Anda di halaman 1dari 20

CONTEMPORARY ISSUES IN MATHEMATICS EDUCATION (SME 6044)

TUGASAN 2: PENULISAN ILMIAH KEMAHIRAN BERFIKIR ARAS TINGGI (KBAT)

Ahli kumpulan:
GAYATHIRI A/P JAYA KRISHNAN MOHANA A/P KRISHNAN SANGEETHA A/P MAHDEVAN THAMIL SELVAN A/L SHANMUGAM LECTURER : M20121000049 M20122001687 M20122001683 M20122001196 DR.MARLINI ADNAN
1

ISI KANDUNGAN

MUKASURAT

1.0 PENGENALAN 2.0 KEPENTINGAN KBAT 3.0 KESAN& ISU BERKAITAN KBAT 4.0 LANGKAH MENGIMPLIMENTASIKAN KBAT 5.0 KESIMPULAN RUJUKAN

1-2 2-6 6-9 10-15 15 16-18

1.0 Pengenalan Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT) Kemahiran berfikir aras tinggi (KBAT) ditafsirkan sebagai penggunaan potensi minda untuk menangani cabaran baru dan KBAT juga merupakan salah satu komponen utama dalam kemahiran berfikir secara kreatif dan kritis. Kemahiran ini boleh dipelajari melalui rangsangan dan latihan dan seterusnya pelajar mengaplikasikan dalam corak pembelajaran harian. Seperti mana kita tahu, idea dihasilkan menerusi berfikir. Penghasilan sesuatu idea memerlukan pemikiran yang kompleks iaitu kemahiran-kemahiran berfikir aras tinggi (KBAT) seperti kemahiran menyelesaikan masalah, mereka, menganalisis, menilai dan sebagainya untuk memproses maklumat yang diperolehi. Sehubungan ini, satu idea baru yang kreatif dapat dicetuskan dengan lebih berkesan. Maka, KBAT merupakan elemen yang sangat penting dalam pencetusan idea.

Kemahiran berfikir khususnya aras tinggi amat diperlukan untuk diintegrasikan dan diterapkan ketika kita berusaha memahami sesuatu maklumat yang akan digunakan bagi pencetusan idea. Pemikiran aras tinggi mencabar pelajar untuk menginterpretasi, menganalisis atau memanipulasikan maklumat. Hal ini kerana suatu idea yang kreatif dan logik tidak dapat dicetuskan melalui pengaplikasian harian terhadap pengetahuan yang pernah dipelajari. Pemikiran aras tinggi meminta seseorang individu untuk menggunakan maklumat baru atau pengetahuan sedia ada serta memanipulasikan maklumat sehingga memperoleh jawapan yang munasabah bagi situasi baru. Pemikiran aras tinggi sering digunakan di sekolah dan juga di Institusi Pengajian Tinggi. Penjanaan idea-idea baru juga ditekankan pada peringkat sekolah kerana tugasan ataupun kerja kursus adalah berbentuk lebih kompleks dan mencabar. Pelajar diberi pelbagai jenis projek akademik dan bukan akademik yang memerlukan mereka menyelesaikan masalah secara kreatif. Hampir kesemua aktiviti pengajaran pembelajaran di dalam bilik darjah mempunyai unsure-unsur kemahiran berfikir. Tidak boleh dinafikan bahawa pelajar menguasai kemahiran berfikir hasil daripada pengajaran dan pembelajaran mata pelajaran sekolah. Oleh kerana itu,

pelajar harus mempelajari dan menggunakan KBAT dalam penjanaan idea supaya tugasan kerja kursus dapat diselesaikan dengan lebih berkesan. 2.0 Kepentingan Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT) KBAT memainkan peranan yang besar dalam pengajaran dan pembelajaran (PdP) Matematik. Ia telah menjadi satu elemen yang penting dalam PdP Matematik. Hal ini kerana Matematik merupakan satu subjek yang memerlukan murid-murid membuka minda secara meluas dengan perlu mentafsir, menganalisis atau memanipulasi maklumat untuk menjawab soalan atau menyelesaikan masalah yang dikemukakan. Hanya dengan mengaplikasikan maklumat yang telah diperoleh lebih awal untuk menjawab atau menyelesaikan masalah dalam situasi baru mungkin tidak akan membuahkan hasil. Sebenarnya KBAT telah lama berada dalam dunia pendidikan menerusi Taksonomi Blooms oleh Banjamin Blooms, namun apa yang berbeza sekarang ialah peringkat Blooms telah disemak kembali oleh Anderson dan Krathwal pada tahun 2001 dan memberikan beberapa istilah baru untuk peringkat yang sedia ada. Selain itu KBAT yang melibatkan soalan aras tinggi dapat menggalakkan pembelajarn sebab soalan jenis ini memerlukan murid-murid mengaplikasi, menganalisis, mensintesis dan menilai maklumat secara kendiri ataupun menerusi perbincangan antara kumpulan. Soalan aras tinggi ini berbeza dengan soalan aras rendah yang mana hanya menguji kebolehan murid-murid untuk mengimbas kembali fakta yang telah dihafal oleh mereka. Maka soalan aras tinggi yang melibatkan KBAT ini mampu melahirkan murid-murid yang bukan menurut segala apa yang diajar oleh guru malah menganalisis dan membina idea mereka sendiri secara aktif untuk mendapatkan penyelesaian. Seterusnya, kita semua sedia maklum bahawa Negara kita Malaysia kian hari mengalami anjakan paradigma yang ketara dalam bidang Sains dan Teknologi. Selaras dengan kemajuan Negara kita, kita memerlukan bakal pemimpin dan tenaga kerja yang arif dan sedia menghadapi cabaran abad ke-21 . Maka untuk melahirkan warga yang sedia menghadapi cabaran abad ke-21 kita memerlukan masyarakat saintifik dan progresif, masyarakat yang mempunyai daya perubahan tinggi dan berpandangan ke depan, yang bukan sahaja menjadi pengguna teknologi tetapi juga penyumbang kepada tamadun sains dan teknologi masa depan, seperti yang
4

digariskan dalam Wawasan 2020 : Prinsip 6). Maka tidak hairanlah jika dikatakan KBAT yang diimplimentasikan menerusi soalan aras tinggi mampu melahirkan generasi yang mampu menghadapi cabaran abad ke-21. Selain itu KBAT juga penting dalam melahirkan dan menjana minda kreatif dan inovatif. Kita semua sedia maklum bahawa minda kreatif dan inovatif merupakan komponen yang diwarwarkan kian hari. Hal ini kerana Segala inovasi dalam kurikulum dan kokurikulum sistem pendidikan dan pembelajaran negara perlu memastikan kandungan ilmu mampu melahirkan pelajar yang berdaya saing di peringkat antarabangsa. Ini adalah satu daripada 31 usulan yang diterima pada Seminar Kebangsaan Pendidikan Negara (SKEPEN) ke empat anjuran Fakulti Pendidikan, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) bersama Kementerian Pengajian Tinggi, Kementerian Pelajaran dan Majlis Amanah Rakyat (MARA) awal bulan ini di sini. Seminar itu berpendapat bahawa inovasi itu juga perlu melahirkan pelajar yang pada masa yang sama tetap utuh mempertahankan jati diri dan identiti bangsa Malaysia. Minda yang kreatif dan Inovatif hanya dapat dilahirkan apabila minda itu sentiasa diberi tugasan yang mencabar. Maka disinilah KBAT memainkan peranan yang penting dimana soalan-soalan aras tinggi dalam KBAT mampu mencabar dan menggalakkan penggunaan minda yang meluas dan seterunya melahirkan individu yang kreatif dan inovatif. Penggunaan KBAT dalam PdP Matematik juga mampu menggalakkan murid-murid membuat refleksi kendiri. Dalam konteks ini Refleksi Kendiri mampu memberikan ruang kepada murid-murid untuk menilai dan mengenal keupayaan diri sendiri. Membuat refleksi kendiri selepas setiap kali slot PdP menjamin murid-murid memahami 100% apa yang diajar oleh guru. Maka cara yang terbaik untuk menggalakkan reflektif kendiri ialah memberikan murid-murid soalan aras tinggi dan memberi kebebasan kepada murid-murid untuk menstrukturkan jalan penyelesaian bagi soalan yang diberi. Seterusnya KBAT juga penting dalam PdP Matematik kerana ia mampu menjadikan murid-murid lebih bertanggungjawab terhadap pembelajaran mereka sendiri. Ini bermaksud, murid-murid perlu berkerja untuk mendapatkan ilmu. Hal ini kerana murid-murid perlu meneroka sendiri dan membuat pembacaan sendiri bagi mendapatkan penyelesaian sama ada
5

dalam bentuk individu atau dalam bentuk kumpulan. Maka KBAT melahirkan warga yang lebih bertanggungjawab yang dilatih sejak dari bangku sekolah lagi. Tidak dapat dinafikan jika dikatakan KBAT juga mampu menjadikan sekolah satu tempat yang menarik dan seronok kerana murid-murid diberikan peluang menyuarakan pandangan dan pendapat mereka. Hal ini dapat membantu murid-murid untuk bersikap berani dalam menyuarakan pandangan mereka dengan mengemukakan bukti-bukti yang kukuh dan rasional. Maka untuk mendapatkan sokongan idea kepada pendapat yang dikemukakan secara tidak langsung murid-murid perlu menjalankan pembacaan yang meluas. KBAT juga memainkan peranan yang penting dalam merapatkan hubungan yang positif antara guru dengan murid-murid. Hal ini kerana apabila murid-murid diberikan masalah yang melibatkan KBAT, mereka perlu berbincang dengan guru untuk menstrukturkan idea mereka. Melalui KBAT, guru bukan lagi memberi semua langkah-langkah dalam penyelesaian sesuatu masalah, malah tugas guru bertukar sebagai fasilitator yang mana guru hanya menunjukkan cara untuk menyelesaikan masalah dan murid-murid perlu melakukan percambahan idea (Brain Storming) untuk mendapatkan jawapan. Maka semasa perbincangan murid-murid akan aktif berkomunikasi dengan guru ukntuk meluaskan lagi idea mereka untuk mendapatkan penyelsaian. KBAT juga mampu membimbing murid-murid untuk menggabungkan cebisan-cebisan idea mereka sehingga mereka mereka dapat menyelesaikan sesuatu masalah. Maka boleh dikatan bahawa KBAT mampu melatih murid-murid untuk melakukan seuatu tugas secara sistematik menggunakan urutan yang betul. KBAT juga mampu merealisasikan aspirasi Pendidikan Negara. Apabila kita mengkaji Pelan Induk Pembangunan Pendidikan 2013-2025 . Pada Oktober 2011, Kementerian Pelajaran telah melaksanakan kajian semula sistem pendidikan negara Malaysia secara menyeluruh dalam usaha membangunkan Pelan Pembangunan Pendidikan yang baharu. Kerajaan telah mengambil keputusan melaksanakan kajian semula sistem pendidikan berdasarkan standard pendidikan antarabangsa yang kian meningkat, peningkatan aspirasi negara, dan harapan ibu bapa serta masyarakat terhadap dasar pendidikan negara dalam mempersiapkan generasi muda untuk menghadapi keperluan abad ke-21. Dalam tempoh 11 bulan pelaksanaan kajian, Kementerian
6

telah memperoleh input daripada pelbagai sumber seperti laporan penyelidikan yang dijalankan oleh pakar pendidikan dari UNESCO, Bank Dunia, OECD, dan enam Institusi Pengajian Tinggi Awam. Kajian ini juga melibatkan penyertaan pemimpin sekolah, guru, ibu bapa,orang ramai dan murid di seluruh negara.( PIPP 2013-2025). Daripada 5 aspirasi 2 aspirasi berkait terus dengan pelaksanaan KBAT yakni Kualiti dan Kecekapan dimana kedua-dua aspirasi ini memerlukan Malaysia memerlukan KBAT untuk mencapainya.

Seterusnya KBAT juga penting dalam memartabatkan imej Negara dalam persada antara bangsa. Hal ini kerana, KBAT merupakan penanda aras dalam TIMSS dan PISA. Seperti yang kita semua sedia maklum TIMSS ( Trends In International Mathematics and Sciences) ialah pentaksiran yang dijalankan untuk menilai kedudukan sesebuah Negara dalam kemahiran Sains dan Matematik. TIMSS dianjurkan oleh International Association for the Evaluation of Educational Achievement (IEA). Malaysia mula menyertai TIMSS sejak tahun 2009. Kajian ini melibatkan murid Tingkatan 2 yang dipilih dari Sekolah KPM menerusi kaedah Standard Stratified Multiple Clustering. PISA pula merupakan akronim bagi Programme for International Student Assessment yang dianjurkan oleh Organisation for Economic Cooperation and Development. Objektif pentaksiran ini adalah untuk menilai tahap pencapaian murid-murid dalam Matematik. Kajian yang melibatkan murid-murid lebih dari 15 tahun ini disertai oleh Malaysia sejak tahun 2009.

Hasil dapatan TIMSS dan PISA mendapati bahawa Malaysia kedudukan Malaysia terus merundum sejak tahun 2009 hingga kini. Antara 74 buah Negara yang telibat Malaysia berada pada kedudukan 57 dalam PISA dan purata skornya iaitu 404 adalah dibawah nilai min yang dicatatkan oleh Negara-negara OECD. Apabila dikaji mengapakah keadaan ini berlaku, sebab mutlaknya adalah murid-murid yang dilibatkan dalam pentaksiran ini kurang didedahkan dengan KBAT yang melibatkan soalan-soalan aras tinggi. Contoh soalan-soalan TIMSS dan PISA dilampirkan di belakang penulisan ini (LAMPIRAN1). Maka bagi mengubah kedudukan Malaysia dan menjaga imej Negara Malaysia adalah penting bagi menghidupkan KBAT di kalangan murid-murid sejak bangku sekolah lagi secara perlahan-lahan (Soft- Landing).

Memandangkan kesemua anjakan yang berlaku dalam dunia pendidikan berkait secara langsung dengan KBAT, adalah penting bagi semua pihak bagi memahami kepentingan KBAT dan mengaplikasikannya dengan efektif.

3.0 Kesan dan Isu Berkaitan Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT) Menurut Willen (1994), tujuan utama pendidikan ialah untuk memperkukuhkan daya fikir seseorang ke tahap maksimum supaya daya fikir seseorang itu bersifat inovatif, kreatif dan imaginatif. Dengan mencerakinkan keseluruhan yang berkaitan kemahiran berfikir dalam pengajaran, memudahkan hasrat untuk melahirkan insan seimbang dan harmonis. Jelas di sini, pendidikan di Malaysia adalah untuk melahirkan individu yang terdidik dari segi kognitif, afektif dan psikomotor agar matang berfikir, berkemahiran untuk memikul tanggungjawab dan mempunyaikomitmen untuk mendukung aspirasi pendidikan negara. Peruntukan tambahan sebanyak RM500 juta kepada Kementerian Pelajaran seperti yang diumumkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dalam Bajet 2013 yang lalu menggambarkan keprihatinannya terhadap usaha meningkatkan kualiti pendidikan. Peruntukan tambahan ini adalah khusus untuk melaksanakan latihan, kursus atau penambahbaikan kepada guru berfokus kepada kemahiran berfikir aras tinggi atau high order thinking skills. 3.1 Kesan KBAT kepada murid Secara umum terdapat dua jenis kemahiran berfikir iaitu kemahiran berfikir aras rendah yang tidak memerlukan pemikiran yang luas dan mendalam. Sebagai contoh kemahiran ini hanya memerlukan murid menghafal dan mengingat kembali fakta atau maklumat yang disampaikan oleh guru kepada mereka. Kemudian,meluahkannya semula sekiranya terdapat soalan yang memerlukan jawapan mereka.Sementara itu, kemahiran berfikir aras tinggi melibatkan kemahiran intelek yang tinggi. Kemahiran ini memerlukan seseorang itu berfikir sebelum membuat penjelasan dengan menganalisis, menilai, menjana idea, pilihan membuat keputusan, menyelesaikan masalah dan membuat perancangan. Secara mudahnya murid mencerap sesuatu
8

data atau maklumat kemudian diproses dalam minda dan akhirnya dikeluarkan semula dalam berbagai bentuk. Kemahiran berfikir ini juga dikatakan sebagai berfikir secara kritis dan kreatif. Kesan mengaplikasikan KBAT dalam mata pelajaran matematik ialah murid bebas untuk membanding, membeza, menyusun atur, mengelas dan mengenal pasti sebab dan akibat mengikut pendapat dan pandangan mereka sendiri. Andai kata diberikan suatu soalan maka murid boleh memberi jawapan dalam pelbagai bentuk, idea baru dan melihat daripada beberapa sudut. Di sinilah dikatakan wujudnya pemikiran berbentuk kreatif, inovatif dan merekacipta di kalangan murid. Justeru ini, proses pembelajaran menjadi lebih mantap apabila murid

melakukan latihan bertulis. Melalui kemahiran berfikir aras tinggi murid akan dapat menulis dengan mengeluarkan pelbagai pendapat secara kreatif dan mungkin juga terdapat idea-idea baru. Di sinilah peluang kepada guru untuk memberi komen, galakan dan tunjuk ajar agar murid menjadi lebih produktif dan berdaya maju.

3.2 KESAN KBAT KEPADA GURU

Kesan apabila penggunaan KBATdalam mata pelajaran matematik ialah dapat meningkatkan tahap kecekapan mereka apabila item untuk murid-murid. Melalui ini, guru-guru akan menggunakan teknologi yang canggih untuk mendapat banyak maklumat. Selain itu, guru akan lebih bersedia sebelum mula sesuatu kelas. Melalui ini, guru dapat meningkatkan tahap pembacaan mereka. Mereka akan merujuk beberapa bahan rujukan untuk menghasilkan soalan yang berunsur bukan rutin. Justeru ini, guru-guru dapat meningkatkan tahap pengetahuan mereka. Guru-guru akan meluangkan lebih masa untuk mencari maklumat yang berkaitan dengan soalan KBAT.

Melalui ini, guru dapat memberikan sesuatu yang terbaik kepada murid-murid. Ini adalah kerana, guru-guru akan menerokai pelbagai sumber untuk mendapat maklumat yang bertaraf tinggi. Di samping itu, guru akan mula untuk menggunakan inovasi dala pengajaran dan pembelajaran harian. Melalui ini, dapat pengajaran dan pembelajaran menjadi lebih seronok dan dapat menarik minat murid. Guru-guru juga akan menangani pelbagai cabaran yang mungkin timbul dalam proses pengajaran dan pembelajaran.
9

3.3 KESAN KEPADA NEGARA

Malaysia mengambil bahagian dalam pentaksiran peringkat antarabangsa, Trends in International Mathematics and Science Studies (TIMSS) sejak 1999, dan Programme for International Student Assessment (PISA) sejak 2009 untuk mengetahui prestasi murid di Malaysia dalam bidang Sains dan Matematik berbanding dengan negara lain di seluruh dunia. Berdasarkan dapatan daripada pentaksiran tersebut, pencapaian murid dalam kedua-dua pentaksiran Sains dan Matematik menunjukkan kadar penurunan pencapaian murid yang sangat ketara dan membimbangkan.Bagi menangani masalah tersebut, Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) 2013 2025, mensasarkan agar menjelang tahun 2025, Malaysia berada di tahap satu pertiga teratas bagi kedua-dua pentaksiran TIMSS dan juga PISA. Bahagian Pembangunan Kurikulum (BPK) telah diamanahkan sebagai pemegang tanggungjawab terhadap beberapa inisiatif penting yang merupakan antara usaha untuk menangani masalah kemerosotan ini

Kesannya penggunaan KBAT dalam mata pelajaran matematik ialah bagi meningkatkan pencapaian murid dalam kedua-dua pentaksiran berkenaan, dan seterusnya melonjakkan pencapaian Malaysia agar berada di kedudukan satu pertiga teratas dalam TIMSS dan PISA menjelang 2025.

3.4 ISU-ISU PELAKSANAAN KBAT

Jelas di sini, pendidikan di Malaysia adalah untuk melahirkan individu yang terdidik dari segi kognitif, afektif dan psikomotor agar matang berfikir, berkemahiran untuk memikul tanggungjawab dan mempunyai komitmen untuk mendukung aspirasi pendidikan negara.

Tetapi, dengan penggunaan KBAT dalam mata pelajaran matematik, timbulnya beberapa isu-isu. Antaranya ialah, kefahaman guru di mana guru kurang jelas dengan makna KBAT. Ini menyebabkan mereka tidak mengutamakan atau tidak mengambil berat tentang penggunaan
10

KBAT dalam mata pelajaran matematik. Ini memberi kesan yang buruk kepada seseorang murid. Selain itu, penyediaan bahan untuk soalan KBAT adalah sukar. Maka, ini mereka kesukaran kepada guru. Selain itu, guru tidak mencukupi masa untuk mencari maklumat kerana soalan KBAT memerlukan masa untuk menerokai pelbagai maklumat.

Justeru ini, isu yang timbul apabila penggunaan KBAT ialah sesetengah guru kurang mahir dalam pembinaan item KBAT. Ini adalah kerana, pembinaan item memerlukan maklumat yang banyak. Isu yang timbul terhadap murid adalah murid-murid kurang mampu untuk menjawab soalan KBAT. Ini adalah kerana, mereka perlu menggunakan kemahiran berfikir untuk menjawab sesuatu soalan. Ada sesetengah murId yang malas untuk berfikir menyebabkan mereka tidak dapat menjawab soalan yang berunsur KBAT. Kajian menunjukkan bahawa, hampir 30% murid tidak menjawab soalan jika soalan itu berunsur bukan rutin. 3.5 CADANGAN PENAMBAHBAIKAN ISU ISU

Pertamanya ialah, perlu memberi latihan atau keterangan kepada guru-guru untuk membina manual item-item KBAT. Ini akan memudahkan guru untuk membina item dengan sendiri. Selain itu, mempelbagaikan persembahan item-item KBAT. Contohnya melalui powerpoint atau persembahan di atas pentas. Guru-guru juga perlu kerap menujukkan itemitem KBAT kepada pelbagai tahap murid. Ini akan menyesuaikan murid untuk menjawab soalan yang berbentuk KBAT.

Justeru ini, persembahan item KBAT mesti dalam bentuk yang menari supaya dapat menarik minat murid untuk menjawab sesuatu soalan. Murid-murid perlu dibiasakan dengan pelbagai bentik item KBAT. Melalui ini, mereka tidak berasa susah untuk menjawab soalan yang berbentuk KBAT. Di samping itu, perlu menambahbaik reka bentuk instrument pentaksiran supaya menarik minat murid untuk menjawab soalan tersebut.

11

4.0 Langkah Mngimplimentasikan Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT) Dalam PdP Matematik Terdapat beberapa langkah untuk meningkatkan Kemahiran Berfikir Aras Tinggi di kalangan pelajar. 4.1 Pembelajaran Akses Kendiri Pembelajaran Akses Kendiri (PAK) ialah satu program yang membolehkan murid belajar secara kendiri melalui penggunaan bahan pembelajaran. Murid diberi peluang memilih aktiviti, menilai hasil kerja dan memantau kemajuan mereka sendiri agar mereka bertanggungjawab dan berdikari atas pembelajaran mereka.

Menurut Gardner dan Mille(1996), murid berautonomi ialah murid yang berinisiatif untuk merancang dan melaksanakan program pembelajaran sendiri. Murid perlu pro-aktif dalam proses pembelajaran (Autonomy 2000 Paper Catering for Individual Learning Styles by Fitzerald Morral and Morrison). Pemikiran baru dalam bidang pendidikan mendapati bahawa murid boleh bertanggungjawab terhadap pembelajaran mereka sendiri. Hal ini membawa kepada peranjakan mod pengajaran dan pembelajaran berpustkan guru kepada pembelajaran sendiri.

Objekti program pembelajaran akses kendiri ialah murid akan: Berusaha memperolehi pengetahuan dan kemahiran secara berdikari. Belajar untuk belajar Mempunyai autonomi dan bertanggungjawab ke atas pembelajran sendiri. Belajar berasaskan keperluan dangaya sendiri. Bertanggungjawab mentaksir pencapaian sendiri.

Ciri-ciri pembelajaran akses kendiri. Enviromen pembelajaran fleksibel, selesa dan tanpa tekanan. Mudah akses kepada bahan pembelajaran dan bantuan fasilitator Pilihan bahan dan aktiviti pembelajaran yang luas Belajar secara bersendirian/kumpulan Belajar mengikut kadar dan kemampuan individu
12

Kemudahan mentaksir pencapaian sendiri.

Bahan-bahan PAK merangkumi cara penyimpanan dan penyusunan bahan-bahan atau peralatan PAK untuk menjamin ketahanan dan jangka hayatnya. a. Bahan bercetak Lembaran Kerja -disusun mengikut sistem kod warna dan aras-aras iaitu dari yang mudah kepada yang susah -disusun di dalam kotak (browser boxes) -kotak-kotak dilabel mengikut kemahiran -dibalut dengan plastic(laminate) untuk ketahanan/keselamatan Buku/ majalah/ surat khabar -disusun di sudut bacaan -disusun di ats rak b. Bahan bukan bercetak Pita kaset/video/cakera padat -disusun di atas rak -disusun secara menegak supaya mudah dikenal pasti tajuk.

4.2 Modal Pembelajaran interaktif

Model pembelajaran interaktif ini dirancang agar pelajar

akan bertanya dan kemudian

menemukan jawaban persoalan mereka sendiri (Faire & Cosgrove dalam Harlen, 1992). Meskipun pelajar-pelajar mengajukan pertanyaan dalam kegiatan bebas, pertanyaan-pertanyaan tersebut akan terlalu melebar dan seringkali kabur sehingga kurang terfokus. Guru perlu mengambil langkah khusus untuk mengumpulkan, memilah, dan mengubah pertanyaanpertanyaan tersebut ke dalam kegiatan khusus. Model pembelajaran interaktif memiliki lima langkah. (1) persiapan, (2) kegiatan penjelajahan, (3) pertanyaan
13

(4) penyelidikan, (5) refleksi 4.3 Projek

Pembelajaran berasaskan projek adalah suatu pendekatan yang komprehensif dengan melibatkan pelajar-pelajar dalam penyiasatan yang berterusan dan berkerjasama (Bransford & Stein, 1993). Merujuk kepada model pembelajaran berasaskan projek yang diperkenalkan oleh Merill (1991). Terdapat lima langkah dalam model Merill untuk melaksakan projek. Antara langkah-langkahnya adalah: 1. Menentukan tajuk 2. Perancangan pelaksaan projek 3. Pembiaan jadual dan penentuan prosedur projek 4. Pembimbingan 5. Penilaian dan refleksi Projek akan meningkatkan prestasi pemahaman murid-murid berkaitan idea, konsep, teori dan prinsip. Prestasi murid-murid ditunjukkan melalui huraian yang jelas dan penyediaan butirbutir serta hujah yang tepat. (Newmann & Wehlage 1995). Kaedah pembelajaran berasaskan projek telah menukarkan kaedah pengajaran dan pembelajaran daripada berpusatkan guru kepada berpusatkan murid.

4.4 Modal penyelesaian masalah Menurut The Conditions of Learning (3nd.ed), Gagne membincangkan tentang peranan guru diperluaskan dalam mendidik pelajar menyelesaikan masalah (Gagne, R.M. 1977). Di dalam perkara ini ini masalah juga perlu dikenalpasti dan dalam situasi tertentu perlu ada matlamat untuk menyelesaikan. Perlu ada keinginan untuk mencari titik kesudahan dan mempunyai laluan untuk mencapai matlamat yang diidamkan. Pakar yang menyelesaikan masalah selalunya menentukan subgoal/ matlamat kecil apabila dia bergerak untuk penyelesaian terakhir (Schunk 1991).

14

Heuristik berasal daripada perkataan Greek Heurisco yang bermaksud SAYA CARI , SAYA JUMPA. Ia juga merupakan satu kaedah meneroka dan salah satu alat untuk kita

menyelesaikan masalah. Kaedah Heuristik boleh melibatkan gambar rajah, jadual, dan model. Ini membolehkan kita memilih cara yang efektif untuk menyelesaikan masalah. Strategi dalam kaedah Heuristik 1. Lukis Gambar atau Gambarajah 2. Cari Pola 3. Teka, Semak & Ulang 4. Guna Objek 5. Buat Senarai Semak 6. Guna Jadual 7. Guna Ayat Matematik 8. Penyelesaian ke Belakang 9. Guna Kaedah Logik 10. Permudahkan

Menurut polya (1957), penyelesaian masalah yang baik mengandungi empat fasa. Beliau mendefinisikan sebagai fasa pertama sebagai memahami masalah. Tanpa memahami maksud masalah tersebut, mereka seterusnya dapat merancang langkah seterusnya. Contoh bagi masalah rutin seperti berikut: polya mencadangkan pada fasa ketiga dengan melaksanakan rancangan tersebut. Penyelesaian yang diambil bagi mengesahkan ketepatan penyelesaian. Prinsip empat langkah adalah proses yang George Polya telah mencadangkan dalam bukunya. Tiada jalan cepat dalam menyelesaikan bukan rutin atau aplikasi masalah tetapi empat langkah ini berguna sebagai panduan mencari penyelesaian. Masalah bukan rutin tidaklah mudah sebagaimana ia perlukan kemahiran, strategi dan pengalaman bersama penganalisaan masalah sebahagian sebelum mencapai matlamat atau jawapan bagi masalah.

15

4.5 Program i-Think Program i-Think merupakan satu program yang bertujuan mempertingkatkan dan membudayakan kemahiran berfikir dalam kalangan murid ke arah menghasilkan murid berinovatif. Guru dan murid akan menggunakan alat berfikir di dalam pengajaran dan pembelajaran disamping melaksanakan aktiviti kemahiran aras tinggi. Program i-THINK telah mula diperkenalkan sejak 2011 tetapi perlaksanaan whole-school approach dimulakan pada tahun 2012.

Ringkasnya, pada 27 Julai 2011 Mesyuarat di antara Agensi Inovasi Malaysia (di bawah Jabatan Perdana Menteri) dan Kementerian Pelajaran Malaysia telah bersetuju melaksanakan program i-THINK dengan merintis 10 buah sekolah di Malaysia. Program ini akan dipeluaskan kepada 1,000 sekolah pada tahun 2013 dan seterusnya semua sekolah akan melaksanakan program ini pada tahun 2014. Objektif program i-Think Murid dan Guru dapat berfikiran kreatif dan kritis Murid berupaya membuat refleksi kendiri Murid lebih bertanggungjawab terhadap pembelajaran mereka. Menjadikan sekolah tempat yang seronok belajar dan murid bebas memberikan pandangan yang positif Merapatkan hubungan guru dan murid kerana guru lebih banyak berperanan sebagai fasilitator Terdapat lapan peta pemikiran dalam program i-think 1. PETA BULATAN 2. PETA POKOK 3. PETA BUIH 4. PETA BUIH BERGANDA 5. PETA ALIR 6. PETA ALIR BERGANDA 7. PETA DAKAP 8. PETA TITI
16

4.6 Kurikulum Standard Sekolah Rendah

KSSR diperkenalkan untuk mewujudkan generasi pelajar yang boleh mencari ilmu sendiri, sejajar dengan perkembangan teknologi dalam hidupan seharian tanpa melupai asal usul serta pegangan agama (rohani) dan mengabaikan kesihatan (jasmani). KSSR juga menambahkan beberapa elemen dalam kurikulum yang mempunyai teras keusahawanan dan teknologi maklumat (ICT), sejajar dengan keperluan negara untuk menghasilkan generasi usahawan yang bukan sekadar pengguna, tetapi adalah bakal pencipta teknologi yang boleh membangkitkan negara Malaysia ke aras negara maju.

5. Kesimpulan Keberkesanan pengajaran kemahiran berfikir aras tinggi melalui pengajaran dan pembelajaran bergantung kepada beberapa factor, antaranya ialah guru, pendekatan yang digunakan dan bahan yang dipilih. Guru harus mempunyai pengetahuan dan kemahiran berfikir aras tinggi untuk mengajar. Guru juga harus peka terhadap keperluan mengajar kemahiran berfikir. Pendekatan yang digunakan oleh guru harus memastikan bahawa terdapat penglibatan pelajar yang aktif di mana pelajar mempunyai peluang yang cukup untuk melalui proses pemikiran aras tinggi. Oleh kerana itu, semua pihak harus berganding bahu untuk mengimplikasikan kemahiran KBAT di kalangan masyarakat.

17

Rujukan Ahmad, E., Razali, H., Jamaludin, H. dan Mohd Yusop, H. (2009). Cabaran Pemdidikan Teknik dan Vokasional (PTV) Di Malaysia: Peranan UTHM Dalam Melahirkan Pendidik Berketrampilan. Kertas Institusi seminar Jawatankuasa Penyelarasan Pendidikan Guru 2009. Impiana Casuarina, Ipoh: Universiti Pendidikan Sultan Idris. Ainon & Abdullah (1994). Pemikiran Reka Cipta. Kuala Lumpur: Utusan Publication & Distributors Sdn Bhd. Baharom, M., Ahmad, E. & Husin Junoh (2008). Psikologi Pendidikan Dalam PTV. Universiti Tun Hussein Onn Malaysia: Penerbit UTHM. Bess, J. L. (1998). Teaching Well: Do You Have To Be Schizophrenic? The Review of Higher Education. 22(1). 1-15. Beyer, B. K. (1988). Developing A Thinking Skills Program. Boston, Mass: Allyn & Bacon. Dewey, J. (1933). How We Think: A Restatement Of The Relation of Reflective ThinkingTo The Educative Process. D.C: Heath And Co. Mass Ewing, J. C. (2006). Teaching Techniques and Cognitive Level of Discourse, Questions and course Objectives, and Their Relationship to Student Cognition in College of Agriculture Class Session. The Ohio State University: Ph.D Dissertation. Kuh, G. D. (2001). Assessing What Really Matters To Student Learning: Inside The National Survey of Student Engagement. Change: The Magazine of Higher Learning. 33(3). 131-137. Lewis, A. & Smith, D. (1993). Defining Higher Order Thinking Theory Into Practice. 32. 131-137. Marzano, R. J. (1992). A Different King of Classroom: Teaching with Dimension of Learning. Alexandria, VA: ASCD.
18

Marzano, R. J., Pickering, D. J. & McTighe, J. (1993). Assessing Student Outcomes: Performance Assessment Using The Dimension of Learning Model. Alexandria, VA: ASCD. Marzano, R. J., Pickering, D. J., arredondo, D. E., Blackburn, G. J., Brandt, R. S., Moffett, C. A., Paynter, D. E., Pollock, J. E., & Whisler, J. S. (1997). Dimensions Of Learning: Teachers Manual. Alexandria, VA: ASCD. Mayer, R. E. (1983). Thinking, Problem Solving, Cognition. San Francisco: Freeman. Mohd, A. & Hassan, A. (2001). Pemikiran Lateral : Teknik-Teknik Berfikir Cara Baru Untuk Menerbitkan Idea-Idea Kreatif. BentongPTS Publications & Distributors Sdn Bhd. Newmann, F. M. (1990). Higher Order Thinking In Teaching Social Studies: A Rationale for The Assessment of Classroom Thoughtfulness. Journal of Curriculum Studies. 22. 41-56. Nickerson, R. S., Perkins, D. N. & Smith, E. E. (1985). The Teaching Of Thinking. Hillsdale, N. J.: Lawrence Erlbaum. Onosko, J. J, & Newmann, F. M. (1994). Creating More Thoughtful Learning Environment. in J. Mangieri & C. C. Blocks (Eds.). Creating Powerful Thinking In Teachers And Students Diverse Perspectives. Forth Worth: Harcourt Brace College Publishers. Philips, A. J. (1997). Pengajaran Kemahiran Berfikir Teori dan Amalan. Selangor: Utusan Publications & Distributors Sdn Bhd. Smith, E. E. & Medin, D. L. (1981). Categories And Concepts. Cambridge, Mass: Harvard University Press. Som, Hj. N. & Mohd Dahalan, M. R. (1998). Kemahiran Berfikir Secara Kritis Dan Kreatif (KBKK). Malaysia: Longman Malaysia Sdn. Bhd. Stahl, R. J. (195). Cognitive Information Processes And Processing Within A Uniprocess And Processing Within A Uniprocess Superstructure/ Microstructure Framework: A Practical Information-Based Model. Unpublished Manuscript. University of Arizona, Tucson.
19

Weimer, M. E. (2003). Focus On Learning, Transform Teaching. Change: The Magazine of Higher Learning. 35(5). 49-54. Whittington, M. S. (2003). Improving The Cognitive Capacity Of Students By fully Engaging Professors In The Teaching And Learning Process. Unpublished Manuscript. The Ohio State University. Yee, M. H., Jailani, M. Y.,Noraini, O., Suzanna, I., Tee, T. K. (2010b). The Perception Of Student On Mastering The Level Of Higher Order Thinking Skills In Technical Education Subjects. Proceeding The 3rd Regional Conference On Engineering Education & Research In Higher Education 2010. Skudai, Johor: Universiti Teknologi Malaysia. Anderson, S. E. (2010). Moving change: evolutionary perspectives on educational change. Second International Handbook of Educational Change, 23: 65-84. Baharudin Yaacob. (2003). Pemikiran pendidik guru terhadap hasrat dan pelaksanaan inovasi kurikulum di maktab perguruan: satu kajian kes. Seminar Penyelidikan Pendidikan Guru Peringkat Kebangsaan pada Berg, B. L. (2007). Qualitative research methods for the social sciences. 6th Edition. Boston: Pearson Education Inc. 19 - 20 Ogos 2003. Fullan, M. (2007). The new meaning of educational change. 4th George, A. A., Hall, G. E. & Stiegelbauer, S. M. (2006). Measuring implementation in schools: the stages of concern questionnaire. Austin, TX: SEDL. Edition. New York: Teachers College, Columbia University. Habib Mat Som & Megat Ahmad Kamaluddin Megat Daud (2008). Globalisasi dan cabaran pendidikan di Malaysia. Masalah Pendidikan, 31 (1): 91-100. Hall, G. E, Dirksen, D. J. & George, A. A. (2006). Measuring implementation in schools: Levels of use. Austin, TX: SEDL

20