Anda di halaman 1dari 5

TEMA 6 : KESEDARAN ALIRAN

Kesedaran aliran dapat dilihat apabila beberapa pergerakan dirangkai dengan berturutan, berterusan dan licin. Rangkaian pergerakan boleh dilakukan secara aliran bebas dan aliran terikat. Dalam memperkembangkan aliran pergerakan, penekanan diberi terhadap : a. Pilihan dan lakuan pergerakan yang sesuai. b. Ulangan rangkaian pergerakanyang terancang c. Kelicinan pergerakan dalam sesuatu rangkaian d. Pilihan pergerakan mencabar untuk dirangkaikan

6. Kesedaran Aliran
6.1. Merangkaikan pergerakan secara aliran bebas. 6.2. Merangkaikan pergerakan secara aliran terikat 6.3. Merangkaikan pergerakan secara aliran bebas dan aliran terikat

6.1. Merangkaikan pergerakan secara aliran bebas.


Rangkaian pergerakan secara aliran bebas merupakan pencantuman beberapa pergerakan yang dilakukan secara licin, lancar, berterusan tanpa henti.
Tugasan 1. Rangkaian beberapa pergerakan secara sentuhan berselang, sentuhan selalu, atau tanpa sentuhan seketika. 2. Rangkaian beberapa pergerakan secara berterusan. 3. Rangkaian beberapa pergerakan secara licin, lancar, berterusan tanpa henti.

6.2. Merangkaikan pergerakan secara aliran terikat


Rangkaian pergerakan secara aliran terikat adalah satu rangkaian pergerakan yang terkawal. Pelaku boleh berhenti seketika pada tempat tertentu dalam rangkaian pergerakan dengan mengekalkan imbangannya. Rangkaian pergerakannya masih licin dan berkoordinasi.
Tugasan 1. Bergerak dengan satu cara, berhenti seketika dan bergerak semula. 2. Rangkaian beberapa pergerakan sentuhan berselang, membeku seketika dan teruskan ke cara pergerakan yang lain. 3. Cipta pergerakan menggunakan alatan.

6.3. Merangkaikan pergerakan secara aliran bebas dan aliran terikat


Pepergerakan secara aliran bebas dan aliran terikat digabungkan menjadi rangkaian yang licin, lancar dan berterusan.
Tugasan 1. Rangkaikan beberapa pergerakan secara aliran bebas. 2. Rangkaikan beberapa pergerakan secara aliran terikat 3. Rangkaikan beberapa pergerakan secara aliran bebas dan aliran terikat dengan menggunakan alatan