Anda di halaman 1dari 7

KEMAHIRAN ASAS SOFBOL 1 : MEMBALING DAN MENANGKAP BOLA Membaling Bola 1.

Cara Menggenggam bola: Bola digenggam dengan menggunakan tiga jari iaitu jari hantu, jari telunjuk dan ibu jari. Jari manis dan jari kelingking hanya digunakan sebagai penampan bola. Seboleh-bolehnya bola hendaklah tidak menyentuh tapak tangan.

2. Cara Melakukan Balingan: Balingan yang baik mestilah menepati sasaran. Sasaran yang paling baik adalah di atas bahagian diafram dan di bahagian muka penerima bola. Pembaling hendaklah berdiri dengan keadaan kaki yang bertentangan dengan tangan yang digunakan untuk membaling bola ke hadapan. Lentikkan pergelangan tangan yang memegang bola ke belakang dengan siku berada separas dengan bahu ke arah belakang.

3. Sentiasa membuat balingan, kepirkan (snap) bola dengan pantas. Berat badan hendaklah diubah ke kaki hadapan untuk mengimbang pergerakan tangan. 4. Pergerakan membaling hendaklah diteruskan dengan ikut lajak selepas bola dibaling. Mata hendaklah memandang pergerakan bola ke sasaran. (Fasa ini sangat penting untuk menentukan bola dibaling menuju tepat ke sasaran).

Menangkap Bola Menangkap bola adalah merupakan satu kemahiran penting dalam permainan ini. Pemadang hendaklah ingat bahawa bola yang akan ditangkap datangnya daripada berbagai keadaan dan arah yang berlainan seperti deras, perlahan, leret, tinggi dan melantun. Seorang pemadang perlu ingat bahawa bola hendaklah ditangkap dalam poket sarung tangan (untuk mematikan pemukul). Seorang pemadang tidak digalakkan menadahkan sarung tangan ke atas untuk menangkap bola kerana bola yang ditangkap boleh terlucut dan mencederakan muda dan badannya.

Persediaan Menangkap Bola: Pemadang hendaklah sentiasa bersedia dengan sarung tangan dan menumpukan sepenuh perhatian terhadap latihan atau pertandingan. Untuk menangkap bola yang melayang tinggi, pemadang yang berhampiran dengan bola hendaklah meneriak dengan terang bahawa dia akan menangkap bola tersebut). Gunakan sarung tangan untuk menangkap bola dan pastikan ia selamat dengan menggunakan tangan melempar. Lindungan tangan melempar tersebut akan menyelamatkan bola dari melantun keluar dan balingan dapat dilakukan dengan cepat. Pemadang hendaklah membiasakan dirinya mengeluarkan dan membaling dengan cepat bola yang telah ditangkap. Gerakan menangkap dan membaling adalah satu gerakan yang bersambungan.

Cara menangkap bola: Tangan yang memakai sarung tangan hendaklah sentiasa berada di depan badan. Semasa menangkap bola, pemadang mestilah menadah sarung tangan tepat ke arah bola, bagi tangkapan di atas pinggang. Untuk menangkap bola pada paras pinggang, jari-jari sarung tangan mestilah berada di sisi pemain. Jika bola yang dibaling menuju ke bahagian bawah pinggang, jari-jari sarung tangan mestilah diletakkan dan diarahkan ke bawah. Untuk menangkap bola leret, jari-jari sarung tangan hendaklah diarahkan ke bawah hingga mencecah tanah.

KEMAHIRAN ASAS SOFBAL 2 : MEMUKUL Di antara kemahiran-kemahiran dalam permainan sofbol, kemahiran memukul adalah salah satu kemahiran yang paling sukar dilakukan. Pitcher akan cuba membaling bola sederas mungkin agar bola yang dibaling gagal untuk dipukul oleh pemukul. Bagi mengelakkan bola yang dipukul berjaya ditangkap oleh pemadang, pemukul haruslah melakukan pukulan sekuat mungkin ke dalam kawasan permainan dalam keadaan yang sukar untuk dicapai oleh pemadang. Oleh yang demikian, kemahiran ini memerlukan latihan yang kerap bagi memastikan setiap pukulan yang dilakukan berkesan. Kelemahan yang ketara bagi sesetengah pasukan ialah memberi latihan yang lebih kepada kemahiran memadang tetapi tidak kepada latihan kemahiran memukul. Pemukul mestilah menumpukan perhatian kepada bola yang akan dibaling kerana balingan yang baik akan mencapai kelajuan 80 kmj. Penglihatan yang baik serta kebolehan dan kepantasan bila, mana dan cara bola dibaling adalah penting. 1. Persediaan Sebelum Memukul:

1.1. Memegang Bet - Bet hendaklah dipegang dengan menggunakan kedua-dua belah tangan di mana jari memegang keliling pemegang bet. Ruas-ruas jari hendaklah selari. Genggaman hendaklah tidak terlalu ketat tetapi kukuh.

1.2 Gaya Dirian - Berdiri dengan kedua-dua kaki selari menghadap plet rumah. Jarak bukaan kaki adalah mengikut jarak bahu. Berat badan hendaklah diletakkan pada kedua-dua belah kaki.

2. Langkah-langkah Memukul 2.1 Berdiri dengan betul dengan membawa tangan ke sisi muka. Pandangan hendaklah ke arah pembaling bola. Kedudukan bola hendaklah melebihi paras bahu. 2.2 Pergerakan pinggang hendaklah serentak dengan hayunan bet serta kaki depan digerakkan ke arah pembaling bola. 2.3 Bila kaki hadapan memijak tanah, pangkal peha hendaklah dipusingkan bagi mengimbangi hayunan serentak dengan itu bet dihayun ke arah bola.

Contoh T-Off bagi latih tubi pemukul dalam kemahiran memukul bola sofbol.

KEMAHIRAN ASAS SOFBAL 3 : LARIAN BES Sofbol adalah satu permainan yang pantas dan merupakan pertandingan di antara kederasan berlari dan kelajuan pihak pemadang membaling. Oleh sebab itu, tindakan dan gerakan semasa melakukan larian bes hendaklah pantas dan tepat. 1. Selepas melakukan pukulan, pemukul perlulah dengan pantas berlari ke bes pertama, kedua, ketiga dan plet rumah mengikut urutan dengan memijak setiap bes yang dilaluinya, selagi ia tidak dipaksa berhenti di salah satu bes atau plet rumah atau dimatikan atau disentuh (tagging).

2. Pelari boleh terlajak dari bes pertama setelah memijaknya tetapi hendaklah terus berlari ke hadapan atau membelok ke kanan. Jika pelari membelok ke arah kiri (ke arah bes kedua), ia dianggap sebagai melakukan cubaan untuk maju atau meneruskan larian ke bes kedua. Pelari boleh disentuh (tag) oleh pemadang.

3. Pelari di bes pertama, kedua dan ketiga boleh mara ke hadapan selepas balingan dilakukan (picth) iaitu sebaik sahaja boleh dikeluarkan daripada tangan pembaling (picther) dengan kemungkinan disentuh mati (tag). 4. Semasa melakukan larian, pelari hendaklah menggunakan lorong tapak yang luasnya tiga kaki melainkan jika ia hendak mengelak dari bertembung dengan pemadang. 5. Pelari yang tidak dipaksa berlari boleh berlari semula ke bes asalnya (bes sebelum ia melakukan larian) jika ia ragu-ragu untuk sampai ke bes hadapan. 6. Pelari boleh mengelunsur (sliding) yang dibenarkan untuk sampai ke bes hadapan dan plet rumah atau kembali ke bes asalnya. 7. Pelari yang sampai ke plet rumah diberi satu larian penuh (run) untuk pasukannya . Penukaran giliran memukul untuk pasukan hanya boleh dibuat selepas tiga pemain Berjaya dimatikan.

8. Satu inning dikira apabila kedua-dua pasukan telah melakukan satu giliran memukul. 9. Satu perlawanan akan ditamatkan selepas tujuh inning atau mengikut masa yang ditetapkan (biasanya 1 jam 20 minit). Peraturan ini tertakluk kepada peraturan kejohanan pihak penganjur. KEMAHIRAN ASAS SOFBAL 4 : MEMANDANG (PERTAHANAN) Dalam permainan sofbol, pasukan yang bertahan, dikenali sebagai pemadang yang terdiri daripada 9 orang pemain. Pemadang mestilah berusaha mematikan tiga orang penyerang (pemukul) untuk membolehkan mereka mendapatkan giliran memukul. Oleh sebab itu, setiap pemadang mestilah mempunyai kemahiran menangkap dan membaling bola dengan cepat dan tepat. 1. Tugas pemadang: - Pitcher - pitching bola dengan baik. - membantu pemadang bes 2, 3 dan catcher jika bola melayang jauh.

- catcher

- memberi panduan dan sokongan kepada pitcher. - menangkap dengan kemas setiap pitching yang dibuat oleh pitcher.

- menjadi benteng pertahanan terakhir untuk mematikan pelari daripada mendapatkan mata.

- pemadang bes 1

- menerima semua balingan yang diarahkan ke bes 1. - mengambil tindakan serta merta terhadap bola tampanan. - member sokongan kepada catcher kepada bola balingan jauh.

- pemadang bes 2 2.

- bersedia untuk mematikan atau menyentuh (tag) pelari di bes

- bersedia menerima balingan bola daripada pemadang luar. - memberi sokongan kepada pemadang di bes 1 dan 3. - pemadang bes 3 3. - bersedia untuk mematikan atau menyentuh (tag) pelari di bes

- membantu catcher mematikan pelari daripada mendapatkan mata. - pemadang dekat - mematikan pelari dengan lemparan ke bes-bes. - membantu catcher untuk mematikan pelari ke bes 3. - membantu pemadang-pemadang lain dalam usaha mematikan pelari. - pemadang luar (7,8 dan 9) jauh. - sentiasa berubah kedudukan mengikut kekuatan pemukul. - bersedia menangkap bola melayang bagi mematikan pemukul. - membantu pemadang bes untuk mematikan pelari. KEMAHIRAN ASAS SOFBAL 5 : PITCHING Pitcher dan Catcher adalah merupakan tulang belakang kepada sesuatu pasukan. Kejayaan sesuatu pasukan adalah bergantung kepada prestasi pitcher daripada mula hinggalah berakhirnya sesuatu perlawanan. Oleh sebab itu, pasukan yang mempunyai pitcher yang baik dan handal dengan sokongan padu daripada pemain-pemain lain sudah tentu mempunyai peluang yang lebih untuk menang. Oleh sebab yang demikian, pitcher hendaklah sentiasa menumpukan sepenuh perhatiannya terhadap permainan serta mengambil masa yang lebih dalam melakukan latihan pitching serta bersungguh-sungguh pada setiap sesi latihan. Gaya Pitching Terdapat dua gaya pitching iaitu: 1. 2. Gaya Ayunan (Slingshot). Gaya Kipas angin (Windmill). - sentiasa bersedia untuk menangkap bola pukulan

Gaya Kipas Angin (Windmill) adalah satu gaya yang biasa digunakan oleh kebanyakan pitcher. Gaya ini lebih pantas kerana momentum terbentuk daripada lakaran yang lebih besar. Cara Melakukan Pitching Gaya Ayunan (Slingshot). Cara gaya ini hampir sama dengan cara gaya kipas angin. Perbezaan yang wujud hanyalah dalam bentuk ayunan tangan. Gerakan badan selepas tangan dihayun adalah sama dengan cara gaya kipas angin (Windmill). 1.1 Berdiri dengan betul dan luruskan tangan yang memegang bola. 1.2 Tarik tangan yang memegang bola ke belakang sehingga melepasi paras bahu sambil melentikkan pergelangan tangan.

1.3 Langkah kaki kiri selangkah ke hadapan dan tarik kaki kanan sambil melakukan ayunan tangan yang memegang bola. Kepirkan bola semasa melintasi sisi peha. Gaya Kipas Angin (Windmill). 2.1 Sebelum melakukan pitching, pitcher dikehendaki mengasingkan tangan yang memegang bola dengan sarung tangan (glove) sebelum memasukkan bola ke dalam sarung tangan. 2.2 Kedua-dua belah kaki pitcher hendaklah memijak plet sambil membongkokkan sedikit badannya. 2.3 Langkah kaki kiri ke hadapan sambil menarik tangan yang memegang bola ke atas supaya dapat membuat satu bulatan besar. 2.4 Semasa tangan berada di atas, ia hendaklah dibengkokkan sambil memusingkan badan ke kanan sedikit. 2.5 Teruskan ayunan dan apabila tangan yang memegang bola melalui sisi peha pitcher hendaklah melepaskan bola tersebut. Pada masa yang sama, pusingkan semula badan ke kanan. http://awekchucktaylors.blogspot.com/2013/03/asas-permainan-sofbol.html

Anda mungkin juga menyukai