rasuah akan memperoleh balasan yang setimpal dengan perbuatan mereka ini.
5

OUMM3203

791006086129002

Rasulullah SAW telah bersabda yang bermaksud : Pemberi dan penerima rasuah kedua-duanya akan masuk neraka.

Allah telah berfirman dalam al-Quran yang bermaksud: Dan janganlah sebahagian kamu memakan harta sebahagian yang lain di antaranya kamu dengan jalan yang batil (tiada hal) dan (jangan) kamu bawa kepada hakim, supaya dapat kamu memakan sebahagian harta orang yang berdosa sedang kamu mengetahuinya. (al-Baqarah : 188)

Dalam skop yang luas, rasuah "politik" bermaksud penyalahgunaan jawatan awam untuk kepentingan peribadi. Semua bentuk pemerintahan dan organisasi pasti terdapat perilaku rasuah, sama ada sedar atau tidak. Cuma berat (kes) berbeza-beza: daripada yang paling ringan dalam bentuk penggunaan pengaruh dan sokongan untuk memberi dan menerima pertolongan, hingga kepada rasuah yang sudah dianggap satu "prosedur rasmi", dan sebagainya. Kemuncak segala rasuah ialah satu keadaan yang digelar kleptokrasi, yang erti harfiahnya pemerintahan oleh para pencuri; iaitu berpura-pura bertindak jujur pun tidak ada sama sekali! Rasuah yang wujud dalam bidang politik dan pentadbiran/ birokrasi mungkin berbentuk sama ada ringan atau berat, terancang atau tidak. Rasuah tidak sekadar memudahkan atau menggalakkan jenayah seperti pelacuran, pemalsuan wang, cetak rompak, dan penyeludupan. Kesannya lebih meluas lagi. Untuk memahami masalah ini dan mencari rumusannya, sangat penting untuk membezakan antara rasuah dengan perilaku jenayah (dalam erti kata yang lebih luas). Sama ada sesuatu hal/perilaku dianggap rasuah atau tidak bergantung pada praktik undang-undang di negara/wilayah berkenaan. Contohnya, pendanaan parti politik untuk pilihan raya dianggap satu bentuk rasuah di negara/ wilayah tertentu tapi dianggap legal di tempat tertentu lain.

OUMM3203

791006086129002

PUNCA BERLAKUNYA RASUAH Antara punca berlakunya rasuah ialah : (a)Kelemahan peribadi seperti kurang iman dan takwa. Seseorang itu tahu bahawa rasuah dilarang oleh agama dan undang-undang, tetapi dilakukan juga dengan seribu satu alasan peribadi. Hal ini termasuk dalam teori Technique of Neutralization oleh Grisham Sykes dan David Matza. Mereka mengatakan, Lakukan rasuah secara rahsia asalkan tiada siapa yang tahu. Sikap mahu hidup mewah, riak, menunjuk-nunjuk, tamak, ingin cepat kaya dan sebagainya adalah pendorong berlakunya rasuah bagi mereka yang lemah keperibadiannya. b) Kelemahan kepimpinan dan pengurusan organisasi. Kepimpinan yang lemah menyebabkan kurangnya penyeliaan, tiada pemantauan, lembap menjalankan tugas dan terbuka kepada penyelewengan khususnya rasuah. c) Sosial dan budaya. Masyarakat majmuk di Malaysia mengamalkan tradisi memberi hadiah dalam bentuk wang dan benda, sempena menyambut harihari kebesaran hari perayaan, majlis hari jadi, hari perkahwinan dan sebagainya. Hari yang baik ini memberi kesempatan kepada perasuah dan penerima rasuah melakukan rasuah sama ada diminta, disogok atau diumpan tanpa disedari. d) Modenisasi. Pembangunan sosial ekonomi yang tidak diseimbangkan dengan pembangunan kerohanian akan memudahkan terjadinya rasuah. Projek pembangunan bercambah seperti cendawan tumbuh. Pengaliran wang juga akan meningkat. Golongan yang terlibat juga mengambil kesempatan untuk mengaut untung sebanyak-banyaknya. Perlumbaan moden memperlihatkan para kontraktor berlumba-lumba mendapatkan tender. Mereka juga akan berusaha untuk memenangi hati pegawai pengurusan atau pembuat keputusan. Rasuah diberikan sebagai

OUMM3203

791006086129002

jalan pintas untuk mendapatkan tender, mempercepatkan bayaran, melepaskan hukuman atau tindakan jika gagal atau lambat menyiapkan projek dan sebagainya.

e) Politik. Sesetengah ahli politik menggunakan kesempatan untuk berbakti kepada masyarakat dengan menerima dan memberi rasuah untuk mendapatkan kuasa, memenangi pemilihan jawatan politik, mengumpul kekayaan, menagih populariti dan sebagainya.

KEADAAN YANG MENCETUSKAN RASUAH

Pemusatan kuasa, terutamanya dalam kalangan para pembuat dasar/pembuat keputusan, yang tidak berhubungan langsung dengan rakyat, seperti yang sering terjadi di wilayah-wilayah yang dianggap tidak demokratik.

Kurangnya ketelusan dalam urusan pentadbiran kerajaan. Kempen-kempen politik yang mahal, yang kadang kala melepasi had yang dibenarkan undang-undang

Projek mega yang melibatkan penggunaan wang pembayar cukai yang besar. Sikap individu tertentu dan jaringan "teman lama". Lemahnya pemahaman tentang undang-undang apatah lagi untuk melaksanakannya. Kelemahan sistem pelaksana dan sistem kehakiman. Kebebasan bersuara atau kebebasan media disekat. Gaji penjawat awam yang kecil. Rakyat yang tidak kritikal: mudah dibohongi, kagum dan seterusnya kogam dengan politiking, seterusnya "malu" melaporkan kecurangan yang berlaku.

Waktu-waktu pemilihan parti atau pilihan raya: politik wang sukar dikesan dan dibanteras.

OUMM3203

791006086129002

KESAN-KESAN RASUAH

Perbincangan mengenai rasuah adalah penting kerana kegiatan rasuah akan melumpuhkan fungsi perjalanan sesuatu organisasi. Dengan adanya kegiatan rasuah, tiada sesiapa akan dapat mengagak tindakan seseorang atau hasil daripada sesuatu rancangan untuk masa depan. Kemajuan sesebuah negara bergantung kepada cerdik pandai dan profesional yang ada. Kegiatan rasuah akan hanya menghakis kepercayaan orang awam terhadap cerdik pandai negara kita. Selain itu pemerintahan menjadi lemah kerana setiap kali rasuah berlaku, maka pemerintah kehilangan hasil atau tergelincir daripada tindakan-tindakan yang sepatutnya. Umpamanya jika cuai terhadap sesuatu yang telah ditentukan, maka pemberian rasuah telah menggantikan wang cukai yang sepatutnya dikutip dan manfaatnya hanya dinikmati oleh segelintir pemberi rasuah. Kesan yang paling besar daripada gejala rasuah ini ialah akan menyebabkan pentadbiran sesebuah negara menjadi kucar-kacir. Akibatnya , ia menimbulkan masalah lain seperti kemerosotan ekonomi, pengabaian kepentingan masyarakat dan sebagainya. Budaya rasuah juga boleh menghancurkan pentadbiran dan pemerintahan

sesebuah negara. seperti yang berlaku di Filipina yang mencatatkan sejarah kejatuhan kerajaan presiden Marcos dari tampuk kepimpinan disebabkan amalan rasuah yang tidak terbendung. Rasuah ialah musuh pembangunan. Dalam dunia politik, rasuah menjejaskan perjalanan demokrasi dan pentadbiran yang cekap apabila formaliti diabaikan. Rasuah dalam pilihan raya atau pemilihan umum lain dan dalam badan perundangan/ legislatif merosakkan akauntibiliti dan kecekapan juga; rasuah dalam sistem pengadilan pula mencabul ketertinggian undang-undang; dan rasuah dalam pentadbiran awam menjejaskan

keseimbangan dan kesaksamaan sosial. Secara umum, rasuah mengikis kemampuan sesuatu sistem; kerana ketidaktertiban prosedur, kemerosotan sumber daya/usaha, dan pejabat diiktiraf/dinaikkan oleh jabatan bukan kerana prestasi. Keseluruhannya, rasuah

menghancurkan kepercayaan masyarakat terhadap sistem-sistem yang ada.

OUMM3203

791006086129002

Rasuah juga merosakkan keadilan sosial dan kesaksamaan ekonomi. Rasuah mempersulit kemajuan ekonomi apabila kecekapan menurun selain mengubahsuaikan sistem yang selama ini diterima pakai dan efektif. Dalam sektor swasta, perbelanjaan akan meningkat kerana wujudnya perbelanjaan "di luar akaun", belanja perundingan dengan pejabat/jabatan yang korup (duit kopi?), dan serta risiko pembatalan projek/konsesi. Walaupun ada yang menyatakan bahawa rasuah mengurangkan kos kerana birokrasi berjaya "dicairkan", penyelidikan terbaru mendapati hal demikian tidak berlaku, sebaliknya lebih tinggi lagi kosnya kerana pejabat/jabatan korup tersebut akan membuat lebih banyak peraturan dan hambatan yang baru. Rasuah juga menjejaskan persaingan dalam perniagaan dan pasaran seluruhnya apabila syarikat tertentu yang mempunyai "hubungan" dilindungi daripada persaingan, lantas melahirkan syarikat/industri yang tidak berdaya maju. Di samping itu juga, rasuah menimbulkan kekacauan dalam sektor awam apabila perbelanjaan awam untuk projek-projek kemasyarakatan yang sememangnya banyak, naik mendadak kosnya, sehingga melepasi peruntukan awal. Pejabat/jabatan awam (mungkin juga kontraktor) mungkin "mengubahsuai" projek tersebut (selepas menerima peruntukan daripada peringkat kerajaan yang lebih tinggi, misalnya), walaupun sebenarnya tidak diperlukan, sebagai usaha menyorokkan rasuah yang berlaku. Kemudiannya, keselamatan, keselesaan, dan kesan alam sekitar projek tersebut menjadi pertaruhan . Rasuah juga menjejaskan kualiti perkhidmatan sektor awam dan infrastruktur yang dirancangkannya, sekali gus mengenakan tekanan yang hebat kepada belanjawan/bajet kerajaan. Para pakar ekonomi berpendapat, antara punca ekonomi beberapa buah negara Asia dan Afrika berkembang lemah, terutama di Afrika, ialah rasuah yang berbentuk "penagihan sewa" yang menyebabkan perpindahan penanaman modal ke luar negara, bukannya dilaburkan di dalam negara (yang sering kali disebut orang betapa ramai diktator Afrika mempunyai akaun bank di Swiss). Berbeza pula dengan diktator di Asia, seperti Suharto yang sering meminta sogokan (daripada setiap biaya atau keuntungan projek), namun lebih memberikan perhatian dalam pelaburan dalaman, seperti dalam projek prasarana, kewangan, perbankan, dan lain-lain (yang bermanfaat kepada rakyat jelata Indonesia). Pakar daripada Universiti Massachussetts memperkirakan, dari tahun 1970 hingga 1996, "perlarian" modal 30 buah negara Sub-Sahara berjumlah sekitar US $187 bilion (RM710.6 bilion); melebihi jumlah hutang luar negara-negara tersebut! (Hasilnya, Mancur Olson mengutarakan model ekonomi tentang pembantutan pembangunan). Dalam kes Afrika lagi, antara punca lain
10

OUMM3203

791006086129002

termasuklah ketidakstabilan politik; dan kerap kali kerajaan baru yang berjaya menggulingkan pemerintah lama, merampas segala harta kerajaan terdahulu yang diperoleh daripada rasuah. Mereka kemudiannya akan melakukan perkara yang sama, tanpa henti, dan menyimpan hasilnya di seberang laut untuk persiapan "masa-masa sukar" "Rasuah politik" berlaku di banyak negara dan mengancam jutaan manusia. Rasuah politik bererti "kebijaksanaan" pemerintah/kerajaan memberikan pelbagai faedah istimewa kepada penyogok, jauh sekali demi kesejahteraan rakyat terbanyak. Dari satu sudut yang lain, para politikus memainkan peranan melindungi syarikat/perusahaan tertentu (lazimnya entiti yang besar), yang sebenarnya cuba menguburkan perusahaan yang lebih kecil yang baru bertatih. Mereka memang pintar: melindungi syarikat yang telah menaja kempen-kempen politiknya sahaja. ANALISA RASUAH DARI SUDUT EKONOMI 1. RASUAH MERAGUT KEMAKMURAN NEGARA Rasuah merupakan musuh pembangunan dan kemakmuran ekonomi sesebuah negara. Bank Dunia menganggarkan bahawa rasuah menyebabkan deflasi sebanyak 0.5 hingga 1 peratus setahun. Pakar ekonomi berpendapat beberapa buah negara Asia dan Afrika sangat lemah daripada sudut pembangunan ekonomi, khususnya di Afrika, kerana rasuah menghalang penyertaan pelaburan tempatan dan menyekat pelabur asing. Kajian IMF membuktikan bahawa pelaburan di negara-negara yang korup, kurang 5 peratus berbanding negara yang bebas korup. Negara Thailand misalnya, kerugian RM14 billion pada tahun 2006 kerana rasuah. Nah! Hadirin sekalian bukankah sudah terang lagi bersuluh, bahawa rasuah sememangnya parasit kesejahteraan masyarakat lantaran ianya meragut kemakmuran ekonomi, ibarat dedalu api hinggap di pohon kayu, hinggap di batang, batang mati, hinggap di ranting, rantingnya patah! 2. RASUAH MEMPERKAYA YANG KAYA, YANG MISKIN PAPA KEDANA Rasuah menyebabkan pengagihan kekayaan yang tidak seimbang. Natijahnya, golongan yang kaya bertambah kaya dan golongan miskin bertambah miskin kerana tidak mempunyai kabel yang baik. Transparency International 2006 mendedahkan bahawa terdapat perkaitan yang rapat antara gejala rasuah dan kemiskinan. Ini kerana, daripada negara-negara yang tegar rasuah adalah terdiri daripada negara-negara yang miskin, di mana rakyatnya

11

OUMM3203

791006086129002

berpendapatan kurang 1 dolar amerika sehari. Jika rasuah terus bermaharajalela, masyarakat biasa akan terbeban dengan kos sosial yang semakin meningkat seperti cukai-cukai dan frasarana yang boleh dibilang dengan jari. Akibatnya, yang kaya, bertambah kaya, rakyat miskin menjadi papa kedana. 3. RASUAH MELEMAHKAN KEPIMPINAN NEGARA Budaya rasuah melemahkan pentadbiran dan pemerintahan sesebuah negara. Sejarah telah membuktikan bahawa banyak negara-negara di dunia yang tumbang dek pemimpin yang korup. Kepimpinan yang lemah menyebabkan kurangnya penyeliaan kerana setiap kali transaksi berlaku pemerintah kehilangan hasil dan swadaya. Ibarat kendur mengecut, tegang memutus; pentadbiran negara menjadi kucar kacir dan akhirnya akan menimbulkan masalah lain seperti kemerosotan ekonomi dan pengabaian kepentingan masyarakat. Mengambil iktibar daripada negara jiran kita Filipina yang satu ketika dahulu rebah tampuk pemerintahannya kerana pimpinan Marcos yang korup. Kita juga pasti tidak mahu mengulangi sejarah silam kerajaan Abassiyah dan Mamluk yang turut kecundang bahana rasuah. 4. RASUAH MENJAUHKAN PELABUR LUAR Selain itu, masalah rasuah boleh mengakibatkan pelabur-pelabur luar tidak berminat untuk melabur di negara yang terlibat dengan masalah tersebut terutamanya negara sedang membangun seperti Malaysia. Akibatnya, peluang pelaburan akan terlepas ke negara lain dan secara tidak langsung mambantutkan perkembangan ekonomi negara. 5. RASUAH MENGUGAT PERTUMBUHAN EKONOMI Menggugat pertumbuhan ekonomi. Kita sedia maklum negara Malaysia sedang dalam proses menjadi sebuah negara maju. Pertumbuhan ekonomi sebanyak sekurang-kurangnya 8 peratus melebihi satu dekad menunjukkan kita berpotensi untuk merealisasikan Wawasan 2020. Bagaimanapun, untuk mengekalkan momentum tersebut maka kita perlu mengelakkan pembaziran. Dalam hal ini rasuah merupakan kos tidak langsung kepada semua aktiviti ekonomi (indirect cost to all economic activity). Sebagai contoh, kita memerlukan pelaburan asing, yang, banyak. Bagaimanapun jika pelabur asing menganggap Malaysia sebagai sebuah negara yang dilingkari kegiatan rasuah, maka mereka akan tidak begitu berminat untuk melabur di sini. Secara tidak langsung, daya saing kita berkurangan. Usaha kita menarik

12

OUMM3203

791006086129002

pelabur asing untuk memajukan Multimedia Super Corridor akan juga terjejas kerana mereka akan lebih berminat untuk pergi ke negara yang dianggap bersih dari rasuah. ANALISA RASUAH DARI SUDUT UNDANG-UNDANG 1. RASUAH MELINDUNGI DAN MENGALAKKAN JENAYAH Denis Osborne, seorang pakar pengurusan awam dan etika berkata, kesan rasuah lebih menyeluruh, termasuk mewujudkan jenayah yang akan mengancam nyawa masyarakatnya. Ini kerana, gejala rasuah boleh meresap dalam institusi polis dan kehakiman. Bank Dunia mendapati bahawa jenayah terancang dan keganasan di negara-negara Amerika Latin dalam dasawarsa ini telah didalangi penjenayah rasuah. Misalnya, kegiatan gang dan mafia di Mexico. Pegawai-pegawai polis menerima sogokkan untuk melindungi dan mengabaikan kegiatan jenayah. Selain itu, rasuah juga boleh membawa kepada pembunuhan, misalnya jika seorang hakim dibayar untuk melepaskan seorang pembunuh daripada sabitan. Akibatnya, kegiatan jenayah terus beraja di mata, bersultan di hati. Kehidupan masyarakat ibarat telur di hujung tanduk.

13

OUMM3203

791006086129002

LANGKAH-LANGKAH MENCEGAH RASUAH

Antara langkah mencegah rasuah adalah seperti berikut :

(a) Memantapkan Iman Dan Mengukuhkan Jatidiri Keimanan dan keperibadian yang tinggi adalah benteng yang paling ampuh untuk membenteras gejala rasuah. Apabila setiap individu bencikan rasuah sama ada rakyat biasa, pemimpin,peniaga, atau jentera kerajaan maka amalan rasuah dapat diatasi. Kekuatan Iman dan jati diri dapat menangkis habuan rasuah sekali pun tiada sesiapa tang tahu dan peluang terbuka luas di hadapan mata.

(b) Memasukkan bahaya rasuah dalam sistem pendidikan Benci kepada rasuah akan dapat dihayati dalam diri sekiranya diajar dan dididik sejak zaman persekolahan lagi. Generasi yang dididik benci rasuah akan membesar menjadi individu yang lebih bertanggungjawab, amanah, ikhlas. Sistem pendidikan hanya membentuk generasi akan datang yang bebas daripada rasuah.

(c) Meningkatkan Penguatkuasaan Undang-Undang dan Hukuman Siasatan dan penguatkuasaan undang-undang perlu dipergiatkan lagi agar masyarakat sedar betapa bahaya dan serius masalah rasuah jika tidak dibenteras dan dibendung untuk keselamatan negara. Selain itu para pengamal rasuah akan berfikir banyak kali sebelum cuba melakukan rasuah lantaran hukuman berat yang bakal diterima.

(d) Memudahkan urusan menggunakan ICT Prosedur diproses yang panjang, sukar dan lambat perlu diperkemaskan dan dipermudahkan dengan menggunakan kelebihan ICT. Penggunaan borang, proses temu duga dan seumpamanya perlu diringkaskan supaya tidak membebankan orang ramai khususnya para
14

OUMM3203

791006086129002

peniaga, kontraktor dan pelabur. Proses yang mudah dan telus dapat menghindari bahaya rasuah kerana tidak perlu disogok semata-mata untuk mempercepatkan proses.

TEORI-TEORI DALAM ETIKA Teori Etika Etika bermaksud prinsip -prinsip dan peraturan moral yang dapat di terima umum sebagai cara untuk mengawal seseorang individu supaya berkelakuakn baik. Faktor-faktor yang mempengaruhi eitika seseorang individu ialah pengaruh keluarga, pengaruh rakan sebaya, pengalaman seseorang, nilai moral diri seseorang individu, dan faktor-faktor situasi (kerana tiada pilihan lain). Ciri Taakulan Etika Secara universal, semua masyarakat di dunia perlu suatu cara analitikal yang konsistan untuk mengklasifikasikan sesuatu perbuatan yang di lakukan salah atau tidak. Namun ada perkara yang menjadi satu kesalahan pada sesuatu masyarakat tidak menjadi kesalahan pada masyarakat yang lain. Sebagai contoh, agama Islam melarang umatnya untuk minum minuman keras, namun ada agama yang tidak menghalang pengikutnya dari mengambil minuman berkenaan. Ini bermakna, tidak ada satu pun cara pun yang sempurna untuk di jadikan piawaian peraturan etika. Walaubagaimana pun terdapat 5 cara atau teori yang boleh di jadikan sebagai panduan dalam membuat keputusan beretika. Teori berkenaan adalah teori hukum alam, teori etika teleologikal klasik (Utilitarianism), Teori etika Deontologikal klasik(Universalism), Teori pengagihah keadilan dan teori kebebasan diri sendiri. Teori Hukum Alam Hukum alam ialah hukum atau etika yang berkait rapat dengan agama dan kepercayaan. Apa yang betul dan salah dalam teori ini adalah bergantung kepada pegangan agama dan kepercayaan sesebuah masyarakat atau kaum . Setiap satu agama telah menetapkan hukum untuk kaumnya dan mereka harus mematuhi hukum itu . Kelebihan yang ada pada teori hukum ini ialah , ia di terima oleh semua golongan yang berpegang pada agama dan ia di terima sepanjang zaman. Namun apa yang menjadikan teori ini tidak sempurna ialah, ia tidak universal kerana setiap agama mempunyai pegangan, pemahaman dan kepercayaan masing-masing, jadi mereka mempunyai moral,etika dan nilai murni yang berbeza. Sebagai seorang yang beragama Islam, saya percaya bahawa pegawai saya telah berlaku tidak adil pada pelajar tersebut. (tidak adil dalam konteks Islam ialah tidak meletakkan sesuatu pada haknya). Dengan menidakkan hak pelajar-pelajar itu, jelas menunjukkan pegawai itu melakukan perbuatan yang haram di sisi Islam dengan . Islam memerintahkan kepada kita
15

OUMM3203

791006086129002

agar kita berlaku adil kepada semua manusia. iaitu keadilan seorang Muslim terhadap orang yang dicintai, dan keadilan seorang Muslim terhadap orang yang dibenci. Sehingga perasaan cinta itu tidak bersekongkol dengan kebathilan, dan perasaan benci itu tidak mencegah dia dari berbuat adil dan memberikan kebenaran kepada yang berhak. (Dr. Yusuf Qardhawi : 24 Jun 2007)http://media.isnet.org/islam/Qardhawi/Masyarakat/Adil.html Allah SWT berfirman: Hai orang-orang yang beriman, jadilah kamu orang yang benar-benar menegakkan keadilan, menjadi saksi kerana Allah biarpun terhadap dirimu sendiri atau ibu bapa dan kaum kerabatmu . (Al Quran , surah An-Nisa: ayat 135). (Dr. Yusuf Qardhawi : 24 Jun 2007). Menurut agama Islam, apabila seseorang itu telah melakukan kesalahan, orang lain yang menyedari kesalahannya itu wajib memberitahu atau membetulkan kesalahannya, dan di dalam Islam ada beberapa tahap yang boleh di ikuti. Langkah yang pertama, kita seharusnya menasihatinya secara berhikmah, dimana orang yang melakukan kesalahan tadi akan dapat berfikir tentang kesalahan dan dosanya dan pada masa yang sama dia tidak akan berasa hati dengan orang yang menegur. Jika ia tidak berkesan,terdapat cara yang kedua iaitu dengan menggunakan orang yang di hormati oleh si pembuat salah untuk menegurnya dan jika cara ini juga tidak berhasil barulah cara lebih keras boleh di lakukan, iaitu dengan cara membawa perkara ini ke muka pengadilan. Sesuai dengan hadis Rasulullah S.A.W dari riwayat Muslim dan Ibn Majah:Barang siapa diantara kamu melihat suatu kemungkaran maka hendaklah ia merubahnya dengan tangannya, dan jika ia tak mampu maka dengan lisannya, dan jika ia tak mampu juga maka dengan hatinya, dan itulah selemah-lemah iman (http://www.mailarchive.com/mencintai-islam@yahoogroups.com/msg00322.html : 24 June 2007) Jadi dengan menggunakan teori hukum alam ini, saya seharusnya menasihati pegawai atasan saya dan jika tidak berjaya barulah saya boleh melakukan cara yang lain seperti yang telah di bincangkan. Teori Etika teologikal Klasik (Utilitarianism) Teologikal adalah terma yang wujud dalam bahasa Greek yang bermaksud hasil keputusan atau kesan. Sistem teologi etika ini memberi fokus kepada kesan sekarang berbanding niat seseorang individu. Terma inilah yang dikatakan Utilitarianism. Teori ini bergantung kepada kesan hasil daripada tindakan seseorang. Jika tindakan seseorang atau sesebuah masyarakat itu betul, maka ia akan membawa faedah dan jika tidak ia membawa kepada keburukan kepada ramai orang. Pengagihan kesaksamaan dalam teori ini menggunakan suara majoriti. Namun teori ini masih kurang sempurna kerana ia hanya mengutamakan suara majoriti, dan mengabaikan serta mengekploitasi suara minoriti . Tidak ada keseimbangan faedah yang terima oleh minoriti berbanding majoriti.
16

OUMM3203

791006086129002

Berdasarkan kepaada teori ini, pegawai pemilihan itu tidak harus mengambil saudara maranya menjadii calon yang layak mendapat tempat di universiti ini kerana ia tidak membawa apa-apa faedah kepada masyarakat tetapi faedah hanya pada dirinya sendiri. Jika saudara maranya di pilih, pegawai itu akan di senangi oleh kaum keluarganya sahaja, dan dia telah menyekat peluang orang lain untuk menimba ilmu. Tetapi jika pegawai itu memberikan peluang kepada orang lain, dia telah membantu masyarakat dengan menaikkan taraf sosio ekonomi keluarga orang lain dengan peluangnya memberikan pelajar itu tempat dalam universiti. Dengan penggunaan teori ini , jelas keputusan yang patut di ambil ialah memberikan tempat dalam universiti kepada orang yang memang berkelayakan tanpa mengira status perhubungan yang terjalin antara pegawai pemilihan.

Teori Etika Deontologi Klasik (Universalism) Pendekatan deontologi adalah membawa maksud tugas dan komitmen terhadap seseorang individu di dalam bahasa Greek. Teori ini berdasarkan kepada niat seseorang itu dan bukannya bergantung kepada hasil dari tindakan. Dalam teori ini, jika niat seseorang itu baik, maka kesan hasil dari tindakannya itu akan menjadi baik, dan begitu juga sebaliknya. Teori ini juga menganggap bahawa semua manusia tidak terpengaruh antara satu sama lain dan tidak kelam kabut serta dengan menggunakan teori ini semua orang akan di beri layanan yang sama rata. Oleh yang demikian teori ini menganggap bahawa jika seseorang itu berniat baik selalunya akan membawa kepada hasil yang baik dan jika seseorang itu berniat baik, maka ia semestinya untuk kebaikan semua pihak. Namun ada kekurangan terhadap teori ini kerana kita sebagai manusia tidak tahu menilai sejauh manakah niat baik seseorang, dan bagimana mahu menginterprestasinya. Selain itu, adalah mustahil untuk memberikan layanan yang sama rata kerana setiap orang mempunyai perasaan, nilai, moral dan pemikiran yang berbeza. Berdasarkan kepada teori ini, pegawai tersebut tidak patut mengambil calon-calon pilihannya kerana masih lagi terdapat calon yang layak untuk mendapatkan tempat di universiti ini. Ini kerana menurut teori ini semua manusia harus menerima layanan yang sama. Jadi semua pelajar yang merayu akan mendapat pertimbangan yang sama dan ini akan menyebabkan calon persendirian yang di pilih tersingkir dari senarai penganbilan pelajar rayuan. Teori Pengagihan Keadilan Teori ini menekankan kepada pengagihan yang adil kepada semua manusia dan ia berdasarkan kepada keadilan dan nilai murni sesebuah masyarakat. Ia mementingkan kerjasama antara satu institusi atau masyarakat, Pengagihan keadilan ini adalah berdasarkan kepada kesamarataan, keperluan, kebolehan dan sumbangan seseorang. Namun teori ini masih kurang berkesan kerana teori ini menidakkan kelebihan seseorang individu. Sebagai contoh walaupun seseorang itu tidak banyak menyumbang untuk sesuatu perkara itu, tetapi
17

OUMM3203

791006086129002

dia mempunyai kebolehan dan kemahiran yang tinggi, berbanding pada seseorang yang banyak menyumbang tetapi tidak mempunyai kemahiran dan kebolehan. Jadi pengagihan yang adil tidak dapat di lakukan. Seperti juga masalah dilema yang saya hadapi ini, pegawai atasan saya tidak mengagihkan kesamarataan, dan tidak melihat kebolehan calon sebelum membuat keputusan. Jadi, berdasarkan teori ini jelas menunjukkan bahawa pegawai saya itu tidak membuat keputusan yang tepat.

18

OUMM3203

791006086129002

KESIMPULAN

Rasuah merupakan musuh pembangunan. Ia membantutkan perkembangan ekonomi dan merencatkan perjalannya. Rasuah memberi kesan yang sangat dahsyat bukan sahaja kepada individu yang terlibat malah juga kepada masyarakat dan negara tersebut. Secara keseluruhannya gejala rasuah merupakan gejala yang kronik dan rumit untuk dihapuskan. Sebagaimana yang disebut oleh Datuk Ahmad Zaki, BPR memerlukan kaki tangan yang lebih ramai lagi utnuk membasmi gejala yang tidak bermoral ini. Ini disebabkan pada masa sekarang sahaja seorang pegawai BPR terpaksa mengendalikan 13 kes dalam tempoh setahun dan ini pasti sesuatu yang amat membebankan pihgak BPR. Manakala hal sebaliknya pula berlaku di negara-negara maju yang mana seorang pegawai hanya perlu mengendalikan sekitar empat kes setahun.

Pandangan Perdana Menteri supaya siasatan terhadap kes rasuh mestilah dilakukan dengan hati-hati dan teliti supaya tidak berlaku kesilapan dan mengenakan tindakan harus dititikberatkan. Namun pada masa yang sama, tidak patut tugas untuk mengatasi dan membasmi gejala rasuah ini secara keseluruhan dalam setiap aspek ekonomi, politik mahupun social hanya diserahkan bulat-bulat kepada pihak BPR sahaja. Sesungguhnya satu operasional dan evolusi bertindak secara sistematik dan terancang mesti dirangka dan diambil tindakan segera. Penenman nilai-nilai murni dalam diri pegawai-pegawai kerajaan seharusnya dibuat secara komprehensif . kursus-kursus yang dianjurkan bukan hanya untuk melihat kepada pembangunan jati diri berbrntuk luaran sahaja bahkan juga melihat kepada aspek pembangunan rohani yang berteraskan agama.

Dalam konteks yang sama juga, kerajaan semestinya mengerti bahawa kesempitan hidup akan memaksa seseorang melakukan perkara di luar dugaan. Belitan kemiskinan dan penderitaan disebabkan tanggungan keluarga dan sebagainya apatah lagi dalam era yang sarat dengan cubaan dan kos kehidupan yang tinggi semestinya menjadi faktor implisit yang menyumbang ke arah menyuburkan gejala tidak sihat ini. Baja-baja keimanan sahaja tidak cukup untuk membentengi seseorang daripada menjauhkan diri daripada rasuah jika prasarana atau perkhidmatan yang diberikan kepada rakyat tidak dipertingkatkan. Seterusnya,
19

OUMM3203

791006086129002

satu persidangan dan bengkel yang mengimpunkan para cerdik pandai, para ulama dan pegawai-pegawai kerajaan, pegawai BPR dan pihak berwajib dengan tidak mengecualikan parti pembangkang serta pimpinan mahasiswa harus diadakan segera bagi membincangkan satu resolusi penyelesaian yang segera.

20

OUMM3203

791006086129002

RUJUKAN
Artikel Komitmen Perangi Rasuah oleh Misiah Taib, Berita Harian, 4 Disember, 2003.

Kamus Dewan (2007), Dewan Bahasa dan Pustaka, Kuala Lumpur. . Pelan Integriti Nasional,
Jawatankuasa Pelaksana Penubuhan Pelan Integriti Nasional dan Institut Integriti Malaysia, Putrajaya, 23 April 2004. www.bpr.gov.my www.oecd.org/corruption/asiapacific 1994. Soal Jawab Untuk Peperiksaan Am Kerajaan. Kuala Lumpur: International Law Book Services. 1992. Tonggak Dua Belas: Penerapan nilai, norma dan etika perkhidmatan. Kuala Lumpur: INTAN. 2004. Usaha-usaha peningkatan kualiti perkhidmatan awam dalam konteks penerapan

nilainilai murni: satu analisis. Kuala Lumpur. MAMPU.


Abd Rahim Abd Rashid. 2004. Nilai-nilai murni dalam pendidikan: menghadapi perubahan

dan cabaran alaf baru. Kuala Lumpur: Utusan Publications & Distributors Sdn. Bhd.
Institut Tadbiran Awam Malaysia.1994. Citra Karya: Falsafah, Nilai dan Etika Dalam

Perkhidmatan Awam. Kuala Lumpur: INTAN.


Institut Tadbiran Awam Negara.1991. Nilai dan Etika Dalam Perkhidmatan Awam. Kuala Lumpur: INTAN. Muhamad Ali Embi, Rozita Abdul Mutalib. 2006. Esei-Esei Pentadbiran Awam. Kuala Lumpur: Prentice Hall. Mustafa Haji Daud. 1994. Pengurusan Islam. Kuala Lumpur: Utusan Publications & Distributors Sdn. Bhd. Norliza Abd Rahman. 6 Disember 2006. Utusan Malaysia. KSN: Ada ruang boleh diperbaiki. Kuala Lumpur. Yusof Ismail, Khayati Ibrahim. 2004. Dasar-dasar Kerajaan Malaysia: tinjauan menyeluruh. Kuala Lumpur: Penerbit A.S. Noordeen.

Tolak Rasuah untuk Berjaya Utusan Malaysia,8 Januari 2003

21

OUMM3203

791006086129002

22

Anda mungkin juga menyukai