Anda di halaman 1dari 24

PENGENALAN KEMAHIRAN MENDENGAR DAN BERTUTUR Kemahiran mendengar merupakan kemahiran yang paling asas dalam kemahiran lisan

dimana ia berlaku pada peringkat penerimaan. Murid yang dapat menguasai kemahiranmendengar seharusnya dapat mendengar dengan baik dan boleh memahami, noleh mentafsir apa sahaja yang didengar. Murid juga banyak belajar mendengar melalui pengalaman. Pendengaran merupakan gabungan daripada semua yang didengar, difahami dan diingat. Aspek fizikal, psikologi dan neurologi turut mempengaruhi proses pendengaran. Aktiviti mendengar penting untuk dikuasai disebabkan penggunaannya yang begitu meluas dalam kehidupan. Kemahiran bertutur pula merupakan satu cara berkomunikasi yang kompleks yang melibatkan proses mental bahasa yang yang menggerakkan dilafazkan. alat pertuturan fizikal untuk

mengeluarkan

bunyi-bunyi

Aspek

kesihatan,

persekitaran dan jantina juga turut mempengaruhi kemahiran bertutur. Kemahiran bertutur merupakan satu cara berkomunikasi yang paling tua. Lazimnya kedua-dua kemahiran mendengar dan bertutur ini saling memerlukan. Secara ringkasnya, kemahiran mendengar ialah keupayaan murid mendengar dengan teliti, memahami perkara yang didengar dalam pelbagai situasi serta dapat memberi maklum balas. Kemahiran bertutur pula merupakan keupayaan murid berbual untuk menjalin hubungan dan menyampaikan maklumat, pendapat, perasaan serta idea yang kritis dan kreatif dengan sebutan dan intonasi yang betul secara sopan. Penekanan diberi kepada penggunaan pengucapan yang menggunakan tatabahasa yang sesuai.

KONSEP KEMAHIRAN MENDENGAR DAN BERTUTUR Dalam konteks ini, kemahiran mendengar adalah proses yang melibatkan aktiviti pemerolehan maklumat, manakala kemahiran bertutur pula melibatkan proses menjana dan menghasilkan penghasilan maklumat. Kebolehan untuk mendengar dan bertutur dengan baik sangat penting dalam kehidupan seharian. Kemahiran mendengar merupakan kemahiran utama yang perlu dikuasai oleh kanak-kanak sebelum mereka boleh mengujarkan perkataan atau bunyi dalam proses awal untuk bercakap.

Melalui kemahiran mendengar, murid dapat memperoleh idea, mencari isi penting, bertindak balas, mengenal pasti perkara yang berkaitan atau tidak, mentafsir makna yang tersirat, mengenal pasti mood penutur dan sebagainya.

Dalam kemahiran bertutur terdapat beberapa konsep pertuturan, diantaranya pertuturan merupakan gabungan daripada bunyi-bunyi bahasa yang dilafazkan. Pertuturan berlaku apabila penutur dapat mendengar dan memahami dengan baik apa sahaja yang didengarnya. Seseorang itu banyak belajar kemahiran bertutur daripada pengalaman kecerdasan otaknya. Aspek fizikal, kesihatan, kecerdasan otak,

persekitaran, jantina dan tahap sosioekonomi boleh mempengaruhi tahap pertuturan seseorang. Melalui kemahiran bertutur juga membolehkan murid menyebut dengan jelas, menyampaikan pendapat peribadi, melaporkan peristiwa, menunjuk arah, bertemuramah, bertukar pendapat dan membina soalan untuk mencari maklumat.

PENDEKATAN KEMAHIRAN MENDENGAR DAN BERTUTUR Kemahiran lisan mendengar dan bertutur ini perlu diajar serentak, berurutan dan menyaling dalam bilik darjah. Antara pendekatan yang sesuai untuk mengajar kemahiran berbahasa mendengar dan bertutur ini ialah pendekatan situasi dan pendekatan komunikatif. Ini disebabkan kedua-dua jenis pendekatan ini amat berkaitan dengan proses pengajaran dan pembelajaran kemahiran lisan dalam bilik darjah. Pendekatan situasi merupakan proses pengajaran dan pembelajaran yang menekankan bahawa pernyataan lisan mencakupi semua unsur kefahaman

mendengar dan penggunaan unsur-unsur bunyi bahasa yang betul dalam pola, nada dan intonasi tertentu. Pendekatan situasi ini yang berlandaskan teori bahasa struktural dan teori pembelajaran behaviouris beranggapan bahawa penguasaan kemahiran lisan memerlukan penutur menguasai beberapa kemahiran kecil bagi

menangkap, mengingat serta menyebut sistem bunyi dan struktur dalam sesuatu bahasa yang betul. Melalui pendekatan situasi, aktiviti pengajaran kemahiran bertutur yang boleh dijalankan ialah seperti latih tubi bagi melatih murid menguasai bahasa, sebutan dan pola yang digunakan oleh guru. Latih tubi seperti penyebutan ayat, frasa, perkataan, suku kata dan bunyi-bunyi fonem yang diambil dibahagian dialog yang kemudiannya dibaca oleh murid.Pasangan perkataan yang mempunyai perbezaan yang paling kecil tetapi dapat menghasilkan makna digunakan. Seterusnya kita membincangkan melalui pendekatan komunikatif. Pendekatan komunikatif mementingkan kemahiran bertutur yang merangkumi kecekapan

menggunakan unsur-unsur bahasa yang terkandung dalam kemahiran bertutur tersebut serta kecekapan berkomunikasi dalam sesuatu interaksi atau komunikasi bahasa. Pendekatan komunikatif lebih memfokuskan kepada pelajar. Hal ini dikaitkan bahawa manusia berbahasa pada dasarnya secara berkomunikasi. Kemahiran bertutur meliputi kecekapan bahasa dan juga kecekapan pengajaran bertutur

berkomunikasi dimana pendekatan komunikatif mencadangkan

haruslah berlandaskan prinsip kemahiran bertutur yang memerlukan murid menguasai

kecekapan berbahasa dan menggunakannya dalam konteks penggunaan bahasa yang sebenarnya. Melalui pendekatan komunikatif turut mendorong murid dengan rakan-rakan mereka. Oleh itu, komunikasi sebagai objektif berinteraksi kemahiran

bertutur perlu menjadi objektif dalam proses pengajaran dan pembelajaran di dalam bilik darjah. Selain itu pendekatan komunikatif merupakan pembelajaran kemahiran

bertutur melibatkan proses kognitif , dimana guru perlu mendedahkan murid kepada pelbagai kemahiran situasi formal dan tidak formal dalam mendengar dan pengajaran dan pembelajaran

bertutur yang dapat memberi peluang murid situasi

menggunakan berbagai-bagai strategi komunikasi yang sesuai dengan bertutur

tersebut.Pendekatan situasi dan komunikatif dalam pengajaran kemahiran

bertutur mempunyai persamaan dimana kedua-duanya mencerminkan di dalam pengajaran kemahiran bertutur perlu memberi latihan menggunakan unsur-unsur bunyi dan struktur bahasa sebelum bertutur. melaksanakan sesuatu aktiviti melibatkan kemahiran

KAEDAH KEMAHIRAN MENDENGAR DAN BERTUTUR Kaedah ialah satu perancangan atau prosedur bagi melaksanakan sesuatu pengajaran secara teratur, kemas dan sistematik yang wujud berdasarkan kebolehan pendekatan pengajaran bahasa yang digunakan oleh guru. Kaedah merupakan langkah-langkah atau peringkat pengajaran yang tersusun rapi dan berkesinambungan yang harus dituruti bagi mencapai sesuatu objektif pengajaran. Pengertian bagi kaedah penguasaan kemahiran bertutur dan mendengar ialah prosedur mengajar berdasarkan kebolehan pendekatan pengajaran bahasa yang digunakan oleh guru untuk menguasai kemahiran bertutur dan mendengar oleh itu sesuatu kaedah yang digunakan tidak boleh bercanggah daripada pendekatan. Ada beberapa kaedah yang boleh digunakan dalam pengajaran Bahasa Melayu dan diaplikasikan semasa menjalankan proses pengajaran dan pembelajaran di bilik darjah. Untuk pengajaran kemahiran mendengar dan bertutur hanya terdapat beberapa kaedah sahaja yang boleh digunakan dalam pengajaran dan pembelajaran iaitu kaedah terus, kaedah fonetik/linguistik, kaedah eklektik, kaedah audio-lingual dan kaedah komunikatif.

Kaedah Terus.

Kaedah ini merupakan kaedah pengajaran secara perbualan dan kaedah ini merujuk kepada pengajaran dan pembelajaran untuk menguasai bahasa pertama secara natural. Kaedah ini juga bermaksud belajar secara terus iaitu menggunakan terus bahasa sasaran tanpa terjemahan dengan cara mendengar, meniru dan mengulangi perlakuan bahasa yang mereka dengari. Oleh itu kemahiran mendengar dan bertutur turut diutamakan kerana perkataan yang diajarkan adalah perkataan yang digunakan sehari-hari. Melalui kaedah ini, beberapa cara digunakan untuk menyatakan sesuatu perkataan konkrit seperti baju, jadi perkataan baju tersebut diajar dengan menunjukkan objek baju tersebut, tetapi berbeza pula dari segi perkataan abstrak contohnya perkataan sayang diterangkan dengan menggunakan perkataan yang mudah serta diketahui oleh murid-murid. Kaedah terus merupakan satu kaedah yang terkenal bagi kemahiran mendengar dan juga bertutur iaitu pengajaran lisan. Melalui kaedah ini murid dapat menguasai kemahiran bertutur dengan baik dimana mereka dapat melibatkan diri secara aktif dalam pertuturan. Murid dapat mempraktik atau menggunakan kemahiran berbahasa yang diajarkan diluar bilik darjah.

Kaedah Fonetik/Linguistik. Kaedah linguistik atau dikenali sebagai kaedah fonetik merupakan satu kaedah mengajar bahasa moden secara saintifik iaitu dengan cara membandingkan antara dua bahasa yang dipelajari dengan bahasa yang telah diketahui. Kaedah ini menekankan pertuturan serta membenarkan penggunaan bahasa yang telah diketahui oleh muridmurid. Penggunaan latih tubi unsur-unsur dikuasai sebaik-baiknya oleh bahasa dalam aktiviti bertutur perlu

murid. Kaedah ini

mendahulukan bentuk daripada

makna. Kaedah ini melibatkan pemilihan bunyi-bunyi terhadap bunyi-bunyi yang sama dalam kedua-dua bahasa tersebut. Pengajaran ini dimulakan dengan latihan pendengaran serta diikuti dengan latihan penyebutan. Pengajaran berdasarkan kaedah ini digabungkan menjadi dialog dan cerita. Latihan penyebutan dimulakan dengan penyebutan bunyi, perkataan, frasa dan ayat-ayat. Ini bermakna pengetahuan fonetik adalah sangat penting. Melalui kaedah ini juga murid-murid akan menulis karangan atau ayat ringkas berdasarkan apa yang didengar atau dibaca.

Kaedah Audio-Lingual Kaedah audio-lingual adalah lebih sesuai serta praktikal digunakan dalam pengajaran bahasa kedua. Kaedah ini amat berkesan dalam pengajaran dan pembelajaran kemahiran lisan yang melibatkan aspek mendengar dan juga bertutur. Pengajaran dan pembelajaran lisan adalah kemahiran asas berbahasa yang harus dikuasai sebelum mereka dapat belajar membaca dan menulis dengan sempurna.

Kaedah audio-lingual adalah satu alternatif dalam pengajaran lisan kerana kaedah ini berlandaskan prinsip mendengar dan bertutur diajar terlebih dahulu barulah diikuti dengan kemahiran membaca dan menulis. Kaedah ini merupakan gabungan daripada dua kemahiran iaitu kemahiran mendengar (audio) dan juga kemahiran bertutur (lingual). Kaedah ini sangat sesuai bagi menjalankan aktiviti kemahiran mendengar dan juga bertutur yang mementingkan penggunaan bahan bantu belajar berupa alat-alat rakaman audio seperti radio, pita rakaman, compact disk (audio), dan juga piring hitam. Penggunaan alat-alat rakaman ini bertujuan memudahkan murid menjalankan latihan bahasa khususnya latihan bertutur secara intensif. Dalam kemahiran ini, murid-murid dapat mengenal, membeza, megajuk bunyi yang diperdengar di samping mengecam serta menunjuk arah datangnya bunyi tersebut.. Melalui kaedah ini juga murid diajar memahami serta menghayati apa yang terkandung dalam audio tersebut kemudian murid dapat menerangkan semula apa yang difahami berdasarkan apa yang telah didengari. Kaedah ini turut mementingkan aspek pertuturan yang mana ia turut beranggapan pengajaran kemahiran bertutur merupakan proses untuk membentuk kelaziman pertuturan murid. Kaedah ini juga dapat melatih murid-murid menyebut perkataan, frasa, ayat yang didengar termasuklah nada serta intonasinya secara latih tubi dan akan memudahkan murid mempelajari bunyi-bunyi linguistik yang berbeza serta nada dan intonasi bahan yang diperdengarkan. Melalui kaedah audio lingual ini, murid-murid akan lebih mengingati apa yang didengar dan ingatan mereka dapat diperkukuhkan dengan cara mendengar semula rakaman yang dirakam serta berbincang dengan rakan-rakan.

Kaedah Eklektik. Kaedah eklektik ini turut didapati bersesuaian dengan pengajaran kemahiran mendengar dan juga bertutur. Kaedah eklektik merupakan satu kaedah yang menggabungkan segala ciri yang baik dalam pengajaran bahasa yang terdapat dalam kaedah-kaedah lain. Contoh kaedah yang digabungkan ialah kaedah nahu dan kaedah terjemahan yang diubah suai mengikut situasi pengajaran. Tujuan kaedah eklektik ini adalah sama seperti kaedah terus iaitu membolehkan murid-murid menguasai keempatempat kemahiran bahasa serta boleh menggunakan bahasa itu dengan baik. Kaedah ini turut dikenali sebagai kaedah aktif kerana gabungan ciri-ciri yang baik daripada pelbagai kaedah lain yang dimilikinya. Melalui kaedah eklektik, kemahiran bahasa diajar mengikut susunan iaitu bertutur, menulis, memahami dan juga membaca. Kaedah ini lebih bersifat fleksibel dimana guru boleh mengubah kaedah pengajarannya mengikut keperluan murid-murid. Tatabahasa diajar mengikut situasi sama ada secara deduktif ataupun induktif. Aktiviti pengajaran serta pembelajaran yang dijalankan ialah latihan mendengar dan bertutur, membaca kuat serta bersoal jawab.

Kaedah Komunikatif

Kaedah komunikatif ini terbina berdasarkan teori interaksi serta mementingkan proses pemerolehan bahasa kanak-kanak yang melibatkan kognitif dan interaksi bahasa. Kaedah ini menitikberatkan pengajaran kecekapan bahasa, iaitu tatabahasa dan kecekapan komunikatif khususnya kemahiran mendengar dan bertutur.

Selain itu,

kaedah komunikatif terbina berdasarkan teori huraian bahasa

fungsian serta teori kecekapan komunikatif manakala teori pembelajarannya pula berpandukan kepada teori interaksi. Kaedah ini menekankan proses pemerolehan bahasa yang mengaitkan kognitif serta interaksi bahasa terutamanya kemahiran lisan iaitu kemahiran mendengar dan bertutur. Murid-murid menjalani proses pemerolehan bahasa dengan menguasai makna terlebih dahulu dan disusuli dengan

menggambarkan makna tersebut dalam struktur ayat tertentu. Aktiviti-aktiviti bahasa yang bermakna dalam kaedah komunikatif merupakan jalan penyelesaian masalah, perbincangan, dialog, sumbang saran, wawancara dan sebagainya. Melalui aktiviti-aktiviti ini murid dapat berbincang serta berkongsi pendapat untuk menyelesaikan masalah, mencapai persetujuan, dan membuat keputusan mengenai sesuatu perkara.

TEKNIK KEMAHIRAN MENDENGAR DAN BERTUTUR Teknik ialah suatu alat yang digunakan oleh guru bahasa bagi menyampaikan bahan-bahan pengajaran yang telah dipilih berdasarkan kemampuan muridnya. Teknik pengajaran lisan yang dipilih mestilah menepati objektif pengajaran dan juga bersesuaian dengan umur, minat, dan kebolehan murid. Objektif teknik pengajaran lisan ialah untuk membolehkan murid-murid memperoleh kemahiran lisan dengan mudah dan berkesan. Teknik pengajaran yang sesuai digunakan ialah teknik soal jawab, main peranan, lakonan/drama, permainan bahasa, hafazan, latih tubi, perbincangan dan penyelesaian masalah. Selain itu, guru juga boleh menggabungkan beberapa teknik pengajaran yang sesuai sebagai strategi pengajaran kemahiran bahasa yang dipercayainya paling berkesan.

Teknik Latih Tubi Teknik latih tubi merupakan aktiviti pengulangan fakta-fakta yang dipelajari. Teknik ini digunakan untuk mencapai sesuatu kemahiran seperti kemahiran menyebut perkataan, ayat-ayat atau mengingat fakta-fakta penting. Teknik ini lebih berasaskan kepada kaedah pengajaran bahasa dengar dan sebut. Melalui teknik ini terdapat lima aspek yang diberikan penekanan iaitu sebutan, tatabahasa, perbendaharaan kata, kefasihan dan kefahaman. Teknik latih tubi ini turut dikenali sebagai teknik menghafaz. Teknik ini sangat berguna dan sesuai untuk isi kandungan pengajaran yang memerlukan ikutan dan ulangan. Teknik latih tubi sebutan adalah untuk melatih supaya murid menguasai bunyibunyi bahasa, sebutan dan pola ayat berdasarkan bahagian dialoh yang akan ditiru dan dihafaz oleh murid. Latih tubi sebutan ini juga meliputi menyebut bunyi fonem dalam perkataan yang mungkin menyebabkan timbul masalah sebutan dan pasangan minimal yang boleh menghasilkan makna yang berbeza. Manakala teknik latih tubi pemintal lidah bertujuan untuk latih murid menyebut sesuatu bunyi dengan betul dan tepat. Latih

tubi jenis ini mengandungi bunyi yang menjadi masalah kepada murid antaranya kelemahan menyebut fonem /p/. Teknik nyayian pula dapat membantu murid menguasai kemahiran bertutur kerana menyanyi memerlukan penyebutan bunyi yang betul, ikit rentak dan nada yang tertentu. Seni kata lagu dapat digunakan sebagai bahan untuk ditiru dan dihafaz. Teknik latihan pandang dan sebut pula merupakan latih tubi bertutur yang menggunakan gambar yang dimasukkan dalam teks latihan. Gambar-gambar seperti kad imbasan bergambar, carta bergambar bahagian filem dan slaid digunakan sebagai bahan rangsangan untuk menghasilkan pertuturan.

Teknik Perbincangan Teknik perbincangan bermaksud aktiviti yang mengeluarkan dan mengulaskan pendapat tentang sesuatu tajuk yang bertujuan untuk melatih murid fikiran, perasaan dan pendapat dengan bernas. Ia merupakan aktiviti pengajaran dan pembelajaran yang berbentuk perbualan yang dilakukan oleh murid dibawah seliaan dan kawalan guru. Ia melibatkan perbincangan antara murid yang memerlukan kerjasama bagi mengeluarkan pandangan dan pendapat masing-masing. Dalam pengajaran bahasa, teknik berbincang sering digunakan untuk

mendapatkan isi dan menyusun isi tersebut bagi sesebuah karangan. Guru menjalankan teknik perbincangan ini melalui dua cara iaitu perbincangan berlaku antara guru dengan murid-murid dan perbincangan berlaku antara murid dengan murid sama ada secara kelas atau dalam kumpulan kecil. Semasa perbincangan, isi-isi penting dicatat di papan tulis dan kemudian disusun berdasarkan kehendak tajuk perbincangan. Manakala bagi mengajar kemahiran lisan, guru menggalakkan murid bercakap untuk memberi pendapat dengan ayat dan tatabahasa yang betul. Melalui teknik perbincangan ini, ia akan memberi peluang kepada murid untuk bercakap terutama dalam aktiviti separa formal dimana ia dapat mempertajamkan minda malah melatih kepetahan murid untuk bercakap dan mengeluarkan pendapat.

Teknik Lakonan/Drama Kaedah komunikatif dan kaedah yang berasaskan pendekatan induktif iaitu kaedah terus, elektif dan audiolingual sering digunakan dalam teknik lakonan/drama. Teknik lakonan/drama ini amat baik untuk mengajar dan melatih bahasa lisan. Melalui lakonan murid dilatih melakonkan watak-watak tertentu dengan menggunakan skrip pendek dan ringkas. Teknik ini bertujuan untuk melatih murid menggunakan kemahiran bahasa terutamanya kemahiran mendengar dan bertutur, unsur paralinguistik dan bukan linguistik secara berkesan dalam interaksi bahasa atau perbuatan. Teknik ini turut dapat melatih samping sebutan, melatih intonasi, menggunakan dan kelancaran jenis ayat pertuturan seperti murid ayat di

pelbagai

penyata,

ayat tanya, ayat seruan dan ayat perintah. Teknik ini sangat berbeza dengan teknik main peranan. Ini kerana murid berlakon berdasarkan skrip yang disediakan oleh mereka. Melalui teknik ini dapat mendorong dan merangsang murid untuk menghubungkan perasaannya dengan mata pelajaran yang dipelajari. Ia juga dapat menimbulkan keseronokan dan keberkesanan pembelajaran di samping dapat menyuburkan sahsiah pelajar.

Teknik Hafazan Dikenali sebagai teknik latih tubi informan. Demonstrasi dan latih tubi merupakan teknik pengajaran yang dibahagi kepada dua bahagian iaitu satu bahagian demonstrasi dan dua bahagian latih tubi. Pengajaran demonstrasi ialah berkenaan dengan nahu atau tatabahasa, sebutan dan perbendaharaan kata. Latih tubi pula guru membaca beberapa baris ayat dan murid mengajuk ayat tersebut sehingga ayat tersebut dapat dihafal.Teknik hafazan, menggunakan pendekatan secara induktif atau melalui ayat-ayat contoh untuk mengajar tatabahasa atau nahu.

Teknik Main Peranan. Main peranan didefinisikan sebagai melakonkan sesuatu situasi, masalah atau peristiwa yang dianggap penting. Dalam teknik main peranan, murid melakonkan watak yang dipilih berdasarkan cerita atau situasi yang ditetapkan. Murid perlu faham akan peranan watak itu dan menghayatinya lalu melakonkan aksi dan percakapan watak itu. Teknik main peranan ini ialah satu bentuk drama yang tidak memerlukan penghafalan skrip. Murid yang berlakon akan menjelaskan situasi atau peristiwa kepada murid lain untuk murid lain mempraktikkan peranan murid yang berlakon secara spontan tadi. Oleh sebab itu, teknik ini sangat bersesuaian dengan kemahiran mendengar dan bertutur. Murid akan diberi atau dibaca atau dipertonton sesuatu situasi dan berdasarkan apa yang dilihat, didengar atau dibaca murid akan melakukan main peranan untuk menunjukkan amalan budi bahasa tersebut.

Teknik Soal Jawab Teknik ini merupakan teknik yang paling lama dan amat popular digunakan dalam bidang pendidikan. Teknik ini berupaya mewujudkan interaksi guru dengan murid-murid secara berkesan. Guru mengemukakan soalan yang berkaitan dengan isi pelajaran dan murid memberi tindak balas merupakan cara teknik ini dilaksanakan. Tindak balas dari murid merupakan memerlukan kemahiran mendengar dan bertutur kerana ia memerlukan murid berfikir sebelum memberikan jawapan yang tepat. Teknik ini bertujuan untuk mengesan pengetahuan berbahasa murid,

menggalakkan murid berfikir secara kreatif, kritis, logik dan berinovatif serta mendorong pelajar menyusun dan menghuraikan bahan yang diajar. Latihan bersoal jawab sama ada dari petikan yang didengar atau senarai gambar yang disediakan dimana melalui latihan ini murid dikehendaki menjawab soalan yang dikemukakan oleh guru secara lisan. Melalui teknik ini dapat membantu menajamkan pemikiran pelajar serta dapat mewujudkan suasana pembelajaran yang lebih dinamik dan berkesan.

Teknik Permainan Bahasa Ia merupakan salah satu cara dalam mempelajari bahasa melalui teknik permainan. Ia merupakan teknik yang paling seronok dan disukai yang digunakan dalam pengajaran dan pembelajaran kemahiran mendengar dan bertutur. Murid akan memperoleh latihan secara intensif, pembelajaran bermakna dan sebagai alat pengesan apabila terlibat dalam permainan bahasa ini. Kebanyakkan aktiviti yang dijalankan akan menggunakan pelbagai kemahiran berbahasa murid khususnya kemahiran mendengar dan bertutur murid bagi menambah kefasihan dan keyakinan, menyediakan konteks pembelajaran, bertindak iaitu meransang kemahiran lisan murid, sebagai alat yang dapat mengikis rasa bosan, sebagai alat pemulihan, pengukuhan dan pengayaan. Antara jenis permainan bahasa yang boleh digunakan ialah permainan menyampaikan pesanan, permainan tekalah saya, permainan memerhati dan mengingat, permainan berpasangan dan permainan slip undian. Teknik Penyelesaian Masalah Merupakan aktiviti yang melibatkan masalah berbentuk perkataan, teka teki teka silang kata dan kuiz. Murid perlu menggunakan kemahiran, prinsip atau teori yang telah mereka pelajari untuk selesaikan masalah. Selain itu teknik ini juga melibatkan aktiviti membimbing murid memahami dan mengenal pasti ciri-ciri masalah yang diutarakan, mengingati pengalaman lalu yang berkaitan, memilih strategi yang sesuai dan menggunakan kemahiran mereka dalam kemahiran mendengar dan bertutur bagi aktiviti menyelesaikan masalah tersebut. Terdapat dua bentuk pengajaran dan pembelajaran bahasa melalui teknik ini iaitu ia dijalankan secara spontan pada peringkat permulaan, perkembangan dan penutup serta aktiviti pertandingan antara murid. Teknik ini dapat dijalankan sebagai rangsangan, penggayaan, pemulihan dan pengukuhan.

Secara kesimpulannya kemahiran mendengar dan bertutur adalah satu kemahiran bahasa yang penting kerana manusia berkomunikasi secara lisan lebih banyak daripada kemahiran bahasa yang lain. Lagipun kemahiran mendengar dan bertutur adalah kemahiran yang paling awal dikuasai seseorang sebelum ia menguasai kemahiran bahasa yang lain. Walaupun kemahiran lisan adalah kemahiran yang paling awal dikuasai kanak-kanak, namun mereka tetap memerlukan pembelajaran lisan yang tersusun dan terancang supaya kemahiran lisan yang sedia ada itu dapat dikuasai dengan lebih baik. Kemahiran mendengar dan bertutur agak kurang mendapat perhatian dalam pengajaran dan pembelajaran bahasa di sekolah berbanding dengan kemahiran bahasa yang lain. Pengajaran kemahiran mendengar dan bertutur di dalam kelas hendaklah dijalankan dengan menggunakan kaedah dan teknik tertentu supaya murid dapat menguasai kemahiran mendengar dan bertutur dengan baik. Keupayaan berkomunikasi secara lisan dengan baik akan menambah keyakinan diri murid untuk berinteraksi dengan orang lain dalam pelbagai situasi. Kaedah dan teknik dalam pengajaran dan pembelajaran kemahiran berbahasa adalah sangat rapat dan saling berkaitan terutamanya kemahiran lisan mendengar dan bertutur. Kesemua unsur unsur yang dinyatakan tidak terpisah malah ia kelihatan berinteraksi, selaras dan menyaling. Oleh itu, perancangan yang baik dan lengkap untuk menggunakan unsur-unsur ini akan menghasilkan satu pengajaran yang bermutu serta pembelajaran yang berkesan.

Saya telah menjalankan pengajaran makro untuk matapelajaran Bahasa Malaysia tahun dua. Pengajaran makro saya ini dijalankan di bilik darjah tahun 6 diatas sebab bilik darjah saya digunakan sebagai dewan bagi murid tahun 6

menghadapi peperiksaan Pasca UPSR. Sekolah saya merupakan sekolah kecil yang tidak mempunyai bilik darjah yang banyak. Kekuatan Ada beberapa kekuatan pengajaran makro yang dapat saya kesan semasa saya melakukan pengajaran. Antaranya saya dapat mengawal keadaan kelas dengan baik. Sebelum memulakan pengajaran ini saya telah membuat persedian yang rapi bagi memastikan pengajaran dan pembelajaran dapat dijalankan mengikut apa yang telah dirancang. Saya cuba memastikan pemilihan kaedah pengajaran yang sesuai yang dapat menarik minat murid dan dapat memastikan murid-murid berada dalam keadaan terkawal supaya aktiviti pengajaran dan pembelajaran berjalan dengan lancar. Aktiviti permainan "jigsaw puzzle' pada sesi set induksi dapat menarik minat murid dan menimbulkan sifat ingin tahu murid bagi tajuk aktiviti pada pengajaran hari tersebut. Selain itu aktiviti ini dapat meningkatkan motivasi murid untuk belajar selain memberi keseronokkan kepada murid. Selain itu, suara guru yang lantang akan memudahkan murid mendengar seterusnya membantu pemahaman murid terhadap apa y ang ingin disampai oleh guru. Murid akan lebih tertumpu kepada penyampaian isi pelajaran tanpa menghiraukan gangguan-gangguan lain. Ketegasan dalam menyampaikan pelajaran akan

membuatkan pelajar lebih hormat kepada guru. Kejelasan dalam memberikan arahan merupakan salah satu kemahiran penting yang perlu ada pada setiap guru. Ini adalah kerana kejelasan dalam menyampaikan isi pelajaran boleh mempengaruhi peribadi pelajar agar lebih berkeyakinan untuk menimba ilmu. Selain itu, pertuturan yang baik dapat melancarkan proses pengajaran dan pembelajaran iaitu menggunakan bahasa yang standard dan mudah difahami oleh pelajar ketika mengajar, suara jelas dan lantang serta penyampaian yang lancar.

Arahan yang diberikan dengan jelas, memudahkan murid faham, seterusnya melakukan tugas mengikut arahan dan panduan yang diberikan. Tindakan susulan oleh murid yang tepat menunjukkan kefahaman murid terhadap penyampaian guru berkenaan isi pelajaran. Oleh itu, secara ringkasnya kejayaan pengajaran dan pembelajaran bergantung kepada kebolehan dan kemahiran seseorang guru untuk menguruskan kelas dan aktiviti pengajaran dan pembelajarannya dengan bijak. Saya membuat aktiviti bacaan dialog dimana murid dipilih secara rawak. Murid dikehendaki membaca dialog dihadapan kelas. Kemudian guru bersoal jawab dengan murid bagi kefahaman mereka mengenai dialog yang dibaca oleh rakan mereka tadi. Seterusnya murid dikehendaki membaca dialog secara beramai-ramai dan secara berkumpulan. Aktiviti seterusnya murid diberi lampiran petikan. Murid membuat bacaan beramai-ramai diatas bimbingan guru. Setelah itu murid membaca secara beramairamai tanpa bimbingan guru. Kemudian murid membaca secara individu dan guru membetulkan kesalahan murid sma ada dari segi sebutan, intonasi dan nada. Akhir sekali murid membuat bacaan secara berkumpulan. Aktiviti bagi petikan ini ialah murid dikehendaki membetulkan kesalahan ejaan yang terdapat didalam petikan secara berkumpulan. Wakil bagi setiap murid akan membentangkan aktiviti berkumpulan mereka dihadapan kelas. Selain itu bagi langkah tiga murid dikehendaki membaca petikan itu semula secara intensif. Ini bertujuan supaya murid dapat mengesan urutan bagi cara menanam anak pokok. Aktiviti menulis urutan ini dilakukan secara berkumpulan diatas papan putih. Selain itu, isi, bahan pelajaran dan alat bantu mengajar adalah berkaitan dengan pengalaman murid atau benda yang di sekeliling mereka.Di samping itu, alat bantu mengajar adalah sesuai, pelbagai jenis dapat menarik perhatian murid. Guru juga dapat menunjukkan ekspresi muka yang bersungguh-sungguh semasa menyampaikan pelajaran atau semasa menggambarkan sesuatu situasi.Kontak mata yang baik

walaupun masih memberi tumpuan utama kepada murid yanghanya di bahagian hadapan kelas. Komunikasi bukan lisan merujuk kepada tingkah laku badan,ekspresi wajah dan kualiti suara. Berkomunikasi secara lisan atau bukan lisan dengan berkesan amat penting untukmemastikan kelancaran proses pengajaran dan pembelajaran. Hal ini kerana proses pengajaran dan pembelajaran melibatkan banyak aktiviti komunikasi di antara pelajar dengan guru serta pelajar dengan pelajar. Guru misalnya akan mengangguk kepala tanda bersetuju dengan pandangan pelajar dan menggeleng sebagai tanda tidak menerima. Selain itu saya juga memantau setiap aktiviti murid didalam kumpulan. Saya berjalan ke setiap kumpulan bagi memerhati dan menilai kefahaman murid didalam menjalankan aktiviti. Saya turut sama duduk berbincang dengan murid jika ada murid mahupun kumpulan yang tidak memahami bagi sesuatu aktiviti.

Kelemahan Antara kelemahan yang dikenalpasti semasa menjalankan pengajaran makro ini ialah tidak mengaitkan peristiwa semasa dalam sesi induksi. Saya juga tidak mencadangkan aktiviti susulan kepada murid. Kelemahan lain yang dapat dikesan ialah ketepatan mengikut masa yang ditetapkan. Ketepatan masa penting bagi memastikan proses pengajaran dan pembelajaran berjalan dengan baik dan lancar. Hasil pemerhatian saya keatas rakaman pengajaran dengan rancangan pengajaran harian yang telah dibuat, didapati masa yang digunakan untuk menjalankan sesuatu langkah pengajaran tidak seiring. Selain itu aktiviti dilangkah dua mengambil masa yang agak lama. Hal ini berlaku atas beberapa faktor iaitu terdapatnya gangguan-gangguan dan hal-hal lain yang tidak dapat dielakkan. Bagaimanapun, masa keseluruhan pengajaran tidak terlalu terjejas. Pada

mulanya saya agak kurang puas hati tetapi apabila difikirkan semula ini merupakan salah satu cabaran sebagai guru. Langkah mengatasi / Penambahbaikan Langkah bagi mengatasi setiap kelemahan dan kekurangan yang dikesan dalam pengajaran dan pembelajaran yang dirancang perlu diatasi dengan melakukan beberapa penambaikan. Penambaikan adalah perlu bagi meningkatkan mutu dan kualiti pengajaran pada masa akan datang. Setelah kajian dijalankan terhadap pengajaran makro yang telah saya jalankan, terdapat beberapa penambahbaikan yang perlu

dilakukan bagi memperbaiki kelemahan pengajaran saya. Antaranya adalah ketepatan masa dalam menyampaikan pelajaran dan pemantauan murid didalam kelas. Saya akan cuba menggunakan ruang masa dengan efektif supaya pengajaran dan pembelajaran mengikut rancangan yang disediakan. Guru perlu mengikuti masa yang telah ditetapkan bagi melancarkan proses pengajaran dan pembelajaran. Menepati masa akan memudahkan guru menyelesaikan setiap bahagian penyampaian pengajaran dari mula hingga ke akhir pengajaran. Oleh itu saya akan mengurus masa dengan lebih baik dengan membuat persediaan perancangan dan mengenal pasti alat bantu mengajar dalam keadaan baik. Pada pelajaran yang akan datang, saya akan melakukan penambahbaikan yang sepatutnya dengan mengambil tindakan-tindakan seperti memperbaiki set induksi agar lebih mengujakan murid, memperbanyakkan aktiviti berpasangan dan berkumpulan, memperbanyakkan aktiviti menjana idea dan sumbang saran oleh murid, pengawalan masa setiap aktiviti dan memberi nasihat dan dorongan kepada murid. Saya berharap agar dengan melakukan tindakan seperti ini akan menjadikan pengajaran dan pembelajaran lebih menarik dan berkesan.

Penulisan Reflektif

Sebelum memulakan penulisan esei ini saya telah cuba mendapatkan maklumat mengenai kemahiran mendengar dan bertutur melalui pendekatan, kaedah dan teknik. Semasa mencari maklumat ini banyak maklumat berguna yang saya perolehi daripada perbincangan dan pencarian saya bagi memenuhi tuntutan tugasan ini. Selama ini saya hanya mendengar dan tidak begitu mengetahui tentang kaedah, teknik dan strategi pengajaran Bahasa Melayu ini. Seseorang guru perlulah mempunyai strategi pengajaran apabila ingin memulakan pengajaran dan pembelajaran. Strategi

pengajaran mempengaruhi beberapa elemen penting seperti suasana bilik darjah, kaedah dan teknik yang hendak digunakan, kesesuaian bahan bantu mengajar, penelitian terhadap pengetahuan sedia ada murid dan kepakaran guru. Strategi pengajaran terbahagi kepada tiga iaitu strategi berpusatkan murid, startegi berpusatkan guru, startegi berpusatkan bahan dan strategi berpusatkan masalah. Sebagai seorang guru kita seboleh-bolehnya cuba memastikan strategi pengajaran kebanyakkannya berpusatkan murid. Ini kerana guru akan mendapat banyak kelebihan. Selain itu guru juga akan mendapat respon komunikasi dua hala dari murid-murid. Mungkin strategi ini tidak sesuai dijalankan bagi murid yang lemah, tetapi sebagai seorang guru boleh juga dilakukan bagi murid yang lemah dengan permudahkan teknik dan kaedah pengajaran. Apabila memilih strategi berpusatkan guru, guru dapat mengawal sepenuhnya dan menguasai proses pengajaran dan pembelajaran. Selain itu strategi berpusatkan bahan juga sesuai digunakan kerana ia turut dapat membantu guru dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Strategi ini dapat memudahkan guru dan juga murid. Selain itu ia dapat meningkatkan kefahaman murid dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Saya juga dapat memahami strategi ini tidak boleh digunakan dalam semua proses pengajaran. Pendekatan pengajaran bahasa menjurus kepada pembuka haluan. Kaitannya adalah untuk mendekati atau memulakan proses pengajaran bahasa selain penerapan sesuatu kemahiran. Pendekatan wujud berdasarkan pengajaran yang hendak diutamakan atau diberi perhatian secara lebih mendalam. Pendekatan pendekatan ini ialah induktif, deduktif, eklektik, komunikatif dan beberapa pendekatan lagi. Melalui pendekatan ini guru akan mempunyai hala tuju strategi yang lebih menjurus kepada pencapaian objektif jangka panjang. Dengan menggunakan pendekatan ini sedikit sebanyak dapat meningkatkan keberkesanan pengajaran dan pembelajaran seseorang guru itu. Apa yang telah saya perolehi dan fahami dari hasil pencarian saya melalui kaedah pengajaran ialah ianya mempunyai pelbagai kaedah. Kaedah-kaedah yang

dimaksudkan ialah kaedah terus,psikologi, natural, tatabahasa terjemahan, ajuk hafaz, linguistik, kod kognitif, bahasa komuniti dan oral-aural. Melalui kaedah-kaedah ini seseorang guru mempunyai jalan untuk dapat mancapai tujuan dimana apa sahaja yang dilakukan oleh seseorang guru adalah untuk memberi kefahaman kepada muridmurid untuk mencapai objektif pengajaran. Selain itu kaedah juga merupakan aktiviti pengajaran yang mempunyai langkah-langkah yang tersusun. Setiap langkah ini terdirinya kemahiran dan latihan yang terancang. Walaupun setiap kaedah mempunyai konsep, ciri-ciri , kebaikan dan kelemahan tetapi jika dapat digunakan dengan baik dan disesuaikan dengan pengajaran, pembelajaran akan menjadi menarik dan berkesan. Teknik merupakan alat yang digunakan oleh guru bahasa untuk menyampaikan sesuatu bahan pengajaran yang telah dipilih. Era kini dapat memanfaatkan pelbagai peluang kepada guru untuk mengaplikasikan bermacam-macam teknik pengajaran. Teknik pengajaran yang dipilih dengan baik yang dapat disesuaikan dengan pengajaran dapat menarik minat seseorang murid itu. Selain itu penggunaan teknik di dalam pengajaran akan menimbulkan rasa teruja murid dan rasa tidak sabar untuk mengikuti pengajaran seterusnya. Teknik pengajaran mempunyai empat teknik iaitu teknik drama, permainan bahasa, latih tubi dan bercerita. Melalui teknik-teknik ini guru dapat mencapai objektif pengajaran yang diingini di atas pemahaman murid. Selain itu teknik bertujuan mengekalkan perhatian murid dan dapt membangkitkan inkuiri murid.

Anda mungkin juga menyukai