Anda di halaman 1dari 14

FAKULTI PENDIDIKAN DAN BAHASA

SEPTEMBER / 2013

HBML3103

PENGAJARAN KOMSAS DALAM BAHASA MELAYU

NO. MATRIKULASI NO. KAD PENGENALAN NO. TELEFON E-MEL PUSAT PEMBELAJARAN

: : : : :

700822125759001 700822125759 0168472152 jaidin_sintam@yahoo.com SABAH LEARNING CENTRE

HBML 3103

ISI KANDUNGAN

BIL

TAJUK

MUKA SURAT

PENGHARGAAN 3

1.0 PENGENALAN 4

2.0 DEFINISI PANTUN DAN JENIS-JENIS PANTUN 5-7

3.0 RANCANGAN PELAJARAN KOMSAS 8-12

4.0 KEKUATAN DAN KELEMAHAN AKTIVITI PANTUN 13

RUMUSAN 14

BIBLIOGRAFI

14

HBML 3103

PENGHARGAAN

Bersyukur ke hadrat Ilahi kerana atas rahmat-Nya, saya dapat menyiapkan kerja kursus Pengajaran KOMSAS dalam Bahasa Melayu (HBML3103) ini dalam masa yang telah diberikan.

Terima kasih juga saya ucapkan kepada pensyarah pembimbing atas bantuan dan tunjuk ajar tentang ilmu ini. Tidak lupa kepada rakan-rakan fakulti saya iaitu Fakulti Pendidikan dan Bahasa kerana telah bersama-sama memerah otak dalam melaksanakan kerja kursus ini, terima kasih saya ucapkan.

Kepada rakan-rakan lain, terima kasih atas bantuan, idea, dan dorongan yang telah anda berikan.Sekalung penghargaan juga saya ucapkan kepada sesiapa yang terlibat secara langsung ataupun tidak.

Sekian, terima kasih

HBML 3103 1.0 PENGENALAN Pengajaran KOMSAS dalam Bahasa Melayu (HBML3103) merupakan satu kursus wajib dalam Fakulti Pendidikan Dan Bahasa. Tugasan ini bertujuan untuk menghuraikan definisi pantun dan jenis-jenis pantun. Dalam tugasan ini juga terdapat satu aspek yang perlu dilengkapi iaitu mengaplikasikan salah satu daripada komponen KOMSAS (pantun) dalam rancangan pelajaran (60 minit) untuk tahun enam yang dapat menunjukkan aktiviti berbalas pantun serta menghuraikan kekuatan dan kelemahan pemilihan aktiviti berbalas pantun di dalam bilik darjah. Menurut Za'ba, pantun ialah kaedah rangkapan yang tertua dan asalnya kepunyaan masyarakat Melayu. Sebelum orang Melayu tahu tentang surat-menyurat, mereka telah pandai berpantun dan biasa berbalas-balas pantun sesama sendiri. Pantun Melayu terdiri daripada beberapa jenis pantun seperti pantun adat, agama, nasihat, jenaka, budi dan teka-teki. Setiap pantun yang dicipta mempunyai fungsi atau kegunaannya sendiri. Pantun Melayu yang dicipta oleh masyarakat Melayu dahulu mempunyai beberapa fungsi. Antaranya ialah untuk mendidik, meluahkan rasa kasih sayang dan rindu, menyampaikan rasa penghargaan atau terima kasih, adat istiadat, sindiran dan tempelak, menguji minda, sebagai hiburan dan melambangkan budaya tinggi dalam ciptaan sastera. (Mohamad Ali Majod : Pantun Budi).

HBML 3103 2.0 DEFINISI PANTUN DAN JENIS-JENIS PANTUN Menurut kamus Dewan edisi keempat, pantun merupakan puisi lama yang biasanya terdiri daripada empat baris dalam tiap-tiap rangkap (dua baris pertama merupakan pembayang maksud dan yang selainnya mengandungi maksudnya). Pantun yang cantik ialah pantun yang mempunyai empat perkataan sebaris dengan 8 hingga 12 suku kata setiap baris. Biasanya ia memerlukan sekitar 9 hingga 10 suku kata sebaris. Lebih indah lagi jika keempat-empat baris mempunyai bilangan suku kata yang sama banyak. Contohnya : Bunyi antan berlaga lesung, Tumbuk padi menjelang senja; Mata bebas hati terpasung, Salah pilih tempat bermanja.

Pantun mesti mempunyai pembayang maksud. Dalam pantun empat kerat, dua baris di bawah ialah maksudnya. Lebih indah jika pembayang maksud mempunyai bayangan makna (hint) dengan maksudnya. Hubungan ini boleh diambil secara langsung daripada objek-objek alam keliling seperti pokok, bunga, gunung-ganang, bukit bukau, sungai, dan lautan yang melambangkan suka duka kehidupan. Lautan luas digambarkan sebagai lautan kehidupan yang penuh dengan cabaran. Begitu pun laut dan pantai memang tidak boleh dipisahkan sebagai lambang kesetiaan orang berkasih. Biasanya pembayang maksud yang menggunakan pelambangan diambil daripada objek yang sudah difahami oleh masyarakat setempat atau sejagat. Misalnya burung merpati itu melambangkan kedamaian. Sebaliknya lambang keganasan selalu dikaitkan dengan singa, harimau dan buaya. (Khadijah Hasim : 1001 Pantun Baru). Terdapat beberapa ciri pantun yang perlu diketahui. Antaranya ialah wujud pembayang dan maksud dalam setiap rangkap. Ciri ini tidak terdapat dalam puisi yang lain. Selain itu, pantun juga boleh berdiri sendiri kerana setiap rangkap pantun sudah membawa makna yang lengkap berbanding dengan syair yang memerlukan perkaitan dengan rangkap-rangkap

berikutnya. Rima tengah atau jedanya ditekan di dalam pantun, tetapi tidak demikian dalam puisi lain. Tambahan lagi, pantun mempunyai unsur persamaan dengan puisi lain terutama syair seperti dari segi rima akhirnya, jumlah perkataan dan suku kata.
5

HBML 3103 Selain itu, terdapat enam jenis pantun yang perlu diketahui. Antaranya ialah pantun dua kerat, pantun empat kerat, pantun enam kerat, pantun lapan kerat, pantun sepuluh kerat dan yang terakhir pantun dua belas kerat. Berikut merupakan contoh dan jenis-jenis pantun.

2.1 Pantun Dua Kerat

Buah beluluk buah kepayang, Dimakan mabuk dibuang sayang.

2.2 Pantun Empat Kerat Air melurut ke tepian mandi, Kembang berseri bunga senduduk; Elok diturut resmi padi, Semakin berisi semakin tunduk.

2.3 Pantun Enam Kerat

Belayar perahu membawa kuini, Ke tanjung Jati mengadap Paduka, Bunga kemboja sembah berkarang; Kalaulah tahu jadi begini, Tidaklah hati dibawa berduka, Ku pilih saja orang lain.

HBML 3103 2.4 Pantun Lapan Kerat Dini hari melawat pusara, Bawa merbah bersama emas, Nenas terletak tepi belana, Belanga China bersalut arang; Benihku cari disemai mesra, Semaian bercambah menjelma tunas, Kemudian subur indah berbunga, Malangnya bunga di getu orang.

2.5 Pantun Sepuluh Kerat Baju dastar kesumba, Seluar gunting petani, Jahitan nyonya kampung Erah, Di hilir pasar Kampung Melaka, Singgah di rumah nahkodanya; Batang emas dahan suasa, Buahnya intan dengan padi, Bunga diisap burung merak, Pipit hendak hinggap di rantingnya, Adakah boleh oleh yang punya.

2.6 Pantun Dua Belas Kerat Rotan sepatah dua patah, Tarik kerakap batang padi, Dibawa sultan dari Judah, Padi yang jangan digemparkan, Kalau gempar antara gugur, Bila gugur masuk perigi; Tuan di Mekah di Madinah, Naik akhirat batu haji, Tegak berdiri Rasululah, Kami yang jangan dilupakan, Kalau lupa antara tidur, Dalam tidur menjadi mimpi.

HBML 3103 3.0 RANCANGAN PELAJARAN KOMSAS Mata pelajaran Masa Tahun Bil Murid Tema Tajuk Nilai Murni : : : : : : : Bahasa Melayu 9.15-10.15 pagi (60minit) 6 Amanah 15 orang Sejarah Kembara Sejarah i. Bekerjasama ii. Hormat-menghormati iii. Patriotisme Objektif : Pada akhir pembelajaran ini murid dapat;

i. Murid dapat menyumbangkan dua isi daripada lima isi perwatakan laksamana Cheng Ho secara berkumpulan ii. Murid dapat membina ayat dengan menggunakan lima daripada tujuh kata penguat di dalam buku teks . iii. Murid dapat membina dan berpantun mengikut intonasi yang betul. Fokus Utama : 1.5 (Aras 3) Menyatakan pengajaran yang terdapat dalam bahan secara analitis. Fokus Sampingan : 10.1 (Aras 3) Menghasilkan prosa dan puisi secara terancang,tertib dan kemas dengan menggunakan bahasa yang tepat , indah dan menarik. Kemahiran Bernilai Tambah : kemahiran Berfikir :i .Merumus ii. Mengenal pasti idea utama iii. Membanding beza
8

HBML 3103 Kecerdasan Pelbagai i. Interpersonal ii. Verbal-linguistik Kaedah Penggabungjalinan dan Teknik Perbincangan Tatabahasa : Kata penguat belakang, kata penguat hadapan BBM : Teks, Video,Lembaran Kerja Pengetahuan Sedia Ada : -Murid pernah mendengar cerita tentang Sejarah Melaka dan Laksamana Cheng Ho -Murid tahu mencipta pantun dan murid tahu rima pantun. Langkah Isi Pelajaran Kaedah Penyampaian Catatan

Set induksi 5 minit

1. Guru berbual-bual dengan murid tentang perlabuhan negeri Melaka sebagai perlabuhan interpot. 2. Guru Mempertontonkan Video gambaran perlabuhan negeri Melaka.

1.1 guru bertanya murid sama ada mereka pernah mendengar sejarah Melaka ataupun tidak. 1.2 guru menceritakan tentaang keagungan dan kemasyuran Melaka pada suatu ketika dahulu. 1.3 guru menceritakan lambakan pedagang dari Negara asing dan bahasa melayu sebagai bahasa lingua franca -china -portugis -Arab 1.4 Guru menceritakan tokoh pedagang yang terkenal turut datang - Laksamana Cheng Ho

Tayangan video menggunakan Notebook dan LCD Nilai : Patriotisme

HBML 3103 Langkah 1 10 minit 1. guru menggunakan teks 1.1 guru meminta seorang demi dalam buku teks Bahasa Melayu tahun 6 halaman 128 2. Murid menjawab secara lisan seorang murid membaca kuat teks dan guru membetulkan kesalahan dalam pembacaan murid. 1.2 Guru meminta semua murid membaca teks secara bersamasama. 1.3 guru meminta murid menjelaskan apa yang mereka fahami melalui teks yang dibaca. 1.4 guru menjelaskan bahawa kata penguat hadapan dan penguat belakang digunakan untuk menegaskan lagi maksud sesuatu ayat. -sangat -amat -lah 1.5 guru meminta murid mnyenaraikan kata penguat belakang dan hadapan secara lisan. Langkah 2 10 minit 1. Murid secara berkumpulan menyenaraikan perwatakan laksamana Cheng Ho dan menyatakan pengajaran yang terdapat dalam teks tersebut. 2.Secara berkumpulan murid membina ayat 1.1 guru membahagikan murid kepada 2 kumpulan. Guru memberi kertas mahjung kepada setiap kumpulan. 1.2 Setiap kumpulan hendaklah menyenaraikan perwatakan Laksamana Cheng Ho, nilai yang bersesuaian dengan teks dan menyatakan kesan perhubungan yang ingin dijalinkan oleh
10

Buku teks bahasa melayu tahun 6 Kertas mahjung Kemahiran Ganerik: Kemahiran Berfikir teknik perbincangan Nilai : Hormatmenghormati

teknik perbincangan Nilai: bekerjasama

HBML 3103 dengan menggunakan kata penguat yang terdapat didalam buku teks berkaitan dengan perwatakan laksamana Cheng Ho laksamana cheng ho dengan negeri Melaka dalam bentuk lakaran kerangka. 1.3 guru meminta murid-murid di dalam setiap kumpulan membina ayat dengan menggunakan kata penguat yang terdapat didalam teks 1.4 Guru meminta setiap kumpulan menyampaikan hasil perbincangan mereka di hadapan kelas Langkah 3 20 minit 1. Membina pantun. 2. Berbalas pantun 1.1 Guru meminta pelajar dalam kumpulan yang sama menghasilkan pantun bertemakan pantun kasih sayang atau nasihat. 1.2 Murid berbalas pantun dan guru memastikan pantun yang dihasilkan mengikut rima yang betul. 1.3 Guru menyatakan kumpulan yang Berjaya menyiapkan pantun yang terbaik dan cantik akan diberikan token untuk setiap ahlinya. Penutup 5 minit 1. ulasan guru 1.1 guru mengulas semula tajuk pejaran pada hari ini dan menyatakan nilai kerjasama dan persahabatan di antara dua buah Negara dapat memperkukuhkan lagi Negara tersebut dan rakyat
11

BBM: Kertas warna Pensel warna Nilai: Kerjasama

Kaedah pengukuhan

HBML 3103 akan hidup dalam keadaan selesa. 1.2 Guru menjelaskan bahawa Negara Malaysia mempunyai khazanah yang berharga dan murid-murid bertanggungjawab menjaga khazanah Negara dari di cerobohi. 1.3 Guru menjelaskan bahawa murid-murid perlu menjalinkan hubungan baik sesama sendiri dan bekerjasama. 1.4 Guru memupuk semangat dalam diri muri-murid agar melawat Negara asing agar bertambah ilmu di dada.

12

HBML 3103 4.0 KEKUATAN DAN KELEMAHAN AKTIVITI PANTUN Kekuatan Aktiviti Berbalas Pantun di Dalam Bilik Darjah. 1. Pelajar yang pintar dapat menghasilkan pantun yang mempunyai rima yang betul. 2. Pelajar yang baik dapat berpantun menggunakan intonasi yang betul dan kuat. 3. Pantun yang disampaikan oleh pelajar juga dilontarkan dengan penuh yakin dan diiringi dengan sorakan pelajar yang lain. 4. Pantun yang dibalas turut koheran dengan pantun yang disampaikan oleh pemantun sebelumnya. 5. Pemilihan pantun empat kerat adalah sesuai dijalankan di dalam kelas berbanding pantun 6, 8, 10 atau 12 kerat.

Kelemahan Aktiviti Berbalas Pantun di Dalam Bilik Darjah. 1. Pelajar yang lemah tidak dapat menghasilkan pantun mengikut rima yang betul. 2. Terdapat beberapa pelajar yang kurang yakin terhadap pantun yang telah dihasilkan sendiri. 3. Ada pantun yang dilontarkan tidak ada hubung kait langsung antara bait pembayang dengan maksud sedangkan dalam mengarang pantun inilah aspek yang perlu ditekankan. 4. Pantun-pantun yang dipersembahkan juga kurang menggunakan unsur perlambangan (simbolisme). Ia bertentangan dengan ciri sebenar pantun Melayu yang mengutamakan unsur perlambangan dalam pembayang dan maksud kerana masyarakat tradisional menggunakan pendekatan itu untuk sindiran atau kritikan. 5. Tema dan isi pantun juga tidak tepat hingga kadang-kadang pantun nasihat atau kasih sayang yang diberikan tidak menjadi.

13

HBML 3103 RUMUSAN Tugasan Pengajaran KOMSAS dalam Bahasa Melayu ini adalah merupakan satu penambahan ilmu yang penting bagi seorang guru Bahasa Melayu. Penghasilan pantun yang betul adalah penting bagi murid dan juga guru. Selain itu, pantun adalah amalan tradisional yang perlu dikekalkan kerana ia merupakan adat zaman berzaman serta merupakan tinggalan nenek moyang kita seterusnya adalah perlambangan bagi sesebuah masyarakat dan identiti bangsa Melayu. Selain itu, aktiviti berbalas pantun juga dapat memberikan keseronokan kepada muridmurid sekaligus menarik perhatian murid menimba pengalaman baru dan menarik minat murid dalam mata pelajaran Bahasa Melayu.

BIBLIOGRAFI Khadijah hashim (1999). 1001 Pantun Baru. Selangor Darul Ehsan : K Publishing Sdn. Bhd.

Mohamad Ali Majod (2006). Pantun Jenaka. Kuala Lumpur : Utusan Publications & Distributors Sdn. Bhd.

Prof. Abdullah Hassan (2005). Koleksi Pantun (Siri Pendidikan Sastera). Batu Caves Selangor : PTS Publications & Distributors Sdn. Bhd.

14