Anda di halaman 1dari 12

Like many other economy chapters, this chapter is long so I'm just posting the most important main

points. For details (especially on individual definitions and calculations under the 'Imbangan Pembayaran' sections) do refer to your textbook, references, past year questions etc...you get the idea. --------------------------------------------------------------------------------------

Bab 8: Kewangan Antarabangsa Imbangan pembayaran


Definisi: Penyata kewangan tentang segala urus niaga antarabangsa dan aliran modal antara sesebuah negara dengan negara asing dalam setahun Format lama (sehingga 1998) [click picture to enlarge] - Setiap pecahan dalam peta minda di bawah ditambah dengan pecahan lain yang 'setaraf' (diilustrasikan melalui penggunaan warna yang berbeza) untuk mendapat jumlah, contohnya jumlah akaun semasa = akaun dagangan + akaun perkhidmatan + bayaran pindahan.

Masalah imbangan pembayaran: * Kurangan dalam imbangan akaun semasa -- kerajaan terpaksa meminjam daripada negara-negara asing/badan-badan kewangan antarabangsa untuk mengimbangi kurangan dalam imbangan, melibatkan hutang kewangan yang membebankan -- Cara penyelesaian: ~ Jangka pendek: mendapatkan pelaburan asing ~ Jangka panjang: ** pengenaan tarif import ** mengenakan kawalan langsung ** memberikan galakan eksport ** melaksanakan kawalan pertukaran asing ** mengadakan kredit terpilih ** penurunan nilai mata wang * Kurangan dalam imbangan keseluruhan -- kerajaan terpaksa mengurangkan rizab antarabangsa bersih di bank pusat -- kegiatan ekonomi merosot -- memburukkan kadar pertukaran asing -- menjejaskan nilai mata wang negara -- Cara penyelesaian: ~ Jangka pendek: mengurangkan rizab antarabangsa bersih di bank pusat ~ Jangka panjang: ** pengenaan tarif import ** mengenakan kawalan langsung ** memberikan galakan eksport ** melaksanakan kawalan pertukaran asing

** mengadakan kredit terpilih ** penurunan nilai mata wang * Lebihan dalam imbangan akaun modal -- merupakan strategi jangka pendek untuk mengimbangi kurangan dalam imbangan akaun semasa -- menjadi masalah apabila: ~ lebihan akibat pinjaman kerajaan dari luar negara melibatkan pembayaran faedah ke luar negara pada masa hadapan ~ lebihan akibat pelaburan asing dari luar negara melibatkan pengiriman pendapatan pelaburan ke luar negara pada masa hadapan -- menguntungkan negara apabila lebihan diwujudkan oleh: ~ pembayaran balik pinjaman kerajaan dari luar negara ~ pengaliran modal pelaburan asing negara itu dari luar negara ~ penambahan tabungan rakyat dan firma negara asing di bank-bank perdagangan negara itu -- lebihan ini akan terjejas jika nilai mata wang negara merosot secara berterusan Format baru (1998 - sekarang) [click picture to enlarge] Cara pentaksiran sama seperti peta minda format lama, tetapi dengan komponen yang berbeza.

Kadar Pertukaran Asing

Definisi: Harga mata wang asing dalam sebutan mata wang tempatan (atau sebaliknya) Perubahan: * Kenaikan nilai mata wang asing (contohnya daripada US$1 = RM 3 kepada US$1 = RM 3.50) -- nilai mata wang tempatan turun -- kadar pertukaran asing tempatan merosot -- eksport bertambah dan import berkurang (jika permintaan eksport tempatan anjal harga; sebaliknya jika eksport tempatan tidak anjal harga) * Penurunan nilai mata wang asing (contohnya daripada US$1 = RM 3 kepada US$1 = RM 2.50) -- nilai mata wang tempatan naik -- kadar pertukaran asing tempatan meningkat -- eksport berkurang dan import bertambah (jika permintaan eksport tempatan anjal harga; sebaliknya jika eksport tempatan tidak anjal harga) Penentuan kadar pertukaran asing

* Sistem kadar pertukaran boleh ubah -- kadar pertukaran asing/Ringgit ditentukan oleh permintaan dan penawaran mata wang asing/Ringgit dalam pasaran pertukaran asing -- Keluk permintaan wang asing/Ringgit: Hubungan antara harga dan kuantiti diminta wang asing/Ringgit adalah negatif/songsang -- Keluk penawaran wang asing: Hubungan antara harga dan kuantiti ditawar wang asing/Ringgit adalah positif -- Penentuan kadar pertukaran asing/Ringgit adalah pada titik keseimbangan kuantiti diminta dan kuantiti ditawar wang asing/Ringgit (Qd wang = Qs wang) -- Faktor-faktor yang mempengaruhi kadar pertukaran asing: ~ Perubahan cita rasa rakyat ~ Perubahan tingkat harga umum ~ Perubahan kadar bunga dan kadar pulangan pelaburan ~ Perubahan harga barang eksport dan import ~ Pertumbuhan ekonomi -- Kelebihan sistem boleh ubah: ~ Keseimbangan kadar pertukaran asing boleh dicapai melalui mekanisme pasaran secara automatik ~ Kerajaan tidak perlu menyimpan banyak rizab antarabangsa -- Kelemahan sistem boleh ubah: (akibat ketidakstabilan dalam kadar pertukaran asing) ~ berlaku akibat kegiatan spekulasi yang kelerlaluan dalam pasaran pertukaran asing ~ menjejaskan perdagangan antarabangsa ~ menjejaskan pasaran saham dan pertumbuhan ekonomi

* Sistem kadar pertukaran tetap -- kadar pertukaran asing ditetapkan oleh kerajaan dengan tujuan memperbaiki imbangan pembayaran dan memajukan ekonomi

-- kadar pertukaran asing ditetapkan lebih daripada harga keseimbangan (untuk memperbaiki imbangan pembayaran) atau kurang daripada harga keseimbangan (untuk meningkatkan nilai mata wang tempatan) -- kerajaan akan membeli/menjual lebihan mata wang asing untuk mempertahankan kadar yang ditetapkan -- Implikasi penentuan kadar pertukaran tetap: ~ Terkurang nilai ringgit/tempatan ** Berlaku apabila kadar pertukaran asing ditetapkan lebih tinggi daripada kadar keseimbangan ** Implikasinya: - Export negara bertambah - Import negara berkurang - Imbangan pembayaran negara diperbaiki - ekonomi negara berkembang - tingkat guna tenaga dan pendapatan negara meningkat ~ Terlebih nilai ringgit/tempatan ** Berlaku apabila kadar pertukaran asing ditetapkan lebih rendah daripada kadar keseimbangan ** Implikasinya: - Export negara berkurang - Import negara bertambah - Imbangan pembayaran negara diperburukkan - ekonomi negara merosot - tingkat guna tenaga dan pendapatan negara menurun -- Dasar devaluasi dan revaluasi ~ Devaluasi: dasar kerajaan menurunkan nilai mata wang tempatan untuk memperbaiki imbangan pembayaran negara ** Berkesan apabila negara-negara lain tidak menurunkan nilai mata wang dan permintaan eksport dan import negara anjal harga ~ Revaluasi: dasar kerajaan menaikkan nilai mata wang tempatan ** Berkesan apabila permintaan eksport dan import negara tidak anjal harga -- Perbezaan antara susut nilai wang dengan terkurang nilai wang ~ Susut nilai wang: berlaku akibat keadaan pasaran yang tidak menguntungkan ~ Terkurang nilai wang: berlaku akibat keputusan kerajaan yang hendak menurunkan nilai wang tempatan (devaluasi) ** Kesan kedua-dua keadaan ini adalah sama (rujuk bahagian 'terkurang nilai ringgit' di atas)

Kadar pertukaran asing di Malaysia (Perkembangan) * Sebelum 1998: sistem boleh ubah digunakan * 1998 - 2005: sistem tetap digunakan, iaitu RM 1 = US$ 3.80 * Selepas 2005: sistem boleh ubah dipulihkan tetapi dijalankan secara terurus, iaitu kadar pertukaran Ringgit ditentukan oleh mekanisme pasaran tetapi: -- Ringgit tidak boleh diniagakan di luar negara bagi melindungi Ringgit daripada serangan spekulator -- Bank Negara akan memantau dan campur tangan untuk menstabilkan nilai Ringgit

Masalah Makroekonomi Dalam Ekonomi Terbuka Dan Dasar Kerajaan

Pengangguran dan defisit imbangan pembayaran berlaku serentak Cara kerajaan dapat menyelesaikan masalah:

-- menambahkan perbelanjaan kerajaan -- menurunkan kadar bunga pinjaman -- menambahkan kredit terpilih dalam industri eksport -- melaksanakan devaluasi -- melaksanakan tarif -- melaksanakan kuota import -- melaksanakan subsidi eksport Inflasi dan defisit imbangan pembayaran berlaku serentak Cara kerajaan dapat menyelesaikan masalah: -- menaikkan kadar bunga tabungan -- mengurangkan perbelanjaan kerajaan -- menaikkan kadar cukai -- melaksanakan devaluasi -- melaksanakan tarif -- melaksanakan kuota import -- melaksanakan subsidi eksport

Globalisasi

Definisi: Peningkatan saling bergantungan antara negara-negara dari segi ekonomi, sosial dan politik Kesan globalisasi terhadap ekonomi Malaysia dari segi:

Perdagangan * Kesan-kesan baik: -- pertumbuhan eksport -- pertumbuhan import -- barang menjadi murah, berkualiti tinggi, dan banyak pilihan * Kesan-kesan buruk: -- menjejaskan ekonomi negara jika tidak dapat bersaing -- memperburuk imbangan pembayaran jika import dan aliran keluar modal melebihi eksport dan aliran masuk modal -- merugikan pengguna jika menerima 'rejected goods' -- kapitalis asing boleh memperalatkan teknologi telekomunikasi untuk memonopoli kegiatan perdagangan antarabangsa

Aliran faktor * Kesan-kesan baik: -- kemasukan buruh asing yang lebih murah -- penggunaan tenaga mahir dari luar negara -- rakyat tempatan berpeluang memperoleh pekerjaan di luar negara * Kesan-kesan buruk -- pendapatan faktor bersih dari luar negeri terjejas -- KNK terjejas

-- Buruh tempatan yang tidak dapat bersaing dengan buruh asing yang lebih mahir dan murah akan menggangur

Pelaburan langsung asing (FDI) * Kesan-kesan baik: -- pergerakan modal dan FDI semakin murah -- negara miskin lebih mudah mendapat modal -- menggalakkan pertumbuhan ekonomi bagi negara yang menerima FDI -- menambah daya saing negara * Kesan-kesan buruk: -- hanya berpusat di negara tertentu -- ekonomi negara terjejas apabila FDI ditarik keluar -- jurang kekayaan antara negara yang dapat menarik FDI dengan negara tidak mampu menarik FDI menjadi lebih besar -- wujud defisit pendapatan pelaburan yang semakin besar kerana aliran keluar keuntungan * Polisi kerajaan yang mengalakkan pelaburan: -- pengecualian cukai untung syarikat -- pemberian elaun pelaburan kepada pelabur -- mewujudkan kawasan bebas cukai

Aliran modal jangka pendek * Kesan-kesan baik: -- sebagai sumber untuk membiayai projek pembangunan swasta *Kesan-kesan buruk: -- menaikkan tekanan inflasi -- memburukkan kadar pertukaran asing -- menganggu kestabilan harga saham

Kegiatan syarikat multinasional (MNC) * Kesan-kesan baik: -- memajukan bidang perindustrian -- mempercepat pemindahan teknologi -- memperluas pasaran eksport -- meninggikan daya saing syarikat tempatan * Kesan-kesan buruk: -- MNC memonopoli pasaran tempatan dan dunia

Institusi yang berkaitan dengan globalisasi Pengurus sistem ekonomi antarabangsa: * WTO (World Trade Organisation) * IMF (International Monetary Fund) * Bank Dunia Pertubuhan perdagangan serantau: * ASEAN (Association of South East Asia Nations) * EU (European Union) * NAFTA (North American Free Trade Area) Faktor-faktor yang mengalakkan globalisasi * pengaruh sistem pasaran bebas yang semakin meluas * sekatan terhadap perdagangan bebas semakin berkurang * kemajuan teknologi dalam bidangan kewangan * peningkatan aliran wang dalam pasaran saham dan pasaran modal ke negara membangun

Anda mungkin juga menyukai