Anda di halaman 1dari 9

1.

0 PENGENALAN Kebangkitan pensejarahan moden di Barat dikatakan telah diasaskan oleh sejarawan dari Jerman yang dikenali sebagai Leopold von Ranke. Ranke telah memberikan sumbangan yang besar terhadap perkembangan pensejarahan moden di Barat sehingga gelaran Bapa Pensejarahan Moden diberikan kepadanya. Hal ini demikian kerana Ranke lebih berjaya memaparkan ciri-ciri yang dapat membezakan zaman moden dengan zaman sebelumnya berbanding sejarawan yang lain. Seperti yang diperkatakan oleh Leonard Kreiger, Ranke adalah pelopor kepada yang mengutarakan sains tentang sejarah yang berdasarkan kajian kritikal sumber. 1 Konsep yang dikembangkan oleh Ranke telah menjadikannya sebagai sejarawan yang unggul sama sepertimana Herodotus yang memperkenalkan ilmu sejarah pada zaman klasik. Dalam esei ini, kita akan membincangkan lebih mendalam mengenai konsep atau teori sejarah yang telah diutarakan oleh Ranke dalam penghasilan karyanya. Tonggak penulisan karya sejarah Ranke adalah berpaksikan pada konsep wie es eigentlich gewesen iaitu menceritakan sejarah seperti sebenarnya berlaku. Ranke berhasrat untuk merakamkan sejarah seperti sebenarnya berlaku. 2. Pengaruh dan konsep pensejarahannya telah tersebar luas ke seluruh Eropah termasuklah England. Terdapat beberapa tokoh pemikir yang menyokong teori Ranke dan ada juga segenlitir menolaknya. Persoalannya, sejauhmanakah tonggak penulisan Ranke dapat bertahan dan dieirma pakai dalam penulisan sejarah dan adakah wajar bagi kita untuk menerima atau pun menolak konsep ini ? perbincangan lebih lanjut akan dikemukakan dalam topic yang seterusnya. 2.0 LATAR BELAKANG SEJARAH HIDUP LEOPOLD VON RANKE Leopold von Ranke dilahirkan di daerah Wieche, Saxony pada 21 Disember 1795. Sejarawan Jerman ini berasal daripada keluarga Lutheran yang berpendidikan. Ranke telah mendapatkan pendidikan awal di sekolah Dondorf dan Pforta. Kemudiannya Ranke memasuki Universiti Leipsic (1814-1818) dengan mengkhusus dalam bidang filologi dan teologi yang melibatkan kerja-kerja pemterjemahan dan penganalisaan teks klasik. Setelah menamatkan pelajarannya di universiti tersebut, Ranke menjadi tenaga pengajar di sekolah Frankfurt selama tujuh tahun (1818-1825). Minat Ranke terhadap sejarah dikatakan bermula sejak mula mengajar di sekolah ini. Kemudian Ranke dilantik menjadi Penolong Pensyarah di Universiti Berlin dalam bidang sejarah setelah berjaya menghasilkan karya sulungnya, History of the Latin and Tentonic Nations (1494-1514).3 Ranke banyak membuat kajian dalam bidang ilmu bahasa dan teks-teks lama. Ranke juga telah menemukan beberapa hasil sejarawan klasik seperti Herodotus, Thucydides dan Livy. Ranke sangat meminati karya Thucydides yang terkenal dengan unsur kritis. Sepanjang hidup Ranke, dianggarkan sebanyak 63 jilid penulisan sejarah yang telah dihasilkannya yang sebahagiannya
1 2

Abdul Rahman Haji Abdullah, Pengantar Ilmu Sejarah, Dewan Bahasa dan Pustaka, Pulau Pinang, 1994, hlm. 98. Qasim Ahmad, Karya Sejarah : Pendekatan dan Persoalan , Dewan Bahasa dan Pustaka, Kuala Lumpur, 1991, hlm. 2. 3 R. Suntharalingam, Pensejarahan Barat, Fajar Bakti, Petaling Jaya, 1987, hlm 110.

merupakan karya-karya pensejarahan yang tinggi nilai kesejarahannya. 4 Karya terakhir Ranke, World History yang dianggap sebagai karya unggul yang pernah dihasilkan oleh Ranke. Semasa Ranke mencecah usianya dalam lingkungan 80-89 tahun, Ranke telah kehilangan keupayaan melihat dengan baik, tidak boleh membaca dan menulis dengan baik. Ranke seterusnya meninggal dunia pada usia 91 tahun iaitu pada tahun 1886.5 3.0 KONSEP SEJARAH RANKE Leopold von Ranke telah mengetengahkan pandangannya yang tersendiri dalam mengungkapkan konsep sejarah yang sebenarnya. Menurut Ranke, sejarah haruslah dikaji sebagaimana ia benar-benar berlaku atau ziegen wie es eigentlich gewesen.6 Teori sejarah inilah yang telah meletakkan sejarah sebagai suatu bidang ilmu yang mampu berdiri sendiri seperti ilmu-ilmu lain. Teori ini telah dikemukakannya dalam karya pertamanya iaitu History of the Latin and Tentonic Nations. Melalui konsep ini, Ranke mengatakan bahawa sejarawan mampu memaparkan peristiwa sejarah seperti sebenarnya berlaku. Oleh itu, adalah penting bagi sejarawan untuk melaporkan atau menunjukkan apa yang berlaku di masa lalu tanpa membuat sebarang penilaian. Memetik kata-kata Ranke : ..that every epoch is immediate to God that is to say, that it is due to every epoch that we should consider it for its own sake.7 Kata-kata ini menegaskan bahawa peristiwa sejarah itu adalah tindakan daripada Tuhan Yang Maha Berkuasa dan setiap peritiwa adalah sama taraf dan kedudukannya di sisi Tuhan. Kenyataan ini megukuhkan lagi konsep ziegen wie es eigentlich gewesen kerana ahli sejarawan tidak wajar memalsukan ataupun menokok tambah tindakan-tindakan Tuhan. Abdul Rahman Haji Abdullah meyokong konsep ziegen wie es eigentlich gewesen dengan kenyataannya bahawa sejarah yang objektif ialah sejarah sebagaimana terjadinya.8 Selari dengan aliran pensejarahan yang diperjuangkan oleh Ranke, konsep ziegen wie es eigentlich gewesen ini mampu mencapai makna sejarah yang sebenarnya iaitu melahirkan sejarah yang objektif.

3.1 KAEDAH QUELLENKRITIK Ranke merupakan sejarawan yang bersikap kritis dalam menghasilkan penulisan sejarahnya. Bagi mencapai sejarah yang objektif, Ranke telah menekankan penggunaan konsep quellenkritik secara amnya merupakan suatu kajian kritis terhadap sumbersumber sejarah.9 Melalui pendekatan kaedah ini, kebenaran sejarah dapat ditentukan dengan menjalankan penyelidikan terhadap

Muhd Yusof Ibrahim, Sejarahwan dan Pensejarahan : Ketokohan dan Karya , Dewan Bahasa dan Pustaka, Kuala Lumpur, 1988, hlm. 279. 5 Pieter Geyl, Debates With Historians, Collins, Fontana, 1962, hlm. 10. 6 Leonard Krieger, Ranke : The Meaning Of History, The University Of Chcago Press, London, 1977, hlm. 4. 7 Pieter Geyl, Debates With Historians, hlm. 17. 8 Abdul Rahman Haji Abdullah, Pengantar Ilmu Sejarah, hlm. 105. 9 Frizt Stern, The Varieties of History, Macmillan, London, 1970, hlm. 54.

sumber arkib yang berkaitan sejarah atau peristiwa yang dikaji. Kritikan sumber ini bertujuan untuk menolak apa yang tidak benar dan menerima apa yang benar. Ranke menyarankan agar sejarawan bersikap kritis terhadap sumber-sumber yang ditafsirnya. Dengan adanya sumber arkib yang diiringi dengan kritikan sumber, maka keaslian atau kebenaran peristiwa sejarah tidak dapat dipertikaikan lagi dan tugas sejarawan untuk mengkhabarkan masa lalu seperti sebenarnya berlaku dapat dilaksanakan. Melalui pendekatan kaedah ini, Ranke mengambil kira sumber arkib sebagai elemen penting dalam bidang pengkajian sejarah. Menurut Ranke, sejarah haruslah ditulis berdasarkan eyewitness reports dan purest, most immediate documents.10 Fakta-fakta sejarah dapat diperolehi melalui penafsiran dokumen-dokumen dan sumber arkib. Memetik kata-kata Ranke yang berbunyi : all knowledge is documentary but it was especially to get at the the truth of the facts .11 Pandangan ini menekankan kepentingan dokumen dan sumber arkib dalam memberi gambaran yang jelas tentang masa lalu kepada sejarawan. Sumber-sumber seperti buku kenangan, catatan harian, surat-menyurat, laporan diplomatik serta gambaran asli saksi dilihat oleh Ranke sebagai sumber yang paling asli manakala babad sabagai sumber yang mengandungi maklumat yang tidak asli dan sukar dipercayai. Oleh itu, gabungan antara penafsiran dokumen dan kritikan sumber akan menghasilkan penulisan sejarah seperti sebenarnya berlaku.

3.2 HISTORICISM Konsep ziegen wie es eigentlich gewesen ini menerapkan unsur yang dipanggil historicism. Historicism sebenarnya ialah suatu peristiwa yang dikaji haruslah seperti sebenarnya berlaku dan bukannya membuat penilaian atau pengukuran terhadap masa lalu dengan menggunakan nilai masa kini.12 Ranke menggambarkan masa lalu yang unik seperti sebenarnya berlaku dan megelakkan semangat atau perasaan masa kini disuntik ke dalam masa silam. Pendekatan sedemikianlah yang dinamakan historicism. Ranke mempercayai bahawa semua zaman sejarah memiliki martabat yang sama dan setiap zaman haruslah dikaji secara esklusif mengikut ciri-ciri atau karakter zaman tersebut. Melalui pendekatan ini, setiap zaman mempunyai pengalaman dan nilai yang tersendiri. Maka boleh dikatakan setiap zaman adalah unik dan seharusnya dikaji tanpa melibatkan pengalaman zaman kini. Pendekatan historicism juga dikaitkan pengadilan moral yang bermaksud sejarawan tidak boleh melakukan mengadili sesuatu peristiwa ataupun pelaku dalam sejarah yang dikaji. Ranke berpendapat bahawa unsur pengadilan haruslah dielakkan dalam memaparkan sejarah seperti sebenarnya berlaku kerana ia bukanlah tugas ahli sejarah. Sejarawan haruslah memisahkan dirinya daripada sejarah yang dikaji untuk mengelak sifat prejudis dan berat sebelah yang boleh menjejaskan penulisan sejarah yang objektif. Maka dengan cara itu, sudah tentu menulis sejarah yang objektif akan dapat dicapai seperti yang diperkatakan oleh Ranke.
10 11

Frizt Stern, The Varieties of History, hlm. 54. Leonard Krieger, Ranke :The Meaning Of History, hlm. 6. 12 Leonard Krieger, Ranke :The Meaning Of History, hlm. 130.

4.0 PERBINCANGAN : SEJAUHMANA KONSEP SEJARAH RANKE DITERIMA Konsep sejarah Ranke tidak dapat diterima sepenuhnya kerana adanya beberapa kelemahan dalam konsep yang telah diperkenalkannya. Kelemahan-kelemahan terdiri daripada iaitu pertamanya, pengabaian penulisan bidang sosio-ekonomi khususnya golongan petani dalam Gerakan Reformasi di Jerman. Kedua, Ranke memuji dan menunjukkan kesetiaan kepada keluarga diraja Prussia dan keluarga aristokrat Hohenzolleren. Kelemahan ketiga pula ialah ketaatan agama menyebabkan ia memihak kepada teori sejarah yang berbentuk ketuhahan dan yang terakhir ialah fakta-fakta sejarah bukanlah suatu kebenaran yang mutlak. 4.1 PENGABAIAN PENULISAN ASPEK SOSIO-EKONOMI GOLONGAN BAWAHAN Pengabaian ini telah membawa kepada tersingkirnya sejarah petani yang berjuang untuk hak asasi mereka. maka Ranke telah gagal dalam hasratnya untuk memaparkan sejarah seperti sebenarnya berlaku. Kegagalan dalam mencapai matlamat konsep sejarahnya ziegen wie es eigentlich gewesen turut disuarakan oleh H. E. Barnes dalam karyanya A History of Historical Writing yang menyatakan Ranke terlalu menekankan soal-soal politik dan tokoh-tokoh utama. Bagi Barnes, kejadian masa lalu tidak hanya semata-mata menyerapkan politik dan diplomasi sahaja iaitu bentuk-bentuk Zeitgeist yang dianggapnya menguasai setiap tahap sejarah suatu bangsa itu.13 Oleh itu, Barnes dengan tegasnya menulis, mencatatkan dan mengingati masa lampau itu secara keseluruhan bukan satu keperluan dalam bidang pensejarahan. Pada masa yang sama Charles Beard, seorang sejarawan positivis memberi pandangan yang sama bahawa Ranke telah mengabaikan bidang ekonomi dan sosial serta tidak menceritakan peranan kelas bawahan dengan jelas dan adil. 14 Menurut Beard, Ranke lebih menekankan sejarah politik dan memandang sejarah ekonomi dan sosial sebagai elemen yang tidak penting untuk diterapkan dalam penulisannya. Misalnya dalam karyanya History of German, Ranke tidak mengkaji dengan lebih mendalam tentang Perang Petani di Jerman yang tercetus disebabkan pemberontakan golongan petani terhadap kepimpinan raja dan Martin Luther. Ranke menganggap peranan petani dalam perjalanan sejarah Jerman adalah tidak penting malah melabelkan golongan ini sebagai pelampau politik. Disebabkan sikap Ranke itu, maka Beard telah menggelarnya sebagai ahli sejarahwan paling berat sebelah pada abad ke-19.15 Penekanan terhadap aspek politik dalam penulisan sejarah adalah tidak mencukupi untuk mencapai makna sebenar sejarah. Misalnya, G.G Iggers telah mendakwa bahawa penekanan Ranke terhadap sumber-sumber tertentu telah myempitkan ruang lingkup sejarah dari pengertian luas sejarah.16 Muhd Yusof Ibrahim pula menyatakan sejarah adalah satu bidang ilmu yang merangkumi

13 14

Muhd Yusof Ibrahim, Sejarahwan dan Pensejarahan : Ketokohan dan Karya, hlm. 297. R. Suntharalingam, Pensejarahan Barat, hlm. 185. 15 Frizt Stern, The Varities of History, hlm. 319. 16 R. Suntharalingam, Pensejarahan Barat, hlm. 98-99.

bidang-bidang yang luas terutamanya menjelang zaman moden.17 Berdasarkan pandangan-pandangan ini, jelas menggambarkan bahawa ruang lingkup sejarah yang sebenar adalah luas dan tidak hanya tertumpu kepada aspek tertentu. Oleh itu, tulisan-tulisan Ranke yang tertumpu kepada aspek politik dan pentadbiran tidak menepati sejarah yang sahih dan seimbang. Maka adalah wajarlah mengatakan Ranke gagal menulis sejarah seperti sebenarnya berlaku yang dianggapnya merangkumi keseluruhan sejarah masa lalu. 4.2 PEMUJAAN GOLONGAN PEMERINTAH PRUSSIA DAN HOHENZOLLEN Ranke dikatakan telah gagal mengaplikasikan konsep sejarahnya kerana tidak mencapai matlamat konsep ziegen wie es eigentlich gewesen iaitu menulis sejarah seperti sebenarnya berlaku. Kegagalannya dapat dikesan pada penerapan kaedah historicism yang diperkenalkannya iaitu sejarawan tidak boleh mengadili sesuatu peristiwa atau tokoh ataupun menyuntik perasaan masa kini ke dalam masa lalu. Misalnya dalam karya Ranke yang bertajuk History of Prussia, Ranke menceritakan kemenangan yang diperolehi oleh kerajaan Prussia dalam peperangan dengan Austria sehingga menjadikan Prussia sebagai kuasa besar Eropah. 18 Ini memperlihatkan bahawa Ranke telah melakukan pengadilan moral dengan memuji sifat keperwiraan Raja Federick yang menjadikan Prussia sebagai kuasa besar Eropah. H. E Barnes juga memberi pendapat bahawa Even Ranke, while he generally controlled his emotions, could not restrain his admiration for Prussia. Golongan aliran progresif seperti Benedetto Croce, Herbert Butterfield dan G. Kitson Clark termasuklah juga Leopold von Ranke telah membuat dakwaan bahawa pengadilan moral boleh mengugat kewibawaan penulisan sesebuah karya sejarah. 19 Mereka berpendapat bahawa unsur pengadilan moral harus diketepikan kerana ia bukanlah tugas ahli sejarah. 20 Akan tetapi sikap Ranke yang mengagung-agungkan kerajaan Prussia sudah menyimpang jauh dari konsep historicism yang diperkenalkannya iaitu sejarawan tidak boleh mengadili suatu peristiwa atau tokoh. Seharusnya penulisan sejarah terpisah daripada sifat prejudis dan berat sebelah seperti yang disarankan oleh Ranke sendiri. Dalam hal ini, telah nyata bahawa Ranke gagal mengaplikasikan kata-kata manteranya ziegen wie es eigentlich gewesen dalam penulisannya. 4.3 TEORI SEJARAH YANG BERBENTUK KETUHANAN Konsep Ranke turut dipersoalkan kerana sikap keagamaannya telah melahirkan teori sejarah yang berbentuk ketuhanan. Menurut pandangan Ranke, sejarah adalah dikuasai dan dibimbing oleh kuasa Tuhan. Dalam karya Leonard Krieger yang bertajuk Ranke : The Meaning of History telah menyatakan his religion is the key to the understanding oh his history .21 Ranke melihat proses kejadian sejarah itu dari sudut ketuhanan iaitu sebagai idea daripada Tuhan. Baginya, tugas ahli sejarawan adalah memaparkan
17 18

Muhd Yusof Ibrahim, Sejarahwan dan Pensejarahan : Ketokohan dan Karya, hlm. 296. R. Suntharalingam, Pensejarahan Barat, hlm. 117. 19 R. Suntharalingam, Pengenalan Kepada Sejarah, Maricans, Kuala Lumpur, 1985, hlm. 91. 20 Abdul Rahman Haji Abdullah, Pengantar Ilmu Sejarah, hlm. 116 21 Leonard Krieger, Ranke :The Meaning Of History, hlm. 45.

kejadian masa lalu dan bukan membentuk hukum-hukum seperti yang dilakukan oleh Hegel. E. H Carr dalam karyanya The New Society menyuarakan pandangannya bahawa falsafah sejarah yang sekular menafikan campur tangan Tuhan dalam proses pergerakan sejarah manusia.22 Pada hakikatnya, pensejarahan moden yang diasaskannya adalah sesuatu yang sekular yang menafikan unsur-unsur ketuhanan. Ranke sebenarnya menentang kemunculan sesuatu hukum tetapi pada hakikatnya pandangannya sendiri adalah merupakan suatu hukum sejarah. Jadi, dilihat Ranke tidak berusaha dan gagal untuk mengubal suatu teori sejarah yang boleh dianggap sebagai falsafah sejarah. Teori sejarahnya disandarkan pada kepercayaan yang dipegangnya iaitu segala kejadian adalah tindakan daripada tuhan. Dalam karyanya History of the Popes, Ranke telah memuji perjuangan Martin Luther dan kaum Protestan untuk memulihkan agama kristian yang diseleweng oleh Paus dan gereja Katholik. Sebaliknya, Ranke mengutuk Paus dan gereja Katholik yang memesongkan kesucian agama kristian. 23 Ranke telah gagal menjauhkan dirinya daripada sejarah yang dikajinya kerana sikap berat sebelah menyebabkan penulisan itu diragui kebenarannya. 4.4 FAKTA-FAKTA SEJARAH BUKAN KEBENARAN YANG MUTLAK Teori sejarah Ranke iaitu memaparkan sejarah seperti sebenarnya berlaku mendapat sokongan daripada pengikutnya iaitu Lord Acton dan J. B Bury. Misalnya J.B Bury dalam karyanya Idea of Progress menyatakan bahawa sejarah adalah sains, tak lebih tak kurang.24 Menurutnya, sejarah disifatkan sebagai salah satu daripada cabang sains jati. Pengkajian sejarah juga bersifat saintifik yang memerlukan kaedah penyelidikan bagi mengesahkan kewujudan dan kebenaran suatu peristiwa sama seperti bidang sains. Sama seperti konsep sejarah Ranke yang menegaskan bahawa sejarah harus dipaparkan seperti sebenarnya berlaku melalui pengkajian yang saintifik. Tegas Ranke bahawa history was an art as well as a science25 Namun begitu, tradisi pensejarahan Ranke mendapat tentangan daripada Carl Becker, seorang sejarawan Amerika. Dalam karyanya American Historian Association, Becker menegaskan bahawa fakta-fakta sejarah tidak wujud bagi mana-mana ahli sejarah sehinggalah dia mewujudkannya. 26 Hal ini kerana peristiwa sejarah sudah tidak ada lagi tetapi hanya wujud dalam pemikiran ahli sejarah. Oleh itu, Becker menolak dakwaan sejarawan mampu menulis sejarah seperti sebenarnya berlaku. Bagi Becker, menulis kejadian masa lalu seperti sebenarnya berlaku adalah sukar kerana fakta sejarah yang sedia wujud tidak mampu memaparkan

22 23

Muhd Yusof Ibrahim, Sejarahwan dan Pensejarahan : Ketokohan dan Karya , hlm. 294. R. Suntharalingam, Pensejarahan Barat, hlm. 133. 24 Muhd Yusof Ibrahim, Pengertian Sejarah, Dewan Bahasa dan Pustaka, Kuala Lumpur, 1975, hlm. 24. 25 Leonard Krieger, Ranke : The Meaning of History, hlm. 7. 26 Ab. Rahman Haji Ismail, (terj.), Apakah Sejarah, Dewan Bahasa dan Pustaka, Kuala Lumpur, 1985, hlm. 17.

kebenaran peristiwa yang mutlak. Seperti kata E. H Carr bahawa fakta-fakta sejarah tidak pernah sampai kepada kita dalam keadaan murni.27 Oleh itu, sejarah yang objektif adalah sukar dikecapi kerana kebenaran sejarah bukanlah sesuatu yang mutlak tetapi relatif. Benedetto Croce yang mendakwa bahawa semua sejarah adalah sejarah sezaman.28 Pandangan ini bermaksud sejarah pada dasarnya adalah melihat masa lalu melalui kaca mata masa kini. Benedetto cuba menegaskan bahawa sejarawan bukan menulis masa lalu seperti sebenarnya berlaku tetapi mereka menulis masa lalu seperti yang digambarkan oleh pengkaji melalui sumber -sumber yang didapatinya. Demikianlah apa yang bermain di fikiran Benedetto sehingga menolak teori sejarah Ranke dan pandangan ini agak munasabah untuk diterima. Seiring dengan Collingwood yang berpendapat bahawa semua sejarah adalah sejarah pemikiran. 29 Baginya, pengetahuan sejarah ialah ingatan khusus dimana objek pemikiran masa kini ialah pemikiran masa lalu.30 Hal ini sama sahaja jika diterapkan dalam cakupan penulisan karya sejarah bahawa sejarah itu adalah pembentukan semula dalam fikiran ahli sejarah tentang pemikiran sejarah yang sedang dikajinya. Ini bermakna masa silam yang dikaji oleh ahli sejarah bukanlah masa lalu yang telah mati tetapi ianya masa lalu yang masih hidup pada masa kini dari beberapa aspek. 5.0 KESIMPULAN Secara konklusinya, kita dapat menyimpulkan bahawa konsep wie es eigentlich gewesen amat memberi pengaruh yang besar terhadap bidang penulisan sejarah terutama dalam perkembangan ilmu sejarah pada zaman moden. Konsep sejarah Ranke ini mendapat kritikan-kritikan yang hebat daripada sejarawan lain seperti Charles Beard, Benedetto Croce, Collingwood dan sebagainya. Sejarawan-sejarawan ini cuba menyangkal bahawa menulis sejarah seperti sebenar-benarnya berlaku hanyalah impian sahaja kerana ia sukar untuk dicapai dalam penulisan sejarah yang objektif. Malahan Ranke dikatakan tidak berpegang kepada konsepnya sendiri kerana ia sendiri telah menjatuhkan pengadilan moral dalam penulisan sejarahnya. Walaupun konsep sejarah Ranke mempunyai kelemahan tertentu dalam mencapai matlamat sejarah yang objektif, namun konsep Ranke telah meletakkan sejarah sebagai satu ilmu disiplin yang pada awalnya sejarah hanya sebagai pengetahuan sahaja. Di sebalik kritikan dan kelemahan yang disuarakan oleh para sejarawan, tidak dapat dinafikan teori sejarah Ranke jelas membawa impak yang besar terhadap perkembangan ilmu sejarah sehingga pengaruhnya masih dapat dilihat pada masa kini khususnya dalam bidang pensejarahan. Hal ini dapat dibuktikan apabila pengenalan sejarah yang saintifik telah mengiktiraf sejarah sebagai satu disiplin ilmu yang dihormati dan pengaruhnya masih menghiasi dunia pensejarahan. Oleh itu, tidak hairanlah sejarawan lain menggelarnya sebagai sejarawan yang unggul.

27 28

Ab. Rahman Haji Ismail, (terj.), Apakah Sejarah, hlm. 19. Muhd Yusof Ibrahim, (terj.), Idea Sejarah, Dewan Bahasa dan Pustaka, 1985, hlm. 363. 29 Ab. Rahman Haji Ismail, (terj.), Apakah Sejarah, hlm. 18. 30 Muhammad Yusof Ibrahim, (terj.), Idea Sejarah, hlm. 369.

BIBILIOGRAFI

Abdul Rahman Haji Abdullah, Pengantar Ilmu Sejarah, Dewan Bahasa dan Pustaka, Pulau Pinang, 1994.

Ab. Rahman Haji Ismail, (terj.) Apakah Sejarah, Dewan Bahasa dan Pustaka, Kuala Lumpur, 1988.

Geyl. P., Debates With Historians, Collins, Fontana, 1962.

Krieger, L., Ranke : The Meaning Of History, The University Of Chicago Press, Chicago, 1970.

Muhd Yusof Ibrahim, (terj.), Idea Sejarah, Dewan Bahasa dan Pustaka, Kuala Lumpur, 1985.

Muhd Yusof Ibrahim, Pengertian Sejarah, Dewan Bahasa dan Pustaka, Kuala Lumpur, 1975.

Muhd Yusof Ibrahim, Sejarahwan dan Pensejarahan, Dewan Bahasa dan Pustaka, Kuala Lumpur, 1988.

Qasim Ahmad, Karya Sejarah : Pendekatan dan Persoalan, Dewan Bahasa dan Pustaka, Kuala Lumpur, 1991.

R. Suntharalingam, Pengenalan Kepada Sejarah, Maricans, Kuala Lumpur, 1985.

R. Suntharalingam, Pensejarahan Barat, Fajar Bakti, Petaling Jaya, 1987.

Stern, F., The Varieties Of History, Macmillan, London, 1970.

LAMPIRAN

Gambar 1.0 : Gambaran wajah sejarahwan unggul Jerman, Leopold von Ranke.