Anda di halaman 1dari 1

Kemahiran pengamatan perlu dikuasai kerana ia dapat membantu murid pemulihan cepat menguasai kemahiran membaca, menulis dan

mengira. Jika murid pemulihan tajam pengamatannya mereka akan bermotivasi dan kesediaan belajar murid menjadi lebih positif, sebagai contoh aktiviti menyiapkan tugasan dalam bentuk permainan puzzle murid yang cekap pengamatannya akan cepat dapat melengkapkan puzzle tersebut, kerana murid yang dapat mengamati bentuk-bentuk yang sesuai akan melengkapkan puzzle berpandukan pengamatan warna, bentuk potongan puzzle dan garisan yang sama. Murid pemulihan yang lemah daya pengamatannya bukan bermakna ketinggalan terus, guru pemulihan boleh melaksanakan strategi menangani masalah pengamatan dalam kelas. Antaranya melalui latih tubi, terapi, ulangan, modelling dan aktiviti-aktiviti lain yang sesuai.

Anda mungkin juga menyukai