Anda di halaman 1dari 2

NUZUL AL-QURAN - ‫نزول القرءان‬

Terdapat tiga peristiwa yang besar di bulan Ramadan iaitu ialah (i) Penurunan al-Quran ( ‫) ُنزُول القرءان‬,
(b) Perang Badr ( ‫غَز َوةُ بدر الكبى‬ ) dan (iii) Pembukaan Kota Makkah ( ‫) فَتحُ مَكّة‬.
Lihat carta di bawah:
BIL PERISTIWA TAHUN TARIKH
1. Nuzul al-Quran 01 Kerasulan (40 Tahun) 17 Ramadan
(Bahan/Sukatan)
2. Qazwah Badr 15 Kerasulan (55 Tahun) - 2 Hijrah 17 Ramadan
(Ujian/Pengorbanan)
3. Fath Makkah 21 Kerasulan ( 61 Tahun) - 8 Hijrah 10 Ramadan
(Kejayaan/Kemenangan)

Inilah susun-galur hidup yang telah dilalui oleh Kekasih Allah Nabi Muhammad saw dan para Sahabat…….
Dan inilah juga satu-satunya jalan hidup yang mesti dilalui oleh insan muttaqin di akhir zaman ini.
ِ‫ت مِنْ الْهُدَى وَالْ ُفرْقَان‬
ٍ ‫شَهْرُ رَمَضَانَ الّذِي أُنزِلَ فِي ِه الْ ُقرْآنُ هُدًى لِلنّاسِ وََبيّنَا‬
Bulan Ramadan yang padanya diturunkan Al-Quran, menjadi petunjuk bagi sekalian manusia, dan menjadi
keterangan-keterangan yang menjelaskan petunjuk dan (menjelaskan) perbezaan antara yang benar
dengan yang salah. (alBaqarah : 185)

Kenal Diri Manusia dan Kenal Allah

Ayat pertama diturunkan ialah di gua Hira’ pada 17 Ramadan.


)4(ِ‫)الّذِي عَلّمَ بِاْلقَلَم‬3(ُ‫)اقْرَأْ َو َربّكَ الَكْرَم‬2(ٍ‫)خَلَقَ الِنسَانَ مِ ْن عَلَق‬1( ‫ك الّذِي خَلَق‬
َ ّ‫ا ْقرَأْ بِاسْمِ رَب‬
)5(ْ‫عَلّمَ الِنسَانَ مَا لَمْ َيعْلَم‬
Maksudnya, “ Bacalah dengan nama Tuhanmu yang mencipta * Mencipta manusia daripada segumpal
darah * Bacalah dan Tuhanmulah Yang Paling Pemurah * Yang mengajar dengan perantaraan Qalam * Dia
mengajar manusia apa yang tidak diketahuinya”. (Surah al’Alaq : 1 - 5)

)78(َ‫وَاللّ ُه أَ ْخرَجَكُ ْم مِنْ بُطُونِ ُأمّهَاتِكُمْ ل َتعْلَمُونَ َشيْئًا وَجَعَلَ لَكُمْ السّمْعَ وا َلْبصَا َر وَالَفْئِ َدةَ َلعَلّكُ ْم تَشْ ُكرُون‬
Dan Allah mengeluarkan kamu dari perut ibu kamu dengan keadaan tidak mengetahui sesuatupun; dan dia
mengurniakan kepada kamu pendengaran dan penglihatan serta hati akal fikiran); supaya kamu bersyukur.
(an-Nahl : 78 ).

ُ‫ف الْخَبِي‬
ُ ‫أَل َيعْلَ ُم مَنْ خَلَقَ وَهُ َو اللّطِي‬
Tidakkah Allah yang menciptakan sekalian makhluk itu mengetahui (segala-galanya)? Sedang Ia Maha
Halus urusan PentadbiranNya, lagi Maha Mendalam PengetahuanNya!(al-Mulk : 14 )

Mukmin-Muttaqin Tidak Ragu Dgn Al-Quran.

)2(َ‫)ذَلِكَ الْ ِكتَابُ ل َرْيبَ فِي ِه هُدًى لِلْ ُمّتقِي‬1(‫ال‬


Alif, Laam, Miim. Kitab Al-Quran ini, tidak ada sebarang syak padanya (tentang datangnya dari Allah dan
tentang sempurnanya); ia pula menjadi petunjuk bagi orang-orang yang (hendak) bertaqwa;

ِ‫ك ُيرِيدُونَ َأنْ َيتَحَاكَمُوا إِلَى الطّاغُوت‬


َ ِ‫ك وَمَا أُنزِلَ مِنْ َقبْل‬
َ ْ‫َألَ ْم َترَ ِإلَى الّذِينَ َي ْزعُمُونَ َأنّهُ ْم آمَنُوا بِمَا أُنزِلَ ِإَلي‬
)60(‫وَقَدْ ُأ ِمرُوا أَ ْن يَكْ ُفرُوا بِ ِه وَُيرِيدُ الشّيْطَانُ َأنْ ُيضِلّهُمْ ضَلل َبعِيدًا‬
Tidakkah engkau (hairan) melihat (wahai Muhammad) orang-orang (munafik) yang mendakwa bahawa
mereka telah beriman kepada Al-Quran yang telah diturunkan kepadamu dan kepada (Kitab-kitab) yang
telah diturunkan dahulu daripadamu? Mereka suka hendak berhakim kepada Taghut, padahal mereka telah
diperintahkan supaya kufur ingkar kepada Taghut itu. Dan Syaitan pula sentiasa hendak menyesatkan
mereka dengan kesesatan yang amat jauh. (an-Nisa : 60 )

Cabaran Berpegang Dengan Al-Quran.


1
)24(‫)فَاصِْب ْر لِحُكْمِ َربّكَ وَل تُطِعْ ِمنْهُمْ آثِمًا أَوْ كَفُورًا‬23(‫ك الْ ُقرْآنَ َتْنزِيل‬
َ ْ‫ِإنّا نَحْنُ َنزّْلنَا عََلي‬
Sesungguhnya Kami telah menurunkan Al-Quran kepadamu (wahai Muhammad), dengan beransur-ansur.
Oleh itu hendaklah engkau bersabar menerima hukum Tuhanmu (memberi tempoh kepada golongan yang
menentangmu), dan janganlah engkau menurut kehendak orang yang berdosa di antara mereka, atau orang
yang kufur ingkar.( al-Insan : 23 - 24 )

Kisah Waraqah dan Nabi saw :


،‫ ولتؤذينه‬،‫ ولتكذبنه‬،‫ لقد جاءك الناموس الكب الذى جاء موسى‬،‫ إنك لنب هذه المة‬,‫والذى نفسى بيده‬
‫ سية أبن هشام‬- ‫ ولئن أنا أدركت ذلك اليوم لنصرن ال نصرا يعلمه‬،‫ ولتقاتلنه‬،‫ولتخرجنه‬
“ Demi Tuhan yang diriku berada di dalam genggamanNya, sesungguhnya kamu adalah Nabi bagi umat ini.
Kamu telah didatangi malaikat Jibril yang pernah datang menemui Nabi musa as. Demi sesungguhnya
kamu akan dibohongi, disakiti, dihalau dan akan diperangi. Jika aku berkesempatan dengan hari itu,
nescaya aku akan menolong mu untuk menegakkan agama Allah dengan pertolongan yang diketahuiNya”.

Hanya al-Quran Jalan Penyelesaian


ُ‫حتَسِبُ وَمَنْ َيتَوَكّلْ عَلَى اللّهِ فَهُوَ حَسْبُه‬
ْ َ‫)وََي ْرزُقْهُ مِ ْن َحْيثُ ل ي‬2(‫وَمَنْ َيتّقِ اللّهَ َيجْعَ ْل لَهُ مَخْ َرجًا‬
)3(‫ِإنّ اللّهَ بَالِ ُغ أَ ْم ِرهِ قَ ْد َجعَلَ اللّهُ ِلكُلّ َشيْءٍ قَ ْدرًا‬
dan sesiapa yang bertaqwa kepada Allah , nescaya Allah akan mengadakan baginya jalan keluar serta
memberinya rezeki dari jalan yang tidak terlintas di hatinya. Dan (Ingatlah), sesiapa berserah diri bulat-bulat
kepada Allah, maka Allah cukuplah baginya (untuk menolong dan menyelamatkannya). Sesungguhnya Allah
tetap melakukan segala perkara yang dikehendakiNya. Sesungguhnya Allah menjadikan sesuatu mengikut
kadar. (at-Talaq : 2 - 3)
)82(‫وَُنَنزّلُ مِ ْن الْ ُقرْآنِ مَا هُوَ شِفَا ٌء وَ َرحْمَ ٌة لِلْمُؤْمِنِيَ وَل َيزِي ُد الظّالِمِيَ إِل خَسَارًا‬
Dan Kami turunkan dengan beransur-ansur dari Al-Quran Aya-ayat Suci yang menjadi ubat penawar dan
rahmat bagi orang-orang yang beriman kepadanya; dan (sebaliknya) Al-Quran tidak menambahkan orang-
orang yang zalim melainkan kerugian jua (alIsra’ : 82)

Akibat Tinggalkan Al-Quran


‫شرَْتنِي َأعْمَى‬
َ َ‫ب لِمَ ح‬
ّ َ‫)قَالَ ر‬124(‫وَمَنْ َأعْ َرضَ عَنْ ذِ ْكرِي فَإِنّ لَ ُه مَعِيشَ ًة ضَنكًا وَنَحْشُ ُرهُ َيوْمَ الْ ِقيَامَ ِة أَعْمَى‬
)126(‫)قَالَ كَذَِلكَ َأَتتْكَ آيَاُتنَا َفنَسِيتَهَا وَكَذَلِكَ اْليَوْمَ تُنسَى‬125(‫وَقَدْ كُنتُ َبصِيًا‬
"Dan sesiapa yang berpaling ingkar dari ingatan dan petunjukKu, maka sesungguhnya adalah baginya
kehidupan yang sempit, dan Kami akan himpunkan dia pada hari kiamat dalam keadaan buta".Ia berkata:
"Wahai Tuhanku, mengapa Engkau himpunkan daku dalam keadaan buta, padahal aku dahulu melihat?"
Allah berfirman: "Demikianlah keadaannya! Telah datang ayat-ayat keterangan Kami kepadamu, lalu engkau
melupakan serta meninggalkannya, dan demikianlah engkau pada hari ini dilupakan serta ditinggalkan".
(Taha : 124- 126 )

Ayat Terakhir diturunkan ialah


)َ‫ت وَهُمْ ل يُظْلَمُون‬
ْ َ‫وَاّتقُوا يَوْمًا ُترْجَعُونَ فِيهِ ِإلَى اللّهِ ثُمّ تُوَفّى كُلّ َنفْسٍ مَا كَسَب‬
Maksudnya, “ Takutlah kamu akan hari (kemudian) kamu semua akan dikembalikan padanya; Kemudian
disempurnakanNya balasan amal bagi setiap diri sedangkan mereka tidak dizalimi”.
( Surah al-Baqarah : 281 ).
‫وال أعلم‬
uye02011998

Anda mungkin juga menyukai