Anda di halaman 1dari 14

Elemen Teknologi Maklumat dan Komunikasi (TMK).

Teknologi Maklumat dan Komunikasi (TMK) adalah teknologi yang digunakan khasnya dalam penggunaan komputer, peralatan komunikasi dan perisian aplikasi untuk memperoleh, memproses, menyimpan, menghantar, mendapatkan semula, menukar dan melindungi maklumat di mana saja dan bila-bila masa. Pendekatan membudayakan TMK dalam P&P adalah seperti berikut: Belajar Mengenai TMK pengetahuan dan kemahiran TMK Belajar Dengan TMK berupaya untuk mengajar dan belajar Belajar Melalui TMK pencapaian maklumat, ilmu pengetahuan dan penggunaan bahan p&p yang dicapai/akses melalui media TMK Terdapat tiga mod perlaksanaan TMK merentas kurikulum yang boleh membantu guru dan murid bagi menjayakan pengintegrasian TMK dalam P&P iaitu: Guru sahaja Murid sahaja Guru dan murid

Mod1: Pengajaran Berpusatkan Guru Pengajaran dan pembelajaran hendaklah berasaskan satu proses interaksi yang berterusan di antara murid dan guru. Proses interaksi ini boleh berpusatkan pelajar atau berpusatkan guru. Pembelajaran berpusatkan guru, guru bertanggungjawab sepenuhnya menentukan objektif pembelajaran, merangka tugasan pembelajaran dan memilih sumber pembelajaran bagi muridnya. Pengajaran berpusatkan guru boleh dijelaskan dengan situasi seperti guru yang bercakap sepanjang sesuatu pelajaran. Dalam masa 35 minit, guru mungkin bercakap selama 25 minit menerangkan sesuatu dan baki 10 minit murid membuat latihan. Pengajaran berpusatkan guru lebih kepada syarahan di dalam kelas. Ia meliputi tugasan membaca buku teks, kuliah , mengucap dengan kuat, tumpuan kepada perbendaharaan, laporan secara lisan oleh murid, mengkaji semula(riview), ujian,kuiz dan peperiksaan.

1|Page

Proses pengajaran dan pembelajaran memerlukan pelbagai kaedah dan pendekatan digunakan. Kebanyakan guru biasanya menyampaikan pengetahuan berasaskan isi kandungan dan berpusatkan pengajaran itu sendiri. Matlamat guruhanyalah ke arah menyediakan pelajar untuk menduduki peperiksaan pada setiap hujungtahun. Apa yang terjadi adalah proses pembelajaran hanya berlaku secara dasar sahaja.Tidak mementingkan pemahaman pelajar samada benar-benar menguasai kemahiran atau pun tidak. Adakalanya setiap konsep yang disampaikan tidak jelas dan berada jauh di luar konteks sebenar.Persembahan pengajaran yang hanya melibatkan guru semata-mata memberiimplikasi yang kebanyakannya pelajar tidak melibatkan diri secara aktif sewaktusesi pengajaran dan pembelajaran (P&P). Sewaktu P&P dijalankan, merekaseringkali mengantuk, bermain, bersembang dan tidak menumpukan perhatian kerana pengajaran hanya satu hala sahaja tanpa melibatkan penyertaan aktif pelajar. Selainitu, didapati kaedah penyampaian objektif pengajaran seperti ini tidak begitu berkesanmungkin kerana kaedah yang kurang bersesuaian. Ramai guru telah didedahkan kepada pelabagi kaedah mengajar yang berpusatkan murid, tetapi masih menggunakan kaedah mengajar yang berpusatkan guru. Diantara kelemahan pengajaran berpusatkan guru ini ialah pelajar hilang minat (Atan Long, 1982). Antara dilema yang dihadapi oleh pelajar masa kini ialah hilangnya konsep tadib dalam pendidikan. Pendidikan itu hanya berbentuk pembelajaran untuk mencapai kecemerlangan dalam peperiksaan tetapi kurang memberikan penekanan terhadap mendidik, mengajar adab serta membentuk akhlak. Berbalik, masalah yang utama iaitu kebanyakan penerapan dan penggunaan kaedah, strategi dan teknik mengajar oleh guru-guru tidak dapat menarik minat pelajar

Punca utama pelajar menjadi bosan atau tidak berminat untuk mengikuti sesuatumata pelajaran ialah kurangnya pemahaman yang akan berakhir dengan kekecewaan dankebencian terhadap mata pelajaran tersebut. Ianya berpunca daripa kurangnya penerapan pembelajaran berpusatkan pelajar, tetapi lebih kepada berpusatkan guru. Kaedahtradisional yang digunakan kebanyakan guru iaitu kaedah kuliah dan kaedah peneranganterutamanya yang lebih berbentuk teori dan fakta akan membuatkan pelajar bosan dankurang berminat untuk mengikuti pengajaran dan pembelajaran dalam kelas.Guru banyak menggunakan kaedah penerangan di dalam kelas (kuliah/ syarahan).Ilmu lebih berbentuk hafalan di mana guru lebih kepada pendekatan meminta pelajar membuat nota dan hafal. Tiada berbincangan secara berkumpulan di kalangan pelajar
2|Page

digalakkan untuk membolehkan berlakunya proses penukaran. Pelajar lebih banyak bergantung kepada guru untuk memahami sesuatu topik yang diajar Pengajaran kadangkala membosankan keranan tiada aktiviti yang melibatkan penglibatan aktif pelajar dibuat. Guru lebih menumpukan kepada penyediaan dari segi nota yang lengkap dankerja rumah/ latihan secara individu. Pengajaran guru banyak bergantung kepada bukuteks tanpa sebarang aktiviti yang menarik Masalah ini dibuktikan melalui satu kajian yang telah dilakukan oleh Affandi binAg. Ghani dalam tesis yang bertajuk Persepsi pelajar terhadap penggunaan buku teks jawi Pendidikan Islam dalam pembelajaran: Satu kajian ke atas pelajar tingkatan 4,Sekolah Menengah Kebangsaan Kota Masai, Johor Bahru. Petikan di dalam tesis beliaumenyebut Semasa proses pengajaran dalam kelas, guru lebih suka menggunakan bukuteks sebagai bahan pengajaran yang utama. Guru yang menggunakan buku tekssepenuhnya dalam pengajaran akan menyebabkan timbulnya rasa bosan di kalangan pelajar terutamanya bagi pelajar yang cergas. Oleh itu, guru mestilah merancang kaedah, bahan, dan aktiviti yang sesuai bagi menghidupkan suasana pengajaran dan pembelajarandi dalam kelas. Aktiviti dan latihan juga perlulah dipelbagaikan dan bukannya hanyatertumpu kepada buku teks semata-mata.Justeru, jelaslah bahawa kaedah pengajaran dan masa kini perlu mengalami proses tranformasi. Kaedah pengajaran dan pembelajaran yang berpusatkan guru perludiubah kepada berpusatkan pelajar bagi memastikan mereka memahami dan merasakankeperntingan subjek ini bukan sahaja di dalam peperikasaan tetapi di dalam pengamalan kehidupan sebenar. Transformasi dan penambah baikan yang dilakukan akan memastikan pelajar-pelajar meminati subjek ini. Mod2: Pengajaran Berpusatkan Murid Definisi Pembelajaran berpusatkan pelajar juga boleh dijelaskan dengan erti katalain, pelajar bertanggungjawab atas pembelajarannya dengan terlibat dalam komunikasidua hala antara guru dan pelajar. Selain itu, guru melibatkan pelajar secara terus dalammenemui pengetahuan iaitu dengan bertindak hanya sebagai fisilitator manakala pelajar yang mencari dan menentukan sumber dan bahan pengajaran mereka sendiri, guru hanyamemantau contohnya dengan mencadangkan bahan- bahan penagajaran dan pembelajaran yang mencabar pengetahuan sedia ada pelajar dan seterusnya menberikan pemahaman konsep baru yang mendalam kerana pembelajaran yang melibatkan interaksisosial; menggunakan sekolah, pekerjaan, rumah dan komuniti sebagai sumber danmenggunakan aktiviti luar untuk meningkatkan pemnbelajaran.
3|Page

Proses dan arah pembelajaran daripada pembelajaran berpusat guru kepada berpusat murid mengambil masa. Proses tersebut akan meningkat mengikut umur dan kematangan pelajar. Selain itu, Pembelajaran berpusatkan pelajar mewujudkan pengalaman pembelajaran yang dapat menarik minat pelajar serta menggalakkan penglibatan merekadalam proses pengajaran dan pembelajaran. Ini turut memberikan peluang kepada pelajar untuk belajar secara individu, kumpulan dan kelas serta melibatkan mereka dalammembentuk proses pembelajaran melalui rundingan berasaskan kekuatan dan kelemahan mereka sendiri. Namun begitu guru perlu mewujudkan prosedur pemantauan agar pelajar bertanggungjawab ke atas apa yang dipelajari oleh mereka. Kaedah mengajar berpusatkan murid, meningkatkan penglibatan murid dalam proses pengajaran dan pembelajaran dan bertujuan untuk:

menggalakan murid menjadi aktif dan tidak pasif meningkatkan kemahiran berfikir aras tinggi menambahkan keyakinan diri memberi murid peluang membuat penyampain dan bercakap menggalakkan murid menghasilkan idea dan memberi pendapat menggalakkan murid membina ilmu mewujudkan suasana kerjasama di kalangan murid

terdapat strategi yang berpusatkan pelajar seperti main peranan, simulasi dan pengajaran reflektif. Di sini,disenaraikan antara strategi pembelajaran berpusatkan pelajar antaranya adalah i Kaedah Koperatif Pendekatan koperatif ialah pembelajaran yang melibatkan pelajar bekerjasamauntuk belajar dan bertanggungjawab ke atas setiap ahli kumpulannya (SuhaidaAbdul Kadir, 2002) .Ciri-ciri penting kaedah koperatif ialah sekumpulan pelajar boleh dikuasai oleh seorang ahli sahaja iaitu ketua kumpulan. Walaupun penyelesaian terhadap sesuatu masalah merupakan pandangan seorang sahaja,semua ahli dalam kumpulan akan bekerjasama untuk menyelesaikan masalahtersebut, juga dalam pembelajaran koperatif, mesti ada tanggungjawab
4|Page

berkongsidikalangan pelajar. Guru perlu prihatin untuk memberikan ganjaran dan pengiktirafan diberi kepada kumpulan yang menunjukkan prestasi yang baik. Ini juga memotivasikan mereka untuk mencapai sesuatu matlamat. Guru hendakalahmemupuk sikap positif seperti bekerjasama,, bertolak ansur dan tidak mementingkan diri agar objektif kumpulan tercapai serta guru juga hendaklahmelatih kemahiran sosial dan memupuk konsep kendiri untuk membantu ahlikumpulan mencapai objektif dan mengekalkan hubungan positif ii.Pendekatan Kumpulan Pelajaran secara kumpulan berlandaskan prinsip-prinsip psikologikemasyarakatan dan dinamik kumpulan. Ciri-cirinya, aktiviti secara kumpulanharus mempunyai satu tujuan. Guru perlulah memilih prosedur pengajaran secarakumpulan yang boleh membantu pelajar mencapai objektif spesifik, tanggung jawab guru untuk mengenal pasti tajuk yang sesuai untuk kerja kumpulan, penglibatan pelajar secara aktif dalam kumpulan, kerja kumpulan yang berkesanakan wujud jika individu diberi tanggungjawab, Semangat berkerjasama dalamkumpulan harus dipupuk. Selain itu, kelebihan pengajaran secara kumpulan ialahmembolehkan pelajar, mengenalpasti, menganalisis dan menyelesaikanmasalah secara koperatif iii.Teknik Perbincangan Perbincangan merupakan satu aktiviti berkumpulan dimana pelajar berinteraksisesama mereka dan membincangkan sesuatu isu atau masalah. Ciri-ciriPentingnya, pelajar berpeluang mengemukakan isu-isu, pendapat dan idea-ideamengenai sesuatu topik dan guru bersama pelajar akan membuat rumusan padaakhir sesi perbincangan, pelajar akan memberi reaksi atau tindakbalas tentangtopik atau masalah dan perbincangan dilaksanakan dibawah kawalan guru, perbincangan dapat dilaksanakan dalam semua mata pelajaran dan sebarangsituasi bilik darjah dan tujuan utama perbincangan ialah untuk menggalakan pelajar mengembangkan kemahiran diri dalam mengemukakan hujah, pendapat,menyoal serta menyelesaikan masalah (Azela Abdullah, 2009). iv.Penyelesaian Masalah Penyelesaian masalah merupakan proses mental yang memerlukan seseorang itu berfikir secara kreatif dan kritis dalam mencari idea-idea alternatif and langkah-langkah tertentu untuk
5|Page

mengatasi kekurangan dan seterusnya menyelesaikanmasalah yang dihadapi. Ia juga adalah satu cara menggunakan daya pemikiran bagi mengendalikan satu-satu situasi yang sukar, mengatasi halangan,menghasilkan sesuatu yang diingini, dan menyelesaikan sesuatu yang rumit. Aspek penting yang perlu diketahui ialah Tujuan penyelesaian masalah ialah iamembolehkan pelajar berfikir secara rasional, logik dan objektif apabilamenghadapi masalah, mempertingkatkan daya berfikir pelajar secara kreatif dankritis dan kelebihannya adalah mewujudkan proses pembelajaran yang berpusatkan pelajar dan mengakibatkan penglibatan aktif pelajar dalam pelajaran. v.Kaedah Simulasi Simulasi merupakan satu gambaran abstrak sesuatu situasi sebenar yangmemerlukan pelajar berinteraksi sesama sendiri berdasarkan peranan masing-masing untuk menyelesaikan sesuatu masalah atau isu. Ciri-ciri Pentingnya, iamerupakan satu pembelajaran melalui pengalaman. peserta belajar daripadakesilapan dan berpeluang untuk meningkatkan diri dalam situasi yang berikutnya,dalam simulasi, peranan peserta agak luas, kerana peserta bukan sahajadikehendaki memegang peranan sebagaimana yang ditentukan tetapi mereka perlu berbincang dan memberi sumbangan kepada perserta-perserta bagi membuatkeputusan, peserta dikehendaki berinteraksi secara dinamis dalam sistem yang berkaitan, membuat keputusan dan menyelesaikan masalah yang dihadapi, tujuansimulasi ialah ia membolehkan pelajar menggunakan bahasa dengan lebih berfungsi dan memberi pelajar peluang berinteraksi dan berkomunikasi dengan berkesan, kebaikan teknik ini ialah ia membolehkan pelajar berbincang dan berfikir secara kreatif, analisis dan kritis. vi.Kaedah Strategi Main Sambil Belajar Strategi main sambil belajar adalah aktivikti yang dijalankan secara spontan yangmembawa kepada pembelajaran. Antara jenis-jenis permainan dalam pengajaran- pembelajaran ialah manipulatif, fizikal dan permainan bahasa, permainanmanipulatif termaksuk teka-teki, jadual bernombor, domino, catur dancongak, permainan fizikal dalam pendidikan jasmani di mana daya fizikaldigunakan dalam pergerakan, kordinasi, kecekapan, dan kemahiran fizikal, permainan bahasa dimana aktiviti pengajaran-pembelajaran bahasa mengandungiunsur bermain dengan menggunakan bahan-bahan dan daya kreativiti pelajar untuk mewujudkan suasana belajar yang
6|Page

menyeronokkan dan bermakna kebaikan teknik ini ialah merangsangkan motivasi belajar kesan daripadakeseronokkan bermain dan ia juga mengembangkan daya imaginasi untuk membantu kanak-kanak menyelesaikan masalah. vii.Kaedah Projek Projek adalah satu kaedah yang mana pelajar menjalankan sesuatu eksperimenatau aktiviti didalam situasi yang sebenar dan menghasilkan sesuatu (Ee. A.M.1997). Ia merupakan sesuatu aktiviti dijalankan oleh pelajar didalam atau diluar bilik darjah dan mereka belajar melalui proses menghasilkan sesuatu. Ciri-ciriPentingnya, tujuan kaedah projek ialah memperkembangkan daya kreatif pelajar dan meluaskan pengalaman pelajar semasa menjalankan projek, ia jugamembantu pelajar bekerjasama dan menanamkan sikap positif dalammenghasilkan sesuatu projek, memperkembangkan pembelajaran melalui pengalaman melaksanakan aktiviti, projek yang hendak dibuat hendaklah bermakna dan membawa manfaat kepada pelajar, bahan-bahan yang diperlukanuntuk projek hendaklah mudah diperolehi, projek yang sesuai dengan objektif pelajaran, kelebihan kaedah projek ialah pelajar memperoleh kejayaan dan perasaan dan kepuasan jika dapat meyelesaikan projek serta pengetahuan yang di perolehi kekal dan berkesan. viii.Kaedah Lawatan Lawatan ialah satu aktiviti sokongan yang membolehkan pelajar memerhati apayang mereka telah belajar dalam situasi sebenar. Pelajar dapat mengumpulmaklumat secara langsung dan guru boleh mengajar sesuatu yang tidak bolehdibawa masuk ke dalam bilik darjah, tujuan lawatan ialah meningkatkan pemahaman sesuatu konsep kerana pengalaman secara langsungmenggalakkan penggunaan pelbagai deria dan ini membawa kesan kepada pembelajaran,memberi peluang kepada pelajar untuk memerhati perkaitan antara bahan maujuddan proses-proses yang berlaku, kaedah ini juga menggalakkan pelajar untuk mengaitkan pengalaman diluar bilik darjah dengan pembelajaran kandungandisekolah. Mod3: Pengajaran Berpusatkan Guru dan Murid Pengajaran berpusatkan guru dan murid merupakan konsep pengajaran yang paling baik. Konsep ini terletak ditengah-tengah diantara pengajaran berpusatkan guru dan pelajar. Corak pengajaran
7|Page

dalam konsep ini adalah seperti mempunyai sesuatu tugasan dan aktiviti yang diusahakan bersama oleh guru dan muridnya. Pengajaran ini adalah dirancangkan guru secara sisitematik dan teliti untuk melaksanakannya dengan kaedah dan teknik mengajar yang sesuai, membimbing, menggalak dan memotivasikan murid supaya mengambil inisiatif untuk belajar, demi memperolehi ilmu pengetahuan dan menguasai kemahiran yang diperlukan. Antara cirri-ciri pengajaran ini adalah guru sebagai pengajar dan murid sebagai pembelajar. Ia hanya bermakna apabila ada pembelajaran. Pengajaran ini melibatkan instruksi diikuti dengan latihan, indoktrinasi dan pelaziman. Ia juga melibatkan proses pemikiran dan penggunaan bahasa atau symbol dan ada kaitan dengan tugasan dan pencapaian. Pengajaran boleh dijalankan dengan aktiviti berpusatkan guru, murid dan gabungan guru-murid serta berpusatkan sumber. Ia meliputi rancangan mengajar (KOPI) dan proses yang melibatkan interaksi dua hala dan ada unsur sains dan seni. Umumnya Pembelajaran merupakan proses memperolehi ilmu pengetahuan atau kemahiran. Mengikut Robert M. Gagne (1970) dalam The Condition of Learning, pembelajaran merupakan perubahan tingkahlaku atau kebolehan seseorang yang dapat dikekalkan, tidak termasuk perubahan yang disebabkan proses pertumbuhan. Mengikut Woolfolk (1980) dalam Educational Psychology for Teachers, pembelajaran dilihat sebagai perubahan dalaman yang berlaku kepada seseorang dengan membentuk perkaitan yang baru, atau sebagai potensi. Rancangan Pengajaran Harian Mata Pelajaran Tahun Harmoni Kesatuan Aplikasi seni Pendidikan seni visual 1 rupa, bentuk dan warna pelbagai unsur alam semula jadi Murid dapat mengaplikasikan pengetahuan bahasa seni visual dalam menghasilkan karya seni. Mengenal dan menyatakan jenis-jenis media Murid dapat menghasilkan jenis-jenis bentuk dengan mempersembahkan kreativiti seni visual. Murid juga akan dapat menguasai penggunaan perisian Paint dengan melukis bentuk yang berwarna-warni. Pembelajaran akan dijalankan di dalam makmal komputer. Semua computer murid hendaklah dihidupkan dan disediakan dengan paparan perisian Paint.

Pengenalan

8|Page

Standard Kandungan Seni Visual

Standard pembelajaran Seni Visual

Standard Kandungan TMK Standard pembelajaran TMK

Tempoh masa Sumber Kreativiti Aktiviti

1.0 Persepsi dan pemahaman bahasa seni visual(unsur seni rupa) 2.0 Aplikasi pengetahuan dan kefahaman bahasa seni visual menerusi penentuan media. 3.0 Aplikasi pengetahuan dan kefahaman bahasa seni visual menerusi penghasilan karya seni. 4.0 Apresiasi terhadap karya seni. 1.1 Mengenal dan memahami unsur seni (bentuk) dalam karya seni sendiri. 2.7 Mengenal dan menyatakan jenis-jenis media. 2.8 Mengetahui teknik-teknik penggunaan media dan penghasilan karya seni. 3.1 Memilih dan memanipulasi karya seni sendiri ayng dihasilkan. 4.1 Mempamerkan karya seni sendiri yang dihasilkan. 4.2 Menceritakan karya seni yang dihasilkan. 2.0 Murid memilih dan mengaplikasikan sumber TMK yang bersesuaian. 7.0 Murid menggunakan TMK untuk melahirkan sumber idea dan maklumat secara kreatif dan inovatif. 2.7 Membuka dan menyimpan fail grafik, dokumen pemprosesan perkataan dan perisian persembahan. (Paint,MS,MS Power Point). 2.4 Menggunakan perisian grafik (paint) untuk membuat gambar dengan menggunakan bentuk asas dan kotak warna. 2.12 Mencetak dokumen. 7.1 Menggunakan perisian grafik (Paint), pemprosesan perkataan (MS Word) atau perisian persembahan (MS Powerpoint) secara kreatif (memanupilasiteks, imej dan bunyi) untuk menyampaikan idea atau konsep sedia ada. 1 jam (2 waktu) 1. Contoh bentuk-bentuk yang ada. 2. Perisian Paint Murid menghasilkan karya seni menggunakan jenis-jenis bentuk yang ada dan berwarna. 1. Guru menunjukkan contoh bentuk di papan putih. 2. Murid menyatakan cara membuat bentuk tersebut. 3. Guru menunjukkan caara membuat bentuk menggunakan perisian MS Paint. Aktiviti 1: Melukis Bentuk Langkah 1: Klik pada ikon Bentuk di Tool Box seperti gambar rajah 1

9|Page

Gambar rajah 1 Langkah 2: Pilih bentuk yang ada. Lihat gambarajah 2

Gambar rajah 2 Langkah 3: Pilih beberapa jenis bentuk lagi sehingga menjadi lukisan seperti gambar rajah 3

Gambar rajah 3
10 | P a g e

Aktiviti 2 Mewarnakan bentuk Ikut langkah seperti gambar rajah 4. Langkah 1: Klik pada ikon line di tool box Langkah 2: Klik pada warna pilihan

Gambarajah 4 Aktiviti 3: Menyimpan Hasil Kerja di Dalam Komputer Menyimpan hasil kerja seperti gambar rajah 5. Langkah 1: Klik pada ikon File Langkah 2: Klik pada save as 1 2

Gambar rajah 5
11 | P a g e

Langkah 3: Kotak dialog seperti gambar rajah 6 akan terhasil

Langkah 4 : Namakan hasil kerja seperti langkah di gambar rajah 7. 1.Klik pada kotak File name dan taip bentuk 2.Klik save

1 Aktiviti 4: Mencetak Ikut langkah seperti gambar rajah 8 Langkah 1: Klik File Langkah 2 : Klik Print

12 | P a g e

Gambar rajah 8 Langkah 3: Murid akan dapat paparan seperti gambar rajah 9. Ingatkan murid jangan klik OK. Minta kebenaran guru dahulu. Aktiviti 5: Murid mencetak hasil kerja yang telah siap Aktiviti 6: Murid mempamerkan dan membentangkan tentang karya seni yang telah dihasilkan.

Gambar rajah 9 Pentaksiran Aktiviti Pemulihan Aktiviti penghayatan


13 | P a g e

Guru menjalankan penilaian berdasarkan proses kerja murid. Murid mengulang proses kerja karya seni yang diberi dengan bimbingan guru. Murid menghasilkan karya seni yang kreatif menggunakan bentuk yang berlainan rupa dan jenis dan mewarnakannya.

Rujukan
1. Kurikulum Standard Sekolah Rendah

Kementerian Pelajaran Malaysia 2. EMK Keusahawanan KSSR Kementerian Pelajaran Malaysia 3. EMK Kreativiti & Inovasi KSSR Kementerian Pelajaran Malaysia 4. EMK Teknologi Maklumat & Teknologi KSSR Kementerian Pelajaran Malaysia

14 | P a g e