Anda di halaman 1dari 4

Terima kasih kepada tuan pengacara majlis, yang dihormati barisan panel hakim yang selalu adil dan

bijaksana, rakan rakan seperjuangan serta para hadirin yang dirahmati Allah.

Wahai rakan dengarkan kisahku,
Dari Al-Quran diperolehi,
Kisah hud-hud seekor burung,
Walaupun kecil banyak berjasa.

Para hadirin nak tahu apa itu jasa burung hud-hud?. Kalau nak tahu mari dengarkan lagi cerita saya
.
Pada satu ketika, Nabi Sulaiman A.S mengumpulkan seluruh pengikut-pengikutnya dan memeriksa
mereka baik dari kalangan manusia, jin dan haiwan. Sesudah diteliti, ternyata burung Hud-Hud
didapati tidak hadir sehingga menyebabkan Nabi Sulaiman A.S murka kepada Hud-Hud dan bertekad
akan menyembelihnya sebagai hukuman.

+OE44O4N_ 6-EO4N -CgE-
u +OE4O4^OW-V u
/j_4Og>41 }CUOO) -)lG` ^g
21. "Demi sesungguhnya! Aku akan menyeksanya Dengan seksa Yang seberat-beratnya, atau Aku akan
menyembelihnya, kecuali ia membawa kepadaKu alasan Yang terang nyata (yang membuktikan sebab-sebab ia
tidak hadir)".


Tidak lama kemudian, Hud-Hud datang menghadap Nabi Sulaiman . Keterlewatan Hud-Hud bukan
alasan untuknya tidak hadir bertemu Nabi Sulaiman. Ini menunjukkan Hud-Hud memiliki sifat berani
biarpun kemungkinan yang bakal berlaku ialah Hud-Hud akan dihukum oleh Nabi Sulaiman. Dan jika
kita lihat juga, di dalam surah al-namlu itu tadi, nabi Sulaiman menjelaskan bahawa baginda akan
menghukum Hud-hud kecuali jika hud-hud memberi alasan yang kukuh. Walaupun baginda seorang
raja yang memiliki kerajaan yang amat hebat tetapi beliau tidak pernah menghukum dengan tidak
adil. Kisah ini patut kita contohi supaya apabila kita menjadi pemimpin kelak, kita akan menghukum
sesuatu perkara dengan adil.

Para hadirin yang dirahmati Allah,

Keistimewaan yang dimiliki oleh Hud-Hud adalah taat kepada pemimpin dan dahagakan maklumat.
Walaupun Hud-Hud menyedari kelewatannya bertemu Nabi Sulaiman, Hud-Hud tetap hadir dengan
membawa amanah untuk dihadapkan kepada pemimpinnya.

Sifat amanah sifat terpuji,
Tapi sayang ramai yang alpa,
Harta syarikat harta sendiri,
sesuka hati Wang diguna.

Begitulah adat zaman ini pada hadirin. Tidak mudah mencari orang bersifat amanah, sering kali kita
lihat di dalam berita kes pecah amanah, kerana wang dan kemawahan marah diri tergadai.
Nauzubillah.

Para hadirin, setelah meminta maaf atas kelewatannya itu, hud-hud menjelaskan sebab-musabab
keterlewatannya di dalam majlis perhimpunan yang diwajibkan oleh Baginda Sulaiman. Hud-Hud
menjelaskan kepada Baginda bahawa ia terserempak dengan seorang wanita bernama Balqis, seorang
ratu kerajaan Saba yang memiliki singgahsana yang besar, tetapi malangnya ratu tersebut tidak
beriman dan tunduk kepada Allah Taala.

Pengaduan Hud-Hud diterima oleh Nabi Sulaiman, lantas Baginda mengarahkan Hud-Hud untuk
menyiasat perkara itu dan membawa surat perutusan dari Baginda. Diringkaskan di sini bahawa Hud-
Hud adalah seekor makhluk kecil yang memiliki kepekaan dan prihatin terhadap peristiwa yang
berlaku di sekelilingnya.

Lewat bukan sebarang lewat,
Bawa maklumat paling berharga,
Kerajaan saba ditinjaunya.
Buat berita pada sang raja.

Sifat hud-hud sifat mulia,
Sifat daie yang istimewa.
Kalaulah kita serupa dia,
Islam berkembang serata dunia.

Para hadirin, sifat itu amat kurang pada zaman ini, kita lebih suka mengambil tahu hal kemewahan,
gossip gosip liar dari menegur perkara maksiat, bukan meminta untuk anda menjadi pak sibuk atau
mak joyah tetapi kita berdakwahlah dengan cara yang kita mampu. Penggunaan cara dakwah yang
baik akan memungkinkan teguran kita itu diterima.


Para hadirin yang dirahmati Allah, Manakala dari sisi pengajaran yang dapat kita amati dari sikap Nabi
Allah Sulaiman pula, seorang pemimpin mestilah memiliki sifat tegas dan sentiasa mencari jalan
penyelesaian yang terbaik, bukannya bertindak semberono dan menuduh tanpa pemeriksaan yang
nyata. Ketelitian Nabi Sulaiman dapat dilihat melalui katanya di dalam surah An Naml ayat 27:

4~ NOOLE4Ec =e^~E= u =e47
=}g` 4-)O^- ^g_
27. Nabi Sulaiman berkata: Kami akan fikirkan Dengan sehalus-halusnya, Adakah benar apa Yang Engkau katakan
itu, ataupun Engkau dari golongan Yang berdusta.


Ketegasan ini menunjukkan kepada setiap pemimpin agar jangan segera percaya dengan
setiap alasan yang diberikan tanpa penelitian. Dalam lapangan politik, seorang pemimpin memang
wajar bersikap buruk sangka kepada barisan yang dipimpinnya, tetapi bukanlah dengan hanya
bersikap buruk sangka sahaja tanpa mencari jalan penyelesaiannya. Periksa betul-betul setiap laporan
yang dikemukakan, kerana khuatir maklumatnya ditokok-tambah, sedangkan realitinya jauh
panggang dari api. Ini kerana informasi yang tepat & boleh dipercayai sangat penting untuk
meneruskan kelancaran organisasi agar visinya mampu bergerak laju tanpa tempang.

Itulah yang ditekankan oleh Nabi Allah Sulaiman, Baginda tidak terus melulu menerima setiap patah
kata-kata Hud-Hud, sebaliknya memeriksa intipati kebenarannya:


UE-^O- /4) -EOE- uO^
jgO) O4O> gu+4N OO^
-O4` 4pON_O4C ^gg
28. "Pergilah bawa suratku ini, serta campakkanlah kepada mereka, kemudian berundurlah dari mereka; Dalam pada
itu perhatikanlah apa tindak balas mereka".



Di dalam Surah An Naml ayat 28, sikap yang ditunjukkan oleh Nabi Sulaiman juga mengajarkan
bahawa seseorang pemimpin itu mestilah merasai kehilangan anggota pengikutnya sekiranya tidak
hadir. Seorang pemimpin harus memerhatikan siapa yang tidak hadir dalam setiap pertemuan dan
kegiatan kerana ia merupakan tanggungjawab yang mesti dilakukannya sebagaimana seorang imam
memerhatikan kehadiran para makmum-nya. Kata Umar Al Khattab R.A,

Selidiklah sahabatmu di waktu solat. Jikalau mereka tidak hadir kerana sakit, engkau jenguklah. Dan
sekiranya dalam keadaan sihat-sihat sahaja maka patutlah untuk dicela.

Nabi Sulaiman juga mengajarkan kepada bakal pemimpin negara supaya tidak meremehkan perkara
kecil, kerana seringkali sesuatu yang besar bermula dari awalnya nampak kecil. Tugas yang
dimainkan oleh Hud-Hud hanya kecil jika dibandingkan dengan jin Ifrit yang menanggung beban berat
singgahsana Balqis, tetapi sumbangan jentera kecilnya bernama Hud-Hud tetap direkodkan di dalam
Al Quran kerana kejujurannya. Selain itu, sebagai manusia kita perlu merasa malu dengan Hud-Hud,
spesis burung yang kecil tetapi hidupnya digunakan untuk misi besar iaitu mengajak manusia
mentauhidkan Allah, bahkan dia melakukan tugasan mulia tersebut tanpa menunggu arahan khusus.

Jika kita telusuri dunia penciptaan yang berjaya mewujudkan peradaban di dunia, kita dapat melihat
banyak karya-karya penciptaan dan hasil-hasil penemuan awalnya dirintis oleh individu tidak ternama
seperti Ibnu Firnas (W.887) yang mencipta bingkai pesawat yang hanya boleh dikendalikan oleh
seorang manusia sahaja. Kemudian hasil ujikaji tersebut didukung oleh Wright brothers iaitu Oliver
Wright dan Wilbur Wright pada tahun 1903 sehingga berjaya menghasilkan pesawat secanggih kita
saksikan pada hari ini. Demikan juga dalam medan dakwah, pada awalnya ia bermula daripada
kekentalan seorang individu, kemudian akhirnya nanti ia menjadi garapan organisasi sebagaimana
kejayaan dakwah Nabi Muhammad S.A.W yang bermula dari era pembinaan umat di Madinah, tetapi
impak mutakhirnya Baginda berjaya mencipta pelbagai versi tamadun kerajaan dan ketokohan
manusia yang berkiblatkan dakwah Islam.

Hasil kejayaan itu semuanya terangkum kepada kata kunci Misi & Visi. Jika haiwan sekecil Hud-
Hudpun memiliki visi dan misi-nya iaitu MENTAUHIDKAN ALLAH, maka apatah lagi manusia yang
diberikan kudrat menundukkan seluruh makhluk yang diciptakan Allah di muka bumi ini. Dengan visi
dan misi inilah Salahuddin Al Ayyubi dapat menguasai kembali Baitul Maqdis, dengan visi dan misi ini
Saifuddin Qutuz berjaya menewaskan tentera Tatar yang dianggap umat Islam waktu itu sebagai
Yajuj wa Majuj, dengan visi dan misi ini juga menyebabkan Khalid Al Walid tidak berkecil hati dengan
perlucutan jawatannya sebagai panglima perang oleh Khalifah.

Marilah kita tanamkan visi dan misi kehidupan kita semata-mata mentauhidkan Allah Taala. Elakkan
cara berfikir ia bukan kerja saya, sebaliknya bertindaklah seperti Hud-Hud yang walaupun dia hadir
dengan lewatnya, tetapi komitmen-nya, ke-ikhlasannya, kejujurannya dan gerak kerjanya
dipertaruhkan semata-mata demi usaha mentauhidkan Allah Taala. Kita belajar ilmu untuk
mentauhidkan Allah. Kita bekerja untuk mentauhidkan Allah Taala. Kita menceburkan diri dalam
urusan dunia untuk mentauhidkan Allah Taala, hatta dalam sekecil-kecil perkara sekalipun seperti
menulis di wall facebook dan sebagainya juga demi mentauhidkan Allah Taala.

Ini kerana, jika anda benar-benar jujur, kesalahan bukanlah ukuran seseorang itu melakukan
kederhakaan, tetapi adalah kejayaan yang akan menjadi renungan pada hari esok. Kejujuran adalah
sifat para pendokong kemenangan. Hal ini dapat kita pelajari dari kekalahan umat Islam di perang
Mutah, iaitu ketika ketiga-tiga orang panglima perang yang dilantik Rasulullah S.A.W gugur syahid
bernama Zaid bin Harithah, Jaafar bin Abi Talib, dan Abdullah bin Rawahah; Khalid al-Walid
mengambil alih tempat ketua tentera, atas permintaan beberapa individu di dalamnya. Khalid Al Walid
melihat bilangan tentera Islam terlalu sedikit jika dibandingkan dengan tentera Rom. Oleh itu, Khalid
membuat keputusan membawa tentera pulang ke Madinah. Apabila mereka hampir dengan Madinah,
mereka telah disambut taburan tanah daripada orang ramai sambil berkata, Wahai orang-orang yang
melarikan diri. Kamu telah lari daripada medan jihad di jalan Allah.

Lantas Rasulullah S.A.W membela Para Sahabatnya yang jujur, Mereka bukanlah orang yang
melarikan diri tetapi mereka adalah orang yang akan mengulangi peperangan, Insya Allah [ Rujuk
Sirah Ibnu Hisyam 4/292 ]

Anda mungkin juga menyukai