Anda di halaman 1dari 5

Some short notes so that you and me can remember what the gist of this chapter is.

(PS: it's actually one of my favorite chapters in Economy - and one of the most basic, too!) * Update 13/10: I've made a little error in my graphs below. Please put the origin in your graphs when you draw them - I didn't add the "0" to the drawings on this page. Don't repeat my mistake! I've used the origin for posts later than this one. -------------------------------------------------------------------------Bab 3: Permintaan, Penawaran & Keseimbangan Pasaran 3.1 Permintaan

Definisi: Kesanggupan, keinginan & kemampuan pengguna untuk membeli sesuatu kuantiti barang dan/atau perkhidmatan pada suatu tingkat harga tertentu dalam jangka masa tertentu Hukum: Hubungan songsang/negatif- Semakin tinggi harga sesuatu barang, semakin rendah kuantiti diminta (begitu juga sebaliknya) Sebab keluk permintaan bercerun negatif: (untuk semua sebab di bawah, keadaan sebaliknya juga benar) * faktor penggantian apabila harga sesuatu barang naik, harga barang penggantinya menjadi lebih murah secara relatifnya * faktor pendapatan benar apabila harga sesuatu barang turun, kuasa beli pengguna naik (pengguna mempunyai lebih banyak wang dalam tangan untuk membuat pembelian) * faktor utiliti sut berkurangan apabila utiliti sut/ringgit untuk sesuatu barang turun, pengguna akan mengurangkan pembelian (untuk mencapai kepuasan maksimum yang boleh dicapai dengan pendapatan yang sedia ada)

Keluk permintaan: rajah yang menunjukkan kuantiti barang yang sanggup/ingin/mampu dibeli oleh pengguna pada pelbagai tingkat harga

Permintaan pasaran: jumlah barang yang diminta oleh semua individu (jumlah permintaan individu) Fungsi permintaan: Qd = a - bP (a = nilai Qd apabila P = 0, 1/b = kecerunan/keanjalan) Perubahan kuantiti diminta: * melibatkan pengalihan titik di sepanjang keluk permintaan * disebabkan oleh perubahan harga sesuatu barang itu sendiri Perubahan permintaan: * melibatkan faktor-faktor selain harga barang itu sendiri: - Harga barang pengganti/penggenap (isi sama, huraian berbeza!) - Cita rasa - Musim - Dasar kerajaan (cukai/subsidi, dasar kewangan, tetapi huraian mesti berkaitan dengan pengguna) - Jangkaan harga masa depan - Pendapatan individu/pengguna dan kaitannya dengan jenis barang (normal/bawahan/mesti/mewah) - Saiz/struktur penduduk (isi sama, huraian berbeza!) - Kadar faedah/kemudahan kredit (isi sama, huraian berbeza!)

3.2 Penawaran

Definisi: Jumlah kuantiti barang/perkhidmatan yang sedia ditawarkan oleh pengeluar/firma pada pelbagai tingkat harga dalam suatu jangka masa tertentu Hukum: Hubungan langsung/positif - Semakin tinggi harga ditawar, semakin tinggi kuantiti ditawar (begitu juga sebaliknya) Sebab keluk penawaran bercerun positif: matlamat pengeluar dalam ekonomi, iaitu memaksimumkan keuntungan. Peningkatan harga/kuantiti akan menambahkan jumlah hasil firma Keluk penawaran: keluk yang menunjukkan kuantiti barang yang sedia dikeluarkan oleh firma pada pelbagai tingkat harga

Penawaran pasaran/industri: jumlah penawaran semua firma dalam pasaran Fungsi penawaran: Qs = c + dP (c = nilai Qs apabila P = 0, 1/d = kecerunan/keanjalan) Perubahan kuantiti ditawar: * melibatkan pengalihan titik di sepanjang keluk penawaran * disebabkan oleh perubahan harga sesuatu barang itu sendiri Perubahan penawaran: * melibatkan faktor-faktor selain harga barang itu sendiri: - Harga barang pengganti/penggenap (isi sama, huraian berbeza!) - Harga faktor pengeluaran (kos input) - Dasar kerajaan (cukai/subsidi, tetapi huraian mesti berkaitan dengan

pengeluar) - Matlamat pengeluar (maksimumkan untung atau jualan) - Teknologi pengeluaran (peningkatan teknologi) - Kaedah pengeluaran (berintensifkan buruh atau modal) - Faktor luar jangka (cuaca, peperangan dsb.) 3.3 Keseimbangan Pasaran

Definisi pasaran: tempat pertukaran/urus niaga berlaku antara penjual dengan pembeli Keseimbangan pasaran: permintaan = penawaran (Qd = Qs)

Lebihan penawaran/permintaan: * Qs > Qd (lebihan penawaran): - Harga cenderung jatuh - Qs turun, Qd naik sehingga Qs = Qd - Harga kekal pada keseimbangan Qs = Qd * Qs < Qd (lebihan permintaan): - Harga cenderung naik - Qs naik, Qd turun sehingga Qs = Qd - Harga kekal pada keseimbangan Qs = Qd Faktor-faktor dan kesan perubahan keseimbangan: - akibat perubahan Qd sahaja

- akibat perubahan Qs sahaja - perubahan Qd dan Qs pada kadar yang sama/berbeza 3.4 Peranan Kerajaan dalam Penentuan Tingkat Harga

Dasar harga maksimum - harga pasaran ditetapkan < harga pasaran - wujud lebihan Qd yang dijual oleh kerajaan untuk mengekalkan harga Dasar harga minimum - harga pasaran ditetapkan > harga pasaran - wujud lebihan Qs yang dibeli oleh kerajaan untuk mengekalkan harga Quota - pengehadan Qs, mewujudkan keluk penawaran yang tidak anjal sempurna Cukai/subsidi - Fungsi: Qs = c + d (P - cukai per unit) atau Qs = c + d (P + subsidi per unit)

Anda mungkin juga menyukai