Anda di halaman 1dari 1

BAB 1 PENGENALAN Perkataan Falsafah berasal dari perkataan Yunani iaitu philosophia yang bermaksud cinta kepada pengetahuan

n atau hikmah. Daripada difinasi ini dapatlah dikatakan bahawa falsafah bukanlah hikmah itu sendiri, tetapi cintakan terhadap hikmah dan usaha mendapatkannya. Ahli falsafah merupakan orang yang mencintai hikmah dan berusaha mendapatkanya. Falsafah ialah disiplin ilmiah mengusahakan kebenaran yang umum dan asas. Perkataan Falsafah dalam bahasa melayu berasal dari arab yang juga berasal dari perkataan yunani. Secara umumnya falsafah ini mempunyai ciri-ciri berikut: Merupakan satu usaha pemikiran yang hebat Tujuannya adalah untuk mendapatkan kebenaran Tujuan Mempelajari Falsafah Falsafah dapat membentuk suatu pandangan yang sistematik pada tiaptiap sesuatu yang wujud di alam ini. Falsafah dapat memberikan suatu pandangan hidup, serta memberi peluang manusia berfikir baik buruknya sesuatu perkara. Contohnya ialah ahli sains dapat menghasilkan tenaga atom dengan ilmu pengetahuannya, untuk apakan tenaga atom dihasilkan bagi peperangan atau untuk perdamian, maka disinilah kita memerlukan sistem nilai2 atau falsafah bagi menentukanya. Ilmu dapat menghasilkan pengetahuan, tetapi tujuan dan pemakaian pengetahuan itu ditentukan oleh falsafah. Falsafah dapat membantu manusia berfikir dengan cara kritikal dan logik. Ia dapat menjelaskan kepada manusiaperkara2 yang kabur melalui penyelidikan dan pengalaman. Falsafah dapat membantu manusia berfikir dengan jujur dan teliti berkenaan makna hidup bagi seseorang.Falsafah ini dapat menentukan manusia ke arah penghidupan yang lebih tinggi dan mulia. Oleh itu falsafah wajib difahami dan dimiliki oleh setiap pendidik bagi membantu anak2 membentuk falsafah hidup yang sihat. Siapa yang berfalsafah? Bagi Frost (1955), setiap orang sama ada dia seorang petani, ahli bank, rakyat biasa atau pemimpin dia adalah ahli falsafah dalam ertikata yang sebenarnya. Sebagai makhluk yang mempunyai otak dan susunan saraf yang maju, maka dia berfikir dan ia membuka jalan untuk berfalsafah. Falsafah boleh dikatogerikan kepada falsafah undang2, falsafah politik, falsafah sosiologi, falsafah moral dan falasafah pendidikan. Difinasi Falsafah Socrates (469 399 SM) Usaha melalui penyelidikan sejati bagi mencapai kebijaksanaan. Berpusatkan kepada manusia dan tingkahlaku. Dalam pendidikan beliau dianggap pengasas ilmu kesusilaan. Plato (427 347 SM) Usaha mencari kearifan melalui proses dialektik dan usaha mengetahui hal keadaan jiwa manusia. Konsepnya mempengaruhi pemikiran Barat semenjak lebih 2000 tahun dahulu. Berusaha menautkan sebab dan akibat serta berusaha mentafsirkan pengalaman2 manusia (Omar Al-Toumy Al-Syaibany, 1971). Aristottle (384 322 SM) Anak murid Plato (20thn). Falsafah ialah ilmu kebenaran. Kebenaran dapat diperolehi oleh seseorang dengan ilmu metafizik, logik, retorik, etika, estetika, ekonomi dan politik. Cicero (106 43 SM) Falsafah ialah ibu daripada semua seni Thomas Hobbes (15881679) Falsafah ialah ilmu pengetahuan yang menerangkan hubunngan sebab dengan hasil. Immanuel Kant (1724 1804) Ahli Falsafah German, Falsafah ialah ilmu pengetahuan yang menyelidik dasar2 bagi mengetahui sesuatu dan bertindak. Thomas Aquinas (1225 1271) Falsafah ialah alat bagi menetapkan kebenaran ketuhanan sekadar yang dapat dicapai oleh akal manusia. Ketuhanan yang diterima oleh kepercayaan melalui wahyu tidak dapat ditentang oleh kebenaran falsafah yang dicapai oleh akal manusia. Al-Farabi Ilmu pengetahuan tentang alam yang maujud. Kamus Dewan Falsafah ialah pengetahuan tentang pengertian2 yg dianggap sbg ilmu yang tertinggi atau sebagai dasar ilmu2 lain. Berfalsafah ialah memikirkan secara mendalam tentang sesuatu

Prof. Dr. Khoo Kay Kim Ada dua makna; Resipi untuk kehidupan atau cara ideal untuk menjalankan kehidupan. Falsafah difahamkan sebagai analisis Justeru Falsafah Sejarah analisa tentang pengertian sejarah Bertrad Russell (1872 1970) Sebagai kritikan pada pengetahuan. Falsafah memeriksa secara kritik asas2 yang dipakai dalam ilmu dan dalam kehidupan seharian. Kesimpulan Falsafah ialah kebijaksanaan atau hikmah menggunakan akal fikiran untuk mengetahui kebenaran yang hakiki. Tokoh-Tokoh Falsafah Tokoh Falsafah Barat Phytagoras (572 - 492 SM) Socrates (469 399 SM) Plato (427 347 SM) Aristotle (384 322 SM) Cicero (106 43 SM) Thomas Hobbes (1588 1679) Immanuel Kant (1724 1804) Thomas Aquinas (1225 1274) John Wild (1948) John Dewey (1859 1925) Tokoh Falsafah Timur (Negara China) Konfucius Manusia mesti memiliki satu garis panduan tentang tingkah laku yg berdasarkan nilai-nilai abstrak utk menjadi manusia yg peribadi mulia). Lima nilai itu keserasian, perikemanusiaan, kebolehpercayaan, amanah dan bijaksanaan. Aliran pemikiranya:Confucianism Mensius Lou Tzu dan Mo Tzu Tokoh Falsafah Timur (Negara India) Mahatma Gandi Rabindranath Tagore Tokoh Falsafah Islam Al-Khindi Al-Farabi Ibnu Sina (falsafah, astronomi, perubatan) Al-Ghazali (tokoh agung keilmua Islam yg menguasai banyak bidang. Terkenal dgn ilmu mantiknya-ilmu yg menerangkan kebenaran dan kesamaran) Falsafah Pendidikan Kebangsaan Pendidikan di malaysia adalah satu usaha yang berterusan ke arah memperkembangkan potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk mewujudkan insan yang harmonis dan seimbang dari segi rohani, emosi dan jasmani berdasarkan kepada tuhan. Usaha ini adalah bagi melahirkan rakyat malaysia yang berilmu pengetahuan, berakhlak mulia, bertanggungjawab dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta memberi sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran masyarakat dan negara. Falsafah Tabika Kemas Meningkatkan kecemerlangan potensi individu kanak2 secara menyeluruh, seimbang dan bersepadu dan kemahiran kanak-kanak ditingkatkan dengan pemupukan dan pengukuhan amalan nilai-nilai murni melalui usaha-usaha dan program yang terancang dan berstruktur. Usaha ini bertujuan melahirkan pewaris cemerlang negara yang dibimbing dan dididik dalam suasana persekitaran yang sihat, ceria, selamat serta kerjasama erat dari ibu bapa. FALSAFAH PENDIDIKAN UNIVERSITI (UTHM) Pendidikan di Universiti ini adalah usaha berterusan untuk menerajui program akademik yang berorientasikan pasaran dan berfokuskan pelajar menerusi pembelajaran-melalui-pengalaman (experiential learning) untuk menghasilkan sumber manusia terlatih dan profesional sebagai pemangkin ke arah kemajuan negara yang mampan

Anda mungkin juga menyukai