Anda di halaman 1dari 10

Suatu khidmat pendidikan yang dibawa kepada anda oleh Kumpulan Kerja Kardiak NHG

Suatu Panduan Pesakit untuk

Hidup Dengan Penyakit Lemah Jantung

Menambahkan usia Sihat kepada penduduk Singapura

National Healthcare Group


Adding years of healthy life

Suatu Panduan Pesakit untuk Hidup Dengan Penyakit Lemah Jantung

Apa itu penyakit kesesakan dan kegagalan jantung?


Jantung adalah organ berotot yang amat kuat dan berdaya mengepam darah keseluruh tubuh. Penyakit kesesakan dan kegagalan jantung adalah suatu keadaan atau kondisi dimana otot jantung menjadi lemah dan tidak berdaya mengepam darah dengan berkesan seperti lazimnya.

1 2 3

Apa itu penyakit kesesakan dan kegagalan jantung? Mengapakah jantung saya menjadi lemah? Apa yang akan berlaku jika saya tidak melakukan sesuatu mengenai kelemahan jantung saya? Apa yang akan berlaku jika saya tidak melakukan sesuatu mengenai kelemahan jantung saya? Bagaimana mengawal kesesakan dan kegagalan jantung saya?
Langkah penting yang perlu diambil:
Pengambilan Air dan Garam Permakanan Yang Berkhasiat Ubat Arak dan Merokok Aktiviti dan Rehat

Mengapakah jantung saya menjadi lemah?


Pelbagai faktor boleh menyebabkan kelemahan otot jantung: Serangan jantung Tinggi kadar tekanan darah Injap (valves) jantung yang rosak Tisu otot jantung yang mati (cardiomyopathy) disebabkan dari arak yang berlebihan Kesan dari penyakit lain seperti penyakit jantung rheumatik dan penyakit tiroid

16

Bilakah harus saya hubungi pengurus kes atau doktor saya?

Suatu Panduan Pesakit untuk Hidup Dengan Penyakit Lemah Jantung

Suatu Panduan Pesakit untuk Hidup Dengan Penyakit Lemah Jantung

Apa yang akan berlaku jika saya tidak melakukan sesuatu mengenai kelemahan jantung saya?

Apa yang akan berlaku jika saya tidak melakukan sesuatu mengenai kelemahan jantung saya?
Jika tidak dirawat dari awal, kesesakan dan kegagalan jantung untuk mengepam berterusan menjadi lemah dan berakhir dengan kerosakan yang kekal. Keadaaan ini boleh menjejas kehidupan dan tugas seharian anda. Tiada ubat yang dapat menawar atau melegakan keadaan selain operasi pemindahan jantung.

Jantung hanya mampu mengepam dan mengalirkan jumlah darah yang berkurangan dari lazimnya

Buah pinggang bertindak balas dengan membendung cecair (air)

Bagaimana mengawal kesesakan dan kegagalan jantung saya?


Mengambil sesuatu langkah pencegahan juga dapat membantu melegakan sakit dan menghindarkan jantung dari menjadi lebih lemah. Anda dapat mengurangkan atau menghindar dari kerumah sakit. Gunakan diari kesihatan harian untuk mengawas keadaan.

Takungan cecair yang berlebihan pada tubuh memberi pertanda awal seperti

Langkah penting yang perlu diambil:


Awas kadar air dan garam. Garam adalah sumber utama sodium. Pengambilan garam atau sodium yang berlebihan menyebabkan buah pinggang menakong air dan memburukan lagi keadaan jantung. Ambil ubat mengikut arahan. Setiap ubat yang anda makan memberi kebersanan yang berbeza untuk mengawal jantung anda. Ahli farmasi pakar ubat akan menerangkan tentang pelbagai ubat yang anda ambil dan memberikan nasihat yang sepatutnya.

Merasa penat dan sering terjaga di waktu malam kerana kesukaran untuk bernafas

Bengkak pada kaki, buku lali atau perut dan kenaikan berat badan yang mendadak

Cecair di dalam paru-paru menyebabkan kesesakan nafas, batuk atau berdesas (wheeze)

Suatu Panduan Pesakit untuk Hidup Dengan Penyakit Lemah Jantung

Suatu Panduan Pesakit untuk Hidup Dengan Penyakit Lemah Jantung

Garam dan air yang berlebihan

Cecair yang terkumpul

Cecair berlebihan terkumpul di kaki

Cecair berlebihan terkumpul di paru paru

Bengkak di kaki

Susah untuk bernafas

Jauhi arak dan rokok. Pengambilan arak yang berlebihan dan merokok akan memudaratkan jantung anda. Bincang dengan pengurus kes atau pakar farmasi jika anda memerlukan bantuan untuk menghentikan salah satu tabiat anda. Seimbangkan riadah dan rehat. Beriadah dan rehat adalah aktiviti penting untuk kesihatan jantung. Mengatasi tekanan dan emosi juga penting dalam mengurangkan tanda-tanda awal kelemahan jantung. Awasi tanda-tanda awal kelemahan jantung. Adalah penting buat anda mengawasi perubahan pada diri dan prihatin pada tandatanda awal dari biasa dan laporkan pada pengurus kes atau doktor anda untuk mendapat nasihat selanjutnya.

Sumber-sumber Utama Sodium Dalam Makanan 1) Garam ditambah pada masakan atau ketika makan 2) Makanan yang diproses sodium ditambah sewaktu memproses atau mengawet makanan contohnya (cth). Telur masin, ikan masin dan jeruk 3) Bahan semulajadi sodium adalah bahan semulajadi yang ada pada bahan sayuran dan daging Makanan-makanan Yang Tinggi Kadar Sodium 1) Garam 2) Monosodium glutamate (MSG) 3) Kepingan dan garam sayuran cth. garam bawang putih 4) Ikan dan daging yang diawet, diproses atau dirawat cth. daging khinzir, sosej, ikan bilis 5) Pati daging dan kiub stok cth. kiub/serbuk rempah perisa ayam dan daging 6) Makanan yang dimasinkan cth. seperti kerepek kentang, kerepek jagung, kacang masin, keropok 7) Bahan perisa siap-sedia, sos soya, sos salad kommersial, buah zaiton 8) Makanan siap cth. sedia yang dibekukan 9) Bancuhan siap cth. sedia untuk kuah dan rempah di dalam paket 10) Makanan tin cth. daging di dalam tin dan sayuran di dalam tin kecuali yang diperbuat tanpa garam Garam Yang Berkurangan 1) Pilih produk-produk makanan tanpa garam 2) Pilih makanan segar berbanding makanan yang diproses 3) Hindari bahan perisa dan rempah yang masin

Pengambilan Air dan Garam


Mengambil terlalu banyak air dan sodium di dalam diet anda boleh memburukkan tandatanda awal kelemahan jantung. Berapa banyak air yang perlu anda minum sehari? Kurangkan kadar cecair tidak lebih dari 1.5 liter sehari. Ini merangkumi minuman seperti kopi, teh, sup, bubur dan air yang anda minum dengan ubat anda. Mengawasi berat badan anda adalah penting kenaikan berat badan. Memberi isharat cecair berlebihan terkumpul di dalam tubuh anda. Berapa banyak garam boleh saya ambil? Kita mendapat sodium dari makanan yang kita ambil. Sumber utama ialah sodium klorida atau lebih dikenali sebagai garam. Pakar diet anda akan menasihati anda tentang kadar garam yang boleh anda ambil.

Suatu Panduan Pesakit untuk Hidup Dengan Penyakit Lemah Jantung

Suatu Panduan Pesakit untuk Hidup Dengan Penyakit Lemah Jantung

He

lt h

ier C h
oi
d

4) Baca label dengan hati-hati. Pilih makananmakanan dengan tiada garam tambahan atau produk rendah sodium. Lambang Healthier Choice membantu anda untuk memilih produk-produk, yang merupakan pilihan yang lebih berkhasiat untuk sesuatu kategori makanan

lt h

Pro

m o tio n

Bo

Eat All Foods In Moderation

Tip: Apabila membaca label makanan, pilih produk-produk yang mempunyai kurang dari 120mg sodium setiap 100g produk makanan

3) Lebihkan serat Makanan yang tinggi kadar serat (terutamanya serat yang larut) akan memperbaiki kadar kolestrol darah anda/sumber-sumber serat yang baik adalah sayuran, buah-buahan dan gandum 4) Kurangkan gula Makanan yang tinggi kadar gula boleh menyumbang kepada kenaikan berat badan Bincang kepada pakar makanan anda mengenai keperluan diet anda dan dapatkan bagaimana untuk mengekalkan diet yang berkhasiat.

ce

ar

He

Permakanan Yang Berkhasiat


Di samping mengawasi pengambilan cecair dan garam, pengambilan diet yang sihat juga penting untuk anda mempunyai jantung yang sihat. Berat badan yang berlebihan menambah tekanan pada jantung. Awasi indeks berat badan (BMI) dengan baik. Langkah-langkah Untuk Permakanan Yang Sihat 1) Kurangkan lemak Pengambilan lemak yang berkurangan di dalam diet anda akan membantu merendahkan kadar kolestrol anda dan juga membantu anda menjagai berat badan yang sihat. Di samping kadar yang harus anda pertimbangkan, anda juga harus awasi jenis lemak yang tinggi lemak tepunya 2) Kurangkan makanan yang kaya dengan kolestrol Kuning telur, daging organ, makanan laut (cth. sotong) mengandungi sumber-sumber kolestrol yang tinggi. Makanan yang tinggi kadar kolestrol dan tinggi kadar lemak, terutamanya lemak tepu (saturated), boleh menambah kadar kolestrol darah

Ubat
Pengambilan ubat adalah bahagian penting perancangan rawatan anda. Ia berfungsi untuk mencegah dan meredakan tanda-tanda awal, dan boleh membantu jantung anda mengalirkan darah dengan lebih berkesan. Jenis-jenis Ubat Doktor anda mungkin memberikan ubat dari kelas-kelas yang berbeza. Setiap kelas mempunyai fungsi yang berbeza untuk mengawal kelemahan jantung. Bincang dengan ahli farmasi anda untuk mengetahui dengan lanjut tentang ubat-ubat anda. Ikut Aturan Waktu Ambil ubat anda seperti yang diarahkan. Ini adalah amat penting. Tertinggal untuk sehari pun boleh menyebabkan tanda-tanda awal kembali. Sila dapatkan nasihat ahli farmasi anda jika anda menghadapi sebarang masalah tentang waktu pengambilan ubat.

Suatu Panduan Pesakit untuk Hidup Dengan Penyakit Lemah Jantung

Suatu Panduan Pesakit untuk Hidup Dengan Penyakit Lemah Jantung

Senarai Ubat-ubat Yang Digunakan Untuk Merawat Penyakit Lemah Jantung


Kumpulan Ubat ACE Inhibitors Jenis di Dalam Kumpulan Captopril Enalapril Perindopril Lisinopril Losartan Valsartan Frusemide Bumetanide Kegunaan Ubat Pembentukan semula jantung Mencegah kesempitan saluran darah supaya darah boleh mengalir dengan lebih mudah Mengeluarkan air yang berlebihan di dalam tubuh dengan meningkatkan pengaliran air kencing Tambahan untuk kehilangan potassium (disebabkan kesan diuretiks) Mempertingkatkan kekuatan jantung untuk pengaliran darah yang lebih berkesan Mengurangkan beban dan keperluan oksigen untuk jantung Memperbaiki fungsi jantung melalui masa Loya & muntah-muntah Cirit-birit Kelelahan luarbiasa Perubahan deria penglihatan Kelelahan Perubahan deria rasa Tangan & kaki yang dingin Kesesakan nafas Mimpi buruk Mati pucuk Degup jantung yang perlahan
** mungkin memperburukkan kelemahan jantung

Kesan Sampingan Lazim Batuk yang kering Perubahan deria rasa Pening Kelelahan Perubahan deria rasa Pening Kelelahan Loya Kejang otot Kelemahan otot Perubahan deria rasa

Angiotensin II antagonists Diuretics

Potassium supplements Cardiac glycosides

Potassium chloride

Digoxin

Beta-blockers

Metoprolol Carvedilol Bisoprolol Atenolol Propranolol

Perhatian: Jangan tukar pengambilan atau menghentikannya sebelum berbincang dengan doktor atau ahli farmasi anda terlebih dahulu Ambil ubat anda pada waktu yang sama setiap hari, misalnya, setelah anda menggosok gigi atau setelah sarapan pagi Lakar sebuah carta dan tandakan setiap kali anda mengambil ubat Letakkan ubat anda di dalam bekas pill yang mempunyai ruang berbeza untuk setiap hari dalam minggu. Atau mendapatkan bekas yang memisahkan waktu-waktu berbeza untuk sehari Minta seorang ahli keluarga untuk mengingatkan anda Isi semula preskripsi sebelum anda kehabisan ubat Periksa dengan Ahli Farmasi anda sebelum mengambil sebarang ubat yang boleh dibeli di kaunter
Kesan Sampingan Setiap ubat mempunyai kesan sampingannya. Senarai ubat di dalam risalah ini dan risalahrisalah perubatan yang lain mungkin menyatakan beberapa kesan sampingan yang lazim yang mungkin anda hadapi apabila mengambil ubat. Ia juga tidak bermakna anda akan pasti mengalami kesan-kesan sampingan itu jika anda mengambil sesuatu ubat. Dapatkan nasihat doktor atau ahli farmasi jika anda mengalami sebarang masalah dengan ubat anda.

Vasodilators

Isosorbide Dinitrate Isosorbide Mononitrate Hydralazine

Mengendurkan saluran darah Meningkatkan bekalan darah dan oksigen ke jantung Membuang cecair lebihan di dalam tubuh Membantu mencegah pembentukan darah beku dan mengurangkan risiko serangan jantung atau angin ahmar

Sakit kepala Pengaliran darah yang tiba-tiba Perubahan deria rasa Debaran Pengaliran darah yang tiba-tiba Bengkak di kaki Kenaikan berat badan Buah dada yang sensitif Sakit gastrik Pendarahan gastrik Sakit tekak yang mendadak, demam, ulser, bengkak atau pendarahan mulut

Aldosterone antagonists Antiplatelets

Spironolactone Aspirin Ticlopidine

10

Suatu Panduan Pesakit untuk Hidup Dengan Penyakit Lemah Jantung

Suatu Panduan Pesakit untuk Hidup Dengan Penyakit Lemah Jantung

11

Arak dan Merokok


Arak Walaupun ada penyelidikan yang menunjukkan pengambilan arak secara sederhana mungkin merendahkan kadar risiko untuk penyakit jantung, pengambilan yang berlebihan akan menaikkan kadar tekanan darah, menyebabkan kelemahan jantung, atau menyebabkan angin ahmar. Merokok Nikotin menyebabkan tubuh mengeluarkan adrenalin, yang mengecutkan saluran darah dan memaksa jantung untuk berdegup dengan lebih kencang. Merokok merosakkan saluran darah, merendahkan kadar oksigen di dalam darah dan membuat jantung berdegup dengan lebih kencang. Ini semua akan menyebabkan penyakit kelemahan jantung dan juga memperburukkan keadaan. Perokok mempunyai risiko berganda sakit jantung berbanding mereka yang tidak merokok. Merokok adalah satunya faktor risiko yang paling besar untuk kematian kardiak yang mendadak berpunca dari penyakit jantung. Mereka yang tidak merokok juga harus berhati-hati untuk menghindari dari asap rokok, yang telah ditunjukkan meningkatkan risiko sakit jantung di antara mereka yang tidak merokok.

dengan perlahan. Anda harus menimbangkan teknik-teknik penjimatan tenaga dalam kembali perlahan ke aktiviti-aktiviti seharian. Sesetengah orang dapat mengatasi penyakit lemah jantung dengan menafaatkan dari penggunaan peralatan pembantu dan/atau membuat perubahan di dalam sekitaran rumah mereka. Dapatkan nasihat therapis okupasional anda jika anda mempunyai kekhuatiran tentang kembali ke aktiviti-aktiviti harian anda. Penjimatan Tenaga Teknik-teknik penjimatan tenaga dan cara berguna yang boleh anda praktikkan untuk membantu anda untuk kembali meneruskan apa yang selalu anda lakukan seharian. Di sini adalah beberapa teknik untuk menjimat tenaga: Hadapi hari anda dengan tenang Luangkan cukup waktu untuk setiap pekerjaan suapaya anda tidak harus tergopoh-gapah Rancang dengan realistik dan senarai keutamaan perkara-perkara yang harus anda lakukan dalam sehari Ambil waktu-waktu rehat yang singkat dan berhenti sejenak semasa melakukan sesuatu, walaupun bila anda tidak merasa penat

Secara am, adalah lebih baik agar mereka yang mempunyai lemah jantung tetap aktif. Terus untuk lakukan aktiviti-aktiviti yang anda gemari.
Senaman yang tetap tidak sekadar membantu anda untuk bekerja, ia juga membantu anda untuk kekal berdikari dan yakin. Senaman yang kurang akan menyebabkan tandatanda awal lemah jantung seperti kesesakan nafas apabila terlalu penat dan kelelahan otot.

Aktiviti dan Rehat


Kembali ke Aktiviti-aktiviti Harian Anda boleh menjalani aktiviti-aktiviti seharian dan terus untuk menghadapi gaya hidup yang normal, walaupun dengan mempunyai masalah jantung. Demi membantu jantung anda untuk pulih, penting bagi/buat anda kembali ke aktiviti-aktiviti rumah, riadah dan kerja seperti sebelumnya

12

Suatu Panduan Pesakit untuk Hidup Dengan Penyakit Lemah Jantung

Suatu Panduan Pesakit untuk Hidup Dengan Penyakit Lemah Jantung

13

Ini akan menyebabkan pengurangan aktivitiaktiviti seharian seperti berjalan, memanjat tangga, mandi dan membersih. Sedang taraf aktiviti kurang, pengaliran darah ke otot-otot kaki dan lengan semakin rendah. Ini menyebabkan kesesakan nafas dan kelelahan otot yang berlebihan apabila menjalani apa juga aktiviti. Senaman boleh mengundurkan proses ini dan mengurangkan kesesakan nafas serta memperkuatkan otot. Kebaikan Bersenaman Meningkatkan kebolehan jantung untuk mengalirkan darah Menguatkan jantung, otot-otot dan tulang Melambatkan keparahan keadaan lemah jantung dan rawatan di hospital semula Mengurangkan risiko serangan jantung Membantu mengawal tekanan darah tinggi dan kencing manis Mengurangkan berat badan jika gemuk Mengurangkan kesesakan nafas dan meningkatkan ketahanan menjalani tugas seharian cth. Berjalan di dalam/luar rumah, kerja rumah, aktiviti-aktiviti luar, aktiviti-aktiviti fizikal di rumah atau di waktu riadah Dengan segala manfaat di atas, bil perubatan boleh dikurangkan Garis Panduan: Senaman Am Kekerapan Adalah disarankan agar anda bersenam dengan tetap kira-kira 3 hingga 5 kali seminggu.

Intensiti Bersenam pada 20 degupan lebih pantas dari kadar degupan jantung ketika berehat atau pada taraf di mana anda menghadapi sedikit kesesakan nafas namun masih boleh meneruskan aktiviti. Waktu Anda boleh bermula dengan 5 hingga 10 minit dan dengan perlahan lanjutkannya sehingga 30 minit. Jenis Jenis-jenis aktiviti yang terbaik adalah yang menggunakan kumpulan-kumpulan otot yang besar. Contohnya ialah berjalan, berbasikal, langkah-ke-atas, senaman air, tarian berbaris dll. Jika anda mudah mengalami kesesakan nafas, anda boleh bermula dengan senaman lengan dan kaki yang mudah di atas katil atau kerusi cth. Bulatan kaki/lengan, menaikkan kaki, bergolek di atas katil, dari duduk ke berdiri dll. Dapatkan bantuan ahli terapi anda mengenai latihan senaman. Terapi anda akan mengubahsuai intensiti latihan menurut keperluan individu anda. Anda juga boleh mendapat tahu tentang rehabilitasi jantung di mana latihan senaman yang disediakan dan program pendidikan dari pengurus kes, ahli terapi dan doktor anda. Mengendalikan Tekanan Mengendalikan tekanan emosi amat penting dalam menangani masalah jantung. Awasilah diri anda yang berkemungkinan mengalami tekanan perasaan, selalu merasa bimbang atau takut kondisi penyakit jantung anda. Tekanan sebegini boleh mengganggu fikiran dan perasaan anda. Ia boleh memberi kesan yang mengganggu kesihatan anda secara keseluruhan. Tekanan perasaan sebegini boleh menyebabkan jantung anda untuk mengalirkan darah dengan

14

Suatu Panduan Pesakit untuk Hidup Dengan Penyakit Lemah Jantung

Suatu Panduan Pesakit untuk Hidup Dengan Penyakit Lemah Jantung

15

lebih pantas, dan memperburukkan tanda-tanda awal. Makanya, adalah penting untuk anda mengesan perasaan-perasaan ini, mengambil langkah-langkah positif untuk menangani tekanan hidup; dan terus untuk menjalani kehidupan yang sihat dan bahagia, walau mempunyai penyakit jantung. Berapa garis panduan untuk anda menangani tekanan: Bicara dengan seseorang yang anda percayai mengenai kekhuatiran perasaan dan tekanan anda Dapatkan sokongan emosi dari keluarga, temanteman rapat atau teman sekerja Belajar untuk menerima perkara-perkara yang tidak boleh anda ubah. Tiada orang yang dapat menyelesaikan segala masalah kehidupan Akui perasaan-perasaan yang terpendam Fokus perhatian anda pada perkara-perkara positif berbanding negatif Jangkakan waktu-waktu yang penuh tekanan dan buat perancangan Dengar muzik kegemaran anda ketika membuat kerja Jangan cuba menangani tekanan dengan merokok, mengambil alkohol, makan berlebihan atau berpaling pada dadah. Ini hanya akan memburukkan keadaan Bersenam dengan tetap. Lakukan sesuatu yang anda gemari, cth. Berenang, berlari-anak, bermain golf, berjalan dengan binatang peliharaan anda, tai chi atau berbasikal, dll Bersikap proaktif dalam mempelajari bagaimana untuk menangani masalah jantung anda dengan mendapat tahu lebih tentang penyakit ini. Ini akan membantu anda untuk merasa lebih dalam kawalan

Sertai kumpulan sokongan dengan orang-orang yang anda anggap serupa, cth. Mereka yang mempunyai masalah jantung, kaum wanita/lelaki/pesara/kumpulan datuk nenek Dapatkan bantuan dari ahli terapi jika anda perlu pelajari teknik-teknik yang lebih praktikal tentang pengendalian tekanan dan teknik untuk beriadah Aktiviti Sek Kebanyakan orang yang mempunyai lemah jantung boleh meneruskan aktiviti seksual apabila tandatanda awal telahpun di dalam kawalan. Seperti apa aktiviti lain, anda boleh meneruskan aktiviti sek anda selagi anda tidak mengalami sebarang ketidak-selesaan fizikal seperti kesesakan nafas atau kesakitan di dada. Beberapa Garis Panduan: Bincang dengan pasangan anda tentang keperluan serta kekhuatiran anda tentang seks untuk mengatasi kebimbangan Pilih suatu waktu di mana anda merasa santai, cukup rehat dan tidak tertekan Hindari dari melakukan seks sejurus setelah mempunyai hidangan yang berat Ambil peranan yang kurang aktif pada mulanya Lakukan seks di dalam bilik yang selesa yang tidak terlalu panas atau terlalu sejuk Hindari posisi di mana anda perlu untuk menyokong berat badan anda/pasangan anda dengan lengan anda Dapatkan posisi dengan paling kurang tekanan fizikal, misalnya anda dan pasangan berbaring seiringan Pada sesuatu waktu yang anda mengalami ketidak-selesaan atau merasa penat sewaktu perhubungan seksual, berhenti dan rehat

16

Suatu Panduan Pesakit untuk Hidup Dengan Penyakit Lemah Jantung

Jika keadaan anda amat parah dan hubungan seksual amat sukar untuk anda, cuba cara-cara lain untuk intim secara fizikal dengan pasangan anda. Anda mungkin ingin menimbangkan caracara yang kurang memerlukan tenaga seperti berpeluk, bercumbu dan cara-cara stimulasi seksual selain dari perhubungan seksual. Sesetengah pesakit lemah jantung mungkin mengalami masalah kemuncak sek. Jika anda mengalami masalah seperti kurang berminat , merasa tertekan, kurang bertenaga bila melakukan seks. Anda tidak perlu malu atau segan untuk berbincang dengan doktor, terapist atau pengurus kes anda untuk mendapati nasihat untuk masalah yang berdasarkan perubatan seperti masalah ejakulasi, mati pucuk, atau masalah orgasm atau klimaks, sila dapatkan nasihat perubatan dari doktor anda.

Untuk maklumat lanjut


Harap hubungi:

Nama Doktor

Tel

Nama Jururawat

Tel

Nama Pengurus Kes/Penjagaan

Bilakah harus saya hubungi pengurus kes atau doktor saya?


Hubungi pengurus kes atau doktor anda jika anda mengalami salah satu dari kesan awal atau apabila ia semakin parah: Kesesakan nafas Batuk Kelelahan Bengkak di kaki, buku lali atau perut Kenaikan berat badan yang mendadak antara 1-2 kg dalam 3 hari. Ini mungkin adalah petanda cecair sedang terkumpul di dalam tubuh. Awasi berat badan anda setiap hari, gunakan alat menimbang badan yang sama, pakaian yang serupa dan pada waktu yang sama setiap hari. Waktu yang baik adalah di pagi hari, setelah membuang air kecil, sebelum sarapan pagi
Tel

NOTA Buku ini diterbitkan untuk tujuan pendidikan sahaja. Oleh sebab keadaan kesihatan setiap orang adalah unik, anda tidak harus menjadikan maklumat yang terkandung dalam buku ini sebagai ganti kepada pemeriksaan kesihatan, diagnosis atau rawatan peribadi anda. Sekiranya anda prihatin terhadap kesihatan anda, harap hubungi doktor keluarga atau profesional perkhidmatan kesihatan dengan segera. Sikap teliti dan berhati-hati telah diamalkan dalam penerbitan buku ini. NHG, agensi-agensi, editor dan semua pekerja tidak boleh dipertanggungjawabkan ke atas sebarang kesilapan yang wujud.

Anda mungkin juga menyukai