Anda di halaman 1dari 271

KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA

MELINDUNGI MASA INSTRUKSIONAL


Kembali Kepada Yang Asas Pemimpin Instruksional, Guru Mengajar dan Murid Belajar

AMALAN TERBAIK PENGURUSAN

Kementerian Pendidikan Malaysia


2013

MELINDUNGI MASA INSTRUKSIONAL


KEMBALI KEPADA YANG ASAS : PEMIMPIN INSTRUKSIONAL, GURU MENGAJAR DAN MURID BELAJAR

Diterbitkan oleh KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA

ii

CETAKAN PERTAMA NOVEMBER 2013 KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA

Hak Cipta Terpelihara kecuali untuk tujuan pendidikan yang tidak ada kepentingan komersil. Tiada bahagian daripada terbitan ini boleh diterbitkan semula, disimpan untuk pengeluaran atau ditukarkan dalam apa-apa bentuk atau dengan apa alat jua pun, sama ada dengan cara elektronik, mekanik, gambar, rakaman atau sebagainya, tanpa kebenaran terlebih dahulu daripada Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia, Kementerian Pendidikan Malaysia. Perundingan tertakluk kepada perkiraan royalti atau honorarium.

iii Isi Kandungan KATA ALU-ALUAN KETUA PENGARAH PELAJARAN MALAYSIA KATA ALU-ALUAN TIMBALAN KETUA PENGARAH PELAJARAN MALAYSIA (SEKTOR OPERASI PENDIDIKAN) vi

vii

Kandungan

Muka Surat

1 2 3 4 5 6 7

Pengenalan Melindungi Masa Instruksional (ProtectingInstructional Time) di Sekolah Untuk Meningkatkan Keberhasilan Pembelajaran Murid Ghazali bin Kassim SK Seri Indera, Kangar, Perlis Guru Mengajar Murid Belajar Hajah Siti Aminah binti Haji Ibrahim SMK Bandar Bukit Kayu Hitam Bukit Kayu Hitam, Kedah Darulaman DOS(Do Something) (JANGAN DUDUK SAHAJA) Zakaria bin Othman SK Seri Impian, Bukit Mertajam, Pulau Pinang Pengalaman Sekolah di Negeri Sembilan dalam Melindungi Masa Instruksional Haji Hamidon Bin Haji Khalid SMK Senawang 3, Taman Marida, Seremban Guru Bercuti dan Tidak Hadir ke Sekolah, Cara Menangani dan Penyelesaiannya Dr. Hajah Rosnanaini binti Haji Sulaiman SMK Malim, Melaka Amalan Terbaik Melindungi Masa Instruksional di SMK Sultan Yahya Petra 1, Kuala Krai Haji Komaruddin bin Abdullah, A.S.K. SMK Sultan Yahya Petra 1, Kuala Krai,Kelantan

17

35

53

66

81

iv Pengurusan Sekolah dalam Melindungi Masa Instruksional di Sekolah untuk Meningkatkan Keberhasilan Pembelajaran Murid Mukhtar bin Haji Kasim SMA Al Madrasah Al Alawiyah Ad Diniah, Arau, Perlis

8 9 10 11 12 13 14 15

99

Melindungi Masa Instruksional di SMK Sultanah Bahiyah Hajah Rahinun binti Mohd Noor, B.C.K. SMK Sultanah Bahiyah, Alor Setar, Kedah

111

Memaksimumkan Waktu Pembelajaran dan Pengajaran Khaliqul Zaman bin Mohamed Sheriff SMK Guar Perahu, Bukit Mertajam, Pulau Pinang Melindungi Masa Instruksional Melalui Polisi Pengurusan Sekolah dan Program Khas Rusnani binti Sharuddin SMK Raja Perempuan, Ipoh, Perak Program Relief Berkesan Melindungi Masa Instruksional dan Meningkatkan Masa Pembelajaran Berkesan di dalam Bilik Darjah Radhiah binti Muhammad Rohani binti Roslan SMK Puteri Wilayah, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur Protecting Instructional Time : Mengatasi Masalah Guru Meninggalkan Kelas Kerana Tugasan Luar Jabatan Pendidikan Negeri Sembilan SM Teknik Tuanku Jaafar, Seremban Amalan Melindungi Masa Instruksional di Sekolah Menengah Kebangsaan Abdul Rahman Talib, Kuantan, Pahang. Haji Bahtiar bin Sanusi Ahmad Zamri bin Md Isa SMK Abdul Rahman Talib, Kuantan, Pahang Inisiatif Memperkasa Masa Instruksional : Guru Ganti Sistematik (GGS) Sektor Pengurusan Akademik Jabatan Pendidikan Negeri Sabah

132

150

160

171

185

204

v Program Inovatif Pengurusan Sekolah Dalam MMI Dalam Kalangan Murid (Program Permata Bonus) dan Guru (Program Training Of The Trainers) di SMK Riam Miri (2000 2005) Hajah Serina binti Sauni SM Sains Miri, Sarawak

16 17 18

219

Glosari

257

Penyumbang

260

vi

Kata Alu-aluan Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia

Syabas dan tahniah kepada Sektor Operasi Pendidikan, Kementerian Pendidikan Malaysia atas inisiatif menerbitkan Buku Melindungi Masa Instruksional. Inisiatif ini selaras dengan Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) 2013 2025 yang melakarkan visi agar sistem pendidikan negara mampu menghadapi persaingan ekonomi global dalam memenuhi keperluan negara pada masa hadapan. Inti pati buku ini bersesuaian dengan aspirasi yang terkandung dalam Gelombang 1 (2013 2015) PPPM iaitu mengubah sistem dengan memberikan sokongan kepada guru dan penekanan kepada kemahiran teras. Pihak pengurusan sekolah semestinya memastikan keberadaan guru di sekolah dan seterusnya meningkatkan kualiti kemahiran pengajaran guru melalui kepimpinan instruksional. Melindungi masa instruksional merupakan salah satu komponen fungsi pemimpin instruksional dalam menjayakan pembelajaran secara berkesan di sekolah. Pemimpin sekolah yang mengamalkan kepimpinan instruksional sewajarnya menyelaras dan menentukan program pembangunan profesionalisme guru. Penerbitan buku ini diharapkan dapat membantu pemimpin sekolah dan guru untuk memberikan perhatian atas usaha melindungi masa instruksional di sekolah supaya kualiti pembelajaran murid dapat ditingkatkan. Semua warga sekolah seharusnya memanfaatkan buku ini sepenuhnya dengan menjadikannya sebagai panduan dan rujukan utama bagi mencapai elemen kualiti dan memenuhi aspirasi sistem pendidikan negara.

TAN SRI ABD GHAFAR BIN MAHMUD

vii

Kata Alu-aluan Timbalan Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia (Sektor Operasi Pendidikan)

Setinggi-tinggi penghargaan kepada pasukan petugas Sektor Operasi Pendidikan, Kementerian Pendidikan Malaysia atas penerbitan Buku Melindungi Masa Instruksional. Penerbitan buku ini diharapkan dapat membantu ke arah memantapkan dan meningkatkan kualiti tahap profesionalisme kepimpinan pengurus sekolah serta warga pendidik dalam menjayakan proses pengajaran dan pembelajaran (PdP). Saya amat berkeyakinan bahawa buku ini dapat memberikan sumbangan yang amat signifikan kepada usaha Kementerian Pendidikan Malaysia dalam mencapai sasaran Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) 2013 2025. Pengetua dan Guru Besar yang berperanan sebagai pemimpin instruksional perlu memberikan tumpuan kepada tunjuk ajar, berkongsi bersama dalam membuat keputusan, memelihara, dan mempertahankan perkara-perkara asas dalam mengoptimumkan masa PdP. Kepimpinan sekolah seharusnya merancang dan menyusun semula sumber-sumber untuk menyokong program perkembangan staf dan aktiviti sekolah dalam mencipta satu iklim integriti dan penambahbaikan secara berterusan. Di samping itu, kepimpinan sekolah perlu melibatkan pemimpin masyarakat dan komuniti setempat bagi meningkatkan jaring profesionalisme inter dan intra sekolah, daerah dan negeri dalam meningkatkan keberhasilan pembelajaran dalam kalangan murid. Guru merupakan sasaran utama dalam usaha membangunkan peningkatan kualiti instruksional berdasarkan latihan semula dan meningkatkan kemahiran pengajaran guru melalui kaedah pembangunan professional learning community (PLC) serta profesionalsime guru yang lebih kontekstual. Semua pihak yang terlibat perlu menggembleng tenaga dalam memainkan peranan masing-masing untuk memastikan amalan melindungi masa instruksional dipraktiskan di sekolah. Senario ini diharapkan dapat memberikan sumbangan yang bermakna kepada pencapaian matlamat PPPM 2013 2025. Sesungguhnya buku ini telah berjaya mengupas secara meluas dan mendalam tentang tanggungjawab kepimpinan pendidikan dalam konteks melindungi masa instruksional yang menjadi tunjang utama kepimpinan instruksional. Semoga pihak pengurusan sekolah berupaya memastikan peningkatan masa pembelajaran berkesan atau academic learning time dalam kalangan murid di semua sekolah. DATO HAJI SUFAAT BIN TUMIN

Melindungi Masa Instruksional (MMI)


Kembali Kepada Yang Asas : Pemimpin Instruksional, Guru Mengajar, dan Murid Belajar

PENGENALAN

Muka Surat

| 1

Melindungi Masa Instruksional (MMI)


Kembali Kepada Yang Asas : Pemimpin Instruksional, Guru Mengajar, dan Murid Belajar

PENGENALAN

Kementerian Pendidikan Malaysia sentiasa komited dalam memastikan sistem pendidikan negara terus bergerak ke hadapan demi pembangunan negara tercinta. Tiada suatu sistem pendidikan pun yang akan berjaya, tanpa adanya iltizam dan dedikasi guru, Guru Besar dan Pengetua. Bagi memastikan hasrat kerajaan untuk memberikan pendidikan berkualiti kepada rakyat tercapai maka semua peringkat pengurusan pendidikan perlu melaksanakan peranan masingmasing dengan berkesan. Peranan dan tanggungjawab mereka bagi memajukan pendidikan di negara ini telah diperuntukkan dalam Akta Pendidikan 1996. Malah, Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 20132025 telah

menjelaskan beberapa inisiatif bagi memastikan kemenjadian murid selaras dengan hasrat Falsafah Pendidikan Kebangsaan.

Oleh itu, beberapa pendekatan telah dilaksanakan melibatkan pemantapan pelaksanaan kurikulum dan kokurikulum di sekolah. Antara pendekatan yang perlu dilaksanakan segera ialah meningkatkan kepimpinan instruksional di semua peringkat pengurusan pendidikan. Pendekatan ini juga berhasrat untuk meningkatkan keberhasilan pembelajaran murid seperti yang difokuskan dalam semua program dan rancangan yang dirangka oleh Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM). Sejajar dengan itu, KPM telah merangka konsep dan strategi Melindungi Masa Instruksional (MMI) bagi membantu guru dan pihak pengurusan sekolah dalam merancang langkah awal sekiranya terdapat faktorfaktor gangguan yang menyumbang kepada penurunan masa instruksional di sekolah.

MMI merupakan salah satu komponen fungsi pemimpin instruksional dalam menjayakan pengajaran dan pembelajaran (PdP) secara berkesan di sekolah. Komponen ini juga perlu diberi perhatian bagi membangunkan modal insan yang seimbang dari segi intelek, rohani, emosi, dan jasmani serta
Muka Surat

| 2

Melindungi Masa Instruksional (MMI)


Kembali Kepada Yang Asas : Pemimpin Instruksional, Guru Mengajar, dan Murid Belajar

mengasah potensi murid menjadi kritis, kreatif, dan inovatif. Malah, kejayaan melaksanakan fungsi ini dapat memperkasakan sekolah, memantapkan pengurusan guru dan menghasilkan murid yang cemerlang serta mempunyai sahsiah yang mulia.

Peningkatan masa instruksional perlu dipastikan untuk mengoptimumkan keberkesanan pembelajaran dalam kalangan murid. Sehubungan dengan itu, hasil daripada hasrat dan penelitian KPM dalam memastikan pendekatan amalan MMI direalisasikan, maka diterbitkan buku ini sebagai satu wadah perkongsian idea yang boleh membantu semua pihak yang bertanggungjawab menguruskan masa instruksional di sekolah. Diharapkan idea-idea dan amalanamalan yang dihimpun berserta amalan terbaik dalam pengurusan di institusi masing-masing boleh diaplikasikan bagi memantapkan lagi kepimpinan pengajaran.

Objektif pelaksanaan Melindungi Masa Instruksional (MMI) ialah:

a)

memastikan semua peringkat pengurusan pendidikan memahami konsep MMI,

b)

memastikan semua peringkat pengurusan pendidikan dapat meningkatkan usaha MMI di sekolah untuk meningkatkan keberhasilan pembelajaran murid,

c)

semua Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) dan Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) dapat menyebarluaskan konsep MMI ke semua sekolah di bawah pentadbiran mereka,

d)

memastikan peningkatan masa pembelajaran berkesan dalam kalangan murid di semua sekolah, dan
Muka Surat

| 3

Melindungi Masa Instruksional (MMI)


Kembali Kepada Yang Asas : Pemimpin Instruksional, Guru Mengajar, dan Murid Belajar

e)

memastikan guru mesti berada di dalam kelas dan melaksanakan pembelajaran dengan berkesan.

Himpunan kertas cadangan ini yang merangkumi objektif pelaksanaan MMI, diharap dapat membantu mempertingkatkan amalan-amalan terbaik di peringkat pengurusan sekolah ke arah menyempurnakan pembelajaran di dalam kelas dan di luar kelas. Pemeriksaan di sekolah-sekolah mendapati bahawa terdapat sebilangan guru yang meninggalkan bilik darjah dan tidak melaksanakan PdP disebabkan tugas rasmi atau tidak rasmi di luar.

Terdapat pengurus sekolah yang telah berjaya melaksanakan MMI dengan berkesan dan memberikan impak yang besar kepada institusi berkenaan. Impak daripada kejayaan-kejayaan ini turut mewujudkan iklim yang kondusif dan menyumbang kepada kecemerlangan sekolah. Beberapa Pengarah JPN dan Ketua Sektor JPN turut berkongsi pengalaman tentang amalan pengurusan sekolah yang terbaik. Mereka menjelaskan tentang kepentingan perancangan yang sistematik bagi menguruskan PdP di sekolah. Antara aspek yang diberi fokus ialah polisi pengurusan sekolah, guru ganti (relief), program khas, dan amalan MMI.

Keseluruhannya, bagi membudayakan amalan MMI dengan berkesan di sekolah-sekolah, pemimpin sekolah harus peka, prihatin, dan bijak dalam pengurusan organisasi serta didokong dengan kerjasama erat daripada warga pendidik. Keprihatinan untuk tidak mengganggu masa instruksional di sekolah memungkinkan semua murid mendapat pendidikan yang sempurna. Penyediaan pendidikan yang berkualiti akan melahirkan modal insan yang berpotensi untuk memajukan ekonomi, sosial, dan kesejahteraan negara pada masa akan datang.

Muka Surat

| 4

Melindungi Masa Instruksional (MMI)


Kembali Kepada Yang Asas : Pemimpin Instruksional, Guru Mengajar, dan Murid Belajar

MELINDUNGI MASA INSTRUKSIONAL (MMI) (PROTECTING INSTRUCTIONAL TIME) DI SEKOLAH UNTUK MENINGKATKAN KEBERHASILAN PEMBELAJARAN MURID

Muka Surat

| 5

Melindungi Masa Instruksional (MMI)


Kembali Kepada Yang Asas : Pemimpin Instruksional, Guru Mengajar, dan Murid Belajar

MELINDUNGI MASA INSTRUKSIONAL (PROTECTING INSTRUCTIONAL TIME) DI SEKOLAH UNTUK MENINGKATKAN KEBERHASILAN PEMBELAJARAN MURID

oleh GHAZALI KASSIM


SK Seri Indera, Kangar, Perlis

Abstrak Sekiranya masa instruksional (PdP) tidak diurus dengan berkesan maka akan berlaku pembaziran masa yang mengakibatkan bukan sahaja objektif pembelajaran semasa tidak tercapai malah visi dan misi sekolah itu sendiri akan terjejas. Justeru, perhatian dan tumpuan ke arah melindungi masa instruksional ini memerlukan komitmen yang tinggi dalam kalangan pentadbir dan guru di sekolah. Menurut Cotton(2003),pimpinan instruksional yang berkesan melibatkan diri secara gigih dalam isu-isu kurikulum dan pengajaran. Selain itu, pelebaran peranan instruksional juga melibatkan Penolong Kanan, Guru Cemerlang, Guru Kanan, dan Guru Mata Pelajaran. Hal ini, disahkan melalui dapatan kajian yang dijalankan oleh Elmore (2000), King (2002), dan Spillane, Halverson dan Diamond (2001) yang mengiktiraf peranan penting yang boleh dimainkan oleh pihak-pihak lain di sekolah dalam memastikan pelaksanaan aktiviti-aktiviti instruksional pengajaran.Perancangan jadual waktu yang tersusun serta mengambil kira mata pelajaran dan masa yang bersesuaian juga mempengaruhi keberkesanan PdP yang dilaksanakan di dalam kelas.Kertas kerja ini mengetengahkan antara isu yang menyebabkan berlaku pembaziran masa instruksional di sekolah serta beberapa cadangan untuk mengatasi permasalahan yang ada demi memastikan keberkesanan melindungi masa instruksional (protecting instructional time)yang diperuntukkan dalam PdP di sekolah-sekolah.

Muka Surat

| 6

Melindungi Masa Instruksional (MMI)


Kembali Kepada Yang Asas : Pemimpin Instruksional, Guru Mengajar, dan Murid Belajar

PENGENALAN

Melindungi masa instruksional amat kritikal dan perlu dirancang bagi memastikan proses pembelajaran berlangsung di sekolah dan akhirnya murid belajar secara berkesan. Penggunaan masa instruksional yang berkesan akan menghasilkan sebaran ilmu dan kemahiran yang ditetapkan dalam sukatan pelajaran kepada semua murid. Di samping itu, pihak sekolah juga perlu mengambil kira penyusunan jadual waktu yang sesuai mengikut mata pelajaran berdasarkan penerimaan murid. Jadual waktu yang mengambil kira susunan masa dan mata pelajaran yang berganding, pada awal dan akhir masa pembelajaran dilaksanakan. misalnya turut memberikan kesan kepada PdP yang

Pengurangan masa instruksional akibat daripada pelbagai gangguan perlu dibendung bagi memastikan tempoh masa untuk pembelajaran berkesan dalam kalangan murid dapat ditingkatkan.

PERNYATAAN ISU

1.

Guru tiada di sekolah

Setiap guru perlu mematuhi arahan yang dikeluarkan. Mereka bukan sahaja perlu melaksanakan PdP dalam kelas tetapi juga perlu hadir bagi pelbagai aktiviti dan program di luar sekolah. Hal ini, termasuklah menghadiri kursus, mesyuarat, taklimat, seminar, dan lain-lain. Demi memenuhi arahan, jadual dan masa pembelajaran yang ditetapkan tidak dapat dilaksanakan sepenuhnya sebagaimana yang dirancang.

Muka Surat

| 7

Melindungi Masa Instruksional (MMI)


Kembali Kepada Yang Asas : Pemimpin Instruksional, Guru Mengajar, dan Murid Belajar

2.

Guru berada di sekolah tetapi tidak berada dalam kelas

Terdapat sebilangan kecil guru walaupun hadir ke sekolah tetapi kurang peka dan prihatin atas tanggungjawab melaksanakan PdP di kelas. Mereka mungkin menghabiskan masa berbual-bual di kantin, di bilik guru atau di bilik-bilik khas sedangkan mengikut jadual, mereka perlu masuk ke kelas pada waktu berkenaan. Terdapat juga guru yang hadir tetapi perlu melaksanakan tugas-tugas yang lain seperti mengisi borang dan dokumen menyebabkan mereka tidak dapat masuk ke kelas.

3.

Guru masuk kelas tetapi tidak mengajar

Dalam sesetengah keadaan, masa instruksional tidak digunakan oleh guru sebaik mungkin walaupun ia berada di dalam kelas. Guru hanya duduk, membaca akhbar, melayari internet atau menyiapkan kerja-kerja luar yang bukan tugas rasmi. Murid-murid dibiarkan bermain dan berkeliaran di dalam kelas atau hanya diberikan kerja-kerja mudah seperti melukis, mewarna, dan sebagainya. Kebanyakan kes dalam isu ini melibatkan guru ganti.

4.

Pengurusan bilik darjah

Pengurusan bilik darjah yang lemah menyebabkan masa instruksional terbuang begitu sahaja. Hal sedemikian ini, termasuklah murid perlu mengambil sedikit masa untuk membetulkan susunan kerusi dan meja, membersihkan kelas, atau mengumpul buku latihan kerana perancangan dan pelaksanaan tugas-tugas berkenaan tidak dirancang oleh guru.

Muka Surat

| 8

Melindungi Masa Instruksional (MMI)


Kembali Kepada Yang Asas : Pemimpin Instruksional, Guru Mengajar, dan Murid Belajar

5.

Kesediaan guru melaksanakan pengajaran

Akibat tidak dirancang, guru mengambil masa instruksional untuk mendapatkan bahan bantu mengajar atau memasang peralatan kemudahan ICT. Peralatan yang rosak tidak terlebih dahulu dikenal pasti tentunya lebih membazir masa untuk PdP.

6.

Kesediaan murid

Murid kurang bersedia untuk mengikuti seterusnya mengambil bahagian secara aktif dalam pembelajaran kerana kurang ditekankan pengalaman sedia ada dalam set induksi atau pengenalan. Akibatnya, sesi pembelajaran banyak berlangsung secara sehala.

7.

Gangguan dalaman

Tumpuan murid semasa pelaksanaan instruksional di dalam kelas juga terganggu dengan adanya beberapa pengumuman menerusi pembesar suara. Begitu juga dengan kehadiran ibu bapa yang terus ke kelas untuk menemui anak-anak mereka atas pelbagai urusan telah mengganggu masa instruksional.

8.

Disiplin murid

Kedapatan juga, murid yang datang lewat ke sekolah dan masuk ke kelas. Hal sedemikian ini, menjejaskan tumpuan rakan-rakan apabila beberapa orang rakan mereka masuk ke kelas sedangkan pembelajaran sedang berjalan. Murid yang melanggar disiplin seperti membuat bising dan mengganggu rakan juga mengakibatkan masa instruksional terganggu dengan leteran guru.
Muka Surat

| 9

Melindungi Masa Instruksional (MMI)


Kembali Kepada Yang Asas : Pemimpin Instruksional, Guru Mengajar, dan Murid Belajar

9.

Acara rasmi sekolah

Beberapa acara rasmi sekolah tentunya telah ditetapkan dalam takwim bagi tahun semasa. Antara acara rasmi ini ialah sambutan Hari Guru, Isra dan Mikraj, Maulidur Rasul, Kejohanan Balapan dan Padang, Hari Anugerah Kecemerlangan, dan lain-lain. Pelaksanaan acara rasmi ini sekiranya tidak dirancang dan dipantau, masa instruksional yang sepatutnya berlaku berlalu begitu sahaja. Hal sedemikian ini, akibat daripada murid yang tidak memberikan perhatian dan membuat bising ketika acara dilangsungkan dan nilai-nilai murni yang patut disemai tidak berlaku.

CADANGAN TINDAKAN / PENYELESAIAN

1.

Guru tiada di sekolah

Pihak pentadbiran sekolah perlu merancang dan melaksanakan kaedah guru ganti dengan baik dan berkesan. Proses ini boleh dilaksanakan menerusi :

a)

Aliran yang sama

Guru ganti yang ditugaskan di sesebuah kelas akan dapat mengajar mengikut tahap sukatan yang sama walaupun subjeknya berbeza dengan guru yang tidak dapat hadir. Murid-murid juga lebih bersedia menerima pelajaran yang disampaikan oleh guru yang berkenaan.

Muka Surat

| 10

Melindungi Masa Instruksional (MMI)


Kembali Kepada Yang Asas : Pemimpin Instruksional, Guru Mengajar, dan Murid Belajar

b)

Tahap yang sama

Sekiranya guru yang diganti itu bukan daripada aliran yang sama, sekurang-kurangnya biarlah guru tersebut pada tahap yang sama dengan guru yang tidak dapat hadir sama ada tahap satu atau tahap dua kerana perbezaan sukatan tidaklah terlalu jauh berbeza.

c)

Konsep jual beli

Menerusi

konsep

ini,

guru

yang

sedia

maklum

akan

ketidakhadirannya bagi sesuatu kelas boleh bertukar masa PdP bagi subjeknya dengan guru aliran yang sama supaya apabila ia kembali bertugas, ia akan mengambil alih masa PdP guru berkenaan. Guru berkenaan juga boleh menyediakan bahan yang terancang dan lengkap membolehkan masa tersebut dapat dipenuhi dengan PdP yang berkesan.

2.

Guru berada di sekolah tetapi tiada di kelas

Pihak pentadbir sekolah perlu memberikan penekanan dan membuat pemantauan agar semua guru dapat memenuhi dan mematuhi masa instruksional berdasarkan jadual yang ditetapkan. Tindakan secara berhemah seperti nasihat, amaran seterusnya ke tahap tindakan tatatertib perlu diambil terhadap guru terlibat. Sesi motivasi dan kesedaran seperti ceramah, Kerja Sebagai Ibadah boleh diadakan ke arah memupuk kesedaran dan semangat bekerja dalam kalangan guru dan staf.

Muka Surat

| 11

Melindungi Masa Instruksional (MMI)


Kembali Kepada Yang Asas : Pemimpin Instruksional, Guru Mengajar, dan Murid Belajar

3.

Guru masuk kelas tetapi tidak mengajar

Kebanyakan kes ini melibatkan guru ganti. Cara-cara mengatasi kes ini termasuklah menanamkan kesedaran dalam kalangan gurubahawa mereka penting untuk mencapai visi sekolah menerusi pelaksanaan masa instruksional yang berkesan. Bagi guru yang memang sedia ada, pelaksanaan penyeliaan dan pencerapan yang teratur akan dapat membantu mengatasi kes seperti ini.

4.

Pengurusan bilik darjah

Guru kelas perlu memastikan bahawa ketua kelas, penolong ketua kelas serta murid bertugas dapat melaksanakan tugas-tugas yang ditetapkan dengan lancar dan berkesan. Situasi ini penting supaya setiap masa kelas berada dalam keadaan kemas serta tersusun dan tidak perlu bagi guru mengambil masa mengarahkan murid mengemas dan menyusun kerusi meja semasa PdP akan berlangsung. Bagi murid sekolah ini, mereka dilatih agar setiap kali meninggalkan kelas, mereka perlu menolak kerusi ke bawah meja dan ini tentunya dapat memastikan susunan kerusi meja sentiasa tersusun kemas.

5.

Kesediaan guru melaksanakan pengajaran

Guru-guru perlu memeriksa peralatan yang akan digunakan terlebih awal. Sekiranya didapati peralatan berkenaan rosak atau tidak mencukupi, masalah ini boleh dimaklumkan kepada pegawai atau kakitangan terlibat seperti juruteknik makmal komputer untuk pembaikan atau penggantian. Dengan ini, masa instruksional tidak terbuang begitu sahaja.

Muka Surat

| 12

Melindungi Masa Instruksional (MMI)


Kembali Kepada Yang Asas : Pemimpin Instruksional, Guru Mengajar, dan Murid Belajar

6.

Kesediaan murid

Pembelajaran di dalam kelas perlu dikaitkan dengan pengalaman murid. Hal sedemikian,penting bagi menyediakan murid mengambil bahagian secara aktif dan pembelajaran berlaku secara dua hala. Murid juga perlu dilatih supaya siap sedia dengan buku-buku bagi subjek berikutnya di atas meja sebelum guru berkenaan masuk ke dalam kelas. Jika ini berlaku, tentunya masa instruksional dapat dimanfaatkan sepenuhnya.

7.

Gangguan dalaman dan luaran

Pihak pentadbiran sekolah perlu mengelakkan daripada membuat pengumuman semasa pembelajaran sedang berlangsung. Pengumuman hanya dibuat pada awal pagi atau semasa rehat. Begitu juga setiap penjaga murid dilarang daripada masuk ke kelas untuk menemui anak jagaan mereka semasa PdP dijalankan sebaliknya, mereka perlu berurusan di pejabat sekolah atau menemui anak mereka semasa rehat.

8.

Disiplin murid

Pihak sekolah menerusi Unit Hal Ehwal Murid (HEM), perlu mengambil inisiatif bagi memastikan kes disiplin terutama melibatkan murid semasa PdP di dalam kelas diminimakan. Hal ini,penting untuk mengelakkan guru terpaksa mengambil masa instruksional hanya untuk membuat teguran dan leteran kerana murid bising, tidak menyiapkan kerja rumah atau mengganggu rakan.

Muka Surat

| 13

Melindungi Masa Instruksional (MMI)


Kembali Kepada Yang Asas : Pemimpin Instruksional, Guru Mengajar, dan Murid Belajar

9.

Acara rasmi sekolah

Untuk memenuhi masa instruksional semasa acara rasmi sekolah dijalankan, guru-guru terutamanya guru bertugas perlu memastikan semua murid memberikan tumpuan kepada acara yang sedang berlangsung. Hal sedemikian ini kerana banyak nilai murni yang berkaitan dapat diterapkan dalam kalangan murid sekiranya mereka memberikan tumpuan.

KESIMPULAN

Usaha-usaha untuk melindungi masa instruksional (protecting instructional time) perlulah diambil oleh pihak sekolah terutama guru-guru bagi memastikan pembaziran masa untuk PdP dapat diminimumkan. Jadual waktu yang dapat dirancang dan disusun rapi turut mempengaruhi pengisian masa PdP yang dilaksanakan di dalam kelas. Tidak terkecuali pihak-pihak luar termasuk pelbagai agensi dan individu agar mereka memahami bahawa mereka tidak boleh mengganggu proses PdP di sekolah. Sekiranya kesedaran tentang pentingnya masa instruksional ini difahami serta dijadikan budaya di sekolah, maka masa instruksional ini dapat dipenuhi dengan lebih berkesan berdasarkan sukatan dan objektif yang ditetapkan.

CADANGAN

Selain tindakan yang bakal diambil oleh pihak sekolah berdasarkan cadangan yang dikemukakan, disyorkan beberapa tindakan melibatkan pelbagai pihak demi melindungi masa instruksional ini.

Muka Surat

| 14

Melindungi Masa Instruksional (MMI)


Kembali Kepada Yang Asas : Pemimpin Instruksional, Guru Mengajar, dan Murid Belajar

1.

Meningkatkan nisbah guru mengikut kelas

Nisbah guru 1:5 yang sedia ada perlu ditingkatkan kepada 1:7 demi memastikan bilangan guru yang mencukupi di sekolah.

2.

Pengisian jawatan pegawai data

Demi mengurangkan tugas-tugas perkeranian termasuk mengemas kini data serta penyimpanan rekod, sekurang-kurangnya seorang pegawai pengurusan data perlu ditempatkan di sekolah bagi menjalankan tugastugas berkenaan yang dipertanggungjawabkan kepada guru.

3.

Penjadualan semula kursus, taklimat, dan mesyuarat

Ramai guru yang perlu meninggalkan sekolah untuk mengikuti kursus, taklimat, mesyuarat, dan sebagainya yang dianjurkan oleh KPM, JPN atau PPD. Disyorkan supaya penjadualan serta penyelarasan dapat diambil agar masa dan hari yang digunakan tidak banyak melibatkan masa PdP guru-guru di sekolah.

4.

Kemudahan fizikal bilik darjah

Bilik darjah yang menempatkan murid yang agak ramai (melebihi 35 orang) kurang selesa untuk pelaksanaan PdP yang berkesan. Justeru, disyorkan supaya saiz bilik darjah dibesarkan ataupun bilangan murid setiap kelas dikurangkan.

Muka Surat

| 15

Melindungi Masa Instruksional (MMI)


Kembali Kepada Yang Asas : Pemimpin Instruksional, Guru Mengajar, dan Murid Belajar

5.

Penglibatan agensi luar

Penglibatan guru ataupun murid dalam pelbagai aktiviti dan program oleh agensi luar perlulah dikurangkan demi memenuhi masa instruksional di sekolah. Sekiranya berkeperluan, aktiviti tersebut

bolehlah dijalankan semasa cuti persekolahan.

Rujukan Alimuddin Hj Mohd Dom. (2006). Kepimpinan Instruksional, Jemaah Nazir Sekolah. Kementerian Pelajaran Malaysia. Hussein Mahmood. (1989). Kepimpinan dan Keberkesanan Sekolah. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. Kartini Zakaria. (2010). Kepimpinan Instruksional Dalam Melestarikan KecemerlanganSekolah: Satu perkongsian pengalaman SMK Sultanah Asma- Kolokium Kebangsaan Kepimpinan Instruksional 2010. Lisa A. Banicky & Heidi L. Janicky.(2006). Maximizing Instructional Time: Identifying Impediments and Strategies (Survey Result and Recommendations). Cotton, K. (2003). Principal and Student Achievement: What the research says. Alexadria. VA: Association for Supervision and Curriculum Development. King, D. (2002). The Changing Shape of Leadearship. Educatinal Leadership.59(8).61.63. Elmore, R. (2000). Building a New Structure for School Leadership. Washington D.C. Albert Shanker Institute. Spillane, J.P., Halverson, R., & Diamond, J.B. (2001). Investi Gating School Leadership Practice: A Distributed perspective. Educationl Researcher,30(3),23-28.

Muka Surat

| 16

Melindungi Masa Instruksional (MMI)


Kembali Kepada Yang Asas : Pemimpin Instruksional, Guru Mengajar, dan Murid Belajar

GURU MENGAJAR MURID BELAJAR

Muka Surat

| 17

Melindungi Masa Instruksional (MMI)


Kembali Kepada Yang Asas : Pemimpin Instruksional, Guru Mengajar, dan Murid Belajar

GURU MENGAJAR MURID BELAJAR

oleh HAJAH SITI AMINAH BINTI HAJI IBRAHIM


SMK Bandar Bukit Kayu Hitam, Kedah Darulaman.

Abstrak Pengetua sebagai pemimpin kurikulum di sekolah perlu memastikan Tiga Sasaran Utama Pendidikan terlaksana secara berkesan iaitu fokus kepada pembelajaran murid, kolaborasi antara guru (kerja sepasukan) dan fokus kepada kemenjadian murid atau keberhasilan pembelajaran murid. Guru yang meninggalkan bilik darjah selalunya mempunyai urusan atau alasan yang munasabah. Beliau seharusnya berusaha melindungi masa instruksionalnya kerana itu ialahamanah seorang guru. Pasukan pengurusan sekolah pula harus bijaksana dalam memainkan peranan memastikan academic learning time atau masa pembelajaran berkesan berjalan lancar dan guru mesti ada didalam bilik darjah untuk berfungsi dengan sewajarnya. Beberapa cadangan yang diutarakan dalam penulisan ini akan memberikan impak positif kepada usaha memaksimumkan masa instruksional. Usaha melindungi masa instruksional di sekolah untuk meningkatkan keberhasilan pembelajaran murid ini memerlukan kerjasama dan sokongan padu daripada semua peringkat lapisan sekolah kerana kejayaan melindungi masa instruksional tidak mampu dicapai tanpa kerja berpasukan yang mantap.

Muka Surat

| 18

Melindungi Masa Instruksional (MMI)


Kembali Kepada Yang Asas : Pemimpin Instruksional, Guru Mengajar, dan Murid Belajar

PENGENALAN

Semua program dan rancangan yang dirangka oleh KPM berfokus kepada keberhasilan pembelajaran murid dan seharusnya dilaksanakan tanpa halangan bagi mencapai hasrat yang telah disasarkan. MMI merupakan salah satu komponen fungsi pemimpin instruksional bagi memastikan tempoh masa untuk pembelajaran secara berkesan berlaku tanpa halangan. Yang Berbahagia Dato Haji Sufaat bin Tumin, Timbalan Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia telah mencadangkan agar pengetua sebagai pemimpin kurikulum di sekolah bertanggungjawab memastikan peningkatan masa pembelajaran berkesan ini atau, academic learning timeberlaku dalam kalangan murid. Dengan kata lain, masa instruksional akanmemastikan guru mengajar dan murid belajar.

PERNYATAAN ISU

Seorang guru telah ditetapkan menjalankan tugas utama iaitu mengajar atau melaksanakan instruksional untuk tempoh tertentu. Sekolah pula selalunya merangka masa instruksional yang ideal, namun masa berkenaan tidak sepenuhnya menjanjikan pembelajaran berkualiti atau pembelajaran berkesan disebabkan faktor gangguan tertentu yang berlaku di sekolah dan di dalam bilik darjah.

Guru-guru meninggalkan bilik darjah atas urusan atau alasan seperti: (a) (b) (c) (d) (e) menghadiri mesyuarat atau menghadiri taklimat, berkursus, menghadiri majlis rasmi, jemputan ceramah (Guru Cemerlang), mengiringi murid dalam pertandingan koakademik, sukan, dan permainan,
Muka Surat

| 19

Melindungi Masa Instruksional (MMI)


Kembali Kepada Yang Asas : Pemimpin Instruksional, Guru Mengajar, dan Murid Belajar

(f)

sikap guru yang kurang sense of urgency untuk hadir ke kelas tepat pada masanya,

(g) (h) (i)

sikap murid yang tidak minat belajar, guru cuti sakit atau kecemasan, dan guru cuti bersalin atau cuti mengerjakan fardu haji.

Alasan bagi murid untuk tidak berada di dalam bilik darjah kerana mewakili sekolah dalam pertandingan koakademik, sukan atau murid tercedera semasa mewakili sekolah dan mendapat cuti sakit.

CADANGAN TINDAKAN/PENYELESAIAN

Pengetua perlu bertanggungjawab melindungi masa instruksional dalam memastikan guru berada di dalam bilik darjah dan berfungsi sebagai seorang pendidik.

Penulisan ini menyediakan cadangan tindakan atau penyelesaian kepada isu guru meninggalkan bilik darjah mengikut situasi berikut:

1.

Meninggalkan bilik darjah selama satu hari seperti menghadiri mesyuarat, kursus, taklimat, menghadiri majlis rasmi, memohon Cuti Rehat Khas (CRK), mengiringi murid, dan jemputan ceramah.

a)

Bagi situasi guru meninggalkan bilik darjah selama satu hari. Dicadangkanguru membuat tukar ganti atau jual beli masa pengajaran dengan guru-guru lain yang mengajar kelas yang sama sebelum menghadiri urusan tersebut. Papan kenyataan disediakan untuk urusan tukar ganti atau jual beli kelas. Penolong Kanan

Muka Surat

| 20

Melindungi Masa Instruksional (MMI)


Kembali Kepada Yang Asas : Pemimpin Instruksional, Guru Mengajar, dan Murid Belajar

Pentadbiran akan dimaklumkan apabila urusan tukar ganti atau jual beli selesai.

b)

Jemputan ceramah. Bagi sekolah-sekolah yang muridnya tidak cemerlang dan ibu bapa kurang prihatin tentang prestasi akademik anaknya, pihak sekolah akan menghadapi masalah kehadiran murid-murid jika bengkel teknik menjawab peperiksaan dibuat pada sebelah petang. Oleh itu, guru perlu menyusun jadual ceramah supaya dilaksanakan pada sebelah pagi bagi mengatasi masalah ketidakhadiran murid. Pergerakan guru pada masa instruksional patut dielakkan agar gangguan masa instruksional dapat diminimumkan. Justeru, satu carta alir yang menetapkan Standard Operating Prosedur (SOP) dicadangkan untuk diaplikasikan bersama antara pengetua (rujuk Lampiran 4) dalam usaha memastikan kepakaran guru dan peningkatan keberhasilan pembelajaran murid dikongsi bersama.

2.

Meninggalkan bilik darjah melebihi satu hari (seperti menghadiri kursus)

Dalam kes ini, guru mempunyai tiga pilihan sama ada : a) b) melaksanakan kelas ganti di luar masa persekolahan, atau membuat urusan tukar ganti atau jual beli kelas sebelum menghadiri kursus, atau c) meninggalkan latihan atau kerja murid dengan menulis tarikh dan masa latihan yang perlu diedarkan kepada Penolong Kanan Pentadbiran. Guru ganti akan memastikan murid membuat latihan pada masa atau waktu mata pelajaran sepatutnya berlaku. Dengan ini, masa instruksional untuk mata pelajaran tersebut dapat dilindungi.
Muka Surat

| 21

Melindungi Masa Instruksional (MMI)


Kembali Kepada Yang Asas : Pemimpin Instruksional, Guru Mengajar, dan Murid Belajar

3.

Learning Walk

Kepimpinan instruksional merupakan pemimpin sekolah yang mengambil peduli atau cakna kepada pengajaran guru dan pembelajaran murid. Pengetua perlu sentiasa kelihatan bagi mengekalkan visibiliti yang tinggi dalam usaha untuk menambah baik prestasi murid dan juga memastikan guru menepati masa. Dalam situasi ini, pengetua mengamalkan pemantauan Learning Walk yang melibatkan: a) lawatan singkat pengetua bersama 1 atau 2 orang pengurusan sekolah (tanpa menetapkan masa lawatan) ke bilik darjah semasa proses PdP dijalankan. b) memantau dan menilai keadaan bilik darjah dengan memfokuskan kurikulum operasi selama 5 10 minit. c) maklumat atau data proses PdP perlu dicatat dalam borang pemantauan (rujuk kepada Lampiran 2). d) guru dan pengurusan sekolah perlu membuat muhasabah atau refleksi proses pengajaran. e) dalam perjumpaan guru, pengetua berkongsi amalan pengajaran yang baik dan sebaliknya daripada dapatan pemantauan.

4.

Latihan Dalam Perkhidmatan (LDP)

Sebagai pemimpin sekolah, pengetua perlu menganjurkan LDP. Dicadangkan, antara topik pengisian LDP ialah penekanan kepada sifat amanah yang merupakan akhlak mulia bagi semua agama. Oleh itu, tugas atau pekerjaan yang dipertanggungjawabkan atas setiap orang merupakan amanah yang wajib dilaksanakan. Saranan ini selari dengan ayat al-Quran yang membawa maksud;

Muka Surat

| 22

Melindungi Masa Instruksional (MMI)


Kembali Kepada Yang Asas : Pemimpin Instruksional, Guru Mengajar, dan Murid Belajar

Wahai

orang-orang

beriman!

Janganlah

kamu

mengkhianati (amanah) Allah dan Rasul-Nya, dan janganlah kamu mengkhianati amanah kamu, sedang kamu mengetahui salahnya.

Guru-guru

perlu

memastikan

peruntukan

masa

untuk

mengajar

mencukupi bagi setiap mata pelajaran yang diamanahkan bagi setiap minggu.

Penghayatan dasar Sekolah Penyayang yang dilaksanakan di sekolah haruslah bertemakan, Mengajar Murid Umpama Mengajar Anak Sendiri. Sekiranya guru mengandaikan mengajar murid seperti mengajar anaknya sendiri, sudah pasti guru akan berusaha mengajar secara bersungguh-sungguh untuk memastikan murid belajar secara berkesan.

5.

Lesson Study

Kaedah yang diguna pakai ini diperkenalkan kepada sekolah yang berada di Band 6 dalam School Improvement Programme (SIP). Kaedah ini merupakan strategi yang dicadangkan dalam Komuniti Pembelajaran Profesional (PLC) iaitu komponen kedua De-Privatisation Of Practice. Amalan pengajaran Lesson Study (merujuk lampiran 3) ialah secara kolaborasi yang melibatkan sekumpulan guru merancang dan

menyediakan rancangan pengajaran bersama-sama serta menjalankan proses PdP seperti yang dirancang. Guru lain membuat pemerhatian, refleksi, dan seterusnya membuat pengajaran tersebut. penambahbaikan kepada rancangan

Muka Surat

| 23

Melindungi Masa Instruksional (MMI)


Kembali Kepada Yang Asas : Pemimpin Instruksional, Guru Mengajar, dan Murid Belajar

Pengajaran guru yang telah dipersetujui berserta bahan bantu mengajar yang disediakan dicatat dalam Buku Daftar Kaedah PdP. Kaedah tersebut diguna pakai dan dikongsi bersama oleh guru-guru lain.

Program ini memerlukan guru membuat anjakan paradigma dalam amalan pengajarannya. Hal sedemikian ini, akan berupaya mengubah seorang guru menjadi kreatif dan efisien dalam tugasnya dan merasakan teaching is a work of heart. Tambahan lagi, kaedah Lesson Study amat membantu guru-guru yang mengajarkan mata pelajaran bukan opsyen.

6.

Teach To Teach

Satu daripada gangguan melindungi masa instruksional yang dikenal pasti di sekolah ini ialah guru meninggalkan bilik darjah. Hal ini, disebabkan rasa putus asa apabila murid tidakberminat untuk belajar. Guru membuat persediaan untuk mengajar mengikut Rancangan Pengajaran Harian (RPH). Antara faktor murid hilang atau tidak berada di dalam kelas ialah ponteng mata pelajaran tertentu dan selalu tidur semasa guru mengajar. Bagi seorang guru yang berasakan,teaching is a work of heart, situasi begini akan dapat ditangani dengan mudah dan efektif. Tetapi bagi guru yang kurang bermotivasi, jalan mudah diambil adalah dengan tidak berada dalam bilik darjah. Jika ini berlaku, punca masalah murid tidak berminat belajar tidak akan dapat diselesaikan. Cadangan penyelesaian bagi keadaan begini ialah program, Teach To Teach yang memerlukan Pengetua sebagai pemimpin instruksional menjadi role model dalam pengajaran. Strategi pelaksanaannya adalah seperti carta alir di bawah :

Muka Surat

| 24

Melindungi Masa Instruksional (MMI)


Kembali Kepada Yang Asas : Pemimpin Instruksional, Guru Mengajar, dan Murid Belajar

Guru yang menghadapi masalah pengajaran atau masalah murid tidak memberikan tumpuan semasa PdP berjumpa Pengetua untuk berbincang. Guru mengisi borang yang disediakan. (merujuk Lampiran 1, Program Teach To Teach ) Menetapkan tarikh, hari, masa, topik yang hendak diajar dan memberikan bahan pengajaran yang perlu (jika ada) kepada Pengetua. Pengetua melaksanakan pengajaran seperti dirancang oleh guru dalam RPH. Pengetua memberikan maklum balas kepada guru berkaitan pengajaran guru yang perlu dibaiki dan petua menarik minat pembelajaran murid. Pengetua berkongsi amalan pengajaran yang baik dan menegur amalan yang sebaliknya semasa pengajarannya dalam kelas yang bermasalah tadi.

Dengan ini, guru tiada alasan menyatakan murid tidak minat belajar kerana kreativiti dalam pendekatan pengajaran berupaya melindungi masa instruksional.

7.

Cuti Sakit atau Kecemasan

Bagi kes ini, guru yang bercuti tidak sempat membuat tukar ganti kelas atau meninggalkan latihan kepada murid. Maka, masa instruksional dilindungi apabila guru ganti masuk ke kelas dengan membawa Bakul Ilmu (disediakan oleh Pusat Sumber Sekolah, unit NILAM untuk Program 1 School Reads) untuk dibaca oleh murid-murid dan mengisi Rekod Buku NILAM jika telah menyelesaikan bacaan.

8.

Peranan Kaunselor

Kaunselor juga mempunyai masa instruksional yang perlu dilaksanakan mengikut perancangan tahunannya. Dalam hal ini, kaunselor boleh diberi
Muka Surat

| 25

Melindungi Masa Instruksional (MMI)


Kembali Kepada Yang Asas : Pemimpin Instruksional, Guru Mengajar, dan Murid Belajar

kelas ganti untuk kelas-kelas yang berbeza setiap hari supaya bidang perkhidmatan bimbingan dan kaunseling yang merangkumi akademik, kerjaya, keibubapaan, pembangunan diri murid, psikososial, pendidikan pencegahan dadah, kaunseling HIV/AIDS, dan pemulihan akhlak dan moral dapat dilaksanakan mengikut perancangan.

9.

Guru Cuti Bersalin / Cuti Menunaikan Fardu Haji

Pengetua seharusnya mempunyai data bagi guru yang akan bersalin dan yang akan menunaikan fardu haji untuk tempoh 6 bulan akan datang. Guru ini perlu merancang dan membuat kelas-kelas bagi menyelesaikan tajuk-tajuk mengikut Rancangan Pengajaran Tahunan (RPT) yang ditetapkan. Rancangan Pengajaran Harian (RPH) untuk tajuk-tajuk yang perlu diselesaikan ini juga perlu dibuat pada muka surat khas supaya mudah dipantau oleh Pengetua, Penolong Kanan atau Guru Kanan.

Kelas tambahan yang diadakan hendaklah dibuat selepas masa persekolahan, masa cuti persekolahan atau masa-masa lain yang sesuai tetapi tidak menganggu masa PdP rasmi. Cadangan ini adalah untuk memastikan masa instruksional dilindungi jika sekolah tidak mendapat guru ganti pada masa guru cuti bersalin atau cuti menunaikan ibadah haji nanti.

10. Peranan Panitia

Sekolah perlu mengubah persepsi murid supaya melihat sambutan harihari keutamaan sekolah seperti Hari Kemerdekaan, Hari Guru, atau Hari Sukan sebagai hari PdP. Antara peranan yang akan dimainkan oleh panitia ialah memastikan pengisian hari-hari sambutan tersebut selari dengan matlamat sekolah.
Muka Surat

| 26

Melindungi Masa Instruksional (MMI)


Kembali Kepada Yang Asas : Pemimpin Instruksional, Guru Mengajar, dan Murid Belajar

Contoh: i. Atur Cara Sambutan Hari Merdeka : Ceramah Kemerdekaan- Sebelum dan Selepas Kemerdekaan. Kuiz Kemerdekaan adakan Pusingan 1 dan Pusingan 2 untuk soalan PMR dan SPM. Menyemai dan memupuk sifat patriotik, berdisiplin, dan jati diri murid melalui muzik dan lagu-lagu seperti Jalur Gemilang, Kerana Mu Malaysia dan Janji Ditepati.

ii.

Program Sambutan Hari Guru : Murid menulis karangan bertajuk, Aktiviti Hari Guru. Pertandingan mencipta pantun, sajak atau syair yang bertemaka Hari Guru.

11. Semakan RPT dan RPH

Setiap guru membuat RPT tanpa mengambil kira faktor-faktor gangguan (kecuali yang tertera dalam takwim seperti masa peperiksaan, hari atau majlis-majlis sambutan sekolah dan sebagainya) untuk diselesaikan dalam masa persekolahan. Gangguan fizikal, gangguan adhoc dan gangguan luar jangka tidak diambil kira semasa penyediaan RPT. Keadaan ini memberikan kesan kepada RPH. Untuk memastikan RPT dan RPH selari mengikut perancangan, semakan hendaklah dibuat oleh Pengetua, Penolong Kanan dan Guru Kanan dalam bulan Julai dan Oktober. Guruguru perlu memberikan justifikasi sekiranya ketidakselarian berlaku.

12. MMI untuk Murid

MMI perlu juga diambil kira dari sudut murid yang:


Muka Surat

| 27

Melindungi Masa Instruksional (MMI)


Kembali Kepada Yang Asas : Pemimpin Instruksional, Guru Mengajar, dan Murid Belajar

a)

meninggalkan bilik darjah kerana mewakili sekolah untuk pertandingan koakademik, sukan atau hadir aktiviti anjuran JPN / PPD (yang tidak melibatkan semua murid) dan

b)

mengalami kecederaan kerana mewakili sekolah dan mendapat cuti sakit yang lama.

CADANGAN PENYELESAIAN

Beberapa cadangan penyelesaian yang boleh dilaksanakan antaranya,

1. 2. 3.

Mengatur jadual peperiksaan atau ujian pada hari tertentu. Guru melaksanakan personal coaching kepada murid berkenaan. PdP dilaksanakan di hospital atau rumah murid yang bercuti sakit.

KESIMPULAN

MMI perlu dirancang dengan penuh kebijaksanaan oleh pemimpin sekolah serta guru-guru bagi memastikan pembelajaran berlangsung di sekolah dan akhirnya murid dapat belajar secara berkesan. SMK Bandar Bukit Kayu Hitam telah merangka dan melaksanakan program di atas untuk memastikan masa instruksional dapat dilindungi dengan baik. Program yang dicadang ini sentiasa diberikan nilai tambah dari semasa ke semasa untuk menjadikannya lebih berkesan dan selaras dengan hala tuju KPM. Keberkesanan program ini dapat dilihat dengan berlakunya lonjakan pencapaian murid dalam keputusan peperiksaan awam. Kecemerlangan sekolah juga terserlah dengan penglibatan aktif murid dalam kokurikulum dan sahsiah murid turut terpelihara. Sesungguhnya, usaha ini memerlukan kerjasama dan sokongan padu daripada
Muka Surat

| 28

Melindungi Masa Instruksional (MMI)


Kembali Kepada Yang Asas : Pemimpin Instruksional, Guru Mengajar, dan Murid Belajar

semua peringkat lapisan sekolah. Kejayaan melindungi masa instruksional tidak mampu dicapai tanpa kerja berpasukan yang mantap.

CADANGAN

Pihak sekolah telah berjaya melindungi masa instruksional melalui pendekatan yang diutarakan. Hasil kejayaan yang dicapai ialah suatu realiti dan bukan suatu fantasi. Waima, sekolah yang bermula dengan Band 6 telah berubah ke Band 5 apabila komposit skor NKRA meningkat. Justeru, dicadangkan agar program ini dapat dihayati dan dilaksanakan secara kelompok di semua sekolah. Pelaksanaannya diharap dapat memastikan Tiga Sasaran Utama Pendidikan (Three Big Ideas In Education) terlaksana iaitu fokus kepada pembelajaran murid, kolaborasi antara guru (kerja sepasukan), dan fokus kepada kemenjadian murid atau keberhasilan pembelajaran murid.

Rujukan Bahan Kursus Komuniti Pembelajaran Profesional (PLC) untuk Guru Kanan, PK Pentadbiran, Pengetua dan Guru Besar, pada 22 -24 Mei 2012 di IAB(Utara). Melindungi Masa Instruksional (Protecting Instruktional Time) di Sekolah untukMeningkatkan Keberhasilan Pembelajaran Murid. Nota Sektor Operasi Pendidikan, KPM 2012.

Muka Surat

| 29

Melindungi Masa Instruksional (MMI)


Kembali Kepada Yang Asas : Pemimpin Instruksional, Guru Mengajar, dan Murid Belajar

Lampiran 1 PROGRAM TEACH TO TEACH NAMA GURU :_______________________OPSYEN: __________________ MATA PELAJARAN :______________________ TINGKATAN:_____________________ PERNYATAAN MASALAH PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN :

PENETAPAN TARIKH PENGAJARAN PENGETUA : TARIKH: ________________ HARI:__________________ MASA:________________ Tandatangan guru:________________ Tarikh:____________________ TOPIK: ________________________________ TEMPAT: __________________________ BAHAN PENGAJARAN YANG DISEDIA KAN: ________________________________________

MAKLUM BALAS PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN : A. SEBELUM PdP PENGETUA: ULASAN MURID:

ULASAN PENGETUA :

Muka Surat

| 30

Melindungi Masa Instruksional (MMI)


Kembali Kepada Yang Asas : Pemimpin Instruksional, Guru Mengajar, dan Murid Belajar

B. SELEPAS PdP PENGETUA: ULASAN GURU :

ULASAN MURID:

CADANGAN PENGETUA :

Muka Surat

| 31

Melindungi Masa Instruksional (MMI)


Kembali Kepada Yang Asas : Pemimpin Instruksional, Guru Mengajar, dan Murid Belajar

Lampiran 2 PEMANTAUAN LEARNING WALK TARIKH: ....................................... MASA KE-: ........................ KELAS: ............................................... MATA PELAJARAN :.................... REAKSI GURU REAKSI MURID HARI: ................ JAM: ...... BIL. MURID : ... GURU: ..... KEADAAN KELAS

Pemantau: ..

Cap Jawatan :

PEMANTAUAN LEARNING WALK TARIKH: ....................................... MASA KE-: ........................ KELAS: ............................................... MATA PELAJARAN :.................... REAKSI GURU REAKSI MURID HARI: ................ JAM: ...... BIL. MURID : ... GURU: ..... KEADAAN KELAS

Pemantau: ..

Cap Jawatan :

Muka Surat

| 32

Melindungi Masa Instruksional (MMI)


Kembali Kepada Yang Asas : Pemimpin Instruksional, Guru Mengajar, dan Murid Belajar

Lampiran 3 PENCERAPAN LESSON STUDY PANITIA : ____________________________________________ NAMA GURU : ____________________________________________ TINGKATAN : ____________________________________________ MATA PELAJARAN: ___________________________________________ TOPIK : ____________________________________________ A. PERBINCANGAN PERTAMA

TARIKH : ___________MASA : __________TEMPAT __________________ KEHADIRAN: 1. ___________________________ 2.___________________________ 3.___________________________ LAPORAN PERBINCANGAN :

B.

PERBINCANGAN KEDUA

TARIKH : ____________MASA : ________TEMPAT ___________________ KEHADIRAN: 1. ___________________________ 2.___________________________ 3.___________________________ LAPORAN PERBINCANGAN :

C. 1. 2. 3. 4.

PENCERAPAN TARIKH MASA TEMPAT TINGKATAN :__________________________ :__________________________ : __________________________ : __________________________


| 33

Muka Surat

Melindungi Masa Instruksional (MMI)


Kembali Kepada Yang Asas : Pemimpin Instruksional, Guru Mengajar, dan Murid Belajar

Lampiran 4 CARTA ALIR JEMPUTAN GURU SEBAGAI PENCERAMAH MASA PdP

Ketua Panitia (sekolah lain) mengenal pasti penceramah (bertugas di SMKBBKH) )

Maklum kepada penceramah tarikh, hari, masa, dan tempat ceramah secara lisan. Penceramah menerima jemputan ceramah. Hubungi Ketua Panitia (sekolah lain) untuk perubahan masa.

Penceramah berusaha membuat tukar ganti masa PdP sesama guru bagi kelas yang akan ditinggalkan.

Pengetua setuju.

Penceramah memaklumkan kepada Pengetua tarikh jemputan ceramah dan masa tukar ganti yang telah dibuat.

Pengetua tidak setuju.

Muka Surat

| 34

Melindungi Masa Instruksional (MMI)


Kembali Kepada Yang Asas : Pemimpin Instruksional, Guru Mengajar, dan Murid Belajar

DOS (Do Something)

Muka Surat

| 35

Melindungi Masa Instruksional (MMI)


Kembali Kepada Yang Asas : Pemimpin Instruksional, Guru Mengajar, dan Murid Belajar

DOS (Do Something) (JANGAN DUDUK SAHAJA)

oleh ZAKARIA BIN OTHMAN


SK Seri Impian Kubang Semang, Seberang Perai

Abstrak Isu guru ganti di sekolah-sekolah merupakan satu keadaan biasayang sering berlaku hampir setiap hari. Penglibatan guru menjalankan tugas-tugas rasmi di luar sekolah pada waktu persekolahan atas arahan PPD, JPN, dan KPM serta ada juga yang mengambil cuti sakit, cuti sambilan, dan lain-lain menyebabkan perjalanan PdP di dalam kelas tergendala. Satu kaedahatau usaha yang berkesan dan tidak membebankan guru yang berada di sekolah perlu dirancang supaya proses PdP tetap berlaku walaupun guru mata pelajaran tidak hadir pada waktu tersebut. Kertas ini dirancang bertujuan untuk memenuhi pengisian waktu guru ganti yang lebih berkesan, membantu mengurangkan bebanan kerja guru yang bertugas, memudahkan pemantauan pihak pentadbir dan seterusnya PdP di dalam kelas tersebut dapat dilaksanakan seperti yang termaktub dalam Akta Pendidikan 1996. Projek ini juga dapat menyedarkan guru supaya bertugas dengan sepenuh hati bersesuaian dengan tuntutan Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 3/1981 bertajuk Penggunaan Waktu Tidak Mengajar / Waktu Luang (free period) oleh guru bagi menggantikan guru yang tidak hadir.

Muka Surat

| 36

Melindungi Masa Instruksional (MMI)


Kembali Kepada Yang Asas : Pemimpin Instruksional, Guru Mengajar, dan Murid Belajar

PENGENALAN

Penglibatan guru menjalankan tugas-tugas rasmi di luar sekolah pada waktu persekolahan atas arahan PPD, JPN, dan KPM seperti berkursus dan mesyuarat. Selain itu, ditambah lagi ada yang mengambil cuti sakit, cuti sambilan dan cuticuti lain akan menjejaskan tugas utama (corebusiness) sebagai guru iaitu mengajar di dalam bilik darjah. Akibatnya, secara purata 1 hingga 3 orang guru tiada di sekolah pada setiap hari. Rekod sepanjang tahun 2010-2011 menunjukkan pada musim puncak, purata sehingga 10 orang guru tiada di sekolah. Isu ini telah sekian lama disedari oleh warga Sekolah Kebangsaan (SK) Seri Impian dan sering diperkatakan oleh masyarakat terutama waris dan pihak berwajib.

Satu kaedah perlu difikirkan dan dilaksanakan untuk menangani isu ini. Pemboleh-pemboleh ubah yang boleh dikawal perlu dimanipulasi semaksimum mungkin agar hak murid tidak dinafikan. Projek yang diutarakan ini dirancang supaya walaupun guru mata pelajaran tertentu tidak hadir ke sekolah, proses PdP bagi mata pelajaran tersebut tetap dijalankan. Bagi menjayakan projek ini perlu ada dalam kalangan pentadbir, guru, dan murid sifat kesedaran yang tinggi tentang situasi yang berlaku. Usaha ini sememangnya memerlukan sedikit pengorbanan guru-guru terutama di peringkat penyediaan bahan/modul tetapi sebenarnya memang menjadi tanggungjawab semua guru bahawa prinsip setiap kelas yang ditinggalkan oleh guru yang tidak hadir perlu diganti serta PdP berjalan seperti yang dirancang dalam Rancangan Pelajaran Harian (RPH) guru yang berkenaan.

Muka Surat

| 37

Melindungi Masa Instruksional (MMI)


Kembali Kepada Yang Asas : Pemimpin Instruksional, Guru Mengajar, dan Murid Belajar

PERNYATAAN ISU / CADANGAN

Walaupun mekanisme dan proses menyediakan guru ganti mantap dan proses berjalan dengan lancar pada setiap hari persekolahan, namun masalah utama dalam pengurusan pengisian waktu ganti ialah:

1.

Guru ganti mempunyai kecenderungan untuk masuk lewat, keluar awal dan hanya sekadar menjenguk atau tidak masuk kelas yang telah ditetapkan.

2.

Berlaku pembaziran waktu ketika ketiadaan guru mata pelajaran sekiranya guru ganti tidak mempunyai inisiatif sendiri membuat pengisian waktu dengan aktiviti yang berfaedah terutama bagi kumpulan murid yang motivasi dalamannya rendah.

3.

Guru ganti yang bertugas, berasa terbeban untuk memikirkan atau menyediakan bahan atau perancangan bagi pengisian waktu tersebut.

4.

Guru gantihanya masuk dan memastikan murid membuat kerja sendiri tanpa perancangan PdP yang berkesan.

5. 6.

Bahan PdP atau bahan kerja murid tidak ada. Proses PdP mata pelajaran berkenaan terputus selama mana guru tersebut tidak hadir.

7.

Sukar memantau sama ada guru masuk ke kelas ganti atau tidak.

Untuk mencapai status sekolah berkesan dalam pengurusan waktu ganti semua masalah yang tersenarai di atas perlu diatasi segera. Hasi daripada pemantauan, komen ibu bapa, maklum balas daripada guru dan murid telah dimasukkan dalam mesyuarat Jawatankuasa (JK) Kurikulum sekolah kali
Muka Surat

| 38

Melindungi Masa Instruksional (MMI)


Kembali Kepada Yang Asas : Pemimpin Instruksional, Guru Mengajar, dan Murid Belajar

keempat pada 20 Oktober 2010. Ahli Jawatankuasa (AJK) telah bersetuju untuk menjalankan satu projek yang dinamakan DOS (Do Something) atau Jangan Duduk Sahaja (JDS) bagi mengatasi masalah pengisian waktu ganti supaya lebih efisien dan berkesan.

Jadual 1: Analisis Jurang Projek DOS


Status Semasa Guru ganti mempunyai kecenderungan untuk masuk lewat, keluar awal, hanya sekadar menjenguk atau tidak masuk kelas yang telah ditetapkan. Berlaku pembaziran waktu selama masa ketiadaan guru mata pelajaran. Sekiranya guru ganti tidak mempunyai inisiatif sendiri membuat pengisian waktu dengan aktiviti yang berfaedah terutama bagi kumpulan murid yang motivasi dalamannya rendah. Guru ganti yang bertugas berasa terbeban untuk memikirkan atau menyediakan bahan atau perancangan bagi pengisian waktu tersebut. Guru ganti hanya masuk dan memastikan pelajar membuat kerja sendiri tanpa perancangan PdP. Bahan PdP atau bahan kerja murid tidak ada. Proses PdP mata pelajaran berkenaan terputus selama mana guru tersebut tidak hadir. Sukar memantau semasa guru masuk kelas ganti atau tidak. Status Yang Hendak Dicapai Adakan satu sistem pemantauan.

Adakan bahan untuk kegunaan guru ganti.

Adakan prosedur perancangan terancang daripada guru yang tidak hadir. Adakan prosedur perancangan terancang daripada guru yang tidak hadir. Adakan bahan kerja. Adakan Prosedur PdP terancang. Adakan kaedah pemantauan yang berkesan.

CADANGAN TINDAKAN/ PENYELESAIAN

Pelaksanaan Do Something (DOS)atau Jangan Duduk Sahaja (JDS) boleh dilaksanakan berdasarkan maklumat berikut:

Muka Surat

| 39

Melindungi Masa Instruksional (MMI)


Kembali Kepada Yang Asas : Pemimpin Instruksional, Guru Mengajar, dan Murid Belajar

1.

Matlamat Projek

Matlamat projek DOS adalah untuk meningkatkan kecekapan dan keberkesanan proses PdP di SK Seri Impian dengan memastikan aktiviti PdP berjalan secara berterusan walaupun semasa guru mata pelajaran berkursus, cuti, dan sebagainya. Hasilnya, semua murid sekolah SK Seri Impian akan mendapat manfaat secara maksimum sewaktu mereka berada di sekolah.

2.

Objektif Projek

Setelah projek ini dilaksanakan, diharapkan perkara-perkara yang berikut akan tercapai: a) Memantapkan pelaksanaan sistem guru ganti yang sememangnya berjalan lancar di peringkat penyediaan dan pengedaran jadual tetapi kurang berkesan di peringkat pelaksanaan oleh guru-guru yang menerima tugas penggantian tersebut. b) Memastikan masa dimanfaatkan dengan aktiviti pembelajaran yang berfaedah serta mampu menyumbang ke arah memperkembang minda dan menggilap potensi murid walaupun tanpa kehadiran guru mata pelajaran. c) Membolehkan guru ganti berasa terpanggil untuk masuk ke kelas kerana projek ini telah memberikan tumpuan khusus dan dipantau oleh semua pihak termasuk murid-murid kelas berkenaan. d) Memastikan guru yang tidak hadir ke sekolah kerana sesuatu tugas rasmi atau sebab-sebab lain tetap bertanggungjawab merancang dan menyediakan bahan bagi mata pelajaran dan kelas berkenaan. e) Membolehkan guru ganti terdorong untuk melaksanakan PdP setelah masuk ke kelas kerana bahan telah tersedia.

Muka Surat

| 40

Melindungi Masa Instruksional (MMI)


Kembali Kepada Yang Asas : Pemimpin Instruksional, Guru Mengajar, dan Murid Belajar

f)

Membantu murid mendapat sesuatu input atau faedah semasa ketiadaan guru mata pelajaran tersebut.

g)

Membantu mengurangkan kes-kes pelanggaran disiplin walaupun guru mata pelajaran tidak hadir.

3.

Indikator Prestasi

Untuk memastikan projek berjalan dengan lancar, indikator prestasi dibina bagi tujuan pengawalan, penilaian, dan pencapaian standard projek ini.

Jadual 2: Indikator Prestasi


Bil 1 Aktiviti Mesyuarat sumbang saran Indikator Prestasi Semua AJK memberikan pandangan atau idea yang relevan. Sumua AJK dapat spesifikasi tugas masingmasing. Lengkap dan ikut format. PIBG menyokong dan bersetuju membantu dari segi kewangan. Tiga kali setahun / semua AJK hadir. Empat mata pelajaran teras Tahun 1-6, mata pelajaran wajib dan bimbingan dan kaunseling. Guru memahami tanggungjawab dan melaksanakan tugas. Lengkap bergambar.

Penubuhan AJK projek

3 4

Penyediaan kertas projek Taklimat kepada PIBG

5 6

Mesyuarat AJK projek Pembelian 40 set buku kerja dan alat bantu mengajar

Penilaian / pemantauan

Dokumentasi

Muka Surat

| 41

Melindungi Masa Instruksional (MMI)


Kembali Kepada Yang Asas : Pemimpin Instruksional, Guru Mengajar, dan Murid Belajar

4.

Jawankuasa Kerja Projek

Pengerusi Naib Pengerusi I Naib Pengerusi II Naib Pengerusi III Setiausaha AJK

: : : : : : : : : :

Guru Besar Penolong Kanan 1 Penolong Kanan Hal Ehwal Murid Penolong Kanan Kokurikulum Guru Penyelaras Jadual Waktu Ketua Panitia Guru Pusat Sumber Guru Pusat Akses Guru Penyelaras Makmal Komputer Guru NILAM

5.

Tanggungjawab dan Spesifikasi Tugas Bagi melicinkan pelaksanaan projek setiap aktviti diperjelas

tanggungjawab dan spesifikasi tugas seperti dalam Jadual 3.

Jadual 3 : Tanggungjawab dan Spesifikasi Tugas


Bil 1 2 Aktiviti Penubuhan Jawatankuasa Mesyuarat Jawatankuasa Tanggungjawab Guru Besar Setiausaha Deskripsi Tugas Menyediakan senarai AJK 3 4 5 6 7 Menyediakan Kertas Projek Taklimat kepada PIBG Menyediakan Sudut Letak Bahan Pelaksanaan Aktiviti Projek Pemantauan dan Penilaian Setiausaha Guru Besar Penolong Kanan 1 Setiausaha Guru Besar Mengeluarkan surat panggilan mesyuarat Menyediakan agihan tugas

Menyediakan kertas Projek Menjelaskan kepada JK PIBG untuk mendapat sokongan dana Menyediakan sudut sesuai Memastikan aktiviti program berjalan lancar Melaksanakan pemantauan Mencadangkan penambahbaikan
Muka Surat

| 42

Melindungi Masa Instruksional (MMI)


Kembali Kepada Yang Asas : Pemimpin Instruksional, Guru Mengajar, dan Murid Belajar

6.

Pelaksanaan Program DOS 1 (Guru menghadiri kursus, mesyuarat, dan aktiviti kokurikulum di luar waktu persekolahan) a) b) c) d) Guru mata pelajaran mendapat surat untuk bertugas di luar. Guru mata pelajaran perlu mengisi borang DOS 1. Guru mata pelajaran perlu menyediakan bahan dan modul. Guru mata pelajaran menyerahkan borang DOS 1 serta bahan atau modul kepada PK 1. e) PK 1 menyerahkan borang DOS 1 dan arahan kepada guru ganti untuk tindakan apabila tiba waktu. f) Guru ganti menerima borang DOS 1 dan arahan masuk ke kelas dan menjalankan PdP. g) Guru ganti telah selesai menggantikan kelas serta menyerahkan borang DOS1 kepada PK1 untuk direkod dan menyerahkan bahan atau modul kepada guru mata pelajaran yang berkenaan. h) Guru mata pelajaran perlu menyemak kerja yang diberikan oleh guru ganti.

7.

Pelaksanaan Program DOS 2 ( Guru cuti sakit, cuti kecemasan) a) b) c) d) PK 1 menyemak kedatangan guru pada jam 7.30 pagi. PK 1 menyediakan jadual ganti. PK 1 menyerahkan borang DOS 2 kepada guru ganti bertugas. Guru gantimenerima borang DOS 2 dan arahan masuk ke kelas serta mengambil bahan dari sudut DOS untuk menjalankan PdP. e) Guru ganti setelah selesai pengajaran akan menyerahkan borang DOS 2 kepada PK 1 untuk direkod dan menyerahkan bahan atau modul kepada guru mata pelajaran berkenaan. f) g) Guru ganti menyimpan semula bahan di sudut yang disediakan. Guru mata pelajaran perlu menyemak kerja yang diberikan oleh guru ganti.
Muka Surat

| 43

Melindungi Masa Instruksional (MMI)


Kembali Kepada Yang Asas : Pemimpin Instruksional, Guru Mengajar, dan Murid Belajar

KESIMPULAN

Projek DOS telah dapat dilaksanakan seperti yang dirancang. Tempoh pelaksanaan projek dilaksanakan mulai tahun 2011. Pihak PIBGtelah membantu projek ini dengan menyumbang dana. Program ini telah membantu melaksanakan pengisian waktu ganti, memudahkan guru yang bertugas di luar dan meningkatkan motivasi murid ke arah kecemerlangan akademik.

Penilaian projek dinilai dengan cara membanding status pencapaian sebelum dengan selepas projek dijalankan seperti indikator prestasi yang ditetapkan (merujuk Jadual 4). Penilaian atas pandangan guru dan komen pihak Jemaah Nazir dan Jaminan Kualiti yang positif telah membantu meningkatkan keberkesanan projek ini.

Jawatankuasa Projek akan berusaha mengadakan penambahbaikan dari semasa ke semasa bagi memanfaatkan program ini kepada semua warga sekolah. Pelaksanaan projek ini diharapkan akan dapat membantu tercapainya visi sekolah iaitu, SK Seri Impian Terbilang di Pulau Pinang Tahun 2012.

Muka Surat

| 44

Melindungi Masa Instruksional (MMI)


Kembali Kepada Yang Asas : Pemimpin Instruksional, Guru Mengajar, dan Murid Belajar

Jadual 4: Penilaian Program


Status Semasa Guru ganti mempunyai kecenderungan untuk masuk lewat, keluar awal, hanya sekadar menjenguk atau tidak masuk kelas yang telah ditetapkan. Berlaku pembaziran waktu selama masa ketiadaan guru mata pelajaran sekiranya guru ganti tidak mempunyai inisiatif sendiri membuat pengisian waktu dengan aktiviti yang berfaedah terutama bagi kumpulan murid yang motivasinya rendah. Guru ganti yang bertugas berasa terbeban untuk memikirkan atau menyediakan bahan atau perancangan bagi pengisian waktu tersebut. Guru ganti hanya masuk dan memastikan pelajar membuat kerja sendiri tanpa perancangan PdP. Bahan PdP atau bahan kerja murid tidak ada. Proses PdP subjek berkenaan terputus selama guru tersebut tidak hadir. Sukar memantau semasa guru masuk ke kelas ganti atau tidak. Status Yang Hendak Dicapai Satu sistem pemantauan telah diwujudkan.

Bahan untuk kegunaan guru ganti sudah tersedia.

Guru ganti tidak terbeban untuk merancang/ menyediakan bahan pengisian ganti. Perancangan terancang disediakan. Bahan kerja sudah tersedia. PdP terancang sudah tersedia. Pemantauan lebih mudah dan berkesan.

SYOR

Projek DOS ini merupakan projek penambahbaikan kepada kaedah yang lebih berkesan dalam menyelesaikan isu-isu waktu ganti. Pengurusan waktu ganti merupakan satu cabaran kepada semua pentadbir sekolah. Guru Besar sebagai pemimpin instruksional seharusnya melihat projek ini secara positifbukan suatu idea baharu yang membebankan atau menambah beban tugas pentadbir. Semua guru seharusnyamembantu dan menerima idea ini secara positif jika mereka memahami hasrat murni yang akan dilaksanakan oleh pihak sekolah.

Harapan saya agar semua sekolah dapat menggunakan projek seumpama ini di sekolah masing-masing. Projek ini telah membantu melaksanakan

Muka Surat

| 45

Melindungi Masa Instruksional (MMI)


Kembali Kepada Yang Asas : Pemimpin Instruksional, Guru Mengajar, dan Murid Belajar

pengisian waktu ganti, memudahkan guru yang bertugas di luar serta meningkatkan motivasi murid ke arah kecemerlangan akademik.

Projek ini bukanlah satu projek yang terbaik tetapi mungkin dapat membantu pihak sekolah mendapatkan idea atau kaedah lain untuk menjadikan waktu ganti lebih berkesan dan dapat dipantau pelaksanaannya dengan mudah. Projek ini berkemungkinan mempunyai beberapa kelemahan tetapi semua kelemahan itu boleh dibaiki dari semasa ke semasa.

Rujukan Akta Pendidikan 1958. Kementerian Pelajaran Malaysia. Surat Pekeliling Iktisas Bil 3 /1991, Kementerian Pelajaran Malaysia. Kertas Cadangan Kelas Terancang, Kelas Tanpa Guru Subjek. Oleh: En Turin bin Ahmad,Penolong Kanan 1, Kolej Sultan Abdul Hamid: Tarikh :30 Mei 2002. Koleksi Projek Berasaskan Sekolah Jilid 1. Terbitan : Institut Aminuddin Baki, Cawangan Utara.

Muka Surat

| 46

Melindungi Masa Instruksional (MMI)


Kembali Kepada Yang Asas : Pemimpin Instruksional, Guru Mengajar, dan Murid Belajar

Lampiran 1
Borang DOS 1

BORANG PROGRAM DOS 1 SEKOLAH KEBANGSAAN SERI IMPIAN 14400 BUKIT MERTAJAM, SEBERANG PERAI Tarikh: Masa : Kelas : Nama Guru Tidak Hadir: Mata Pelajaran : Nama Guru Ganti Aktiviti Yang Perlu Dijalankan: Komen / UlasanGuru ganti:

...................................................... (Tandatangan Guru Mata Pelajaran)

............................................ TandatanganGuru Ganti

Disemak : .................................................... Panduan Pelaksanaan Program DOS: 1.Guru ganti mesti masuk ke kelas yang diganti pada waktu yang ditetapkan. 2.Guru ganti bertanggungjawab sepenuhnya atas kelas tersebut. 3.Guru ganti boleh mengajar danmemberikan latihan / modul / bahan yang disediakan kepada murid. 4.Guru mata pelajaran perlu menyemak kerja yang diberikan oleh guru ganti.

Muka Surat

| 47

Melindungi Masa Instruksional (MMI)


Kembali Kepada Yang Asas : Pemimpin Instruksional, Guru Mengajar, dan Murid Belajar

Lampiran 2
Borang DOS 2

BORANG PROGRAM DOS 2 SEKOLAH KEBANGSAAN SERI IMPIAN 14400 BUKIT MERTAJAM,S.PERAI Tarikh: Masa : Kelas : Nama Guru Tidak Hadir: Mata Pelajaran : Nama Guru Ganti Aktiviti yang dijalankan:

........................................ (Tandatangan Guru Ganti)

Disemak : .................................................... Panduan Pelaksanaan Program DOS: 1.Guru ganti mesti masuk ke kelas yang diganti pada waktu yang ditetapkan. 2.Guru ganti bertanggungjawab sepenuhnya atas kelas tersebut. 3.Guru ganti boleh mengajar dan memberikan latihan / modul / bahan yang disediakan kepada murid. 4.Guru mata pelajaran perlu menyemak kerja yang diberikan oleh guru ganti.

Muka Surat

| 48

Melindungi Masa Instruksional (MMI)


Kembali Kepada Yang Asas : Pemimpin Instruksional, Guru Mengajar, dan Murid Belajar

Lampiran 3
Borang DOS 3

Borang Soal Selidik Projek DOS Penilaian Guru Guru Mata Pelajaran Tahun
Bil 1 Item Program ini membantu saya supaya lebih bertanggungjawab semasa penggantian merujuk Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 3/1981. Perancangan PdP awal saya sebelum bercuti /kursus membantu murid saya. Saya berasa bersalah jika tidak dapat menyediakan rancangan PdP sebelum saya bercuti dan berkursus. Pengisian borang membantu saya menjalankanPdP sewaktu penggantian. Bahan danBBM yang disediakanmemudahka n saya merancang PdP waktu ganti. Sudut tempat meletak bahan mudah untuk saya akses. Borang-borang yang disediakan mesra pelanggan.

:_________________________ :_________________________
Sangat tidak setuju Tidak setuju Kurang setuju Agak setuju Bersetuju Amat bersetuju

Syor saya untuk penambahbaikan program ini:

Muka Surat

| 49

Melindungi Masa Instruksional (MMI)


Kembali Kepada Yang Asas : Pemimpin Instruksional, Guru Mengajar, dan Murid Belajar

Lampiran 4
Borang DOS 4

Borang Soal Selidik Projek DOS Penilaian Penolong Kanan Guru Penolong Kanan:_________________________
Bil 1 Item Program ini membantu saya supaya lebih bertanggungjawab semasa penggantian merujuk Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 3/1981. Perancangan PdP awal Guru sebelum bercuti /kursus membantu guru ganti. Pengisian borang membantu saya menyediakan jadual ganti yang lebih mudah. Bahan dan BBM yang disediakan memudahkan guru merancang PdP waktu ganti. Sudut tempat meletak bahan mudah bagi guru untuk mengakses. Borang-borang yang disediakan mesra pelanggan. Sangat tidak setuju Tidak setuju Kurang setuju Agak setuju Bersetuju Amat bersetuju

Syor saya untuk penambahbaikan program ini:

Muka Surat

| 50

Melindungi Masa Instruksional (MMI)


Kembali Kepada Yang Asas : Pemimpin Instruksional, Guru Mengajar, dan Murid Belajar

Lampiran 5
Borang DOS 5

Carta Aliran Kerja Program DOS 2 (Guru mata pelajaran tidak hadir disebabkan cuti sakit & kecemasan)
Mula

PK 1 menyemak senarai kehadiran guru pada jam 7.30 pagi.

PK 1 menyediakan jadual gantidan mengisi borang DOS 2.

PK 1 menyerahkan borang DOS 2 dan memberikan arahan kepada guru gantiyang terlibat.

Guru ganti mengambil bahan di tempat yang disediakan dan terus ke kelas untuk menjalankan PdP.

Guru ganti mengisi aktiviti yang dijalankan dalam borang DOS 2 serta menandatangani borang tersebut.

Guru ganti menyerahkan borang DOS 2 semula kepada PK1 untuk direkod dan menyimpan semula bahan di tempat yang disediakan.

Guru mata pelajaran memeriksa jawapan atau membincangkan semula bersama murid kelas terbabit (sekiranya perlu).

Tamat

Muka Surat

| 51

Melindungi Masa Instruksional (MMI)


Kembali Kepada Yang Asas : Pemimpin Instruksional, Guru Mengajar, dan Murid Belajar

Lampiran 6
Borang DOS 6

Carta Aliran Kerja Program DOS 1 (Guru mata pelajaran tidak hadir disebabkan sesuatu urusan tetapi tarikhnya diketahui awal dan persediaan sempat dibuat)
Mula

Guru mata pelajaran mengetahui tarikh yang berkenaan.

Guru mata pelajaran merancang dan menyediakan bahan/modul PdP untuk setiap mata pelajaran dan kelas bagi setiap hari yang bakal ditinggalkan dan mengisi borang DOS. 1

Bahan/modul PdP hendaklah mencukupi bagi kegunaan semua murid di dalam kelas berkenaan.

Borang DOS 1 dan bahan/Modul PdP yang telah siap diproses dan berlabel diserah kepada PK 1.

PK 1 menyerah borang DOS 1 & bahan/modul dan arahan kepada guru ganti berkenaan.

Guru ganti mengambil bahan dan borang DOS 1 terus ke kelas dan menjalankan PdP.

Guru ganti menyerahkan semula bahan/modul serta borang DOS 1 untuk direkod dan menyerahkan bahan/modul kepada guru mata pelajaran untuk disemak/periksa.

Guru mata pelajaran memeriksa jawapan atau membincangkan jawapan semula bersama murid kelas terbabit (sekiranya perlu).

Tamat

Muka Surat

| 52

Melindungi Masa Instruksional (MMI)


Kembali Kepada Yang Asas : Pemimpin Instruksional, Guru Mengajar, dan Murid Belajar

PENGALAMAN SEKOLAH DI NEGERI SEMBILAN DALAM MELINDUNGI MASA INSTRUKSIONAL

Muka Surat

| 53

Melindungi Masa Instruksional (MMI)


Kembali Kepada Yang Asas : Pemimpin Instruksional, Guru Mengajar, dan Murid Belajar

PENGALAMAN SEKOLAH DI NEGERI SEMBILAN DALAM MELINDUNGI MASA INSTRUKSIONAL

oleh HAJI HAMIDON BIN HAJI KHALID SMK Senawang 3, Taman Marida, Seremban

Abstrak Kertas ini membincangkan pengalaman Pengetua dalam Melindungi Masa Instruksional(MMI) di sekolah. Dari sudut pandangan pengetua, Melindungi Masa Instruksional merupakan satu perkara yang menjadi keutamaan kepada tugas utama guru di sekolah. MMI menjadi satu faktor kejayaan kritikal pencapaian murid dalam pelbagai bidang sama ada akademik, kokurikulum, pembentukan sahsiah dan sebagainya yang bermatlamat menghasilkan kemenjadian murid. Pengawalan masa instruksional dapat meningkatkan masa pembelajaran berkesan. Impaknya dapat menjana keberhasilan pembelajaran murid. Di SMK Pasoh 2 dan SMK Senawang 3, beberapa strategi Melindungi Masa Instruksional yang digunakan ialah (1) mengurangkan masa gangguan, (2) menyediakan maklumat awal, (3) menggunakan Borang Pembelajaran Kendiri, (4) mengadakan mesyuarat di luar waktu pengajaran dan pembelajaran, (5) menjadikan headcount sebagai satu budaya atau amalan penting, (6) menjelaskan peranan guru, ibu bapa atau penjaga serta murid dan, (7) mewujudkan satu rangkaian perkongsian maklumat setempat.

Muka Surat

| 54

Melindungi Masa Instruksional (MMI)


Kembali Kepada Yang Asas : Pemimpin Instruksional, Guru Mengajar, dan Murid Belajar

PENGENALAN

MMI ialah salah satu langkah ke arah meningkatkan mutu PdP di sekolah bagi membolehkan murid mendapat pendidikan yang maksimum, bermutu, dan berkualiti.

MMI merupakan salah satu komponen fungsi pemimpin instruksional dalam menjayakan pembelajaran secara berkesan di sekolah. Komponen ini,perlu diberi perhatian dalam memastikan peningkatan keberhasilan pembelajaran murid ke arah membangunkan modal insan yang kritis, kreatif, dan inovatif.

Dalam melaksanakan proses PdP di sekolah, para guru menghadapi pelbagai aktiviti yang menjurus kepada pembaziran waktu yang boleh mengurangkan proses instruksional di kelas. Antara aktiviti yang membazir waktu yang mungkin berlaku di sesebuah sekolah adalah seperti yang berikut: gangguan daripada pembesar suara di sekolah semasa PdP, aktiviti sukan dan sukantara semasa waktu PdP, aktiviti kokurikulum dan koakademik semasa PdP, waktu PdP kerap terganggu dengan kehadiran murid lewat ke dalam kelas atau keluar masuk kelas semasa PdP, ada ketika guru atau pelajar dipanggil ke pejabat semasa PdP, susun atur dalam kelas sendiri boleh mendatangkan gangguan. Apabila guru masuk mengajar, guru mengambil masa untuk mewujudkan suasana pembelajaran yang kondusif untuk pembelajaran dengan memastikan kelas bersih, teratur, dan murid bersedia menerima pengajaran serta bersedia untuk belajar, sikap guru dalam kelas sendiri boleh mengganggu tumpuan murid untuk belajar,

Muka Surat

| 55

Melindungi Masa Instruksional (MMI)


Kembali Kepada Yang Asas : Pemimpin Instruksional, Guru Mengajar, dan Murid Belajar

prasarana atau kemudahan sekolah yang boleh mengganggu seperti terputusnya bekalan elektrik di dalam kelas ketika guru menggunakan peralatan teknologi maklumat dan komunikasi (ICT), dan faktor luar kawalan seperti guru bercuti rehat, guru mengalami kecemasan dan gangguan masalah peribadi.

Pengetua yang berkesan memahami bahawa kunci untuk menambah baik keberkesanan sekolah bukan terletak kepada kemahiran guru dalam prosedur, pekeliling, dan peraturan-peraturan tetapi keberkesanannya

menguruskan masa yang diperuntukkan untuk PdP murid (Blas dan Kirby, 2000). Dengan kata lain, melindungi masa instruksional menjadi salah satu faktor yang dapat meningkatkan keberkesanan sekolah.

Sementara itu, Hallinger dan Murphy, (1985) mencadangkan perkara berikut: Protecting instructional time: Policies and enforcement practices that reduce tardiness, absenteeism, and truancy to increase learning time for students. Principal can also increase student opportunities to learn by protecting classroom instructional time from interruptions due to public address annoucements, by working with teachers to develop more effective classroom management and instructional practices, and by reducing the number of non-instructional school activities that enroach on classroom time. (Hallinger & Murphy, 1985)

Muka Surat

| 56

Melindungi Masa Instruksional (MMI)


Kembali Kepada Yang Asas : Pemimpin Instruksional, Guru Mengajar, dan Murid Belajar

PERNYATAAN MASALAH

Keberadaan guru di sekolah kini menjadi satu isu yang sering dibincangkan oleh pihak di KPM dan dalam kalangan masyarakat yang prihatin tentang perkembangan pendidikan di negara kita. Kajian rambang dan data yang dipungut oleh pentadbir sekolah sama ada data input, data proses, data outcome, dan data satisfaction menunjukkan guru-guru sering menghabiskan waktu dengan kerja-kerja yang tidak penting seperti kerja perkeranian. Sebagai contoh, guru diminta memberikan maklumat yang kurang relevan kepada pihak atasan seperti Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) dan Jabatan Pendidikan Negeri (JPN). Maklumat seperti biodata guru setiap mata pelajaran sering diminta oleh PPD dan JPN setiap tahun boleh menambahkan tugas-tugas perkeranian seseorang guru. Sektor ICT di JPN atau PPD perlu mewujudkan satu pangkalan data bagi memantau perpindahan guru melalui e-GTukar atau mendapatkan maklumat dari EMIS online.

Walaupun berbagai-bagai maklumat diminta oleh kedua-dua pihak tersebut, guru-guru dan pentadbir di sekolah tidak mengetahui atau dijelaskan apakah kewajarannya. Hal ini, disebabkan tiada maklum balas daripada keduadua pihak dibincangkan sama ada dalam mesyuarat-mesyuarat, taklimattaklimat mahupun ketika sesi refleksi bersama Pengetua. Oleh sebab itu, guru dan pentadbir sekolah melahirkan persepsi bahawa tugas memberikan maklumat ini boleh mengganggu persediaan guru untuk melaksanakan program kecemerlangan akademik murid.

Dalam MMI, terdapat pelbagai strategi yang boleh digunakan. Dalam konteks Sekolah Menengah di Negeri Sembilan, SMK Pasoh 2 dan SMK Senawang 3 dikenal pasti berupaya MMI melalui beberapa strategi seperti yang dapat dilihat melalui Rajah 1.

Muka Surat

| 57

Melindungi Masa Instruksional (MMI)


Kembali Kepada Yang Asas : Pemimpin Instruksional, Guru Mengajar, dan Murid Belajar

Rajah 1: Dimensi pengurusan instruksional Pengetua (Hallinger dan Murphy, 1985) Menurut Hallinger dan Murphy (1985), terdapat tiga dimensi pengurusan instruksional Pengetua iaitu mendefinisikan misi sekolah, menguruskan program instruksional, dan membangunkan program iklim pembelajaran sekolah. Dalam Rajah 1, dapat diperhatikan bahawa

pembangunan program iklim pembelajaran sekolah mempunyai lima fungsi iaitu Melindungi Masa Instruksional, menyediakan insentif kepada guru-guru, menyediakan insentif pembelajaran, menggalakkan perkembangan profesional, dan mengekalkan keberadaan. Antara strategi yang boleh dilaksanakan:

1.

Strategi pertama ialah mengurangkan gangguan-gangguan kepada masa pengajaran guru seperti keperluan menyediakan data-data yang diperlukan oleh PPD dan JPN. Guru-guru juga perlu menyediakan kertas kerja untuk mendapatkan kelulusan menggunakan peruntukan per kapita mata pelajaran dan sebagainya. Di SMK Pasoh 2 dan SMK Senawang 3, guruguru dibantu oleh Pengetua untuk meningkatkan kemahiran ICT mereka dengan memberikan pengetahuan dan kemahiran seperti menulis kertas kerja, membuat belanjawan, dan kemahiran memuat turun kertas-kertas kerja.
Muka Surat

| 58

Melindungi Masa Instruksional (MMI)


Kembali Kepada Yang Asas : Pemimpin Instruksional, Guru Mengajar, dan Murid Belajar

Guru-guru yang berasa tertekan atas pengarahan tugas yang dianggap membebankan menjadi sangat responsif kepada usaha Pengetua untuk membantu mengurangkan beban tugas tersebut. Dengan itu, mereka mudah menerima pembaharuan yang dapat meringankan tugas-tugas menyediakan kertas kerja dan pengumpulan serta penyaluran maklumat. Walaupun Pengetua tidak berupaya mengurangkan tugas menyediakan kertas kerja dan sebagainya, namun perhatian dan keprihatinan Pengetua amatlah dihargai oleh guru-guru.

2.

Strategi kedua yang digunakan ialah menyediakan maklumat awal yang dimasukkan ke dalam fail-fail berkaitan. Misalnya, maklumat guru opsyen Geografi disediakan pada hujung tahun selepas mesyuarat guru pertama sesi tahun depan yang dibuat pada tahun semasa. Maklumatmaklumat lain yang menjadi rutin dan yang dijangka akan diminta oleh pihak atasan disediakan lebih awal supaya dapat MMI di kelas. Kaedah ini didapati mampu mengurangkan tugas perkeranian guru dan menyumbang kepada MMI. Dalam konteks SMK Pasoh 2, setiap guru akan dibekalkan dengan pelbagai maklumat seperti kertas kerja, laporan aktiviti, modul-modul pembelajaran, surat-surat pekeliling, dan

penggunaan geran per kapita mata pelajaran yang dimuatkan dalam satu CD sebagai rujukan ketika mesyuarat guru pertama.

3.

Strategi ketiga yang digunakan adalah dengan menyediakan Borang Pembelajaran Kendiri (merujuk Lampiran 1). Borang ini akan diisi oleh guru-guru yang akan meninggalkan sekolah kerana bertugas di luar sekolah. Program ini berteraskan bahawa guru mesti berada di dalam bilik darjah dan berfungsi dengan sewajarnya bagi memastikan pendidikan berkualiti disediakan untuk murid.

Muka Surat

| 59

Melindungi Masa Instruksional (MMI)


Kembali Kepada Yang Asas : Pemimpin Instruksional, Guru Mengajar, dan Murid Belajar

Dalam borang tersebut, guru akan memaklumkan apakah tugasan yang diberi kepada muridnya ketika beliau berada di luar kawasan. Guru ganti yang masuk ke kelas akan memantau murid melakukan aktiviti seperti yang dirancang oleh guru mereka sebelum bertugas di luar. Oleh sebab itu, waktu ganti dapat digunakan dengan aktiviti yang berfaedah menjurus kepada keberhasilan murid dalam pelajaran.

4.

Strategi keempat yang digunakan ialah mengadakan mesyuarat dan Latihan Dalam Perkhidmatan (LDP) di luar waktu PdP. Bilangan mesyuarat yang ditetapkan di sekolah berdasarkan surat Pekeliling Ikhtisas dan Surat Pekeliling Perkhidmatan yang dikeluarkan oleh KPM dan Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) termasuk Surat Pekeliling Kewangan. Mesyuarat-mesyuarat lain perlu dibuat dalam waktu rehat murid supaya tujuan utama mesyuarat iaitu membuat keputusan dapat dicapai. Permasalahan-permasalahan kecil yang timbul dalam pengurusan kurikulum, hal ehwal murid, kokurikulum, dan pengurusan dibincangkan terus dalam masa senggang guru.

5.

Strategi kelima yang digunakan ialah menjadikan headcount sebagai satu amalan penting ke arah kecemerlangan murid. Setiap guru mata pelajaran dikehendaki menyediakan nilai-nilai yang berkaitan dengan headcount iaitu Take-Off Value (TOV), Operational Target Increase (OTI), dan Expected Target Result(ETR). Pemantauan dibuat dengan memeriksa halaman Headcount Prestasi Akademik Murid di dalam Buku Rekod Pengajaran dan Pembelajaran Guru. Headcount juga dijadikan satu agenda yang mesti dibincangkan dalam mesyuarat panitia mata pelajaran.

Bagi memastikan murid sentiasa ada di sekolah untuk menerima pengajaran guru dan memaksimumkan pembelajarannya, biasanya setiap

Muka Surat

| 60

Melindungi Masa Instruksional (MMI)


Kembali Kepada Yang Asas : Pemimpin Instruksional, Guru Mengajar, dan Murid Belajar

sekolah mempunyai buku rekod kehadiran murid di dalam kelas seperti ditunjukkan dalam Lampiran 2. 6. Strategi keenam yang digunakan ialah menjelaskan peranan masingmasing iaitu peranan guru, peranan murid, dan peranan ibu bapa atau penjaga. Guru-guru dijelaskan peranan masing-masing melalui

mesyuarat-mesyuarat dan taklimat di sekolah, murid-murid dijelaskan peranan masing-masing melalui perjumpaan-perjumpaan dalam kelompok kecil misalnya dalam aktiviti kokurikulum dan semasa perhimpunan rasmi sekolah. Manakala peranan ibu bapa atau penjaga dijelaskan oleh pengetua dan pihak pengurusan sekolah melalui mesyuarat Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG), Mesyuarat Agung PIBG, dan pertemuanpertemuan tiga penjuru yang diaturkan oleh pihak sekolah.

Peranan murid di sekolah adalah untuk menimba sebanyak mungkin ilmu yang dicurahkan oleh guru, bertanya guru sebarang kemusykilan dalam pembelajaran sehingga menjadi faham, dan menghayati setiap topik yang diajar guru. Bagi meningkatkan pencapaian murid dalam bidang akademik, murid dinasihatkan dan digalakkan agar sentiasa: a) hadir ke sekolah dengan kelengkapan yang mencukupi seperti pensel, pen, buku latihan, buku teks serta buku, b) c) hadir ke kelas tepat pada masanya, bersedia untuk belajar dan menerima pengajaran guru sebaik sahaja loceng dibunyikan, d) e) f) hadir ke kelas dengan kerja rumah yang telah disiapkan, berpindah ke aktiviti lain dalam kelas dengan cepat dan senyap, dan mematuhi peraturan-peraturan bilik darjah.

Peranan ibu bapa atau penjaga ialah memberikan sokongan kepada pembelajaran murid di samping mengetahui jangkaan dan harapan guru
| 61

Muka Surat

Melindungi Masa Instruksional (MMI)


Kembali Kepada Yang Asas : Pemimpin Instruksional, Guru Mengajar, dan Murid Belajar

serta sekolah terhadap anak mereka. Ibu bapa atau penjaga boleh membantu dari segi: a) memastikan anak atau anak jagaan mereka menyiapkan tugasan kerja rumah yang diberikan oleh guru, b) c) d) menghantar anak ke sekolah, memastikan anak berada di dalam kawasan sekolah, dan menghubungi guru-guru mata pelajaran dari semasa ke semasa.

7.

Strategi ketujuh yang digunakan ialah mewujudkan satu rangkaian setempat perkongsian maklumat. Di SMK Senawang 3, perkongsian maklumat dibuat dengan menubuhkan Pusat Repositori Maya atau Virtual Repository Centre (VRC). Pusat ini merupakan satu peti mel yang dibuka dengan akaun gmail iaitu senawang3@gmail.com. Penggunaan aplikasi Google Apps dirancang akan digunakan sepenuhnya pada tahun 2013.

Rajah 2: Pusat Repositori Maya SMK Senawang 3


Muka Surat

| 62

Melindungi Masa Instruksional (MMI)


Kembali Kepada Yang Asas : Pemimpin Instruksional, Guru Mengajar, dan Murid Belajar

Antara maklumat yang dikongsikan ialah kertas-kertas kerja, bahan-bahan yang diperoleh daripada penyertaan guru dan pentadbir serta staf sokongan dalam pelbagai kursus, seminar, taklimat dan mesyuarat. Modul-modul pembelajaran yang disediakan oleh guru-guru juga turut dikongsikan secara maya dalam kalangan warga sekolah. Pusat Repositori Maya didapati sesuai dengan keadaan fizikal sekolah kerana sekolah tidak mempunyai bilik tetap disebabkan masih menumpang di SMK Senawang. Perkongsian maklumat secara maya juga dapat menjimatkan tugas guru untuk mendapatkan maklumat dan secara tidak langsung dapat MMI.

CADANGAN

Kajian menunjukkan terdapat perkaitan yang jelas antara kualiti masa instruksional dan prestasi akademik murid (Baker et al. 2004). Sepanjang tahun persekolahan masa instruksional yang signifikan didapati hilang akibat aktivitiaktiviti bukan instruksional dan gangguan-gangguan dalam pengajaran.

Terdapat beberapa gangguan dalam pengajaran yang di luar kawalan guru tetapi boleh dikurangkan oleh PPD dan JPN. Aktiviti-aktiviti kokurikulum dan koakademik jika dirancang secara bersepadu dan teliti dapat mengurangkan gangguan-gangguan luar kawalan guru ini.

Sebagai kesimpulan, guru hendaklah menggunakan sepenuhnya masa yang diperuntukkan dalam pengajaran di kelas kerana terdapat korelasi yang tinggi antara masa yang digunakan di sekolah dengan pembelajaran murid. Oleh sebab itu, seseorang guru perlu bertanggungjawab menguruskan masa instruksional. Sebagai pemimpin, guru perlulahsentiasa memantau dan

Muka Surat

| 63

Melindungi Masa Instruksional (MMI)


Kembali Kepada Yang Asas : Pemimpin Instruksional, Guru Mengajar, dan Murid Belajar

mengetahui perjalanan proses PdP secara maksimum dan semua pihak peka atas tugasan dan amanah yang dipertanggungjawabkan.

Rujukan Baker, D. P., Fabrega, R., Galindo, C., & Mishook, J. (2004). Instructional time and national achievement: Cross-national evidence. Prospects 34(3), 311334. Hallinger, P., & Murphy, J. (1985). Assessing the instructional leadership behavior of principals. Elementary School Journal, 86(2), 217-248. Joseph Blase, Peggy C. Kirby. (2000). Bringing out the best in teachers. What effective principals do. California: Irwin Press Inc.

Muka Surat

| 64

Melindungi Masa Instruksional (MMI)


Kembali Kepada Yang Asas : Pemimpin Instruksional, Guru Mengajar, dan Murid Belajar

Lampiran 1 Borang Kehadiran Murid Buku Rekod Pemantauan Guru danMurid Tarikh : .......................
Bil. 1. 2. 3. 4. 5. 6. 7. 8. 9. 10. Waktu PdP Mata Pelajaran

Hari : .................
Nama Guru Bil. Murid

Bil. Murid Hadir : ........../.........


Masa Guru Masuk Masa Guru Keluar T.T. Guru Catatan Masalah Murid

Senarai Murid Tidak Hadir


Bil. 1. 2. 3. 4. Nama Murid Catatan Bil. 5. 6. 7. 8. Nama Murid Catatan

Tindakan oleh Pengetua/GPK Pentadbiran/GPK HEM/Guru Disiplin

............................................................................................................................... ............................................................................................................................... ............................................................................................................................... Disemak oleh : ........................................... ............................................ Pengetua, SMK Senawang 3
Muka Surat

| 65

Melindungi Masa Instruksional (MMI)


Kembali Kepada Yang Asas : Pemimpin Instruksional, Guru Mengajar, dan Murid Belajar

MELINDUNGI MASA INSTRUKSIONAL (MMI) : GURUBERCUTI DAN TIDAK HADIR KE SEKOLAH, CARA MENANGANI DAN PENYELESAIANNYA

Muka Surat

| 66

Melindungi Masa Instruksional (MMI)


Kembali Kepada Yang Asas : Pemimpin Instruksional, Guru Mengajar, dan Murid Belajar

MELINDUNGI MASA INSTRUKSIONAL (MMI) : GURU BERCUTI DAN TIDAK HADIR KE SEKOLAH, CARA MENANGANI DAN PENYELESAIANNYA

oleh DR. HAJAH ROSNANAINI BINTI HAJI SULAIMAN


SMK Malim, Melaka.

Abstrak Kecemerlangan sesebuah sekolah sering dikaitkan dengan kualiti peneraju utamanya, iaitu Pengetua dan pencapaian murid dalam pembelajarannya. Walau bagaimanapun, pelbagai halangan perlu ditempuhi oleh pentadbir sekolah dan guru dalam mencapai kualiti yang diharapkan khususnya dalam memaksimumkan penggunaan masa pembelajaran murid di dalam bilik darjah. Kertas kerja ini bertujuan untuk membincangkan faktor-faktor yang menyebabkan MMI tidak dapat dilaksanakan dengan berkesan di SMK Malim, Melaka dan strategi penyelesaiannya. Faktor yang dimaksudkan ialah ketiadaan guru, iaitu guru perempuan di sekolah kerana cuti bersalin, guru mengambil cuti rehat khas, cuti sakit berpanjangan, dan menjalankan tugas di luar sekolah sama ada di Pejabat Pendidikan Daerah, Jabatan Pendidikan Melaka, Bahagian Teknologi Pendidikan dan Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM). Pelbagai cara penyelesaian telah diamalkan, tetapi secara khusus pihak sekolah telah melaksanakan ganti secara tetap, jual beli guru ganti, pembinaan dan penyediaan modul dan bahan relief, pengisian program oleh guru bimbingan dan kaunseling, pengwujudan jawatankuasa MMI, dan pelaksanaan program bicara hikmah berbentuk motivasi dan kesedaran kendiri yang dilaksanakan secara berkala kepada semua guru, murid, PIBG, dan pentadbir sekolah. Paling penting, KPM perlu membekalkan guru ganti secara tekal dan berterusan kepada sekolah yang memerlukannya. Usaha melindungi masa instruksional atau pembelajaran murid ini akan berjaya sepenuhnya jika kesemua program yang dirangka telah dilaksanakan dengan ikhlas, bersungguh-sungguh, berkolaborasi, dan berterusan. Jelasnya, Pengetua perlu memahami dan mengaplikasikan kepimpinan instruksional di samping Guru Penolong Kanan dan Guru Kanan Mata Pelajaran memantau program sokongan MMI. Guru pula perlulah memahami tugas mereka secara mendalam dengan menganggap kerja sebagai ibadah dan murid sentiasa bermotivasi tinggi serta jelas tentang arah dan hala tuju masa depan masing-masing. PIBG juga perlulah sentiasa memberikan sokongan dan bantuan kepada pihak sekolah seperti bantuan kewangan, sokongan moral, khidmat nasihat,dan sebagainya.
Muka Surat

| 67

Melindungi Masa Instruksional (MMI)


Kembali Kepada Yang Asas : Pemimpin Instruksional, Guru Mengajar, dan Murid Belajar

PENGENALAN

Setiap hari manusia dikurniakan jumlah masa yang sama, iaitu 24 jam, tidak lebih dan tidak kurang. Masa ialah sumber yang unik kurniaan Ilahi yang tidak dapat dikumpul malah tidak dapat ditukar ganti dengan sebarang bentuk harta yang lain . Menurut Albert E.N. Gray dalam eseinya,"The Common Denominator of Success" kejayaan yang dicapai oleh manusia tidak hanya disebabkan mereka bekerja kuat, bernasib baik atau hebat dalam mengatur hubungan sesama manusia meskipun semua faktor berkenaan penting. Beliau menegaskan lagi bahawa, "Orang yang berjaya mempunyai amalan membuat perkara yang mana orang gagal tidak suka melakukan." (Taidin Suhaimin, 2012).

Faktor utama yang mendorong kejayaan manusia dalam kehidupan seharian ialah sentiasa mengutamakan amalan keberkesanan. Mereka sentiasa menggunakan fikiran dan tenaga untuk perkara-perkara paling utama, paling berfaedah serta fokus kerja yang memberikan pulangan maksimum. Bersesuaian prinsip 20/80 yang diperkenalkan oleh Vilfredo Pareto didapati menyokong teori pengurusan masa berkesan. Menurut prinsip Pareto, untuk mencapai keberkesanan pada kadar (optimum) sekitar 80% setiap hari, minggu, bulan, tahun atau dalam seumur hayat manusia, kita hendaklah menumpukan perhatian umum perkara atau tugasan yang paling penting dahulu. Misalnya, jika kita mempunyai 10 senarai tugasan atau kerja pada hari ini dan dapat menyelesaikan dua tugasan yang paling penting atau paling tinggi pulangannya, pencapaian atau keberkesanan kita pada hari tersebut adalah pada tahap 80%.

Oleh itu, untuk merealisasikan matlamat pendidikan negara kita secara holistik seperti yang terdapat dalam Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) 2013 2025, maka pengurusan masa PdP yang berkesan di sekolah
Muka Surat

| 68

Melindungi Masa Instruksional (MMI)


Kembali Kepada Yang Asas : Pemimpin Instruksional, Guru Mengajar, dan Murid Belajar

perlu dititikberatkan secara serius agar kita dapat berdiri sama tinggi dan duduk sama rendah dengan sistem pendidikan yang bertaraf dunia.

PERNYATAAN MASALAH

Perhatian serius tentang masa instruksionalmurid dapat meningkatkan kuantiti dan kualiti keberhasilan pembelajaran murid. Isu ketiadaan guru di sekolah merupakan antara masalah utama yang dialami oleh kebanyakan sekolah kerana pelbagai komitmen perlu dihadapi oleh guru-guru berkenaan. Walaupun setiap sekolah disalurkan bilangan guru yang mencukupi namun secara realitinya permasalahan ketiadaan guru di sekolah sering dihadapi oleh Pengetua. Sebagai contoh penulisan ini akan memberikan fokus kepada keskes yang berlaku di SMK Malim, Melaka.

Dari segi latar belakang, sekolah ini terletak dalam daerah Melaka Tengah, iaitu dalam kawalan Pejabat Pendidikan Daerah Melaka Tengah. Pada tahun 2012, bilangan guru sekolah ini seramai 108 orang, iaitu 20 orang guru lelaki dan 88 orang wanita. Manakala bilangan murid pula seramai 1700 orang. Jadual 1 di bawah menunjukkan maklumat guru SMK Malim mengikut umur pada tahun 2012.

Jadual 1 : Maklumat Bilangan Guru SMK Malim Pada Tahun 2012 BIL 1. 2. 3. PENERANGAN Guru berumur 25 31tahun Guru berumur 32 40 tahun Guru berumur 41 tahun ke atas Jumlah Jumlah Besar JANTINA L 2 6 12 20 108
Muka Surat

P 23 41 24 88

| 69

Melindungi Masa Instruksional (MMI)


Kembali Kepada Yang Asas : Pemimpin Instruksional, Guru Mengajar, dan Murid Belajar

Berdasarkan data di atas, jelas menunjukkan bahawa bilangan guru wanita lebih ramai berbanding guru lelaki dan dalam kalangan guru wanita pula sebanyak 64 orang (59%) ialah guru yang berumur dalam lingkungan 25 tahun ke-40 tahun. Oleh sebab, guru wanita ini dalam kategori guru yang produktif melahirkan anak, maka mereka akan mengambil cuti bersalin berdasarkan Pekeliling Perkhidmatan Awam Bilangan 4/2010 dan Pekeliling Perkhidmatan Awam Bilangan 15/2007 seperti berikut: Seseorang

pegawai

wanita

yang

bersalin

layak

mendapat cuti bergaji penuh sebanyak 300 hari sepanjang tempoh perkhidmatannya. Pegawai diberi fleksibiliti untuk menentukan sendiri tempoh cuti bersalin antara 60 hari sehingga 90 hari bagi setiap kelahiran. Walau

bagaimanapun,pegawai boleh memilih untuk menggunakan cuti bersalin lebih awal dari tarikh bersalin iaitu pada bila-bila masa dalam tempoh 14 hari dari tarikh dijangka bersalin ( PPA bilangan 14/2010 ). Kemudahan cuti menjaga anak bertujuan membolehkan pegawai wanita menjaga dan menyusukan bayinya. Pegawai wanita yang melahirkan anak boleh dipertimbangkan

kemudahan cuti menjaga anak oleh ketua jabatannya sehingga 1,825 hari ( 5 tahun) sepanjang tempoh perkhidmatan berdasarkan syarat seperti berikut : i. Kemudahan cuti menjaga anak ialah cuti tanpa gaji, ii. Tempoh keseluruhan kemudahan cuti menjaga anak tidak melebihi 1825 hari (5 tahun)., iii. Kemudahan ini boleh diambil sekaligus atau sebahagian daripadanya. ( PPA bilangan 1/ 2007.)

Muka Surat

| 70

Melindungi Masa Instruksional (MMI)


Kembali Kepada Yang Asas : Pemimpin Instruksional, Guru Mengajar, dan Murid Belajar

Berikut dipaparkan data guru wanita SMK Malim yang mengambil cuti bersalin pada tahun 2012 seperti jadual 2 di bawah : Jadual 2 : Senarai nama guru bersalin tahun 2012 dan tempoh mereka bersalin dan bilangan hari yang diambil. BIL 1. 2. 3. 4. 5. 6. 7. 8. 9. 10. NAMA GURU Guru A Guru B Guru C Guru D Guru E Guru F Guru G Guru H Guru I Guru J TEMPOH CUTI BERSALIN 12.06.2012 09.09.2012 02.04.2012 30.06.2012 28.09.2012 26.12.2012 11.09.2012 09.11.2012 12.09.2012 10.11.2012 04.04.2012 02.07.2012 12.04.2012 10.07.2012 23.07.2012 20.10.2012 21.06.2012 18.09.2012 12.10.2012 09.01.2013 HARI 90 90 90 60 60 90 90 90 90 90

Berdasarkan Jadual 2 di atas, menunjukkan terdapat seramai 10 orang guru wanita SMK Malim telah mengambil cuti bersalin sepanjang tahun 2012. Sebanyak 8 orang guru (80%) dalam kalangan mereka yang bersalin mengambil cuti maksimum sebanyak 90 hari dan 2 orang guru sahaja (20%) mengambil cuti sebanyak 60 hari. Dua orang guru dalam kalangan mereka telah menyambung cuti iaitu dengan mengambil cuti tanpa gaji menjaga anak selama 90 hari. Kesemua guru telah mengambil cuti bersalin lebih awal iaitu 14 hari dari tarikh dijangka bersalin. Hal ini,sudah tentu menjejaskan masa instruksional murid kerana tiada guru ganti yang mengambil masa instruksional yang ditinggalkan oleh guru.

Muka Surat

| 71

Melindungi Masa Instruksional (MMI)


Kembali Kepada Yang Asas : Pemimpin Instruksional, Guru Mengajar, dan Murid Belajar

Di sebalik guru mengambil cuti bersalin yang sememangnya telah dimaklumi oleh Pengetua, kes-kes cuti seperti cuti rehat khas, guru menghadiri kursus dan bertugas di luar sekolah juga merupakan cabaran untuk menangani masa instruksional murid. Ketiadaan guru ini walaupun bukan dalam tempoh jangka yang panjang telah memberikan impak negatif tentang pelaksanaan PdP murid di dalam kelas. Apatah lagi, jika ada dalam kalangan guru yang mengambil cuti sakit atau cuti rehat khas secara tergempar kerana hal-hal yang tidak dapat dielakkan. Berdasarkan semakan fail cuti sakit guru SMK Malim, didapati seramai 10 orang guru yang dikategorikan kerap mengambil cuti sakit sehingga 40 hari setahun sama ada secara berkala atau secara berpanjangan. Hal ini tentu menjejaskan masa instruksional murid.

CADANGAN TINDAKAN/ PENYELESAIAN MASALAH

Bagi menangani isu yang dibincangkan di atas pihak sekolah telah berusaha melaksanakan beberapa program bagi MMI seperti berikut:

1.

Pertama : Pelaksanaan guru ganti tetap dan amalan konsep jual beli kelas ganti.

Ketiadaan guru di dalam kelas kerana cuti bersalin dan sakit yang berpanjangan telah diatasi oleh pihak sekolah dengan melaksanakan guru ganti tetap. Guru ganti tetap bermaksud seseorang guru yang berada di sekolah akan diberi tugas tambahan bagi menggantikan kelas guru yang bersalin. Guru yang mengambil kelas gantian tetap ini perlu mengenal pasti kesesuaiannya bagi melaksanakan PdP di dalam kelas guru yang bercuti. Sekurang-kurangnya mereka dalam panitia yang sama atau opsyen yang hampir sama. Strategi pelaksanaan gantian tetap ini perlu dirancang lebih awal, teliti, dan berhemah. Pihak pentadbir perlu
Muka Surat

| 72

Melindungi Masa Instruksional (MMI)


Kembali Kepada Yang Asas : Pemimpin Instruksional, Guru Mengajar, dan Murid Belajar

mengumpulkan data guru yang akan bercuti lebih awal khususnya guru wanita yang akan bersalin atau bercuti tanpa gaji. Misalnya, senarai nama guru yang bersalin dan tempoh cuti yang akan diambil oleh mereka pada tahun 2013 akan direkod pada bulan November tahun 2012. Dengan itu, pihak sekolah dapat merancang program bagi mengisi masa instruksional dengan baik dan bersistematik.

Jadual 3 di bawah ialah rekod guru yang akan bersalin pada tahun 2013, tempoh bersalin dan mata pelajaran yang diajar di SMK Malim.

Jadual 3: Senarai nama guru yang akan bersalin tahun 2013, mata pelajaran yang diajar dan tarikh jangkaan bersalin.
Bil 1. 2. 3. 4. 5. 6. 7. 8. 9. 10. Nama Guru Guru L Guru M Guru N Guru O Guru P Guru Q Guru R Guru S Guru T Guru U Mata Pelajaran Pendidikan Seni Visual Bahasa Inggeris Pendidikan Islam Sejarah / Kimia Sains / Biologi Biologi / Sains Sains Sains Kemahiran hidup Pendidikan Khas Tarikh Jangkaan Bersalin April Januari Mei Februari Mei Januari Jun Jun Mei Jun

Selain itu, satu alternatif lain yang turut dilaksanakan ialah pelaksanaan konsep gantianmelalui kaedah jual beli. Melalui kaedah ini guru yang ingin bercuti atas sebab-sebab tertentu perlu mencari guru pengganti sendiri. Guru berkenaan perlu mencari guru yang sanggup menggantikan waktunya menerusi persefahaman yang dicapai antara kedua-dua belah pihak. Kaedah ini pada asalnya rumit untuk dilaksanakan namun lamakelamaan semakin diterima kerana kaedah jual beli inimeletakkan
Muka Surat

| 73

Melindungi Masa Instruksional (MMI)


Kembali Kepada Yang Asas : Pemimpin Instruksional, Guru Mengajar, dan Murid Belajar

persefahaman sebagai asas pemberian dan penerimaan gantianantara pihak yang terlibat. Sekiranya guru yang ingin bercuti tadi mendapat guru pengganti maka penggantian tersebut perlu dimaklumkan kepada pentadbir bagi tujuan rekod semasa.

2.

Kedua : Penyediaan bahan atau modul guru ganti

Penyediaan modul guru gantiyang dibangunkan oleh ketua panitia bersama barisan Guru Cemerlang juga merupakan suatu alternatif yang telah dilaksanakan. Bahan-bahan modul berkenaan diletakkan di dalam bilik Bahan Bantu Mengajar (BBM) berdekatan dengan bilik guru untuk memudahkan semua guru mengambil dan membawanya ke dalam kelas ganti. Guru-guru diberi kebebasan sama ada ingin membawa bahan yang sesuai dengan bidangnya atau membawa bahan mengikut guru mata pelajaran yang diganti. Setiap tugasan berdasarkan bahan tersebut yang telah disiapkanoleh murid-murid hendaklah diserahkan kepada guru mata pelajaran sebenar untuk dibuat semakan. Pelaksanaan kaedah ini didapati telah membantu guru-guru melaksanakan proses PdP termasuklah pelaksanaan PBS bagi murid-murid Tingkatan Satu. Panitia Pendidikan Islam, sebagai contohnya telah menyediakan bahan-bahan PdP berfokus kepada bidang ibadah, tilawah, dan akidah untuk diuji bagi kelas-kelas yang diganti. Setiap guru agama yang menerima kelas ganti akan membawa bersama fail dan modul untuk dilaksanakan di kelas-kelas berkenaan. Kaedah yang dilaksanakan ini terbukti telah membantu guru-guru melaksanakan proses PdP dengan lebih baik dan berkesan.

Muka Surat

| 74

Melindungi Masa Instruksional (MMI)


Kembali Kepada Yang Asas : Pemimpin Instruksional, Guru Mengajar, dan Murid Belajar

3.

Ketiga : Program Bicara Hikmah

Penerapan elemen motivasi dan kesedaran kendiri telah dijalankan melalui program Bicara Hikmah. Antara pengisiannya ialah mengenai pengurusan masa yang berkesan dan konsep kerja sebagai ibadah. Mereka juga akan diberikan motivasi dan kesedaran kendiri oleh pasukan pentadbir khususnya mengenai pengurusan masa yang berkesan. Sesungguhnya dalam kalangan ahli profesional termasuk guru telah berusaha menguruskan masa mereka dengan baik, malangnya hanya segelintir daripada mereka sahaja yang berjaya mencapai matlamat yang dirangka. Pengurusan masa yang berkesan memerlukan lebih daripada apa yang terdapat dalam senarai tindakan dan azam yang kuat bukan sekadar bangun daripada tidur dan berjanji kepada diri sendiri, "hari ini saya akan menguruskan masa dengan baik". Dalam menguruskan masa instruksional, guru yang akan cuti bersalin ini diingatkan tentang kepentingan menguruskan masa instruksional. Pertama, memahami nilai masa dan bagaimana masa dihabiskan. Kedua, memahami kemahiran penggunaan masa, dan ketiga, penggunaan alat dan kemahiran pengurusan. mengamalkan

Dalam hal ini,MMI

merupakan salah satu pendekatan yang wajar dijadikan amalan bagi meningkatkan kualiti penggunaan masa secara optimum dalam

pengurusan dan pentadbiran sekolah. Program Bicara Hikmah bukan sahaja dilaksanakan kepada guru tetapi juga kepada murid pada setiap pagi Jumaat secara berjadual. Selain bacaan Surah Yasin, guru, murid dan warga sekolah yang berkesempatan akan membaca zikir munajat, asmaul husna, dan pengertiannya. Guru-guru dan staf sokongan pula akan mengikuti tazkirah sebulan sekali pada waktu yang telah dijadualkan. Trademark sekolah turut diperkenalkan dalam setiap acara mahupun majlis yang dianjurkan di sekolah sebagai langkah menanam sikap yang positif dalam kalangan murid SMK Malim. Trademark sekolah juga akan
Muka Surat

| 75

Melindungi Masa Instruksional (MMI)


Kembali Kepada Yang Asas : Pemimpin Instruksional, Guru Mengajar, dan Murid Belajar

dilaungkan oleh guru sebelum PdP dimulakan bagi mengawal disiplin dan motivasi murid di dalam bilik darjah. Selain itu, tanpa mengira sebarang program, setiap pengisian majlis di sekolah akan diselitkan dengan laungan Trademark seperti berikut:

WARGA MALIM ... Berwawasan KETERAMPILANNYA... Hebat BERDIRINYA/DUDUKNYA ... Sedia ANAK YANG BAIK ... Mendengar kata FOKUS ... Boleh BUDAYA ... Senyap

Penerapan elemen motivasi dan kesedaran intrinsik dilakukan secara berterusan termasuklah menerusi slot suntikan motivasi bersama kaunselor selain ceramah-ceramah agama dalam program sambutan hari kebesaran Islam. Pola pemikiran dan tindakan negatif yang wujud dalam diri warga sekolah perlu diubah menerusi pendekatan humanistik. Kes-kes seperti guru datang lewat dengan sengaja, cuti diambil sewenangwenangnya serta tidak masuk ke kelas, selain masalah yang berterusan ditimbulkan oleh para murid perlu ditangani secara bijaksana. Justeru, usaha yang dilakukan ini merupakan satu pelan jangka panjang yang diharapkan dapat mengubah persepsi dan sikap negatif dalam kalangan guru dan murid mengenai cara berfikir, cara bertindak termasuklah dari aspek pengurusan masa kerja dan belajar yang efisien.

4.

Keempat : Mewujudkan Jawatankuasa MMI Sekolah

Jawatankuasa MMI diwujudkan sebagai kepentingan mengisi masa instruksional

strategi untuk kepada

menjelaskan

semua warga SMK

Malim. Organisasi ini diketuai Pengetua, diikuti Guru Penolong Kanan


Muka Surat

| 76

Melindungi Masa Instruksional (MMI)


Kembali Kepada Yang Asas : Pemimpin Instruksional, Guru Mengajar, dan Murid Belajar

dan Guru Kanan Mata Pelajaran, Ketua-Ketua Panitia dan empat orang Guru Cemerlang yang bertindak selaku penyusun modul dan bahan PdP. Tanggungjawab utama organisasi MMI ini adalah untukmenyusun program MMI selari dengan matlamat pihak sekolah untuk memanfaatkan masa PdP sepenuhnya di dalam bilik darjah khususnya semasa guru menerima tanggungjawab sebagai guru ganti. Selain merangka dan menyusun atur modul PdP, kumpulan Jawatankuasa Kerja ini perlu mengatur selia bahan-bahan lain yang diserahkan oleh guru-guru untuk direkod dan dikemas kini penggunaannya di dalam bilik darjah. Semua bahan dan modul yang diterima akan dikumpul di dalam bilik khas bagi memudahkan guru-guru mengambil dan membawa masuk ke dalam kelas ganti masing-masing. Setiap penggunaan bahan akan direkod untuk menilai tahap penggunaan serta keberkesanan program yang dirancang. Ahli Jawatankuasa ini juga dijadikan rujukan oleh setiap guru yang ingin menggunakan modul dan bahan yang disediakan. Penilaian dan maklum balas yang diterima dalam kalangan rakan sejawat akan dibincangkan dalam Mesyuarat Pengurusan Sekolah terutamanya dari segi keberkesanan pelaksanaannya. Kesediaan guru menjayakan program dengan penggunaan modul di dalam kelas ganti bukan hanya telah mengoptimumkan penggunaan masa dengan slot PdP, bahkan

mengubah persepsi murid yang selama ini beranggapan bahawa waktu kelas gantiialah waktu untuk bersembang kosong atau santai.

CADANGAN

Antara cadangan untuk MMI di peringkat sekolah adalah seperti yang berikut:

1.

Kementerian Pendidikan Malaysia perlu peka dengan keperluan guru ganti di sekolah. Bagi mengisi masa instruksional yang terjejas
Muka Surat

| 77

Melindungi Masa Instruksional (MMI)


Kembali Kepada Yang Asas : Pemimpin Instruksional, Guru Mengajar, dan Murid Belajar

kerana guru bercuti, bekalan guru ganti tidak boleh terputus malah perlu berterusan berdasarkan permohonan Pengetua. Walaupun kehadiran guru ganti tidak mungkin dapat mencapai matlamat atau objektif PdP secara seratus peratus, tetapi sedikit sebanyak masa instruksional murid akan terisi dan masalah disiplin murid pula dapat dikawal. Penyediaan bahan atau modul untuk kegunaan guru ganti membolehkannya mengisi masa instruksional murid dengan berkesan.

2.

Penyediaan modul dan bahan berkualiti untuk guru ganti yang dirancang oleh pihak sekolah perlu berkualiti dan sesuai digunakan di kelas ganti. Sikap acuh tidak acuh dan sambil lewadalam menyediakan modul atau bahan guru ganti ini tidak akan memberikan impak yang positif kepada pembelajaran murid.

3.

Menyediakan Jawatankuasa Melindungi Masa Instruksional (MMI) di sekolah. Jawatankuasa ini sangat relevan dengan hasrat untuk memperkasakan tanggungjawab guru dan meningkatkan penghasilan pembelajaran murid. Keberkesanan fungsi Jawatankuasa ini perlu dinilai secara

berterusan dan diperkemas lagi setiap tahun. Ahli Jawatankuasa ini yang terdiri daripada pentadbir sekolah, Guru Kanan Mata Pelajaran, Guru Cemerlang, dan Ketua Panitia perlu memahami dengan mendalam hasrat Kementerian Pendidikan Malaysia untuk mencapai kualiti pendidikan murid secara holistik dan bersepadu dari segi jasmani, emosi, rohani, dan intelek. 4. Pengisian program khas oleh Guru Bimbingan dan Kaunseling Sekolah Peranan Guru Bimbingan dan Kaunseling perlu diperkasa dan dipertingkatkan lagi. Mereka boleh mengisi masa instruksional dengan mengadakan program-program bimbingan dan kaunseling seperti
Muka Surat

| 78

Melindungi Masa Instruksional (MMI)


Kembali Kepada Yang Asas : Pemimpin Instruksional, Guru Mengajar, dan Murid Belajar

kemahiran belajar, prospek kerjaya pada masa depan, dan lain-lain. Pada masa tertentu dan sesuai mereka boleh diberi relief tetap untuk mengisi masa instruksional guru cuti bersalin. 5. Pelaksanaan Program Bicara Hikmah yang memberikan fokus kepada pembangunan kesedaran kendiri dan meningkatkan motivasi. Program ini perlu dijalankan dengan konsisten dan bermaklumat. Program ini boleh diberi dengan pelbagai jenama yang sesuai mengikut keperluan sekolah. Matlamat program ini adalah untuk mengubah paradigma dan cara berfikir guru ke arah lebih kreatif dan inovatif. Antara modul yang boleh digunakan ialah modul perubahan paradigma guru dan modul tanggungjawab manusia empat dimensi iaitu siapakah diri kita dari kaca mata Islam.

Selain itu,guru-guru juga perlu diberi pemahaman yang jelas mengenai konsep penggunaan masa yang berkesan mengikut pandangan Islam.

SesungguhnyaIslam

amat menggalakkan umatnya mementingkan soal

penggunaan dan pengurusan masa. Semua perkara yang dilakukan oleh umat Islam berdasarkan masa dan waktunya. Oleh itu, sebagai organisasi yang bertanggungjawab menentukan kejayaan visi dan misi negara, pihak sekolah perlu mengisi masa instruksional murid dengan program yang bersesuaian demi memanfaatkan masa seoptimum yang mungkin. Harapannya, Program MMI ini berupaya untuk mengorak langkah bagi mengelakkan pembaziran masa di dalam kelas. Hal ini, disebabkan PdP di dalam kelas merupakan entiti penting, nukleus utama,dan core bussiness yang perlu dilaksanakan dan dimanfaatkan secara berkesan.

Muka Surat

| 79

Melindungi Masa Instruksional (MMI)


Kembali Kepada Yang Asas : Pemimpin Instruksional, Guru Mengajar, dan Murid Belajar

RUMUSAN

Sebagai rumusannya dapat disimpulkan bahawa usaha melindungi masa instruksional di sekolah perlu diberi perhatian yang sewajarnya terutama semasa guru tidak dapat hadir ke sekolah kerana bercuti, berkursus dan bertugas di luar sekolah. Usaha inidiharap dapat meningkatkan keberhasilan pembelajaran murid, seterusnya merealisasikan visi dan misi sekolah, dan Kementerian Pendidikan Malaysia. Kejayaan yang diharapkan ini memerlukan komitmen dan kolaborasi semua pihak di sekolah. Hal ini,bermula dengan peranan Pengetua selaku peneraju utama sekolah, perlu memahami dan

mendalami tugasnya sebagai pemimpin instruksional dan mempraktikkannya. Pentadbir yang lain, guru-guru, dan semua warga sekolah sewajarnya menyokong dan memantau keberkesanan program MMI dengan rapi dan berkesan. Guru pula perlu diberi motivasi secara berterusan bagi memahami tugas dan tanggungjawab mereka sebagai pendidik. Manakala murid pula perlu diberi suntikan semangat yang tinggi untuk menyedarkan mereka tentang kepentingan masa depan.

Rujukan Albert. EN Gray. ( 1940 ).The Common Dominator Of Sucsess. National Association Of Life Under Writers. James Ang Jit Eng & Balasandran Ramiah. ( 2012 ).Kepimpinan Instruksional; Satu Panduan Praktikal:PTS Profesional Publishing. Murphy, J. (1990).Principal Instruktional Leadership : Changing Perspective On The School. Advances in Educational Administration, 1, 163-200. Martin Manser. ( 2010 ).The Management Secret :Harper Collins Publisher Ltd Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013 2025. ( 2012 ). Laporan Awal, Ringkasan Eksekutif.

Muka Surat

| 80

Melindungi Masa Instruksional (MMI)


Kembali Kepada Yang Asas : Pemimpin Instruksional, Guru Mengajar, dan Murid Belajar

AMALAN TERBAIK MELINDUNGI MASA INSTRUKSIONAL

Muka Surat

| 81

Melindungi Masa Instruksional (MMI)


Kembali Kepada Yang Asas : Pemimpin Instruksional, Guru Mengajar, dan Murid Belajar

AMALAN TERBAIK MELINDUNGI MASA INSTRUKSIONAL

Oleh HAJI KOMARUDIN BIN ABDULLAH


SMK Sultan Yahya Petra 1, Kuala Krai, Kelantan Darul Naim

Abstrak Perkara utama dalam mengukuhkan kualiti pendidikan dan memastikan pengendalian pengajaran dan pembelajaran(PdP)di dalam bilik darjah dapat berjalan lancar ialah guru mesti memasuki kelas dan pengajaran-pembelajaran berkesan. Justeru, guru perlu memainkan peranan utama mewujudkan situasi pembelajaran yang menarik perhatian muridmelalui kepelbagaian pedagogi. Dalam hal ini,komitmen dan kerjasama semua guru amat diperlukan bagi memastikan kecemerlangan akademik murid. Hasil yang paling bernilai apabila pendidik berjaya menghasilkan murid yangmempunyai pencapaian cemerlang dalam akademik,bersahsiah mulia, dan aktif dalam aktiviti kokurikulum. Sumber tenaga guru yang komited, rajin dan berpengalaman yang dimiliki oleh sekolah harus diambil peluang oleh pengurus untuk diguna pakai dalam merancang dan melaksanakan pelbagai program bagi memastikan pencapaian KPI. Sebagai pemimpin sekolah, teras utama ialah memastikan pencapaian akademik terus meningkat sama ada dari segi peratus kelulusan keseluruhan mahupun gred purata sekolah (GPS). Namun pihak sekolah, tidak dapat mengelak daripada isu, guru tiada di sekolah dan guru tidak masuk ke kelas atas sebab-sebab urusan rasmi atau sengaja. Menyedari hakikat inilah maka pelbagai usaha dilakukan bagi melindungi masa instruksional ini. Antaranya ialah program yang lebih berfokus ataupun usaha-usaha personel yang diambil oleh pengurus sekolah bagi mengatasi isu yang timbul. Di samping itu, sekolah perlu mengamalkan budaya kerja cemerlang di peringkat pemimpin sekolah bersama-sama dengan guru-guru termasuk kakitangan.

Muka Surat

| 82

Melindungi Masa Instruksional (MMI)


Kembali Kepada Yang Asas : Pemimpin Instruksional, Guru Mengajar, dan Murid Belajar

PENGENALAN

Melindungi masa instruksional bermaksud mengurangkan gangguan bagi mengelakkan kelas tidak berlangsung seperti yang dirancang. Tindakan ini bertujuan untuk memastikan kualiti masa instruksional yang boleh menjamin pembelajaran bermakna/ berkesan dalam kalangan murid. Kepimpinan pula didefinisikan sebagai proses mempengaruhi orang lain termasuk kakitangan bawahan untuk melaksanakan sesuatu tugas atau aktiviti untuk mencapai matlamat organisasi. Menurut Blas (1998) kepimpinan instruksional ialahgabungan penyeliaan, pembangunan staf, dan perkembangan kurikulum. Kepimpinan instruksional ialah segala usaha yang dilakukan oleh pemimpin sekolah untuk menyediakan inovasi kurikulum dan memperkembang proses pengajaran dan pembelajaran dengan tujuan menjayakan matlamat sekolah (Hussein,1989). Kepimpinan instruksional juga boleh didefinisikan sebagai pemimpin sekolah yang mengambil peduli dan cakna akan pengajaran guru dan pembelajaran murid serta perkembangannya dan sentiasa membina iklim pembelajaran yang kondusif di sekolahnya.

Sebenarnya, melindungi masa instruksional amat penting untuk mengurangkan gangguan masa dan memastikan pengajaran dan pembelajaran berlaku secara bermakna dan berkesan dalam kalangan murid. Masa instruksional merupakan masa seseorang murid mendapatkan pembelajaran berkualiti yang telah dirancang oleh guru atau pihak sekolah. Guru sekolah perlu memanfaatkannya secara optimum dengan memastikan kelas berlangsung sama ada dengan kehadiran guru atau tanpa kehadiran guru serta memastikan murid belajar secara berkesan. Pengurangan masa instruksional perlu dibendung oleh pihak sekolah bagi memastikan tempoh masa untuk pembelajaran berkesan dalam kalangan murid meningkat.

Muka Surat

| 83

Melindungi Masa Instruksional (MMI)


Kembali Kepada Yang Asas : Pemimpin Instruksional, Guru Mengajar, dan Murid Belajar

PERNYATAAN ISU MELINDUNGI MASA INSTRUKSIONAL


1. Isu Gangguan Masa Instruksional Murid.

Ada 3 penyebab berlakunya gangguan masa instruksional:

a)

Guru Tidak Hadir ke Sekolah : i. ii. iii. iv. v. vi. Cuti Sakit (MC) Cuti Rehat Khas (CRK 7 hari setahun) Cuti Bersalin Keluarga terdekat meninggal Isteri bersalin Menghadiri kursus/mesyuarat/seminar/bengkel atau sebagainya vii. Menghadiri pelbagai aktiviti kokurikulum (jurulatih,pengiring, pengadil, dan sebagainya) viii. Jurulatih Utama,penceramah ix. Pengawas peperiksaan

b)

Guru Hadir Tetapi TidakMasuk ke Kelas : i. Terlupa (berbual dikantin,berniaga,bertukar jadual atau sebagainya) ii. iii. iv. v. Melayan tetamu luar Mesyuarat dalaman Dipanggil oleh pengetua Tidak minat mengajar (mengajarkan subjek bukan opsyen,mengajar muridkelas akhir,murid gagal) vi. Tidakbersedia keranaberulang jauh ke sekolah(penat).

Muka Surat

| 84

Melindungi Masa Instruksional (MMI)


Kembali Kepada Yang Asas : Pemimpin Instruksional, Guru Mengajar, dan Murid Belajar

c)

Gangguan Semasa Pengajaran dan Pembelajaran i. ii. Pengumuman dari pembesar suara. Kelewatan murid memasuki kelas (tandas,jumpa kawan/guru /kantin dan sebagainya). iii. iv. v. Keadaan kelas yang tidak ceria. Murid dipanggil oleh pentadbir/guru. Murid terlibat dalam latihan untuk pelbagai pertandingan kokurikulum/koakademik. vi. Kerosakan peralatan seperti komputer.

vii. Murid kurang bersedia untuk belajar(tidakmeminati subjek berkenaan. viii. PdP guru tidak menarik dan berkesan.

CADANGAN TINDAKAN PENYELESAIAN

Berdasarkan isu yang telah dinyatakan, Sekolah Menengah Kebangsaan Sultan Yahya Petra I telah melaksanakan dua cadangan penyelesaian iaitu:

1.

Program berfokus melindungi masa instruksional Program ini bertujuan untuk memastikan setiap isu yang dihadapi dapat diselesaikan dengan cara terbaik.

Muka Surat

| 85

Melindungi Masa Instruksional (MMI)


Kembali Kepada Yang Asas : Pemimpin Instruksional, Guru Mengajar, dan Murid Belajar

Jadual 1: Program Berfokus


Bil. 1. Kategori Faktor Gangguan Faktor Pengurusan Sekolah Kelompok Guru Tiada Gangguan Fizikal Gangguan Luar Jangka Gangguan Adhoc Strategi: Program Berfokus Dasar Pengurusan Sekolah Program khas melindungi masa instruksional, contoh: o jadual guru ganti, open book test, rekod pengesanan murid, guru on call, borang laporan kelas, jual beli waktu pengajaran School-based CPD Penyelarasan aktiviti KPM Program e-cakna Rondaan pentadbir (Leadership and Management by Walking AroundL&MBWA) CPD guru School-based CPD Pemantauan dan penilaian pengajaran guru berterusan Guru opsyen Strategi: Budaya Kerja Cemerlang Penguatkuasaan dan pematuhan dasar pengurusan sekolah Peluasan program / aktiviti khas di sekolah School-based CPD

2.

Faktor Instruksional Guru

Kualiti Pembelajaran Murid Kualiti Pengajaran Guru

Kepimpinan instruksional budaya kepimpinan pemimpin sekolah CPD guru School-based CPD Pemantauan dan penilaian pengajaran guru berterusan Pembudayaan bimbingan instruksional dalam kalangan komuniti sekolah Guru opsyen Professional Learning Community untuk CPD guru

Muka Surat

| 86

Melindungi Masa Instruksional (MMI)


Kembali Kepada Yang Asas : Pemimpin Instruksional, Guru Mengajar, dan Murid Belajar

Program-program di atas dirancang dan dilaksanakan secara berfokus dan khusus untuk menyelesaikan isu dan permasalahan dalam amalan menjaga masa instruksional di sekolah ini. Matlamatnya ialah memastikan setiapmurid di sekolah ini mendapat hak mereka untuk menikmati peruntukan masa persekolahan yang betul dan bermanfaat seperti yang digariskan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) dalam Surat Pekeliling Ikhtisas dan siaran rasmi.

Di samping itu, program berfokus seperti e-cakna (pencerapan) dan rondaan pentadbir (Leadership and Management by Walking Around) juga membantu pemimpin sekolah memastikan guru mesti berada di dalam bilik darjahdan proses pengajaran dan pembelajaran berjalan dengan berkesan. Hal sedemikian bermakna apabila guru berada di dalam kelas, guru mestilah berfungsi sebagai seorang pendidik. Apabila situasi ini berlaku, murid akan dapat menikmati masa 40 hingga 80 minit tersebut dengan penuh kepuasan dari aspek keperluan dan kehendak mereka untuk mendapatkan ilmu pengetahuan.

2.

Budaya kerja cemerlang : Amalan Melindungi Masa Instruksional

Persoalan dan isu yang sering dibangkitkan ialah sejauhmanakah pemimpin sekolah atau Pengetua memberikan penekanan dan peruntukan masa yang banyak kepada kepimpinan instruksional. Dapatan

daripadapihak Jemaah Nazir dan Jaminan Kualiti (JNJK)KPM,dan kajiankajian yang dijalankan di peringkat negeri mendapati bahawa ada kalangan Pengetua kurang memberikan perhatian tentang PdP.

Berdasarkan pengalaman, amalan budaya kerja cemerlang Pengetua bukan sahaja memerlukan perhatian atau tanggungjawab secara langsung atas kepimpinan instruksional ini tetapi juga dalam aspek-aspek lain yang berkaitan misalnya perlu diselitkan atau digabungjalinkan amalan
Muka Surat

| 87

Melindungi Masa Instruksional (MMI)


Kembali Kepada Yang Asas : Pemimpin Instruksional, Guru Mengajar, dan Murid Belajar

positifdalam ucapan harian, doa, aktiviti kokurikulum, program pembangunan disiplin dan sebagainya.

Proses penggabungjalinan dan penerapan ini penting bagi membolehkan perkara yang dianggap sukar seperti mencapai kecemerlangan akademik itu akan menjadi fokus, tanggungjawab dan amalan penting oleh semua pihak. Dengan cara ini, pembangunan sekolah menjadi lebih holistik dan wujudnya budaya kerjasama serta belajar dalam suasana yang kondusif sama ada di dalam bilik darjah, di luar bilik darjah atau di rumah.

Sebagai pemimpin sekolah, Pengetua mesti memberikan fokus kepada PdP. Melalui penyelidikan, telah menunjukkan bahawa Pengetua sekolah boleh membawa perubahan yang mendadak dalam menentukan

produktiviti sekolah. Pengetua melakukannya melalui peranannya sebagai pemimpin instruksional di sekolah. Penekanan atas aspek perpaduan kaum dan penglibatan antara mereka terutama semasa proses pengajaran dan pembelajaran amat dititikberatkan oleh pentadbir dan guru-guru di sekolah.

Usaha perlu dibuat bagi memastikan keperluan pengajaran dan pembelajaran guru mencukupi dan terkini. Guru-guru digalakkan melanjutkan pelajaran dan mengikuti pelbagai kursus yang bersesuaian dengan opsyen mereka dalam usaha meningkatkan pencapaian akademik murid. Bakat yang ada pada guru digunakan sepenuhnya untuk menjalankan tugas dalam membina semangat kerja berpasukan dengan menyediakan peluang-peluang untuk guru berkongsi kepakaran,

mengadakan perbincangan dan perjumpaan mengenai urusan kerja dalam suasana kondusif dan bersahaja. Pengurus sekolah perlu peka atas faktorfaktor yang boleh membantutkan semangat guru seperti bilik darjah tidak kondusif, kurang kebajikan, dan tahap disiplin murid yang lemah. Pihak
Muka Surat

| 88

Melindungi Masa Instruksional (MMI)


Kembali Kepada Yang Asas : Pemimpin Instruksional, Guru Mengajar, dan Murid Belajar

sekolah juga perlu menawarkan maklumat kejayaan guru/staf kepada komuniti dan memperbanyak surat penghargaan dan ucapan terima kasih kepada guru dan staf. Pendekatan berkomunikasi dengan cara terbaik, mesra dan saling menghormati misalnya memberikan penghargaan kepada guru/staf semasa mesyuarat atau majlis perhimpunan rasmi sekolahakan melahirkan rasa bangga kepada seluruh warga sekolah.

Usaha yang berterusan dalam mengadakan sesi penataran maklumatuntuk semua program sekolah perlulah dipergiat. Kepimpinan sekolah perlulah menerangkan dengan jelas kepada warga sekolah khususnya guru dan staf tentang visi dan misi sekolah serta menjiwainya bersama. Pentadbir sekolah juga perlulah memastikan keakraban hubungan antara guru dengan staf, sedia berkongsi pengalaman positif sesama mereka, bersedia menerima teguran serta penilaian guru/staf walaupun pahit, dan bekerjasama untuk mencapai budaya cemerlang dan gemilang dalam pelbagai bidang.

Pentadbir sekolah juga perlu menetapkan misi dan sasaran pencapaian murid/sekolah (Headcount) dengan memindahkan visi sekolah kepada tindakan secara bersama, misalnya dalam penghayatan dasar kurikulum, membuat agihan dan persefahaman tugas semua pentadbir, Ketua Panitia dan guru serta penggabungan tugas secara sinergi, memantau keupayaan guru dan murid secara adil dan berterusan, membimbing dan menyediakan pelbagai kemudahan kepada guru dan murid untuk peningkatan keupayaan diri, membina budaya ilmu yang kondusif, memberikan insentif kepada guru dan murid, dan berusaha menjadi pemimpin yang sentiasa jujur dan bermaklumat.

Muka Surat

| 89

Melindungi Masa Instruksional (MMI)


Kembali Kepada Yang Asas : Pemimpin Instruksional, Guru Mengajar, dan Murid Belajar

KESIMPULAN

Melindungi masa instruksional di SMK Sultan Yahya Petra 1 merupakan komponen utama dalam menjayakan pembelajaran secara berkesan. Justeru, pendekatan ini amat diberi perhatian oleh pihak sekolah dalam memastikan peningkatan keberhasilan pembelajaran murid dalam usaha membangunkan modal insan yang kritis, kreatif,dan inovatif. Dalam konteks ini, pengurus sekolah merupakan tulang belakang utama dalam proses merancang dan membuat matlamat untuk memastikan kecemerlangan sekolah.Dalam mengejar kecemerlangan ini, pengurus sekolah juga perlulah memastikan aspek ganjaran dan pengiktirafan kepada warga sekolah dititikberatkan untuk meningkatkan motivasi mereka. Jelasnya, kejayaan sebuah sekolah amat memerlukan pengorbanan dan kerjasama daripada semua warga sekolah khususnya para guru kerana matlamat akhirnya adalahuntukmelahirkan anak didik yang cemerlang terutamanya dalam akademik dan hak mereka untuk mendapat ilmu direalisasikan.

Rujukan Ahmad Tajuddin Abd. Hamid. (1989). Peranan Pengetua dalamKepimpinan Pengajaran. DisertasiSarjana Pendidikan. Tidakditerbitkan: FakultiPendidikan, Universiti Malaya. AriffinBaada. (2003). Pembangunan SumberManusia:MelaluiPerspektif Pembangunan Pendidikan 2001-2010. Kementerian Pendidikan Malaysia. Pengurusan dan Kepimpinan Pendidikan. IAB, KPM. Bahagian Perancangan dan Penyelidikan Dasar Pendidikan, Kementerian Pelajaran Malaysia. (2006). Rancangan Malaysia ke-9: Pelan Induk Pembangunan Pendidikan, 20062010. Putrajaya: Kementerian Pelajaran Malaysia. Md.KasimHussin. (1999). Jangkaan Peranan, Harapan dan Amalan Pengetua Sebagai Pemimpin Sekolah pada Abad ke-21. Jurnal Pendidikan. 4:2-7.
Muka Surat

| 90

Melindungi Masa Instruksional (MMI)


Kembali Kepada Yang Asas : Pemimpin Instruksional, Guru Mengajar, dan Murid Belajar

ShafariMohamed Nor. (2001). Kajian Amalan Kepemimpinan Pengajaran Pengetua dari Persepsi Pengetua dan Guru Sekolah Menengah di Kuala Pilah. Tesis Sarjana Sains: Universiti Putra Malaysia. Shahril@ Charil Marzuki. (1997). Kajian Sekolah Berkesan di Malaysia: Model Lima Faktor.Tesis Ph.D. Tidak diterbitkan: Fakulti Pendidikan, Universiti Kebangsaan Malaysia. SufaatTumin. (2005). Mengapa ProgramIni Diadakan?Kursus KepimpinanInstruksionalPengetua Sekolah-sekolah Negeri Johor Tahun 2005. SufaatTumin, Mohammad Mahadi, & Azman Adnan. (2001). Pengurusan Sekolah oleh Pengetua Yang Sentiasa Sibuk.Jurnal PKPSM. 1-9. ZulkafliArifin, (2000).Pengaruh KepimpinanPrestasi Pengetua Terhadap Prestasi Akademik Murid: Satu Tinjauan di Sekolah-Sekolah Menengah. Tesis Sarjana:Universiti Teknologi Malaysia.

Muka Surat

| 91

Melindungi Masa Instruksional (MMI)


Kembali Kepada Yang Asas : Pemimpin Instruksional, Guru Mengajar, dan Murid Belajar

Lampiran 1

ALIRAN PENGURUSAN PROGRAM E-CAKNA (PENCERAPAN)

Lantik seorang GK sebagai penyelaras

Penyelaras

Pencerap / penyelia : Pengetua, Penolong Kanan, Guru Kanan, Guru Cemerlang, Dan Ketua Panitia

Jadual pelaksanaan pencerapan (setiap guru dicerap dua kali setahun)

Pencerapan

Klinik Pencerap - Guru

Kemasukan ke sistem ecakna

Cetak dan tandatangan pencerap

Edar kepada guru berkenaan


| 92

Muka Surat

Melindungi Masa Instruksional (MMI)


Kembali Kepada Yang Asas : Pemimpin Instruksional, Guru Mengajar, dan Murid Belajar

Lampiran 2

ALIRAN PENGURUSAN JADUAL GURU GANTI

Pemantau : Pengetua, Penolong Kanan/Guru Kanan

Guru bertugas mingguan

Jadual pelaksanaan guru ganti (1 salinan guru 1 salinan pentadbir)

Edar jadual

Guru ganti masuk kelas

pemantauan

Muka Surat

| 93

Melindungi Masa Instruksional (MMI)


Kembali Kepada Yang Asas : Pemimpin Instruksional, Guru Mengajar, dan Murid Belajar

Lampiran 3

ALIRAN PENGURUSAN PROGRAM OPEN BOOK TEST (OBT)

Lantik seorang Guru Kanan (GK) sebagai penyelaras Rekod penggunaan modul OBT ditandatangani oleh guru ganti semasa mengambil dan menghantarnya di bilik GK

Penyelaras

AJK OBT dan Panel Penggubal Modul OBT

Modul OBT dibukukan

Simpanan Modul OBT di Bilik Guru Kanan

Guru ganti mengambil modul OBT dan masuk ke kelas

Tamat PdP

Kutip semula modul dan skrip jawapan pelajar

Simpan Modul OBT di Bilik Guru Kanan dan serah akan skrip kepada guru subjek
Muka Surat

| 94

Melindungi Masa Instruksional (MMI)


Kembali Kepada Yang Asas : Pemimpin Instruksional, Guru Mengajar, dan Murid Belajar

Lampiran 4 ALIRAN PENGURUSAN REKOD PENGESANAN MURID Lantik GPK HEM sebagai penyelaras
Penyelaras

AJK OBT menyediakan set rekod pengesanan murid untuk setiap kelas

Ketua Kelas ambil di bilik GK setiap pagi

Dikemas kini dan ditandatangani oleh guru subjek ganti

Isi nama murid ponteng masa PdP atau tidak hadir

Jika tiada guru/guru ganti, ketua kelas tulis tiada

Sebelum pulang, ketua kelas mengembalikan rekod ke bilik GK Semakan oleh PK HEM Tandakan murid ponteng Hantar nama guru tiada kepada Pengetua

Muka Surat

| 95

Melindungi Masa Instruksional (MMI)


Kembali Kepada Yang Asas : Pemimpin Instruksional, Guru Mengajar, dan Murid Belajar

Lampiran 5

ALIRAN PENGURUSAN GURU ON CALL DAN KAWALAN P&P HARIAN

Lantik Ketua Kelas sebagai Pelapor

Pelapor

Selepas 5 minit guru subjek/ganti tidak masuk kelas

Ketua Kelas isi borang Laporan Kelas (Kawalan PdP harian)

Ketua Kelas menghantar borang ke pejabat sekolah Pengetua/PK/Staf menelefon guru berkenaan (Sila masuk ke kelas anda dengan segera)

Alternatif (panggilan melalui pengumuman)

Guru berkenaan perlu berjumpa Pengetua (Apa masalah cikgu?) Tindakan Pengetua Khidmat nasihat Amaran

Muka Surat

| 96

Melindungi Masa Instruksional (MMI)


Kembali Kepada Yang Asas : Pemimpin Instruksional, Guru Mengajar, dan Murid Belajar

Lampiran 6

ALIRAN PENGURUSAN JUAL BELI MASA PENGAJARAN

Guru Subjek (terpaksa menghadiri mesyuarat di PPD)

Guru A

Sehari sebelum, proses rundingan dengan guru B

Persetujuan bersama, A masuk masa B, B akan masuk masa A

Isi borang makluman setuju sama (serah kepada Pengetua/PKP) Makluman kepada kelas berkenaan sehari sebelum

Pelaksanaan kelas jual beli masa pengajaran

Muka Surat

| 97

Melindungi Masa Instruksional (MMI)


Kembali Kepada Yang Asas : Pemimpin Instruksional, Guru Mengajar, dan Murid Belajar

Lampiran 7

ALIRAN PENGURUSAN RODAAN PENTADBIR (LEADERSHIP AND MANAGEMENT BY WALKING AROUND)

Pengetua/PK

Pengetua

Rondaan kawasan sekolah dan blok bilik darjah Jika didapati guru tiada di dalam kelas, Pengetua/PK terus menghubungi mereka melalui telefon Pengetua masuk ke kelas berkenaan sehingga guru subjek hadir

Muka Surat

| 98

Melindungi Masa Instruksional (MMI)


Kembali Kepada Yang Asas : Pemimpin Instruksional, Guru Mengajar, dan Murid Belajar

PENGURUSAN SEKOLAH DALAM MELINDUNGI MASA INSTRUKSIONAL DI SEKOLAH UNTUK MENINGKATKAN KEBERHASILAN PEMBELAJARAN MURID

Muka Surat

| 99

Melindungi Masa Instruksional (MMI)


Kembali Kepada Yang Asas : Pemimpin Instruksional, Guru Mengajar, dan Murid Belajar

PENGURUSAN SEKOLAH DALAM MELINDUNGI MASA INSTRUKSIONAL DI SEKOLAH UNTUK MENINGKATKAN KEBERHASILAN PEMBELAJARAN MURID

oleh MUKHTAR BIN HAJI KASIM


SMA Al Madrasah Al Alawiyah Ad Diniah, Arau Perlis.

Abstrak Kertas kerja ini menyingkap permasalahan, halangan dan isu-isu yang berlaku dalam melindungi masa instruksionaldi sekolah yang melibatkan sikap murid, sikap guru dalam pengurusan pengajaran dan pembelajaran, tugasan guru di luar bilik darjah, dan pengurusan aktiviti lain disekolah yang mengganggu masa instruksional. Kertas ini juga mencadangkan beberapa pandangan dan syor yang boleh dijadikan panduan kepada pemimpin sekolah dalam menghasilkan pembelajaran berkesan seperti memastikan murid sentiasa bersedia untuk memulakan pembelajaran, memastikan guru dapat menguruskan masa dengan baik dalam melaksanakan aktiviti dan perancangan mereka serta memastikan setiap guru mempunyai kesedaran dan motivasi yang tinggi dalam melaksanakan amanah, dan memahami konsep kerja sebagai amal ibadat. Pemimpin sekolah juga perlulah memastikan setiap program dan perancangan kurikulum mengikut takwim atau jadual yang selaras dengan mengambil kira aktiviti-aktiviti luar diperingkat sekolah, negeri mahupun kebangsaan, dan mewujudkan pembantu guru untuk melaksanakan tugas-tugas bukan instruksional atau mengagihkan sama rata tugasan tersebut kepada semua guru.

Muka Surat

| 100

Melindungi Masa Instruksional (MMI)


Kembali Kepada Yang Asas : Pemimpin Instruksional, Guru Mengajar, dan Murid Belajar

PENGENALAN

Keberhasilan pembelajaran merupakan fokus utama dalam semua programdan rancangan yang dirangka oleh Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM). Sehubungan dengan itu,kerajaan Malaysia melalui KPM telah menekankan bahawa pendidikan menjadi satu teras utama dalam setiap Pelan Pembangunan Negara seperti Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) 2013-2025 yang dibentangkan oleh Dato Sri Mohd Najib Tun Abd.Razak, Perdana Menteri Malaysia. PPPM telah menggariskan sebelas anjakan utama termasuklah anjakan kelima iaitu untuk memastikan kepimpinan berprestasi tinggi ditempatkan disetiap sekolah. Hal sedemikian ini juga dapat dilihat melalui Rancangan Malaysia Kesepuluh (RMK 10), Bab Kelima, Membangun danMengekalkan ModalInsan Bertaraf Dunia apabila kerajaan telah

menggariskan empat strategi iaitu, (i) memastikan setiap kanak-kanak boleh berjaya, (ii) menjadikan sekolah bertanggungjawabatas prestasi murid, (iii) membuat pelaburan bagi membangunkan kepimpinan unggul di setiap sekolah dan, (iv) meningkatkan daya tarikan profesion keguruan dan menghasilkan guru terbaik.

Pembangunan sistem pendidikan juga diberi perhatian oleh kerajaan melalui satu daripada enam Bidang Keberhasilan Utama Negara (NKRA) iaitu, mempertingkatkan kualiti murid. NKRA pendidikan bertujuan meningkatkan prestasi murid dan berteraskan kepada empat bidang: (i) kadar enrolmen prasekolah, (ii) sekolah berprestasi tinggi, (iii) program Penyaringan Literasi dan Numerasi (LINUS) dan, (iv) Baiah kepada Guru Besar dan Pengetua.

Keberkesanan pelaksanaan strategi ini dilihat dan dinilai melalui kejayaan pemimpin sekolah mentadbir dan melindungi masa instruksional serta kerjasama dan komitmen guru di sekolah dan peningkatan prestasi murid. Kualiti guruberlandaskan falsafah untuk guru, Ada, Berfungsi, Bersih, dan
Muka Surat

| 101

Melindungi Masa Instruksional (MMI)


Kembali Kepada Yang Asas : Pemimpin Instruksional, Guru Mengajar, dan Murid Belajar

ketegasan kepimpinan sekolah untuk kejayaan dan keberhasilan pembelajaran murid.

PERNYATAAN ISU

Amalan kepimpinan instruksional mula mendapat tempat dalam kalangan pemimpin sekolah kerana amalan ini amat signifikan dalam melahirkan sekolah berkesan (Sazali, Rusmini, Abang Hut & Zamri, 2007). Dalam mengkaji aspek kepimpinan instruksional, model Halinger dan Murphy (1987) telah banyak digunakan.Model ini telah menggariskan tiga dimensi kepimpinan instruksional iaitu mendefinisikan misi sekolah, mengurus kurikulum dan pengajaran, dan menggalakkan iklim sekolah. Ketiga-tiga dimensi tersebut ditunjukkan dalam jadual 1. Dalam dimensi ketiga, terdapat fungsi melindungi masa instruksional iaitu pendekatan yang dilakukan bagi mengurangkan gangguan semasa proses pengajaran dan pembelajaran (PdP) di dalam kelas.

Jadual 1: Kerangka Kepimpinan Instruksional Dimensi Mendefinisi misi sekolah Menguruskan kurikulum dan pengajaran Mempromosikan iklim pembelajaran sekolah Fungsi 1. Merangka Matlamat Sekolah 2. Menyampaikan Matlamat Sekolah 3. Penyeliaan dan Penilaian Instruksional 4. Menyelaras Kurikulum 5. Memantau Kemajuan Murid 6. Melindungi Waktu PdP 7. Membudayakan Perkembangan Professional 8. Mengekalkan Ketampakan (Visibility) 9. Menyediakan Ganjaran kepada Guru 10. Menguatkuasakan Standard Akademik 11. Menyediakan Insentif kepada Murid

Muka Surat

| 102

Melindungi Masa Instruksional (MMI)


Kembali Kepada Yang Asas : Pemimpin Instruksional, Guru Mengajar, dan Murid Belajar

Antara isu yang kerap timbul dan dikenalpasti menganggu proses pengajaran: 1. Sikap guru (a) Sebahagian guru kurang persediaan dengan perancangan dan bahan semasa hendak memulakan pengajaran. (b) Guru mengikuti Pengajaran Jarak Jauh dan mengikuti kursus selain menjalankan tugas-tugastambahan yang bukan pengajaran. (c) Guru bercuti sakit, cuti rehat khas, atau datang kesekolah tetapi tidak masuk ke kelas kerana masalah kesihatan,peribadi dan lainlain. (d) Guru ganti tidak memasuki kelas ganti atau memasuki kelas dengan tidak menjalankan aktiviti pengajaran.

2.

Faktor Murid

a)

Kesediaan murid belajar. Sebahagian guru mengajar dengan tidak mengambil kira kesediaan murid dari segi mental, fizikal, dan suasana kelas.

b)

Pergerakan Murid. Kedudukan kelas dengan bilik khas yang berjauhan menyebabkan pergerakan murid mengambil masa untuk sampai ke bilik khas seperti Makmal Sains.

3.

Faktor Pengurusan

(a)

Gangguan pengumuman melalui pembesar suara semasa proses pengajaran berlangsung. Pengumuman ini secara tidak langsung mengganggu pengajaran guru dan kesediaan murid belajar kerana perhatian tertumpu kepada pengumuman tersebut.

(b)

Mesyuarat

termasuklah

mesyuarat

tergempatsemasa

PdP.

Keadaan ini mengganggu perancangan dan kesediaan guru untuk mengajar.


Muka Surat

| 103

Melindungi Masa Instruksional (MMI)


Kembali Kepada Yang Asas : Pemimpin Instruksional, Guru Mengajar, dan Murid Belajar

(c)

Tempoh atau masa peperiksaan yang terlalu lama. Tempoh peperiksaan bagi Sekolah Menengah mengambil masa lebih dari dua minggu. Keadaan ini menyebabkan perancangan tahunan dan sukatan pelajaran guru tidak dapat dihabiskan mengikut jadual.

4.

Faktor Prasarana

(a)

Kemudahan dan peralatan sokongan tidak lengkap dan rosak. Kemudahan prasarana seperti bekalan elektrik, perkakasan Makmal Sains atau Kemahiran Hidup atau kemudahankemudahan lain yang rosak dan tidak lengkap akan mengganggu kelicinan dan keberkesanan proses pengajaran.

(b)

Sistem pengudaraan dan pencahayaan yang tidak cukup menyebabkan ruang atau kelas menjadi kurang kondusif. Keberkesanan pengajaran guru tidak terhasil disebabkan

keselesaan guru mengajar dan murid belajar terhalang dengan keadaan kelas yang tidak kondusif. (c) Kepimpinan sekolah terutama Pengetua dan Guru Besar bertanggung jawab bagi mencari jalan penyelesaian supaya segala isu yang timbul dapat diatasi serta mencari jalan bagi mengurangkan aktivti bukan pengajaran yang menjadi

penghalang kepada proses PdP.

CADANGAN TINDAKAN/ PENYELESAIAN

Dalam usaha memaksimumkan waktu pengajaran (maximizing instructional time) beberapa pendekatan boleh diambil. Hawthorne Elementary

Muka Surat

| 104

Melindungi Masa Instruksional (MMI)


Kembali Kepada Yang Asas : Pemimpin Instruksional, Guru Mengajar, dan Murid Belajar

SchoolIllinois, Amerika Syarikat, telah menetapkan polisi bagi mengawal gangguan semasa proses PdP dijalankan. Prosedur yang telah ditetapkan ialah:

1.

Penyiaran pesanan melalui alat pembesar suara hanya boleh dilakukan sekiranya berlaku kecemasan dan tidak dijangka sahaja.

2.

Murid akan mengikuti proses pembelajaran sebaik sahaja mereka tiba di kelas.

3.

Hanya panggilan kecemasan akan dihantar ke kelas semasa proses PdP berjalan.

4.

Hanya tetamu yang dijangka sahaja dibenarkan melawat kawasan pembelajaran.

5.

Jadual kelas yang disusun akan mengurangkan masa peralihan antara satu kelas dengan kelas yang lain.

6.

Aktiviti yang dijadualkan untuk memberikan ganjaran kepada tingkah laku murid akan diselaraskan dengan kurikulum dan garis panduan pengajaran.

7.

Penyiaran video dan televisyen hanya akan digunakan untuk tujuan pengajaran yang menyokong kandungan utama pengajaran.

Lembaga pentadbir bagi Barrington School District juga telah membentuk polisi yang serupa seawal tahun 1994 lagi dalam memaksimumkan waktu PdP. Antara garis panduan yang dibentuk ialah:

Muka Surat

| 105

Melindungi Masa Instruksional (MMI)


Kembali Kepada Yang Asas : Pemimpin Instruksional, Guru Mengajar, dan Murid Belajar

1.

Kelewatan murid ke kelas perlu diklasifikasikan sama seperti tidak hadir. Kelewatan yang melampau akan dikenakan tindakan seperti ponteng.

2.

Murid yang menimbulkan gangguan di dalam kelas akan dikenakan tindakan disiplin seperti yang telah ditetapkan dalam peraturan sekolah.

3.

Gangguan kepada masa pengajaran perlu dielakkan seboleh mungkin. Pihak Lembaga Sekolah memastikan pihak pentadbiran untuk

meminimumkan pengumuman melalui pembesar suara, lawatan ke kelas dan gangguan-gangguan lain kecuali situasi kecemasan. Guru juga tidak akan diganggu dengan panggilan telefon.

4.

Rundingan atau mesyuarat yang melibatkan guru akan dijalankan di luar masa PdP. Mesyuarat sebegini boleh diadakan sama ada sebelum atau selepas waktu persekolahan.

Dalam menangani halangan-halangan yang timbul untuk MMI, maka terdapat syor yang boleh dipertimbangkan untuk dilaksanakan. Antaranya mengenai sikap guru yang kurang bersedia. Guru perlu membuat persediaan berpandukan RPT dan Sukatan Pelajaran . Pihak pentadbir perlu membuat pencerapan dan pemantauan berekod disamping sentiasa memberikan bimbingan dan nasihat melalui mesyuarat, perhimpunan, dan dalam setiap perjumpaan dengan guru.

Bagi guru berkursus, Pendidikan Jarak Jauh (PJJ), sakit atau bercuti, disyorkan setiap guru mengadakan headcount masa peribadi masing-masing. Jika jumlah jam tidak mencukupi, mereka perlu membayar masa tersebut melalui kelas tambahan. Juga dicadangkan supaya diadakan amalan berjual beli jadual waktu selain menyediakan bahan untuk guru ganti .
Muka Surat

| 106

Melindungi Masa Instruksional (MMI)


Kembali Kepada Yang Asas : Pemimpin Instruksional, Guru Mengajar, dan Murid Belajar

Bagi menangani isu sikap murid, antaranya masalah murid datang ke kelas dalam keadaan tidak bersedia dan bising di dalam kelas, menjadi tanggungjawab ibu bapa di rumah untuk mengingatkan murid secara berterusan mengenai kepentingan pembelajaran dengan menekankan kawal selia kendiri (bertanggungjawab).

Pengurusan masa PdP amat penting terutama peralihan dari satu kelas ke kelas yang lain melibatkan masa yang lama. Oleh itu, susun atur kedudukan kelas dan bilik-bilik khas perlu berdekatan. Bagi guru pula, masa yang panjang terpaksa diambil untuk menyediakan peralatan untuk digunakan dalam pengajaran seperti peralatan ICT dan bahan cetakan, masa tidak mencukupi dan hilang dalam masa perancangan akibat daripada terlibat dalam mesyuarat, kursus dan kerja komuniti. Oleh itu, disyorkan agar guru bersedia awal dengan peralatan dan bahan cetakan sebelum memasuki kelas.Guru juga tidak perlu terlalu ambitious dalam pengajaran.Apa yang boleh dilakukan ialah menggunakan kelengkapan mengikut kapasiti dan kebolehan supaya tidak berlaku pembaziran masa hanya untuk membuat persediaan. Dengan ini, dapat dipastikan masa instruksional dilindungi.

Halangan mengenai saiz dan komposisi kelas juga memberikan kesan kepada proses instruksional. Antara isu utama ialah murid yang pelbagai kebolehan berada dalam kelas yang sama, bilangan murid yang ramai untuk sebuah kelas dan murid yang kurang upaya tanpa sumber dan sokongan sempurna. Bagi menangani masalah ini pentadbir perlu membuat kajian mendalam mengenai saiz kelas melalui pelbagai kaedah seperti, nisbah murid dan guru dan pengagihan saiz kelas sebenar untuk memastikan bilangan guru dan murid diagih secara adil. Selain itu, tahap keupayaan murid juga perlu diambil kira bagi menentukan pembahagian kelas agar keupayaan

Muka Surat

| 107

Melindungi Masa Instruksional (MMI)


Kembali Kepada Yang Asas : Pemimpin Instruksional, Guru Mengajar, dan Murid Belajar

muridbolehdiselaraskan bagi memudahkan guru mengenal pasti kaedah pengajaran yang sesuai dijalankan ketika masa instruksional.

Seterusnya,halangan ujian dan penilaian. Situasi ini diterjemahkan dengan halangan seperti kekerapan ujian dan penilaian, (peringkat sekolah, negeri, dan kebangsaan), tempoh masa yang diperlukan untuk ujian, jadual ujian seperti tarikh ujian yang awal dan berlaku pertindihan masa ujian,dan masa atau tempoh ujian terlalu lama. Antara langkah yang boleh diambil ialah melanjutkan masa ujian sehingga kewaktu petang dan mempraktikkan PBS dengan sepenuhnya serta mengurangkan kekerapan ujian terutama ujian peringkat sekolah dan membuat perubahan jadual dengan membuat jadual yang lebih fleksibel. Setiap jadual ujian perlu mengambil kira jadual akademik dan jadual ujian peringkat sekolah, negeri,dan kebangsaan.

Akhir sekali, masalah penyimpanan rekod dan kertas kerja. Masalah ini telah dikenalpasti sebagai antara masalah utama menghalang proses instruksional. Masalah ini dikenal pasti melalui kajian yang telah dibuat oleh Banicky dan Janicki (2006). Antara masalah yang telah dikenal pasti ialah mendokumenkan kehadiran murid dan juga dokumentasi mengenai mesyuarat dan juga laporan tertentu.Kaedah utama yang disyorkan ialahmengupah pembantu guru dalam melakukan tugasan bukan pengajaran ini. Kaedah lain ialah mengagihkan sama rata tugas bukan instruksional ini kepada semua guru.

Keseluruhannya, dapat dirumuskan kebijaksanaan pentadbir, komitmen guru,dan kesediaan murid dilihat dapat melindungi masa instruksional dengan maksimum.

Muka Surat

| 108

Melindungi Masa Instruksional (MMI)


Kembali Kepada Yang Asas : Pemimpin Instruksional, Guru Mengajar, dan Murid Belajar

KESIMPULAN

Berdasarkan masalah yang dibincangkan, dapat disimpulkan bahawa halangan utama kepada memaksimumkan proses PdP termasuklah sikap guru, sikap murid, faktor pengurusan, dan prasarana. Isu lain termasuklah perancangan masa, saiz dan komposisi kelas, ujian dan penilaian dan pengurusan rekod, dan kertas kerja. Semua pihak di JPN, pentadbiran sekolah, guru, murid, staf sokongan, ibu bapa, dan masyarakat perlulah meyakinibahawa MMI akan memastikan keberhasilan pembelajaran murid. Keberkesanan pelaksanaan strategi MMI dilihat dan dinilai melalui kejayaan pemimpin sekolah mentadbir dan bekerjasama dengan warga sekolah untuk peningkatan prestasi murid.

SYOR

1.

Saiz Bilik darjah

Saiz bilik darjah yang kecil tetapi menempatkan murid yang agak ramai menyebabkan PdP tidak berkesan. Disyorkan supaya saiz bilik darjah dibesarkan ataupun bilangan murid setiap kelas dikurangkan.

2.

Penyelarasan Aktiviti

KPM, JPN atau PPD perlu membuat penyelarasan aktiviti semua bahagian atau sektor bagi mengelakkan ramai guru yang meninggalkan sekolah untuk mengikuti kursus, taklimat, mesyuarat, dan sebagainya. Disyorkan supaya penjadualan serta penyelarasan dapat diambil agar masa dan hari yang digunakan tidak banyak melibatkan masa PdP guruguru di sekolah.

Muka Surat

| 109

Melindungi Masa Instruksional (MMI)


Kembali Kepada Yang Asas : Pemimpin Instruksional, Guru Mengajar, dan Murid Belajar

3.

Peranan PIBG

PerananPIBG dalam membantu sekolah untuk membimbing anak-anak supaya mengutamakan pembelajaran dalam kelas hendaklah diterapkan sepanjang masa.

4.

Nisbah Guru

Nisbah guru 1:5 yang sedia ada hendaklah dikaji semula agar dapat ditingkatkan kepada 1:7 supaya bilangan guru yang mencukupi di sekolah untuk melaksanakan PdP yang berkesan.

Rujukan Banicky, A.L & Janicki, H.L . (2006). Maximizing Instructional Time: Identifying Impediments and Strategies, Survey, Result and Recommendations.Virginia Beach City Public Schools. Barrington School District Policy.(1994). Instructional Time.Barrington School. Edmond, R. (1979). Effective Schools for Urban Poor.Educational Leadership. 37: 15-24. Hallinger, P. & Murphy, J. (1987). Assessing and Developing Principal Instructional Leadership. Journal of Educational leadership.45(1). Sazali Yusoff, Rusmini Ku Ahmad, Abang Hut Abang Engkeh & Zamri Abu Bakar.(2007). Perkaitan antara Kepimpinan Instruksional Terhadap Sekolah Berkesan.Jurnal Pengurusan dan Kepimpinan Pendidikan. Institut Aminuddin Baki. 17 (2): 105-117. School-Based Decision Making Policy.(2009). Protection of Instructional Time. Hawthorne Elementary School. Sufaat Tumin. (2012). Melindungi Masa Instruksional (Protecting Instructional Time) di Sekolah untuk Meningkatkan Keberhasilan Pembelajaran Murid. Persidangan Kebangsaan Pengetua Malaysia 2012.
Muka Surat

| 110

Melindungi Masa Instruksional (MMI)


Kembali Kepada Yang Asas : Pemimpin Instruksional, Guru Mengajar, dan Murid Belajar

MELINDUNGI MASA INSTRUKSIONAL MELALUI PROGRAM PENDIDIKAN

Muka Surat

| 111

Melindungi Masa Instruksional (MMI)


Kembali Kepada Yang Asas : Pemimpin Instruksional, Guru Mengajar, dan Murid Belajar

MELINDUNGI MASA INSTRUKSIONAL MELALUI PROGRAM PENDIDIKAN

oleh HAJAH RAHINUN BT MOHD NOOR, B.C.K.


SMK Sultanah Bahiyah Alor Setar,Kedah Darul Aman

ABSTRAK

Perkembangan mutakhir sistem pendidikan di Malaysia, menuntut kebijaksanaan pendukungnya untuk merealisasikan wawasan pendidikan negara dan citra Wawasan 2020. Visi Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) adalah untuk menzahirkan sistem pendidikan berkualiti bertaraf dunia dan menjadikan Malaysia sebagai pusat kecemerlangan ilmu. Selaras dengan visi tersebut, usaha Kementerian Pendidikan memperkenalkan konsep masa instruksional menuntut warga pendidik mengurangkan pelbagai halangan bagi memastikan pembelajaran berlaku secara bermakna dalam kalangan murid. Pihak sekolah perlu memastikan kelas berlangsung sama ada dengan kehadiran atau tanpa kehadiran guru. Pengisian kertas kerja ini membincangkan konsep masa instruksional, jenis gangguan masa instruksional,dan langkah-langkah sekolah ini menangani gangguan masa instruksional. Langkah menangani gangguan masa instruksional ini sememangnya berupaya diaplikasikan oleh semua sekolah di negara ini jika budaya kerja cemerlang benar-benar dihayati oleh warga pendidik.

Muka Surat

| 112

Melindungi Masa Instruksional (MMI)


Kembali Kepada Yang Asas : Pemimpin Instruksional, Guru Mengajar, dan Murid Belajar

PENGENALAN

Pelbagai pelan transformasi telah dijalankan oleh kerajaan untuk memastikan setiap warganegara menikmati pendidikan berkualiti seterusnya melahirkan modal insan berketerampilan. Peningkatan kualiti insan ini diharapkan dapat meningkatkan daya saing negara dalam semua bidang sama ada pada peringkat nasional mahupun antarabangsa. Sehubungan dengan itu, Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) mengambil inisiatif dengan mengadakan berbagai-bagai program transformasi dan berusaha untuk meneroka kaedah yang lebih efektif untuk memastikan golongan sasaran, iaitu murid-murid sama ada di Sekolah Rendah atau Sekolah Menengah dapat menerima pendidikan yang lebih berkualiti dan berkesan sepanjang masa. Keberhasilan pembelajaran murid merupakan fokus utama dalam semua program dan rancangan yang dirangka oleh KPM. Sejajar dengan itu, KPM perlu memastikan PdP dapat dilaksanakan tanpa halangan untuk mencapai objektif yang disasarkan. Satu daripada transformasi yang perlu dilaksanakan adalah untuk MMIdi sekolah sebagai satu cara yang paling berkesan untuk memastikan murid-murid mendapat input pembelajaran yang maksimum.

MMI merupakan salah satu komponen fungsi kepimpinan instruksional dalam menjayakan pembelajaran secara berkesan di sekolah. Komponen ini perlu diberikan perhatian dalam memastikan keberhasilan pembelajaran murid untuk membangunkan modal insan yang kreatif, kritis, dan inovatif. Oleh itu, pengurangan masa instruksional perlu dibendung bagi memastikan tempoh masa untuk pembelajaran berkesan dalam kalangan murid meningkat. Sehubungan dengan itu, sesebuah sekolah memerlukan corak kepimpinan yang mantap supaya dapat mentransformasikan organisasinya dengan lebih berkesan. Dalam hal ini, perkara yang lebih penting adalah dengan mewujudkan budaya pembelajaran, penumpuan kepada PdP yang bervisi serta mempunyai misi yang jelas. Penambahbaikan kaedah MMI ini penting untuk
Muka Surat

| 113

Melindungi Masa Instruksional (MMI)


Kembali Kepada Yang Asas : Pemimpin Instruksional, Guru Mengajar, dan Murid Belajar

memastikan tadbir urus proses pendidikan di sekolah lebih berkualiti dan berkesan.

Sekolah Menengah KebangsaanSultanah Bahiyah (SMKSB) telah merangka dan melaksanakan pelbagai program untuk memastikan masa instruksional dapat dilindungi dengan baik. Program ini sentiasa diberikan tambah nilai dari semasa ke semasa untuk menjadikannya lebih berkesan dan selaras dengan hala tuju KPM. Keberkesanan program ini dapat dilihat

berdasarkan lonjakan pencapaian muriddalam semua bidang sama ada kurikulum, kokurikulum ataupun sahsiah murid.

PERNYATAAN ISU

Masa instruksional bermaksud waktu satu proses PdP oleh guru kepada murid berbentuk arahan, tunjuk cara, penerangan lisan, dan bukan lisan, atau bentukbentuk lain yang bertujuan membolehkan murid belajar secara lebih berkesan manakala MMI (protecting instructional time) di sekolah untuk meningkatkan keberhasilan pembelajaran murid bermaksud PdP dapat dilaksanakan tanpa halangan bagi mencapai objektif yang disasarkan.

1.

Kategori masa instruksional sekolah Kategori


Masa persekolahan (Allocated schooling time) Masa bilik darjah (Allocated class time)

Penjelasan
Jumlah masa murid hadir ke sekolah. Jumlah masa murid berada di dalam kelas (tidak termasuk waktu rehat, pertukaran kelas, waktu makan tengah hari, dan lain-lain). Merupakan subkategori masa persekolahan. Jumlah masa yang digunakan untuk instruksional (tidak termasuk gangguan, pengurusan rekod,dan lain-lain).

Masa instruksional (Instructional time)

Muka Surat

| 114

Melindungi Masa Instruksional (MMI)


Kembali Kepada Yang Asas : Pemimpin Instruksional, Guru Mengajar, dan Murid Belajar

Kategori
Masa pembelajaran akademik (Academic learning time)

Penjelasan
Jumlah masa instruksional iaitu murid memberikan perhatian dan menerima pengajaran pada tahap penguasaan tertentu serta berlakunya pembelajaran berkesan dan bermakna.

Seseorang guru telah ditetapkan menjalankan tugas utama mereka iaitu mengajar atau menjalankan instruksional untuk tempoh tertentu. Tugas mengajar guru akademik dalam skim perkhidmatan pendidikan menyatakan bahawa seseorang guru seharusnya mengajar antara 22 hingga 30 waktu seminggu.

Sebenarnya, sekolah telah merangka masa instruksional yang ideal namun masa berkenaan tidak sepenuhnya menjanjikan pembelajaran berkualiti atau pembelajaran berkesan disebabkan faktor gangguan tertentu yang berlaku di sekolah dan didalam bilik darjah.

2. Bil. 1.

Kategori Gangguan Masa Instruksional Kategori Faktor Gangguan Faktor Pengurusan Sekolah Kelompok
Guru Tiada

Contoh Gangguan
Guru tiada di sekolah, guru ada di sekolah tetapi tidak berada di dalam kelas, tidak cukup guru, guru hadir kursus atau tugas luar, guru menduduki peperiksaan, dan aktiviti kokurikulum/sukantara. Pengumuman dari pembesar suara, susun atur kelas atau sekolah, prasarana sekolah dan persekitaran. Guru cuti sakit, cuti kecemasan, hal-hal peribadi, kesediaan murid belajar, kesediaan guru mengajar, dan melaksanakan tugas sampingan. Menghadiri mesyuarat, dipanggil ke pejabat, menghadiri kursus, taklimat peperiksaan, menjalankan tugas jurulatih utama, dan sambutan lawatan pelawat.
Muka Surat

Gangguan Fizikal Gangguan Luar Jangka

Gangguan Adhoc

| 115

Melindungi Masa Instruksional (MMI)


Kembali Kepada Yang Asas : Pemimpin Instruksional, Guru Mengajar, dan Murid Belajar

Bil. 2.

Kategori Faktor Gangguan Faktor Instruksional Guru

Kelompok
Kualiti Pembelajaran Murid

Contoh Gangguan
Kesediaan murid belajar, kualiti guru, proses PdP, sikap guru, guru bukan opsyen, kompetensi guru, dan kesediaan guru mengajar

LANGKAH-LANGKAH PENYELESAIAN MASALAH :

1.

Penghayatan Budaya Kerja Cemerlang Warga Sekolah

Kebanyakan isu yang berkaitan dengan masa instruksional di sekolah dapat diatasi dengan adanya penerapan budaya cemerlang dalam kalangan warga SMK Sultanah Bahiyah yang wajar dicontohi oleh sekolah lain.

Selain mengurus dan mentadbir sekolah, Pengetua sebagai pemimpin instruksional telah memastikan kualiti PdP di sekolah terjamin dan dipertingkatkan secara berterusan.

Pemantauan kurikulum berkualiti digunakan sebagai instrumen untuk memantapkan pengurusan dan keberkesanan program di sekolah yang meliputi :

(a) (b) (c) (d) (e)

Pemantauan rekod PdP Pencerapan PdP Semakan buku latihan Pemantauan bilik darjah Pemantauan prestasi murid

Muka Surat

| 116

Melindungi Masa Instruksional (MMI)


Kembali Kepada Yang Asas : Pemimpin Instruksional, Guru Mengajar, dan Murid Belajar

Pihak Pengurusan memberikan maklumat dan pendedahan berkaitan Surat Pekeliling dan arahan daripada pihak Kementerian dan Jabatan supaya guru-guru memahami peranan dan amanah yang dipikul sebagai seorang guru.

2.

Latihan Dalam Perkhidmatan (LADAP)

Profesion keguruan terdedah kepada perubahan semasa menyebabkan pengetahuan dan kemahiran yang dipelajari dan dikuasai suatu ketika dulu tidak lagi relevan pada masa ini. Oleh sebab itu, LADAP dalam perkhidmatan sangat diperlukan bagi menangani perubahan ini. LADAP di sekolah ini telah berjaya meningkatkan prestasi kemahiran bekerja secara kumpulan dan individu, mengukuhkan pengalaman serta perkembangan kerjaya guru selain membentuk pengetahuan profesional yang berjaya menyediakan guru untuk menghadapi perubahan.

(a) (b) (c)

Pengetahuan dan profesionalisme Kemahiran profesionalisme Nilai dan amalan profesionalisme

Jadual 1 : Latihan Dalam Perkhidmatan Yang Dijalani oleh GuruGuru SMKSB

Bil. 1. 2. 3. 4. 5. 6. 7.

Tahun 2009 Teach To Teach


Pembinaan Item Kajian Tindakan

Tajuk

Tarikh
23/03/2009 28/03/2009 20/06/2009 25/07/2009 08/08/2009 15/08/2009 03/10/2009
Muka Surat

Penguasaan Web TV dalam PdP Pembinaan Modul PdP Excell in Excel Perancangan Strategik

| 117

Melindungi Masa Instruksional (MMI)


Kembali Kepada Yang Asas : Pemimpin Instruksional, Guru Mengajar, dan Murid Belajar

Bil. 8. 9. 10. 11. 12. 13. 14. 15. 16. 17. 18. 19. 20. 21. 22. 23. 24. 25. 26. 27. 28. 29. 30. 31.

Tahun Tajuk 2010 Penggunaan Adobe Photoshop dalam PdP


Penambahbaikan PdP Menerusi Amalan Reflektif Pembinaan Modul PdP Pelaksanaan Kaedah Latihan Secara Pembacaan Buku Guru Jutawan Akhirat

Tarikh
27/03/2010 24/04/2010 08/05/2010 24/07/2010 28/12/2010 09/01/2011 18/01/2011 22/01/2011 23/01/2011 13/02/2011 04/03/2011 03/04/2011 08/04/2011 -09/04/2011 16/06/2011 26/06/2011 010/3/2012 01/04/2012 23/04/2012 15/05/2012 18/06/2012 25/07/2012 05/08/2012 -

2011

Etika Kerja Nilai dan Etika Kerja Pengurusan Item Bidasan A Bidasan A Standard Kualiti Pendidikan Malaysia Perhimpunan Intelek (Pengurusan Bilik Darjah) Perhimpunan Intelek (Pengurusan Kelas dan Kesejahteraan Murid) Membina Diri, Membimbing Rakan di Sekolah Cemerlang ICT dalam PdP (Introduction To Video Editing) Pengenalan Website

2012

Guru Sayang Murid Kemahiran Menangani Stres dalam Kalangan Guru Mencipta Kepuasan Bekerja dalam Kalangan Guru Guru Inovatif Melonjakkan Transformasi Pendidikan Negara Pembinaan Modul PdP Tatasusila Profesion Keguruan Guru-Guru Islam Membangunkan Kapasiti Profesion Keguruan Berdasarkan Perspektif Islam Pelaksanaan Kaedah Latihan Secara Pembacaan Buku

Muka Surat

| 118

Melindungi Masa Instruksional (MMI)


Kembali Kepada Yang Asas : Pemimpin Instruksional, Guru Mengajar, dan Murid Belajar

3.

Penerapan Budaya Kerja Cemerlang dalam Kalangan Guru.

(a)

Orientasi Guru Baharu

i.

Garis Panduan Budaya Sekolah Kehadiran guru ke sekolah: Semua guru datang ke sekolah sebelum pukul 7.30 pagi. Kedatangan pada waktu pagi dan waktu pulang tiap-tiap hari dilaksanakan melalui kaedah thumbprint. Tugas guru mata pelajaran waktu pertama: Guru-guru berada bersama-sama murid kelas masingmasing semasa perhimpunan untuk memantau disiplin mereka dan membaca Surah Yasin bersama-sama. Perhimpunan mingguan: Semua guru perlu mematuhi tatacara perhimpunan mingguan Ketepatan masa bekerja: Semua guru dikehendaki menepati masa: o Masuk dan keluar kelas. o Mesyuarat o Aktiviti-aktiviti sekolah o Menghantar laporan / tugasan o Key-in markah

ii.

PdP yang cemerlang Guru-guru merancang PdP berdasarkan rancangan pelajaran tahunan dan harian. Guru-guru dikehendaki memantau murid semasa melaksanakan latihan. Perhatian khusus perlu diberikan kepada murid yang lemah pencapaiannya dan muridMuka Surat

| 119

Melindungi Masa Instruksional (MMI)


Kembali Kepada Yang Asas : Pemimpin Instruksional, Guru Mengajar, dan Murid Belajar

murid

lain

secara

individu.

Buku

pemantauan

kehadiran ditandatangani semasa waktu PdP dan menggantikan kelas ganti. Rujuk kepada mentor jika ada masalah berkaitan PdP.

iii.

Semua guru ialah guru disiplin Menegur murid yang berada di luar kelas sewaktu PdP. Memastikan semua murid yang keluar kelas membawa kad kebenaran. Memastikan murid berbaris semasa bergerak ke bilikbilik khas, dewan, atau padang. Pergerakan tersebut mestilah pantas dan berhemah. Memastikan murid-murid mematuhi laluan khas semasa datang dan pulang dari sekolah.

iv.

Kebersihan kelas Sebelum memulakan PdP, semua guru perlu memastikan kebersihan kelas berada pada tahap cemerlang dan mengarahkan murid untuk membersihkan kelas selepas PdP. Guru tingkatan perlu pantas untuk memastikan kebersihan, keceriaan, dan kekemasan bilik darjah sepanjang masa.

v.

Guru berkursus Guru melengkapkan dan menyerahkan minit curai atau laporan kepada Pengetua 3 hari selepas menghadiri kursus. Guru Kanan memastikan guru yang berkursus

melaksanakan kursus dalaman kepada guru-guru lain.

Muka Surat

| 120

Melindungi Masa Instruksional (MMI)


Kembali Kepada Yang Asas : Pemimpin Instruksional, Guru Mengajar, dan Murid Belajar

vi.

Tindakan sebelum dan selepas menghadiri kursus Guru-guru berkursus dikehendaki mengisi butir-butir kursus yang bakal dihadiri dalam Buku Daftar Kursus: Guru-guru menyediakan modul siap siaga sebelum berkursus. Guru menggantikan waktu PdP yang tertinggal melalui kelas tambahan waktu petang.

vii.

Tarikh akhir/due date Guru-guru perlu memberikan perhatian tentang tarikh akhir serahan tugasan.

viii.

Tugas-tugas luar Guru-guru perlu memberikan pertimbangan atas

kepentingan dan kekerapan melaksanakan tugas-tugas luar.

ix.

Tempat larangan murid Murid dilarang masuk ke dalam Bilik Guru dan murid tidak dibenarkan sama sekali masuk ke dalam Bilik Peperiksaan untuk sebarang urusan.

x.

Kes Khas Guru-guru perlu segera menghubungi Pengetua untuk memaklumkan sebarang kes yang melibatkan murid sama ada di dalam kelas atau di luar kelas.

xi.

Guru Ganti Guru menjalankan aktiviti PdP seperti biasa dengan menggunakan modul Siap Siaga atau Guru Muda.
Muka Surat

| 121

Melindungi Masa Instruksional (MMI)


Kembali Kepada Yang Asas : Pemimpin Instruksional, Guru Mengajar, dan Murid Belajar

xii.

Aktiviti luar sekolah Guru-guru perlu memastikan murid-murid menyerahkan surat kebenaran waris yang telah ditandatangani. Muridmurid dikehendaki berpakaian seragam atau baju sukan yang lengkap. Semua guru peka tentang perjalanan harian sekolah kerana banyak aktiviti pendidikan diadakan di sekolah.

(b)

Guru-guru selesa bertugas di SMKSB kerana masalah yang dihadapi boleh dibincangkan dengan pihak pengurusan untuk mendapatkan alternatif yang merangkumi aspek: Akademik , pembangunan sahsiah, pencapaian kokurikulum, dan kes-kes khas i. ii. iii. Perjumpaan guru akademik bersama Pengetua Perjumpaan guru tingkatan bersama Pengetua Perjumpaan kes-kes khas bagi menyelesaikan sesuatu masalah

(c)

Penghargaan khas sebagai insentif kepada guru i. ii. iii. iv. Kehadiran penuh Buku Rekod Cemerlang Cenderamata sempena pelbagai sambutan/perayaan Sijil penghargaan dan pengukuhan lisan

4.

Keistimewaan Guru SMKSB

(a)

Guru Cemerlang telah mencetus jiwa baharu dalam kalangan guru sekolah ini.

(b)
Muka Surat

| 122

Melindungi Masa Instruksional (MMI)


Kembali Kepada Yang Asas : Pemimpin Instruksional, Guru Mengajar, dan Murid Belajar

Bil. 1. 2. 3. 4. 5. 6. (c)

Subjek
Bahasa Melayu Sejarah Kimia Geografi Pendidikan Seni Kaunselor

Bilangan Guru
3 1 1 2 1 1

Pengalaman

orang

Jurulatih

Utama

juga

memacu

kecemerlangan rakan-rakan guru di sekolah ini.

(d)

Budaya PERASA sentiasa diamalkan dalam kalangan warga SMKSB, melalui program : i. Bidasan A (Platform perbincangan untuk memantapkan prestasi cemerlang murid) ii. Membimbing Rakan di Sekolah Cemerlang (Semangat kerja sepasukan terjalin hingga kini)

(e)

Semua guru sekolah ini berpengalaman dan berkemampuan menjayakan pelbagai program yang dianjurkan bukan sahaja oleh sekolah tetapi oleh pihak PPD, JPN, dan KPM mengikut masa yang ditetapkan.

(f)

Guru sentiasa terpilih untuk menjadi anggota jawatan kuasa pelbagai program di luar sekolah berdasarkan kepakaran masingmasing.

(g)

Semua guru sekolah peka akan pentingnya ketepatan waktu berdasarkan petunjuk kehadiran melalui thumbprint.

(h)

Semua guru mempunyai komitmen yang cemerlang dalam proses PdP melalui hasil petunjuk (SKPM) iaitu 95.00%.
Muka Surat

| 123

Melindungi Masa Instruksional (MMI)


Kembali Kepada Yang Asas : Pemimpin Instruksional, Guru Mengajar, dan Murid Belajar

5.

Keistimewaan Murid SMKSB

a)

Situasi pembelajaran dalam kelas sentiasa berada dalam keadaan terkawal dengan wujudnya Majlis Ketua Tingkatan. Ketua Tingkatan berperanan untuk memantau: 1. Buku log pemantauan kehadiran guru dan murid di dalam kelas. 2. 3. Kelas kondusif melalui Program Kelasku Kebanggaanku. Memastikan guru mata pelajaran dan guru ganti masuk ke dalam kelas untuk PdP. Semua

b)

Persiapan awal menjana minda murid supaya menjadi murid cemerlang yang menghargai setiap masa pembelajaran dan pengajaran melalui:

i.

Orientasi merentasi tingkatan Pengisian STPM Suai kenal guru dan budaya sekolah Inventori Pendedahan kemahiran belajar Pendedahan Sukatan Mata Pelajaran HalaTuju selepas PMR,SPM,dan

ii.

Qiamullail merentasi tingkatan Pengisian Bacaan Yasin Ceramah Sembahyang berjemaah dan qiamullail Ceramah Kebesaran Islam
Muka Surat

| 124

Melindungi Masa Instruksional (MMI)


Kembali Kepada Yang Asas : Pemimpin Instruksional, Guru Mengajar, dan Murid Belajar

Solat Zohor Perdana pada hari Selasa dan solat Zohor mengikut tingkatan

Mutiara Hati Kem Bina Jati Diri (Bimbingan Khas) Perkongsian pintar murid bersama murid Insitusi Pengajian Tinggi

Awam (IPTA) Kem Pembangunan Jati Diri Remaja Kelompok Perbincangan antara

Individu Kem Puteri Solehah (Solat yang Sempurna)

iii.

Motivasi Berfasa - Dilaksanakan 4 kali setahun bagi setiap tingkatan Pengisian Memantapkan Teknik dan Kemahiran Belajar Pengurusan masa Hala tuju selepas PMR, SPM, dan STPM Program Jalinan bersama IPT, Non Goverment Organization (NGO), dan agensi kerajaan Program Jaringan bersama sekolah Berprestasi Tinggi, Sekolah Kluster, dan Sekolah Berasrama Penuh

iv.

Program Sekolah Penyayang

v.

Sekolah dalam Taman


Muka Surat

| 125

Melindungi Masa Instruksional (MMI)


Kembali Kepada Yang Asas : Pemimpin Instruksional, Guru Mengajar, dan Murid Belajar

vi. vii.

Program bina insan kepada murid yang bermasalah Bacaan Yasin setiap pagi sebelum kelas bermula tepat pada jam 7.20 pagi

PENYELESAIAN ISU

1.

Jumlah masa murid hadir ke sekolah berjaya ditangani

(a)

Kepung ponteng Kaedah pelaksanaan: Pentadbir menganalisis kehadiran murid mengikut bulan Murid yang tidak hadir melebihi 10 hari akan dirujuk kepada kaunselor Murid dipanggil mengikut tingkatan dan diberi taklimat kesan ponteng Murid menjalani sesi kaunseling berkelompok Kehadiran murid berkenaan dicatat setiap hari di bilik kaunselor Jika tidak hadir murid diminta memberikan dokumen tunjuk sebab Sekiranya tidak hadir 3 hari berturut-turut akan diberi sesi kaunseling individu Pemantauan berterusan akan terus dilakukan Sesi perbincangan dengan waris mengikut keperluan

Muka Surat

| 126

Melindungi Masa Instruksional (MMI)


Kembali Kepada Yang Asas : Pemimpin Instruksional, Guru Mengajar, dan Murid Belajar

(b)

Menyelesaikan masalah guru tiada.

i.

Modul Jadual Ganti Berfokus Sekolah melaksanakan: Modul yang dilaksanakan di sekolah ini bermatlamatkan isu, guru tiada di sekolah atau di dalam bilik darjah, agar masa instruksional murid di dalam bilik darjah tidak terganggu. Pelaksanaan modul guru ganti bagi guru yang menghadiri urusan luar sekolah yang tarikhnya diketahui terlebih awal.

Tarikh urusan rasmi dimaklumi lebih awal bagi guru yang terlibat. Guru rancang, sediakan bahan/modul PdP untuk kelas yang ditinggalkan Bahan mencukupi, dilabel ikut mata pelajaran dan kelas, diserah pada Guru Kanan Guru ganti mengambil bahan dari bilik Guru Kanan Modul dilaksanakan dalam waktu ganti, dikumpul, dan diserahkan kepada guru mata pelajaran untuk tindakan selanjutnya.

Catatan

Buku

log

keluar

masuk

guru

dan

bahan/modul yang disediakan, dicatat dalam buku log bagi tujuan pemantauan oleh pihak pengurusan. Di sekolah ini juga, pelaksanaan jual beli waktu pengajaran di dalam kelas berlaku dengan baik apabila guru-guru bertugas di luar sekolah. Guru-guru sendiri mempunyai rasa tanggungjawab dalam memastikan PdP tetap berlaku walaupun mereka tiada di sekolah.

Muka Surat

| 127

Melindungi Masa Instruksional (MMI)


Kembali Kepada Yang Asas : Pemimpin Instruksional, Guru Mengajar, dan Murid Belajar

Pihak

pengurusan

akan

dimaklumkan

tentang

pelaksanaan jual beli waktu pengajaran tersebut.

ii.

Modul Siap Siaga Modul ini diguna pakai apabila guru tiada atau murid tiada Kaedah pelaksanaan Modul Siap Siaga Modul disediakan oleh panitia mata pelajaran masingmasing. Modul disimpan dalam rak yang disediakan oleh pihak pengurusan. Guru ganti atau wakil murid di dalam kelas berkenaan akan mendapatkan modul daripada pihak pengurusan. Tugasan dilaksanakan oleh murid berdasarkan modul yang dilaksanakan. Pencapaian prestasi murid direkodkan. Guru mata pelajaran menganalisis pencapaian murid dan melakukan penambahbaikan.

iii.

Program Guru Muda Program dilaksanakan apabila guru ditugaskan secara adhoc oleh pihak atasan. Kaedah pelaksanaan Program Guru Muda: Kelayakan guru muda dalam kalangan murid dikenal pasti berdasarkan keputusan peperiksaan Akhir Tahun. Pemilihan guru muda dilakukan bersama-sama guru dan murid. Kaunselor membimbing murid tentang prosedur/tugas Guru Muda. Kenal pasti kepakaran masing-masing.
Muka Surat

| 128

Melindungi Masa Instruksional (MMI)


Kembali Kepada Yang Asas : Pemimpin Instruksional, Guru Mengajar, dan Murid Belajar

Persediaan bahan dengan bimbingan guru mata pelajaran. Pencapaian prestasi rakan direkodkan setelah tamat masa PdP. Borang penilaian Guru Muda diedarkan kepada murid dan diserahkan kepada guru mata pelajaran. Guru mata pelajaran melaksanakan analisis dan penambahbaikan.

iv.

Program Teach To Teach

Program ini khusus untuk guru bukan opsyen yang bertujuan untuk memastikan: guru tersebut mendapat bimbingan daripada guru-guru berpengalaman bagi melonjakkan potensi dan

pembangunan profesional masing-masing.

Mentor dipilih untuk membimbing guru berkenaan dari segi: sukatan pelajaran dan huraian sukatan buku panduan guru perancangan tahunan dan persediaan mengajar harian sumber PdP pengurusan bilik darjah refleksi pengelolaan kurikulum

Peranan panitia mata pelajaran: Pengajaran mikro. Guru-guru didedahkan kepada teknik pengajaran mata pelajaran bukan opsyen.
Muka Surat

| 129

Melindungi Masa Instruksional (MMI)


Kembali Kepada Yang Asas : Pemimpin Instruksional, Guru Mengajar, dan Murid Belajar

Pencerapan rakan sebaya. Kemahiran PdP guru-guru bukan opsyen akan ditingkatkan apabila dicerap atau mencerap. Bengkel Penataran Kertas Jawapan murid

dilaksanakan. Bimbingan membina Bahan Bantu Mengajar (BBM). Membina modul bersama-sama mentor.

(c)

Situasi-situasi Lain

i.

Kesediaan dan keberkesanan guru melaksanakan PdP serta kesediaan murid belajar. Tiada masalah kerana budaya cemerlang guru dan murid sudah sebati.

ii.

Guru dan murid dipanggil ke pejabat. Janji temu ditetapkan selepas waktu persekolahan.

iii.

Pengumuman melalui pembesar suara dan siaran pengetua. Pengumuman ditetapkan hanya waktu rehat sahaja, siaran maklumat dicetak dan diedarkan.

iv.

Aktiviti sukan sekolah atau sukantara. Dilaksanakan pada waktu petang.

SYOR

Bersandarkan ciri-ciri kepimpinan instruksional yang dimiliki pengetua iaitu mempunyai pengetahuan yang tinggi tentang PdP untuk membangunkan profesional guru, interpersonal yang mantap, dan memotivasikan guru-guru bagi menerapkan semangat kerja sepasukan. Pelaksanaan program-program pembangunan murid pula berjaya menjana kecemerlangan murid-murid
Muka Surat

| 130

Melindungi Masa Instruksional (MMI)


Kembali Kepada Yang Asas : Pemimpin Instruksional, Guru Mengajar, dan Murid Belajar

sekolah ini. Keprofesionalisme guru-guru dapat direalisasikan melalui penghayatan visi dan matlamat yang jelas bagi menjamin keunggulan peribadi, keberhasilan kerja, komunikasi berkesan, dan berpotensi meningkatkan kecemerlangan sekolah.

Hasilnya sekolah ini telah berjaya MMImelalui pendekatan-pendekatan realistik seperti yang diutarakan. Keputusan Peperiksaan Awam sentiasa mendahului sekolah-sekolah harian biasa di Daerah Kota Setar malah beberapa buah sekolah kluster daerah-daerah lain di negeri Kedah. Kecemerlangan sekolah juga terserlah melalui penglibatan aktif murid-murid dalam bidang kokurikulum hingga ke peringkat tertinggi dan pembangunan sahsiah murid sentiasa terpelihara.

Masa

instruksional

dapat

dilaksanakan

apabila

semua

pihak

bertanggungjawab melaksanakan serta merealisasikan tugas masing-masing dan menyokong semua program melindungi masa instruksional. Usaha Kementerian Pendidikan untuk memastikan murid disediakan peluang pembelajaran yang optimum dan berkesan dapat direalisasikan.

Rujukan Robiah Sidin.(1994).Pendidikan di Malaysia: Cabaran untuk Masa Depan, Kuala Lumpur :Penerbit Fajar Bakti. McBeath.J. and Mortimore.P. (2001). Improving School Effectiveness: Open University Press. Dr Haji Ishak bin Sin, Jilid 14.Bil.02.Disember 2004Pengurusan dan Pendidikan, Mok Soon Sang. (2000).Ilmu Pendididkan KPLI Semester 1 dan 2 Bahan dari internet : deriakacamata blog spot.com/2008/11/Guru-guru Tiada di Sekolah pada Masa Persekolahan.
Muka Surat

| 131

Melindungi Masa Instruksional (MMI)


Kembali Kepada Yang Asas : Pemimpin Instruksional, Guru Mengajar, dan Murid Belajar

Bahan persembahan Persidangan Kebangsaan Pengetua Sekolah Menengah 2012 Surat Pekeliling Ikhtisas

10

MEMAKSIMUMKAN WAKTU PdP

Muka Surat

| 132

Melindungi Masa Instruksional (MMI)


Kembali Kepada Yang Asas : Pemimpin Instruksional, Guru Mengajar, dan Murid Belajar

MEMAKSIMUMKAN WAKTU PdP

oleh KHALIQUL ZAMAN BIN MOHAMED SHERIFF, SMK Guar Perahu, Bukit Mertajam, Pulau Pinang

Abstrak Memaksimumkan waktu pembelajaran telah dikenal pasti sebagai satu elemen penting yang telah berjaya meningkatkan pencapaian murid dan seterusnya meningkatkan prestasi SMK Guar Perahu. SMK Guar Perahu telah berjaya meningkatkan pencapaian prestasi sekolah khususnya dalam Peperiksaan Penilaian Menengah Rendah (PMR) dan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM). Kejayaan merealisasikan sekolah satu sesi telah banyak membantu sekolah dalam memaksimumkan waktu pembelajaran. Antaranya ialah menambah waktu PdP dari 35 minit kepada 40 minit, penambahan waktu PdP bagi mata pelajaran teras, pelaksanaan bilik darjah tambahan dan bilik darjah bimbingan selepas sekolah, dan melaksanakan program Memperkukuh Bahasa Inggeris (MBI) dalam jadual waktu persekolahan. Selain itu, sekolah juga telah berjaya mengawal masa perhimpunan harian tanpa mengganggu waktu PdP dengan menyediakan tatacara perhimpunan pagi sebagai garis panduan, menyediakan jadual guru ganti bagi guru-guru yang tidak hadir termasuk yang berkursus dan juga Guru Cemerlang serta Jurulatih Utama yang keluar atas keperluan tugas dan memastikan terdapat guru ganti bagi guru-guru yang cuti bersalin. Akhir sekali, pemantauan secara sistematik yang dilakukan oleh pentadbir dan ketua-ketua bidang serta peranan Guru Cemerlang juga telah memberikan impak yang besar kepada pencapaian sekolah. Hasilnya, pencapaian peratus kelulusan PMR telah meningkat daripada 95.0% dalam tahun 2010 kepada 97.4% pada tahun 2011. Selain itu, Gred Purata Sekolah (GPS) untuk SPM juga telah berjaya dikurangkan daripada 5.51 pada tahun 2010 kepada 5.30 pada tahun 2011. Pencapaian ini telah melayakkan sekolah dicalon untuk mendapat Baiah pada tahun 2012 apabila ranking sekolah menurun sebanyak 323 dari tangga 1283 pada tahun 2010 kepada 960 pada tahun 2011. Dengan ini, diharapkan pencapaian SMK Guar Perahu akan terus meningkat dengan program-program yang sedia ada dan ditambah dengan program-program baharu yang lebih berkesan pada masa akan datang.

Muka Surat

| 133

Melindungi Masa Instruksional (MMI)


Kembali Kepada Yang Asas : Pemimpin Instruksional, Guru Mengajar, dan Murid Belajar

PENGENALAN

SMK Guar Perahu merupakan sebuah sekolah harian luar bandar yang telah ditubuhkan pada tahun 1989. Sepanjang 22 tahun ditubuhkan, SMK Guar Perahu telah mencapai pelbagai kejayaan dalam akademik, sukan, dan juga kokurikulum. Sesuai dengan arus perdana, SMK Guar Perahu telah melaksanakan perubahan-perubahan yang dapat melonjakkan nama sekolah bukan sahaja di peringkat negeri, malah di peringkat kebangsaan. Namun begitu, sebagai sebuah institusi sosial yang utama, SMK Guar Perahu tidak terlepas daripada menghadapi pelbagai masalah.

Antara masalah utama yang dikenal pasti ialah sekolah dua sesi yang menyukarkan aktiviti diselaraskan dan juga pergerakan guru yang ramai atas keperluan tugas pada satu-satu masa. Selain itu, atas tuntutan kerajaan, kementerian dan stake holders, maka mutu pembelajaran dan pengajaran (PdP) juga perlu dipertingkatkan terutamanya melalui pemantauan yang sistematik. Satu lagi isu yang perlu diambil kira ialah cuti bersalin guru memandangkan 79% daripada guru di sekolah ini ialah guru wanita. Bersandarkan empat isu utama inilah maka SMK Guar Perahu perlu menukar status daripada sekolah dua sesi kepada sekolah satu sesi mulai tahun 2011 dengan harapan akan dapat memberikan perkhidmatan yang lebih berkesan kepada pelanggan iaitu muridmurid di daerah Seberang Perai Tengah. Selain itu, langkah-langkah tertentu juga telah diambil untuk menangani tiga isu yang lain.

Kajian tentang keberkesanan sesebuah sekolah mendapati bahawa PdP berkesan serta kompetensi guru amat berkait rapat dalam menentukan penggunaan waktu PdP yang efektif dan optimum. Dapatan pertama menekankan bahawa interaksi yang berlaku antara guru dengan murid akan dapat membantu murid dalam proses pembelajaran (Cotton, 1995). Hanya

Muka Surat

| 134

Melindungi Masa Instruksional (MMI)


Kembali Kepada Yang Asas : Pemimpin Instruksional, Guru Mengajar, dan Murid Belajar

melalui interaksi yang cukup, murid akan berasa yakin dan mampu untuk mencerakinkan apa-apa yang dipelajari (Doyle, 1985).

Sepanjang proses interaksi guru-murid ini berlaku, guru-guru bukan sahaja akan dapat memotivasikan murid malahan juga akan dapat memantau kerja rumah atau latihan-latihan yang diberikan kepada murid. Selain itu, interaksi ini juga akan dapat mengurangkan masalah disiplin dan mewujudkan suasana pembelajaran yang kondusif di dalam bilik darjah. (Anderson, 2004).

Stallings dan Mohlman, (1981) menyatakan bahawa guru berkesan meluangkan 15% daripada masanya di sekolah untuk urusan perkeranian dan pentadbiran, 50% masa untuk berinteraksi dengan murid termasuk di dalam bilik darjah dan 35% lagi masa digunakan untuk memantau kerja sekolah atau latihan murid.

Dapatan kedua menekankan kepada penggunaan waktu PdP yang efektif sebagai penentu kejayaan seseorang murid dan juga sesebuah sekolah. Para pengkaji menggunakan istilah opportunity to learn, time on task dan juga effective learning time in school and at classroom level (Stallings, 1995; Scheerens, 1992; Scheerens & Bosker, 1997) untuk menekankan perkaitan antara jumlah masa yang diluangkan di sekolah dengan kejayaan murid dan juga kejayaan sekolah. Dapatan juga menunjukkan bahawa lebih banyak masa diluangkan untuk sesi PdP, lebih tinggi kebarangkalian untuk seseorang murid itu mencapai kejayaan dalam pelajaran.

Muka Surat

| 135

Melindungi Masa Instruksional (MMI)


Kembali Kepada Yang Asas : Pemimpin Instruksional, Guru Mengajar, dan Murid Belajar

ISI KANDUNGAN

1.

Sekolah Satu Sesi

Persekolahan dua sesi mengurangkan waktu PdP sebanyak 12.5%. Persekolahan dua sesi menyukarkan pihak sekolah untuk melaksanakan program bilik darjah bimbingan kerana kekurangan tempat. Selain itu, sekolah dua sesi juga menyukarkan pelaksanaan aktiviti kokurikulum yang akhirnya menyebabkan waktu PdP kadang-kadang digunakan untuk urusan kokurikulum.

Dalam memastikan waktu (PdP) dilaksanakan secara maksimum dan lebih berkesan, pelbagai usaha telah diadakan. Antaranya ialah mewujudkan sekolah satu sesi. Sebelum ini, sekolah ini dijalankan dalam dua sesi kerana bilangan murid yang ramai iaitu melebihi 1400 orang. Namun, apabila sebuah sekolah baharu dibuka iaitu SMK Guar Perahu Indah, sebahagian murid sekolah ini dapat dipindahkan ke sekolah baharu. Pihak sekolah memanafaatkan peluangini dengan mengemukakan permohonan kepada pihak JPN untuk memohon kebenaran menukar sesi pembelajaran dari dua sesi kepada satu sesi.

Dengan wujudnya persekolahan satu sesi, waktu PdP telah ditambah kepada 40 minit untuk satu masa berbanding 35 minit dalam satu masa sebelum ini. Hal sedemikian bermakna, waktu PdP telah bertambah sebanyak 12.5 % (5/40 x 100 = 12.5%) atau 240 minit seminggu. Setiap murid menikmati waktu pembelajaran yang lebih panjang dan guru mempunyai lebih banyak masa untuk menguruskan PdP. Tugasan yang diberikan dapat disiapkan dengan lebih sempurna terutamanya apabila melibatkan waktu berganda (double period ) dan aktiviti amali .

Muka Surat

| 136

Melindungi Masa Instruksional (MMI)


Kembali Kepada Yang Asas : Pemimpin Instruksional, Guru Mengajar, dan Murid Belajar

Persekolahan satu sesi juga membolehkan murid berada lebih lama di sekolah bersama guru-guru untuk memastikan urusan PdP dapat berjalan dengan lebih berkesan. Persekolahan satu sesi menyelesaikan banyak masalah seperti aktiviti kokurikulum. Apabila aktiviti kokurikulum berjalan secara lebih terancang, maka waktu PdP tidak terganggu. Oleh itu, guru dan murid dapat menumpukan perhatian serius semasa di dalam bilik darjah. Dengan adanya persekolahan satu sesi menyebabkan aktiviti bilik darjah bimbingan / tambahan / program motivasi dapat dijalankan dengan lebih kerap sekali gus dapat menambahkan waktu PdP guru dan murid secara optimum.

Kesimpulannya, persekolahan satu sesi mampu menyelesaikan banyak masalah berkaitan PdP dan memberikan banyak kesan positif kepada murid dan para guru. Waktu PdP dapat ditambah dan memberikan pengaruh yang besar kepada keputusan peperiksaan murid-murid.

2.

Perhimpunan Setiap Pagi

Semua murid dan guru mesti mengikuti perhimpunan setiap pagi sama ada perhimpunan rasmi sekolah setiap Isnin dan Rabu yang mengambil masa selama 40 minit mulai jam 7.40 hingga 8.20 minit pagi. Murid juga akan mengikuti perhimpunan harian mulai jam 7.30 hingga 7.40 setiap Selasa, Khamis, dan Jumaat. Perhimpunan pagi yang diadakan akan mengganggu PdP jika tidak dirancang dengan baik atau masa yang digunakan melebihi waktu yang ditetapkan. Bagi memastikan masa

perhimpunan tidak menjejaskan waktu PdP, maka satu tatacara perhimpunan pagi telah dikeluarkan sebagai garis panduan. Perhimpunan dirancang dengan mengehadkan maklumat berkaitan perkara-perkara penting dan ringkas sahaja, mempunyai susunan atur
Muka Surat

| 137

Melindungi Masa Instruksional (MMI)


Kembali Kepada Yang Asas : Pemimpin Instruksional, Guru Mengajar, dan Murid Belajar

cara dan guru yang terlibat perlu memaklumkan maklumat yang hendak disampaikan terlebih dahulu untuk mendapat kebenaran. perhimpunan akan dihentikan pada jam 7.40 pagi. Selain itu,

Kesimpulannya,

dengan mengadakan perhimpunan pagi, guru tidak perlu membuang masa untuk mengambil kehadiran murid setiap hari di dalam bilik darjah. Guru lebih bersedia untuk terus memulakan PdP kerana murid akan segera berada di dalam bilik darjah serentak. Pergerakan murid untuk ke bilik-bilik khas / makmal / bengkel / bilik media akan lebih cepat. Tindakan atas murid yang menjejaskan waktu pengajaran guru akan diambil tindakan segera semasa perhimpunan pagi. 3. Memaksimumkan Pengajaran Waktu Berganda

Dalam usaha untuk meningkatkan pencapaian prestasi akademik murid, sewajarnya guru dapat memaksimumkan PdP di dalam bilik darjah. Pembaziran masa berlaku apabila guru bergerak dari satu bilik darjah ke bilik darjah yang lain.Biasanya guru mengambil masa 2 hingga 3 minit untuk sampai ke bilik darjah bergantung kepada lokasi guru berada dan kedudukan bilik darjah yang perlu dimasuki. Jika pengajaran waktu bergandadigunakan, guru dapat menjimatkan masa pergerakan sebanyak 50 peratus. Contohnya, jika pengajaransatu waktu pergerakan guru ulang-alik ialah 4 minit, hal ini dapat dijimatkan kepada 2 minit apabila menggunakan pengajaran waktu berganda.

Pihak sekolah telah

mengambil inisiatif untuk memperbanyak

pengajaran waktu bergandabagi kebanyakan mata pelajaran. Sebagai contohnya, mata pelajaran Sains yang diperuntukkan lima waktu, boleh dibahagikan kepada 2-2-1 waktu. Bagi mata pelajaran Geografi, 3 waktu, dibahagikan kepada 2-1 waktu. Dengan cara ini, bilik-bilik khas seperti bilik media dan makmal dapat dimaksimumkan penggunaannya.
Muka Surat

| 138

Melindungi Masa Instruksional (MMI)


Kembali Kepada Yang Asas : Pemimpin Instruksional, Guru Mengajar, dan Murid Belajar

Kesimpulannya, daripada pemantauan yang dibuat, didapati guru dapat mengelakkan pembaziran masa iaitu mengurangkan pergerakan guru daripada satu bilik darjah ke bilik darjah yang lain. Murid juga dapat menyiapkan semua latihan yang diberi oleh guru di dalam bilik darjah. Sukatan Pelajaran juga dapat diselesaikan mengikut Rancangan Pelajaran Tahunan (RPT).

4.

Guru GantiBagi Guru Yang Tidak Hadir

Guru-guru juga manusia biasa yang tidak terkecuali daripada mengalami masalah kesihatan, dan masalah-masalah peribadi atau keluarga yang tidak dapat dielakkan.Guru-guru terpaksa mengambil cuti sakit atau cuti kecemasan semasa hari persekolahan.

Bagi mengatasi masalah di atas, jadual guru ganti disediakan oleh pihak pentadbir. Semua Ketua Panitia telah dimaklumkan pada awal tahun supaya menyediakan 2 set bahan kelas gantian untuk setiap tingkatan. Guru yang masuk ke bilik darjah untuk menggantikan guru-guru yang cuti sakit atau cuti kecemasan akan mengambil bahan pengajaran daripada panitia yang berkenaan. Selain itu, untuk mengatasi masalah ini, guru-guru juga boleh melaksanakan bilik darjah tambahan/gantian bagi waktu pengajaran yang ditinggalkan. Dengan ini, sukatan pelajaran dapat dihabiskan mengikut perancangan yang sedia ada.

Kesimpulannya, walaupun guru mengambil cuti sakit atau cuti kecemasan, PdP tidak terjejas kerana jadual guru ganti dan bahan-bahan PdP disediakan untuk guru ganti mengambil alih tugas guru tersebut sebaik mungkin.

Muka Surat

| 139

Melindungi Masa Instruksional (MMI)


Kembali Kepada Yang Asas : Pemimpin Instruksional, Guru Mengajar, dan Murid Belajar

5.

Guru Berkursus

Selain mengajar di sekolah, guru-guru diberi peluang untuk berkursus di tempat-tempat yang dikhususkan. Biasanya kursus-kursus yang

melibatkan guru-guru dianjurkan oleh Jabatan Pendidikan Negeri dan Kementerian Pendidikan Malaysia. Guru-guru terpaksa meninggalkan tugasan mengajar untuk mengikuti kursus-kursus yang ditawarkan bersesuaian dengan opsyen. Kursus yang dihadiri mengambil masa beberapa hari dan minggu. Situasi ini menyebabkan PdP tertangguh, murid ketinggalan pelajaran, dan sukatan pelajaran tidak dapat dihabiskan mengikut perancangan.

Bagi mengatasi masalah di atas, guru-guru yang berkursus perlu merancang dan menyediakan bahan kerja untuk murid melaksanakannya sepanjang tempoh guru berkenaan menghadiri kursus. Sekembali daripada kursus, guru berkenaan hendaklah memantau kerja (homework) yang ditinggalkan dan memastikan murid melaksanakannya dan membuat perbincangan dengan murid.

Sekiranyaguru-guru mendapat tawaran kursus dalam jangka masa yang singkat bolehlah berhubung dengan rakan sejawat untuk menukar waktu PdP secara persetujuan bersama. Selain itu, untuk mengatasi masalah ini, guru-guru yang berkursus boleh membuat kelas gantian bagi kelas yang ditinggalkan. Dengan ini, sukatan pelajaran dapat dihabiskan mengikut perancangan yang sedia ada.

Kesimpulannya, waktu PdP dapat digunakan secara maksimum jika guru-guru memainkan peranan yang sewajarnya dalam memartabatkan profesion perguruan. Sikap amanah, ikhlas,dan bertanggungjawab guru-

Muka Surat

| 140

Melindungi Masa Instruksional (MMI)


Kembali Kepada Yang Asas : Pemimpin Instruksional, Guru Mengajar, dan Murid Belajar

guru akan dapatmelahirkan anak didik yang cemerlang di dunia dan di akhirat.

6.

Guru Cemerlang / Jurulatih Utama

Terdapat sebilangan Guru Cemerlang (GC) dan Jurulatih Utama (JU) yang terpaksa keluar semasa waktu persekolahan untuk menjalankan tugas sebagai penceramah/fasilitator bagi membantu sekolah lain, PPD, dan JPN ataupun KPM dalam menjalankan pelbagai program peningkatan akademik.

Apabila guru-guru terlibat meninggalkan sekolah, mereka akan meninggalkan tugasan untuk murid dan membincangkan tugasan dengan murid pada waktu PdP berikutnya. Selain itu, guru terlibat juga akan menukar waktu PdP dengan guru lain secara suka sama suka. Guru terlibat juga kadang-kadang akan mengganti waktu PdP pada waktu cuti persekolahan.

Kesimpulannya, Guru Cemerlang dan Jurulatih Utama sentiasa berusaha untuk memaksimumkan waktu PdP walaupun terpaksa melakukan tugas luar demi kecemerlangan anak murid.

7.

Bilik darjah Bimbingan PMR / SPM

Bilik darjah tambahan perlu dibuat memandangkan terdapat guru terlibat dengan aktiviti luar, mesyuarat dalaman dan mesyuarat di luar dan penyelesaian bagi kes-kes yang berlaku di sekolah atau guru terpaksa menyelesaikan kes disiplin. Selain itu, terdapat ramai murid miskin yang tidak mampu menghadiri bilik darjah tambahan di luar dan murid lemah yang perlu diulang dan dibimbing pada setiap tajuk. Terdapat tiga jenis
Muka Surat

| 141

Melindungi Masa Instruksional (MMI)


Kembali Kepada Yang Asas : Pemimpin Instruksional, Guru Mengajar, dan Murid Belajar

bilik darjah bimbingan diadakan iaitu bilik darjah bimbingan berfokus, bilik darjah bimbingan waktu cuti persekolahan, dan bilik darjah bimbingan pada hari Sabtu.

Bilik darjah bimbingan berfokus diadakan pada setiap Isnin, Selasa, dan Khamis mulai jam 3.15 petang hingga 4.15 petang. Bilik darjah ini merupakan bilik darjah pelengkap bagi guru yang terlibat dengan aktiviti luar atau sebagai bilik darjah latih tubi bagi tajuk-tajuk yang tertentu. (Jadual bilik darjah dilampirkan)

Bilik darjah bimbingan waktu cuti persekolahan diadakan pada minggu pertama cuti pertengahan penggal. Bilik darjah bermula pada jam 8.00 pagi hingga 12.30 tengah hari (merujuk Lampiran). Bilik darjah ini dirancang oleh jawatankuasa peningkatan prestasi sekolah dengan kerjasama Majlis Guru Cemerlang SMKGP yang bertujuan untuk memastikan murid tidak membuang masa walaupun semasa cuti persekolahan. Bahan-bahan PdP disediakan oleh guru yang terlibat bersama-sama dengan Ketua Panitia.

Bilik darjah bimbingan hari Sabtu diadakan pada hari Sabtu minggu kedua dan minggu keempat yang bukan cuti umum. Guru yang terlibat akan memaklum sendiri kepada yang terlibat. Bilik darjah bermula pada jam 8.00 pagi hingga 10.00 pagi bagi slot pertama, manakala slot kedua mulai jam 10.30 pagi hingga 12.30 tengah hari.

Keseluruhannya, program yang dirancang telah banyak membantu pihak sekolah mencapai objektif dan memberikan faedah kepada semua murid yang terlibat. Semua guru terlibat telah merancang dan berusaha menjayakan program demi kecemerlangan murid dan peningkatan prestasi sekolah pada tahun ini.
Muka Surat

| 142

Melindungi Masa Instruksional (MMI)


Kembali Kepada Yang Asas : Pemimpin Instruksional, Guru Mengajar, dan Murid Belajar

8.

Memperkukuh Bahasa Inggeris / Solat Zohor

Penguasaan bahasa yang lemah dalam kalangan murid SMK Guar Perahu disebabkan kurang minat untuk membaca. Contact Hours yang sangat terhad menyebabkan murid hanya mendapat pendedahan terhadap Bahasa Inggeris di dalam bilik darjah semasa PdP sahaja.

Selaras dengan dasar Kementerian Pendidikan untuk Memperkukuh Bahasa Inggeris (MBI), pihak sekolah telah melancarkan program MBI Happy Hour. Hari Isnin dan Rabu untuk menengah atas dan Selasa dan Khamis untuk menengah rendah. Program 30 minit ini memberikan peluang kepada murid untuk mendapat pendedahan berkaitan Bahasa Inggeris yang lebih agar mereka dapat meningkatkan penguasaaan mereka. Panitia Bahasa Inggeris dipertanggungjawabkan untuk

menyediakan bahan yang menarik dan sesuai untuk murid.

Masa MBI ialah dari 1.20 tengah hari hingga 1.50 tengah hari. Guru MBI akan memantau dan membantu murid jika diperlukan. Guru Bahasa Inggeris akan membuat tindakan susulan semasa bilik darjah mereka. Program ini selain menambahkan contact hour, murid dapat juga menampung waktu jika guru terpaksa meninggalkan sekolah atas urusan rasmi atau bercuti. Kesimpulannya, dengan adanya waktu tambahan 1.20 1.50 tengah hari, contact hour dapat ditambah dan diharapkan murid dapat menguasai Bahasa Inggeris dengan lebih baik.

Muka Surat

| 143

Melindungi Masa Instruksional (MMI)


Kembali Kepada Yang Asas : Pemimpin Instruksional, Guru Mengajar, dan Murid Belajar

9.

Program Guru Ganti (Cuti Bersalin / Guru Melanjutkan Pelajaran)

Bilangan guru perempuan di SMKGP lebih ramai berbanding guru lelaki dengan nisbah 4:1. Hal ini menyebabkan kemungkinan guru cuti bersalin adalah tinggi kerana ramai guru perempuan berumur antara 25 hingga 40 tahun yang berkahwin dan diandaikan boleh melahirkan anak. Selain itu, terdapat ramai guru muda yang berminat untuk melanjutkan pelajaran ke peringkat yang lebih tinggi dan terpaksa memohon cuti yang panjang.

Dalam memastikan waktu PdP digunakan semaksimum mungkin dan tidak berlaku pembaziran masa ketika ketiadaan guru-guru atas urusan tertentu, pihak sekolah akan memastikan guru ganti dapat diadakan tepat pada waktunya. Dengan kerjasama pihak Pejabat Pendidikan Daerah dan Jabatan Pendidikan Pulau Pinang, setakat ini pihak sekolah sentiasa mendapat guru ganti tepat pada masanya terutama guru ganti untuk guru bersalin yang biasanya mengambil tempoh masa bercuti yang lama.

Pada penghujung tahun, pihak sekolah biasanya akan membuat bancian tentang guru-guru yang dijangka bersalin pada tahun berikutnya. Namanama guru tersebut berserta pengkhususan/opsyen akan dihantar ke PPD untuk tujuan persediaan guru. Ada ketika guru-guru ganti yang datang tidak mengikut pengkhususan atau lewat dihantar, pihak sekolah akan membuat perubahan pada jadual waktu menggunakan kepakaran guruguru yang sedia ada di samping membuat pengubahsuaian waktu matamata pelajaran lain. Namun, perkara yang dipastikan ialah tiada bilik darjah tanpa guru dan PdP yang berkesan mesti dijalankan sepanjang masa. Pemantauan daripada pentadbir akan dijalankan dari semasa ke semasa bagi memastikan proses PdP berjalan dengan berkesan.
Muka Surat

| 144

Melindungi Masa Instruksional (MMI)


Kembali Kepada Yang Asas : Pemimpin Instruksional, Guru Mengajar, dan Murid Belajar

Kesimpulannya, pihak sekolah sentiasa membuat perancangan yang rapi supaya PdP tidak terjejas walaupun guru bercuti panjang kerana bersalin atau melanjutkan pelajaran.

10.

Pemantauan Berkesan

Seperti sekolah-sekolah lain, SMK Guar Perahu juga perlu memastikan proses PdP perlu dirancang dan dimantapkan. Selain itu, keadaan persekitaran yang kondusif juga perlu diwujudkan. Murid akan keluar bilik darjah atau di kaki lima sekiranya guru tidak masuk ke bilik darjah atau terlewat masuk ke bilik darjah. Murid juga akan bising, tidak menumpukan perhatian dan tiada peralatan seperti buku dan alat tulis semasa proses PdP dilaksanakan jika kawalan bilik darjah oleh guru lemah.

Bagi memastikan waktu PdP dimaksimumkan sepenuhnya pihak pentadbiran sekolah memastikan Jadual Pemeriksaan Buku Latihan dibuat. Semua guru diminta menyerahkan buku latihan murid yang telah disemak kepada pentadbir mengikut jadual. Dengan adanya pemantauan ini, pihak guru mesti merancang dan memastikan proses PdP yang dijalankan di bilik darjah berkesan dan mempunyai aktiviti pengukuhan yang juga berkesan.

Pihak pentadbir juga dari semasa ke semasa membuat pencerapan bagi memastikan aktiviti PdP yang berlaku di bilik darjah mengikut sukatan yang ditetapkan oleh kementerian. Jadual pencerapan diadakan (merujuk lampiran). Setiap guru akan dicerap sebanyak dua kali. Setelah selesai proses pencerapan, perbincangan akan diadakan antara guru dan

Muka Surat

| 145

Melindungi Masa Instruksional (MMI)


Kembali Kepada Yang Asas : Pemimpin Instruksional, Guru Mengajar, dan Murid Belajar

pentadbir untuk meningkatkan mutu PdP. Aktiviti ini menyumbang kepada peningkatan mutu PdP.

Pentadbir juga akan melakukan rondaan ke setiap blok serta kawasan sekolah untuk memastikan PdP berjalan dengan lancar, murid bersedia untuk belajar dan tiada gangguan semasa PdP dilaksanakan. Rondaan juga dilakukan untuk memastikan bilik darjah berada dalam keadaan bersih dan ceria supaya pembelajaran dilakukan dalam keadaan yang selesa. Rondaan dilakukan oleh Pengetua, Penolong-Penolong Kanan serta Ketua-Ketua Bidang. Jadual rondaan disediakan dalam Jadual Waktu Sekolah. Ketua Bidang akan meronda 3 kali seminggu, Penolong Kanan 4 kali seminggu sementara Pengetua tidak disediakan jadual untuk melakukan rondaan. Guru Bertugas Mingguan juga melakukan rondaan mengikut jadual yang disediakan oleh Ketua Guru Bertugas Mingguan .

Laporan perlu disediakan dalam borang rondaan yang disediakan selepas setiap kali rondaan untuk disahkan oleh Pengetua atau Penolong Kanan Pentadbiran. Antara perkara yang perlu dilaporkan ialah bilik darjah yang tiada guru, bilik darjah yang muridnya tidur atau bising dan bilik darjah yang kotor serta kawasan sekolah yang kotor yang perlu dibersihkan dengan segera. Guru bertugas akan membuat laporan dalam Buku Bertugas Mingguan.

Kesimpulannya, rondaan yang dilakukan oleh pihak sekolah dapat mengurangkan masalah murid berkeliaran di luar bilik darjah semasa PdP dilakukan. Di samping itu PdP dapat dilaksanakan dengan berkesan, masalah guru tiada di dalam bilik darjah dapat di atasi dengan segera dan guru-guru dapat sepenuhnya.
Muka Surat

memaksimumkan

waktu tersebut dengan

| 146

Melindungi Masa Instruksional (MMI)


Kembali Kepada Yang Asas : Pemimpin Instruksional, Guru Mengajar, dan Murid Belajar

11.

Menambah Waktu Pengajaran dan Pembelajaran

Bilik darjah Kemanusiaan 4K1, 4K2, 4K3, 5K1, 5K2, 5K3 mengambil 8 mata pelajaran untuk SPM. Walaupun boleh balik awal, tetapi waktu persekolahan untuk semua murid bermula jam 7.30 pagi hingga 3.00 petang. Terdapat waktu yang berlebihan. Maka, mata pelajaran Teras, Matematik, Bahasa Inggeris, Sains, dan Bahasa Melayu bagi bilik darjah Kemanusiaan ditambah waktu PdP menjadi antara 6 hingga 8 waktu. Analisis Jadual Waktu bilik darjah berkenaan seperti yang berikut:
Mata Pelajaran/Bilik darjah 4K1 4K2 4K3 5K1 5K2 5K3 Matematik 5 5 6 7 6 5 Bahasa Inggeris 7 7 5 7 6 5 Sains 6 7 6 5 5 5 Bahasa Malaysia 7 6 8 6 8 8

Dengan menambah waktu PdP, dapat menambah contact hours guru dengan murid dan murid dengan murid. Oleh itu, penambahan waktu mampu meningkatkan pencapaian akademik murid.

SYOR

Bagi memastikan SMK Guar Perahu terus cemerlang, program-program sedia ada akan diteruskan dan dibuat penambahbaikan mengikut keperluan. Selain itu, beberapa program juga sedang ditingkatkan keberkesanannya agar memberikan impak yang lebih atas pencapaian murid dan juga sekolah. Antara program yang akan dipertingkatkan ialah Program Motivasi untuk
| 147

Muka Surat

Melindungi Masa Instruksional (MMI)


Kembali Kepada Yang Asas : Pemimpin Instruksional, Guru Mengajar, dan Murid Belajar

meningkatkan kesedaran murid termasuk dari aspek kerohanian, akademik, dan juga kerjaya.

Selain itu, pihak sekolah juga sedang meningkatkan kerjasama dengan komuniti setempat dan agensi luar untuk membantu sekolah bagi membantu murid. Pihak sekolah juga sedang meningkatkan pelaksanaan program-program sahsiah supaya disiplin dapat dipertingkatkan. Seandainya masalah disiplin murid seperti ponteng bilik darjah dan ponteng sekolah dapat diatasi, guru-guru akan dapat memberikan tumpuan yang lebih berkaitan proses PdP dalam bilik darjah.

Hal ini akhirnya akan dapat meningkatkan lagi pencapaian murid dan juga sekolah. Diharapkan agar SMK Guar Perahu akan dapat meneruskan kecemerlangan dalam semua aspek selaras dengan visi sekolah iaitu menjadi Sekolah Hebat menjelang Tahun 2015.

Rujukan Anderson, L.W.(2004).Increasing Teacher Effectiveness. (Second Edition) Paris: UNESCO, IIEP dalam Scheerens, J. (2004). Review of School and Instructional Effectiveness Research. UNESCO Research Paper 2005/ED/EFA/MRT/PI/44 dalam laman web www. unesdoc.unesco.org/images/0014/001466/146695e.pdf Cotton, K. (1995). Effective schooling practices: A research synthesis. 1995 Update. School Improvement Research Series. Northwest Regional Educational Laboratory dalam Scheerens, J. (2004). Review of School and Instructional Effectiveness Research. UNESCO Research Paper 2005/ED/EFA/MRT/PI/44 dalam laman web www. unesdoc.unesco.org/images/0014/001466/146695e.pdf

Muka Surat

| 148

Melindungi Masa Instruksional (MMI)


Kembali Kepada Yang Asas : Pemimpin Instruksional, Guru Mengajar, dan Murid Belajar

Doyle, W. (1985). Effective secondary classroom practices. In: M.J. Kyle (Ed.), Reaching for excellence. An effective schools sourcebook. Washington: U.S. Government Printing Office dalam Scheerens, J. (2004). Review of School and Instructional Effectiveness Research. UNESCO Research Paper 2005/ED/EFA/MRT/PI/44 dalam laman web www. unesdoc.unesco.org/images/0014/001466/146695e.pdf Sammons, P., Hillman, J., & Mortimore, P. (1995). Key Characteristics of Effective Schools: A Review of School Effectiveness Research. London: OFSTED dalam Scheerens, J. (2004). Review of School and Instructional Effectiveness Research. UNESCO Research Paper 2005/ED/EFA/MRT/PI/44 dalam laman web www. unesdoc.unesco.org/images/0014/001466/146695e.pdf Scheerens, J. (1992). Effective Schooling, Research, Theory and Practice. London: Cassell dalam Scheerens, J. (2004). Review of School and Instructional Effectiveness Research. UNESCO Research Paper 2005/ED/EFA/MRT/PI/44 dalam laman web www. unesdoc.unesco.org/images/0014/001466/146695e.pdf Scheerens, J. (2004). Review of School and Instructional Effectiveness Research. UNESCO Research Paper 2005/ED/EFA/MRT/PI/44 dalam laman web www. unesdoc.unesco.org/images/0014/001466/146695e.pdf Scheerens, J., & Bosker, R.J. (1997). The Foundations of Educational Effectiveness. Oxford: Elsevier Science Ltd dalam Scheerens, J. (2004). Review of School and Instructional Effectiveness Research. UNESCO Research Paper 2005/ED/EFA/MRT/PI/44 dalam laman web www. unesdoc.unesco.org/images/0014/001466/146695e.pdf Stallings, J. (1985). Effective elementary classroom practices. In: M.J. Kyle (Ed.), Reaching for Excellence. An Effective Schools Sourcebook. Washington, DC: US Government Printing Office. Stallings, J., & Mohlman, G. (1981). School Policy, Leadership Style, Teacher Change andStudent Behavior in Eight Schools. Final report to the National Institute of Education,Washington D.C.

Muka Surat

| 149

Melindungi Masa Instruksional (MMI)


Kembali Kepada Yang Asas : Pemimpin Instruksional, Guru Mengajar, dan Murid Belajar

11

MELINDUNGI MASA INSTRUKSIONAL MELALUI POLISI PENGURUSAN SEKOLAH DAN PROGRAM KHAS

Muka Surat

| 150

Melindungi Masa Instruksional (MMI)


Kembali Kepada Yang Asas : Pemimpin Instruksional, Guru Mengajar, dan Murid Belajar

MELINDUNGI MASA INSTRUKSIONAL MELALUI POLISI PENGURUSAN SEKOLAH DAN PROGRAM KHAS

oleh CIK RUSNANI BINTI SHARUDDIN SMK Raja Perempuan, Ipoh, Perak

ABSTRAK Dalam Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM 2013-2025), keberhasilan pembelajaran murid merupakan tumpuan utama bagi memastikan pembangunan modal insan untuk menentukan hala tuju pendidikan negara yang memberikan keutamaan kepada pemastian pendidikan berkualiti disediakan untuk semua murid. Oleh yang demikian Melindungi Masa Instuksional merupakan behavioural yang sepatutnya dipamerkan oleh seorang pemimpin sekolah yang mempunyai kepimpinan instruksional yang mantap. Pihak pengurusan sekolah boleh mewujudkan polisi dan menguatkuasakan amalan bagi melindungi masa instruksional untuk pembelajaran murid yang berkesan. Di SMK Raja Perempuan, Ipoh, pihak pengurusan sekolah telah pun melaksanakan beberapa polisi bagi melindungi masa instruksional ini supaya keberhasilan pembelajaran murid dicapai. Antaranya, termasuklah mewujudkan Waktu Pengurusan Kelas yang digandingkan dengan penggunaan planner murid serta jadual waktu kerja rumah, memaksimumkan waktu kokurikulum selepas waktu persekolahan untuk aktiviti-aktiviti akademik dan bidang HEM selain waktu kokurikulum dan sukan yang telah ditetapkan. Pihak sekolah juga telah menetapkan tempoh masa untuk raptai bagi majlis utama sekolah dengan mewujudkan standard of procedure tertentu pada peringkat sekolah untuk mengawal kualiti majlis atau event dan pada masa yang sama masa instruksional guru yang terganggu dapat diminimumkan dan dalam keadaan tertentu boleh digantikan semula.Program Kepimpinan murid yang khusus melibatkan mereka untuk bersuara tentang hak mereka untuk memperoleh masa instruksional yang berkualiti serta aspek-aspek lain dalam persekitaran dan pengurusan sekolah juga diperkenalkan dengan mewujudkan Students Voice Committee.

Muka Surat

| 151

Melindungi Masa Instruksional (MMI)


Kembali Kepada Yang Asas : Pemimpin Instruksional, Guru Mengajar, dan Murid Belajar

PENGENALAN

Menurut sumber dari Bahagian Pendidikan Guru (2011), tugas utama guru merangkumi Pengajaran dan Pembelajaran (PdP), perancangan PdP, penilaian murid, perjumpaan kokurikulum, bimbingan akademik di luar PdP hanya berjumlah 11.16 jam seminggu. Manakala tugas sampingan yang dipikul oleh guru seperti menghadiri latihan dalam perkhidmatan (LDP), mesyuarat, mengiringi murid, melatih murid, kelas tambahan, relief, program khas sekolah, majlis sekolah dan mesyuarat PIBG menjangkau kepada 40 jam seminggu. Selain itu, masa instruksional guru juga terganggu oleh tugas-tugas perkeranian mingguan dan tahunan. Justeru, sekolah perlu menetapkan polisi tertentu atau mewujudkan inovasi dan penguatkuasaan bagi mengelakkan guru menggunakan waktu PdP untuk menyelesaikan tugas-tugas perkeranian ini. Bagi tugas perkeranian ini juga, guru menggunakan sejumlah 16.88 jam seminggu. Daripada analisis di atas, jelas menunjukkan jumlah jam yang digunakan oleh guru untuk melaksanakan tugas utama paling minima berbanding tugas sampingan dan tugas perkeranian. Sehubungan dengan itu, nisbah tugas utama: tugas sampingan : tugas perkeranian = 11.16 : 40.00 : 16.88 perlu diperbetul demi menjaga atau melindungi keberkesanan PdP di dalam bilik darjah.

PERNYATAAN ISU

Perkara yang menjadi satu permasalahan di sekolah ialah sekolah tidak dapat menghasilkan prestasi akademik yang berkualiti ataupun keberhasilan pembelajaran murid tidak dicapai. Perkara ini disebabkan fokus dan passion dalam menterjemahkan kurikulum tersurat kepada kurikulum operasional pada tahap paling minimum. Jika pemimpin instruksional tidak melihat dan mengambil tindakan secara profesional, maka warga sekolah khususnya guruMuka Surat

| 152

Melindungi Masa Instruksional (MMI)


Kembali Kepada Yang Asas : Pemimpin Instruksional, Guru Mengajar, dan Murid Belajar

guru akan tersasar daripada skop tugas utama mereka iaitu merancang, melaksana, menilai PdP, dan mengawal proses untuk kualiti. Pemimpin Instruksional yang mantap sepatutnya dapat menggunakan peluang dan ruang yang ada dalam bidang kokurikulum, sukan, dan hal ehwal murid untuk memantapkan pencapaian akademik dan sekali gus membudayakan

kecemerlangan akademik serta selari dengan kecemerlangan domain-domain lain. Oleh yang demikian, pemimpin sekolah mestilah meletakkan keutamaan kepada isu-isu kurikulum dan instruksional disamping mempamerkan pengetahuan yang tinggi tentang pelaksanaan kurikulum serta pentaksiran di sekolah bagi membolehkan guru-guru mengikut rentak yang sama. Pemantauan kemajuan murid yang berterusan akan menyumbang kepada pencapaian sekolah dan keberkesanan pengajaran guru serta keberkesanan pembelajaran murid yang juga memastikan matlamat sekolah akan tercapai.

CADANGAN TINDAKAN / PENYELESAIAN

1.

Waktu Pengurusan Kelas (WPK), Planner Murid dan Jadual Waktu Kerja Rumah

Pihak pengurusan sekolah telah melaksanakan waktu pengurusan kelas (WPK) yang digandingkan bersama dengan planner murid dan jadual waktu kerja rumah. Waktu Pengurusan Kelas adalah pada 7.30 hingga 8.00 pagi, dari hari Selasa hingga Jumaat selama 2 jam seminggu. Waktu Pengurusan Kelas diambil lima minit setiap waktu dan dihimpunkan. Secara logiknya, apabila guru masuk ke dalam kelas, guru perlu mengambil masa untuk menguruskan kelas. Kadangkala guru mungkin mengambil masa lebih daripada lima minit untuk

menguruskan bilik darjah. Oleh yang demikian, WPK dapat mengawal guru daripada menggunakan waktu PdP untuk kerja-kerja perkeranian
Muka Surat

| 153

Melindungi Masa Instruksional (MMI)


Kembali Kepada Yang Asas : Pemimpin Instruksional, Guru Mengajar, dan Murid Belajar

sama ada perkeranian mingguan, bulanan ataupun tahunan kerana tugas tersebut telah distruktur secara berterusan sepanjang tahun. Apabila guru masuk ke dalam kelas, proses PdP dilaksanakan serta merta. WPK ini akan dikendalikan oleh guru kelas atau guru tingkatan menguruskan perkara-perkara berikut: (a) menguruskan data berkaitan akademik, kokurikulum dan hal ehwal murid (HEM), (b) (c) (d) menyemak planner murid, menyelesaikan hal-hal berkaitan prestasi akademik, memastikan rumah, (e) memastikan murid membuat pembacaan untuk Program Nilam (selected classes), (f) membimbing murid untuk Program Organic Farming (selected classes ikut giliran) (Organic Farming adalah untuk memupuk soft skills berkaitan dengan alam sekitar), murid-murid telah melengkapkan kerja untuk

Semasa WPK ini, aktiviti murid akan menjurus kepada: (a) mengumpul semua kerja rumah yang patut dihantar setiap hari berdasarkan jadual kerja rumah setiap kelas, (b) murid melengkapkan kerja rumah (jika masih tidak lengkap), (c) (d) membuat pembacaan untuk Program Nilam, dan berinteraksi dengan guru untuk menyelesaikan masaalah berkaitan akademik.

WPK ini diwujudkan untuk disesuaikan dengan planner murid. Planner murid ini diambil dan diadaptasikan dari sebuah sekolah di London semasa menjalani Kursus di Kings College, London. Apabila murid menggunakan planner, murid secara tidak langsung diajar untuk
Muka Surat

| 154

Melindungi Masa Instruksional (MMI)


Kembali Kepada Yang Asas : Pemimpin Instruksional, Guru Mengajar, dan Murid Belajar

menganalisis dan sintesis semasa membuat perancangan akademik. Sehubungan dengan itu, terdapat unsur-unsur penerapan kemahiran berfikir dan pengurusan masa yang berkesan. Aspek-aspek ini merupakan added value kepada kualiti pembelajaran murid. SMK Raja Perempuan telah melaksanakan program ini bermula tahun 2010, 2011, dan 2012. Pemantauan program ini diletakkan dibawah barisan Penolong Kanan dan Guru Kanan Mata Pelajaran.

2.

Students Voice Committee

Pihak pengurusan sekolah juga telah mewujudkan Badan Kepimpinan Murid iaitu,Students Voice Committee dengan tujuan mendidik murid untuk bersuara bagi mendapatkan hak mereka dalam proses PdP yang berkualiti. Setiap kelas akan diwakili oleh seorang murid yang akan menyatakan ketidakpuashatian tentang hak yang patut diperoleh. Pihak pengurusan sekolah akan bermesyuarat dengan badan kepimpinan ini bertujuan untuk mendengar dan mengambil tindakan yang sewajarnya serta merasionalkan atas perkara-perkara yang telah dibangkitkan. Students Voice Committee ini juga telah diadaptasi daripada amalan yang telah dilaksanakan oleh Wellington High School For Girls, di Surrey, United Kingdom (UK). Program ini melatih murid untuk menjadi lebih kritis, berfikiran terbuka, berkomunikasi secara berkesan, dan menggalakkan perbincangan secara berhemah untuk menyelesaikan sebarang isu.

Jika terdapat sebarang isu berkaitan dengan kualiti pengajaran guru, maka penilaian kepada pengajaran guru menggunakan instrumen yang spesifik oleh murid yang terlibat akan dilaksanakan setelah guru tersebut dimaklumkan. Hasil dapatan akan dianalisis dan akan dibentangkan dalam mesyuarat Jawatankuasa Students Voice. Melalui
Muka Surat

| 155

Melindungi Masa Instruksional (MMI)


Kembali Kepada Yang Asas : Pemimpin Instruksional, Guru Mengajar, dan Murid Belajar

program seperti ini tindak tanduk proses pengajaran guru dapat dikawal oleh sistem dan guru akan sentiasa alert dan bersedia untuk menghadapi sebarang kemungkinan. Oleh yang demikian, MMI dapat berlaku dan begitu juga kualiti PdP dapat dibudayakan .

3.

Waktu Kokurikulum

SMK Raja Perempuan telah meletakkan perjumpaan kokurikulum dan sukan sebanyak 29 minggu (7 bulan). Daripada 29 minggu, perjumpaan yang wajib bagi aktiviti kokurikulum dan sukan ialah sebanyak 10 minggu untuk setiap persatuan dan kelab, unit beruniform, dan kelab permainan bagi membolehkan mereka mencapai 50% wajaran markah jika kehadiran mereka penuh. Perjumpaan kokurikulum yang selebihnya digunakan untuk Bengkel Mata Pelajaran dan Klinik Mata Pelajaran. Hal ini,merupakan strategi untuk top up masa instruksional yang formal di dalam bilik darjah. Secara tidak langsung walaupun sekolah aktif dengan pelbagai aktiviti kokurikulum dan aktiviti kluster, pihak pengurusan masih mengambil peluang untuk memberikan fokus kepada instruction.

Bengkel Mata Pelajaran akan diadakan setiap kali selepas ujian dan peperiksaan. Semua murid dilatih semula cara mengunakan scoring rubric bagi instrumen ujian dan peperiksaan untuk meningkatkan prestasi mata pelajaran mereka melalui penilaian kendiri dengan bimbingan guru mata pelajaran. Klinik Mata Pelajaran lebih berfokus kepada murid-murid kritikal yang mempunyai masalah yang sama melibatkan konstruk-konstruk tertentu yang perlu diberikan perhatian untuk lulus dalam peperiksaan awam. Tiada Guru di SMK Raja Perempuan dibenarkan mengadakan kelas tambahan, mereka hanya dibenarkan mengadakan bengkel ataupun klinik. Sukatan pelajaran
Muka Surat

| 156

Melindungi Masa Instruksional (MMI)


Kembali Kepada Yang Asas : Pemimpin Instruksional, Guru Mengajar, dan Murid Belajar

perlulah dirancang dengan telilti dan dilaksanakan waktu PdP yang formal menggunakan pelbagai pendekatan.

Waktu kokurikulum ini juga digunakan untuk mengadakan seminar atau bengkel seperti teknik menjawab soalan awam, motivasi, kerjaya serta seminar. Semua aspek ini adalah penting dalam membangunkan keberhasilan pembelajaran murid.

4.

Waktu Raptai Majlis Sekolah

Pengurusan Majlis Sekolah perlu dirancang dengan teliti dan setiap Ahli Jawatankuasa (AJK) Kecil dalam Jawatankuasa Majlis Sekolah perlu mempunyai (SOP) untuk melaksanakan tugasan yang telah ditetapkan bagi mengawal kualiti majlis dan MMI. Dengan cara begini waktu raptai dapat dipendekkan. Selalunya, raptai yang pertama hanya menggunakan separuh hari sahaja. Jika raptai yang pertama diadakan sebelum rehat maka selepas rehat waktu PdP mestilah berlangsung seperti dalam jadual. Manakala raptai yang kedua,iaitu raptai penuh diadakan pada hari PdP pendek iaitu sama ada hari Khamis ataupun Jumaat. Dengan cara ini, guru-guru akan memikirkan cara terbaik dalam masa yang singkat untuk menghasilkan kualiti dan focus mereka kepadainstructional time, instruksional process tidak diganggu oleh majlis-majlis ini.

5.

Kesimpulan

Kepimpinan sekolah perlulah sensitif tentang isu MMI di sekolah. WPK penting sebagai satu cara untuk mengenal pasti masalah-masalah yang berkaitan dengan murid yang kadangkala boleh mengganggu PdP guru didalam kelas. Malahan, WPK juga dapat memberikan manfaat kepada
Muka Surat

| 157

Melindungi Masa Instruksional (MMI)


Kembali Kepada Yang Asas : Pemimpin Instruksional, Guru Mengajar, dan Murid Belajar

keperluan peribadi murid dalam merancang kerja-kerja harian yang perlu diselesaikan sepanjang masa persekolahan dan juga waktu-waktu tertentu apabila murid itu berada di rumah. Dalam kesibukan pengurusan kokurikulum, penglibatan murid dalam aktiviti berbentuk akademik juga perlu diselit oleh kepimpinan sekolah dalam MMI untuk menyediakan peluang kepada murid bagi mendapatkan pembelajaran yang bermakna dan boleh meningkatkan pencapian prestasinya. Pengurusan sekolah perlu sedar bahawa dalam mengendalikan majlismajlis keraian,situasi ini banyak mengganggu masa instruksional. Oleh itu, pengurusan yang terancang dan bersistematik dapat melindung masa instruksional. Manakala Student Voice Committee boleh membantu murid dan guru dalam menilai kebolehan menyampai dan menerima sesuatu bidang dengan lebih berkesan semasa PdP. Diharapkan masalah-masalah yang dihadapi boleh disampaikan melalui komuniti tersebut supaya PdP dapat yang dilaksanakan dan diubahsuai mengikut keperluan murid.

SYOR

Waktu Pengurusan Kelas perlu dijadikan satu rutin dalam menyelesaikan kerjakerja perkeranian bagi menguruskan kurikulum, kokurikulum, dan sahsiah murid. Tugasan ini mengambil tempoh yang agak lama dan jika tidak ditadbir urus dengan baik boleh mengganggu masa instruksional. Selain itu, kebolehan mentadbir hal-hal berkaitan dengan majlis-majlis keraian sekolah, kokurikulum dan Students Voice Committee boleh dijadikan satu agenda dalam mesyuarat jawatankuasa pengurusan sekolah. Perkara tersebut juga menggalakkan PdP yang bermakna demi MMI.

Muka Surat

| 158

Melindungi Masa Instruksional (MMI)


Kembali Kepada Yang Asas : Pemimpin Instruksional, Guru Mengajar, dan Murid Belajar

Rujukan Bahagian Pendidikan Guru, Kementerian Pelajaran Malaysia , (2011) Sapone, C.O ( Winter 1985 ), Curriculum: The Baisi for Instructional Leadership, The Principals Role.

Muka Surat

| 159

Melindungi Masa Instruksional (MMI)


Kembali Kepada Yang Asas : Pemimpin Instruksional, Guru Mengajar, dan Murid Belajar

12

PROGRAM RELIEF BERKESAN MELINDUNGI MASA INSTRUKSIONAL DAN MENINGKATKAN MASA PEMBELAJARAN BERKESAN DI DALAM BILIK DARJAH

Muka Surat

| 160

Melindungi Masa Instruksional (MMI)


Kembali Kepada Yang Asas : Pemimpin Instruksional, Guru Mengajar, dan Murid Belajar

PROGRAM RELIEF BERKESAN MELINDUNGI MASA INSTRUKSIONAL DAN MENINGKATKAN MASA PEMBELAJARAN BERKESAN DI DALAM BILIK DARJAH

oleh RADHIAH BINTI MUHAMMAD ROHANI BINTI ROSLAN SMK Puteri Wilayah, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur

Abstrak Guru sebagai pemimpin instruksional berfungsi untuk memastikan masa PdP dapat digunakan secara berkesan di dalam bilik darjah. Walau bagaimanapun, isu ketiadaan guru di dalam kelas yang menyebabkan murid tidak memperoleh masa pembelajaran secara berkesan sering ditimbulkan. Keberkesanan pelaksanaan program guru ganti juga sering dipersoalkan. Sehubungan dengan itu, kertas kerja ini menjelaskan bagaimana Program Relief Berkesan yang dijalankan di SMK Puteri Wilayah, Kuala Lumpur dapat melindungi masa instruksional dan meningkatkan masa pembelajaran berkesan di dalam bilik darjah. Kertas kerja ini menerangkan secara jelas pelaksanaan Program Relief Berkesan daripada peringkat perancangan, pelaksanaan, pemantauan,dan penilaian.Impak daripada pelaksanaan Program Relief Berkesan dan syor-syor penambahbaikan mengenai pelaksanaan Program Relief Berkesan juga diterangkan berdasarkan pengalaman sekolah. Sesungguhnya Program Relief Berkesan yang telah dijalankan di SMK Puteri Wilayah, Kuala Lumpur merupakan salah satu alternatif yang dapat melindungi masa instruksional dan dapat meningkatkan masa pembelajaran di dalam bilik darjah semasa ketiadaan guru.

Muka Surat

| 161

Melindungi Masa Instruksional (MMI)


Kembali Kepada Yang Asas : Pemimpin Instruksional, Guru Mengajar, dan Murid Belajar

PENGENALAN

Keberhasilan pembelajaran murid di dalam bilik darjah merupakan fokus utama dalam semua program dan rancangan yang dirangka di sekolah. Sejajar dengan itu, guru sebagai pemimpin instruksional di sekolah perlu memastikan PdP dapat dilaksanakan tanpa halangan bagi mencapai objektif yang disasarkan iaitu meningkatkan keberhasilan pembelajaran murid. Salah satu fungsi pemimpin instruksional dalam menjayakan pembelajaran secara berkesan di sekolah ialah Melindungi Masa Instruksional (MMI). MMI dalam PdP perlu dibendung bagi memastikan tempoh masa untuk pembelajaran berkesan dalam kalangan murid meningkat. Bagi memastikan peningkatan masa pembelajaran berkesan, guru mesti berada di dalam bilik darjah dan berfungsi memastikan pendidikan berkualiti disediakan untuk murid. Sehubungan dengan itu, Pengetua sebagai pemimpin instruksional di sekolah perlu merancang tindakan yang strategik dan holistik bagi mengatasi masalah ketiadaan guru di dalam bilik darjah atas sebab rasmi atau peribadi bagi MMI. Hal yang sedemikian, dapat meningkatkan penggunaan masa berkesan semasa PdPdi samping penambahbaikan dalam pengurusan guru ganti dilihat sebagai salah satu modus operandi sekolah bagi mengatasi MMI instruksional dengan berkesan.

PERNYATAAN ISU/CADANGAN

MMI dalam PdP di dalam bilik darjah merupakan salah satu elemen terpenting bagi memastikan pembelajaran berkesan dan berkualiti di dalam bilik darjah dapat diteruskan sepanjang waktu persekolahan. Guru mesti berada di dalam bilik darjah bagi memastikan kelangsungan proses PdP berlaku dan menggunakan masa secara optimum bagi meningkatkan pembelajaran berkesan. Walau bagaimanapun, guru-guru di sekolah seringkali tidak dapat berada di dalam bilik darjah atas tuntutan rasmi seperti menghadiri mesyuarat,
Muka Surat

| 162

Melindungi Masa Instruksional (MMI)


Kembali Kepada Yang Asas : Pemimpin Instruksional, Guru Mengajar, dan Murid Belajar

kursus atau seminar, bertugas sebagai guru pengiring dalam kegiatan kokurikulum, dan dijemput sebagai penceramah. Guru-guru juga tidak dapat berada di dalam bilik darjah atas sebab-sebab peribadi seperti cuti sakit, cuti rehat khas, cuti bersalin, cuti tanpa gaji, dan sebagainya. Ada kalanya, guruguru terpaksa meninggalkan bilik darjah bagi menguruskan hal-hal yang memerlukan tindakan segera seperti menguruskan hal disiplin murid dan perjumpaan dengan ibu bapa kerana masalah disiplin.

Pelbagai halangan dan gangguan ini menyebabkan masa pengajaran berkesan di dalam bilik darjah telah diabaikan dan murid-murid tidak dapat belajar dengan berkesan sekiranya langkah penambahbaikan dan pembetulan tidak diambil dengan segera dan bijak. Bagi mengatasi masalah ketiadaan guru di dalam bilik darjah, pihak pentadbir sekolah lazimnya akan menyediakan jadual kelas guru ganti. Sejauh manakah fungsi guru ganti di dalam kelas dapat melindungi masa instruksional, inilah yang selalunya menjadi persoalan. Sehubungan dengan itu, pelaksanaan guru ganti semasa ketiadaan guru perlu dirancang, diurus, dan dipantau secara cekap dan berkesan supaya murid dapat menikmati peningkatan masa pembelajaran berkesan dan berkualiti di dalam bilik darjah, seterusnya meningkatkan prestasi pencapaian murid.

CADANGAN TINDAKAN/PENYELESAIAN

SMK Puteri Wilayah telah merancang satu pelan tindakan bagi MMI secara berkesan dengan memfokuskan pelbagai pelan operasi dalam pelaksanaan guru ganti di sekolah. Program ini dinamakan Program Ganti Berkesan dengan konsep, Ada Murid, Ada Guru, Ada Pengajaran, Ada Pembelajaran. Program ini dibahagikan kepada beberapa peringkat yang terdiri daripada:

Muka Surat

| 163

Melindungi Masa Instruksional (MMI)


Kembali Kepada Yang Asas : Pemimpin Instruksional, Guru Mengajar, dan Murid Belajar

1.

Perancangan Program Ganti Berkesan

(a)

Pihak pentadbir memastikan guru ganti yang menggantikan kelas terdiri daripada guru mata pelajaran yang mengajarkan kelas berkenaan supaya pengajaran dapat diteruskan seperti biasa. Kebiasaannya guru ganti yang tidak terlibat dengan kelas ganti agak keberatan untuk masuk dan menjadi guru ganti. Guruguru yang akan menghadiri mesyuarat, kursus, dan sebagainya yang telah menerima surat lebih awal akan melakukan swapping dengan guru-guru lain terlebih dahulu dan

(b)

memaklumkan kepada pihak pentadbir. Tindakan ini, dapat mengurangkan beban guru lain yang tidak terlibat dengan kelas ganti daripada menggantikan kelas. (c) Guru-guru yang akan menghadiri mesyuarat, kursus, dan sebagainya perlu menyediakan bahan pembelajaran tersebut untuk dilengkapkan oleh murid dengan bimbingan guru ganti. Hal ini dapat memastikan kelangsungan PdP dengan

menggunakan murid sebagai mentor dan konsep belajar kendiri semasa ketiadaan guru. (d) Guru-guru yang dikenal pasti untuk bertukar atau bersalin telah disediakan jadual shadow lebih awal. Guru-guru yang akan menggantikan guru bersalin/bertukar diberikan jadual waktu shadow lebih awal bagi memudahkan mereka membuat persiapan dan dapat melaksanakan PdP sebaik sahaja guru berkenaan mengambil cuti bersalin/bertukar. (e) Jadual waktu sistem blok kelas yang menggabungkan dua kelas dengan mata pelajaran yang sama dan pada waktu yang sama diambil alih oleh guru mata pelajaran jika salah seorang guru mata pelajaran kelas tersebut tidak hadir.

Muka Surat

| 164

Melindungi Masa Instruksional (MMI)


Kembali Kepada Yang Asas : Pemimpin Instruksional, Guru Mengajar, dan Murid Belajar

(f)

Penggunaan buku latihan yang disediakan dalam Bilik Relief Berkesan untuk digunakan oleh guru ganti sebagai bahan latihan sekiranya guru yang tidak hadir tidak menyediakan bahan kerana urusan kecemasan.

(g)

Program Cakna Pentadbir dilaksanakan oleh Pengetua dengan memanggil kelas-kelas relief untuk perjumpaan khas dengan Pengetua selepas ujian/peperiksaan. Antara pengisian Program Cakna Pentadbir ialah membincangkan prestasi murid secara individu, menentukan hala tuju dalam pembelajaran, menetapkan sasaran pencapaian, membuat analisis dan post mortem pencapaian, memberikan panduan mengenai cara belajar

berkesan, memberikan motivasi meningkatkan keyakinan murid dalam meningkatkan prestasi pembelajaran, dan pengambilan pemakanan seimbang. (h) Penggunaan Perpustakaan Terbuka yang terletak di Anjung Puteri telah memudahkan murid untuk mengakses pelbagai bahan berfaedah bagi mengisi masa instruksional secara berkesan secara kendiri serta dengan bimbingan guru ganti.

2.

Pelaksanaan Program Relief Berkesan

(a)

Jadual guru ganti disediakan oleh pihak pentadbir setelah mengambil kira semua aspek yang berkaitan.

(b)

Jadual guru ganti direkodkan dalam Buku Guru Ganti yang diletakkan di pejabat sekolah untuk rujukan dan tindakan guru ganti. Guru ganti akan merekodkan maklumat kelas ganti pada buku persediaan rekod mengajar masing-masing.

(c)

Jadual guru ganti ditampal pada papan kenyataan di luar pejabat sekolah untuk disebar luas kepada murid-murid terutamanya Ketua Tingkatan bagi memastikan kelangsungan pembelajaran
Muka Surat

| 165

Melindungi Masa Instruksional (MMI)


Kembali Kepada Yang Asas : Pemimpin Instruksional, Guru Mengajar, dan Murid Belajar

dengan bimbingan guru ganti. Ketua Tingkatan berperanan memastikan guru ganti masuk ke dalam kelas dan memaklumkan kepada pihak pentadbir sekiranya tiada guru ganti di dalam kelas.

3.

Pemantauan Program Relief Berkesan

(a)

Pihak pentadbir akan menjalankan pemantauan PdP di bilik darjah pada bila-bila masa setiap hari berdasarkan jadual yang ditetapkan. Laporan pemantauan akan direkodkan dalam buku laporan pemantauan bagi memastikan setiap kelas berlaku PdP dan pemantau akan mengambil tindakan segera sekiranya tiada guru dalam kelas. Pemantauan mengambil kira aktiviti yang dijalankan guru mata pelajaran atau guru ganti di dalam kelas iaitu sama ada guru mengajar, guru membimbing, guru duduk membuat kerja atau guru duduk berehat dan aspek kebersihan kelas. Laporan pemantauan akan diserahkan kepada Pengetua untuk makluman dan tindakan.

(b)

Sekiranya, ada kes yang melibatkan masa instruksional diabaikan atau penggunaan masa berkesan dalam PdP tidak dilaksanakan semasa pemantauan dijalankan, laporan secara bertulis dan lisan akan dikemukakan kepada Pengetua untuk makluman dan tindakan selanjutnya. Hasil pemantauan akan dimaklumkan kepada guru dengan semasa perhimpunan pagi dan dibincangkan dalam mesyuarat pengurusan, mesyuarat kurikulum, mesyuarat panitia dan mesyuarat guru untuk tindakan pembetulan dan penambahbaikan.

Muka Surat

| 166

Melindungi Masa Instruksional (MMI)


Kembali Kepada Yang Asas : Pemimpin Instruksional, Guru Mengajar, dan Murid Belajar

4.

Penilaian Program Relief Berkesan

Penilaian Program Relief Berkesan dijalankan berdasarkan laporan pemantauan dan dari semasa ke semasa mengikut keperluan supaya tindakan pembetulan dan penambahbaikan dapat dilaksanakan.

Pandangan daripada guru dan murid juga diambil kira dalam penilaian supaya Program Relief Berkesan benar-benar dapat melindungi masa instruksional dan meningkatkan penggunaan masa dalam bilik darjah secara berkesan.

5.

Impak Program Relief Berkesan

(a)

Sekolah akan terus berfungsi dan memainkan peranannya sebagai satu entiti PdP berterusan dan berkesan dengan program relief yang bersepadu, kreatif, dan inovatif.

(b)

Guru lebih fleksibel dan mudah anjal PdP. Transformasi minda bekerja cara baharu dapat diterapkan dan setiap guru perlu bersedia dan bertanggungjawab atas murid dan kelas masingmasing tanpa mengira masa. Guru-guru perlu merancang PdP dengan sistematik dan sentiasa bersedia sepanjang masa untuk mengajar tanpa mengira jadual waktu persendirian yang telah ditetapkan.

(c)

Sekolah dapat mewujudkan pasukan guru yang mempunyai sifat sukarela, kesediaan, bekerjasama, amanah,

bertanggungjawab,dan sentiasa tolong-menolong untuk menjaga kepentingan murid. Kejayaan murid bukan terletak kepada

seorang guru tetapi semua guru. Guru akan lebih berintegriti dan berakauntabiliti dalam melaksanakan PdP, seterusnya dapat mewujudkan kesan sinergi dalam pasukan.

Muka Surat

| 167

Melindungi Masa Instruksional (MMI)


Kembali Kepada Yang Asas : Pemimpin Instruksional, Guru Mengajar, dan Murid Belajar

(d)

Murid sentiasa bersedia untuk belajar tanpa mengira masa, tempat dan siapa guru yang mengajar pada setiap waktu. Istilah tiada guru, tiada pembelajaran, dapat dilenyapkan dalam minda murid. Konsep pembelajaran sepanjang masa dan pencarian ilmu diterapkan sebaik sahaja murid melangkah kaki ke sekolah. Apabila murid-murid sesi pagi sampai di sekolah, murid akan berada di Anjung Puteri dan terus membaca atau membuat latihan kendiri sebelum perhimpunan bermula. Bagi murid-murid sesi petang pula, program Prep dimulakan seawal jam 12.00 tengah hari di Anjung Puteri sebelum perhimpunan. Pada masa tersebut semua murid sesi petang akan membuat latihan dengan bimbingan guru-guru mengikut jadual yang telah ditetapkan. Hal sedemikian ini,membantu murid menggunakan masa secara optimum dan mengukuhkan penguasaan dalam satu-satu mata pelajaran. Situasi ini juga selaras dengan pembudayaan Buku di Tangan dan memastikan murid sentiasa bersedia untuk mengikuti pembelajaran selepas perhimpunan. Di samping itu, hal ini juga dapat meningkatkan penggunaan masa belajar, akauntabiliti dan prestasi murid dengan pelbagai kaedah pembelajaran seperti mentoring dan belajar kendiri bagi meningkatkan masa instruksional dan memaksimumkan penggunaan masa berkesan. Sekolah juga dapat mengurangkan masalah disiplin seperti murid ponteng kelas atau murid berkeliaran di luar bilik darjah.

6.

Kesimpulan

Rumusannya,

Program

Relief

Berkesan

yang

dirancang

dan

dilaksanakan secara berkesan dapat melindungi MMI dan meningkatkan penggunaan masa secara berkesan PdP di bilik darjah. Program ini perlu difahami, dipersetujui dan disebar luas kepada semua peringkat dalam
Muka Surat

| 168

Melindungi Masa Instruksional (MMI)


Kembali Kepada Yang Asas : Pemimpin Instruksional, Guru Mengajar, dan Murid Belajar

sekolah yang terdiri daripada pentadbir, guru, murid, dan ibu bapa. Transformasi cara bekerja dan berfikir yang baharu perlu diterapkan dalam kalangan pemimpin instruksional supaya keberhasilan

pembelajaran murid dapat ditingkatkan, dan modal insan yang kritis, kreatif, dan inovatif dapat dihasilkan.

SYOR

Pelbagai pelan operasi yang berkaitan dengan program relief berkesan perlu dikaji dan dibincangkan pada pelbagai peringkat bagi memastikan perkongsian pelaksanaan program relief berkesan dapat disebar luas dan diaplikasikan mengikut keperluan sekolah masing-masing. Hal ini, bagi memastikan fungsi sekolah sebagai entiti PdP dapat dilaksanakan secara berkesan. Sekolah berkualiti memerlukan barisan pentadbir dan guru-guru yang komited dan dapat bekerjasama sebagai satu pasukan untuk memastikan setiap bilik darjah mempunyai seorang guru untuk menjalankan PdP secara berkesan.

Program relief berkesan bukan setakat meletakkan guru ganti bagi mengawasi kelas dan membiarkan murid membuat kerja sendiri, tetapi guru ganti perlu memainkan peranannya sebagai pemimpin instruksional untuk memastikan PdP berlangsung secara berkesan. Guru perlu mengubah minda mengenai konsep kelas ganti yang dianggap sebagai beban kepada kewajipan. Sekiranya program relief berkesan tidak dirancang dengan bijak, usaha melindungi MMI dan memaksimumkan penggunaan masa di dalam bilik darjah tidak akan tercapai.

Program Relief Berkesan yang dijalankan di SMK Puteri Wilayah boleh diangkat sebagai salah satu program terancang bagi melindungi MMI ke arah keberhasilan murid yang kreatif, kritis, dan inovatif dengan penambahbaikan
Muka Surat

| 169

Melindungi Masa Instruksional (MMI)


Kembali Kepada Yang Asas : Pemimpin Instruksional, Guru Mengajar, dan Murid Belajar

dari semasa ke semasa seperti melibatkan ibu bapa atau mantan murid untuk mengajar di dalam kelas ganti dan menggunakan masa persatuan koakademik secara berkesan untuk kesinambungan PdP di luar bilik darjah.

Rujukan Buku Rekod Persediaan Mengajar SPI Bil 4/1986 SPI Bil 1/1981

Muka Surat

| 170

Melindungi Masa Instruksional (MMI)


Kembali Kepada Yang Asas : Pemimpin Instruksional, Guru Mengajar, dan Murid Belajar

13

PROTECTING INSTRUCTIONAL TIME : MENGATASI MASALAH GURU MENINGGALKAN KELAS KERANA TUGASAN LUAR

Muka Surat

| 171

Melindungi Masa Instruksional (MMI)


Kembali Kepada Yang Asas : Pemimpin Instruksional, Guru Mengajar, dan Murid Belajar

PROTECTING INSTRUCTIONAL TIME : MENGATASI MASALAH GURU MENINGGALKAN KELAS KERANA TUGASAN LUAR

oleh Pengarah, Jabatan Pendidikan Negeri Sembilan ( JPNS ) Pengetua, SM Teknik Tuanku Jaafar, Seremban

Abstrak Protecting Instructional Timeatau Melindungi masa instruksional merupakan salah satu komponen fungsi pemimpin instruksional dalam menjayakan pembelajaran secara berkesan. Keberhasilan pembelajaran murid merupakan fokus utama dalam semua program dan perancangan yang dirangka oleh KPM perlu memastikan PdP dapat dilaksanakan tanpa halangan bagi mencapai objektif yang disasarkan untuk meningkatkan keberhasilan pembelajaran murid. Oleh yang demikian, SM Teknik Tuanku Jaafar telah menggunakan beberapa kaedah bagi memastikan konsep guru, ADA, BERFUNGSI, dan BERSIH, berlaku. Antaranya, kaedah jual beli jadual waktu, mass lecture, dan Modul Pembelajaran Kendiri seperti Bacaan Nilam, dan modul modul latihan digunakan.

Muka Surat

| 172

Melindungi Masa Instruksional (MMI)


Kembali Kepada Yang Asas : Pemimpin Instruksional, Guru Mengajar, dan Murid Belajar

PENGENALAN

Keberhasilan pembelajaran murid merupakan fokus utama dalam semua program dan perancangan yang dirangka oleh KPM. Sehubungan dengan itu juga, KPM perlu memastikan pengajaran dan pembelajaran dapat dilaksanakan tanpa halangan bagi mencapai objektif yang disasarkan untuk meningkatkan keberhasilan pembelajaran murid.

Melindungi masa instruksional merupakan salah satu komponen fungsi pemimpin instruksional dalam menjayakan pembelajaran secara berkesan. Halinger dan Murphys (1985) dalam kajian mereka dalam membina modul Pengurusan Instruksional adalah dengan menilai kepimpinan Instruksional atas Guru Besar Sekolah Rendah seterusnya menyemak dan mengkaji mengenai keberkesanan sekolah. Mereka mendapati, persekitaran pembelajaran yang positif dibina melalui beberapa prinsip termasuklah,Melindungi Masa Pengajaran. Komponen ini perlu diberikan perhatian dalam memastikan peningkatan keberhasilan pembelajaran murid ke arah membangunkan modal insan yang kritis, kreatif, dan inovatif. Pengurangan masa instruksional perlu dibendung bagi memastikan tempoh masa untuk pembelajaran berkesan dalam kalangan murid meningkat. McKinsey and Co. (2007), menyatakan bahawaberdasarkan sistem sekolah terbaik di dunia, menambahbaik kaedah pengajaran di dalam bilik darjah ialah cara terbaik meningkatkan pencapaian murid. Policies and enforcement practices that reduce tardiness, absenteeism, and truancy to increase learning time for students. Principal can also increase student opportunities to learn by protecting classroom instructional time from interruptions due to public address annoucements, by working with teachers to develop more effective classroom management and instructional practices, and by reducing the number of non-instructional school activities that enroach on classroom time. (Hallinger & Murphy, 1986)
Muka Surat

| 173

Melindungi Masa Instruksional (MMI)


Kembali Kepada Yang Asas : Pemimpin Instruksional, Guru Mengajar, dan Murid Belajar

Bagi memastikan peningkatan masa pembelajaran berkesan atau academic learning time dalam kalangan murid, maka falsafah untuk guru, Ada, Berfungsi, Bersih digunakan. Falsafah ini mengharapkan guru mesti ada di dalam bilik darjah dan berfungsi sewajarnya bagi memastikan pendidikan berkualiti disediakan untuk murid.

PERNYATAAN ISU / CADANGAN

Dalam beberapa kajian yang dijalankan mengenai Protecting Instructional Timemendapati terdapat pelbagai bentuk gangguan untuk guru mengekalkan kualiti Academic Learning Time terhadap murid. Antaranya, seperti pengumuman dari pembesar suara, aktiviti sukan sekolah atau sukantara, aktiviti kokurikulum atau koakademik, waktu pengajaran kerap kali diganggu dengan kelewatan murid memasuki kelas, guru atau murid dipanggil ke pejabat, susun atur kelas, sikap guru, kepentingan aktiviti bercanggah, prasarana dan kemudahan sekolah, faktor luar kawal (guru cuti sakit, cuti ganti, hal-hal peribadi, cuti kecemasan), guru menduduki peperiksaan bagi yang menjalani pengajian melalui Pendidikan Jarak Jauh, tugas-tugas tambahan yang bukan untuk pengajaran (guru biasiswa, guru data,dan lain-lain), kehendak luar bilik darjah (aktiviti kokurikulum, guru bermesyuarat, guru berkursus,

mengawas peperiksaan), keberkesanan pengajaran guru, dan disiplin murid.

Untuk kertas kerja ini, isu ketiadaan guru di sekolah kerana menghadiri kursus dibawah kendalian KPM, JPN dan PPD merupakan isu yang akan dikaji.

Analisis mendapati kekerapan guru meninggalkan sekolah kerana menghadiri kursus atau mesyuarat bermula Januari hingga kini sebanyak 7

Muka Surat

| 174

Melindungi Masa Instruksional (MMI)


Kembali Kepada Yang Asas : Pemimpin Instruksional, Guru Mengajar, dan Murid Belajar

hingga 10 kali dalam setahun, namun demikian ada juga antara mereka yang keluar meninggalkan sekolah sehingga 4 minggu dalam setahun.

Antara sebab guru meninggalkan sekolah adalah seperti menghadiri kursus keselamatan, kursus-kursus dalam bidang Teknik dan Vokasional, Mesyuarat Pentaksiran, Mesyuarat Penggubalan Soalan oleh Lembaga Peperiksaan Malaysia, Mesyuarat Pembinaan Modul Mata Pelajaran berkaitan, Mesyuarat berkaitan Pengurusan Kurikulum dan sebagainya. Penelitian atas buku pergerakan guru SM Teknik Tuanku Jaafar, mendapati bahawa kedapatan guru meninggalkan kelas pengajaran kerana menghadiri mesyuarat atau kursus berlaku hampir setiap minggu. Kadangkala pergerakan ini berlaku ketika waktu kemuncak seperti ketika murid hampir menduduki peperiksaan. Antara justifikasi pergerakan tersebut ialah guru terpaksa menghadiri mesyuarat menanda kertas soalan.

Seorang guru yang meninggalkan sekolah selama 5 kali dalam setahun kerana bermesyuarat dianggarkan akan mengambil masa sehingga 2 ke 3 hari setiap kali mesyuarat tersebut. Hal sedemikian ini bermaksud, seorang guru akan meninggalkan kelas pengajaran mereka sekurangkurangnya 4 ke 6 kelas pengajarannya dalam seminggu. Jika ditukarkan kepada minit, ini bermaksud seorang guru akan meninggalkan kelas pengajarannya selama lebih kurang 160 minit hingga 240 minit dalam seminggu.

Diandaikan, masa pengajaran yang ditinggalkan itu, guru tersebut mungkin boleh menghabiskan sekurangkurangnya 1 bab pengajaran. Oleh yang demikian, situasi sebegini merupakan gangguan dan menjadi isu dalam Protecting Instructional Timedan sekiranya tiada kaedah yang digunakan untuk mengatasi masalah ketiadaaan guru ini maka keberkesanan pengajaran untuk keberhasilan pengajaran mungkin tidak tercapai.
Muka Surat

| 175

Melindungi Masa Instruksional (MMI)


Kembali Kepada Yang Asas : Pemimpin Instruksional, Guru Mengajar, dan Murid Belajar

CADANGAN TINDAKAN / PENYELESAIAN

1.

Sistem Jual Beli Jadual

Sistem jual beli jadual waktu dengan guru lain ialah kaedah pertukaran masa mengajar dengan guru yang mengajarkan kelas yang sama. Maksudnya, guru yang membeli waktu pengajaran guru yang meninggalkan sekolah tersebut akan bertambah waktu pengajarannya dalam minggu tersebut dan akan berkurangan pada minggu hadapan dan begitulah sebaliknya kepada guru yang meninggalkan sekolah tadi.

Misalnya, Puan Hajah Azizah binti Mohamad yang mengajarkan mata pelajaran Matematik Tambahan bagi kelas 5PKM2 akan meninggalkan kelas untuk menghadiri Kursus Peningkatan Profesionalisme Guru Cemerlang telah menjual jadual kelasnya pada minggu tersebut kepada Puan Lee Soh Hion sebanyak 2 waktu pengajaran. Maka Puan Hajah Azizah akan mengantikan 2 waktu pengajaran Puan Lee Soh Hion pada minggu berikutnya setelah kembali daripada menghadiri mesyuarat (merujuk Lampiran).

2.

Bahan Pembelajaran Kendiri

(a)

Bacaan Nilam

Guru yang meninggalkan kelas akan memaklumkan kepada guru ganti untuk menjalankan aktiviti yang telah dirancang sepanjang ketiadaannya. Maklumat tersebut disampaikan oleh Guru Kanan Bidang. Pelbagai bahan pembelajaran kendiri telah disediakan oleh guru.

Muka Surat

| 176

Melindungi Masa Instruksional (MMI)


Kembali Kepada Yang Asas : Pemimpin Instruksional, Guru Mengajar, dan Murid Belajar

Misalnya, Guru Bahasa Inggeris Puan Hajah Harison binti Mohd. Hassan akan menggunakan bahan bacaan berbahasa Inggeris yang telah disediakan sebagai bahan bacaan NILAM semasa ketiadaannya. Guru yang mengantikannya hanya perlu mengambil kotakkotak yang terdapat buku berbahasa Inggeris pelbagai genre untuk dibawa ke kelas yang digantikannya. Aktiviti murid semasa pengajaran tersebut ialah bacaan buku berbahasa Inggeris untuk tujuan Program Nilam. Modulmodul latihan

(b)

Setiap Panitia mempunyai set-set modul bersesuaian sebagai bahan ganti pengajaran. Modul-modul biasanya telah tersedia dalam bilik Guru Kanan Bidang. Modul-modul tersebut akan diambil oleh guru yang menggantikan guru yang tiada kerana menghadiri mesyuarat atau kursus. Kandungan modul biasanya berkaitan dengan set-set soalan SPM atau set soalan yang dibina sendiri oleh guru. Guru yang melaksanakan kelas ganti tersebut akan menggunakan modul tersebut berdasarkan manual

penggunaan yang diberikan oleh Guru Kanan Bidang.

Misalnya, Encik Radin Khalid bin Radin Husin, Guru mata pelajaran Pengajian Kejuruteraan bagi tingkatan 5PKA1. Sebelum meninggalkan sekolah kerana menghadiri kursus atau mesyuarat, beliau akan meninggalkan Modul Pembelajaran Kendiri iaitu Latihan Menjawab Kertas 2 Pengajian Kejuruteraan Awam. Murid akan berada di dalam kelas di bawah pengurusan guru yang mengantikannya. Murid akan menjawab soalan dengan menggunakan arahan dan panduan daripada guru. Tugasan tersebut hendaklah disiapkan sepanjang masa pengajaran yang
Muka Surat

| 177

Melindungi Masa Instruksional (MMI)


Kembali Kepada Yang Asas : Pemimpin Instruksional, Guru Mengajar, dan Murid Belajar

diselia oleh guru ganti dan hendaklah disiapkan sepanjang kelas tersebut. Laporan akan diberikan oleh guru ganti sebagai rujukan kepada Encik Radin Khalid bin Radin Husin.

(c)

Mass Lecture

Kaedah ini digunakan bagi menyelesaikan masalah ketiadaan guru dalam jumlah yang ramai kerana aktiviti tertentu. Bagi mengatasi isu,Protecting Istructional Time, kaedah,Mass Lecture digunakan. Misalnya, Program Lonjakan Saujana untuk murid Tingkatan 4 bersama Guru Cemerlang dijalankan bagi

menggantikan aktiviti Sukantara yang tertunda akibat cuaca. Melalui kaedah ini guru cemerlang dibahagikan mengikut bidang serta kepakaran dan program dijalankan diruang yang lebih luas dengan audien yang lebih ramai. Jadual program berdasarkan lampiran.

3.

Kesimpulan

(a)

Sistem Jual Beli Jadual

Sistem Jual Beli Jadual waktu ini,berjaya menyelesaikan masalah berkaitan dengan Protecting Instructional Time. Guru mengurus sendiri urusan jual beli tersebut. Sistem ini menyelesaikan masalah, Ada, Bersih, dan Berfungsi. Sebelum ini, guru yang menggantikan kelas yang tiada kaitan atau tiada bantuan bahan pembelajaran, tidak dapat memanfaatkan masa pengajaran dan keberhasilan pengajaran tidak berlaku. Dengan sistem ini, dilihat seolah-olah jadual guru hanya disusun semula dan disesuaikan antara guru yang terlibat. Pengurusan sistem jual beli antara guru
Muka Surat

| 178

Melindungi Masa Instruksional (MMI)


Kembali Kepada Yang Asas : Pemimpin Instruksional, Guru Mengajar, dan Murid Belajar

ini mengurangkan kekangan sistem pungurusan dan bermaksud bahawa melalui sistem ini falsafah guru, Ada, Bersih dan Berfungsi telah berlaku.

(b)

Bahan Pembelajaran Kendiri

i.

Bacaan Nilam Pengisian bahan pengajaran oleh guru ganti menggunakan kaedah bacaan nilam berbahasa Inggeris telah membantu meningkatkan jumlah bacaan murid. Menyedari inisiatif murid untuk membaca sendiri amat kurang, maka dengan penggunaan bahan bacaan nilam di dalam kelas ganti oleh guru yang menggantikan guru sebenar kerana menghadiri kursus atau mesyuarat telah berjaya meningkatkan jumlah bahan bacaan oleh murid. Guru ganti hanya perlu menyelia dan memastikan murid membaca bahan bacaan tersebut. Laporan akan disediakan oleh guru ganti kepada guru yang terpaksa meninggalkan kelas tersebut.

ii.

Modul Latihan Penggunaan Modul Latihan oleh guru yang meninggalkan kelas kerana menghadiri mesyuarat dan berkursus telah berjaya mengekalkan konsep guru, Ada, Bersih,dan Berfungsi. Penggunaan Modul Latihan tersebut

membantu mengurangkan halangan dalam mengekalkan waktu pengajaran Protecting Instructional Time. Proses pengajaran yang dijalankan ini membantu mengekalkan keberkesanan pengajaran walaupun tanpa guru yang mengajar.

Muka Surat

| 179

Melindungi Masa Instruksional (MMI)


Kembali Kepada Yang Asas : Pemimpin Instruksional, Guru Mengajar, dan Murid Belajar

iii.

Mass Lecture Program ini telah berjaya mengatasi masalah kehilangan waktu pengajaran dan konsep,Protecting Instructional Time dapat dijalankan. Walaupun ketiadaan guru,

pengajaran dan pembelajaran berlaku mengikut kesesuaian dan pengisian.

SYOR

1.

Polisi Protecting Instructional Time. Disyorkan setiap sekolah mempunyai polisi pengurusan tersebut seperti yang dibuat oleh beberapa buah sekolah di luar negara. Merujuk,Hawthorne Elementary

School,sekolah ini telah menggunakan beberapa polisi bagi mengatasi masalah pengurangan masa pengajaran dan untuk memastikan keberkesanan pengajaran oleh guru.

Polisi tersebut diguna pakai oleh semua murid dan guru sepanjang proses pengajaran.

Muka Surat

| 180

Melindungi Masa Instruksional (MMI)


Kembali Kepada Yang Asas : Pemimpin Instruksional, Guru Mengajar, dan Murid Belajar

SCHOOL-BASED DECISION MAKING POLICY SCHOOL: Hawthorne Elementary School SUBJECT OF THE POLICY: Protection of Instructional Time POLICY STATEMENT: Hawthorne Elementary ensures that every student will be actively engaged in instructional activities throughout the school day. It is important that interruptions to the instructional process be kept to a minimum. Implementing the following procedures will protect instructional time: Broadcast messages will occur only in the case of an emergency or unanticipated event. Students will begin instructional activities immediately upon arrival in classrooms. Only emergency or expected calls will be sent to classrooms during instructional time. Only expected visitors will be allowed to visit instructional areas. School and classroom schedules will reduce the number of transitions for students from one school location to another. Scheduled activities to reward student behavior will be aligned with curriculum and instructional guidelines. Videos and television broadcasts will be used for instructional purposes only and support the core content. Hawk News will continue to be modified to meet the instructional needs of the school.

Selain itu, terdapat juga satu lagi polisi yang lebih bersifat menyeluruh yang boleh dijadikan panduan seperti yang dilakukan oleh AthensChilesburg Elementary.

Muka Surat

| 181

Melindungi Masa Instruksional (MMI)


Kembali Kepada Yang Asas : Pemimpin Instruksional, Guru Mengajar, dan Murid Belajar

Athens-Chilesburg Elementary Protection of Instructional Time Policy Commitment To facilitate an optimal learning environment at AthensChilesburg, that is free from unplanned disruptions; instructional time shall be protected in the following ways:

Teacher Responsibility All teachers will ensure that: Instruction begins at the start of the instructional day. When a scheduled activity is unexpectedly delayed or cancelled, students will be given alternative, substantive learning activities to undertake. Videotapes, CD's, and television broadcasts will be used only when they efficiently convey knowledge and skills called for in the curriculum and are combined with other activities that require the students to process and apply the information these types of resources provide. The use of substitute teachers is kept to a minimum and that when substitute teachers are necessary they are supplied with substantive learning activities to conduct, other necessary items to conduct class as normally as possible, and the name of at least one other nearby teacher for questions and support.

Muka Surat

| 182

Melindungi Masa Instruksional (MMI)


Kembali Kepada Yang Asas : Pemimpin Instruksional, Guru Mengajar, dan Murid Belajar

Principal responsibility The principal (or principal designee) will: Make sure that intercom interruptions from the office occur only at designated times and in emergencies. Limit phone calls to classrooms to situations that require immediate attention. All other calls will be sent to voice mail. Ensure that announcements or morning telecasts begin promptly at the start of the instructional day. Ensure that new staff members and substitute teachers are aware of the schools commitment to and the teachers responsibility for minimizing disruptions to instructional time. Ensure that volunteers adhere to a schedule that minimizes classroom interruptions. Staff Responsibility (Including office staff) Special programs that It is recommended that staff be notified of special programs (assemblies etc) at least 3 days prior to the event. Fewer than 3 days notification will require administrative approval. Office will notify classroom teacher when a visitor arrives and wait until advisement from teacher.

2.

Manual Pengguna atas Modul Latihan

Setiap

panitia

yang

menggunakan

modul

sebagai

bahan

pengajaran,hendaklah menyediakan manual pengguna bagi guru ganti menjalankan pengajaran tersebut apabila ketiadaan guru sebenar. Manual Pengguna membolehkan guru ganti menjalankan pengajaran
Muka Surat

| 183

Melindungi Masa Instruksional (MMI)


Kembali Kepada Yang Asas : Pemimpin Instruksional, Guru Mengajar, dan Murid Belajar

secara berpandu dan membantu guru yang tiada kerana menghadiri kursus dan mesyuarat. Oleh yang demikian keberkesanan pengajaran dapat dikekalkan.

Rujukan School-Based Decision Making Policy (Protecting Instructional Time). (2009) : Hawthorne Elementary School, Amerika Syarikat. Melindungi Masa Instruksional (Protecting Instructional Time) di Sekolah untuk Meningkatkan Keberhasilan Pembelajaran Murid (2012). Persidangan Kebangsaan Pengetua Malaysia, Kuala Lumpur. Melindungi Masa Instruksional (Protecting Instructional Time) di Sekolah untuk Meningkatkan Keberhasilan Pembelajaran Murid (2012). Sektor Operasi Pendidikan Kementerian Pelajaran Malaysia. Protection of Instructional Time Elementary, Amerika Syarikat. Policy(2009), Athens-Chilesburg

Muka Surat

| 184

Melindungi Masa Instruksional (MMI)


Kembali Kepada Yang Asas : Pemimpin Instruksional, Guru Mengajar, dan Murid Belajar

14

AMALAN MELINDUNGI MASA INSTRUKSIONAL DI SMK ABDUL RAHMAN TALIB, KUANTAN, PAHANG

Muka Surat

| 185

Melindungi Masa Instruksional (MMI)


Kembali Kepada Yang Asas : Pemimpin Instruksional, Guru Mengajar, dan Murid Belajar

AMALAN MELINDUNGI MASA INSTRUKSIONAL DI SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN ABDUL RAHMAN TALIB, KUANTAN, PAHANG.

oleh HAJI BAHTIAR BIN SANUSI AHMAD ZAMRI BIN MD ISA SMK Abdul Rahman Talib, Kuantan, Pahang

Abstrak Melindungi Masa Instruksional (MMI) menjadi cabaran yang hebat kepada pengurusan dan warga sekolah, berikutan dinamisnya sifat pendidikan pada hari ini yang mempunyai kerangka merentasi semua aspek perkembangan diri murid. Falsafah Pendidikan Kebangsaan yang menjadi tunjang sistem pendidikan hari ini meletakkan keseimbangan pembangunan diri murid dari segi intelek, rohani, emosi, dan jasmani telah menyediakan panduan yang jelas tentang hala tuju pendidikan negara. Bagi pemimpin dan warga sekolah cabaran ini bukan sahaja yang bersifat mendatang tetapi terdapat juga aspek-aspek status quo dan amalan sedia ada yang menghakis keutuhan masa instruksional. Kajian ini, akan menghuraikan beberapa cabaran masa instruksional dan langkah-langkah untuk melindungi masa tersebut dengan fokus kepada faktor pengurusan sekolah, faktor instruksional guru, dan kawalan para murid. Pengurusan masa instruksional ini bertujuan mewujudkan iklim pembelajaran yang positif untuk memastikan masa pembelajaran yang dilaksanakan berkesan. Masa pengajaran dan pembelajaran (PdP) 1 jam, Keluwesan Pengurusan Jadual Waktu, Program Perkembangan Profesional Guru dan Penilaian Impak (Post Mortem) berfokus empat variabel pengurusan yang penting dan menjadi pengawal kepada pelaksanaan masa instruksional yang berkesan. Pelaksanaan PdP berkesan, bahan pembelajaran yang mencukupi dan efektif, Q-SMART (Senarai Semak Pembelajaran), dan Integrasi ICT (Teknologi Maklumat dan Komunikasi) dalam PdP pula merupakan faktor guru yang menyumbang kepada peningkatan pengurusan masa intsruksional. Bagi murid pula, elemen yang diberi perhatian ialah pengurusan keluar masuk kelas yang boleh membantu meningkatkan masa pembelajaran yang berkualiti. Pengemblengan usaha semua warga sekolah, pengurusan masa yang berkesan, proses PdP yang berkesan dan penggunaan bahan PdP yang mencukupi serta berkesan membolehkan masa instruksional sentiasa dilindungi dan pendidikan di sekolah mencapai matlamat seperti yang dihasratkan.

Muka Surat

| 186

Melindungi Masa Instruksional (MMI)


Kembali Kepada Yang Asas : Pemimpin Instruksional, Guru Mengajar, dan Murid Belajar

PENGENALAN

MMI menjadi agenda penting kepada pengurusan sekolah. Keupayaan kepimpinan sekolah mengesan gangguan masa instruksional murid seterusnya mengambil tindakan yang cekap dan berkesan untuk mengatasi masalah ini merupakan satu keputusan yang kritikal dan strategik. Faktor-faktor gangguan yang pelbagai dimensi menuntut keberanian dan kebijaksanaan pemimpin sekolah mempertahankan masa instruksional (rujuk kepada Lampiran 1).

PERNYATAAN /CADANGAN

Di SMK Abdul Rahman Talib, tumpuan diberikan kepada 3 strategi utama iaitu masa PdP yang mencukupi dan berkesan, proses PdP yang berkesan, dan bahan PdP yang mencukupi dan berkesan. Pelaksanaan strategi ini bertujuan untuk mengurangkan pelbagai jenis gangguan masa instruksional yang berada dalam kawalan pengurusan sekolah dan pengurusan masa instruksional guru.

CADANGAN TINDAKAN / PENYELESAIAN

1.

Tindakan dalam Kawalan Kepimpinan dan Pengurusan Sekolah

(a)

Pengurusan Kehadiran dan Pergerakan Guru

PdP yang berkesan hanya boleh dicapai jika guru dan murid hadir ke sekolah tepat pada waktu. Membudayakan disiplin hadir ke sekolah dan berada di sekolah ialah kunci utama MMI. Sistem perakam waktu biometrik dengan perisian khusus memberikan banyak kelebihan kepada pengurusan sekolah untuk memantau
Muka Surat

| 187

Melindungi Masa Instruksional (MMI)


Kembali Kepada Yang Asas : Pemimpin Instruksional, Guru Mengajar, dan Murid Belajar

kehadiran guru. Analisis kehadiran secara harian dan bulanan membolehkan pengurusan sekolah mengesan pola (trend) kehadiran guru dan seterusnya memberikan ingatan supaya guru dapat hadir ke sekolah lebih awal agar waktu pertama pengajaran berjalan dengan lancar.

Isu pergerakan keluar masuk guru semasa bertugas juga ialah perkara yang perlu diberikan perhatian yang serius. Sebahagian guru memohon keluar semasa waktu bertugas untuk ke klinik, temu janji di hospital, urusan persekolahan anak dan urusanurusan lain yang perlu dilaksanakan kerana waktu lapang selepas waktu persekolahan adalah pendek untuk mereka melakukan urusan harian mereka. Oleh sebab guru tidak mempunyai waktu rehat yang ditetapkan, perkara ini perlu diberi perhatian. Sebahagian guru melihat bahawa pihak pengurusan sekolah membenarkan mereka berurusan pada waktu lapang ialah sebagai satu elemen kebajikan yang terletak atas budi bicara pengurusan sekolah. Instrumen yang digunakan untuk mengesan dan mengawal pergerakan keluar masuk guru ialah slip keluar guru. Slip ini perlu diisi oleh setiap guru dengan mendapat kebenaran daripada Pengetua atau ahli pengurusan sekolah yang lain. Slip ini mestilah ditinggalkan di pondok pengawal semasa guru hendak meninggalkan sekolah dan akan diserahkan ke pejabat oleh pengawal keselamatan untuk direkodkan. Proses ini dilaksanakan agar pengurusan keluar masuk guru lebih teratur dan masa instruksional di dalam bilik darjah dapat dikawal dengan baik agar tiada guru yang meninggalkan kelas semasa waktu PdP berjalan.

Muka Surat

| 188

Melindungi Masa Instruksional (MMI)


Kembali Kepada Yang Asas : Pemimpin Instruksional, Guru Mengajar, dan Murid Belajar

(b)

Pengurusan Jadual Waktu dan Jadual Waktu Ganti.

Pengurusan jadual waktu yang cekap dan berkesan ialah kunci utama kepada pengurusan pembelajaran. SMK Abdul Rahman Talib telah menggunakan sistem jadual waktu ASC (aSc time table) sejak tahun 2007. Banyak manfaat yang diperoleh daripada sistem ini. Sistem yang mudah dikendali dan luwes ini membolehkan Jawatankuasa Jadual Waktu merombak semula jadual waktu dan membuat tugasan baharu kepada guru-guru apabila ada keperluan. Cabaran utama yang dihadapi oleh pihak sekolah ialah ramai guru yang bersalin. Biasanya setiap tahun terdapat 3 hingga 4 orang guru yang bersalin. Cuti yang diambil kebiasaannya selama tiga bulan. Akibatnya, sekolah sukar untuk mendapatkan guru ganti.

Oleh itu, pihak pengurusan jadual waktu sekolah akan menyelaraskan jadual guru semula. Kaedahnya, dengan

menggabungkan tiga kelas untuk diajar oleh dua orang guru. Rombakan Rancangan Pelajaran Tahunan (RPT) juga dibuat supaya topik-topik yang mudah dan ringkas dapat diajar ketika itu supaya dapat melindungi waktu instruksional. Secara puratanya, pihak sekolah telah mengubah 7 hingga 8 kali jadual untuk memastikan semua kelas mempunyai guru dan PdP dapat dilaksanakan dengan berkesan.

Bagi

melaksanakan

kelas

gabungan,

SMART

telah

memaksimumkan infrastrukturyang ada. Kemudahan dewan besar, bilik kuliah atau dewan makan asrama telah digunakan untuk tujuan penggabungan kelas yang boleh menyelesaikan masalah ketidakhadiran guru. Kemudahan-kemudahan ini boleh
Muka Surat

| 189

Melindungi Masa Instruksional (MMI)


Kembali Kepada Yang Asas : Pemimpin Instruksional, Guru Mengajar, dan Murid Belajar

menampung antara 120 hingga 160 pembelajaran.

murid

dalam satu sesi

Kesediaan guru untuk mengambil tanggungjawab mengajar murid dalam kuantiti yang besar ini berasaskan konsep PKKP (Program Peningkatan Kurikulum dan Kemajuan Pendidikan) yang menggariskan prinsip CPO (Collaborative, Participative dan Ownership) iaitu semua murid di SMART ini ialah anak murid kepada semua guru dan semua guru harus berpakat dan bekerjasama untuk memastikan pembelajaran berlaku dan masa instruksional murid dilindungi.

Pengurusan jadual guru ganti perlu lebih kreatif. Proses penyediaan guru ganti ini berasaskan prinsip cepat dan tepat. Jadual guru ganti perlu diedarkan segera untuk memaklumkan guru yang mengambil tugas pada hari itu. Pengedaran jadual ini juga boleh membantu murid dalam merangka pembelajaran pada hari itu. Kriteria pemilihan guru ganti seperti yang berikut: mengikut keutamaan

i.

Guru yang mengajarkan mata pelajaran yang sama bagi tingkatan yang sama,

ii.

Guru yang mengajarkan mata pelajaran yang sama walaupun tingkatan yang berlainan tetapi pada tahap yang sama (MR/MA),

iii.

Guru yang mengajarkan mata pelajaran yang berlainan tetapi mengajar murid kelas tersebut, dan

iv.

Guru Kaunselor.

Muka Surat

| 190

Melindungi Masa Instruksional (MMI)


Kembali Kepada Yang Asas : Pemimpin Instruksional, Guru Mengajar, dan Murid Belajar

Kriteria di atas dapat memberikan manfaat yang besar kepada guru dan murid di dalam kelas.

Sistem Pengurusan Jadual Relif (aSc time table) memudahkan guru membuat tempahan bilik-bilik khas untuk melaksanakan proses pembelajaran pada hari itu.

(c)

Masa Pembelajaran dan Pengajaran 1 jam.

Memperuntukkan masa pembelajaran selama satu jam ialah satu cabaran yang agak hebat tetapi menguntungkan kepada sekolah khususnya aliran Sains. SMK Abdul Rahman Talib melaksanakan aliran Sains sepenuhnya di Tingkatan 4 dan 5 serta

empatbuahkelas Sains daripada 10 buah kelas di Tingkatan 6. Bagi sekolah yang mengoptimumkan penggunaan makmal, PdP selama satu jam amat bermanfaat dan meningkatkan masa tugasan (Task Time) kepada guru dan murid. Pembelajaran selama satu jam atau 50 minit masa tugasan dengan mengambil kira waktu pergerakan murid selama 10 minit.

Masa PdP selama 60 minit contohnya 4 kali seminggu iaitu 240 minit bagi mata pelajaran Bahasa Melayu dapat memberikan pembelajaran yang optimum berbanding kombinasi masa berkembar 80 minit sama ada tiga kali seminggu atau 5 kali perjumpaan dengan murid. Penggunaan peruntukan waktu tunggal 40 minit yang akan hilang 5 hingga 10 minit waktu menunggu (waiting time) yang akhirnya berbaki hanya 30 minit waktu tugasan (task time)(rujuk kepada Jadual 1).

Muka Surat

| 191

Melindungi Masa Instruksional (MMI)


Kembali Kepada Yang Asas : Pemimpin Instruksional, Guru Mengajar, dan Murid Belajar

Jadual 1: Menunjukkan perbezaan dan manfaat pembelajaran menggunakan waktu satu jam berbanding 40 minit.
Kekerapan Masa Menunggu (10 minit)

Masa Pembelajaran

Pembahagian Waktu

Masa Tugasan

Ulasan

40 minit x 6 waktu = 240 minit

2+2+1+1

40 (4 x10)

200 minit

Masa tugasan sama dengan waktu 1 jam (200 minit ). Jika guru tidak hadir pada waktu berkembar (80 minit) hanya 130 minit masa tugasan yang tinggal dan jika pada waktu tunggal pula waktu tugasan ialah 170 minit. Risiko tinggi jika guru tidak hadir 1 hari . Hanya tinggal 140 minit waktu tugasan dapat dilaksanakan. Risiko PdP tidak berlangsung dilebarkan. Jika 1 hari guru tiada PdP tidak dapat dilaksanakan masih ada 150 minit waktu PdP dapat diselamatkan.

2+2+2

30 (3 x 10)

210 minit

60 minit x 4 kali = 240 minit

1 + 1+ 1+ 1

40 (4x10)

200 minit

Kesimpulannya, jadual waktu dengan menggunakan masa 1 jam adalah lebih luwes, selamat, dan kurang berisiko kerana kita sedia maklum pada hari ini kekerapan guru tidak berada di dalam bilik darjah adalah tinggi.

Muka Surat

| 192

Melindungi Masa Instruksional (MMI)


Kembali Kepada Yang Asas : Pemimpin Instruksional, Guru Mengajar, dan Murid Belajar

(d)

Post Mortem (Penilaian Impak) berfokus.

Aktiviti Post Mortem peperiksaan atau lebih dikenali sebagai Penilaian Impak (IMPAK) yang berfokus ialah alat pengurusan yang penting untuk mengesan, mengawal, dan memantau proses pembelajaran yang berkesan di dalam bilik darjah. Seterusnya, penilaian ini menjadi sebahagian daripada penanda aras bahawa masa instruksional terutamanya masa pembelajaran antara guru dengan murid dilaksanakan dengan berkesan.

Melalui aktiviti post mortem berfokus, guru-guru akan membuat analisis item bagi setiap mata pelajaran untuk setiap kelas dan setiap murid. Pihak pengurusan dapat mengesan defisit pembelajaran sama ada disebabkan oleh murid, guru, bahan pembelajaran atau masa pembelajaran yang tidak mencukupi. Kerap kali juga dikenal pasti bahawa defisit pembelajaran wujud kerana masa bersemuka secara berkesan antara guru dengan murid tidak mencukupi atau sesetengah topik tidak dikuasai dengan baik kerana waktu yang diperuntukkan tidak mencukupi untuk memastikan murid benar-benar menguasai topik tersebut.

Tindakan pemulihan perlu dilaksanakan dengan segera bagi mengatasi masalah ini. Guru-guru yang terlibat sering mengambil peluang mengadakan kelas dan bengkel tambahan bagi tujuan itu. Apa yang penting di sini, guru dan murid diingatkan supaya aktiviti PdP mesti dilaksanakan dengan baik dan proses ini

hendaklah dibuat secara berterusan. Penegasan ini perlu dibuat kepada semua pihak agar masa instruksional dimanfaatkan sebaik mungkin.

Muka Surat

| 193

Melindungi Masa Instruksional (MMI)


Kembali Kepada Yang Asas : Pemimpin Instruksional, Guru Mengajar, dan Murid Belajar

Kesimpulannya, aktiviti IMPAK yang dilaksanakan sebanyak 3 kali setahun ini menjadi satu fasa penting kepada semua pihak agar membuat refleksi kepada aktiviti pembelajaran yang telah dilaksanakan. Nasihat dan bimbingan pengurusan kepada semua guru akan menjadi panduan bagi mengurus masa instruksional masing-masing dengan lebih berkesan.

2.

Tindakan dan Kawalan Pengurusan Masa Instruksional Guru

(a)

Pelaksanaan PdP berkesan.

Pelaksanaan PdP yang berkesan ialah agenda utama setiap guru SMART yang masuk ke dalam bilik darjah. Berkesan bermaksud, guru mengajar dan murid belajar. Keberkesanan proses pembelajaran pengetahuan diukur melalui dan kemahiran penguasaan murid atas ilmu yang menjadi matlamat

pembelajaran pada hari tersebut.

Dalam proses PdP yang berkesan, lima aspek penting yang perlu diberi fokus iaitu: i. ii. penguasaan isi kandungan mata pelajaran (Content), penguasaan (Instruction), iii. penguasaan pedagogi yang tepat dan berkesan (Pedagogy), dan iv. pengawalan tumpuan / fokus murid kepada pembelajaran (Attention). kemahiran mengurus pembelajaran

Melalui keempat-empat elemen ini, task time dan engage time dapat dimanfaatkan sepenuhnya dan pembelajaran menjadi lebih
Muka Surat

| 194

Melindungi Masa Instruksional (MMI)


Kembali Kepada Yang Asas : Pemimpin Instruksional, Guru Mengajar, dan Murid Belajar

bermakna serta mencapai objektif yang diharapkan. Elemen kemahiran mengurus pembelajaran ini agak unik kerana setiap guru mempunyai kaedah yang berbeza. Walaupun, secara umum semua guru mempunyai teknik dan kaedah pembelajaran yang berbeza, tetapi semuanya akan memberikan impak yang besar kepada proses PdP. Pemerhatian dan pencerapan di dalam bilik darjah akan membantu meningkatkan keupayaan guru mengajar.

Semua aspek ini akan memberikan sumbangan yang besar kepada usaha-usaha untuk memastikan masa instruksional dapat

dilindungi sepenuhnya seperti yang dihasratkan.

(b)

Bahan PdP yang mencukupi dan berkesan.

Menyediakan bahan PdP yang mencukupi dan berkesan sentiasa menjadi matlamat pengurusan sekolah. Bahan yang cukup akan melengkapkan keperluan guru dan murid melaksanakan proses PdP yang berkesan di dalam bilik darjah. Sebagaimana yang kita sedia maklum, melalui PdP yang berkesan dan TaskTime serta Engage Time yang berkualiti, masa instruksional dapat dilindungi dengan baik. Pihak pengurusan sekolah tidak akan menerima sebarang alasan jika tiada bahan PdP, bahan tidak cukup, dan tidak sesuai bagi memastikan pembelajaran dapat dilaksanakan dengan lancar dan sempurna.

Pihak pengurusan sekolah telah mendapat sokongan yang padu daripada Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) di SMART. PIBG telah menyediakan dana yang cukup bagi mencetak bahan pembelajaran, justeru memberikan peluang sepenuhnya kepada guru menggunakan helaian bercetak sebagai bahan PdP dalam
Muka Surat

| 195

Melindungi Masa Instruksional (MMI)


Kembali Kepada Yang Asas : Pemimpin Instruksional, Guru Mengajar, dan Murid Belajar

kelas sepanjang tahun. Kesannya, masa yang dibazirkan (waste time) seperti menulis di papan putih dan menyalin soalan dapat diminimumkan yang tentunya akan dapat meningkatkan kualiti pembelajaran di dalam kelas.

Dalam aspek yang lain, guru-guru juga boleh melakukan anjakan minda bagi menyediakan modul yang lebih sesuai dan berkualiti dengan mengambil kira tahap keupayaan murid.

Kesimpulannya waste time dapat dikurangkan,

engage time

dapat ditingkatkan. Bahan ini amat berguna sekiranya guru tidak hadir ke sekolah dan guru ganti akan menggunakan bahan-bahan ini untuk proses PdP.

(c)

Q-SMART (Senarai Semak Pelaksanaan Pembelajaran)

Q-SMART ialah ringkasan kepada RPT guru bagi setiap mata pelajaran yang diajar. Senarai semak ini disediakan secara kolaboratif dalam mesyuarat panitia. Setiap panitia mata pelajaran akan menetapkan susunan bab dan topik yang perlu diajar, menentukan bilangan latihan, menetapkan ujian,

menentukan jenis-jenis kemahiran yang dikuasai oleh murid, dan bahan pembelajaran yang harus disediakan bagi jangka masa satu tahun persekolahan.

Pada peringkat awal tujuan Q-SMART adalah untuk menyelaras proses PdP supaya lebih seragam dan memenuhi keperluan menentukan takat atau had sesuatu topik yang perlu diuji dalam ujian dan peperiksaan. Namun begitu, instrumen ini telah berfungsi dengan baik untuk memberikan satu piawai kepada
Muka Surat

| 196

Melindungi Masa Instruksional (MMI)


Kembali Kepada Yang Asas : Pemimpin Instruksional, Guru Mengajar, dan Murid Belajar

guru untuk membuat refleksi kendiri atas keupayaan diri dalam melaksanakan PdP mengikut jadual yang sepatutnya. Q-SMART ialah instrumen pemantauan yang paling mudah melalui pengubahsuaian RPT untuk Ketua Panitia, Ketua Bidang dan Pengetua bagi mengesan tahap pelaksanaan PdP guru.

Penggunaan Q-SMART sebagai alat ukur dan senarai semak penyampaian PdP di dalam bilik darjah telah menjadi alat pengesanan dan kawalan utama mengawal masa instruksional bagi setiap guru. Q-SMART yang disimpan dalam buku Rekod Persediaan Mengajar guru boleh disemak pada bila-bila masa. Formatnya yang ringkas dan padat memudahkan pemantau untuk mengesan prestasi pelaksanaan PdP guru.

Sejak belakangan ini, telah diperkenalkan Q-SMART versi murid atau dikenali sebagai SQ-SMART yang mempunyai ciri yang sama dengan Q-SMART guru tetapi mempunyai kolum tambahan yang membenarkan murid menandaisama ada mereka telah

menguasai atau belum setiap topik dan kemahiran yang diajar di ruangan tersebut. SQ-SMART ini bukan sahaja menjadi panduan kepada murid tentang topik-topik yang akan diajar sepanjang tahun tetapi menjadi alat refleksi kendiri murid dan guru. Bagi pengurusan pula, SQ-SMART ialah satu instrumen semak silang bagi pelaksanaan PdP yang berkesan dan informatif.

3.

Tindakan mengawal pembelajaran peringkat murid melalui Alat Pengurusan Bilik Darjah

Muka Surat

| 197

Melindungi Masa Instruksional (MMI)


Kembali Kepada Yang Asas : Pemimpin Instruksional, Guru Mengajar, dan Murid Belajar

(a)

Buku Rekod Pengesanan Murid

Buku Rekod Pengesanan Murid (BRPM) merupakan borang yang boleh merekodkan kehadiran murid dan guru semasa sesi PdP berlangsung di dalam kelas. Dalam BRPM dicatatkan nama murid yang tidak hadir, murid yang tiada dalam kelas semasa PdP berlangsung,dan akhirnya guru menurunkan tanda tangan di ruangan yang betul mengikut waktu pembelajaran berlaku. Guru kelas, guru disiplin, dan guru penyelaras tingkatan akan menyemak buku ini untuk mengesan murid yang tidak hadir ke sekolah dan tiada semasa proses PdP berlangsung.

Gambar 1:

Contoh Buku Rekod Pengesanan Murid

Instrumen ini bertujuan mencegah dan mengelakkan murid daripada ponteng kelas atau meninggalkan kelas dengan sewenang-wenangnya semasa PdP berlaku. Buku ini juga menjadi penanda aras yang penting bagi mengesan kehadiran guru ke bilik darjah.
Muka Surat

| 198

Melindungi Masa Instruksional (MMI)


Kembali Kepada Yang Asas : Pemimpin Instruksional, Guru Mengajar, dan Murid Belajar

(b)

Borang Pengesanan Kendiri Murid (BPKM)

Borang Pengesanan Kendiri Murid (BPKM) merupakan borang kawalan disiplin murid supaya tidak ponteng kelas, lewat masuk makmal atau tidak memberikan tumpuan semasa PdP berjalan. Murid tersebut perlu diberi perhatian oleh guru yang mengajar di dalam bilik darjah. Setiap pagi murid yang terlibat perlu mengambil borang di kaunter pejabat sekolah. Murid perlu mendapatkan tandatangan daripada setiap guru selepas sesi pembelajaran selesai. Guru akan memberikan komen dan membuat catatan yang berkaitan dengan disiplin murid. Seterusnya, borang ini akan disemak oleh Penolong Kanan pada setiap hari bagi memastikan terdapat peningkatan prestasi disiplin mereka. Dapatannya, murid yang terlibat akan sentiasa berada di dalam kelas tepat pada masanya dan lebih fokus semasa PdP kerana adanya perhatian daripada guru kepada mereka.

Gambar 2: Contoh Borang Pengesanan Kendiri Murid


Muka Surat

| 199

Melindungi Masa Instruksional (MMI)


Kembali Kepada Yang Asas : Pemimpin Instruksional, Guru Mengajar, dan Murid Belajar

Sehubungan dengan itu, masa tugasan bagi murid tersebut dapat dimanfaatkan dengan baik dan masa pembelajaran dapat dikawal dengan lebih sempurna.

(c)

Pas Keluar

Pas keluar ialah instrumen sokongan kepada Buku BRPP. Hanya dua orang murid sahaja yang dibenarkan keluar pada satu-satu masa kecuali pada waktu pergerakan kelas. Pas ini hanya boleh digunakan dengan keizinan guru dan pergerakan murid tadi direkodkan. Penggunaan pas ini,memudahkan guru mengesan murid yang berada di luar bilik darjah semasa proses pembelajaran berlaku.

Gambar 3: Contoh Pas Keluar Murid

Muka Surat

| 200

Melindungi Masa Instruksional (MMI)


Kembali Kepada Yang Asas : Pemimpin Instruksional, Guru Mengajar, dan Murid Belajar

KESIMPULAN

Amalan melindungi masa instruksional mestilah menjadi pegangan utama pemimpin sekolah, dan guru-guru,dan jujur dengan murid. Semua pihak haruslah Masa

bertanggungjawab

peranan

masing-masing.

instruksional yang diurus dengan baik akan menatijahkan proses pembelajaran yang berkesan dan prestasi yang cemerlang kepada murid.

Pelbagai amalan dan alat pengurusan boleh digunakan untuk melindungi masa instruksional daripada peringkat ALT (Academic Learning Time) hinggalah ke peringkat Task time dan Engage Time. Namun apa yang paling penting ialah semua pihak haruslah bersikap jujur dan bergerak ke arah memperkasakan unsur kepercayaan terhadap satu sama lain dalam urusan masa instruksional ini. Kepercayaan (trust) ialah nilai dan norma yang perlu diberi perhatian khusus jika kita hendak terus memperjuangkan masa instruksional ini.

SYOR

Berikut ialah beberapa syor yang dicadangkan supaya pengurusan masa instruksional dapat diurus dengan berkesan.

1.

Membentuk kefahaman yang jelas terhadap warga sekolah tentang masa instruksional dan kepentingannya.

2.

Membina kerangka strategi yang jelas dan holistik dalam pengurusan masa instruksional dari aspek: (a) (b) (c) pengurusan / pemimpin sekolah, guru-guru, ibu bapa dan penjaga, dan
Muka Surat

| 201

Melindungi Masa Instruksional (MMI)


Kembali Kepada Yang Asas : Pemimpin Instruksional, Guru Mengajar, dan Murid Belajar

(d) 3.

murid-murid.

Kerangka ini harus tampil dengan instrumen atau alat pengurusan yang mudah dan boleh diaplikasikanserta berupaya meningkatkan kualiti pengurusan masa.

4.

Pengurusan sekolah perlu membuat refleksi atas aspek pengurusan masa instruksional dengan membandingkan kualiti dan kuantiti pengurusan masa dan impak kepada pencapaian matlamat sekolah.

5.

Memberikan penekanan kepada konsep kepercayaan dan kejujuran kepada masa itu sendiri kerana kepercayaan (trust) ialah elemen yang boleh mengatasi atau melebihi semua instrumen dan alat pengurusan yang sedia ada.

Rujukan Tuan Haji Sufaat bin Tumin. (2012). Melindungi Masa Instruksional (Protecting Instructional Time) di Sekolah untuk Meningkatkan Keberhasilan Pembelajaran Murid. Persembahan Power Point.mgbjohor.my/downloads.php?. James Ang Jit Eng, Ed.D & Balasandran Ramiah, DBA.(2009).Kepimpinan Instruksional Satu Panduan Praktikal.PTS Profesional, Kuala Lumpur. Edward De Bono. (1998). Simplicity; Be a sharper, faster, clearer thinker. Penguins Book. London. Stephen M.R. Covey & Rebecca R. Merill. (2008). The SPEED of TRUST, the one thing that changes everything. Pocket Books. UK. Robert L. DeBruyn and Jack L. Larson. (1984). You Can Handle Them All. A Discipline model for handling over one hundred different misbehaviors at school and at home.The MASTER Teacher.Inc Publisher. Manhattan, Kansas U.S.A James W. Stigler & James Hiebert.(1999).The Teaching Gap,Best Idea from the Worlds Teacher for Improving Education in the Classroom

Muka Surat

| 202

Melindungi Masa Instruksional (MMI)


Kembali Kepada Yang Asas : Pemimpin Instruksional, Guru Mengajar, dan Murid Belajar

Lampiran 1 Jadual di bawah menunjukkan elemen-elemen gangguan kepada masa instrusksional di sekolah
KPM / PPD Aktiviti kokurikulum Kebangsaan, Daerah, Negeri Guru Bermesyuarat di KPM, JPN dan PPD. Pengurusan Aktiviti Sukantara Guru Tidak masuk kelas / lewat masuk kelas Murid Keluar kelas ke tandas Fizikal Susun atur kelas Peralatan Tiada peralatan yang sesuai Lain-lain Pengumuman Pembesar Suara Guru disiplin mengendalikan spot check

Perhimpunan pagi jangka masanya panjang

CRK & Cuti Sakit

Kesediaan murid belajar

Bilik Darjah, Bengkel, makmal jauh.

Peralatan PDP Tidak mencukupi Peralatan untuk PDP Rosak

Guru Berkursus di KPM, JPN dan PPD.

Aktiviti Kokurikulum

Peperiksaan atau kelas PJJ

Sakit berpanjang an / mohon bercuti ikut keluarga Peregerakan ke makmal dan bengkel lambat.

Guru / Murid dipanggil ke pejabat

Guru bertugas sebagai Jurulatih Utama

Tiada guru ganti apabila guru bersalin

Kesediaan guru melaksanakan pengajaran Guru bukan opsyen mengajar Guru disiplin terlibat mengendalikan kes disiplin Keberkesanan Pengajaran guru

Muka Surat

| 203

Melindungi Masa Instruksional (MMI)


Kembali Kepada Yang Asas : Pemimpin Instruksional, Guru Mengajar, dan Murid Belajar

15

INISIATIF MEMPERKASAKAN MASA INSTRUKSIONAL GURU GANTI SISTEMATIK (GGS)

Muka Surat

| 204

Melindungi Masa Instruksional (MMI)


Kembali Kepada Yang Asas : Pemimpin Instruksional, Guru Mengajar, dan Murid Belajar

INISIATIF MEMPERKASAKAN MASA INSTRUKSIONAL : GURU GANTI SISTEMATIK (GGS)

oleh Sektor Pengurusan Akademik Jabatan PendidikanNegeri Sabah

Abstrak Kertas kerja ini menerangkan bagaimana perlunya masa instruksional diurus dengan baik bertujuan untuk mewujudkan serta meningkatkan keberhasilan pembelajaran murid melalui pengajaran yang berkesan. Cabaran terhadap guru dalam Melindungi Masa Instruksional ( MMI) perlu ditangani dengan cara penambahbaikan amalan sedia ada dari aspek pengurusan dan pengendalian yang lebih sistematik. Inisiatif ini difikirkan perlu dilaksanakan dengan harapan mensasarkan sekurang-kurangnya proses pembelajaran dapat berlaku dengan berkesan melalui program penambahbaikan sistem guru ganti.

Muka Surat

| 205

Melindungi Masa Instruksional (MMI)


Kembali Kepada Yang Asas : Pemimpin Instruksional, Guru Mengajar, dan Murid Belajar

PENGENALAN

Penglibatan guru-guru di peringkat Pejabat Pendidikan Daerah (PPD), Jabatan Pendidikan Negeri (JPN), Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM),dan agensi kerajaan yang lain dalam menjalankan tugas rasmi di luar sekolah dalam waktu persekolahan sangat ketara sama ada dalam bidang kurikulum atau kokurikulum. Keadaan ini ditambah dengan fenomena biasa seperti guru berkursus, cuti sakit dan cuti rehat khas (CRK) sehingga mengakibatkan tugas utama (core business) sebagai guru mengajar di dalam bilik darjah terjejas.

Kementerian Pendidikan Malaysia telah memberikan beberapa panduan untuk mengurus keadaan ini yang terdapat dalam Surat Pekeliling Ikhtisas (SPI) Bil. 10 Tahun 1995 tentang (Pelaksanaan Jadual Waktu Anjal bagi Sekolah Rendah dan Menengah) khususnya perkara VII dan Standard Pengurusan Sekolah Kualiti (SPSK) berkaitan pengurusan guru ganti dan usaha pihak sekolah dalam melaksanakan pelbagai cara penyelesaian. Oleh yang demikian, penambahbaikan perlu dilaksanakan dan satu kaedah penyelesaian yang lebih komprehensif perlu dicari bagi memastikan anak didik di dalam bilik darjah memperoleh hak yang sepatutnya.

Jabatan Pendidikan Sabah telah merangka satu program penambahbaikan sistem guru ganti yang telah sedia ada di sekolah untuk menangani isu di atas. Program ini selaras dengan usaha KPM melindungi waktu pembelajaran murid mengikut SPI Bil.2 Tahun 2012 dan SPI Bil.10 Tahun 1995.

Pengurusan masa instruksional perlu dimantapkan bagi memastikan tempoh masa pembelajaran berkesan dalam kalangan murid. Sehubungan dengan itu, bagi menjayakan program ini, semua guru termasuk pihak pentadbir terlibat secara langsung serta perlu ada komitmen yang tinggi. Kesedaran semua pihak perlu bagi memahami situasi yang berlaku. Usaha ini
Muka Surat

| 206

Melindungi Masa Instruksional (MMI)


Kembali Kepada Yang Asas : Pemimpin Instruksional, Guru Mengajar, dan Murid Belajar

memerlukan pengorbanan guru-guru terutama di peringkat penyediaan bahan/modul.

PERNYATAAN ISU / CADANGAN

Guru Ganti Sistematik (GGS) ini amat perlu dilaksanakan walaupun proses menyediakan guru ganti yang ada di sekolah agak kemas dan berjalan lancar. Namun terdapat beberapa perkara perlu dilihat terutama berkaitan dengan kesediaan guru ganti dan kualiti masa penggantian.

GGS ini perlu dilaksanakan atas alasan-alasan berikut :

1.

Guru ganti mempunyai kecenderungan lewat masuk ke kelas dan keluar awal, sekadar menjenguk atau tidak masuk langsung ke kelas yang telah ditetapkan serta tidak ada inisiatif membuat pengisian Pengajaran dan Pembelajaran (PdP) secara sistematik.

2.

Menambah beban kerja guru ganti untuk memikirkan dan menyediakan bahan atau perancangan bagi kelas yang hendak diganti.

3.

Proses PdP mata pelajaran tidak dapat dilaksanakan selama ketiadaan guru di sekolah.

Matlamat inisiatif ini untuk memastikan PdP berjalan secara berterusan walaupun ketiadaan guru mata pelajaran. Selain itu, masalah pengurusan pentadbiran dan disiplin murid semasa ketiadaan guru juga dapat dikawal. Seterusnya, inisiatif ini dapat meningkatkan usaha MMI di sekolah untuk meningkatkan keberhasilan pembelajaran murid.

Muka Surat

| 207

Melindungi Masa Instruksional (MMI)


Kembali Kepada Yang Asas : Pemimpin Instruksional, Guru Mengajar, dan Murid Belajar

Antara tujuan inisiatif ini dirangka ialah:

1.

Memastikan JPN, PPD, dan sekolah dapat meningkatkan usaha bagi MMI.

2.

Memastikan peningkatan masa pembelajaran berkesan atau academic learningtime dalam kalangan murid di semua sekolah.

3.

Memastikan guru mesti ada di dalam bilik darjah dan berfungsi sewajarnya bagi memastikan pendidikan berkualiti disediakan untuk murid.

CADANGAN TINDAKAN / PENYELESAIAN.

erdapat 3 fasa pelaksanaan program semasa, dan pasca (selepas).

yang dicadangkan program iaitu pra,

1.

Fasa I : Prapelaksanaan.

Peringkat Prapelaksanaan melibatkan pihak pentadbir, guru media, ketua panitia, dan semua guru.

(a)

Pihak pentadbir perlu :

i.

Mewujudkan bidang tugas (GGS). Bidang tugas ini melibatkan Guru Penolong Kanan Pentadbiran, Guru Penolong Kanan HEM, Guru Penolong Kanan Kokurikulum, Penyelia Petang, Ketua Bidang, Ketua Panitia, dan semua guru mata pelajaran.

ii.

Peka tentang ketidakhadiran guru sama ada yang menghadiri tugas rasmi atau kes-kes kecemasan,
Muka Surat

| 208

Melindungi Masa Instruksional (MMI)


Kembali Kepada Yang Asas : Pemimpin Instruksional, Guru Mengajar, dan Murid Belajar

iii.

Menyediakan jadual waktu guru ganti sehari sebelum, bagi guru yang diketahui akan meninggalkan sekolah.

iv.

Penyediaan jadual guru ganti serta agihannya perlu adil dan saksama serta mengambil kira permintaan guru sama ada secara jual beli atau sebaliknya mengikut kesesuaian.

(b)

Guru perlu :

i.

Menulis maklumat tugas rasmi yang bakal dihadiri dalam buku maklumat pergerakan guru untuk tujuan penyediaan guru ganti.

ii.

Memaklumkan ketidakhadiran pada pagi hari seawal mungkin bagi kes-kes kecemasan.

iii.

Memaklumkan dan memohon kebenaran daripada pihak pentadbir sekolah bagi cuti tanpa rekod, cuti sambilan, dan cuti bersalin.

(c)

Guru Tidak Hadir perlu :

Menyediakan bahan/modul dan menyerahkannya kepada pihak pengurusan (GGS) sebelum memulakan tugas rasmi di luar sekolah. Bahan yang disediakan hendaklah selari dengan Rancangan Pelajaran Harian (RPH) dan khusus untuk kelas-kelas yang ditinggalkan.

(d)

Ketua Panitia perlu :

i.

Mengadakan bengkel penyediaan dan mewujudkan koleksi Bahan Bantu Mengajar (BBM) untuk guru ganti pada awal tahun mengikut sukatan pelajaran setiap mata pelajaran.

Muka Surat

| 209

Melindungi Masa Instruksional (MMI)


Kembali Kepada Yang Asas : Pemimpin Instruksional, Guru Mengajar, dan Murid Belajar

ii.

Menyenaraikan guru yang boleh menggantikan guru yang akan bertugas di luar/ cuti kecemasan dan diberikan kepada pengurusan GGS.

(e)

Guru Media perlu

i.

Menyediakan bahan bacaan, bahan multimedia seperti CD PdP.

ii.

Menyediakan guru-guru dengan Portal Pendidikan dan bahanbahan dalam talian.

iii.

Sentiasa bersedia dengan aktiviti Pusat Sumber Sekolah dan sekiranya tidak ada guru ganti maka murid boleh dibawa ke Pusat Sumber Sekolah dan kelas dikendalikan oleh guru media dengan aktiviti-aktiviti yang terancang.

2.

Fasa 2 : Semasa.

Melibatkan pentadbir atau pengurusan GGS, guru ganti, dan ketua kelas.

(a)

Pentadbir/ Pengurusan GGS.

i.

Menyemak rekod kehadiran dan rekod guru menjalankan tugas-tugas luar, seterusnya menyediakan, mengedarkan jadual kepada guru terlibat, dan menampal jadual pada papan kenyataan.

ii.

Jadual kelas dan guru ganti diedarkan dan ditampal pada papan kenyataan.

Muka Surat

| 210

Melindungi Masa Instruksional (MMI)


Kembali Kepada Yang Asas : Pemimpin Instruksional, Guru Mengajar, dan Murid Belajar

(b)

Guru Ganti.

i.

Selepas guru ganti mendapat surat arahan menggantikan kelas, mereka perlu mengenal pasti guru yang diganti dan mata pelajaran yang diajar seterusnya mendapatkan bahan/modul daripada pengurusan GGS.

ii.

Masuk ke dalam kelas dan menjalankan PdP berdasarkan modul yang disediakan. Aktiviti semasa PdP bergantung kepada kesesuaian bahan yang disediakan, kreativiti, dan kepakaran guru.

iii.

Selepas masa tamat, guru ganti menandatangani buku log guru ganti dan bahan hendaklah dikumpulkan untuk diserahkan kepada guru mata pelajaran.

(c)

Ketua Kelas.

i.

Sekiranya guru ganti tidak masuk ke kelas selepas 10 minit masa berlalu, Ketua Kelas perlu melihat senarai guru ganti di papan kenyataan, seterusnya mencari guru berkenaan. Selepas usaha mencari dijalankan dan guru masih tidak masuk ke kelas, Ketua Kelas hendaklah melaporkan kepada Penolong Kanan/ Pengetua.

ii.

Memastikan guru menandatangani buku log guru ganti sebelum meninggalkan bilik darjah.

3.

Fasa 3 : Pasca

Bahan/modul yang digunakan dalam PdP hendaklah diserahkan oleh murid kepada guru mata pelajaran setelah mereka kembali ke sekolah (sekiranya perlu). Guru mata pelajaran hendaklah melihat, meneliti,atau
Muka Surat

| 211

Melindungi Masa Instruksional (MMI)


Kembali Kepada Yang Asas : Pemimpin Instruksional, Guru Mengajar, dan Murid Belajar

memeriksa bahan atau skrip jawapan murid yang diterimanya dan membincangkannya semula di dalam kelas mengikut keperluan.

KESIMPULAN

Sekolah perlu menyediakan satu inisiatif yang membantu penyelesaian masa instruksional agar masa pembelajaran murid terus terpelihara. Dengan adanya inisiatif terhadap guru ganti, pengurusan masa instruksional akan lebih sistematik.

SYOR

Pelaksanaan kelas ganti ini boleh berlaku dalam pelbagai situasi dan pendekatan. Terdapat situasi, guru mata pelajaran tidak hadir tetapi telah diketahui dan persediaan sempat dilakukan. Situasi lain terjadi apabila kes-kes kecemasan berlaku dan guru tidak sempat untuk menyediakan bahan (rujuk carta aliran kerja). Oleh itu, Pengurusan GGS hendaklah menyediakan beberapa pendekatan aktiviti yang perlu dilakukan oleh guru ganti.

Antara pendekatan yang boleh dilaksanakan ialah:

1.

Sarana Guru Ganti.

Bahan-bahan yang ada dalam sarana disediakan oleh panitia pada awal tahun atau sepanjang tahun. Guru ganti hanya perlu memilih bahan-bahan yang sesuai dengan keperluan kelas dan murid yang akan diganti. Bahanbahan yang boleh dikumpulkan dalam sarana ini, seperti yang berikut:

Muka Surat

| 212

Melindungi Masa Instruksional (MMI)


Kembali Kepada Yang Asas : Pemimpin Instruksional, Guru Mengajar, dan Murid Belajar

(a)

(Set nota mata pelajaran mengikut topik).Penyediaan nota ini boleh disediakan dalam lembaran kerja atau secara power point .

(b) (c)

(Set latihan mengikut topik sesuatu mata pelajaran) (Set soalan peperiksaan) - koleksi soalan peperiksaan sama ada ujian bulanan, pertengahan tahun, akhir tahun atau soalan peperiksaan umum, dan sebagainya yang boleh diambil dari bank soalan.

(d)

(Set latihan umum) - Guru-guru menyediakan set latihan atau bahan ilmiah berbentuk menguji ingatan, kebijaksanaan, dan kecerdasan seseorang murid. Contohnya kuiz teka silang kata, soalan-soalan IQ, teka-teki, soduku,dan sebagainya.

(e)

(Set soalan pencarian di internet) - Panitia menyediakan bahan, topik dan portal yang sesuai bagi sesuatu topik untuk dilayari oleh guru ganti dan murid.

2.

Aktiviti Pusat Sumber

Guru Media juga boleh memainkan peranan penting dalam kelas ganti ini. Guru Media bersama guru ganti atau tanpa guru ganti boleh merangka pelbagai aktiviti PdP dalam pusat sumber. Antaranya ialah :

(a)

Projek Pukal - Kotak Buku Bacaan yang dibekalkan oleh Pusat Sumber untuk bacaan kelas. Merentas Dunia membaca tentang sebuah negara dan mencatat maklumat seperti ibu negeri, cuaca, kehidupan rakyat, dan sejarahnya. Sesuai untuk mata pelajaran Bahasa, Sejarah, Geografi bagi Sekolah Menengah, dan Kajian Tempatan bagi Sekolah Rendah. Biodata Tokoh terkenal murid-murid membuat profil tokoh-tokoh terkenal dan mencarinya di buku atau internet .

(b)

(c)

Muka Surat

| 213

Melindungi Masa Instruksional (MMI)


Kembali Kepada Yang Asas : Pemimpin Instruksional, Guru Mengajar, dan Murid Belajar

(d)

Mengumpul perkataan sesuai untuk Sekolah Rendah dan Menengah Rendah dan mata pelajaran bahasa.

3.

Penggunaan Bahan Multimedia Bilik Tayangan

Menggunakan bahan-bahan pembelajaran yang menarik dan tidak membosankan daripada pelbagai sumber seperti VCD, Program ASTRO Pendidikan, CD Interaktif, dan sebagainya.

4.

Penggunaan Pusat Akses

Pencarian Ilmu secara dalam talian dengan menggunakan bahan dalam toolkit.

5.

Tukar Ganti Guru Konsep tukar ganti waktu secara jual beli waktu dibenarkan untuk mengatasi masalah guru tidak hadir. Perkara ini bersesuaian dengan SPI Bil. 10 Tahun 1995 (merujuk perkara VII). Walau bagaimanapun, perkara ini perlu dimaklumkan kepada Pengurusan GGB. (b) Guru ganti dalam kalangan guru yang mengajar dalam kelas yang sama diutamakan (ikut kesesuaian). (c) Guru boleh membuat gantian masa lebih awal sekiranya mengetahui jadual pergerakan (secara terancang).

(a)

6.

Kelas Bercantum

Sekiranya terlalu ramai guru tidak hadir dan guru ganti tidak mencukupi, murid boleh dikumpulkan di dewan atau tempat-tempat yang sesuai untuk
Muka Surat

| 214

Melindungi Masa Instruksional (MMI)


Kembali Kepada Yang Asas : Pemimpin Instruksional, Guru Mengajar, dan Murid Belajar

dilaksanakan aktiviti pembelajaran secara bengkel atau tayangan rakaman ilmiah dan diawasi oleh beberapa orang guru.

Dalam pelaksanaan GGS, Carta Organisasi dan Carta Aliran Kerja seperti yang berikut :

1.

Keahlian Guru Ganti Sistematik (GGS)

Pengerusi Naib Pengerusi

: Pengetua/ Guru Besar : Penolong Kanan Pentadbiran, Penolong Kanan Kokurikulum, Penolong Kanan HEM,

danPenyelia Petang Setiausaha Ahli Jawatankuasa : Ketua Bidang dan Ketua Panitia : Semua guru mata pelajaran

Muka Surat

| 215

Melindungi Masa Instruksional (MMI)


Kembali Kepada Yang Asas : Pemimpin Instruksional, Guru Mengajar, dan Murid Belajar

2.

Carta Aliran Kerja 1

Guru mata pelajaran tidak hadir disebabkan sesuatu urusan yang tarikhnya diketahui lebih awal dan persediaan sempat dibuat
MULA GURU MATA PELAJARAN MENGETAHUI TARIKH PERGERAKAN GURU SUBJEK MERANCANG DAN MENYEDIAKAN BAHAN PdP YANG CUKUP BAGI SETIAP KELAS BAHAN DISERAHKAN KEPADA JAWATANKUASA GGS

GURU GANTI MENGAMBIL BAHAN DARIPADA JAWATANKUASA GGS DAN MELAKSANAKAN PdP

GURU GANTI MENANDATANGANI BUKU LOG RELIEF

GURU GANTI MENYERAHKAN BAHAN KEPADA GURU SUBJEK (JIKA PERLU) TAMAT

Muka Surat

| 216

Melindungi Masa Instruksional (MMI)


Kembali Kepada Yang Asas : Pemimpin Instruksional, Guru Mengajar, dan Murid Belajar

3.

Carta Aliran Kerja 2

Guru subjek tidak hadir disebabkan kes-kes kecemasan dan perancangan tidak sempat dibuat
MULA

GURU SUBJEK MEMAKLUMKAN KEPADA JAWATANKUASA GGS JAWATANKUASA GGS

GGS MENGENALPASTI GURU GANTI

GURU GANTI MENGAMBIL BAHAN DARIPADA JAWATANKUASA GGS GURU GANTI MELAKSANAKAN PdP

GURU GANTI MENANDATANGANI BUKU LOG

GURU GANTI MENYERAHKAN BAHAN KEPADA GURU SUBJEK (JIKA PERLU) TAMAT

PEMANTAUAN

Pemantauan bagi pelaksanaan Guru Ganti Sistematik (GGS) perlu dilakukan oleh Pengetua/Guru Besar, GPK (Pentadbiran, HEM, Kokurikulum dan Penyelia Petang), Guru Kanan Mata Pelajaran/Ketua Panitia Mata Pelajaran.

Muka Surat

| 217

Melindungi Masa Instruksional (MMI)


Kembali Kepada Yang Asas : Pemimpin Instruksional, Guru Mengajar, dan Murid Belajar

Pemantauan perlu dilakukan bagi semua fasa pelaksanaan iaitu pra, semasa, dan pascapelaksanaan. Selain itu, buku log hendaklah dianalisis untuk tujuan penyelenggaraan guru ganti dan penilaian Sasaran Kerja Tahunan (SKT).

IMPLIKASI

Pelaksanaan GGS dapat memantapkan dan membudayakan amalan guru ganti. Selain itu, GGS juga dapat merealisasikan aspirasi MMI dan menjadi panduan serta amalan pemimpin di sekolah. Dalam menjayakan usaha Melindungi Masa Instruksional, inisiatif ini perlu dilaksanakan dengan lebih sistematik dengan matlamat PdP berkesan berlaku.

PENUTUP

Inisiatif GGSS perlulah dibudayakan di semua sekolah. Dengan adanya sistem seperti ini, proses pembelajaran murid dapat dilindungi di samping proses PdP yang berlaku secara optimum.

Rujukan Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 10 Tahun 1995, Pelaksanaan Jadual Waktu Anjal bagi Sekolah Rendah dan Menengah. Bahagian Pengurusan Sekolah Harian, Kementerian Pelajaran Malaysia. Surat Siaran KP(BS/DSR)8787/002/8/Jld.2 (24) Bertarikh 10 Julai 2007, Peringatan Supaya Melaksanakan Pengajaran Dan Pembelajaran Sepenuhnya Semasa Persekolahan Hari Sabtu. Kementerian Pelajaran Malaysia. Surat Pekeliling Ikhtisas Bilangan 2 Tahun 2012 : Pelaksanaan Pengajaran dan Pembelajaran Sepenuhnya Semasa Hari Ganti Persekolahan Pada Hari Sabtu. Kementerian Pelajaran Malaysia.
Muka Surat

| 218

Melindungi Masa Instruksional (MMI)


Kembali Kepada Yang Asas : Pemimpin Instruksional, Guru Mengajar, dan Murid Belajar

16

PROGRAM INOVATIF PENGURUSAN SEKOLAH DALAM MMI DALAM KALANGAN MURID (PROGRAM PERMATA BONUS) DAN GURU (PROGRAM TRAINING OF THE TRAINERS) DI SMK RIAM MIRI(2000 2005)

Muka Surat

| 219

Melindungi Masa Instruksional (MMI)


Kembali Kepada Yang Asas : Pemimpin Instruksional, Guru Mengajar, dan Murid Belajar

PROGRAM INOVATIF PENGURUSAN SEKOLAH DALAM MMI DALAM KALANGAN MURID (PROGRAM PERMATA BONUS) DAN GURU (PROGRAM TRAINING OF THE TRAINERS) DI SMK RIAM MIRI (2000 2005)

oleh HAJAH SERINA BINTI SAUNI SM Sains Miri, Sarawak

Abstrak Kertas kerja ini, bertujuan untuk berkongsi pengalaman tentang gabungan program inovatif pengurusan sekolah yang telah berjaya merekayasa (reengineering) budaya sekolah secara holistik di SMK Riam Miri pada tahun 2000 2005. Sekolah ini telah melaksanakan Program Permata Bonus yang lebih memberikan tumpuan kepada pengiktirafan (Lencana Bintang Permata Bonus) dan penghargaan (markah bonus dan pameran foto individu) kepada setiap murid yang menunjukkan peningkatan secara holistik. Pengiktirafan ini merangkumi banyak aspek seperti akademik, kokurikulum, sahsiah, disiplin, kepimpinan, dan penglibatan murid sama ada di dalam atau di luar sekolah. Dalam usaha menangani cabaran Melindungi Masa Instruksional (MMI) di SMK Riam Miri, dua program iaitu, Program Permata Bonus bagi murid dan Program Training of the Trainers untuk guru dijalankan serentak untuk memastikan pembelajaran dan pengajaran (PdP) dilaksanakan dengan berkesan. Untuk menjadikan amalan MMI lebih bermanfaat dan efektif, aspek keupayaan dan kesediaan murid untuk belajar dan diajar dititik berat sebagai titik permulaan utama untuk memastikan PdP boleh dilaksanakan dengan berkesan bagi menjana keberhasilan murid yang maksimum mengikut keupayaan masing-masing. Oleh itu, pada masa yang sama, keupayaan guru perlu dipertingkatkan (capacity building) untuk menangani murid yang mempunyai berbagai-bagai karenah disiplin dan tahap akademik yang berbeza. Program pembangunan profesionalisme secara berterusan diperhebat. Salah satu program yang teraktif ialah program, Training of the Trainers (TOT). Pelaksanaan TOT telah meningkatkan kemahiran guru dalam aspek penyampaian yang pelbagai dan bersesuaian dengan keupayaan kelas yang diajar serta berjaya menarik minat murid untuk terlibat dalam PdP dengan lebih mendalam. Hasilnya dapat dilihat dengan peningkatan prestasi akademik, kokurikulum, dan sahsiah murid yang membanggakan.
Muka Surat

| 220

Melindungi Masa Instruksional (MMI)


Kembali Kepada Yang Asas : Pemimpin Instruksional, Guru Mengajar, dan Murid Belajar

PENGENALAN

Di SMK Riam Miri, pemupukan budaya penyayang dan langkah intervensi awal ditonjolkan dalam menyelesaikan segala permasalahan murid. Lazimnya, apabila guru lebih memberikan tumpuan kepada pengurusan permasalahan sebilangan kecil murid sahaja berbanding dengan jumlah keseluruhan di dalam kelas khasnya, dan di sekolah amnya, situasi ini akan mengganggu masa instruksional PdP. Dengan adanya program ini, para guru akan mengubah minda dan modus operandi dalam menangani karenah murid. Apabila guruguru berjaya mengadaptasi pendekatan yang lebih menjurus kepada pengiktirafan kepada peningkatan yang baik, impak atas keberhasilan murid dari segi akademik, pencapaian kokurikulum, dan disiplin diri ternyata dapat dicapai. Walau bagaimanapun, permasalahan disiplin harus diurus dengan berhemah melalui pemberian mata demerit, sesi kaunseling berterusan, dan denda sebagai pilihan terakhir. Apabila aspek ini terpelihara dan disertai dengan perkembangan mutu disiplin yang meningkat, maka proses PdP boleh dilaksanakan dalam suasana lebih kondusif dengan keadaan murid lebih bersedia dan berupaya (setelah melalui program intervensi) untuk belajar dan diajar. Faktor pengiktirafan kepimpinan murid yang pintar bertindak sebagai guru muda boleh dimanfaatkan untuk membantu rakan sebaya dalam mengatasi beberapa cabaran pembelajaran tertentu. Langkah ini juga dapat membantu melengkapi masa instruksional PdP sama ada di dalam atau di luar kelas.

Melalui program TOT budaya mentoring dan coaching antara guru berpengalaman dan baharu dihidupkan untuk menangani permasalahan PdP dan MMI. Apabila Pengetua dan guru-guru senior sebagai pemimpin instruksional memainkan peranan utama sebagai pembimbing dalam bidang PdP melalui program LDP, pemantauan dan pencerapan yang membina, kualiti guru dapat disemaikan dan dipelihara secara berterusan.

Muka Surat

| 221

Melindungi Masa Instruksional (MMI)


Kembali Kepada Yang Asas : Pemimpin Instruksional, Guru Mengajar, dan Murid Belajar

ISI KANDUNGAN

1.

Latar belakang SMK Riam Miri

Sekolah ini mempunyai bilangan murid sebanyak 2300 orang yang terdiri daripada pelbagai kaum dan agama, 120 orang guru dan 20 orang staf sokongan. Komposisi murid adalah seperti yang berikut:

KOMPOSISI MURID 2005


11.1 3.5 2.6 38.6
MELAYU

0.4
CINA IBAN

9.6

BIDAYUH MELANAU

34.2

BUMIPUTERA LAIN LAIN-LAIN

Pada tanggal 16 Januari 2000, pengkaji telah melapor diri sebagai pengetua kelima. Mulai saat itu, pengkaji telah melaksanakan environmental scanning selama satu bulan melalui temu duga dengan 80% orang guru dan staf sokongan, murid secara rawak, dan semua Ahli Jawatankuasa PIBG. Hasil daripada dapatan kajian temu duga dan juga kajian pengumpulan data/maklumat pencapaian akademik dan

penglibatan kokurikulum sekolah sebelum 2000 satu analisis SWOT (Strength, Weakness, Threats and Opportunity) dibuat seperti yang berikut:
Muka Surat

| 222

Melindungi Masa Instruksional (MMI)


Kembali Kepada Yang Asas : Pemimpin Instruksional, Guru Mengajar, dan Murid Belajar

a)

Aspek Ancaman/Kelemahan

i.

Sekolah dua sesi di kawasan perumahan yang pesat membangun di pinggir bandar Miri.

ii.

Fenomena yang unik berlaku apabila sebahagian besar keluarga murid berhijrah dari kawasan pedalaman (rural to urban migration) dan tinggal di Taman Tunku untuk mencari pekerjaan di bandar. Hal ini, sedikit sebanyak telah menimbulkan gejala sosial dari segi kejutan budaya dan family support system yang terganggu terutama apabila ibu bapa bekerja untuk menampung kos sara hidup di bandar yang tinggi. Beban menjaga murid sepanjang hari terletak di bahu pihak sekolah. Ancaman seperti, godaanCybercafe boleh melekakan murid bermain permainan komputer dan terlibat dengan gejala sosial yang lain. Daya tarikan kedai-kedai menjual minuman keras dengan harga yang murah juga menjadi elemen kekhuatiran yang tinggi dalam kalangan guru dan ibu bapa setempat. Kedua-dua faktor ini didapati menyebabkan peratusan gejala ponteng yang agak membimbangkan.

iii.

iv.

Perpustakaan tidak dimanfaatkan sepenuhnya. Sebahagian ruang digunakan sebagai stor untuk menyimpan barang seperti perabot dan alat-alat lain. Bilangan buku dan bahan bacaan amat sedikit, iaitu hanya 3853 naskhah, tidak cukup untuk menampung jumlah murid yang tinggi. Akibatnya, murid dan guru tidak berminat untuk menggunakan perpustakaan.

v.

Prestasi pencapaian akademik pada tahun 1999 bagi PMR cuma 55.5% (terendah di bahagian Miri) dan SPM 66.8%, iaitu tahap tidak memuaskan.

Muka Surat

| 223

Melindungi Masa Instruksional (MMI)


Kembali Kepada Yang Asas : Pemimpin Instruksional, Guru Mengajar, dan Murid Belajar

vi.

Permasalahan pembelajaran seperti membaca dan mengira agak tinggi dalam kalangan murid Kelas Peralihan dan Tingkatan 1 yang mempunyai gred E dalam semua mata pelajaran peringkat UPSR.

vii. Pencapaian sederhana.

dan

penglibatan

kokurikulum

pada

tahap

viii. Tahap disiplin agak membimbangkan dengan jumlah kehadiran hanya 90.3% dan angka keciciran murid agak tinggi. Dua jenis kes disiplin yang berat dikenal pasti melibatkan: segelintir murid kerap datang ke sekolah dalam keadaan yang mabuk, dan Pergaduhan murid yang melibatkan pihak orang luar. ix. Akibatnya moral dan semangat para guru agak tertekan saban hari apabila berhadapan dengan murid yang tidak bermotivasi untuk belajar dan diajar. x. Ibu bapa agak kecewa apabila semangat juang dan jati diri murid juga rendah dalam menghadapi saingan semasa pertandingan aktiviti kokurikulum dan sukan di peringkat daerah dan lain-lain.

b)

Kekuatan/Peluang

i.

Jawatankuasa PIBG bersedia untuk menghulur bantuan dan memberikan sokongan penuh kepada pentadbiran baharu sekolah. Walau bagaimanapun, PIBG perlu digerakkan untuk sama-sama memberikan kerjasama dalam menangani

permasalahan disiplin murid dan membantu menambahkan dana PIBG yang begitu genting. ii. Bangunan sekolah ala Design and Build yang baharu, cantik, dan mempunyai kawasan dan padang yang besar untuk aktiviti
Muka Surat

| 224

Melindungi Masa Instruksional (MMI)


Kembali Kepada Yang Asas : Pemimpin Instruksional, Guru Mengajar, dan Murid Belajar

kokurikulum, sukan, dan riadah. Ruang legar di tiga tingkat bangunan sekolah dan taman yang luas boleh dimanfaatkan oleh murid sesi pagi untuk kembali ke sekolah pada waktu petang bagi membuat aktiviti yang berfaedah seperti ulang kaji, kelas tambahan, perbincangan kumpulan, dan kerja kursus. iii. Bilik perpustakaan yang cukup luas boleh dimanfaatkan oleh semua warga sekolah dengan memastikan bahan bacaan dan perabot untuk tempat murid belajar mencukupi. Keadaan begitu kondusif dengan kelengkapan seperti alat pendingin hawa dan komputer hasil sumbangan PIBG pada tahun 2001. iv. Kekuatan tenaga murid (yang kerap terlibat dalam pergaduhan) dijadikan satu aset dengan memberikan mereka peluang berkecimpung dalam sukan lasak seperti angkat berat yang akhirnya menjadi Sukan Kebitaran Sekolah hingga ke peringkat SUKMA (Kebangsaan) dan antarabangsa. v. Tenaga murid dan kreativiti boleh dijadikan aset untuk membangunkan bahagian-bahagian taman yang telah

ditetapkan untuk mencipta replika mercu tanda 7 Bahagian (Daerah) negeri Sarawak sebagai kerja amal dan sumbangan bakti kelas-kelas kepada sekolah. Kepakaran tiga orang staf sokongan yang mahir dalam mereka bentuk mercu dengan menggunakan teknik simen fero telah menjadi pergerak utama/arkitek program keceriaan ini. Secara keseluruhannya, semua warga bersatu mencipta landskap sekolah yang bertemakan, Sayang Sarawak Bumi Kenyalang yang mencerminkan Sarawak mini menjadi satu realiti. Taman Bahagian Kuching (seekor kuching), Miri (Grand Old Lady, oil rig yang pertama), Bintulu (sepasang burung bangau putih), Sarikei (buah nanas), Sri Aman (sepasang burung merpati
Muka Surat

| 225

Melindungi Masa Instruksional (MMI)


Kembali Kepada Yang Asas : Pemimpin Instruksional, Guru Mengajar, dan Murid Belajar

putih simbol kedamaian sewaktu penyerahan komunis), dan sebuahtaman herba telah pun berjaya dihasilkan dalam tempoh 5 tahun bermula pada tahun 2001. Setiap taman mini mempunyai papan info padat tentang Bahagian (daerah) berkenaan. Semua ini menjadi tarikan para pelawat yang ramai berkunjung ke sekolah. Keadaan ceria ini juga menggalakkan murid untuk menghabiskan masa mereka secara berfaedah di sekolah.

Gambar yang menunjukkan replika mercu tanda Miri dan Sri Aman.

vi.

Kekuatan guru yang ada pada 40% guru senior ( pengalaman mengajar melebihi 5 tahun) dan 45% guru muda terlatih yang dapat membimbing 15% guru sandaran tidak terlatih (GSTT).

2.

Isu dan cabaran yang mengganggu Masa Instruksional dilihat dari segi faktor dua kumpulan sasaran iaitu murid dan guru.

Muka Surat

| 226

Melindungi Masa Instruksional (MMI)


Kembali Kepada Yang Asas : Pemimpin Instruksional, Guru Mengajar, dan Murid Belajar

a)

Kumpulan Sasaran Murid

i.

Ponteng (sekolah dan peperiksaan) dan keciciran yang tinggi: Isu jumlah bilangan murid ponteng yang tinggi merupakan faktor utama yang menyebabkan kerugian kepada

pembelajaran murid di SMK Riam Miri. Gangguan masa instruksional sebegini telah mengakibatkan murid ketinggalan banyak masa bagi proses PdP, maka kesediaan murid menghadapi pembelajaran seterusnya kian tergugat

mengakibatkan prestasi peperiksaan merosot dan minat kepada persekolahan juga menurun. Akibatnya, jumlah keciciran murid kian meningkat. Dengan adanya program intervensi yang menghargai jumlah hari kehadiran murid, sedikit sebanyak telah menggalakkan murid hadir ke sekolah. Setiap murid yang hadir pada setiap hari sepanjang bulan diberi 10 markah bonus. Manakala bagi kelas yang mencatatkan kehadiran seratus peratus akan diberi tambahan 5 markah lagi kepada setiap warga kelas tersebut. Maka timbul rangsangan yang menggalakkan setiap warga kelas agar sentiasa menjaga dan mengingatkan rakan-rakan akan kepentingan kehadiran ke sekolah supaya semuanya memperoleh markah bonus tambahan kesan peer pressure yang baik timbul.

Muka Surat

| 227

Melindungi Masa Instruksional (MMI)


Kembali Kepada Yang Asas : Pemimpin Instruksional, Guru Mengajar, dan Murid Belajar

Peratus Kehadiran Murid Tahun 1999 Jun 2005


98 96

95.3 94.1

96.1

96.3

97

94

92.2
92 90 88 86 1999 2000 2001 2002 2003 2004 2005 (JUN)

90.3

Gambar rajah yang menunjukkan peningkatan kehadiran murid pada tahun 1999-2005

Strategi jangka pendek yang efektif untuk menggalakkan kehadiran murid yang berisiko tinggi untuk tidak ponteng semasa peperiksaan awam yang telah berjaya dilaksanakan ialah: Menyediakan skuad guru berkenderaan yang akan

menjemput murid berkenaan jika mereka didapati tidak hadir semasa roll-call dibuat setengah jam sebelum peperiksaan bermula. Dengan bantuan dana PIBG pihak sekolah menyediakan sarapan pagi yang ringkas tapi berkhasiat, contoh, segelas air milo panas, sebiji telur rebus dan 2 keping roti atau segelas teh susu dan nasi lemak dan lain-lain mengikut menu yang menepati bajetyang telah dipersetujui oleh PIBG bagi setiap murid PMR dan SPM (anggaran 300-500 orang) setiap tahun. Tindakan kebajikan ini dibuat apabila sekolah mendapati 20% murid dari kawasan jauh (Lambir) datang ke sekolah seawal 5.45 pagi tanpa sarapan dan
Muka Surat

| 228

Melindungi Masa Instruksional (MMI)


Kembali Kepada Yang Asas : Pemimpin Instruksional, Guru Mengajar, dan Murid Belajar

keadaan ini telah menjejaskan konsentrasi mereka semasa peperiksaan.

ii.

Beberapa kelakuan murid yang mengakibatkan gangguan MMI: tidak bermotivasi untuk belajar semasa PdP, tidak membawa buku dan kelengkapan alat tulis yang cukup telah mendorong mereka untuk tidak mencatat nota dan tidak membuat latihan, dan berbuat bising dan kerap keluar kelas untuk ke tandas. Segelintir murid menghadapi keadaan, kawalan ibu bapa jarak jauh yang unik akibat oleh ibu bapa bekerja di Brunei Darul Salam. Oleh itu, sepanjang tempoh Isnin sehingga ke hari Jumaat, anak-anak ditinggalkan tanpa pengawasan ibu bapa (weekend parents).Ada kalanya rumah murid berkenaan dijadikan tempat murid-murid bermasalah melepak dan ponteng sekolah. Apabila gejala sosial dan masalah disiplin timbul, ibu bapa jarang dapat dihubungi, maka tanggungjawab seliaan sama ada di dalam dan di luar sekolah dan langkah intervensi akan dipertanggungjawabkan sepenuhnya kepada pihak sekolah. Langkah yang diambil oleh pihak sekolah ialah menarik minat murid untuk kembali ke halaman sekolah selepas/sebelum waktu sekolah meskipun sekolah menghadapi kemungkinan gangguan perjalanan sekolah dua sesi.

iii.

Kedatangan mereka dialu-alukan untuk mengisi masa lapang dengan kerja amal, mengambil bahagian dalam aktiviti sukan/riadah atau datang untuk mengurus kerja sekolah masing-masing. Semua ini diawasi oleh guru penasihat program/aktiviti berkenaan. Langkah ini dapat mengelakkan
Muka Surat

| 229

Melindungi Masa Instruksional (MMI)


Kembali Kepada Yang Asas : Pemimpin Instruksional, Guru Mengajar, dan Murid Belajar

mereka daripada terlibat dengan gejala sosial di luar kawasan sekolah. Semua penglibatan dalam sukan dan kerja amal murid akan diberi markah oleh guru yang bertanggungjawab atas projek tersebut.

iv.

Pencapaian akademik yang rendah dalam PMR (55.5% pada 1999) dan SPM (66.8% pada 1999) dijadikan titik permulaan (TOV - Take-off value) bagi program peningkatan akademik seterusnya. Untuk memberikan galakan atas usaha murid, maka setiap peningkatan dalam setiap mata pelajaran akan diberi ganjaran markah bonus yang sewajarnya.

v.

Masalah membaca dan mengira boleh menjejaskan kemajuan murid untuk mengikut pelajaran seterusnya. Sehubungan dengan itu, strategi intervensi awal untuk mengatasi isu keupayaan murid untuk belajar dan diajar dilaksanakan dengan dua cara: bermula dari waktu pendaftaran murid ke sekolah berdasarkan input data dan maklumat tentang prestasi akademik, kokurikulum, keperluan kebajikan biasiswa dan tahap kesihatan bagi setiap murid yang diberikan oleh Guru Besar atau/dan Penolong Kanan HEM Sekolah Rendah asal (feeder schools) semasa mesyuarat

permuafakatan feeder schools bersama pihak pengurusan SMK Riam yang terdiri daripada Pengetua, semua Penolong Kanan dan kaunselor pada bulan September setiap tahun. Secara amnya, setiap tahun didapati ada lebih kurang 10% kemasukan murid Tingkatan 1 dan Kelas Peralihan mengalami masalah 3M (menulis, membaca dan mengira) yang perlu dipulihkan melalui
Muka Surat

| 230

Melindungi Masa Instruksional (MMI)


Kembali Kepada Yang Asas : Pemimpin Instruksional, Guru Mengajar, dan Murid Belajar

beberapa program seperti PROBIM (Program Bimbingan Matematik), Program Pemulihan Menulis dan Membaca, dan self-accesslearning untuk BI. Pendedahan murid Tahun 6 dari feeder schools ke alam Sekolah Menengah semasa lawatan suai kenal di pertengahan tahun sebelum mereka melangkah ke SMK Riam juga banyak membantu dari segi persediaan mental dan emosi mereka tentang expectation kita. Beberapa aktiviti motivasi dan pengenalan ke alam Sekolah Menengah dilaksanakan dengan jayanya. Maklum balas yang diterima berkaitan perkara tersebut amat membantu pihak sekolah dalam usaha membantu mereka bagi kemasukan ke Tingkatan 1. Semua usaha ini membantu meminimumkan gangguan MMI pada peringkat awal tahun persekolahan. vi. Penglibatan dalam kokurikulum sekolah yang tidak berfokus dan sikap kurang minat murid kepada aktiviti ini telah menyebabkan pencapaian murid yang agak sederhana.

Daripada keputusan analisis SWOT, kekuatan fizikal murid yang kerap bertumbuk dan merosakkan harta benda sekolah diambil kira untuk disalurkan sebagai tenaga yang berfokus untuk memajukan sukan seperti angkat berat (Kebitaran sekolah), archery dan fencing. Penglibatan dalam sukan juga mesti disokong oleh tahap disiplin yang memuaskan (contoh, dari segi kehadiran ke sekolah). Kewujudan usaha kendiri murid yang positif dalam meningkatkan prestasi akademik sesuai dengan pencapaian TOV murid berkenaan juga diambil kira. Oleh itu, kesinambungan penglibatan sukan yang diminati oleh seseorang murid bergantung kepada usahanya untuk mengatasi kelemahan disiplin (sahsiah) dan akademik sepadan
Muka Surat

| 231

Melindungi Masa Instruksional (MMI)


Kembali Kepada Yang Asas : Pemimpin Instruksional, Guru Mengajar, dan Murid Belajar

dengan keupayaannya. Pendekatan carrot and less stick sebegini amat berkesan di sekolah ini. Lebih-lebih lagi apabila setiap peningkatan positif, tanpa mengambil kira magnitudnya, direkodkan dan diberi markah bonus yang sewajarnya.

vii. Waktu pertukaran antara sesi pagi dengan sesi petang boleh menimbulkan masalah gangguan MMI pada waktu ketujuh dan kelapan yang terakhir bagi sesi pagi. Hal ini,

mengakibatkankebisingan melampau oleh 1000 orang murid sesi petang yang resah menunggu giliran untuk masuk ke kelas. Keadaan ini telah menimbulkan peluang untuk menyelesaikan masalah mencari masa untuk program membaca (NILAM) bagi murid sesi petang. Mulai pertengahan tahun 2000, semua murid sesi petang diwajibkan duduk di ruang legar untuk menjalankan program NILAM dari jam 11.30 pagi sehingga 12.30 tengah hari sebelum dibenarkan berbaris dengan disiplin tinggi apabila masuk ke kelas masingmasing selepas loceng tamat sesi pagi dibunyikan.

Penyelesaian kreatif yang dilakukan oleh panitia bahasa telah berjaya menyelesaikan empat perkara, iaitu gangguan MMI bagi sesi pagi dapat diatasi dengan kaedah win-win situation bagi murid kedua-dua sesi, persediaan minda yang positif bagi murid sesi petang sebelum sesi PDP bermula, program NILAM (Nadi Ilmu Amalan Membaca) ini telah berjaya menyediakan ruang dan peluang untuk setiap murid sesi petang membaca buku 5 jam seminggu. Hasilnya pinjaman buku perpustakaan meningkat. Usaha ini dilihat sebagai antara aspek yang membantu SMK Riam dinobatkan sebagai Johan Anugerah Pusat Sumber
Muka Surat

| 232

Melindungi Masa Instruksional (MMI)


Kembali Kepada Yang Asas : Pemimpin Instruksional, Guru Mengajar, dan Murid Belajar

Cemerlang

peringkat

Kebangsaan

2004.

Budaya

membaca juga telah menimbulkan kesan positif kepada pencapaian akademik murid. setiap buku yang dibaca direkodkan dan diberikan markah bonus sebagai pengiktirafan atas usaha positif.

b)

Kumpulan sasaran kedua: Guru

i.

Keupayaan guru untuk menghadapi murid yang mempunyai berbagai-bagai masalah disiplin dan tahap kecerdasan intelek yang berbeza perlu dipertingkatkan. Oleh itu, guru harus melengkapkan diri dengan ilmu-ilmu dan kemahiran yang terkini melalui kursus luar dan juga latihan dalaman berasaskan sekolah. SMK Riam telah melaksanakan program TOT berasaskan sekolah untuk membantu guru mengembangkan kemahiran yang diperlukan.

ii.

Tahap motivasi guru adalah rendah untuk mengajar muridmurid sebegini dan amat mencabar sekali. Moral guru juga tergugat apabila masyarakat sekeliling dan sekolah lain memandang rendah akan pencapaian sekolah ini. Beberapa ceramah motivasi dan peningkatan imej diri telah

dilaksanakan. Namun begitu, faktor pendorong utama ialah kata-kata semangat yang bernas dan penghargaan yang berterusan daripada Pengetua sehingga boleh memberikan impak kepada guru. Pengukuhan positif daripada pentadbir sekolah mampu meningkatkan kepercayaan akan keupayaan diri guru-guru dan staf untuk membantu murid dengan lebih komited lagi.

Muka Surat

| 233

Melindungi Masa Instruksional (MMI)


Kembali Kepada Yang Asas : Pemimpin Instruksional, Guru Mengajar, dan Murid Belajar

iii.

Kurang

pergaulan/perjumpaan

profesional

(professional

bonding) dengan rakan-rakan guru dari sekolah lain telah menghasilkan lompang komunikasi profesional untuk

perkembangan diri. Kekurangan ini telah diatasi dengan mengadakan beberapa aktiviti seperti yang berikut: Lawatan sambil belajar penandaarasan (Bench marking) ke sekolah-sekolah berdekatan yang berjaya seperti SMK Chung Hua, Miri (Sekolah Harapan Negara) dan SMK St Joseph, Miri yang terkenal dengan prestasi akademik yang cemerlang. Lawatan guru-guru 3K dan staf sokongan untuk melihat landskap Hotel Marriot dan Hotel Holiday Inn, Miri. Lawatan guru-guru dan murid ke Taman Awan dan Pejabat Perbandaran Miri (Miri Municipal Council) untuk mempelajari teknik membuat landskap yang menarik. Lawatan guru-guru dan murid ke Perpustakaan Awam Miri untuk mempelajari pengurusan perpustakaan yang berkesan.

CADANGAN TINDAKAN/PENYELESAIAN

Setelah environmental scanning dilaksanakan, didapati perubahan warga sekolah itu sendiri. Maka dua program berikut diguna pakai untuk mengatasi cabaran yang dihadapi oleh sekolah:

1.

Program Permata Bonus untuk murid

Program Permata Bonus (PPB) dilaksanakan untuk menyokong dan memperkukuh kejayaan program dan aktiviti yang lain dengan
Muka Surat

| 234

Melindungi Masa Instruksional (MMI)


Kembali Kepada Yang Asas : Pemimpin Instruksional, Guru Mengajar, dan Murid Belajar

memberikan galakan yang berterusan atas penglibatan murid secara positif.

a)

Pengenalan PBB

Tujuan utama PPB adalah untuk menyediakan suatu instrumen yang mesra murid (Student friendly) yang boleh menggalakkan

pembangunan kemenjadian (keberhasilan) murid secara holistik yang merangkumi perkembangan/peningkatan dalam aspek sahsiah, disiplin, akademik, dan kokurikulum sejajar dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan. Setiap tingkah laku dan perubahan positif akan diberi markah bonus yang menjurus ke arah Lencana Bintang Permata Bonus seperti yang berikut:

LENCANA DELIMA NILAM ZAMRUD INTAN BERLIAN


Wings of Excellence"

JUMLAH MATA MERIT TERKUMPUL 100 149


150 249 250 349 350 499 500 KE ATAS

Jadual menunjukkan pemarkahan Lencana Bintang Permata Bonus:

Bagi setiap aspek peningkatan atau sebaliknya, markah bonus atau demerit ditetapkan oleh Jawatankuasa PPB seperti terdapat dalam kad PPB murid. Berikut ialah contoh pemberian markah bonus untuk kategori disiplin dan akademik:

Muka Surat

| 235

Melindungi Masa Instruksional (MMI)


Kembali Kepada Yang Asas : Pemimpin Instruksional, Guru Mengajar, dan Murid Belajar

Kategori Disiplin

Gerak Laku 1. Bersifat jujur 2. Menampakkan perubahan positif dalam kelakuan mereka 3. Berkelakuan terbaik dalam sesebuah kelas / kumpulan 4. Bersopan santun / beradab 5. Kehadiran penuh ke sekolah bagi setiap bulan 6. Kehadiran penuh semua murid sesuatu kelas bagi setiap bulan

Mata Bonus 3 10 35

Tindakan Guru Berkenaan Guru Berkenaan Guru Berkenaan Guru Berkenaan Guru Tingkatan Guru Tingkatan Guru Mata Pelajaran Guru Tingkatan Guru Tingkatan Guru Mata Pelajaran Guru Tingkatan Guru Tingkatan Guru BM & BI

35 25 10 5

Akademik

1. Penglibatan proses PdP

aktif

dalam

3 10 35 5, 4, 3 25 5

2. Pencapaian cemerlang dalam ujian / peperiksaan 3. Kedudukan 1, 2, 3 4. Menunjukkan kemajuan yang ketara dalam akademik 5. Mendapat tempat 1-10 di peringkat tingkatan semasa peperiksaan. 6. Mendapat keputusan cemerlang dalam peperiksaan awam. 7. Program Nilam-pelajar yang membaca 18 buah buku atau lebih dalam setahun.

10

10

Muka Surat

| 236

Melindungi Masa Instruksional (MMI)


Kembali Kepada Yang Asas : Pemimpin Instruksional, Guru Mengajar, dan Murid Belajar

b)

Jawatankuasa PPB SMK Riam, Miri, terdiri daripada:

Penasihat Pengerusi Naib Pengerusi Penyelaras Setiausaha Bendahari Guru Penyelaras Tingkatan

: : : : : : :

Pengetua GPK HEM Semua GPK yang lain Kaunselor Guru Disiplin Ketua Kerani Guru Tingkatan yang dipilih

c)

Cara pemberian markah bonus dan demerit adalah seperti yang ditunjukkan dalam carta alir berikut:

Carta alir pemberian markah PPB


MURID
BAIK LAKU & PERUBAHAN POSITIF SALAH LAKU

BONUS
SIJIL JUARA BULANAN/ MENERIMA LENCANA
BONUS 100: DELIMA 200: NILAM 300: ZAMRUD 400: INTAN 500: BERLIAN ANUGERAH PELAJAR CEMERLANG & JUARA KELAS SISTEM BONUS

DEMERIT
TINDAKAN AMARAN OLEH WALI KELAS SURAT AMARAN ( 1, 2 DAN 3) KERJA AMAL/TINDAKAN DISIPLIN KAUNSELING

PERUBAHAN POSITIF

d)

Aplikasi i. Setiap kelas mempunyai satu fail yang mengandungi kad PPB berwarna hijau bagi setiap murid untuk tujuan merekodkan markah bonus dan demerit.

Muka Surat

| 237

Melindungi Masa Instruksional (MMI)


Kembali Kepada Yang Asas : Pemimpin Instruksional, Guru Mengajar, dan Murid Belajar

ii.

Fail-fail ini disimpan di luar bilik GPK HEM supaya semua guru dapat akses dengan mudah untuk mencatat markah pada bila-bila masa yang diperlukan.

iii.

Pemberian markah dibuat melalui borang bonus/demerit yang berbeza dan diserahkan kepada guru tingkatan berkenaan.

iv.

Guru Tingkatan akan mengemas kini jumlah markah sekali sebulan mengikut jadual yang telah ditetapkan dalam takwim sekolah seperti contoh berikut:

Masa bersama Guru Tingkatan (Pengurusan Kelas & Bonus)

e)

Penghargaan Bulanan i. Seseorang murid yang mencatat markah tertinggi bagi setiap tingkatan akan dipilih sebagai juara bulanan untuk menerima sijil penghargaan semasa perhimpunan sekolah. Gambar murid berkenaan juga akan dipamerkan pada Papan Notis Induk PPB sepanjang bulan itu. ii. Setiap bulan sebuah kelas yang mengutip markah bonus tertinggi dinobatkan sebagai Juara Bulanan dan menerima plaque pusingan PPB yang akan dipamerkan di kelas tersebut.

Muka Surat

| 238

Melindungi Masa Instruksional (MMI)


Kembali Kepada Yang Asas : Pemimpin Instruksional, Guru Mengajar, dan Murid Belajar

iii.

Setiap murid yang mencapai markah tertentu akan menerima pengiktirafan kurniaan Lencana Bintang Permata Bonus mengikut kategori Delima, Nilam, Zamrud, Intan, dan Berlian (Bintang Tertinggi).

f)

Penghargaan Tahunan

i.

Guru Tingkatan dan kelas yang mengumpulkan markah Permata Bonus yang tertinggibagi tahun berkenaan akan menerima hadiah istimewa pada majlis penyampaian Anugerah Pelajar Cemerlang di hujung tahun.

ii.

Gambar penerima Lencana PPB tertinggi akan dicetak di belakang buku latihan sekolah dengan kerjasama koperasi sekolah. Dengan cara ini, penghargaan dan pengiktirafan kepada murid yang mencapai jumlah markah bonus yang cemerlang dipamerkan sepanjang tahun berikutnya di kulit buku latihan sekolah seperti contoh di bawah:

Muka Surat

| 239

Melindungi Masa Instruksional (MMI)


Kembali Kepada Yang Asas : Pemimpin Instruksional, Guru Mengajar, dan Murid Belajar

g)

Impak PPB

i.

Kesan positif dapat dilihat dengan penurunan kadar ponteng dalam kalangan murid. Apabila kadar ponteng telah menurun, kadar keciciran murid juga turut menurun seperti ditunjukkan oleh gambar rajah di bawah:

Statistik Keciciran Murid Tahun 2000-2004


25 31 20 15 10 5 1 0 2000 2001 2002 2003 2004 8 13 14 12 9 6 4 Lelaki Perempuan 21

ii.

Apabila kadar penerima Lencana Bintang Permata Bonus meningkat (gambar rajah A), kadar salah laku menjadi berkurangan (gambar rajah B) bagi tempoh masa yang sama. Hal ini membuktikan, apabila keberhasilan murid digalakkan meningkat secara pengukuhan positif, kejadian salah laku dan kelakuan tidak baik akan menurun.

Muka Surat

| 240

Melindungi Masa Instruksional (MMI)


Kembali Kepada Yang Asas : Pemimpin Instruksional, Guru Mengajar, dan Murid Belajar

Gambar Rajah A: menunjukkan peningkatan penerima Lencana Bintang Permata Bonus pada 2000 Jun 2005
600 500

Bilangan Permata Bonus

34.8% 439 (Jum=452) 37.7% (Jum=490)


261
201

400 300 200 100 0

45.6% (Jum=593)
271

69.9% (Jum:813)
264

256

(Jum:666)
208 117

193

3.2% (Jum=42)
41
1
0

167

118

138 65

137

12 1

23 5

31
0

72

30

2000
DELIMA

2001

2002

2003
INTAN

2004

Jun05

NILAM

ZAMRUD

BERLIAN

Gambar Rajah B: menunjukkan penurunan salah laku pada 2000-Jun 2005

Bilangan Salah Laku Murid dari Tahun 2001 Jun 2005


250
248

200 150 100 50 0 2001

163

118

99
53

2002

2003 Tahun

2004

Jun-05

Bilangan salah laku

Muka Surat

| 241

Melindungi Masa Instruksional (MMI)


Kembali Kepada Yang Asas : Pemimpin Instruksional, Guru Mengajar, dan Murid Belajar

h)

Penglibatan murid dalam aktiviti sukan dan kokurikulum sangat aktif dan telah mencapai sehingga ke peringkat antarabangsa, contohnya, acara Angkat Berat. Kolaborasi dengan Majlis Sukan Negara cawangan Miri dalam membangunkan sukan seperti angkat berat, archery dan fencing telah mengharumkan nama sekolah khasnya, negeri, dan negara amnya. Pengiktirafan dan kepercayaan yang diberi oleh sekolah telah dapat mendorong murid untuk

mengetepikan sifat kenakalan mereka sebaliknya aktif melibatkan diri mereka dalam aktiviti sukan. Perubahan sahsiah dan tahap disiplin dalam kalangan murid yang aktif dalam sukan amat ketara.

i)

Permasalahan

disiplin

berat

seperti

mabuk,

bergaduh,

dan

vandalisme sudah dapat diatasi mulai tahun 2003.

MURID-MURID YANG MENERIMA SIJIL DAN BINTANG

Muka Surat

| 242

Melindungi Masa Instruksional (MMI)


Kembali Kepada Yang Asas : Pemimpin Instruksional, Guru Mengajar, dan Murid Belajar

j)

Kejayaan PPB bergantung besar kepada faktor berikut: Pemberian markah (bonus dan demerit) yang sistematik dengan wajaran yang telah ditetapkan. i. Setiap penglibatan dan perubahan positif murid mesti disokong oleh pengiktirafan markah dan penghargaan berterusan. ii. Semua warga sekolah (guru dan murid) bertanggungjawab atas pemberian markah yang berterusan dan terkini untuk mendapat Lencana Bintang Permata Bonus yang betul. iii. Proses semakan dan penambahbaikan PPB dipantau rapi, contohnya, kemasukan penambahan markah baharu ke dalam PPB boleh dibuat dan hendaklah dikemas kini oleh guru penyelaras untuk menyokong kejayaan program baharu yang berkenaan. Maklumat tambahan ini haruslah diuar-uarkan seluasnya melalui papan notis induk PPB, buletin, dan ketika perhimpunan mingguan. iv. Yang terpenting ialah sifat kepekaan, kepedulian, dan keprihatinan guru dalam menghargai setiap perubahan positif murid. Faktor pengukuhan daripada guru ini akan

menggalakkan perubahan positif murid dan akan menjadi amalan dalam kehidupan mereka sehari-hari.

2.

Program Training of the Trainers (TOT)

Keperluan latihan dalaman berasaskan sekolah diperoleh melalui analisis keperluan yang dimaklumkan oleh guru semasa temu duga environmental scanning dan juga dapatan daripada kutipan data/maklumat dalam borang Laporan Nilai Prestasi Tahunan (LNPT) guru dan staf pada akhir tahun. Sebagai strategi jangka panjang yang efektif, budaya CPD dilaksanakan. Untuk mengelakkan gangguan MMI, guru sesi pagi mengadakan LDP pada waktu petang dan sebaliknya untuk guru sesi petang. Pendekatan
Muka Surat

| 243

Melindungi Masa Instruksional (MMI)


Kembali Kepada Yang Asas : Pemimpin Instruksional, Guru Mengajar, dan Murid Belajar

TOT dikenal pasti sebagai metodologi terbaik atas perkongsian kepakaran antara guru senior yang boleh membimbing dan memimpin guru junior.

Hasil dapatan daripada proses pemantauan dan pencerapan guru oleh Pengetua, Penolong Kanan, dan Guru Kanan, kekuatan guru untuk dilantik sebagai ketua ataupun coach mengikut kategori berikut telah dikenal pasti:

a)

Kepakaran guru mengikuti pedagogi tertentu, contoh, pendekatan pembelajaran secara konstruktivisme, kontekstual, berpusatkan murid, aplikasi teori kecerdasan pelbagai, masteri, ICT, dan lain-lain

b)

Berkemahiran dalam teknik menyoal yang menarik dan dalam pelbagai aras daripada soalan mudah ke kompleks untuk membuka minda murid semasa PdP. Kemahiran ini menduduki tempat teratas dalam keperluan latihan guru.

c)

Kepakaran guru dalam mengawal kelas yang muridnya dianggap nakal dan rendah motivasi untuk belajar.

d)

Kemahiran guru menggunakan ICT.

e)

Kemahiran guru dalam menyediakan Bahan Bantu Mengajar (BBM).

Muka Surat

| 244

Melindungi Masa Instruksional (MMI)


Kembali Kepada Yang Asas : Pemimpin Instruksional, Guru Mengajar, dan Murid Belajar

f)

Kelebihan guru dalam merangsang murid kelas pintar untuk menjadi lebih cemerlang.

g)

Kelebihan guru dalam menyediakan rancangan harian pengajaran.

Sebagai jurulatih, tempoh pengalaman mengajarkan sesuatu mata pelajaran serta amalan terbaik juga diambil kira. Guru-guru dipilih menjadi ahli beberapa kumpulan yang diketuai oleh seorang pakar atau coach. Setiap kumpulan akan menyediakan PdP yang lengkap daripada fasa persediaan rancangan mengajar sehingga ke proses PdP dengan menggunakan pendekatan terbaik untuk topik tertentu bersesuaian dengan aras kecerdasan kelas yang disasarkan. Dalam sesi TOT ini setiap kumpulan akan membuat mirco teaching mengikut jadual LDP sepanjang tahun dan guru-guru lain bertindak sebagai pemerhati, penilai, dan perekod seperti yang telah ditetapkan dalam senarai tugas LDP. Pada akhir sesi micro teaching tersebut rakan sejawat akan memberikan maklum balas tentang:

a) b)

Apa yang dipelajari mereka daripada sesi tersebut. Komen tentang kekuatan dan kelemahan pendekatan digunakan dan kesan proses penyampaian kumpulan berkenaan. yang

c)

Syor penambahbaikan, teknik penyampaian dan pedagogi yang digunakan oleh kumpulan tersebut.

Melalui

cara

ini,

tindakan

segera

boleh

diambil

untuk

mempertingkatkan sebarang kelemahan yang wujud dalam PdP masingmasing. Situasi ini juga memberikan satu platform profesional yang mantap untuk guru-guru berkongsi permasalahan pembelajaran murid dari kelas tertentu dan mencari jalan penyelesaian melalui perkongsian amalanterbaik. Peranan penting Pengetua di sini ialah memberikan ruang
Muka Surat

| 245

Melindungi Masa Instruksional (MMI)


Kembali Kepada Yang Asas : Pemimpin Instruksional, Guru Mengajar, dan Murid Belajar

dan peluang sepenuhnya kepada guru untuk mencuba pelbagai kaedah/pendekatan (experimenting) demi mencari hasil yang terbaik. Oleh itu, Pengetua perlu meluangkan masa untuk membina hubungan yang akrab sesama guru untuk membina satu pasukan yang padu lagi mantap sebagai satu landasan profesional yang efisien.

Selain berkemahiran dalam penyampaian, guru-guru juga diberi kemahiran tentang proses headcount untuk mempertingkatkan keupayaan murid dalam pembelajaran masing-masing dan akhirnya boleh membantu mutu pencapaian akademik murid berkenaan. Pendekatan headcount menjurus kepada setiap pencapaian murid dititikberatkan (every child matters).

Training Of The Trainers

INOVASI SEKOLAH

IMPAK LATIHAN DALAMAN BERASASKAN SEKOLAH

Sepanjang tempoh lima tahun itu, pencapaian PMR dan SPM murid SMK Riam, Miri, secara konsisten telah meningkat. Kemuncak prestasi akademik
Muka Surat

| 246

Melindungi Masa Instruksional (MMI)


Kembali Kepada Yang Asas : Pemimpin Instruksional, Guru Mengajar, dan Murid Belajar

ialah pencapaian SPM 2005 yang telah menghasilkan 13 mata pelajaran (termasuk Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris) mencatat kelulusan 100% walaupun TOV sebanyak 10% murid di peringkat kelas peralihan dan Tingkatan 1 ialah murid yang buta huruf dan memiliki keputusan UPSR semua mata pelajaran gred E. Namun hasil daripada teknik pengajaran guru yang sesuai lagi menarik telah dapat mendorong murid belajar apabila guru mengajar dalam keadaan MMI terpelihara.

Pencapaian Akademik SMK Riam, Miri (1999 2005) Tahun 1999 (TOV) 2000 2001 2002 2003 2004 2005 PMR 55.5% 62.5% 70.4% 77.3% 77.3% 84.2% 89.2% SPM 66.8% 72.7% 65.8% 78.5% 81.9% 83.8% 100%

Setelah program ini dilaksanakan beberapa tahun, satu jati diri yang unik bersulamkan semangat juang battle cryFly Riam, Miri (slogan sekolah), tercipta dalam kalangan murid dan guru. Semangat jati diri ini telah berjaya meraih beberapa anugerah berprestij dalam peningkatan akademik dan kokurikulum/sukan di peringkat negeri, kebangsaan, dan antarabangsa. SMK Riam, Miri telah dinobatkan sebagai Johan Sekolah Harapan Negara Peringkat Kebangsaan 2004 dan Johan Anugerah Pusat Sumber Cemerlang Kebangsaan 2002 dan tempat ketiga Anugerah Sekolah Selamat (3K) Peringkat Kebangsaan 2003.

Muka Surat

| 247

Melindungi Masa Instruksional (MMI)


Kembali Kepada Yang Asas : Pemimpin Instruksional, Guru Mengajar, dan Murid Belajar

KESIMPULAN

Program Permata Bonus boleh berdiri sendiri dalam menangani berbagai-bagai isu permasalahan murid. Walau bagaimanapun,untuk mendapat impak yang optimum dalam MMI, program ini perlu digabungkan dengan program peningkatan kemahiran guru melalui program, Training of the Trainers yang berterusan dan sentiasa ditambah baik sifatnya (kaizens ontinuous

improvement concept).

SYOR

Kedua-dua program yang membangunkan keupayaan dan kesediaan murid serta guru untuk belajar, diajar, dan mengajar mesti dilaksanakan selari dan mempunyai sifat penambahbaikan yang berterusan.

1.

Sekolah Happening and Desirable diwujudkan dengan perkara-perkara berikut:

a)

Meriahkan suasana sekolah dengan aktiviti sukan, riadah, dan seni yang pelbagai untuk memenuhi minat, cita rasa, dan bakat murid setempat.

b)

Aspek penghargaan dan pengiktirafan ditonjolkan dan mengamalkan budaya Sekolah Penyayang. Manakala kes salah laku dan disiplin dikendalikan dengan berhemah.

c)

Kewujudan rasa kepunyaan murid diutamakan apabila suara murid (Students Voice matters) diambil kira dalam pelaksanaan program, contohnya, wakil murid dalam JK Induk 3K, JK Pembelia, dan
| 248

Muka Surat

Melindungi Masa Instruksional (MMI)


Kembali Kepada Yang Asas : Pemimpin Instruksional, Guru Mengajar, dan Murid Belajar

Pemilihan Buku Perpustakaan, JK Dokumentasi, dan Papan Notis Induk Program Permata Bonus. d) Murid dibenarkan menggunakan kemudahan sekolah selepas waktu sekolah untuk tujuan yang baik dan diselia oleh guru bertugas (open door policy).

2.

Suara dan cadangan guru juga perlu diberi perhatian. Mereka seharusnya diberi autonomi untuk mencuba pendekatan baharu dalam PdP. Sebagai satu pengiktirafan atas usaha gigih guru dalam mengatasi permasalahan PdP, maka mereka hendaklah diberi peluang untuk berkongsi hasil daripada amalan terbaik bersama guru lain sehingga ke peringkat antarabangsa.

3.

Pengetua dan guru diberi kursus/latihan untuk mendapat kemahiran kepimpinan instruksional yang tinggi melalui CPD. Sebagai tambahan kita juga perlu diberi pendedahan kepada soft skills untuk menangani karenah murid generasi kini.

4.

Pemimpin diberi peluang untuk berkongsi amalan terbaik di peringkat antarabangsa sambil membuat lawatan benchmarking ke sekolah contoh.

5.

Hari profesional untuk tujuan latihan dalam perkhidmatan diberi kepada warga sekolah setiap semester tanpa gangguan kerja routine PdP, contoh, 2 hari setahun itu diambil daripada cuti peristiwa sekolah untuk kepentingan MMI dan juga guru boleh memberikan tumpuan secara total semasa menghadiri latihan profesionalisme mereka.

Muka Surat

| 249

Melindungi Masa Instruksional (MMI)


Kembali Kepada Yang Asas : Pemimpin Instruksional, Guru Mengajar, dan Murid Belajar

Rujukan Fullan, M. (2011). The Change Leader: Learning to Do What Matters Most. San Franciso: Jossey-Bass Kementerian Pendidikan Malaysia, Surat Pekeliling Ikhtisas KPM Bil. 10/2001: Semua Guru Adalah Guru Disiplin Kohn, Alfie. The Schools Our Children Deserve. Houghton Mifflin Company, diterjemahkan oleh Rosnani Kamaruddin (2004). Institut Terjemahan Negara Malaysia Berhad. Sharma, Robin. (2009). Leadership Wisdom, The 8 Rituals Of Visionary Leaders: JaicoPublishing House Sufaat Tumin (2012). Pelaksanaan Melindungi Masa Instruksional. Persembahan powerpoint semasa Taklimat MMI Zon Sabah, Sarawak dan WP Labuan pada 13-15 September 2012

Muka Surat

| 250

Melindungi Masa Instruksional (MMI)


Kembali Kepada Yang Asas : Pemimpin Instruksional, Guru Mengajar, dan Murid Belajar

Lampiran 1 Sijil Pencapaian SMK Riam Miri

Sekolah Harapan Negara Peringkat Kebangsaan 2004

TEMPAT KE-3 PERTANDINGAN POLISI SEKOLAH SELAMAT PERINGKAT KEBANGSAAN 2004

Muka Surat

| 251

Melindungi Masa Instruksional (MMI)


Kembali Kepada Yang Asas : Pemimpin Instruksional, Guru Mengajar, dan Murid Belajar

JOHAN Pertandingan Pusat Sumber Sekolah Cemerlang Peringkat Kebangsaan 2002

Muka Surat

| 252

Melindungi Masa Instruksional (MMI)


Kembali Kepada Yang Asas : Pemimpin Instruksional, Guru Mengajar, dan Murid Belajar

Pusat Cemerlang Angkat Berat bersama Majlis Sukan Sarawak 2003

Pusat Pembangunan Lawan Pedang (2003)


bersama
Majlis Sukan Sarawak

Muka Surat

| 253

Melindungi Masa Instruksional (MMI)


Kembali Kepada Yang Asas : Pemimpin Instruksional, Guru Mengajar, dan Murid Belajar

Pusat PembangunanMemanah
(bersama Majlis Sukan Sarawak)

Tahun 2001

KECEMERLANGAN KOKURIKULUM PERINGKAT NEGERI SARAWAK TAHUN 2004

Muka Surat

| 254

Melindungi Masa Instruksional (MMI)


Kembali Kepada Yang Asas : Pemimpin Instruksional, Guru Mengajar, dan Murid Belajar

Graf Menunjukkan Jumlah Bilangan Bahan Bacaan Murid Secara Kumulatif Sehingga Tahun 2004
250000

233,220

Bilangan Bahan Bacaan

200000

150000

1 42,751 89,286

100000

50000

45,1 1 4 3,853 1 7,336


2000 2001
Tahun

1999

2002

2003

2004

Graf Menunjukkan Bilangan Murid Yang Memperoleh Anugerah Nilam (1999-2004)


800
700

(Jum : 942 )

747

Bilangan Bahan Bacaan

600
500 400

(Jum : 949 )
505

(Jum : 334 )
255 240

300
200

(Jum : 146 ) (Jum : 0)


1999

100
0

(Jum : 22 )
16 6
2000

111 25 4 6 2001

53 14 12
2002

130

38 27

54 50
2004 Tahun

2003

Gangsa
72-143

Perak
144-215

Emas
216-287

Nilam
288 dan ke atas

Muka Surat

| 255

Melindungi Masa Instruksional (MMI)


Kembali Kepada Yang Asas : Pemimpin Instruksional, Guru Mengajar, dan Murid Belajar

Muka Surat

| 256

Melindungi Masa Instruksional (MMI)


Kembali Kepada Yang Asas : Pemimpin Instruksional, Guru Mengajar, dan Murid Belajar

17

GLOSARI

Muka Surat

| 257

Melindungi Masa Instruksional (MMI)


Kembali Kepada Yang Asas : Pemimpin Instruksional, Guru Mengajar, dan Murid Belajar

GLOSARI
KPM JPN PPD JPA BPG IAB JNJK BKK BPSH PPK LP PdP MMI SOP LDP SIP PLC RPH RPT NILAM HIV AIDS - Kementerian Pendidikan Malaysia - Jabatan Pendidikan Negeri - Pejabat Pendidikan Daerah - Jabatan Perkhidmatan Awam - Bahagian Pendidikan Guru - Institut Aminuddin Baki - Jemaah Nazir dan Jaminan Kualiti - Bahagian Kokurikulum dan Kesenian - Bahagian Pengurusan Sekolah Harian - Pusat Perkembangan Kurikulum - Lembaga Peperiksaan - Pengajaran dan Pembelajaran - Melindungi Masa Instruksional - Standard Operating Procedure (Prosedur Standard Operasi) - Latihan Dalam Perkhidmatan - School Improvement Programme (Program Peningkatan Sekolah) - Profesional Learning Community (Komuniti Pembelajaran Profesional) - Rancangan Pengajaran Harian - Rancangan Pengajaran Tahunan - Nadi Ilmu Amalan Membaca - Human Immunodeficiency Viirus - Acquired Immuno Deficiency Syndrome
Muka Surat

| 258

Melindungi Masa Instruksional (MMI)


Kembali Kepada Yang Asas : Pemimpin Instruksional, Guru Mengajar, dan Murid Belajar

AJK JK PK HEM PIBG BBM VRC NKRA SPPK TALIS ALT SK SPI TOV OTI ETR OKU PBS PS PPsi PAJSK KSSR

- Ahli Jawatankuasa - Jawatankuasa - Penolong Kanan - Hal Ehwal Murid - Persatuan Ibu Bapa dan Guru - Bahan Bantu Mengajar - Virtual Repository Centre (Pusat Repositori Maya) - National Key Result Area (Bidang Keberhasilan Utama Negara) - Sektor Pengurusan Pembangunan Kemanusiaan - Teaching and Learning International Survey (Kajian Antarabangsa Pengajaran dan Pembelajaran) - Academic Learning Time (Masa Pembelajaran Akademik) - Sekolah Kebangsaan - Surat Pekeliling Ikhtisas - Take-Off Value - Operational Target Increase - Expected Target Result - Orang Kurang Upaya - Pentaksiran Berasaskan Sekolah - Pentaksiran Sekolah - Pentaksiran Psikometrik Pentaksiran Aktiviti Jasmani, Sukan dan Kokurikulum (PAJSK) - Pentaksiran Aktiviti Jasmani, Sukan dan Kokurikulum - Kurikulum Standard Sekolah Rendah Sistem Pengurusan Pentaksiran Berasaskan Sekolah (SPPBS)

SPPBS

- Sistem Pengurusan Pentaksiran Berasaskan Sekolah (SPPBS)


Muka Surat

| 259

Melindungi Masa Instruksional (MMI)


Kembali Kepada Yang Asas : Pemimpin Instruksional, Guru Mengajar, dan Murid Belajar

18

PENYUMBANG

Muka Surat

| 260

Melindungi Masa Instruksional (MMI)


Kembali Kepada Yang Asas : Pemimpin Instruksional, Guru Mengajar, dan Murid Belajar

PENYUMBANG
Penasihat Dato Haji Sufaat bin Tumin

Timbalan Ketua Pengarah Pelajaran (Sektor Operasi Pendidikan)

Ketua Pasukan Dr. Jafri bin Abu Setiausaha Ahmad Faris bin Johan Penolong Setiausaha Mohd Saifulnizal bin Sabian

Bahagian Pengurusan Sekolah Harian

Bahagian Pengurusan Sekolah Harian

Bahagian Pendidikan Teknik dan Vokasional

Editorial Dr. Jafri bin Abu Rose Lina binti Ismail Saiful Bahari bin Mohd Tauhid Anuar Adnan bin Ismail Ahmad Faris bin Johan Mohd Saifulnizal bin Sabian Azlina binti Yusoff Ummul Aemma binti Murtedza Mohd. Mustafa Amin bin Sidek Zulkiifli bin Yaacob Zulkafly bin Othman Zulkifli bin Mohd Surin Azmi bin Misron Wan Zamri bin Wan Ali Radziah binti Abdul Manap Nasri bin Ramli

Bahagian Pengurusan Sekolah Harian Bahagian Pendidikan Teknik dan Vokasional Bahagian Pengurusan Sekolah Harian Bahagian Pengurusan Sekolah Berasrama Penuh dan Sekolah Kecemerlangan Bahagian Pengurusan Sekolah Harian Bahagian Pendidikan Teknik dan Vokasional Sekolah Kebangsaan Kajang Utama Sekolah Kebangsaan Bandar Baru Bangi Jabatan Pendidikan Perlis Jabatan Pendidikan Kedah Jabatan Pendidikan Pulau Pinang Jabatan Pendidikan Perak Jabatan Pendidikan Selangor Jabatan Pendidikan WP Kuala Lumpur Jabatan Pendidikan Negeri Sembilan

Muka Surat

| 261

Melindungi Masa Instruksional (MMI)


Kembali Kepada Yang Asas : Pemimpin Instruksional, Guru Mengajar, dan Murid Belajar

Mat Hassan bin Abdullah Siti Hajar binti Mahpol Rohana binti Moin Muhamad bin Tawan Zainon bin Jusoh Haji Wan Mohamed Zuri bin Wan Abdullah Haji Harith bin Haji Ideris Nordin bin Haji Abd. Rashid Nur Muhd Aiman bin Abdullah Mohd Nizam bin Yasim Zorkarnini bin A. Ghani Melek bin Arbi Pembaca Proof Saruchi bin Sawal A.M.P. Dr. Nazirah binti Mohd Nordin Dr. Noor Hayati binti Che Mat Nor Salina binti Mohd. Zainudin Penulis Ghazali bin Kassim Hajah Siti Aminah binti Haji Ibrahim Zakaria bin Othman Haji Hamidon bin Haji Khalid Dr. Hajah Rosnanaini binti Haji Sulaiman Haji Komaruddin bin Abdullah, A.S.K. Mukhtar bin Haji Kasim Hajah Rahinun binti Mohd Noor, B.C.K. Khaliqul Zaman bin Mohamed Sheriff Rusnani binti Sharuddin

Jabatan Pendidikan Melaka Jabatan Pendidikan Johor Jabatan Pendidikan Pahang Jabatan Pendidikan Terengganu Jabatan Pendidikan Kelantan Jabatan Pendidikan Sabah Jabatan Pendidikan Sarawak Jabatan Pendidikan WP Labuan Pejabat Pendidikan Daerah Alor Gajah Pejabat Pendidikan Daerah Mukah

Bahagian Pengurusan Sekolah Harian SK Sungai Serai, Kajang, Selangor SK Sungai Kantan, Kajang, Selangor SMK Taman Jasmin 2, Kajang, Selangor

SK Seri Indera, Kangar, Perlis SMK Bandar Bukit Kayu Hitam, Bukit Kayu Hitam, Kedah SK Seri Impian, Bukit Mertajam, Pualau Pinang SMK Senawang 3, Seremban SMK Malim, Melaka SMK Sultan Yahya Petra 1, Kuala Krai, Kelantan SMA Al Madrasah Al Alawiyah Ad Diniah Arau, Perlis SMK Sultanah Bahiyah, Alor Setar, Kedah SMK Guar Perahu, Bukit Mertajam, Pulau Pinang SMK Raja Perempuan Ipoh, Ipoh, Perak
Muka Surat

| 262

Melindungi Masa Instruksional (MMI)


Kembali Kepada Yang Asas : Pemimpin Instruksional, Guru Mengajar, dan Murid Belajar

Radhiah binti Muhammad Rohani binti Roslan Jabatan Pendidikan Negeri Sembilan Haji Bahtiar bin Sanusi Ahmad Zamri bin Md Isa Sektor Pengurusan Akademik Hajah Serina binti Sauni Reka Bentuk dan Susun Atur Ahmad Faris bin Johan Mohd Saifulnizal bin Sabian

SMK Puteri Wilayah, Kuala Lumpur SM Teknik Tuanku Jaafar, Seremban, Negeri Sembilan SMK Abdul Rahman Talib, Kuantan, Pahang Jabatan Pendidikan Negeri Sabah SM Sains Miri, Sarawak

Bahagian Pengurusan Sekolah Harian Bahagian Pendidikan Teknik dan Vokasional

Reka Bentuk Kulit Ahmad Faris bin Johan Urus Setia Dr. Jafri bin Abu Rose Lina binti Ismail Anuar Adnan bin Ismail Abrar bin Idris Ahmad Faris bin Johan Mohd Saifulnizal bin Sabian Hasliza binti Md Ali

Bahagian Pengurusan Sekolah Harian

Bahagian Pengurusan Sekolah Harian Bahagian Pendidikan Teknik dan Vokasional Bahagian Pengurusan Sekolah Berasrama Penuh dan Sekolah Kecemerlangan Bahagian Pendidikan Islam Bahagian Pengurusan Sekolah Harian Bahagian Pendidikan Teknik dan Vokasional Bahagian Pengurusan Sekolah Harian

Muka Surat

| 263

Anda mungkin juga menyukai